Anda di halaman 1dari 191

ADAT RESAM

DAN
PANTANG LARANG
SUKU KAUM
DI SABAH

ADAT RESAM
DAN
PANTANG LARANG
SUKU KAUM
DI SABAH
Panel Penulis

Dewan Bahasa dan Pustaka


Kuala Lumpur
2013

Cetakan Pertama 2014


Panel penulis
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium
Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan

Adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah/ Panel penulis
Mengandungi indeks
ISBN 978-983-46-41564-2
1. Culture. 2. Sabah--Social life and custons. I. Panel Penulis
II. siri
305.800959521

Dicetak oleh
Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Kompleks Sri Utusan
Lot 6, Jalan P/10, Seksyen 10
Kawasan Perusahaan Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

Kandungan
PENYUMBANG.....................................................................................ii
KATA PENGANTAR..............................................................................iii
PRAKATA...............................................................................................ii
PENDAHULUAN..................................................................................iv
Bab 1 PENGENALAN............................................................................1
Bab 2 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BAJAU SAMA
oleh RADIK TAIM..................................................................................8
Bab 3 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU KADAZAN
oleh RITA LASIMBANG.......................................................................27
Bab 4 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU RUNGUS oleh
RAYMOND MAJUMAH.......................................................................52
Bab 5 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BISAYA oleh
SITI AIDAH LOKIN.............................................................................76
Bab 6 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BONGGI oleh
RAYMOND MAJUMAH.....................................................................109
Bab 7 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU IRANUN oleh
ABD.NADDIN SHAIDDIN.................................................................124
BIODATA PENULIS...........................................................................152
LAMPIRAN.........................................................................................158
GLOSARI............................................................................................160
BIBLIOGRAFI....................................................................................168
INDEKS..............................................................................................174

vi

PENYUMBANG

Abd. Naddin Hj. Shaiddin


Radik Taim
Raymond Majumah
Rita Lasimbang
Siti Aidah Hj. Lokin

ii

KATA PENGANTAR

Istimewanya negeri Sabah bukan sahaja kerana flora dan


faunanya, lautannya yang bersih dan kaya dengan pelbagai
spesies hidupan laut, Gunung Kinabalu yang indah serta
memukau ramai pelancong, gugusan pulau yang menyajikan
keindahan, tetapi Sabah juga istimewa dan unik dengan
kepelbagaian suku dan budayanya. Keindahan negeri Sabah
telah menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelancong dalam
negeri tetapi juga menjadi perhatian pelancong dari luar negara.
Saban tahun, para pelancong dari negara barat, Jepun, Korea,
Taiwan dan negara-negara lain ke Sabah kerana ingin melihat
sendiri keindahan dan keunikan negeri Sabah.
Usaha memulihara dan melindungi kahazanah hutan dan alam
sekitar telah menjadikan Sabah sebagai tumpuan para penyelidik
dari luar negara. Usaha murni kerajaan ini telah mencuri
perhatian pasangan diraja Britain, "Duke and Duchess of
Cambridge", Putera William dan isterinya Kate Middleton ke
negeri ini pada tahun 2012.
Pasangan Diraja ini telah
mengunjungi Lembah Danum dan memuji usaha konservasi
Hutan Hujan Tropika yang sedang ditangani Kerajaan Negeri
Sabah dengan kerjasama Royal Society of London, United
Kingdom. Kunjungan Diraja ini telah memberikan nilai tambah
iii

Kata Pengantar

kepada negeri Sabah dalam memperkukuh citra negeri ini,


khususnya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Keindahan yang terdapat di Sabah, bukan sahaja boleh
dimanfaatkan oleh para pengkaji dan para pelancong untuk
tujuan beristirahat dan merasai suasana semula jadi yang tidak
terdapat di negara mereka, bahkan bagi saya keindahan ini boleh
dimanfaatkan oleh para karyawan, sasterawan dan penulis di
negara ini. Khazanah alam semula jadi milik kita akan menjadi
lebih bermakna apabila dirakamkan dalam bentuk penulisan,
sama ada penulisan berbentuk kreatif atau ilmiah. Betapa
moleknya, jika keistimewaan di negeri ini dapat dirasai,
diketahui dan dihayati bersama-sama oleh masyarakat di serata
dunia melalui usaha pendokumentasian dan karya kreatif. Karya
kreatif yang diadun dengan latar tempat tempatan, bagi saya
bukan sahaja dapat memberikan nilai sendiri kepada karya
tersebut, bahkan dapat menggamit pembaca untuk datang ke
negeri kita dan melihat sendiri suasana dan latar tempat di negeri
kita. Sebagaimana kita dihidangkan dengan latar tempat di
negara-negara lain apabila kita membaca buku-buku terbitan
negara luar. Keterujaan mengunjungi negara tersebut akan
timbul.
Kepada para sasterawan dan penulis di negeri ini, khususnya
saya menyeru agar anda bergerak bersama-sama kerajaan dalam
usaha meningkatkan industri pelancongan negeri ini melalui
pelancongan sastera atau literary tours. Di negara kita, hal ini
mungkin belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.
Namun, di United Kingdom pelancongan seumpama ini telah
menjadi salah satu kaedah untuk mempromosikan negara.
Melalui kemasyhuran karyawan mereka, daripada Shakespeare
hingga J.K. Rowling, tempat-tempat karya tersebut diterbitkan
dan tempat bersejarah yang berkaitan karyawan tersebut telah
dipopularkan.
Misalnya Stratford-upon-Avon yang sangat
sinonim dengan tempat lahir, bermulanya karier dan berakhirnya
hayat Shakespeare telah mendapat perhatian pelancong dari
seluruh dunia.
"Pelancongan Shakespeare"
memberikan
pulangan beratus juta ringgit setahun.
Selain latar tempat, saya juga yakin bahawa kepelbagaian
budaya di negeri ini yang datang daripada pelbagai suku akan
iv

Kata Pengantar

memberikan warna-warni dalam karya sastera hasil karyawan


Sabah. Arus pemodenan dan persejagatan tidak dapat dinafikan
telah memainkan peranan mengubah paradigma masyarakat
dalam cara dan budaya hidup. Kebaikannya kita mengejar
ketamadunan dan meningkatkan citra bangsa kita. Namun, tanpa
disedari adat resam dan budaya suku dan bangsa kita semakin
ditinggalkan dan kurang diketahui generasi muda. Oleh sebab
itu, bagi saya penerbitan buku ini merupakan usaha yang amat
baik dalam melestarikan pemupukan, pemahaman dan
kelangsungan adat resam dan pantang larang suku kaum di
Sabah. Adat dan pantang larang yang diwarisi daripada satu
generasi kepada satu generasi ini, wajar didokumentasikan
sebagai bahan rujukan dan kajian. Jika usaha sebegini tidak
diambil oleh mana-mana pihak, mungkin generasi muda yang
tidak tahu dan akan meninggalkan terus adat resam dan pantang
larang suku mereka, sama ada yang berkaitan perkahwinan,
kelahiran dan kematian. Tiga fasa penting dalam kehidupan ini,
mempunyai adat resam dan pantang larang yang tersendiri yang
bertujuan untuk kesejahteraan dan keselamatan.
Peranan
bobohizan atau bagi sesetengah suku dikenali sebagai
bbobbollizan dikhuatiri semakin tidak diketahui. Yang tinggal
hanyalah nama. Malah, saya yakin sesetengah istilah yang
melibatkan pantang larang seperti ovingkat boleh memperkaya
kata bahasa Melayu.
Saya akhiri mata pena saya dengan merakamkan ucapan
tahniah kepada para penulis buku ini dan Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sabah yang telah mengambil inisiatif
mendokumentasikan adat resam dan pantang larang suku kaum
di Sabah sebagai tatapan generasi dan masyarakat.
Ayuh, lestarikan adat resam dan pantang larang suku di Sabah!

(DATUK MASIDI MANJUN)


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri
Sabah
v

Kata Pengantar

vi

PRAKATA

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" pepatah dalam kalangan


masyarakat Melayu yang sangat sinonim dengan sikap dan
pendirian masyarakat dalam mempertahankan adat resam yang
menjadi pegangan mereka.
Sebelum masyarakat menganuti mana-mana agama atau
kepercayaan, adat resam berperanan penting sebagai pemandu
sistem pentadbiran, undang-undang dan budaya sesebuah
masyarakat. Masyarakat mesti mematuhi adat resam. Tidak ada
sesiapa yang terkecuali daripada menerima hukuman, waima
anak sendiri atau ahli keluarga. Adat resam juga berperanan
mewujudkan keadilan dalam sesebuah masyarakat.
Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan
faunanya yang menjadi "kegilaan" masyarakat Barat yang
dahagakan suasana kampung dan kehijauan, malah Sabah juga
dikenali sebagai negeri di Malaysia yang kaya dengan budaya
serta adat resamnya. Suku di Sabah yang melebihi 30 suku telah
mewarnai budaya di Sabah dan mempunyai keunikannya
tersendiri.
Pada zaman manusia hidup dalam dunia tanpa sempadan dan
seolah-olah didominasi oleh budaya Barat, usaha perlu dilakukan
bagi memastikan adat resam dan pantang larang tidak hapus atau
luput ditelan zaman. Hilang dan tidak diketahui sebagaimana
semakin hilang dan pudarnya budaya masyarakat kita yang
semakin terbuka dan beracuan Barat.
Oleh sebab itu, buku yang mengandung tujuh bab yang ditulis
oleh lima orang penulis yang mewakili beberapa suku yang
besar di Sabah ini merupakan usaha untuk melestarikan
kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang adat resam dan
pantang larang beberapa suku di Sabah. Terbitnya buku ini juga
pastinya dapat mengisi lompong khazanah persuratan berkaitan
adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah yang masih
ii

Prakata

sangat kurang. Buku ini merupakan edisi awal dan perintis


dalam memperkatakan adat resam dan pantang larang suku di
Sabah.
Bab 1 ialah bab pendahuluan yang membicarakan secara
umum tentang sejarah, dan adat resam suku Kadazan, suku
Bajau Sama, suku Bisaya, suku Rungus, suku Iranun dan suku
Dusun Bonggi. Bab 2 menjurus kepada suku Bajau Sama di
bahagian Pantai Barat Sabah, Bab 3 suku Kadazan yang
mengkhusus kepada Kadazan di Penampang, Bab 4
membicarakan adat resam dan pantang larang suku Rungus, Bab
5 memfokuskan suku Bisaya, Bab 6 memperkatakan hal yang
sama untuk suku Dusun Bonggi dan Bab 7 ialah bab yang
membicarakan hal berkaitan untuk suku Iranun.
Panel penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah yang telah
memberikan kepercayaan kepada kami. Harapan kami agar
buku ini menjadi perintis kepada kajian lanjut tentang adat resam
dan pantang larang suku lain di Sabah yang tidak ditulis di
dalam buku ini.
Semoga khazanah persuratan dari aspek budaya masyarakat
peribumi Sabah dapat terus dilestarikan sebagai tatapan generasi
akan datang.
Barangkali, masyarakat tidak mengamalkan
sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya bahan ini nanti menjadi
rujukan dan pendokumentasian yang amat berharga pada masa
akan datang. Hargailah warisan leluhur kita.
Panel Penulis
2014

iii

PENDAHULUAN

Adat resam dan pantang larang merupakan amalan leluhur yang


diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Setiap
bangsa dan masyarakat mempunyai adat resam dan pantang
larangnya yang tersendiri, yang akhirnya menjadi kepercayaan
dalam komuniti tersebut. Uniknya, terdapat persamaan antara
bangsa, kaum, masyarakat dan negara. Malah, adat resam dan
pantang larang turut menjadi citra kepada sesuatu bangsa. Setiap
pantang larang mempunyai kesan positif, misalnya dari sudut
kesopanan, kebersihan dan silaturahim.
Alhamdulillah, akhirnya buku Adat Resam dan Pantang
Larang Suku Kaum di Sabah dapat diterbitkan. Penerbitan buku
ini diusahakan apabila Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sabah mendapati tidak ada sebarang rujukan tentang adat resam
dan pantang larang yang mengkhusus kepada suku yang terdapat
di Sabah. Tambahan pula, buku seumpama ini amat dinantinantikan oleh pelajar di institut pengajian tinggi di Sabah yang
membuat kajian tentang adat resam dan pantang larang suku
kaum di Sabah. Kami juga mendapati bahawa terdapat kelainan
dan ciri khusus yang wajar diketengahkan kepada masyarakat
tentang keindahan serta keistimewaan adat resam dan pantang
larang suku yang terdapat di Sabah. Oleh sebab itu, sebagai
langkah awal enam suku di Sabah telah dipilih, iaitu
Kadazandusun, Bajau Sama, Iranun, Dusun Bonggi, Rungus dan
Bisaya. Terima kasih kepada Puan Rita Lasimbang, Puan Hajah
Siti Aidah Lokin, Encik Radik Taim, Encik Raymond Majumah
dan Encik Abd. Naddin Shaiddin pakar yang dilantik sebagai
penulis dalam buku ini. Iltizam mereka menghasilkan setiap bab
hingga penerbitan buku ini menjadi realiti, sangat kami hargai.
Dalam pada itu, adat resam dan pantang larang yang dibicarakan
dalam buku ini meliputi adat resam dan pantang larang
kelahiran, perkahwinan dan kematian. Seterusnya, terima kasih
iv

Pendahuluan

juga kepada Jabatan Muzium Sabah yang membenarkan Dewan


Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah merakamkan beberapa
artifak untuk dimasukkan dalam buku ini.
Generasi baharu, berjiwa baharu tetapi masih berpegang teguh
kepada adat resam dan pantang larang suku pastinya generasi
yang kaya jiwanya, murni peribadinya dan membawa citra
kepada suku atau bangsa masing-masing. Pastinya buku ini
kelak menjadi sumber rujukan kepada para penyelidik dan
pelajar di institusi pengajian tinggi.
Haji Jamaluddin Mohd. Sulong
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Bab 1 PENGENALAN

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan terletak


di bahagian utara Borneo yang kaya dengan alam semula jadi,
kebudayaan dan etnik. Sebelum mencapai kemerdekaan, Sabah
dikenali sebagai Borneo Utara. Ketika itu, Sabah berada di
bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU)
dari tahun 18811942. Selepas itu, Sabah telah diperintah oleh
Kerajaan Borneo Utara British dari tahun 1946 1963.
Semasa dalam pemerintahan SBBU, sistem politik Sabah
telah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sistem politik
kesukuan, sistem politik kesultanan, dan Ketua Bebas. Suku
Dusun, Murut dan Sungai yang tinggal di kawasan pedalaman
diletakkan di bawah sistem politik kesukuan. Suku ini hidup
dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kelompok yang
lain kerana faktor alam yang berbukit-bukau, bersungai,
berjeram dan berbanjaran.
Etnik atau suku terbesar di Sabah ialah Kadazandusun.
Menurut Dayu (2008), bahasa Kadazandusun terdiri daripada
tiga kelompok, iaitu bahasa keluarga Paitan, Murut dan Dusun.
Suku-suku lain ialah Bajau, Brunei, Suluk, Iranun dan Kedayan.
Dalam kalangan suku ini, terdapat persamaan dan perbezaan dari
segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuk
kebudayaan mereka.
Apabila ditelusuri asal usul suku Kadazandusun di Sabah,
terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh para sarjana,
sejarawan dan penyelidik. Ada yang mengatakan masyarakat
Kadazandusun berasal dari kepulauan Filipina dan ada yang
menyatakan suku ini berasal dari China. Namun, ada pengkaji
yang menyatakan bahawa suku Kadazandusun merupakan
campuran bangsa Cina dengan penduduk peribumi di Borneo.
Selain dikaitkan dengan bangsa Cina, ada juga pendapat yang
menyatakan suku ini berasal dari Amman (Jordan) melalui
1

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

proses migrasi. Low Kok On (2004), pengkaji antropologi


fizikal dan linguistik perbandingan mendapati bahawa terdapat
persamaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kalangan penduduk
peribumi di Vietnam, Taiwan, Filipina dengan suku
Kadazandusun. Berdasarkan sumber lisan pula, suku
Kadazandusun di Sabah dikatakan berasal daripada keturunan
Kinoingan (Ketua Dewa Kadazandusun). Menurut mitos,
Kinoingan dan isterinya telah mencipta semua yang ada di bumi.
Menurut Asmiaty Asmat dan Evelyn Annol (2004),
berdasarkan Banci Penduduk Sabah tahun 2000, suku
Kadazandusun ialah suku peribumi yang terbesar di Sabah, iaitu
sebanyak 479 944 orang daripada 2 603 485 jumlah penduduk di
Sabah. Oleh sebab suku ini merupakan suku yang terbesar di
Sabah, mereka kaya dengan budaya dan adat resamnya seperti
rinait, hius, sundait dan tarian sumazau. Sungguhpun rumpun
Kadazandusun merupakan rumpun yang mempunyai pecahan
suku seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam buku ini kajian
adat resam dan pantang larang yang dinyatakan hanyalah
memberi tumpuan kepada suku Kadazan yang berada di daerah
Penampang.
Suku Bajau Sama pula merupakan suku yang kedua terbesar
di Sabah. Suku Bajau Sama terdapat di kedua-dua bahagian di
Sabah, iaitu di pantai barat dan timur Sabah. Menurut Banci
Penduduk dan Perumahan, 2000, suku Bajau Sama di seluruh
Sabah berjumlah 343 178 orang.
Suku ini dikatakan
berketurunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut atau Tuhan
Laut. Sesetengah daripada suku ini meninggalkan kehidupan di
laut dan menjadi penternak serta peladang. Mereka ini dikenali
sebagai "koboi Timur" kerana kepakaran dan kehandalan
menunggang kuda. Kebanyakan suku Bajau Sama di Sabah
menetap di pesisiran pantai seperti di Semporna dan Kota Belud.
Oleh sebab kebanyakan suku ini beragama Islam, adat resam dan
pantang larang mereka menyamai masyarakat Melayu, misalnya
adat berkaitan kelahiran seperti berpantang, menempah bidan
dan melenggang perut. Dari segi budaya dan seni, suku Bajau
Sama terkenal dengan kalang, tarian berunsai dan limbai.
Selain suku Kadazandusun dan Bajau Sama, suku yang adat
resam dan pantang larangnya turut dikaji ialah suku Bisaya.
2

PENGENALAN

Suku Bisaya kebanyakannya menetap di daerah Beaufort dan


Kuala Penyu. Suku ini juga terdapat di daerah Sipitang, yakni di
Sindumin dan Mesapol serta di daerah-daerah lain di Sabah
seperti di Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau,
Sandakan, Keningau, Kudat, Kota Belud, Ranau, Tenom dan
Papar.
Menurut Siti Aidah (2004), terdapat pelbagai teori tentang asal
usul suku Bisaya di Sabah. Banyak kajian yang dilakukan sama
ada yang berbentuk sejarah, arkeologi ataupun sumber-sumber
yang berupa cerita dongeng dan mitos. Walau bagaimanapun,
asal usul suku ini belum dapat dijelaskan lagi. Namun,
berdasarkan bahasa dan budaya suku ini, mereka boleh
dikelaskan dalam rumpun Dusun. Malah, berdasarkan kajian
terkini ahli linguistik dan sejarah yang mengkaji asal usul bangsa
Melayu mendapati tanah induk orang Melayu-Proto ialah
Borneo. Salah satu cabang bahasa Melayu-Proto yang terdapat di
Borneo ialah Dusun. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa
suku Bisaya merupakan penduduk asli Borneo. Menurut
kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada kata
mabisa iya yang bererti seseorang lelaki yang nampak tampan
dan gagah atau seorang wanita yang cantik molek.
Suku Bisaya di Sabah beragama Islam dan tinggal di tebingtebing sungai. Rumah mereka juga dibina berdekatan dan
biasanya mereka ini mempunyai hubungan keluarga yang rapat.
Jika dilihat dari sudut perkahwinan pula, suku ini berkahwin
dalam kalangan mereka. Rumah tradisional suku ini dibina
daripada kayu yang kukuh dan ada juga daripada rumbia.
Dinding rumah dibuat daripada pelepah rumbia, manakala lantai
dibuat daripada kulit rumbia dan atap dibuat daripada anyaman
daun rumbia. Rumbia sangat sinonim dengan suku ini kerana
makanan ruji mereka ialah sagu daripada rumbia. Pemilikan
tanah rumbia yang luas, sawah padi dan ternakan kerbau yang
banyak melambangkan status kekayaan seseorang. Ukhuwah
antara mereka juga sangat kuat. Sikap bekerjasama dalam apaapa juga urusan seperti mengerjakan sawah, membuka hutan,
membina rumah, persiapan majlis perkahwinan dan kenduri
amat kuat. Amalan bergotong-royong dalam kalangan suku ini
disebut sebagai bamuncang. Masyarakat Bisaya juga mahir
3

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

menangkap ikan. Mereka menggunakan jala dan bubu jika


menangkap ikan di sungai, dan menggunakan pukat jika di laut.
Suku ini juga terkenal dengan kemahiran membuat kraf tangan.
Mereka membuat pelbagai hasil kraf tangan seperti bubu atau
saliid, bakul galas atau saging, dan lasuk.
Apabila membicarakan soal budaya dan seni, masyarakat ini
terkenal dengan alat muzik kulintangan dan gambang. Alat
muzik ini dimainkan ketika majlis perkahwinan dan keramaian.
Badaup pula merupakan seni nyanyian rakyat Bisaya. Badaup
lazimnya dinyanyikan oleh wanita ketika menuai padi sebagai
ritual dalam aktiviti menuai padi untuk menyeru semangat padi
agar kerja-kerja penuaian berjalan lancar. Nyanyian ini juga
sering dinyanyikan ketika majlis perkahwinan dan keramaian.
Seperti suku yang lain, mereka juga mempunyai tarian
tradisional. Tarian tersebut ialah Sayau Liliput, Sayau Tumutu
dan Sayau Bagarus.
Seterusnya, suku kaum yang turut dibicarakan dalam buku ini
ialah suku kaum Rungus. Suku Rungus dikategorikan sebagai
salah satu rumpun dalam Kadazandusun. Rungus dikenali juga
sebagai Momogun (penduduk asli). Masyarakat Rungus yang
terdapat di Kudat, dikenali dengan nama subsuku seperti
Rungus, Pillapazan, Gonsomon,
Gandahon, dan Nulluw.
Kelompok Rungus yang berada di Pitas dikenali sebagai
Rungus Malubang.
Suku Rungus terkenal dengan kraf tangan, terutama barangbarang yang diperbuat daripada tembaga, seramik, gong dan
manik. Pinakol yang merupakan susunan manik halus yang
diselempangkan di dada si pemakai merupakan kraf tangan suku
ini yang terkenal dan menjadi tarikan para pelancong. Biasanya,
pinakol dibuat bermotifkan manusia, flora dan fauna. Antara
yang menarik tentang suku ini adalah dari segi pakaian
tradisionalnya yang pelbagai warna. Pakaian tradisional mereka
dikenali sebagai bbanat merupakan pakaian yang ketat daripada
paras bahu hingga paras pinggang dan dijahit dengan sehelai
kain segi empat serta berbutang. Belahan dibuat pada bahagian
tengah kain bagi memudahkan kepala memasuki bbanat. Selain
bbanat, tapi (kain sarung) juga merupakan pakaian tradisional
suku Rungus. Tapi sinambitan diperbuat daripada kain berwarna
4

PENGENALAN

hitam bersulam yang dipakai oleh wanita Rungus. Selain itu,


tapi tinongkupan juga merupakan hasil tenunan yang dipakai
oleh wanita.
Suku Bonggi pula menetap di Pulau Banggi, Sabah yang
terletak di utara negeri Sabah. Tidak ramai yang mengetahui
tentang suku ini kerana petempatan mereka di kawasan pulau,
iaitu Pulau Banggi. Suku Bonggi hanyalah suku minoriti, di
samping suku-suku lain yang ada di pulau ini seperti suku
Ubian, Kagayan, Balabak, Suluk dan Bajau. Perkampungan
suku Bonggi yang boleh dilalui dengan laluan kenderaan darat
pula ialah Kampung Limbuak Darat, Kampung Batu Layar,
Kampung Mamang, Kampung Kapitangan, Kampung
Kalangkaman dan Kampung Palak Darat. Kampung-kampung
yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki ialah Kampung
Tembising, Kampung Sabur, Kampung Lok Agung, Kampung
Pasir Hitam. Kampung Pangkalan Darat dan Kampung Lok
Simpul hanya boleh dilalui menggunakan bot dan sampan.
Segelintir masyarakat Bonggi mengekalkan cara hidup
primitif. Menurut Azrul (Berita Harian, 10 Mac 2010),
sesetengahnya masih selesa bercawat, terutama golongan tua.
Malah, mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional
seperti memasak menggunakan kayu api, berburu dan bertani
secara pindah-randah. Suku ini menyara hidup dengan bertani
dan mencari hasil hutan. Makanan utama mereka ialah ubi.
Salah satu ciri suku ini ialah mulut mereka yang kemerahmerahan kerana sering mengunyah sirih dan warga emas suku ini
sering memegang gobek. Disebabkan suku ini hidup agak jauh
daripada masyarakat lain, mereka agak pemalu.
Seterusnya, suku Iranun pula boleh ditemui di bahagian Pantai
Barat Sabah, khususnya di Kota Belud, yakni di Kampung
Pantai Emas, Kampung Kaguraan, Kampung Kota Pelanduk,
Kampung Tamau, Kampung Marabau, Kampung Payas-Payas,
Kampung Marampayan dan Kampung Kota Bongan. Selain itu,
masyarakat Iranun juga boleh didapati di Lahad Datu, Kudat,
Likas dan Kota Kinabalu. Selain di Sabah, suku Iranun juga
terdapat di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina. Suku ini
juga dikenali dengan nama Illanun, Ilanun, Irranun, IranunMeranao atau Meranao (Datu Bandira, 1992).
5

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Perkataan Iranun bererti berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan


pula merujuk hubungan sosial yang amat erat, terikat dengan tali
persaudaraan yang amat intim berlandaskan sistem kerjasama
dan gotong-royong. Suku Iranun dipercayai berasal dari Teluk
Illanun di Pulau Mindanao, Filipina (Headly, 1951; Datu
Bandira, 1992). Kedatangan suku ini dikatakan berdasarkan
beberapa faktor seperti perdagangan, pengembaraan anak-anak
datu atau mengayau yang bertujuan mendapatkan kawasan
baharu untuk diterokai, menyebarkan agama Islam, tindak balas
terhadap penyerangan bangsa Eropah, dan kegiatan pelanunan
(Datu Bandira, 1992). Mengayau dari aspek bahasanya bererti
perbuatan mengembara dari satu wilayah ke satu wilayah yang
lain. Suku Iranun mempunyai dialek atau bahasanya yang
tersendiri yang dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun
dikatakan tergolong dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu
salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia. Dari segi
bahasa, terdapat kelainan berdasarkan tempat. Misalnya, dialek
Kaguraan dan dialek Marampayan yang mempunyai
perbezaannya.
Adat resam dan pantang larang suku ini banyak dipengaruhi
sistem kasta atau hierarki keturunan yang ada dalam masyarakat
ini. Suku ini juga dipercayai berpegang teguh kepada agama.
Suku ini juga dikenali sebagai pelayar yang cekap dan terkenal
dengan hasil tenunan kain yang disebut sebagai tenunan mugah
dan siambatan. Tarian tradisional yang terkenal dalam kalangan
suku ini ialah Sumaranun.
Demikian dinyatakan sedikit latar belakang beberapa suku
yang diwacanakan adat resam dan pantang larangnya dalam
buku ini. Pembaca mungkin menemui persamaan dalam
beberapa adat dan patang larang suku-suku ini, manakala
sesetengah adat pula merupakan kepunyaan suku itu sendiri. Di
situlah letaknya keunikan atau ciri khusus yang menjadi citra
bagi suku itu sendiri.
PERBINCANGAN AWAL
Semua suku yang diperkatakan dalam buku ini menggambarkan
suku tersebut secara keseluruhannya, kecuali suku
Kadazandusun dan Bajau Sama. Perbincangan tentang adat
6

PENGENALAN

resam dan pantang larang suku Kadazandusun dalam buku ini


hanya dihadkan kepada Kadazan di daerah Penampang. Suku
Bajau Sama pula merujuk Bajau Sama di pantai barat selatan,
yakni dari Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar. Oleh
sebab itu, pastinya terdapat beberapa kelainan dalam adat resam
dan pantang larang Kadazandusun di daerah atau subsuku yang
lain seperti Lotud, Murut dan Liwan. Begitu juga subsuku Bajau
Sama yang lain seperti Bajau Ubian dan Palau.
Buku ini dihasilkan melalui kajian pustaka, penyelidikan dan
temu ramah para penulis dengan informan dalam kalangan suku
yang terlibat. Bagi tujuan penulisan buku ini, penulis setiap bab
yang dilantik merupakan penutur asli suku yang berkenaan.
Penyelidikan telah dilakukan secara mendalam. Temu ramah
dengan informan tertentu dilakukan untuk memperoleh data
yang tepat tentang adat resam dan pantang larang dalam suku
tersebut. Buku ini dihasilkan untuk memberi maklumat yang
rinci dan tepat tentang adat resam dan pantang larang beberapa
suku di Sabah. Sebelum ini, belum ada sumber rujukan yang
khusus tentang hal ini yang boleh dijadikan rujukan masyarakat,
terutama para penyelidik dan masyarakat luar. Suku-suku yang
dipilih ini merupakan antara suku yang utama di Sabah dan
sesetengahnya merupakan suku yang kurang diperkatakan dalam
kalangan masyarakat pada peringkat kebangsaan. Oleh sebab itu,
penerbitan buku ini merupakan usaha rintis untuk
mengetengahkan kekayaan dan keunikan adat resam dan pantang
larang suku di Sabah yang mempunyai pertembungan antara
warisan animisme dengan yang telah disesuaikan setelah mereka
memeluk agama tertentu seperti Islam dan Kristian.
Kepelbagaian suku di Sabah turut mewarnai adat resam dan
pantang larang suku-suku di Sabah. Hasil tulisan ini pastinya
dapat menjadi sumber rujukan dan bacaan masyarakat yang
memerlukan maklumat tentang adat resam dan pantang larang
suku di Sabah.

Bab 2 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU BAJAU SAMA
oleh RADIK TAIM

Suku Bajau merupakan masyarakat peribumi Sabah yang kedua


terbesar selepas suku Kadazandusun. Menurut perangkaan tahun
2007, penduduk Bajau di Sabah berjumlah 418 000 orang.
Menurut Cik Juliah Haji Amilasan, penerbit rancangan Siaran
Bahasa Bajau (Pantai Timur) yang ditemui penulis pada 16 Mei
2013, penduduk Bajau setakat tahun 2010, sebanyak 450 279
orang.
Majoriti masyarakat Bajau hari ini mendiami kawasan Pantai
Barat Sabah seperti di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu,
Putatan, Kota Marudu, Kudat dan Papar. Di Pantai Timur pula
kebanyakannya menetap di Semporna, Kunak, Lahad Datu,
Sandakan, Beluran dan juga di pulau-pulau di sepanjang pantai
Sabah. Namun yang demikian, sesetengah masyarakat Suku
Bajau membuat petempatan di beberapa daerah seperti di
Kampung Tempurung, Kuala Penyu dan Kampung Kota
Ayangan, Keningau.
Terdapat pelbagai andaian bagaimana nama Bajau ini
diperoleh dan pengklasifikasian dibuat. Pelbagai istilah
digunakan untuk membezakan Bajau di setiap wilayah.
Perkataan Bajau merujuk suku yang menjadi peribumi Sabah,
manakala Badjao merupakan masyarakat yang mendiami
gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe ialah masyarakat
yang mendiami wilayah Indonesia.
Menurut pendapat pendengar Radio Malaysia Sabah VFM
Siaran Bahasa Bajau melalui Rancangan Aneka Topika dan
budaya kita sekitar tahun 2000-2010, perkataan "Bajau" berasal
8

Bab 2

daripada perkataan orang


"Berjauh", yakni orang yang
melakukan pelayaran yang jauh melalui laut. Orang Inggeris
menyebut perkataan "Berjauh" sebagai "Behjau". Mereka
bertanya kepada orang Melayu "Siapakah mereka itu? Orang
berjauh tuan, jawab orang Melayu. Apa ohang behjau, jawab
orang Inggeris itu". Oleh sebab itu, mereka menyamakan
masyarakat yang tinggal di pesisir pantai Sabah sebagai orang
"Behjau". Mereka mungkin merujuk orang yang belayar di laut.
Terdapat dua kelompok masyarakat Bajau, iaitu Bajau pantai
barat dan Bajau pantai timur. Bajau pantai barat dikenali sebagai
"Sama" atau jomo Sama, manakala Bajau Semporna dikenali
sebagai Sama Semporna atau jomo Sama Semporna. Orang
Bajau juga menyebut orang Badjao dari Filipina sebagai Bajau
Philipin. Suku kaum Bajau memiliki pelbagai dialek dalam
kalangan kelompok suku Bajau yang berlainan tempat.
Misalnya, dialek pertuturan masyarakat Bajau di pantai barat
berbeza daripada masyarakat Bajau di pantai timur.
Suku ini menggelar diri mereka sebagai "Sama" apabila
mengenalkan diri dalam bahasa Bajau Sama. Sebaliknya,
apabila
bercakap
dalam
bahasa
Melayu,
mereka
memperkenalkan diri mereka sebagai Bajau. Demikian juga
apabila suku lain memperkenalkan mereka dalam bahasa sukuan,
turut menggunakan kata "Sama". Misalnya, apabila suku
Kadazandusun memperkenalkan suku Bajau dalam bahasa
Kadazandusun, mereka akan mengatakan itu "tanak Sama" yang
bererti anak Bajau.
Dari perspektif sejarah, suku Bajau ialah generasi asli Melayu
Deutro yang mula bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara kirakira 1500 tahun Sebelum Masihi, iaitu 3500 tahun yang lalu
yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan
Lautan Pasifik. Suku Bajau adalah antara penduduk asal
Nusantara dari Kepulauan Belau (Palau) di sebelah timur hingga
Sumatera di sebelah barat serta dari Gugusan Kepulauan Irian di
sebelah selatan hingga Kemboja dan Myanmar (Burma) di utara.
Seperti suku lain di Sabah, masyarakat Bajau juga terkenal
dengan adat resam yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan
mereka, adat resam yang berkaitan kelahiran, perkahwinan dan
kematian amat dititikberatkan. Namun, dalam bab ini adat resam
9

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

dan pantang larang yang dibicarakan hanyalah mengkhusus


kepada Bajau Sama yang mendiami kawasan pantai barat Sabah.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
Adat merupakan peraturan yang harus dipatuhi dan sudah
diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat.
Menurut Saidatul Nornis et al. (2007), perkataan adat berasal
daripada bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Agama Islam
telah mengubah makna adat menjadi kebiasaan. Pada zaman praIslam, Melayu membawa konsep ini dengan makna yang luas
dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup
yang ditakrifkan sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem
masyarakat, upacara dan segala macam kebiasaan termasuklah
cara makan dan duduk. Oleh itu, konsep adat boleh dikatakan
sebagai keseluruhan corak kehidupan atau kebudayaan manusia
dalam alam nyata dan juga menghubungkan manusia dengan
alam kosmik yang simbolik dan sejagat.
Adat menjadi ciri kehidupan, bukan sahaja manusia dalam
lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan makhluk
seperti haiwan dan tumbuhan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
hukum alam ialah adat. Dalam konteks ini, adat merupakan
perlakuan yang pada mulanya diamalkan sebagai suatu
kebiasaan, kemudian menjadi amalan daripada individu kepada
amalan masyarakat. Adat juga merupakan aturan cara hidup
yang meliputi segala bentuk ritual, adat resam dan hukuman.
Adat diperlukan untuk membentuk masyarakat yang teratur dan
berdisiplin.
Nik Abdul Rashid dalam Saidatul Nornis et al. (2007),
menjelaskan terdapat empat kriteria berkaitan adat, iaitu adat
mestilah mempunyai sejarah turun-temurun dan tidak boleh
direka-reka oleh masyarakat, adat mestilah dianuti, disanjung,
dihayati serta dipatuhi masyarakat, adat mestilah berterusan
dalam sesuatu suku atau bangsa dan adat mestilah mempunyai
penguatkuasaan untuk mengenakan hukuman terhadap orang
yang melanggar adat tersebut.
Saidatul Nornis et al. (2007), turut menerangkan bahawa
pantang larang merupakan satu "disiplin lisan" yang diamalkan
dan umumnya segala perlakuan serta tindak-tanduk yang
10

Bab 2

diamalkan itu meliputi undang-undang adat. Pantang larang ini


juga suatu tradisi pendidikan secara langsung atau tidak
langsung dan untuk kesejahteraan masyarakat umumnya.
Masyarakat Bajau berpegang kuat kepada adat serta
mengamalkan pantang larang yang diwarisi turun-temurun.
Antara adat dan pantang larang yang menjadi pegangan
masyarakat ini termasuklah adat bermasyarakat, kehidupan,
kematian, pernikahan dan berjiran.Walaupun begitu, terdapat
beberapa amalan adat yang dipraktikkan di beberapa tempat
dipengaruhi latar belakang penduduk sekitar. Sebagai contoh, di
Kota Belud, adat dan budaya masyarakatnya hampir sama
dengan masyarakat Iranun, begitu juga di sebelah Papar, adat
masyarakat Bajau berasimilasi dengan adat dan budaya
masyarakat Brunei.
Antara pantang larang yang menjadi amalan masyarakat ini
termasuklah tidak boleh bersiul pada waktu malam kerana
dikhuatiri dicekik makhluk halus. Tidak boleh berayun pada
waktu malam, khususnya orang dewasa serta tidak boleh
menggunting rambut dan memotong kuku pada waktu malam
kerana dipercayai akan membawa sial. Seterusnya, perempuan
yang menyanyi sambil memasak dipercayai mendapat suami tua.
Rumah yang didirikan pada waktu gerhana pula dipercayai
menghadapi kesukaran pada masa depan. Sekiranya ada orang
yang terjatuh ketika membina rumah, maka rumah tersebut
hendaklah dirobohkan dan dibangunkan semula. Jika tidak
dibuat demikian, penghuninya sentiasa menghadapi malapetaka.
Ketika berpindah rumah, barang-barang keperluan dapur
hendaklah dipindahkan atau diangkat terlebih dahulu kerana
dipercayai dapat memurahkan rezeki. Ketika berpindah rumah,
perlu diadakan upacara menyalakan tiga batang lilin pada
kedudukan lurus. Jika lilin di tengah-tengah terpadam dahulu
menandakan alamat tidak baik. Selain itu, amalan membuka
pintu rumah awal pagi sebelum matahari terbit perlu diamalkan
kerana boleh mendatangkan rezeki yang berterusan. Seterusnya,
semasa menyembelih kerbau atau sapi, dilarang menarik ekor
kerana boleh menyebabkan cirit-birit apabila dagingnya dimakan
kelak. Dilarang juga memotong daging di atas daging kerana
11

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

dikhuatiri boleh menyebabkan sakit perut. Perbuatan melantak


pada waktu malam juga boleh mendatangkan musibah.
Masyarakat ini juga turut mengamalkan beberapa adat untuk
mengubati penyakit. Masyarakat Bajau mempercayai bahawa
penyakit seperti gangguan makhluk halus boleh menyebabkan
kematian. Oleh sebab itu, pelbagai kaedah digunakan untuk
mengubati penyakit. Misalnya, penyakit boyo yang disebabkan
oleh tindak balas makhluk halus berpunca daripada perbuatan
ahli keluarga sendiri. Masyarakat ini mempercayai bahawa
keluarga yang membuat sesuatu pekerjaan di kawasan halaman
rumah seperti membersihkan kawasan yang lama tidak ditebas,
boleh mendatangkan penyakit sekiranya salah seorang ahli
keluarga yang membersihkan kawasan tersebut "terkena"
makhluk halus boyo. Contohnya, jika terkena pada tangan
makhluk halus, maka keluarga akan mendapat penyakit bengkak
tangan. Seorang dukun yang arif akan dipanggil untuk
mengubati penyakit ini. Dukun tersebut akan menjalankan
upacara yang dinamakan "mawas". Mawas ialah kaedah
perubatan menggunakan beberapa peralatan seperti pisau,
kunyit, air, bulu ayam dan ayam. Beberapa mantera juga dibaca
dalam upacara ini.
Adat Menyapa, Menegur atau Menyebut
Masyarakat ini juga mempercayai bahawa tidak boleh menyebut
nama orang yang lebih tua daripada kita, khususnya yang
mempunyai pertalian darah. Contohnya bapa, ibu, nenek dan
datuk kerana boleh mendatangkan ketulahan seperti perut
membusung dan hidup tidak aman. Sekiranya tersebut juga tanpa
sengaja nama orang yang lebih tua yang masih hidup, maka
hendaklah diungkapkan perkataan Tulah batu bo aku tulah,
maksudnya "Ketulahan dulu itu batu barulah saya ketulahan."
Bagi nama orang tua yang telah meninggal dunia, jika tersebut
hendaklah diungkapkan perkataan muda-mudaan pan io posok
syurga yang bermaksud "mudah-mudahan dia masuk syurga."
Diat atau Sogit
Maksud diat atau sogit ialah denda yang dikenakan terhadap
seseorang yang telah melakukan kesalahan secara tidak sengaja
12

Bab 2

dan menyebabkan kecederaan sehingga keluar darah. Dendanya


ialah seekor ayam atau sehingga seekor kerbau, bergantung pada
kesalahan.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat resam dan pantang larang yang perlu
dipatuhi oleh wanita hamil dan ahli keluarganya. Antaranya
termasuklah pantang larang ketika hamil dan selepas bersalin.
Selain itu, adat yang berkaitan kelahiran pula seperti menempah
bidan, Iqamat atau Azan dan berkhatan.
Pantang Larang Ketika Mengandung
Dalam masyarakat Bajau Sama, wanita hamil harus mematuhi
beberapa pantang larang. Sekiranya pantang larang ini tidak
dipatuhi, dikhuatiri mendatangkan masalah kepada si ibu
ataupun bayi dalam kandungan atau ketika bersalin kelak.
Menurut Puan Junah binti Mad yang tinggal di Kampung
Nongkolud Tuaran (ditemui penulis pada 29 April 2013), ketika
mengandung beberapa pantang larang perlu diikuti, antaranya
suami dilarang membunuh haiwan dan binatang terutamanya
yang ganjil, ditakuti akan mendatangkan masalah kepada bayi
seperti kecacatan dan suami juga dilarang melantak paku kerana
dipercayai akan menyukarkan proses bersalin.
Menurut Puan Asrah Ibrahim yang berasal dari Kampung Lok
Kawi Baru, Putatan (ditemui penulis pada 27 April 2013),
seseorang wanita yang sedang mengandung tidak boleh
melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang akan terjatuh lalu
menyebabkan kemudaratan kepada kandungan seperti keguguran
atau anak yang bakal dilahirkan itu dikhuatiri mengalami
kecacatan. Wanita hamil juga tidak boleh duduk di pintu kerana
dipercayai sukar melahirkan anak, atau mengalami sakit perut
berpanjangan. Dia juga tidak boleh makan di dalam besen kerana
dikhuatiri mulut anak yang lahir menjadi besar menyerupai
besen.Seseorang yang lalu di belakang wanita hamil dilarang
membawa unggun (petungut) api kerana dikhuatiri keluar darah
tidak berhenti apabila wanita tersebut bersalin nanti. Wanita
hamil juga tidak dibernarkan melangkah tali kerbau takut
(pengen) tempoh kandungan hingga 12 bulan. Suami pula tidak
13

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

boleh menyangkut atau melilitkan tuala di leher kerana ditakuti


leher bayi terlilit tali pusat.
Selain itu, wanita yang mengandung juga perlu menghindari
beberapa perkara seperti dilarang mentertawakan sesuatu yang
ganjil kerana ditakuti bayi yang dilahirkan menyerupai benda
tersebut. Wanita hamil juga tidak digalakkan makan nanas
kerana buah ini dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan
keguguran. Selain itu, mereka juga tidak boleh meminum atau
mandi air hujan yang jatuh dari bumbung kerana bimbang janin
akan mati, terutama bagi mereka yang mengandung anak sulung.
Wanita yang mengandung tidak dibenarkan memarut kelapa dan
menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan
semasa bersalin. Seterusnya, mereka juga tidak boleh
mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana bimbang anak
dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit.
Adat Menempah Bidan
Selain pantang larang, terdapat juga adat resam yang diamalkan
oleh masyarakat Bajau Sama berkaitan kehamilan seperti
menempah bidan. Bidan akan dipanggil sekiranya wanita hamil
telah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin dan beberapa
peralatan tertentu disediakan. Adakala di bawah rumah tersebut,
duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan
untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus.
Dilarang menjemput bidan pada waktu malam kerana ditakuti
terjadi gangguan makhluk halus. Makhluk halus dipercayai
boleh menyerupai bidan tersebut lalu menghisap darah wanita
hamil tersebut sehingga membawa kematian. Selain itu, bidan
yang membantu semasa kelahiran hendaklah diberi hadiah
berupa minyak tanah, lilin, jarum, benang, kain sarung dan juga
duit. Pemberian ini sebagai "pekeras" atau pengeras agar mata si
bidan tidak kabur selepas menyambut bayi yang lahir.
Menurut Fandey Haji Jaliun, dari Kampung Suasai, Kota
Belud (ditemui penulis pada 30 Mei 2013), "Dalam masyarakat
Bajau Sama (Kota Belud), bidan dikenali sebagai pengulin atau
pandai." Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan
menempah bidan dan majlis doa selamat akan diuruskan oleh
bidan tersebut.
14

Bab 2

Kelahiran
Sebaik-baik sahaja bayi dilahirkan, bapa atau imam melaungkan
azan di telinga anak yang baru dilahirkan itu. Keluarga
mengadakan majlis berjaga-jaga selama enam malam berturutturut. Pada hari ketujuh, diadakan majlis kenduri kesyukuran
sebagai tanda kelahiran. Pada hari itu juga anak akan diberi
nama. Majlis kenduri dibuat bersama-sama dengan upacara
mencukur rambut, majlis ini dikenali sebagai "gunting umur"
dan pitu embangi. Sebelum itu, disediakan kelapa muda yang
dipotong untuk dibuat penutup, kelapa muda yang disediakan ini
untuk menyimpan rambut bayi yang digunting dan ditanam
berdekatan dengan tembuni yang ditanam terlebih dahulu pada
hari kelahiran bayi. Selepas bersalin, ranting berduri perlu
digantungkan di dalam rumah atau di bawah kolong untuk
menghalang gangguan makhluk halus.
Namun, terdapat
sesetengah masyarakat Bajau Sama yang mengadakan kenduri
mencukur rambut atau potong jambul pada hari lain. Misalnya,
selepas bayi dilahirkan pada hari yang ke-40, hari ke-100 atau
pada ulang tahun kelahirannya.
Iqamat atau Azan
Bagi masyarakat Islam, disunatkan mengazankan dan
mengiqamatkan bayi yang baru dilahirkan. Iqamat bukanlah
suatu adat, tetapi upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi
akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi
anak lelaki) dan diiqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga
bayi itu. Semasa azan, bayi itu disuapkan sedikit garam dan gula
sebagai tanda bayi menempuh kehidupan alam dunia, dan
selepas itu bayi akan disusukan.

15

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 2.1 "Gunting umur" atau bercukur rambut.

Menanam Tembuni
Selain itu, dilarang menoleh ke kiri dan ke kanan semasa
menanam tembuni. Perbuatan ini dipercayai boleh menyebabkan
mata bayi menjadi juling. Sekiranya penanam tembuni
ternampak anjing, ayam atau haiwan lain, dia tidak boleh
16

Bab 2

menegur dengan perkataan yang kesat kerana dikhuatiri anak itu


akan nakal.
Menimbang Bayi pada Bulan Safar dan Muharam
Umumnya, masyarakat Bajau Sama amat teliti tentang masa
kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar
dan Muharam dikatakan nasibnya kurang baik. Untuk
mengelakkan bayi ditimpa kecelakaan, maka pada kenduri yang
ketujuh diadakan majlis Nimbang, iaitu majlis untuk
"menimbang" bayi. Majlis ini bukanlah bertujuan mengetahui
berat bayi, sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta
pertimbangan daripada Tuhan agar nasib bayi tersebut baik.
Terdapat barangan tertentu yang digunakan dalam upacara ini,
antaranya termasuklah alu atau penumbuk padi yang dijadikan
batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan
tujuh hasta kain putih. Selain itu, batu-batu timbang yang terdiri
daripada sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya,
seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda turut digunakan dalam
upacara ini.
Bahagian batang penimbang diikatkan dengan tali kasar yang
disangkut pada alang bumbung rumah supaya batang berada
dalam keadaan tergantung. Pada hujung batang penimbang itu
akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang,
sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batubatu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas
air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa
muda yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya
mengikut berat bayi. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang
beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala
muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya
batang penimbang berputar pada keadaan asalnya. Bayi
diletakkan dalam buaian timbangan, kemudian, buaian timbang
tersebut dipusingkan sebanyak tujuh kali pusingan. Setiap kali
pusingan, barang akan ditukar.
Apabila tamat upacara
penimbangan, rambut bayi akan digunting.
Berkhatan
17

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan


dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya, anak
perempuan dikhatankan ketika berumur lima tahun, sementara
anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 tahun dan 15
tahun. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah
berbanding dengan upacara berkhatan kanak-kanak perempuan.
Jamuan dibuat di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut
selepas upacara berkhatan selesai.
Beberapa Pantang Larang Selepas Bersalin
Terdapat beberapa pantang larang untuk wanita selepas bersalin
yang menjadi amalan masyarakat Bajau. Antaranya, dilarang
makan makanan sejuk kerana bimbang mendatangkan uri, iaitu
meroyan. Seterusnya, dilarang makan makanan yang berbisa
seperti ikan belais, makanan yang menyebabkan kegatalan
seperti udang, sotong dan ketam kerana dikhuatiri anak akan
terkena penyakit gatal. Ibu juga tidak boleh memukul abang atau
kakak kepada bayi kerana dipercayai ibu akan kambuh.
Menurut Puan Halimah Atus, 56 tahun yang berasal dari
Kampung Pengalat Besar Papar, masa berpantang selepas
bersalin ialah selama 44 hari. Bidan akan mengambil alih tugas
memandikan ibu pada hari ketujuh hingga hari ke-44. Mandi ini
dinamakan mandi nifas selepas bersalin. Selepas bersalin, ibu
dilarang mengangkat barang yang berat kerana dikhuatiri
peranakan akan turun.
ADAT
RESAM
DAN
PANTANG
LARANG
PERKAHWINAN
Terdapat beberapa pantang larang dan adat resam yang perlu
dipatuhi oleh masyarakat ini. Antara adat yang perlu diikuti
termasuklah adat sebelum perkahwinan seperti merisik,
meminang, ngatur penongot dan adat ketika majlis perkahwinan.
Adat Resam ketika Praperkahwinan
Terdapat beberapa adat resam sebelum perkahwinan yang perlu
dipatuhi oleh masyarakat Bajau Sama. Antaranya merisik,
pesorong mendo atau meminang dan ngatur penongot.
18

Bab 2

Merisik (Tilou-tilou Idaan)


Adat merisik tidak banyak berbeza daripada adat masyarakat
Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik
terlebih dahulu dilakukan. Menurut Taim bin Tu, 87 tahun yang
merupakan bekas Ketua Kampung Nongkolud, Tuaran (ditemui
oleh penulis pada 24 Februari 2013), "perkahwinan suku kaum
Bajau Sama penuh dengan adat istiadat, antaranya adat merisik
yang dikenali sebagai tilou-tilou idaan". Cara merisik ini hampir
sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain,
iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis.
Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum mempunyai
ikatan dan secocok dengan keinginan pihak lelaki berkaitan rupa
paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, kemudian diikuti
upacara meminang pesorong mendo. Majlis meminang ini
dikenali sebagai Senggeruni.
Pesorong Mendo atau Meminang
Dalam majlis ini, pihak lelaki membawa sebentuk cincin,
sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00
(mengikut keadaan) sebagai pengikat tali pertunangan. Pihak
lelaki dan perempuan akan mengadakan majlis keramaian
sekurang-kurangnya sehari sebelum hari meminang. Keramaian
itu dijalankan dengan mengadakan majlis betitik dan runsai,
namun tidaklah secara besar-besaran seperti persediaan majlis
perkahwinan.
Menurut Sudin bin Madin, penduduk Kampung Lok Kawi
baru, "Semasa majlis pesorong mendo, adat buka mulut
dimulakan", iaitu pihak lelaki dikehendaki membayar RM20.00
kepada pihak perempuan sebelum memulakan perbualan atau
mengemukakan sesuatu perkara.
Tempoh pertunangan biasanya berlangsung selama setahun
untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila
tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki sekali lagi akan
menghantar rombongan ke rumah perempuan untuk
membincangkan "berian", iaitu pemberian pihak lelaki kepada
pihak perempuan, termasuklah mas kahwin, belanja kahwin dan
hantaran. Majlis ini disebut ngatur penongot.
19

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Ngatur Penongot
Dalam majlis ini, kedua-dua belah pihak akan berbincang
tentang jumlah berian penongot yang diminta. Menurut Haji Juin
bin Dulminin, Kampung Giling, Tuaran, antara perkara yang
terkandung dalam permintaan pihak perempuan termasuklah
penongot, iaitu berian. Selain itu, adat, iaitu pemberian beberapa
ekor kerbau atau lembu, sama ada seekor atau hingga lima ekor.
Kadangkala pihak lelaki memohon pertimbangan beberapa ekor
kerbau atau lembu yang diminta digantikan dengan nilai wang.
Contohnya, jika permintaan pihak perempuan sebanyak lima
ekor kerbau, dua ekor diberi kerbau yang hidup (adat hidup), tiga
ekor digantikan dengan nilai wang yang dikenali sebagai "adat
mati". Seterusnya pikulan, iaitu wang ringgit yang diberi sebagai
sagu hati kepada waris terdekat yang mengendalikan ngatur
penongot, lazimnya diwakili dua orang ahli keluarga. Pikulan
dibayar oleh pihak lelaki. Pikulan juga melambangkan ikatan
kekeluargaan yang kukuh melalui jumlah orang yang mewakili
perbincangan. Semakin banyak bilangan wakil bermakna lebih
kukuh hubungan kekeluargaan. Keluarga perempuan dan lelaki,
biasanya dua orang daripada waris perempuan dan dua orang
daripada waris lelaki terlibat secara langsung dalam
perbincangan awal dan akhir tempoh pertunangan antara keduadua pihak. Mereka juga bertanggungjawab untuk berbincang
semula sekiranya terjadi perkara-perkara penting seperti putus
tunang.
Kedua-dua belah pihak akan menerima bayaran
daripada pihak lelaki berjumlah tidak kurang daripada RM
20.00.
Seterusnya, perkara yang turut terkandung dalam permintaan
pihak perempuan ialah Tawag atau gong yang merupakan adat
yang semakin kurang diamalkan. Adat ini bertujuan
memberitahu pihak lelaki bahawa keluarga gadis berasal
daripada keturunan berada. Kelangkaan pula merupakan bayaran
kepada kakak bakal tunang jika adik mendahului kakak. Keris
turut diberi sebagai lambang "Raja Sehari" yang diminta oleh
pihak perempuan, manakala Penenaikkan digunakan apabila
gadis lari kepada lelaki yang dicintainya setelah pinangan lelaki
ditolak oleh keluarga perempuan. Jika berlaku keadaan ini,
pasangan harus dinikahkan segera bagi mengelakkan berlaku
20

Bab 2

perkara yang tidak diingini. Majlis pernikahan lazimnya


dilakukan secara sederhana, namun ada juga yang membuat
majlis secara besar-besaran.
Majlis Perkahwinan
Majlis keramaian dibuat beberapa hari sebelum majlis
perkahwinan yang sebenar. Biasanya, majlis tersebut diadakan
selama tujuh hari berturut-turut dan majlis betitik diadakan, iaitu
memainkan alat bunyi-bunyian
kulintangan yang terdiri
daripada kulintangan, gong, tunggal atau canang dan gendang di
tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini
terdiri daripada enam orang pemain yang diketuai seorang
wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul
gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain tunggal.
Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam diikuti
tarian tradisional yang dinamakan runsai. Tarian ini memerlukan
antara enam orang hingga lapan orang penari termasuk dua
orang wanita. Tarian ini bertambah meriah apabila diserikan
dengan kalang, iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh
penari lelaki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan
perempuan mengadakan majlis Mandi Bedak, yakni malam
berinai. Pengantin yang telah dihias dan didandan duduk di atas
pelamin sambil melihat persembahan kumpulan kompang dan
selepas itu diadakan bacaan berzanji serta marhaban. Pada hari
perkahwinan, pengantin memakai pakaian baharu, biasanya
berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera.
Rambut pengantin perempuan dihiasi serimpak, iaitu sejenis
mahkota.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap
dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan
tandu (hanya diamalkan oleh Bajau Sama Kota Belud) oleh
beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika
menuju ke kediaman pengantin perempuan dengan diiringi
pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang
dihias dengan bendera yang berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan
mengalu-alukan ketibaan rombongan pengantin lelaki di
21

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang


turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota
rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin
perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat
yang dikhaskan untuknya dan paluan gong serta kompang akan
diberhentikan serta-merta. Pengantin lelaki akan menunggu
majlis akad nikah yang dijalankan tidak lama selepas itu.
Menurut Mat bin Ahmad yang ditemui pada 30 April 2013, di
beberapa buah kampung di daerah Tuaran, kadangkala pengantin
lelaki dinikahkan secara berdiri oleh bapa pengantin perempuan.
Upacara akad nikah secara berdiri juga dilakukan oleh
masyarakat Bajau Sama Kota Belud yang telah diwarisi secara
turun-temurun. Namun, tidak dapat dipastikan asal usul adat
pernikahan secara berdiri ini. Dalam pada itu, pengantin lelaki
akan mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.
Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan
untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki
dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang
dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin
perempuan. Setiap tabir itu hanya dibuka apabila dibayar sekitar
RM10.00 hingga RM20.00 ataupun dengan membaca pantun,
syair atau nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah pengantin
lelaki menyentuh dahi atau ubun-ubun isterinya, kedua-dua
mempelai itu disandingkan. Kemudian, kedua-dua pengantin
keluar bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi dalam
perkahwinan masyarakat Bajau. Mereka mempercayai
perkahwinan sesama keluarga terdekat seperti sepupu sebagai
"panas" kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan kelak tidak
cerdik. Masyarakat ini juga tidak akan mengadakan majlis
perkahwinan atau mendirikan rumah pada bulan Safar dan
Muharam kerana dipercayai boleh mendatangkan musibah, iaitu
berlaku bencana atau kecelakaan. Bagi sesetengah masyarakat
Bajau Tuaran, pasangan pengantin yang mendirikan rumah
tangga dilarang keluar rumah sebelum dan selepas tiga hari,
kerana dipercayai akan terjadi sesuatu yang menyebabkan majlis
tidak dapat dilangsungkan. Pengantin perlu mematuhi beberapa
pantang larang seperti pengantin lelaki tidak boleh memijak
22

Bab 2

tanah semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan


untuk majlis persandingan.

Gambar 2. 2 Persandingan Pengantin Bajau Sama.

Adat mara-mara merupakan adat menjemput orang kampung


hadir ke majlis kenduri yang diadakan. Keluarga yang
mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan akan
melantik seorang atau dua orang wakil untuk memberitahu
penduduk kampung serta menjemput mereka. Wakil akan pergi
dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk mengundang keluarga
tersebut ke majlis ini. Keluarga berkenaan akan memberikan
sagu hati sebanyak RM20.00 hingga RM50.00 seorang kepada
wakil tersebut. Ketika berlangsungnya majlis, tetamu yang hadir
akan membawa sampul surat yang berisi wang untuk diberikan
23

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

kepada keluarga pengantin. Tetamu akan dijamu dengan


makanan yang telah disediakan.
Ngelente, iaitu seminggu selepas majlis persandingan di
rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki dan rombongan
keluarga perempuan akan mengadakan lawatan balas ke rumah
pengantin lelaki. Majlis persandingan yang kecil diadakan.
Adat ini disebut sebagai ngelente.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KEMATIAN
Majoriti masyarakat Bajau beragama Islam. Dengan itu, segala
urusan pengendalian sebelum, semasa dan selepas pengebumian
berlandaskan peraturan dan lunas-lunas Islam. Namun yang
demikian, terdapat juga beberapa adat yang diamalkan.
Contohnya, Balu-balu (pemberitahuan kematian). Apabila
terdapat penduduk kampung meninggal dunia, gong (balu-balu)
akan dibunyikan bertujuan memberitahu masyarakat kampung
bahawa adanya kematian. Pukulan gong pula mempunyai
kaedahnya tersendiri bagi membezakan sama ada orang yang
meninggal dunia itu lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau
dewasa. Lazimnya, dua orang pemukul gong akan saling
berbalas memukul gong. Keluarga yang melakukan balu-balu
akan menyembelih paling kurang seekor kerbau pada hari
pertama, ketujuh, ke-40, ke-100 atau setahun.
Pantang larang kematian yang perlu dipatuhi seperti isteri,
iaitu balu tidak boleh menyisir rambut selama tujuh hari dan
tidak boleh menyapu rumah dalam tempoh tujuh
hari.
Seterusnya, tempat tidur (bangkaian) arwah mesti dijaga selama
tujuh hari. Masyarakat kampung juga tidak dibenarkan bersuka
ria seperti bermain alat muzik, berkaraoke, betitik dan
berkompang. Keluarga akan mengadakan kenduri yang dikenali
sebagai bangi tiga, tujuh, 40, 100 dan pertemuan genap satu
tahun. Bangi bererti "kenduri hari" atau dalam masyarakat ini
dikenali sebagai makan tiga, makan tujuh dan seterusnya. Ahli
keluarga dikehendaki lalu di bawah jenazah yang diangkat
bertujuan agar keluarga yang tinggal tidak merindui arwah.
Selain itu, kucing dipastikan tidak melangkah mayat kerana
dikhuatiri mayat akan bangun. Menangisi jenazah juga dilarang
kerana dipercayai boleh menyebabkan roh arwah menderita dan
24

Bab 2

sedih. Dalam masyarakat Bajau Sama Kota Belud, adat


berkunjung ke rumah arwah dikenali sebagai nibau.
KESIMPULAN
Kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Bajau
di Kota Belud dan juga pantai barat Sabah mempunyai banyak
peraturan, adat dan pantang larang yang dipengaruhi
peninggalan nenek moyang mereka. Semua peraturan, adat serta
pantang larang tersebut masih menjadi amalan dan ikutan
masyarakat ini hingga hari ini.
Meskipun pelbagai perubahan telah berlaku di daerah
tersebut, umpamanya dari segi akademik, pembangunan,
penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan ini, adat,
budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka tetap diteruskan
dan diamalkan. Namun, sejak adanya Jawatankuasa Agama
Islam yang dibentuk di seluruh negeri, sedikit banyak membuka
minda dan penerimaan masyarakat Bajau tentang pentingnya
sesuatu adat dan kepercayaan yang diamalkan itu diselidiki dan
diamati menurut hukum agama Islam. Persoalannya kini, sama
ada adat atau kepercayaan yang dipegang itu harus diteruskan
ataupun dilupakan. Tuan Haji Awang bin Nasyip, selaku wakil
Imam Kampung yang telah mengikuti pelbagai ceramah,
bengkel keagamaan, motivasi kesedaran yang dianjurkan Jabatan
Agama Islam Sabah cuba secara perlahan-lahan dan halus
membuat pembaharuan serta menerapkan unsur-unsur murni
dalam masyarakat Bajau di sana. Begitu juga menurut Hajah
Norsiah binti Masrah dan Hajah Salamah binti Bruno, berbagaibagai bengkel dan ceramah dianjurkan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Sabah (JHEAINS) dari kampung ke kampung
bertujuan menanamkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
ini.
Beliau bersyukur kerana ketika ini masyarakat telah mula
menunjukkan perubahan. Ada antara amalan yang tidak
diamalkan lagi. Misalnya, penyediaan bangkai-bangkaian.
Meskipun masih ada yang mengamalkannya, penyediaannya
dilakukan mengikut batas serta landasan yang telah ditetapkan
oleh JHEAINS. Kepercayaan amalan menyediakan bangkaibangkaian yang berlebih-lebihan ini bukan sahaja menyusahkan
25

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

keluarga arwah, malah sikap menunjuk-nunjuk tidak digalakkan


dalam agama Islam.
Amalan membuat makanan yang berlebihan dalam kenduri
haruslah dilakukan mengikut kemampuan keluarga. Menurut
Tuan Haji Awang bin Nasyip, "Orang susah tambah susah",
sekiranya penyediaan dibuat melebihi kemampuan. Kini, budaya
atau amalan tersebut tidak lagi dipraktikkan atau menjadi satu
kemestian dalam pengurusan kematian. Amalan bersedekah
mengikut tuntutan agama amatlah disarankan.
Pelbagai cara pendekatan telah dan akan dibuat oleh
JHEAINS bagi daerah Kota Belud ke arah memberi kesedaran
kepada masyarakat, khususnya masyarakat Bajau yang masih
mengamalkan kepercayaan yang boleh memesongkan akidah.
Namun kini, kebanyakan masyarakat Bajau telah melalui proses
perubahan. Budaya dan kepercayaan yang difikirkan tidak
melanggar hukum agama dan akidah Islam masih diamalkan.
"Menarik rambut dalam tepung biarlah perlahan, agar rambut
tidak putus dan tepung tidak berselerak". Itulah prinsip yang
ditekankan oleh Tuan Haji Awang bin Nasyip dalam membuat
perubahan dan membawa pembaharuan kepada masyarakat
Bajau.
Amalan dan kepercayaan yang dipraktikkan begitu lama
dalam masyarakat Bajau tidak mudah dilupakan dan diubah
dalam sekelip mata. Adat istiadat ini sedikit banyak telah
mempermudah upacara yang melibatkan kelahiran, perkahwinan
dan kematian dan tidak membebankan kaum keluarga.
Difahamkan juga hampir semua kampung tidak lagi
mengamalkan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian
dengan hukum syarak, khurafat dan membebankan keluarga.
Masyarakat Bajau secara amnya, mula mendalami ilmu agama,
terutama golongan muda. Pada pandangan mereka, budaya yang
boleh dikekalkan harus dikekalkan demi menjaga kehalusan
budaya suku Bajau, tetapi perkara yang boleh menyebabkan
syirik telah lama dihapuskan.

26

Bab 3 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU KADAZAN oleh
RITA LASIMBANG

Masyarakat Kadazan Penampang kebanyakannya menjalani


hidup sebagai petani dan pesawah. Semua aktiviti atau peristiwa
yang berlaku dirujuk mengikut kitaran penanaman padi atau
harian dan saiz bulan. Selain padi, masyarakat tradisional
Kadazan juga menanam tanaman lain untuk menyara hidup dan
mengumpulkan bahan makanan dari hutan, memburu binatang
buruan dan menangkap ikan. Pada zaman dahulu, masyarakat
Kadazan Penampang tinggal di rumah panjang. Namun kini, cara
hidup mereka dalam semua aspek telah berubah mengikut arus
pembangunan. Transformasi ekonomi daripada pertanian untuk
sara hidup kepada masyarakat pengguna dan berpendapatan
adalah antara perubahan yang paling ketara. Malah, rumah
panjang tidak lagi dibina dalam kalangan masyarakat Kadazan
Penampang.
Suku Kadazan Penampang mempunyai sistem pentadbiran
tradisional yang terdiri daripada empat institusi, iaitu ketua
kampung (Huguan Pogun atau Orang Tua), majlis orang yang
lebih tua dan berpengetahuan tentang adat (Komohoingan
Tangabaa), wanita yang pakar dalam upacara ritual (Bobohizan),
dan pahlawan (Pangazou). Mereka bekerjasama menjaga
kesejahteraan masyarakat dan hal-hal keagamaan. Seorang
pahlawan yang terbukti mempunyai kebolehan dan kualiti
kepimpinan akan menjadi ketua pahlawan atau panglima
(Huguan Siou), dan lazimnya mengetuai pahlawan ke medan
peperangan untuk melindungi kawasan dan hak mereka.
27

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Masyarakat tradisional Kadazan Penampang mempercayai


kewujudan alam roh. Alam rohaniah dikuasai atau dikawal oleh
Kinoingan dan isterinya Suminundu. Kinoingan ialah pencipta
alam (Minamangun). Segala roh baik dan jahat adalah di bawah
kuasa Kinoingan dan Suminundu. Roh baik dan jahat ini boleh
mempengaruhi kehidupan manusia. Roh-roh tersebut wujud
dalam alam manusia, tetapi tidak boleh diganggu oleh manusia.
Sekiranya berlaku gangguan, sama ada disengajakan atau tidak,
maka roh mesti diberi pujukan supaya keamanan, keharmonian
dan keseimbangan dalam perhubungan antara manusia, alam
semula jadi dan roh dapat dikekalkan. Bobohizan yang
merupakan pakar upacara ritual bertindak sebagai pengantara
manusia dengan alam roh atau dunia ghaib. Bobohizan dijemput
untuk melaksanakan upacara memelihara keamanan dan
keharmonian serta mengembalikan keseimbangan antara keduadua dunia tersebut. Bobohizan juga penyembuh, pakar dalam
ubat-ubatan tradisional yang menggunakan tumbuh-tumbuhan,
bidan kampung serta penasihat dalam hal berkaitan kepercayaan,
adat resam dan pantang larang suku Kadazan Penampang.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN
Kelahiran bayi merupakan peristiwa pertama yang penting
dalam kehidupan masyarakat Kadazan. Setelah dilahirkan, tali
pusat (pusod) dan tembuni (kagazaan) dimasukkan ke dalam
bekas dan ditanam berdekatan pohon kayu di halaman rumah.
Pada zaman dahulu bekas ini diikat pada tiang rumah. Sekiranya
bayi lelaki, ayah bayi tersebut hendaklah melakukan gerakan
seperti bersilat atau melompat ke atas seutas tali sebelum
menanam tali pusat dan tembuni kerana dipercayai bayi akan
menjadi lincah dan pantas. Sekiranya bayi perempuan, emak
saudara yang rajin dan pandai memasak diminta menanam tali
pusat dan tembuni agar bayi menjadi seorang yang rajin dan
pandai memasak.
Tali pusat bayi yang tertanggal pada hari keempat atau satu
minggu selepas kelahirannya dibungkus dan disimpan dengan
baik. Apabila anak yang kedua dan seterusnya dilahirkan, semua
tali pusat mereka disimpan bersama-sama dalam sebuah bakul
kerana dipercayai semua anak akan berbaik-baik dan sefahaman.
28

Bab 3

Semasa bayi berumur satu bulan, upacara menggunting rambut


(momuga) diadakan sebagai pengumuman kelahiran ahli baharu
bagi sebuah keluarga dan juga masyarakat. Upacara momuga
dilangsungkan pada awal pagi. Sedikit rambut bayi digunting
untuk membuang kototogon, iaitu segala yang boleh menghalang
tumbesaran bayi. Rambut bayi kemudian dibungkus dengan
baik dan disimpan di bahagian rumah yang sering dilalui,
contohnya di tepi tangga. Dengan berbuat demikian dipercayai
bayi akan membesar menjadi seorang yang lincah, peramah dan
berani serta tidak takut bercakap dengan masyarakat. Anak
dibesarkan dan diberi didikan berkaitan adat dan tatacara
masyarakat.

Gambar 3.1 Upacara momuga.


Sumber Encik Francis G. Otigil.

Sambutan hari lahir yang pertama (setahun) dan seterusnya


pula, terpulang kepada kehendak ibu bapa.
Kadangkala,
sekiranya keluarga kanak-kanak perempuan dan lelaki berhajat
mengahwinkan anak-anak mereka, emak kanak-kanak lelaki
akan memakaikan kain sarung kepada kanak-kanak perempuan
tersebut sebagai tanda hajat kedua-dua keluarga.
29

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Pantang Larang Kelahiran


Beberapa pantang larang kelahiran menjadi pegangan
masyarakat ini. Masyarakat ini melarang seisi keluarga pergi
bertani atau bercucuk tanam pada hari kelahiran bayi dan semasa
menanam tali pusat untuk mengelakkan kopupusod, iaitu segala
yang ditanam tidak menjadi atau terbantut. Mereka juga
dilarang membawa bayi keluar rumah selama seminggu sejak
hari kelahiran untuk mengelakkan bayi "masuk angin". Bayi
juga tidak boleh dibawa ke dapur untuk mengelakkan dia terhidu
bau kuat seperti bawang dan menjadi ovingkat atau menghidap
penyakit "masuk angin". Ibu pula dikhuatiri ovingkat jika
termakan sesuatu yang tidak sesuai dengan dirinya.
Pantang Larang bagi Wanita Hamil
Sebelum melahirkan anak, wanita hamil juga perlu mematuhi
beberapa pantang larang yang berkaitan diri mereka. Antaranya
termasuklah larangan memetik buah-buahan seperti cili atau lada
atau daun tumbuh-tumbuhan seperti sirih kerana buah cili atau
lada akan gugur sebelum masak dan daun sirih akan berkedut
dan pokok akan layu. Wanita hamil juga dilarang makan sambil
berjalan seperti memakan tebu kerana dipercayai anak akan
menjadi nakal dan tidak peramah. Memakan buah-buahan yang
telah dimakan oleh burung atau tupai juga dilarang kerana
dipercayai anak akan menjadi pencuri atau suka mengambil
sesuatu tanpa kebenaran. Seterusnya, wanita hamil dilarang
memakan buah pisang yang berkembar atau melekat kerana
khuatir akan melahirkan anak kembar Siam. Mereka juga tidak
dibenarkan memakan sotong kerana dipercayai sukar atau
lambat melahirkan anak. Sekiranya wanita tersebut termakan
sotong, dia perlu meminum air rendaman gigi sotong yang telah
dikikis sebagai penawar.
Wanita hamil juga dilarang memakan buah semasa berdiri di
ambang pintu kerana dipercayai sukar atau lambat melahirkan
anak. Duduk di anak tangga pula ditegah kerana dipercayai anak
lahir dalam keadaan songsang. Mereka juga dilarang mengusik
orang yang cacat kerana bimbang bayi yang dilahirkan cacat.
Begitu juga larangan mengusik haiwan seperti monyet kerana
30

Bab 3

dipercayai bayi yang dilahirkan akan mirip (koboobozo) haiwan


yang diusik.
Semasa mengandung, isteri dan suami dilarang melantak paku
kerana dipercayai wanita tersebut sukar melahirkan anak. Suami
dan isteri turut dilarang membuat penjolok buah-buahan yang
bercabang di hujung kerana dipercayai bayi yang dilahirkan akan
mempunyai lelangit rekah atau bercelah. Suami juga dilarang
memasang bahagian bawah bubu atau bakul sikut seperti bakid
dan boboungon yang mempunyai dasar kerana bimbang bayi
yang dilahirkan dengan dubur tertutup, tiada dubur atau pekak.
Selain itu, mereka juga dilarang menyembelih ayam kerana
bimbang leher bayi akan teleng.
Wanita hamil juga dilarang menziarahi keluarga yang ada
kematian kerana dipercayai kandungan tidak akan sihat. Mereka
juga tidak dibenarkan menjahit kerana bimbang bayi lahir
dengan banyak tanda lahir (piho) ditubuhnya . Seterusnya,
dilarang melangkah tali kerbau kerana dipercayai kandungan
akan terlebih bulan seperti kandungan kerbau. Sekiranya
melanggar pantang ini, penawarnya adalah dengan merendam
tali kerbau dalam air dan mandi dengan air tersebut. Wanita ini
juga dilarang melangkah tempat makanan haiwan seperti anjing,
khinzir kerana dipercayai akan melahirkan banyak anak atau
kembar tiga atau empat.
Semasa mengandung, mereka digalakkan memakan peria dan
juga batang keladi yang boleh dibuat sayur (taduk) kerana
dipercayai kandungan tidak terlalu besar dan ini memudahkan
proses bersalin. Wanita ini juga digalakkan memakan apa-apa
sahaja yang diidamkan untuk mengelakkan air liur bayi sering
meleleh.
Mereka juga digalakkan bermurah hati kerana
dipercayai anak akan memiliki sifat pemurah. Digalakkan juga
mengumpulkan buah-buahan dengan menggunakan kain sarung
dan kemudian memakannya bersama-sama kanak-kanak agar
anak yang bakal dilahirkan ini memiliki sifat pemurah hati.
ADAT
RESAM
DAN
PANTANG
LARANG
PERKAHWINAN
Upacara perkahwinan merupakan peristiwa kedua penting dalam
kehidupan masyarakat Kadazan. Terdapat tiga peringkat dalam
31

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

upacara perkahwinan bagi suku Kadazan Penampang, iaitu


merisik (monohuku), peminangan atau pertunangan (momuaboi)
dan hari perkahwinan (matod). Masyarakat Kadazan melarang
perkahwinan antara sepupu pertama hingga ketiga. Perkahwinan
dibenarkan dan disahkan setelah pembayaran berian (nopung)
dilunaskan.
Merisik (Monohuku')
Merisik dilakukan apabila seorang jejaka meminati seorang
gadis, atau ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berkenan
dengan seorang gadis untuk dikahwinkan dengan anak mereka.
Adat merisik diamalkan dalam masyarakat Kadazan Penampang
untuk mengelakkan terjadinya permusuhan atau kebencian
kerana peminangan ditolak. Walaupun pihak perempuan tidak
bersetuju, kedatangan pihak lelaki masih dialu-alukan, dan
peminangan ditolak dengan cara yang baik. Antara perkara yang
dibincangkan semasa merisik termasuklah hari pertunangan yang
ditetapkan mengikut "saiz" bulan dan pada "bulan baik" (vuhan
tavasi'), iaitu bulan mengembang (gumazo). Majlis pertunangan
tidak boleh dilangsungkan semasa bulan mengecil (tumonob) .
Peminangan atau Pertunangan (Momuaboi)
Pada hari pertunangan, jumlah rombongan pihak lelaki
hendaklah dalam bilangan ganjil, iaitu lima, tujuh, sembilan atau
11 orang, dan berkunjung ke rumah perempuan pada waktu pagi.
Celepa (salapa') digunakan sebagai tanda pertunangan dan kain
sarung sebagai hadiah. Sesuai dengan peredaran zaman, cincin
digunakan sebagai tanda pertunangan yang hanya dipakai oleh
perempuan. Tidak ada pertukaran cincin seperti zaman sekarang.
Pada zaman dahulu, jejaka yang meminang tidak dibenarkan
menyertai rombongan.
Setibanya rombongan pihak lelaki di rumah perempuan,
mereka dijemput masuk dan duduk, seterusnya dihidangkan
dengan minuman dan makanan ringan serta tepak sirih pinang.
Pada hari pertunangan pula, dilarang menggunakan pinggan,
mangkuk dan gelas yang sumbing ketika menghidangkan
makanan kerana dipercayai boleh menjejaskan keharmonian
ikatan pertunangan. Setelah selesai jamuan ringan, wakil yang
32

Bab 3

lebih tua daripada pihak perempuan akan menyuruh anak-anak


gadis untuk menyimpan bekas minuman dan makanan ringan
yang telah dihidangkan. Semua mestilah berhati-hati agar tidak
ada sebarang pinggan, mangkuk dan gelas yang terpecah.

Gambar 3.2 Salapa' atau Celepa.


Sumber Jabatan Muzium Sabah.

Apabila semua sudah disimpan dan dikemaskan,


perbincangan, urus bicara atau perundingan akan bermula.
Upacara ini disaksikan oleh ketua kampung. Antara perkara
yang dibincangkan semasa hari pertunangan termasuklah
penentuan hari perkahwinan dan berian (nopung). Wakil pihak
perempuan menggunakan daun kirai untuk menyatakan berapa
berian yang dikehendaki. Pada zaman dahulu, nopung terdiri
daripada gong, tajau (kakanan) dan meriam tembaga (badi) yang
dibawa dalam tadang baharu (bakul sikut diperbuat daripada
pelepah rumbia) oleh rombongan pihak lelaki ke rumah
perempuan semasa hari perkahwinan. Namun kini, nopung
digantikan dengan wang tunai dan pihak lelaki juga dikehendaki
memberikan belanja dapur. Selain nopung dan belanja dapur,
33

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

pihak lelaki dikehendaki memberi sekurang-kurangnya dua ekor


kerbau, seekor akan disembelih pada hari perkahwinan dan
seekor lagi akan dihantar semasa perkahwinan abang atau adik
lelaki gadis tersebut. Mengikut adat resam suku Kadazan
Penampang, pihak lelaki juga dikehendaki memberikan sebuah
gong canang kerana dipercayai dengan pemberian tersebut, anak
yang dilahirkan kelak tidak akan menjadi bisu.
Sekiranya gadis tersebut mempunyai kakak atau abang yang
masih belum berkahwin, pihak lelaki dikehendaki memberikan
sogit kotohiban, iaitu "pembayaran" atau pemberian kerana adik
berkahwin dahulu. Sogit kotohiban bagi abang pula sehelai
seluar panjang atau baju, manakala bagi kakak merupakan
sebentuk cincin atau pada zaman dahulu sehelai kain sarung.
Pada hari pertunangan juga talian persaudaraan akan diselidik.
Sekiranya didapati mereka mempunyai talian persaudaraan,
maka mesti diberi sogit atau "pembayaran" atau pemberian
untuk "menyejukkan" atau mengembalikan kepada keadaan
aman dan seimbang. Jenis-jenis sogit adalah seperti yang
berikut:
(a) Sogit Pitas ialah seekor khinzir yang disembelih seminggu
sebelum hari perkahwinan. Sogit Pitas bertujuan menjauhkan
atau membatalkan pertalian persaudaraan supaya pasangan bebas
untuk berkahwin. Sogit Pitas dimestikan untuk semua pasangan,
walaupun tidak ada talian persaudaraan kerana dipercayai semua
manusia bersaudara dan datang daripada satu sumber.
(b) Sogit Sumbang ialah sogit bagi perkahwinan antara bapa
saudara atau emak saudara dengan anak buahnya. Perkahwinan
sedemikian dilarang atau tidak digalakkan dalam masyarakat
Kadazan Penampang, terutama jika pertalian persaudaraan
tersebut sangat rapat. Sogit Sumbang
memerlukan
penyembelihan tujuh ekor kerbau di tujuh tohungan, iaitu
kawasan sungai bercabang dua untuk monogit atau
mengembalikan keseimbangan kepada seluruh masyarakat dan
perkampungan di sepanjang sungai apabila darah kerbau yang
disembelih itu mengalir ke sungai-sungai tersebut.
(c) Sogit Kosugku' diberikan oleh pihak perempuan kepada
kakaknya kerana dia berkahwin dengan adik atau abang ipar
kakaknya. Sogit Kosugku' ialah seekor ayam jantan.
34

Bab 3

(d) Sogit Babo' ialah sogit bagi perkahwinan antara anak buah
dengan adik kepada isteri bapa saudaranya. Sogit Babo' terdiri
daripada serumpun rumbia, serumpun tebu, sekeluarga ayam
(ibu ayam dengan anak-anak ayam atausompupuuvan o manuk)
dan sekeluarga khinzir (ibu khinzir dengan anak-anak atau
songkokoudan o vogok). Sogit tersebut dihantar oleh ibu bapa
pihak lelaki kepada keluarga bapa saudara sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan.
Setelah selesai perbincangan, urus bicara atau perundingan,
rombongan pihak lelaki, keluarga dan saudara-mara pihak
perempuan dijamu makan tengah hari. Mengikut adat resam dan
pantang larang masyarakat Kadazan Penampang, pada hari
pertunangan ini dilarang menghidangkan jeruk (nonsom) kerana
jeruk dipercayai boleh menyebabkan penyakit gatal seperti
kudis.
Selepas itu, rombongan pihak lelaki perlu pulang sebelum
matahari terlalu kogiging, iaitu mula petang (sebelum pukul tiga
petang) kerana dipercayai boleh mengurangkan rezeki. Lelaki
tersebut juga perlu pulang ke rumah bersama-sama
rombongannya, dia tidak boleh tinggal di rumah perempuan.
Pada malam hari pertunangan, gadis yang telah bertunang
perlu meletakkan cincin pertunangannya di bawah bantal, atau
celepa dan hadiah pertunangan di tepi bantal semasa tidur.
Sekiranya dia bermimpi perkara yang baik atau tidak bermimpi,
maka ini dianggap sebagai petanda yang baik untuk meneruskan
pertunangan dan melangsungkan perkahwinan. Namun,
sekiranya dia bermimpi yang tidak baik, pertunangan dibatalkan
dan segala hadiah pertunangan dikembalikan. Kadangkala,
alasan mimpi tidak baik digunakan untuk menolak peminangan.
Cara ini merupakan cara yang diplomatik untuk menolak
peminangan atau perkahwinan tanpa menimbulkan sebarang
kekecohan.

35

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 3.3 Perundingan pertunangan.


Sumber Cik Emilda Evon.

Gambar 3.4 Bungkusan atau kirai.

Pantang Larang Pertunangan


Selain merisik, terdapat beberapa pantang larang pertunangan
yang perlu diikuti. Antaranya termasuklah larangan
melangsungkan pertunangan semasa hari ke-15 dan hari-hari
seterusnya dalam bulan tersebut. Sekiranya bermimpi tidak baik,
majlis pertunangan perlu ditunda pada hari lain yang sesuai
mengikut saiz bulan. Seterusnya, dilarang melangsungkan
pertunangan jika terdengar bunyi burung belatuk jantan (hokiu)
(sekali sahaja berbunyi) yang dipercayai merupakan kopizo gazo
atau alamat tidak baik semasa memulakan perjalanan. Oleh
sebab itu, wakil akan dihantar untuk memaklumkan pihak
36

Bab 3

keluarga perempuan (mooi ponuko). Pertunangan akan


dilangsungkan pada hari lain yang sesuai mengikut saiz bulan.
Sekiranya rombongan dalam perjalanan meminang dan
dengan tiba-tiba seekor ular atau biawak melintasi jalan mereka,
rombongan mesti "memesan" kepada haiwan liar tersebut dan
meneruskan perjalanan.
Bunyi perkataan dalam pesanan
tersebut serupa dengan bunyi nama haiwan liar tersebut. Bagi
ular pesanannya berbunyi vuhanut - Ahanut no daa o nunu
noopo. "Semoga semuanya menjadi baik, kental, kukuh, dan
teguh (ahanut)." Bagi biawak pula dilarang menyebut nama
"biawak" jika dalam perjalanan, maka nama haiwan ini ialah
tuazou - Aazou no daa o piabazan. "Semoga pertunangan baik
dan sejahtera (aazou)." Kemudian, jika tertendang sesuatu
(kasadu) semasa dalam perjalanan, maka haruslah membuat
sanggul pada rumput yang ada di tepi jalan dan meneruskan
perjalanan tanpa menoleh ke belakang. Perbuatan demikian
bermaksud alamat atau petanda tidak baik telah ditamatkan di
situ.
Semasa majlis pertunangan, dilarang menggunakan pinggan,
mangkuk dan gelas yang sumbing untuk menghidangkan
makanan dan minuman kerana dikhuatiri boleh menjejaskan
keharmonian ikatan pertunangan. Menghidangkan sebarang jenis
jeruk (nonsom) pada hari pertunangan juga ditegah kerana
dipercayai boleh mengakibatkan kudis atau ruam. Selain itu,
dilarang memasak nangka muda sebagai sayur untuk
dihidangkan pada hari pertunangan kerana makanan ini
dihidangkan khusus untuk ritual mogukas pada hari ketujuh
selepas kematian. Pada hari pertunangan, jika jejaka tersebut
telah mengikuti rombongan ke rumah perempuan, dia dilarang
tinggal di rumah tersebut. Dia mestilah pulang bersama-sama
rombongan setelah perbincangan pertunangan selesai. Lelaki
dilarang tidur di rumah tunangnya sebelum berkahwin.
Pada hari pertunangan gadis yang baharu bertunang dilarang
keluar rumah dan pasangan ini juga dilarang keluar bersamasama, mereka mesti tinggal di rumah masing-masing. Selain itu,
mereka juga dilarang pergi seorang diri menziarahi keluarga
yang meninggal dunia. Mereka mesti pergi bersama-sama
dengan tuning. Selain itu, pasangan bertunang tidak boleh
37

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

disuruh menari (sumazau) bersama-sama (au' buli pitukaan


sumazau) kerana dipercayai mereka otuutuka', iaitu kejadian
yang tidak baik akan menimpa pasangan tersebut. Pada zaman
dahulu, jika lelaki yang sudah bertunang pergi mengembara,
tunangnya mesti memberikan sebatang kirai bertembakau
(binungkus) atau sehelai sapu tangan kepadanya untuk dibawa
dalam perjalanan atau pengembaraan.
Hari Perkahwinan (Matod)
Pada zaman dahulu, sebelum hari perkahwinan, ahli keluarga
dan saudara-mara akan datang ke rumah bakal pengantin
perempuan untuk membantu membuat persediaan. Antara kerja
persediaan dan persiapan untuk hari perkahwinan termasuklah
penyediaan beras (mamagas), iaitu menumbuk padi (tumutu),
mengisar padi (gumuzang), menyediakan tapai (magasi), dan
juga mengambil daun simpuh untuk membungkus nasi
(mogongoi do loun).
Pada hari perkahwinan (tadau kaatadan), mempelai
menggunakan pakaian tradisional yang lengkap dengan
perhiasan dan aksesorinya. Upacara mivaza' (berbalas dua
jalan) diadakan. Rombongan pihak pengantin lelaki akan
bertandang ke rumah pengantin perempuan pada hari pertama
perkahwinan dan pada keesokannya rombongan pihak pengantin
perempuan pula bertandang ke rumah pengantin lelaki.
Pada hari pertama perkahwinan, pihak pengantin lelaki dan
rombongannya datang ke rumah pengantin perempuan.
Pengantin lelaki membawa tikar paladani dan pakaiannya,
sementara ahli rombongannya membawa berian yang terdiri
daripada gong, tajau (kakanan) dan meriam tembaga (badi) yang
dibawa dalam tadang baharu atau bakul sikut yang diperbuat
daripada pelepah pokok rumbia.
Apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan,
mempelai menjalani upacara momokis atau merenjis, mimpau do
pangasaan dan momuhu do siung yang dikendalikan oleh
seorang bobohizan sebelum mereka masuk atau menaiki rumah.
Masyarakat Kadazan banyak menggunakan konsep simbolisme
atau perlambangan dari segi sifat atau bunyi serupa atau sama
rimanya dalam upacara ritual dan amalan ubatan tradisional.
38

Bab 3

Dalam upacara momokis atau merenjis, daun (dan bahagian


tumbuhan yang berkenaan) daripada tujuh jenis tumbuhan
digunakan, nama tumbuhan ritual tersebut mempunyai
simbolisme dengan bunyi yang sama pada kata-kata ucapan
dalam upacara tersebut seperti yang berikut:
(a) Daun pokok Tutumatak - Atatak i tangalaat, iaitu jatuh yang
jahat (semoga jatuh atau tergugur segala yang jahat atau tidak
baik).
(b) Daun pokok Tongkuasam - Ataatamis miaga do asam, iaitu
sejuk-sejuk macam hujan (semoga aman dan damai selamalamanya).
(c) Daun pokok Dompu - Kotompu i tangalaat , iaitu terpantul
yang jahat (semoga terpantul segala yang jahat atau tidak baik).
(d) Daun pokok Boibi' - Kobibi' i tangalaat, iaitu diketepikan
yang jahat (semoga diketepikan segala yang jahat atau tidak
baik).
(e) Daun pokok Hisang - Kohisang i tangalaat, iaitu terpesong
yang jahat (semoga terpesong segala yang jahat atau tidak baik).
(f) Daun pokok Hikup (sejenis pokok pemanjat yang tumbuh di
atas pokok dan menyelubungi (kohikup) pokok tersebut) - Oidu'
no daa i kohikup, iaitu terbuka atau terbuang segala yang
menyelebungi (semoga terbuang segala yang menghalang
kejayaan dalam kehidupan).
(g)Upih atau pelepah buluh atau Kuzakub do poing - Ohungkab
om otihib do tongus, iaitu terkupas dan ditiup angin (semoga
segala yang jahat atau tidak baik "terkupas" dan dijauhkan).
Upacara merenjis dilangsungkan serentak dengan upacara
mimpau do pangasaan. Mempelai memijak batu asah, iaitu batu
keras yang diambil dari sungai. Simbolik memijak batu asah ini
agar perkahwinan mereka kukuh dan berkekalan. Selepas
direnjis, mempelai menjalani upacara momuhu do siung. Dalam
upacara ini, mempelai dipakaikan terendak (siung) sambil
bobohizan mengucapkan kata-kata upacara dan kemudian
terendak dibuka. Dalam upacara ini, terendak yang dipakai
pengantin merupakan simbolik kepada segala perkara yang tidak
baik serta yang menghalang atau menutupi (nokosiung) rezeki
pengantin. Perbuatan membuka terendak (momuhu do siung)
39

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

pula merupakan simbolik kepada membuka atau membuang


segala perkara yang tidak baik dan penghalang rezeki tersebut.
Setelah upacara tersebut dilangsungkan, mempelai masuk ke
dalam rumah untuk upacara miohon pinisi'. Dalam upacara
miohon pinisi', mempelai diminta membuat bebola nasi (pinisi')
dengan tangan (momisi') masing-masing. Kemudian, pengantin
lelaki diminta menyuapkan bebola tersebut kepada isterinya dan
sebaliknya. Mempelai juga akan saling menyuapi sup ayam dan
sedikit air tapai (hiing). Simbolik upacara miohon pinisi' ialah
mempelai menjaga antara satu sama lain.
Selepas semua upacara tersebut dilangsungkan, para hadirin
dijemput menikmati hidangan tengah hari yang berupa makanan
tradisional.
Pada zaman dahulu, hidangannya ialah nasi
dibungkus dengan daun simpuh (Dillenia sp.). Pada hari
perkahwinan, dilarang menggunakan daun tarap (Artocarpus
sp.). Kebanyakan masakan tradisional suku Kadazan Penampang
disediakan daripada bahan semula jadi seperti rebung, umbut
dan paku. Makanan dimasak dengan cara merebus, membuat
salad (hinava) dengan menggunakan limau nipis dan membuat
acar. Makanan tradisional yang disukai ramai ialah hinava ikan
tenggiri.
Ketika hari perkahwinan, mempelai dijemput untuk
memulakan tarian tradisional, iaitu sumazau dengan diiringi satu
set gong (sompogogungan) yang terdiri daripada enam gong dan
satu gendang. Kadangkala kulintangan juga dimainkan bersamasama dengan gong sompogogungan.

40

Bab 3

Gambar 3.5Upacara momuhu do siung.


Sumber Yayasan Bahasa Kadazandusun.

Gambar 3.6Upacara merenjis dan mimpau do pangasaan.


Sumber Encik Philip Chin Jr.

41

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 3.7 Upacara Miohon Pinisi'.


Sumber Encik Philip Chin Jr.

Pada waktu petang, rombongan pihak pengantin lelaki akan


pulang, sementara pengantin lelaki akan tinggal di rumah
perempuan. Pada keesokan hari, rombongan pengantin lelaki
akan datang lagi ke rumah pengantin perempuan untuk
membawa mempelai pulang ke rumah pengantin lelaki bagi
acara keramaian di rumah pihak pengantin lelaki. Demikianlah
upacara mivaza' dalam adat resam perkahwinan suku Kadazan
Penampang.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KEMATIAN
Kematian merupakan peristiwa ketiga penting dan terakhir
dalam kehidupan masyarakat Kadazan. Masyarakat Kadazan
percaya bahawa sebelum berlaku kematian, terdapat alamat atau
petanda (kopizo) seperti bermimpi dibawa ke perkuburan oleh
empat lembaga hitam atau gelap, bermimpi berkahwin atau
bermimpi tentang seseorang yang sihat atau yang sakit tenat
boleh bercakap dalam bahasa yang aneh.
Apabila seseorang itu sakit tenat, ahli keluarga dan saudara
terdekat akan berkumpul di rumahnya. Semua diam kecuali
kedengaran kata-kata yang mendorong pesakit untuk
menguatkan hati untuk "terus hidup". Mengikut kepercayaan
42

Bab 3

orang Kadazan, apabila berlaku kematian, tidak sopan


menggunakan perkataan napatai "mati". Oleh itu, yang lazim
digunakan ialah perkataan meninggal dunia (minidu' pogun)
atau nokoodop "tertidur". Apabila seseorang yang sakit tenat
telah menghembuskan nafas terakhir, ahli keluarga dan saudara
terdekat tidak terus menerima hakikat bahawa dia telah
meninggal dunia. Mereka cuba "membangunkannya" dan selepas
itu, mereka menangis atau meratapi kematian tersebut.
Seterusnya, ahli keluarga dan saudara terdekat melakukan
perkara yang perlu dilaksanakan mengikut adat kematian
masyarakat Kadazan. Lazimnya, seorang saudara mendiang yang
sudah berumur dan ditemani seorang lagi saudara akan pergi ke
sungai untuk "membeli" air dengan duit syiling bertujuan
memandikan jasad mendiang.
Air perlu "dibeli" kerana
mendiang sudah berada di alam baqa (pomogunan doid
sampaping) dan air di situ dianggap "lain" atau "berbeza". Air
di dunia perlu "dibeli" untuk memandikan jasad mendiang.
Sedikit air ini disimpan untuk membersihkan tempat meletak
keranda selepas diangkat keluar dari rumah. Pada zaman
dahulu, air ini disimpan di dalam bekas bambu. Bekas bambu
tersebut dipecahkan dengan menghempaskannya ke lantai.
Perbuatan ini dipercayai dapat membuang segala kejadian tidak
baik yang mungkin berlaku (nunu noopo i kalaatan).
Dalam pada itu, ahli keluarga yang lain akan menyediakan
tempat untuk meletakkan jasad mendiang. Pada zaman dahulu,
katil lipat digunakan. Pada waktu yang sama, saudara yang lain
menyediakan set gong untuk paluan gong rentak dunsai atau
rentak yang bertujuan mengumumkan kematian. Walau
bagaimanapun, paluan rentak dunsai hanya dapat dilakukan jika
keluarga tersebut berkemampuan menyembelih seekor kerbau
sebagai sogit paluan gong rentak dunsai. Mengikut kepercayaan
dan adat resam masyarakat Kadazan, kerbau tersebut menjadi
pengangkutan mendiang ke alam baqa. Menurut kepercayaan
masyarakat Kadazan, terdapat tujuh buah bukit dan lembah yang
dilalui sebelum tiba ke alam baqa.
Selepas jasad mendiang dimandikan, jasad diletakkan
(papabahu') di tempat khas. Mengikut adat resam masyarakat
Kadazan, tapak kaki mendiang haruslah menghadap ke dinding
43

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

rumah (Popintodon do pasok/ tobon/ pagabanan). Seharusnya,


kaki menghala ke kotonobon atau ke arah matahari terbenam dan
kepala menghala ke kohiason atau ke arah matahari terbit.
Setelah jasad mendiang diletakkan di tempat yang disediakan
khas, maka gong rentak dunsai dipalu sebanyak tiga kali untuk
mengumumkan kematian mendiang. Paluan gong rentak dunsai
dilakukan pada setiap subuh dan senja.
Tidak lama kemudian, jiran-jiran dan penduduk kampung
akan datang membantu keluarga tersebut. Kerbau yang
merupakan sogit, khinzir dan ayam disembelih. Selain itu,
beberapa orang akan mengambil daun tarap untuk membungkus
nasi. Ketika ini, dilarang memasak sayuran hijau atau segala
sayuran yang menjadi kuning apabila dimasak sehingga upacara
mogukas pada hari ketujuh dilangsungkan, iaitu apabila bahagian
bawah kaki kerbau yang telah disembelih sebagai sogit dimasak
dengan buah nangka muda dan rebung, iaitu sejenis masakan
tradisional. Setelah dua jenis sayur yang tidak berwarna hijau
dimasak, barulah dibenarkan memasak apa-apa sahaja jenis
sayuran yang lain.
Hari Kedua Selepas Kematian
Pada waktu subuh, paluan gong rentak dunsai akan dilakukan.
Kira-kira pada pukul tiga petang, jenazah dipindahkan ke dalam
keranda dan paluan gong berentak momodunsai dibunyikan
sehingga jenazah selamat dimasukkan ke dalam keranda. Pada
waktu senja, paluan gong dilakukan sekali lagi.
Hari Ketiga Selepas Kematian
Pengebumian dilangsungkan pada hari ketiga kematian. Sebelum
keranda dibawa keluar dari rumah, balu atau duda mendiang lain
(kes kematian sebelumnya) yang telah mengakhiri fasa pertama
perkabungannya akan mengunjungi rumah mendiang untuk
melakukan upacara manahakoi yang bertujuan menghantar
segala yang "tidak baik" untuk "dikebumikan" bersama-sama
dengan mendiang. Sebelum datang untuk melakukan upacara ini,
mereka mestilah memberitahu keluarga yang menghadapi
kematian itu hajatnya supaya satu sogit yang terdiri daripada
lauk dan sup daging kerbau berserta sedikit nasi dan minuman
44

Bab 3

dapat disediakan. Balu atau duda ini selalunya diiringi seorang


balu atau duda yang lain juga. Mereka membawa bersamasamanya sebatang galah pendek yang diperbuat daripada sejenis
kayu keras dan ditegakkan selari dengan satu daripada tiang
rumah mendiang. Kayu ini dipercayai bertindak sebagai
"penyokong" rumah tersebut kerana balu atau duda ini akan
menaikinya. Mereka haruslah menyelesaikan upacara
manahakoi dan meninggalkan rumah tersebut sebelum keranda
dibawa keluar dari rumah. Apabila meninggalkan rumah
tersebut, balu atau duda ini menendang galah pendek tadi untuk
merebahkannya kerana fungsi "menyokong" telah selesai.
Namun, pada masa kini, kebanyakan rumah tidak mempunyai
tiang, galah pendek ditegakkan di tempat yang sesuai di luar
rumah.
Pada hari pengebumian, paluan gong rentak dunsai
dibunyikan bermula ketika keranda ditutup dan dipaku hingga
selesai dikebumikan. Pada mulanya, dunsai dibunyikan dan
keranda ditutup, kaum wanita melepaskan tangisan (mogiad) dan
sesetengahnya meratap, terutama apabila keranda diusung keluar
rumah. Apabila keranda sudah dibawa keluar rumah, seorang
saudara-mara keluarga mendiang yang sudah bergelar balu akan
"menyapu" tempat letak keranda dengan dahan berdaun pokok
Ixora (tongkuasam) yang dicelup ke dalam baki air ritual yang
telah "dibeli" dan disimpan dari hari pertama. Ritual "menyapu"
ini untuk membersihkan tempat dan rumah tersebut daripada
apa-apa sahaja yang tidak baik dan melepaskan segala-galanya
keluar dan dikebumikan. Balu yang melaksanakan ritual
"menyapu" perlu diberi sogit seekor ayam.
Selepas upacara "menyapu", orang yang baharu sahaja
menjadi balu atau duda itu diiringi seorang balu ke sungai untuk
mandi. Dalam ritual ini, sehelai daun keladi diletakkan di atas
kepalanya dan dia menyelam dan membiarkan daun keladi
hanyut. Simbolik daun keladi hanyut mengikut arus air sungai
dipercayai serupa dengan menghanyutkan segala yang tidak
baik. Daun keladi digunakan kerana sifat kalis airnya atau air
tidak melekat padanya.
Di tanah perkuburan, paluan gong rentak dunsai diteruskan
sehingga selesai pengebumian. Setelah selesai, seorang yang
45

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

lebih tua meminta pemalu gong untuk memalukan gong rentak


baik atau rentak sumazau. Kadangkala, tarian sumazau atau
tarian botibas akan dijalankan.
Apabila selesai urusan pengebumian, ahli keluarga, sanak
saudara dan jiran kembali ke rumah mendiang. Semua yang
telah pergi ke tanah perkuburan mestilah kembali ke rumah
tersebut untuk menjejak tangga rumah. Segala peralatan yang
telah digunakan ketika pengebumian seperti cangkul dan
penyodok diletakkan di satu sudut rumah, tetapi gong-gong tidak
boleh diletakkan pada tempat yang sama sebelum pengebumian.
Lazimnya, mereka yang telah membantu dalam upacara
pengebumian akan makan bersama-sama dalam satu kumpulan.
Dalam tempoh tujuh hari selepas hari kematian, perlu dipastikan
ada orang yang sentiasa berjaga (tidak tidur) di rumah tersebut.
Lampu senantiasa dipasang, tingkap dan pintu tidak boleh
ditutup.
Ritual Momisok (Hari Keenam Selepas Kematian)
Pada malam keenam selepas kematian, ritual momisok
dilangsungkan. Momisok bermaksud "memadam". Ketika ini
semua lampu di rumah dipadamkan. Untuk ritual momisok,
makanan kegemaran mendiang diletakkan di atas nyiru yang
telah ditabur dengan abu. Pakaian dan barangan yang dianggap
perlu oleh mendiang di alam baqa juga diletakkan di nyiru
tersebut. Pada waktu senja, semua lampu dipadamkan untuk
seketika, lazimnya 20 minit sahaja. Kemudian, roh mendiang
dijemput untuk makan dan mengambil barangan keperluannya
dan terus kembali ke persemadiannya. Semua yang hadir semasa
ritual momisok ini mendiamkan diri selama 20 minit. Tempoh
tersebut dianggap cukup untuk roh makan dan mengambil
barang keperluannya. Selepas itu, semua lampu dipasang
kembali. Biasanya, ketika ritual momisok, bubur ayam dimasak
dan semua yang membantu semasa pengebumian dijemput untuk
makan bersama-sama kerana ini merupakan sogit bagi mereka.
Ritual Mogukas (Hari Ketujuh Selepas Kematian)
Pada hari ketujuh selepas kematian, ritual mogukas
dilangsungkan. Seekor kambing disembelih dan daun hazagan,
46

Bab 3

sejenis tumbuhan kekacang diletakkan di dalam bekas yang


diperbuat daripada batang bambu. Sesiapa sahaja yang telah
menziarahi rumah mendiang pada hari-hari sebelum itu akan
menggosok daun tersebut pada badannya. Perbuatan ini
dipercayai menyebabkan dia tidak boleh dilihat oleh roh
mendiang. Semua daging, terutama daging kerbau yang telah
disembelih mestilah dihabiskan kerana daging tersebut tidak
boleh disimpan selepas hari ketujuh. Oleh itu, mogukas
bermaksud menghabiskan. Walau bagaimanapun, jika daging
masih banyak, daging boleh dihantar ke rumah saudara, tetapi
dilarang disimpan di rumah mendiang.
Semasa upacara mogukas, gong dibawa ke perkuburan dan
dipalukan sekali lagi. Pada masa kini, gong tidak dibawa ke
perkuburan tetapi dipalukan di rumah mendiang dengan sekali
paluan rentak dunsai dan sekali paluan rentak baik atau rentak
sumazau. Selepas ini, jika gong tersebut telah dipinjamkan, gong
dikembalikan dengan sogit seekor ayam.
Ritual Humontog
Ritual ini diadakan tujuh hari selepas ritual momisok untuk
menghubungi semula roh orang yang telah meninggal dunia buat
kali terakhir sebelum roh tersebut meneruskan perjalanan ke
alam baqa. Ritual ini merupakan peluang terakhir roh untuk
mengatakan sesuatu atau menyampaikan pesanan kepada
keluarga yang ditinggalkan supaya roh boleh meneruskan
perjalanan dalam keadaan aman. Semasa upacara ini juga, roh
diingatkan bahawa dia telah meninggal dunia dan berada di
dunia yang lain. Oleh sebab itu, roh dinasihati jangan kembali
dan mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.
Berkabung atau Mobpuod
Adat resam berkabung bagi masyarakat Kadazan lebih ketat,
terutama bagi seorang yang baharu sahaja kematian suami atau
isteri. Balu atau duda mula berkabung (mobpuod) selepas sahaja
keranda dibawa keluar dari rumah. Satu set piring dan sudu
disediakan khusus untuknya. Semua peralatan makan ini tidak
boleh digunakan oleh orang lain. Balu atau duda dilarang
memakan makanan yang pedas, asam dan ikan jenis "gatal".
47

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Selain itu, memakan kerang dan jenis dwicangkerang juga


dilarang. Orang lain dilarang duduk di tempat balu atau duda
ini.
Tempoh berkabung untuk keluarga bagi masyarakat Kadazan
dipatuhi sekurang-kurangnya tujuh hari. Kadangkala tempoh
berkabung dipanjangkan selama 30 hari, 40 hari, atau selama
100 hari bergantung pada sesebuah keluarga. Pita hitam dipakai
sebagai tanda berkabung untuk ibu atau bapa, manakala pita biru
sekiranya nenek atau datuk meninggal dunia dan pita kuning
untuk moyang. Semasa tempoh berkabung, dilarang memainkan
muzik di rumah, memakai barang kemas (emas), pakaian
berbunga atau merah, dan semua gambar di rumah mesti
diterbalikkan menghadap dinding. Semua ahli keluarga tidak
dibenarkan keluar, terutama ke majlis keramaian atau tempat
hiburan. Mereka juga tidak boleh memotong kuku atau rambut
semasa berkabung.
Berkabung bagi seorang yang baharu kematian suami atau
isteri perlulah selama tempoh berkabung yang ditetapkan
sehingga bulan mengecil (otonob). Apabila fasa pertama
perkabungannya selesai, iaitu apabila bulan tidak kelihatan, dia
akan melalukan upacara manahakoi dan seterusnya fasa kedua
perkabungan, manatak do puod, yakni menggugurkan
perkabungan.

48

Bab 3

Gambar 3.8 Momohontog/ humontog.


Sumber Yayasan Bahasa Kadazandusun.

Untuk upacara manatak do puod, balu atau duda tersebut pergi


ke tamu dan mandi di sungai, selalunya di daerah lain. Dalam
ritual mandi di sungai, sehelai daun keladi diletakkan di atas
kepalanya dan dia menyelam dan membiarkan daun keladi
hanyut. Daun keladi digunakan kerana sifatnya yang kalis air
dan ini dipercayai serupa dengan "segala yang tidak baik tidak
akan melekat" pada balu atau duda setelah menggugurkan
perkabungan. Selepas ini, balu atau duda tersebut mesti berhatihati supaya tidak terkena hujan. Dia boleh membawa bersamasamanya sehelai daun keladi yang diletakkan di atas kepalanya
49

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

sekiranya hujan. Balu atau duda juga perlu membawa sebilah


pisau kecil apabila keluar rumah.
Setelah balu atau duda mandi di sungai, dia terus pergi ke laut.
Dia membawa upih pinang yang menyerupai sebuah sampan.
Upih pinang ini dihanyutkan ke laut dan dipercayai amalan ini
bertujuan membawa segala yang tidak baik ke lautan. Setelah
menolak "sampan" upih pinang ke laut, balu atau duda tersebut
akan terus pulang dan tidak boleh menoleh ke belakang. Rumah
pertama dikunjungi balu atau duda setelah menggugurkan
perkabungan ialah rumah saudara kerana mereka telah
mengetahui bahawa dia telah menggugurkan perkabungannya.
Selepas ini, dia boleh melawat keluarga atau rumah lain.
Pantang Larang Kematian
Antara pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat ini
termasuklah dilarang memasak segala sayuran hijau atau segala
sayuran yang menjadi kuning apabila dimasak sehingga ritual
mogukas dilangsungkan pada hari ketujuh. Warna hijau simbolik
kepada yang hidup, maka pantang larang ini bertujuan memberi
penghormatan kepada peristiwa penting ketiga, iaitu kematian.
Selain itu, hanya balu yang dibenarkan untuk ritual "menyapu".
Orang lain juga dilarang duduk di tempat balu atau duda yang
sedang berkabung ini. Orang lain juga dilarang menggunakan set
piring dan sudu yang dikhaskan untuk balu atau duda yang
sedang berkabung.
Semasa berkabung, balu atau duda dan semua ahli keluarga
dilarang memotong kuku dan rambut serta mencukur misai dan
janggut bagi kaum lelaki. Mereka juga dilarang menyimpan
daging kerbau yang telah disembelih semasa kematian berlaku
selepas hari ketujuh. Paluan gong rentak dunsai hanya boleh
dilakukan untuk mengumumkan kematian sekiranya keluarga
tersebut mampu menyembelih seekor kerbau sebagai sogit
rentak dunsai.
Balu atau duda dilarang memakan makanan yang pedas, asam
dan ikan seperti ikan basung serta apa-apa sahaja jenis jeruk
dan ikan masin semasa berkabung. Sekiranya pantang ini
dilanggar, mereka termirip (koboozo) sifat makanan tersebut,
iaitu menjadi "gatal". Balu atau duda juga dilarang memakan
50

Bab 3

kerang dan apa-apa sahaja jenis dwicangkerang kerana


dipercayai jika tidak berpantang akan menyerupai (koboozo)
sifat makanan tersebut, iaitu "gatal".
KESIMPULAN
Pada zaman dahulu, masyarakat Kadazan Penampang sangat
patuh dan berpegang teguh kepada adat resam dan pantang
larang (opining) sebagai pegangan hidup mereka. Pada masa
kini, terdapat banyak perubahan dalam amalan adat resam
Kadazan mengikut peredaran masa.
Antara pemangkin
perubahan dalam pengamalan adat resam dan pantang larang
tersebut termasuklah perubahan cara hidup tradisional kepada
cara hidup moden, pendidikan, media elektronik dan perubahan
daripada agama tradisional kepada penganutan agama yang
teratur (organized religions) seperti agama Kristian dan Islam.
Namun yang demikian, masyarakat Kadazan Penampang terus
mengamalkan adat resam dalam tiga peristiwa penting dalam
kehidupan mereka dengan penyesuaian yang relevan.
Sebenarnya, adat resam dan pantang larang tidak berubah, yang
berubah ialah masyarakat pengamal yang menyesuaikan
pengamalan adat resam dan pantang larang tersebut mengikut
perubahan cara hidup dan agama. Oleh itu, dikatakan budaya itu
dinamik. Walau bagaimanapun, terdapat kekhuatiran, terutama
dalam kalangan generasi tua yang bimbang generasi muda tidak
meneruskan amalan adat resam dan pantang larang serta bahasa
ibunda masyarakat Kadazan. Oleh sebab itu, generasi Kadazan
sekarang dan yang akan datang seharusnya berusaha sedaya
upaya untuk meneruskan amalan budaya, adat resam dan
tradisional Kadazan. Bukankah ini yang memperlihatkan identiti
mereka sebagai Kadazan?

51

Bab 4 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU RUNGUS oleh
RAYMOND MAJUMAH

Malaysia hari ini mengenali suku Rungus sebagai subsuku yang


tergolong dalam rumpun suku Kadazandusun. Berdasarkan
banci pada tahun 1970, jumlah suku Rungus pada tahun itu
sebanyak 10 881 orang (Sabah, 1980). Suku minoriti ini tinggal
di bahagian utara Pulau Borneo serta mempunyai banyak kisah
legenda dan mitos. Suku Rungus masih mengamalkan cara hidup
berpindah-randah walaupun sudah berubah dari segi cara hidup,
pendidikan dan amalan beragama. Menurut Appell, suku kaum
Rungus (1964:570):
an ethnic group living in the Kudat District of Sabah. The
Rungus dialect is a member of the larger Dusun language family.
In the Kudat District area, in addition to the Rungus, sixteen or
more named speech communities of this language family. These
various dialect being mutually intelligible while others are not.
The 'adat' (custom) of these various named ethnic group also
varies to a lesser or greater degree from each other, with the
degree of difference usually dependent on distance. Not all of these
group in the Kudat Districts still construct longhouse. The Rungus,
however, maintaining their traditions more than any other Dusun
speaking group, still do.

Sehingga kini, masyarakat suku Rungus masih terus tinggal di


rumah panjang dan mengekalkan kehidupan asli mereka dari
aspek bercucuk tanam, hidup berpindah-randah, cara berpakaian
dan pelbagai amalan seharian. Kadang-kadang, suku Rungus
memperkenalkan diri mereka sebagai Momogun, sama ada
dalam kalangan mereka ataupun ketika berinteraksi dengan suku
lain. Oleh sebab itu, suku Rungus jarang-jarang meninggalkan
52

Bab 4

istilah Momogun apabila bercakap tentang bangsa. Itulah


sebabnya, istilah Momogun-Rungus sering digunakan untuk
merujuk suku kaum ini.
Appell (dalam King, 1978:145) yang menghubungkan istilah
Momogun-Rungus dengan suku kaum Dusun dengan
mengatakan bahawa:
The Dusunic speaker in the Kudat District, and perhaps elsewhere
as well, refer to themselves collectively in contrast to the coastal
Muslim as Momogun. More precisely, therefore, the Rungus should
be called the Rungus Momogun.

Menurut beliau lagi, This term (momogun) may also be


generalized to include all those interior people who eat pork.

Gambar 4.1 Rumah Panjang.

53

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 4.2 Keadaan dalam Rumah Panjang.

AGAMA BBIRUHUI
Masyarakat Rungus di utara Borneo mempunyai kaitan yang
amat kuat dengan kepercayaan tradisional kerana cara hidup
masyarakat tersebut yang masih berpegang kepada pelbagai adat
dan pantang larang. Beberapa ungkapan dalam bahasa Rungus
telah disebutkan oleh penulis tempatan Rungus berkaitan agama
kuno masyarakat tersebut. Salah satu ungkapan tersebut ialah
labus (selepas ini dieja llabbus, iaitu ejaan yang dapat
menyebutkan dengan tepat istilah tersebut) yang ditulis oleh
Inuvung Manisa menerusi blognya bertajuk "Bangsa Rungus dan
Koposizan (Kehidupan)". Ungkapan ini jelas tidak tepat kerana
kata "llabbus" yang bermaksud "luar" hanyalah ungkapan yang
berlawanan dengan kata suvang yang bermaksud "masuk."
Maksud sebenarnya ialah mereka (masyarakat Rungus) yang
telah memeluk agama Kristian dikategorikan sebagai suvang
sambayang "dalam Kristian" bermula sekitar tahun 1970-an,
manakala masyarakat Rungus yang tidak memeluk agama
Kristian dikategorikan sebagai labbus "di luar agama Kristian".
Llabbus hanyalah istilah untuk membezakan orang Rungus yang
telah memeluk Kristian daripada orang Rungus yang tidak
memeluk agama Kristian. Sebelum ini, masyarakat Rungus tidak
54

Bab 4

menganut mana-mana agama utama dunia. Kadang-kadang,


orang Rungus dikatakan tidak mempunyai agama. Dalam
konteks ini, tidak mempunyai agama ialah mereka yang bukan
penganut agama utama seperti Kristian, Islam, Buddha, dan
Hindu. Malah, penjajah British merujuk masyarakat Rungus
(dan semua suku tidak beragama yang lain di Borneo) sebagai
pagan (jahil) yang menganut animisme.
Menurut Mat Zin (dalam Ismail Haji Ibrahim dan Jane Wong
Kon Ling (2005:7), masyarakat Rungus dan kelompoknya
mengamalkan agama pagan. Bagi penganut agama al-Kitab
(seperti Islam dan Kristian), suku Rungus ini dianggap tidak
beragama kerana mereka mengamalkan kepercayaan animisme.
Pada pandangan masyarakat Rungus, dunia yang mereka diami
turut dihuni oleh semangat baik dan jahat. Semangat baik
membantu manusia dalam kehidupan, sementara semangat jahat
pula membawa penyakit dan bencana alam sekiranya diganggu.
Kehidupan mereka sentiasa terikat dengan bentuk interaksi yang
mistik dengan alam semula jadi. Kehidupan yang bahagia dan
selesa bergantung pada keupayaan kumpulan suku ini untuk
memupuk, mengekalkan dan meluaskan hubungan ritual dan
simbolik yang seimbang antara mereka dengan alam semula jadi.
Sebenarnya, masyarakat Rungus mempunyai agama. Tidak
tepat jika mereka terus dirujuk sebagai pengamal animisme atau
pagan. Namun, sukar mencari nama agama yang menjadi amalan
warisan masyarakat Rungus ini. Penulis banyak mengkaji hal
ini, sehingga dapat mengenal pasti nama agama masyarakat
Rungus Kuno, sebelum kedatangan agama Kristian dan Islam,
iaitu Bbiruhui. Dalam buku Adat om Koundango do Momogun
Rungus (2005), yang dihasilkan oleh Mongumpung Tinungkusan
Momogun Rungus Sabah (Pengumpul Warisan Momogun
Rungus Sabah), diketuai Pdt. Parasin Bongkol telah
menerangkan amalan agama Bbiruhui menerusi bab Bbiruhui
om Pomosizan Vokon (hlm.141 - 59). Agama Bbiruhui merujuk
amalan memohon bantuan Kinoringan (Tuhan) melalui wakilwakilnya yang terdiri daripada sambavon dan llumaag. Suku
Rungus menyebut juga Tuhan sebagai Minamangun (Yang
Mencipta). Permohonan manusia untuk mendapatkan bantuan
Kinoringan menerusi wakil-wakil Kinoringan seperti sambavon
55

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

dan llumaag dilakukan melalui perantaraan bbobbollizan yang


berhubung dengan pihak berkuasa (Osundu) di atas (langit), iaitu
sambavon dan llumaag menggunakan rinait (ungkapan para
bbobbollizan semasa melakukan ritual). Llumaag akan turun ke
dunia dan menyarung tubuh bbobbollizan untuk menyampaikan
amanat, seterusnya membantu manusia "membicarakan"
permasalahan mereka dengan para hantu (rogon) yang
mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia apabila
mengganggu kawasan "ghaib" mereka.
Di kawasan "ghaib" (yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
manusia), dipercayai para hantu (rogon) mendiami kawasan
tertentu seperti sungai, laut, batu besar dan hutan. Kawasan
tersebut dikesan menerusi tanda-tanda tertentu seperti air yang
tidak pernah kering, hutan yang tidak pernah diteroka dan batubatu besar yang tidak pernah diusik. Manusia yang mendekati
atau mengusik kawasan-kawasan ini akan mendapat tindak balas
negatif daripada para penghuni ghaib yang dipercayai mendiami
kawasan tersebut. Kepercayaan inilah merupakan asas
kepercayaan animisme.
Peranan bbobbollizan berhubung dengan pihak berkuasa di
atas (langit) dan kemunculan llumaag dan berbicara menurut
bahasa Osundu (bahasa pihak berkuasa di atas seperti llumaag
dan sambavon) hanya difahami mereka yang mempunyai asas
ilmu rinait, iaitu ungkapan yang dilafazkan oleh bbobbollizan
semasa melakukan upacara memberi pertolongan kepada
manusia yang berdepan dengan ancaman kuasa jahat hantu
(rogon).
KEPERCAYAAN ANIMISME
Kehidupan dan kepercayaan suku Rungus jelas mempunyai
kaitan dengan kepercayaan animisme pada masa lampau
sebelum menerima agama Kristian dan Islam. Kepercayaan
animisme masyarakat Rungus merupakan bentuk kawalan sosial
yang paling kuat. Kepercayaan animisme ini turut menjadi asas
terpenting dalam pembentukan adat dan pantang larang. Oleh
itu, secara ringkasnya amalan pantang larang wujud melalui rasa
hormat masyarakat Rungus kepada kuasa ghaib (Porodong).
Kepercayaan animisme yang mengatakan bahawa kuasa ghaib
56

Bab 4

sentiasa berada di persekitaran manusia menjadikan pantang


larang sebagai peringatan kepada masyarakat Rungus agar
sentiasa menjaga hubungan baik dengan kuasa ghaib ketika
melakukan aktiviti harian. Dalam masyarakat Rungus, tugas
mengingatkan masyarakat dan sumber rujukan tentang pantang
larang
ialah
bbobbollizan,
di
samping
berperanan
mengendalikan ritual untuk mendamaikan hubungan manusia
dan kuasa ghaib yang terganggu akibat pelanggaran pantang
larang. Walau bagaimanapun, sumber rujukan bagi adat istiadat
dan hukuman adat ialah para pemimpin (vozoon), iaitu ketuaketua kampung (osukod) atau orang-orang tua yang pakar dalam
undang-undang adat dalam kalangan masyarakat Rungus.
Kehidupan tradisional yang terikat dengan pelbagai adat
istiadat yang begitu ketat dan pelbagai ritual yang sudah menjadi
amalan tradisional sudah pasti tidak boleh dipisahkan daripada
suku Rungus ini. Mereka mempunyai pelbagai amalan dan adat
istiadat yang diwarisi daripada nenek moyang dan masih terus
diwariskan kepada generasi muda secara berterusan. Begitulah
semangat budaya dan tradisi pewarisan amalan masyarakat
Rungus. Mereka terus tinggal di rumah panjang, menenun
pakaian, menari tarian mongigol-sumundai dengan gerakan yang
asli, menyanyikan lagu tradisional dan pelbagai amalan serta
ritual.
Dasar amalan suku Rungus ialah kepercayaan kepada
gangguan rogon dan perlindungan Kinoringan (Tuhan) melalui
wakilnya, iaitu llumaag dan sambavon. Suku Rungus
mempercayai kewujudan Tuhan yang dalam bahasa Rungus
disebut Kinoringan.
Kinoringan yang menetap di langit
menguasai seluruh alam, termasuk manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan (Rokiah, 1991:15).
Kinoringan boleh
menghidupkan dan mematikan manusia melalui wakilnya
sambavon dan llumaag itu.

57

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Rajah 4. 1 Lokasi suku Rungus dan suku-suku lain di Sabah.


Sumber Romzi Ationg (2006).

Suku Rungus sentiasa mengadakan pelbagai upacara untuk


keselamatan, kesejahteraan, penyembuhan, kemakmuran dan
kemewahan. Antaranya termasuklah moginum dan managas,
iaitu upacara menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan
memulihkan kesuburan tanah serta hasil tanaman. Pelanjutan
umur (monimbang) dan perdamaian tuan rumah sebenar, iaitu
manusia yang membuat, menghuni dan menggunakan rumah
58

Bab 4

dengan rusod, iaitu hantu rumah yang merupakan kembar


penghuni rumah tersebut (tumoron atau mongiddu ddot hinsab).
Seterusnya, upacara untuk tanah pertanian, "panas" kehidupan
bermasyarakat dan semangat pemilikan harta (ddapu),
kesemuanya boleh "ditenangkan" melalui rinait tertentu, sogit
sebagai denda untuk "menyejukkan yang panas" sebagai alat
kawalan sosial dan menjamu segala harta (ddapu) yang dimiliki
dengan cara merenjiskan darah ayam, menurut hukum dan
peraturan bbobbollizan atas harta-harta tersebut. Semuanya ini
merujuk kepercayaan animisme.
Animisme merupakan kepercayaan bahawa segala benda
(pokok, batu, angin) mempunyai semangat atau roh (Kamus
Dwibahasa, 1991:48). Roh-roh ini terdiri daripada makhluk
halus yang menghuni tempat-tempat tertentu seperti sungai,
batu, pokok kayu, rumah, dapur, tanah dan langit yang boleh
mendatangkan gangguan dan musibah kepada manusia apabila
mengganggu tempat tinggal makhluk ini. Makhluk-makhluk
halus (rogon) biasanya jahat dan perlu dijamu supaya tidak
mengganggu manusia. Antara nama rogon yang dipercayai suku
Rungus sebagaimana yang disenaraikan oleh Japuin Madisah
(1986:19), termasuklah Rinumindob (Hantu Tanah); Rumana,
Pampang,
Omopodon,
Sorumbohon
(Hantu
Hujan);
Sinakambang (Hantu Jantan); Linopiza, Sinimbulang (Hantu
Sungai); Pangambal dan Yongkomizan (Hantu Rumah);
Yangkabatak (Anak Hantu), Bukakaron (Bapa Hantu), Mahani
dan Masanggong (Hantu Dapur).
Kuasa ghaib (osundu) yang disebut "semangat" dibahagikan
kepada dua golongan, iaitu baik dan jahat (Jeubirin, 2000:59).
Semangat-semangat atau kuasa-kuasa ghaib (osundu) terdiri
daripada llumaag dan inansang, manakala golongan yang jahat
pula terdiri daripada rogon, korombuvou, inangkis, morok, dan
tambaig. Makhluk halus atau hantu ini masih berada di bawah
kuasa Kinoringan, tetapi usaha berbaik-baik dengan mereka
terus dilakukan oleh masyarakat Rungus dengan menjamu
makhluk ini dengan pelbagai jamuan dan sajian. Apabila
makhluk halus ini sudah tidak dapat dipujuk lagi, barulah
manusia berdoa (mangambo) memohon pertolongan Kinoringan,
sama ada melalui wakil mereka, iaitu llumaag atau llugu
59

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

(llumaag lelaki), atau Ddevato (llumaag perempuan), atau terus


kepada Kinoringan.

Rajah 4. 2 Dialek-dialek bahasa Momogun: Rungus, Nuluw dan


Gonsomon serta dialek-dialek lain di utara Sabah.
Sumber Appell, (1962).

60

Bab 4

Rajah 4. 3 Kedudukan suku Rungus di Kudat, Kota Marudu dan Pitas.


Sumber Rita Lasimbang dan Stella Moo-Tan (1997).

Menurut Mohd. Yassin (1976, dalam Mohd. Taib, 1978: 59),


manusia (suku Rungus atau suku Momogun) mempercayai
adanya Kinoringan yang berkuasa penuh di dunia ini. Namun,
manusia tidak tahu menyembahnya. Sekiranya seseorang
kehilangan seekor ternakan dan pencurinya tidak diketahui, dia
berserah kepada Kinoringan agar pencuri dihukum dengan
sewajarnya. Penyerahan seperti ini disebut ollumagan. Apabila
seseorang itu sakit dan tidak sembuh walaupun pelbagai ikhtiar
telah dibuat, rogon akan disembah (disaji atau dijamu) untuk
61

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

menyembuhkan pesakit. Begitu juga sekiranya tanam-tanaman


tidak subur, akan diadakan upacara menyembah rogon.
Selain itu, menurut Mohd. Yassin (1976), suku Rungus
mengamalkan berbagai-bagai cara untuk menyembah rogon
yang bertanggungjawab terhadap sifat negatif manusia.
Antaranya termasuklah apabila manusia tidak beroleh anak dan
jika ada, bilangan anak terhad. Kemudian, manusia menghidap
penyakit seperti gila, gila babi, sakit kepala, bengkak kaki dan
sakit tenat . Seterusnya, makanan harian seperti padi, jagung dan
ubi tidak tumbuh dan jika tumbuh, tidak subur. Yang terakhir
apabila air minuman manusia semakin berkurangan.
Dari segi kepercayaan pula, suku Rungus yakin akan
wujudnya Tuhan yang dikenali sebagai Kinoringan serta Osundu
(penguasa) lain yang berkuasa seperti sambavon, llumaag,
ansamung, tumanggai, dan mongollung. Terdapat makhluk halus
yang sering mendatangkan musibah kepada manusia, iaitu rogon
(hantu). Apabila manusia ditimpa musibah seperti sakit, pihak
bbobbollizan akan berhubung dengan pihak berkuasa secara
rundukan (bercakap dengan llumaag, iaitu wakil peringkat
kedua kinoringan selepas sambavon). Appell menerangkan hal
ini seperti yang berikut:
In Rungus religion female spirit mediums communicate in trance
with their spirit familiars to determine the cause of illness, which
is usually the result of the capture of souls by offended malevolent
spirits. These spirits are appeased by sacrifices of pigs and
chickens. Spirits mediums also officiate at marriage ceremonies,
when a pig is offered to appease those spirits that are offended by
incest, and at the various village and family sacrifices to promite
fertility of people, domestic animals, and the land.
(Appell,1978: 143)

Menurut Appell (1976, 1986, dalam Jeubirin, 2000:22), sistem


kepercayaan masyarakat Rungus tradisional terbahagi kepada
tiga elemen kuasa ghaib, iaitu minamangun (pencipta atau The
Supreme of God), rogon (roh jahat yang menyebabkan penyakit,
kematian dan gangguan bencana) dan hatod (roh manusia yang
terdiri daripada roh yang baik dan roh yang jahat). Kepercayaan
ini berasaskan kepercayaan animisme kerana suku Rungus
merupakan pengamal animisme sebelum menerima agama
Kristian dan Islam. Menurut Tylor (1871, dalam Jeubirin,
62

Bab 4

2000:28), dalam sistem kepercayaan animisme, setiap bentuk


alam semula jadi yang ganjil akan dianggap sebagai mempunyai
semangat dan kuasa yang luar biasa. Misalnya, batu besar,
pokok berbentuk ganjil, mata air, dan rumpun buluh dianggap
manusia sebagai tempat tinggal kuasa ghaib. Hal ini
menunjukkan bahawa kuasa ghaib berada di sekeliling manusia
dan menjadi penjaga kepada setiap unsur di sekitarnya.
Kuasa-kuasa ghaib ini perlu ditangani. Untuk menanganinya,
ritual yang berhubung dengannya perlu dilakukan. Ritual
merupakan upacara yang berkait dengan istiadat, iaitu cara
menjalankan upacara agama (Kamus Dwibahasa, 1991:1069).
Bbobbollizan
berperanan
menjalankan
ritual
dalam
hubungannya dengan kepercayaan animisme masyarakat suku
Rungus. Menjalankan setiap ritual pula, perlu dibaca rinait yang
khusus. Pengetahuan tentang rinait hanya terdapat pada orang
tertentu, iaitu bbobbollizan yang biasanya seorang perempuan.
Dalam kalangan suku Rungus, kebanyakan ritual yang
dilakukan untuk penyembuhan penyakit, kesejahteraan alam,
kemakmuran pertanian, pemilikan harta (ddapu), perlanjutan
umur (monimbang), meminta restu llumaag (momugas). Antara
ritual itu termasuklah moginum, tumoron dan mangatod.
Keperluan bbobbollizan untuk menjalankan ritual-ritual ini tidak
dapat dinafikan lagi. Keadaan ini menyebabkan institusi
bbobbollizan dipandang tinggi oleh masyarakat Rungus. Oleh
hal demikian, anak-anak gadis pada masa dahulu berlumbalumba mempelajari ilmu rinait untuk menjadi bbobbollizan yang
unggul (rampahan). Antara syarat atau kelayakan untuk
menguasai ilmu rinait termasuklah mempunyai daya ingatan
yang kuat.
Kepentingan dan peranan bbobbollizan ini bergantung pada
ketinggian ilmu rinait yang ada pada individu sebagai aset atau
syarat utama untuk diiktiraf sebagai bbobbollizan. Tanpa ilmu
rinait yang dilengkapi segala pengetahuan adat yang sempurna
yang berhubungan dengan upacara ritual ini, perkhidmatan
bbobbollizan tidak diperlukan. Oleh itu, penguasaan ilmu rinait
amat dituntut oleh masyarakat Rungus yang memerlukan
perkhidmatan bbobbollizan.
63

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Rinait ialah rangkaian bicara atau kata yang mesti diucapkan


atau dituturkan oleh bbobbollizan semasa melakukan sesuatu
ritual. Rinait atau mantera menurut Arena Wati (1978, dalam
Jeubirin, 2000: 63) ialah pelengkap ritual. Dalam rinait, wujud
moral dan inti sari pengajaran minamangun kepada manusia.
Dalam setiap perhubungan antara alam nyata dengan alam ghaib
akan disertai rinait dan ritual tertentu. Dalam masyarakat
Kadazan, rinait disebut inait, iaitu pemberian Kinoringan
kepada manusia. Rinait dari segi bentuknya dibina secara
rangkap, tetapi tidak mempunyai bentuk rangkap yang tertentu.
Lazimnya, dua baris membentuk satu rangkap. Rinait dapat
digolongkan sebagai puisi. Rinait mempunyai tiga perkataan
hingga empat perkataan dalam satu baris, dengan enam suku
kata hingga lapan suku kata yang biasanya ditulis secara
berbaris-baris, iaitu dua baris melengkapi sesuatu pernyataan.
Baris pertama merupakan pernyataan sebenar dan baris kedua
ialah pelengkap yang sama erti. Apabila dilafazkan, iramanya
seakan-akan berlagu. Pengucapannya secara berterusan. Dalam
upacara moginum, bbobbollizan mengambil masa kira-kira lima,
tujuh atau lapan hari, siang dan malam untuk menghabiskan atau
menyelesaikan rinait, berdasarkan cepat atau perlahannya
bbobbollizan menyampaikan atau mengucapkan (momurinait)
rinait. Oleh itu, bentuk rangkap rinait agak mirip dengan
mentera atau jampi serapah dalam budaya masyarakat Melayu.
Rinait juga menyerupai pantun dari segi jumlah suku kata dan
bunyi akhir dengan rima "aa", tetapi sangat jauh berbeza dari
segi isi dan bahan yang dibicarakan.
Oleh itu, rinait merupakan warisan secara turun-temurun
walaupun boleh juga diajarkan kepada orang lain yang bukan
dalam kalangan saudara atau kaum keluarga yang terdekat.
Walau bagaimanapun, disebabkan rinait mempunyai nilai yang
tinggi dalam kepercayaan animisme masyarakat Rungus primitif,
bukanlah mudah untuk mempelajari atau berpeluang
mempelajari rinait kerana proses penghafalan rinait itu sangat
sukar dan kompleks. Atas dasar itu, maka ilmu rinait pada masa
lalu mendapat tempat yang sangat tinggi yang juga merupakan
ilmu tertinggi masyarakat Rungus, di samping ilmu hukum yang
lebih merupakan bakat semula jadi seseorang. Contoh rinait
64

Bab 4

untuk momugas, iaitu pembersihan diri bbobbolizan secara ghaib


di mata Osundu (pihak berkuasa di atas):
posikai ku po illo umau,
rukahai ku po illo llubbi.
nokoddop ddati i sundu,
nokoturu ddati i llodun.
Ertinya:
kubangunkan minyak itu,
kubuat terjaga lemak itu.
mungkin tertidur kuasanya,
mungkin terlelap keajaibannya.
Masyarakat Rungus masa kini tidak lagi hidup dengan
pelbagai amalan dan kepercayaan animisme kerana
kebanyakannya telah menganut agama Kristian dan agama
Islam. Ada dalam kalangan mereka terlibat dalam bidang
perniagaan, pertanian moden dan bekerja dalam sektor awam.
Masyarakat Rungus yang dapat dilihat pada masa kini ialah
masyarakat yang sudah berubah. Kesan daripada perubahan
tersebut begitu menyeluruh, terutama dalam bidang pendidikan,
ekonomi, politik, pemilikan tanah dan penjagaan kesihatan.
Pengaruh Kristian yang sangat kuat terhadap suku Rungus
sehingga berjaya mengubah kehidupan dan amalan tradisional
harus dikaitkan dengan kemasukan orang Cina dari Hong Kong
pada tahun 1883 dan mubaligh Kristian dari Basel Mission yang
bermula pada tahun 1951. Menurut Majupi (dalam Jeubirin,
2000:130), hubungan antara pihak Basel Mission dengan orang
Kristian Hakka di Kudat telah terjalin sejak abad ke-18. Oleh itu,
usaha yang dijalankan oleh pihak Basel Mission untuk menjaga
kebajikan masyarakat Cina Kristian diteruskan kepada suku
Rungus. Pihak Evanglical Missionary Society di Basel,
Switzerland telah menghantar Rev. H. Honeggar pada 23
November 1952 untuk memulakan penyebaran agama Kristian
dalam kalangan suku Rungus. Sehubungan dengan hal itu,
dianggarkan lebih 60 peratus orang Rungus pada masa kini
beragama Kristian dan yang selebihnya masih mengamalkan
kepercayaan tradisional dan ada juga yang memeluk agama
Islam dan agama-agama lain.
65

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Agama Islam mula diterima oleh orang-orang Rungus


disebabkan usaha para pemimpin USNO dan Parti BERJAYA
bersama-sama MUIS pada tahun 1970-an dan 1980-an yang
cuba mengislamkan orang Rungus yang berminat untuk
memeluk Islam. Pada masa kini, orang Rungus yang beragama
Islam dapat ditemui di mana-mana perkampungan Rungus di
daerah Kudat atau di daerah Kecil Matunggong, khususnya di
Kampung Pomonsukan yang hampir semua penduduknya
beragama Islam.
Walaupun wujud agama yang bersifat baharu dalam kalangan
suku Rungus, pengamal amalan lama dan tradisional sebenarnya
masih dapat dikesan di tengah-tengah penganut agama Kristian
dan Islam ini, terutama generasi tua. Hal ini berlaku kerana
mereka sudah serasi dengan cara hidup lama dan amalan
tradisional.
Namun begitu, pengaruhnya sudah semakin
berkurang dan generasi terakhir penganut animisme ini hampir
pupus.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
Adat resam dan pantang larang suku Rungus meliputi seluruh
aspek dalam kehidupan bermasyarakat dan hubungannya dengan
makhluk halus yang dikenali sebagai rogon (hantu). Hal ini
menyebabkan adat dan pantang larang suku Rungus tidak terhad
kepada kelahiran, perkahwinan dan kematian semata-mata.
Sebaliknya, hal ini melibatkan soal ritual dan penyembahan
animisme. Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum
Anak Negeri Sabah (2008: 2) yang berkaitan suku Rungus,
dinyatakan pantang larang berikut berserta dendanya, iaitu
larangan membawa jantung pisang, limau, nyiru dan saging
atau bbarazit1 dan bunga gombizau2 masuk ke dalam rumah.
Keempat-empat larangan ini berkait dengan ritual moginum,
iaitu ritual terbesar suku Rungus yang mempunyai hubungan
dengan penyembuhan penyakit yang dijalankan selama lima hari
hingga tujuh hari bergantung pada kecepatan bbobbollizan
menuturkan rinait. Jantung pisang, limau, saging dan gombizau
digunakan di dalam bilik rumah (ongkob) semasa ritual
moginum. Oleh itu, bahan-bahan atau bekas tersebut tidak boleh
66

Bab 4

dibawa masuk ke dalam bilik apabila upacara ritual tidak


dijalankan.
Dalam bidang pertanian, terdapat beberapa pantang larang dan
dendanya sebagaimana yang disebutkan dalam buku Beberapa
Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri Sabah (2008: 26-27).
Antaranya termasuklah larangan memotong tonduk tapak sullap,
iaitu pondok padi di ladang yang baharu dibuka. Pelaku
dikenakan sogit atau denda seekor ayam dan batu pengasah.
Dilarang merosakkan parang pemilik ladang dan pelaku
dikenakan sogit atau denda seekor ayam bagi kesalahan pertama
dan sebiji gaddul tembaga bagi kesalahan kedua. Seterusnya,
dilarang merosakkan tanaman di kawasan ladang orang lain.
Pelaku dikenakan sogit atau denda seekor ayam dan sebuah
sumbul tertakluk kepada nilai kerosakan. Sumbul ialah barang
tembaga yang penting dalam kebudayaan suku Rungus dan
merupakan simbol status sesebuah keluarga.
Selain itu, dilarang juga mengambil hasil tanaman dari
kawasan ladang orang kerana dipercayai membawa sial (orintod)
atau bencana. Jika melanggarnya, pelaku dikenakan sogit atau
denda seekor ayam dan sebiji sumbul tembaga. Dilarang
melintasi kawasan sawah padi orang lain, jika melintas pelaku
dikehendaki membantu pemilik sawah menuai padi. Sekiranya
tidak, pelaku dikenakan sogit atau denda seekor ayam.
Kemudian, dilarang mengganggu dengan cara menggegarkan
atau menetak sullap tempat menyimpan hasil tuaian, walaupun
sullap itu milik keluarga sendiri. Pelaku akan dikenakan sogit
atau denda seekor ayam. Dilarang juga memuji dengan maksud
tidak baik atau menyumpah supaya ladang itu tidak berhasil.
Pelaku dikenakan sogit atau denda seekor ayam. Seterusnya
larangan mengambil kayu untuk dijadikan kayu api dari ladang
orang yang mempunyai tanaman. Pelaku dikenakan sogit atau
denda seekor ayam. Dalam pada itu, dilarang membuat lubang,
membakar haiwan hasil buruan, membakar kayu di bekas ladang
orang yang masih mempunyai tanaman dan sullap kerana
dikhuatiri membawa bencana dan penyakit kepada tuan punya
ladang dan orang lain. Pelaku dikenakan sogit atau denda seekor
ayam bagi kesalahan pertama dan dikenakan sogit atau denda
67

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

seekor khinzir dan sebiji gong sandangau atau gong tavag bagi
kesalahan kedua.
Dalam bidang penternakan pula, terdapat tiga perkara yang
ditegah daripada melakukannya. Menurut buku Beberapa
Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri Sabah (2008: 32-33),
tiga larangan tersebut ialah larangan memukul atau
menyembelih haiwan ternakan orang lain dan jika didapati
bersalah pelaku dikenakan sogit atau denda membayar ganti rugi
mengikut nilai ternakan tersebut. Kedua, dilarang membiarkan
haiwan ternakan milik sendiri merosakkan tanaman atau
mencederakan orang lain. Pemilik dikenakan sogit atau denda
membayar ganti rugi tanaman atau kecederaan yang dialami
haiwan ternakan milik orang lain. Yang terakhir larangan
membunuh atau mencederakan ternakan orang lain atas alasan
tertentu tanpa pengetahuan pemiliknya. Pelaku dikenakan sogit
atau denda seekor ayam.
Terdapat pula pantang larang yang berkaitan haiwan
peliharaan suku Rungus sebagaimana yang disebut dalam buku
Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri Sabah
(2008: 37), iaitu dilarang membunuh haiwan peliharaan tanpa
alasan yang munasabah. Pelaku dikenakan sogit atau denda
seekor ayam, sebiji gong tavag atau gaddul, manakala bagi
kesalahan mencederakan haiwan peliharaan yang bersama-sama
dengan tuannya. Pelaku juga akan dikenakan sogit atau denda
seekor ayam bagi kesalahan mencederakan haiwan peliharaan
yang tidak bersama-sama dengan tuannya. Seterusnya dilarang
membiarkan haiwan peliharaan sendiri mencederakan orang.
Pemilik haiwan peliharaan dikenakan sogit atau denda seekor
ayam, sebiji gong tavag atau gaddul tembaga dan menanggung
perbelanjaan rawatan orang tersebut.
Kelahiran
Mengikut kepercayaan animisme suku Rungus, anak yang
baharu dilahirkan tidak boleh diberikan nama serta-merta. Anak
itu perlu diberikan nama timang-timangan dahulu seperti Uku,
Ungut dan Oyong bagi bayi lelaki serta Oyoi, Ozong, Oyo dan
Ondo untuk bayi perempuan. Amalan ini untuk melindungi bayi
daripada gangguan roh jahat atau niat jahat manusia terhadap
68

Bab 4

bayi dan keluarganya yang mungkin menggunakan nama sebenar


bayi itu dalam jampi dan ilmu sihir. Nama sebenar akan
diberikan pada hari ketujuh kelahiran bayi, yakni setelah pangkal
pusatnya sembuh.
Pada peringkat umur tersebut, semangat (sunduvan) bayi
dipercayai sudah cukup gagah untuk menghadapi sebarang
gangguan. Walau bagaimanapun, nama-nama orang yang sudah
meninggal, nenek moyang, ibu bapa dan mentua tidak boleh
digunakan sebagai nama rasmi kepada bayi berkenaan. Nama
akan ditukar sekiranya keluarga ditimpa nasib malang atau
mendapat mimpi ngeri (Inggul Pulok, 1991). Inggul Pulok
(1991), turut menjelaskan bahawa istiadat mencukur rambut
dilakukan selepas hari ketujuh kelahiran. Rambut di bahagian
atas dahi, iaitu pada tempat yang lembut (ovud) dibiarkan tidak
dicukur. Rambut itu dijadikan jambul (suruk) yang berperanan
sebagai tempat semangat bayi berpaut dan menemaninya semasa
tidur atau ketika dibawa oleh ibunya berjalan-jalan.
Perkahwinan
Terdapat beberapa pantang larang yang tidak boleh dilakukan
ketika majlis pertunangan dan setelah bertunang, semasa
persediaan majlis perkahwinan dan pada majlis perkahwinan.
Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri
Sabah (2008: 4) yang melibatkan suku Rungus, dinyatakan
pantang larang berserta dendanya bagi pasangan yang sudah
bertunang, tetapi belum berkahwin. Pasangan ini dilarang
berjalan berdua-duaan kerana perbuatan ini dianggap zina. Jika
melanggarnya, pelaku dikenakan sogit, iaitu denda adat seekor
khinzir yang disembelih dan dimakan bersama-sama penduduk
kampung. Mereka juga dilarang bertemu antara satu sama lain
setelah tarikh perkahwinan ditetapkan (2008: 8). Pasangan yang
belum bertunang juga dilarang berjalan berdua-duaan. Pasangan
yang melanggar adat ini dikenakan sogit atau denda sebiji gong
tavag dan wang RM500.00 setiap seorang.
Menurut Rundabang Linsapu3, antara pantang larang yang
tidak boleh dilakukan setelah bertunang (napangaan)
termasuklah tidak boleh memanjat pokok tinggi untuk
mengambil madu lebah liar di hutan, menyeberang jambatan dan
69

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

berpakaian cantik. Sekiranya melanggar adat ini, dikhuatiri


berlaku kejadian yang tidak diingini yang disebut sebagai
kopuhun, iaitu apa-apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.
Dalam hal ini, perkara yang dirancang itu ialah ikatan
perkahwinan. Sekiranya berpakaian "elok-elok" pula, ditakuti
akan berlaku perkara komomolli dit sovoon, iaitu perkara tidak
baik akan berlaku terhadap bakal isteri atau suami.

Gambar 4.3 Pakaian Suku


Kaum Rungus.

Kematian
Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri
Sabah (2008: 16), dinyatakan pantang larang berkaitan kematian
berserta dendanya. Menurut adat masyarakat suku Rungus,
keluarga mendiang dilarang memukul gong dalam tempoh 15
hari dari hari berlakunya kematian. Pelaku dikenakan sogit atau
denda sebiji gong sandangau tavag. Isteri mendiang pula
dilarang memukul gong dalam tempoh berkabung. Pelaku
dikenakan sogit atau denda sebiji tembikar yang disebut panding
bersaiz sedepa setengah yang dimasukkan tapai, seekor khinzir
besar dan seguni beras.
70

Bab 4

Gambar 4.4 Panding


Sumber Jabatan Muzium Sabah

Selain itu, dilarang juga membakar kubur dan jika


melanggarnya, pelaku dikenakan sogit atau denda sebiji gong
sanang atau sebiji gong tavag sekiranya perbuatan itu dilakukan
dengan sengaja. Dalam pada itu, pelaku akan dikenakan sogit
atau denda sebiji gong tavag, sebiji sumbul atau gaddul jika
perbuatan tersebut dilakukan dengan tidak sengaja. Seterusnya,
dilarang meletakkan kayu pada kubur. Pelaku akan dikenakan
sogit denda sebiji gong sanang atau sebiji gong tavag. Dilarang
juga membuang atau memotong tanda kubur dengan sengaja.
Pelaku dikenakan sogit atau denda sebiji gong sanang atau sebiji
gong tavag. Kemudian, dilarang menggali atau mengorek kubur
dengan sengaja. Jika melanggarnya, pelaku dikenakan sogit atau
denda empat biji gong sandangau atau empat biji gong sanang.

71

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 4.5 Sanang atau Sandangau.


Sumber Jabatan Muzium Sabah.

72

Bab 4

Gambar 4.6 Sandangau.


Sumber Jabatan Muzium Sabah.

Enam perkara yang disenaraikan sebelum ini sebenarnya adat


dan bukan hanya pantang larang. Enam perkara tersebut ialah
kesalahan yang berat dalam kalangan suku Rungus sehingga
dendanya melibatkan gong, iaitu harta yang sangat mahal dan
bernilai tinggi dalam kalangan suku Rungus. Sebaliknya,
terdapat beberapa pantang larang lain yang bukan adat, tetapi
dilarang untuk dilakukan setelah berlaku kematian anggota
dalam sesuatu keluarga.
Menurut Rundabang Linsapu4, jika berlaku kematian ibu atau
bapa, anak mendiang yang belum berkahwin tidak dibenarkan
memanjat pokok pinang selama sebulan. Anak-anak yang sudah
berkahwin pula menjalani istiadat ini selama seminggu. Anakanak mendiang juga tidak dibenarkan memanjat pokok untuk
mengambil madu lebah liar di hutan dan tidak dibolehkan
melintasi jambatan. Sekiranya pantang ini dilanggar, akan
berlaku kobbollungkahang, iaitu tidak boleh bercakap atau jika
73

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

boleh bercakap, percakapannya tidak teratur, bercakap lepas


tanpa berfikir terlebih dahulu.
KESIMPULAN
Suku Rungus sangat menjunjung adat dan kemurnian kehidupan
yang harmoni serta menghormati pantang larang. Semua perkara
yang dilakukan mengambil kira persoalan adat dan kepercayaan
tradisional. Bagi suku Rungus, adat dan pantang larang telah
menjadi alat untuk mengawal sosial, jambatan perpaduan dan
pengukuh tali silaturahim yang dapat menyerlahkan jati diri
mereka sebagai pengamal budaya yang kental.
Suku Rungus bertuah kerana mempunyai budaya dan adat
warisan yang dapat dijadikan panduan untuk menjalani
kehidupan bermasyarakat secara lebih teratur, bertimbang rasa
dan mengambil kira orang lain serta masyarakat sekeliling.
Bermula daripada adat kelahiran, seterusnya perkahwinan,
hinggalah peringkat kematian, semuanya mempunyai pantang
larang tertentu. Tidak ketinggalan adat dan pantang larang untuk
hal-hal bertani, memelihara ternakan dan ritual berhubung
dengan makhluk halus. Sesungguhnya, adat dan pantang larang
yang telah dicipta dan diwariskan oleh generasi terdahulu
mempunyai signifikan dan seharusnya terus dipelihara, dijaga
dan dikekalkan sebagai warisan yang tidak ada tolak banding
dan tidak ada ganti yang sama sepertinya. Adat dan pantang
larang ini "tak akan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas".
Walaupun terdapat sedikit perubahan dan penyesuaian hukum
dan denda adat disebabkan oleh keperluan semasa, malah ada
sebahagian kecil adat yang tidak sesuai pada masa kini, sedikit
demi sedikit perubahan dan penyesuaian itu menjadi penting
bagi kelangsungan adat istiadat itu sendiri.
Sebahagian adat itu mungkin tidak begitu relevan lagi dengan
suasana dan kehidupan masa kini yang ternyata sudah berubah,
tetapi hakikat kewujudan adat istiadat tidak pernah dapat
dinafikan. Kehidupan masyarakat Rungus yang harmoni dan
sejahtera itu juga mempunyai kaitan dengan kewujudan adat
istiadat dan kepatuhan masyarakatnya kepada adat istiadat
tersebut. Oleh itu, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan
mereka dapat dikekalkan. Lanjutan daripada hal itu, adat istiadat
74

Bab 4

dan pantang larang terus diperturunkan, untuk diwariskan


kepada generasi seterusnya. Generasi akan datang pasti akan
mengakui bahawa kehidupan akan lebih teratur dan terkawal jika
sentiasa setia dan patuh kepada adat. Kehidupan mereka pada
masa tersebut merupakan kesinambungan daripada masa lalu,
yang telah menjunjung adat istiadat dan warisan pantang larang
sukunya. Semoga adat resam dan pantang larang suku Rungus
ini terus diperjuangkan sebagaimana kelangsungan suku Rungus
itu sendiri dalam mengharungi kehidupan moden yang sangat
mencabar yang menuntut kesabaran dan keperluan mengawal
diri. Hanya adat yang dapat meriwayatkan kelangsungan hayat
dan makna zuriat bangsa yang berdaulat.
Nota
1 Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri
Sabah, dinyatakan sebagai tokiding. Sebenarnya tokiding melibatkan
suku Dusun atau Kadazan, bukan suku Rungus kerana tiada tokiding
(bekas mengisi padi) dalam suku Rungus. Tokiding dalam Rungus
dikenali sebagai saging (bagi perempuan) dan bbarazit (bagi lelaki).
2 Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri
Sabah, gombizau dieja gombiau. Ejaan yang tepat dalam bahasa
Rungus ialah gombizau, bukan gombiau.
3 Temu ramah dengan Rundabang pada 20 Mei 2012.
4 Temu ramah dengan Rundabang pada 20 Mei 2012.

75

Bab 5 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU BISAYA oleh
SITI AIDAH LOKIN

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai peraturan dan adat


masing-masing. Peraturan itu berlainan antara satu bangsa
dengan bangsa yang lain kerana peraturan tersebut telah dicipta
mengikut pengalaman dan pandangan yang berbeza. Peraturan
adat mempunyai pertalian rapat dengan sistem nilai yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat. Sistem nilai tersebut lahir
daripada suatu konsep yang wujud dalam pemikiran sesebuah
masyarakat. Konsep nilai itulah yang kemudian melahirkan
peraturan seperti adat resam yang berperanan mengawal
perlakuan anggota masyarakat demi mewujudkan keharmonian
dan kesejahteraan sesama anggota masyarakat. Pantang larang
pula ialah "disiplin lisan" yang diamalkan dan umumnya segala
perlakuan serta tindakan yang diamalkan itu meliputi undangundang adat. Pantang larang ini juga merupakan suatu tradisi
pendidikan secara langsung atau tidak langsung dan untuk
kesejahteraan masyarakat umumnya. 1 Dalam bahasa yang lebih
mudah, pantang larang berperanan menegah seseorang daripada
melakukan perkara yang dipercayai akan mendatangkan kesan
yang buruk jika tidak dihindari. Penulisan ini akan
menghuraikan amalan adat masyarakat Bisaya berkaitan
kelahiran, perkahwinan dan kematian, di samping pantang larang
yang berkaitan semua adat tersebut. Adat dan pantang larang
yang akan dihuraikan dalam bab ini sememangnya begitu
dominan dalam kitaran hidup masyarakat Bisaya.
LATAR BELAKANG MASYARAKAT BISAYA SABAH
76

Bab 5

Suku kaum Bisaya merupakan salah satu kelompok peribumi di


Sabah. Suku Bisaya juga terdapat di Sarawak dan Brunei
Darussalam. Dalam konteks negeri Sabah, masyarakat Bisaya
dikelompokkan dalam rumpun Dusun kerana pertalian yang
begitu erat antara orang Bisaya dengan subkelompok rumpun
Dusun yang lain, iaitu dari segi bahasa yang dituturkan dan
budaya yang diamalkan. Di Sabah, suku Bisaya merupakan
kelompok minoriti dengan anggaran penduduk berjumlah lebih
kurang 50 000 orang. Meskipun sebagai kelompok minoriti,
penglibatan suku Bisaya dalam pelbagai bidang, sama ada dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial di negeri ini tetap terserlah
setanding suku kaum peribumi yang lain.
Penulis seperti Tom Harrisson, D. Sonza, F. Araneta dan
Bernard, John Caroll dan Father Santaren yang banyak mengkaji
tentang masyarakat Bisaya tidak meragui bahawa Borneo
merupakan tempat tinggal suku Bisaya. 2 Masyarakat Bisaya
memainkan peranan dan pengaruh yang dominan di Borneo,
terutama sebelum dan pada zaman awal kemunculan Kesultanan
Brunei. Sebelum Brunei menjadi kerajaan Islam, pemerintahan
yang wujud ialah pemerintahan masyarakat Bisaya yang
beragama Buddha.3 Sultan Brunei yang pertama, iaitu Awang
Alak Betatar atau Alak Batata yang kemudian bergelar Sultan
Muhammad Shah setelah memeluk agama Islam, dikatakan
berasal daripada suku Bisaya. 4 Andaian ini disokong dengan
kenyataan bahawa terdapat tinggalan atau bukti etnologi yang
menunjukkan bahawa adat istiadat Bisaya telah digunakan
sewaktu pertabalan Sultan Brunei yang pertama. Ketika Sultan
Bolkiah, iaitu Sultan Brunei yang kelima menaiki takhta,
dikatakan bahawa keturunan diraja ketika itu ialah campuran
bangsa Bisaya, Cina, Arab dan Melayu. Selain itu, dipercayai
dalam adat resam, hukum, kepercayaan dan pertuturan orang
Brunei kini terdapat pengaruh keempat-empat bangsa tersebut. 5
Hal ini membuktikan bahawa suku Bisaya ialah penduduk asli
Borneo yang sudah sekian lama mendiami beberapa kawasan di
Brunei, Sarawak dan Sabah.
Di Sabah, masyarakat ini mendiami daerah pedalaman Sabah,
khususnya di daerah Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok dan
Sipitang. Pada masa kini, suku Bisaya terdapat juga di daerah
77

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

lain di seluruh Sabah. Hal ini disebabkan oleh penghijrahan,


perkahwinan dan peluang pekerjaan yang terdapat di kawasan
lain. Maklumat awal tentang taburan penduduk dan bilangan
orang Bisaya di Sabah ditemui dalam banci penduduk Borneo
Utara (Sabah) pada tahun 1921. Berdasarkan banci penduduk
pada tahun 1921, suku Bisaya berjumlah 7092 orang. Maklumat
yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan
bahawa masyarakat Bisaya berjumlah 13 998 orang pada tahun
1970 dan terus bertambah ke angka 20 000 orang pada tahun
1980.6 Pada tahun 2000, jumlah masyarakat Bisaya semakin
meningkat dan dianggarkan berjumlah lebih kurang 50 000
orang di seluruh Sabah.7 Di daerah Beaufort, suku ini
dianggarkan sebanyak 30 000 orang daripada 62 000 orang
jumlah keseluruhan penduduk Beaufort pada tahun 2000. 8
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Pada masa kini, masyarakat Bisaya Sabah beragama Islam.
Sebelum kedatangan Islam, mereka mengamalkan kepercayaan
animisme yang merupakan amalan penduduk peribumi lain di
kepulauan Borneo. Walaupun masyarakat Bisaya di Sabah
menganut agama Islam, seperti bangsa Melayu dan suku kaum
peribumi yang lain, masih terdapat pengaruh kepercayaan
animisme dalam kehidupan, khususnya oleh golongan tua.
Pengislaman masyarakat Bisaya Sabah berkait rapat dengan
kemasukan dan perkembangan ajaran Islam dalam Kesultanan
Brunei. Kemasukan ajaran Islam di Brunei dianggarkan berlaku
pada abad ke-13, apabila Sultan Muhammad Shah (Sultan
Brunei pertama yang memerintah dari tahun 1363 hingga tahun
1402) memeluk agama Islam. 9 Kedudukan Islam di Brunei
bertambah kukuh apabila Sharif Ali berketurunan Arab dilantik
menjadi Sultan Brunei yang ketiga setelah berkahwin dengan
puteri Sultan Muhammad Shah. Sultan Sharif Ali memerintah
dari tahun 1425 hingga tahun 1432. Semasa pemerintahan
Sharif Ali, Islam telah diberi kedudukan yang tinggi dalam
pemerintahan Brunei dan penyebaran Islam giat dilaksanakan di
kawasan yang berhampiran dengan Brunei. 10 Penyebaran Islam
daripada Kesultanan Brunei pada abad ke-15, merupakan titik
permulaan kepada pengislaman masyarakat Bisaya Sabah. 11
78

Bab 5

Pengislaman masyarakat Bisaya inilah yang membawa


perubahan kepada amalan kepercayaan mereka, meskipun tidak
terus mengubah amalan kepercayaan animisme. Sebaliknya,
terdapat kecenderungan untuk mencampuradukkan unsur
kepercayaan animisme dengan ajaran Islam dalam kehidupan
seharian. Keadaan ini berpunca daripada kurangnya usaha
mendalami ajaran Islam yang sebenar dalam kalangan generasi
Bisaya masa lampau akibat pelbagai halangan. Antaranya
termasuklah tiada institusi agama yang bertanggungjawab
mengukuhkan pegangan agama Islam dalam kalangan penduduk
Islam sebelum dan pada era penjajahan Barat. Oleh sebab itu,
pengetahuan tentang ajaran Islam hanya bersifat asas yang
meliputi ibadat sembahyang dan membaca al-Quran. Keadaan
inilah yang menyebabkan masyarakat ini masih mengamalkan
adat resam dan pantang larang yang dipengaruhi kepercayaan
animisme.
Usaha mempelajari ajaran Islam tidak begitu efektif dalam
kalangan masyarakat Bisaya. Namun, usaha ini meninggalkan
pengaruh dari segi mengukuhkan kepercayaan terhadap ajaran
Islam. Misalnya di Kampung Gadong, pada tahun 1934 atau
dalam tempoh sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat guru
agama yang dikenali sebagai Lebai Said. Beliau telah mengajar
penduduk kampung berkaitan asas-asas ibadat sembahyang dan
membaca al-Quran. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, pula
terdapat guru agama yang datang dari Indonesia, mengajar
penduduk kampung ini. Pelajar dalam kalangan penduduk
kampung inilah yang seterusnya mengamalkan ajaran mereka.
Salah seorang guru yang terkenal ialah Tuan Hj. Mansur yang
mengajar al-Quran. Kemunculan anak-anak kampung yang
mendapat didikan daripada guru kampung dan guru-guru yang
mengembara ini menyebabkan masyarakat Bisaya terkenal
dengan kemahiran membaca al-Quran. Sekitar tahun 1970-an
dan 1980-an, Qari dan Qariah yang mewakili Sabah dalam
pertandingan tilawah al-Quran peringkat negeri Sabah
merupakan orang Bisaya. Misalnya, Datuk Hj. Mokhtar Rapok
(bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah), Allahyarham Datuk
Hj. Ghafar Rijim, Tuan Hj. Maarif Ansot, Allahyarhamah Puan
Hjh. Maliah Muda, Allahyarhamah Puan Hjh. Kuriah Tasip,
79

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Puan Hjh. Halipah Macu, dan Puan Hjh. Lainih Yusuf. Sejak
tahun 2000 hingga kini, Puan Sanayah Janaid pula telah
mewakili Sabah dalam Tilawah al-Quran Perkhidmatan Awam
Kebangsaan dan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.
Pengetahuan terhadap ajaran Islam yang sebenar dalam
kalangan masyarakat Bisaya semakin bertambah setelah
berkembang sistem pendidikan moden dan dakwah Islam secara
terancang yang dilaksanakan oleh institusi agama pada era 1960an hingga kini atau selepas merdeka. Penubuhan sekolah agama
oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan sekolah
kebangsaan yang mengajarkan subjek pendidikan Islam memberi
peluang kepada generasi baharu Bisaya menimba ilmu
pengetahuan agama dan seterusnya mengukuhkan pengetahuan
mereka terhadap ajaran Islam. Perkembangan inilah yang
kemudian menyumbang kepada perubahan yang berlaku
terhadap pemikiran masyarakat yang seterusnya secara beransuransur membawa perubahan dari segi amalan adat resam.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
Masyarakat Bisaya juga mengamalkan beberapa adat resam dan
pantang larang yang diwarisi daripada generasi dahulu.
Antaranya termasuklah adat yang berkaitan kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
Adat Kelahiran
Apabila seseorang wanita disahkan mengandung oleh bidan
kampung, mereka dan ahli keluarga akan mula mengamalkan
adat dan pelbagai pantang larang bagi memastikan keselamatan
ibu dan anak dalam kandungan. Antara pantang larang tersebut
termasuklah larangan kepada wanita ini memakai kain yang
coraknya terbalik kerana dipercayai bayi yang dilahirkan
songsang. Ibu mengandung juga dilarang lewat bangun pagi
kerana dipercayai akan mengalami kesukaran ketika melahirkan
anak. Dia juga perlu membuka pintu dan jendela sebaik-baik
sahaja bangun pagi bagi mengelakkan kesukaran ketika bersalin.
Selain itu, suami pula dilarang berburu di hutan atau
membunuh haiwan ketika isteri mengandung kerana dipercayai
menyebabkan anak dalam kandungan terkenan atau cacat.
80

Bab 5

Seterusnya, tidak boleh berlaku pergaduhan di rumah yang ada


wanita hamil kerana menyukarkan wanita itu bersalin. Wanita
hamil dilarang memakan nanas dan cili kerana dipercayai akan
menyebabkan anak yang lahir berkudis. Dia dan suaminya tidak
boleh memotong sesuatu barang sehingga tembus kerana
dipercayai mulut anak sumbing. Wanita hamil juga tidak boleh
melihat, menegur dan mendengar perkara yang tidak elok kerana
dipercayai anak yang dilahirkan akan berkelakuan tidak elok
atau cacat. Wanita ini juga dilarang tidur pada waktu tengah hari
kerana perbuatan ini dipercayai menyebabkan anak menjadi
besar dan sukar untuk dilahirkan. Sekiranya, kehendak ibu
hamil (mengidam) tidak ditunaikan, air liur anak yang dilahirkan
itu akan sentiasa meleleh.
Ketika usia kandungan mencapai tujuh bulan, wanita hamil
berkenaan dikehendaki memakai Piruai atau selusuh, iaitu
amalan bagi memudahkannya bersalin. Piruai ini dibuat
daripada minyak kelapa yang dihasilkan sendiri dan dijampi oleh
bidan berkenaan. Wanita hamil juga biasanya akan memberikan
sepersalinan pakaian dan wang kepada bidan berkenaan sebagai
upah kerana menyediakan Piruai tersebut. Ketika mengamalkan
adat ini, ibu yang mengandung mestilah bangun awal sebelum
orang lain dalam rumahnya bangun pagi. Selepas bangun pagi,
dia hendaklah terus meminum Piruai dan tidak boleh duduk.
Dia mestilah berjalan-jalan serta terus membuka pintu dan
tingkap rumah. Semasa berjalan menuju ke pintu atau tingkap
pula, si ibu berkenaan tidak boleh berpatah balik ke tempat
permulaan dia memulakan langkah sehingga semua pintu dan
tingkap telah dibuka. Amalan ini mesti dilakukan setiap hari
sejak kandungan berusia tujuh bulan hingga hampir bersalin.
Setelah bersalin, adat menyambut kelahiran bayi pula akan
dilaksanakan. Bayi yang baharu dilahirkan disambut dengan
laungan azan sekiranya bayi tersebut lelaki dan bacaan iqamat
untuk bayi perempuan. Bayi diberi nama selepas berusia tujuh
hari. Pemberian nama kepada bayi pula dirujuk kepada orang
yang lebih tua dan berilmu. Biasanya orang yang menamakan
bayi berkenaan akan merujuk kalendar hijrah dan nama
diberikan kepada bayi yang ditilik menurut kesesuaian dengan
tarikh lahir bayi tersebut. Bagi masyarakat Bisaya tradisional,
81

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

nama yang diberikan kepada bayi yang baharu dilahirkan tidak


boleh lebih panjang daripada nama ibu bapanya. Nama anak juga
boleh ditukar dalam tempoh pembesarannya sekiranya nama
awal yang diberi itu tidak sesuai dengan anak tersebut. Misalnya
jika anak sering jatuh sakit, maka nama baharu akan diberikan.
Walaupun nama rasmi yang tercatat dalam sijil kelahiran tidak
boleh diubah, nama baharu akan menjadi nama panggilan utama
dalam keluarga. Seseorang anak yang sering sakit juga dianggap
tidak serasi dengan ibu bapanya atau ibu bapanya tidak Gawan
memelihara anak. Anak tersebut dijadikan anak angkat kepada
keluarga yang dipilih atau kepada bomoh yang mengubati anak
berkenaan. Walau bagaimanapun, konsep anak angkat ini
tidaklah bermaksud anak berkenaan diserahkan terus untuk
dijaga oleh ibu bapa angkatnya, tetapi hanya diakui sebagai anak
angkat.
Ada juga kes tertentu apabila bayi diserahkan
semalaman untuk dijaga oleh ibu bapa angkatnya, sekiranya ibu
bapa kandung bayi berkenaan sering kematian bayi atau bagi
masyarakat Bisaya dianggap tidak Gawan memelihara anak.
Dalam tempoh tujuh hari selepas bayi dilahirkan, ibu dan bayi
berkenaan akan dimandikan oleh bidan yang merawat si ibu
dalam tempoh mengandung dan yang menyambut kelahiran
bayinya. Selepas melahirkan anak, si ibu akan mengamalkan
adat Mandi Bataran, iaitu mandi pada hari melahirkan anak,
diikuti mandi pada setiap pagi hingga tujuh hari selepas bersalin.
Sebelum dimandikan, tubuh ibu akan diurut oleh bidan. Bidan
akan menyediakan pelbagai jenis daun seperti daun ringanringan, daun sambung, daun senduduk, daun kunyit, kayu
bataras, daun daringin, daun kulipapu dan daun lias sebagai
ramuan dalam air mandian pada setiap pagi. Wanita tersebut
akan didudukkan di atas daun yang telah direbus dalam keadaan
suam-suam kuku sambil bidan menjirus air pada seluruh
tubuhnya. Selepas tujuh hari, wanita ini akan menyediakan upah
atau disebut juga sebagai sedekah kepada bidan berupa kain
batik (kain yang dijadikan penutup lutut ketika bersalin disebut
sebagai Toub Otud), wang dan pelbagai pemberian yang berupa
pakaian dan makanan bergantung pada kemampuan keluarga
berkenaan. Pada hari ke-40 selepas bersalin, sekali lagi ibu
82

Bab 5

berkenaan akan dimandikan oleh bidan sebagai penutup kepada


adat mandi selepas bersalin.
Bagi bayi yang baharu dilahirkan pula, tali pusatnya akan
dipotong oleh bidan, iaitu sepanjang pusat hingga ari-ari bayi.
Tembuni bayi pula hendaklah ditanam di tempat yang selamat
daripada sebarang gangguan, khususnya di kawasan halaman
rumah. Ketika menanam tembuni ini juga terdapat pantang
larang yang perlu dipatuhi, misalnya orang yang menanam
tembuni bayi tidak boleh menoleh kerana dipercayai
menyebabkan mata bayi juling. Semasa menanam tembuni
terdapat petua yang diamalkan seperti mengajukan parang ke
arah tembuni supaya anak tersebut akan taat kepada ibu bapa.
Di tempat tidur bayi pula akan diletakkan cermin dan kelakati
(alat mengacip pinang) pada bahagian kepala bayi untuk
mengelakkan bayi daripada gangguan makhluk halus.
Adat Mencukur Jambul Bayi dan Bergunting Rambut
(Bapapat)
Adat mencukur jambul bayi dilakukan setelah tali pusat bayi
kering dan mula luruh. Adat ini biasanya dilaksanakan selepas
tujuh hari bayi dilahirkan dan kenduri kesyukuran dibuat oleh
keluarga berkenaan bagi menyempurnakan adat ini. Acara cukur
jambul ini diiringi dikir yang dinyanyikan oleh kumpulan dikir
di kampung berkenaan yang terdiri daripada golongan lelaki.
Mereka menyampaikan lagu dikir yang seni katanya bercampur
antara bahasa Arab dengan Melayu. Kebanyakan lagu dikir yang
didendangkan oleh kumpulan dikir ini berupa puji-pujian kepada
Nabi Muhammad SAW. Lagu dikir juga didendangkan dengan
nada yang tinggi dan suara yang nyaring. Bayi akan digendong
oleh ibunya dan duduk di ruang tamu bersama-sama dengan
bayinya sehingga selesai acara cukur jambul itu. Bapa bayi
berkenaan akan menjemput tujuh orang (biasanya daripada
kumpulan dikir) untuk mencukur jambul bayinya secara bergilirgilir. Jambul bayi dicukur pada bahagian tepi kepala dan di
hadapan dahi bayi. Sebiji kelapa yang dipotong menjadi dua
bahagian, iaitu bahagian bawah sebagai tempat menyimpan
rambut dan penutup di bahagian atasnya disediakan sebagai
tempat untuk menyimpan rambut bayi yang telah dicukur
83

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

berdekatan dengan tempat duduk ibu dan bayi. Kelapa


berkenaan dihias dengan kertas bunga yang diikat pada lidi
sehingga membentuk seakan-akan bendera kecil. Bendera kecil
itu dicucukkan di sekeliling bahagian atas kelapa. Di samping
kelapa, diletakkan juga Nasi Adap, iaitu pulut kuning yang
diletakkan di atas pahar. Pulut kuning itu dihiasi kuih Panjaram
dan telur rebus yang telah dikupas, dicucuk dengan lidi dan
diletakkan hiasan sekuntum bunga di hujungnya. Selepas rambut
bayi dicukur, tukang cukur jambul akan menarik Tanimbu Lapas
(iaitu sejenis ketupat kecil yang anyamannya mudah terlepas
apabila ditarik) yang dipegang oleh si ibu bagi pihak bayi itu.
Tanimbu Lapas itu diisi dengan beras kuning dan apabila ditarik,
beras kuning bertaburan sebagai tanda telah lepas atau tertunai
hajat keluarga bayi tersebut dalam melaksanakan adat
berkenaan. Bapa bayi pula akan menghulurkan sedekah berupa
wang ringgit dan barang-barang makanan kepada setiap orang
yang mencukur jambul bayinya sebagai tanda terima kasih
kerana menjayakan pelaksanaan adat tersebut. Setelah selesai
adat mencukur jambul yang dilakukan oleh ketujuh-tujuh orang
tukang cukur, maka muka bayi disapukan dengan air kelapa. Air
kelapa ini diambil daripada buah kelapa yang digunakan untuk
meletakkan rambut bayi yang telah dicukur. Selepas itu, buah
kelapa berkenaan disimpan di tempat yang selamat dan
dihanyutkan di sungai bersama-sama dengan rambut bayi yang
dicukur pada keesokan harinya.
Adat Bapapat atau bergunting rambut pula tidak semestinya
dilakukan selepas kelahiran bayi, tetapi boleh dilaksanakan sama
ada pada peringkat bayi, kanak-kanak atau dewasa, khususnya
ketika seseorang anak hendak berkahwin. Biasanya, adat
Bapapat ini dilaksanakan ketika majlis kenduri atau majlis
perkahwinan salah seorang anggota keluarga mereka. Adat ini
boleh dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut niat ibu bapa
anak tersebut. Ada juga keluarga yang menghimpunkan anaknya
dalam satu majlis Bapapat. Cara pelaksanaan adat ini lebih
kurang sama dengan adat bercukur jambul bagi bayi, iaitu
berdikir dan penyediaan peralatan seperti kelapa, Tanimbu Lapas
dan Nasi Adap. Walau bagaimanapun, majlis Bapapat ini lebih
meriah kerana mereka yang terlibat dalam upacara ini akan
84

Bab 5

berpakaian indah dan dihias dengan pelbagai aksesori,


bergantung pada kemampuan keluarga. Perhiasan yang paling
minimum ialah "bunga rambut", iaitu perhiasan yang diikat atau
digantung pada rambut yang akan digunting. Bunga rambut ini
mempunyai pelbagai bentuk dan dihasilkan sama ada daripada
Andurai (kertas timah) ataupun kepingan perak dan tembaga
kecil yang bersaiz kecil seperti duit syiling lima sen.
Dalam kalangan orang kaya, ada yang menyediakan kepingan
emas kecil sebagai bunga rambut berkenaan. Sebanyak tujuh
bunga rambut menghiasi kepala mereka yang terlibat dalam
upacara ini. Tukang gunting rambut akan menggunting rambut
mereka yang terlibat, yang telah diikat dengan bunga rambut dan
memasukkan rambut berkenaan ke dalam kelapa. Tanimbu
Lapas akan ditarik oleh tukang gunting bersama-sama dengan
orang yang terlibat setiap kali selesai acara menggunting rambut.
Bilangan kelapa dan Nasi Adap yang disediakan pula mengikut
bilangan orang yang menyertai upacara gunting rambut ini.
Setelah selesai adat Bapapat, kelapa dan rambut yang terdapat di
dalamnya dihanyutkan ke sungai sebagai tanda adat berkenaan
telah selesai.
Adat Menimbang Bayi
Adat menimbang bayi biasanya untuk bayi yang dilahirkan pada
bulan Safar. Menurut kepercayaan tradisional masyarakat
Bisaya, bulan Safar dianggap sebagai bulan yang mendatangkan
banyak nahas, iaitu berlaku musibah seperti kemalangan dan
wabak penyakit. Oleh sebab itu, bayi yang lahir pada bulan ini
harus ditimbang bagi menjamin kesejahteraan hidup bayi
berkenaan. Sekiranya bayi yang lahir pada bulan Safar tidak
menjalani adat bertimbang, kemungkinan besar bayi berkenaan
mudah jatuh sakit. Menimbang bayi tidak semestinya dilakukan
selepas bayi dilahirkan, tetapi hendaklah diniatkan yang bayi
tersebut akan ditimbang pada kemudian hari, iaitu setelah bayi
berusia setahun hingga tiga tahun. Sekiranya bayi lambat
ditimbang, barang-barang yang perlu disediakan untuk
disedekahkan kepada orang yang menimbang bayi turut menjadi
lebih banyak. Hal ini disebabkan semakin meningkat umur anak
berkenaan, maka berat badannya juga semakin bertambah.
85

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Biasanya, bayi ditimbang ketika berumur setahun atau dua


tahun. Antara barang keperluan dalam adat menimbang bayi ini
termasuklah kain pelekat (bayi lelaki) dan kain batik (bayi
perempuan) yang digunakan sebagai buaian ketika acara
menimbang. Alat untuk menimbang pula seperti kayu pemikul
untuk memikul buaian bayi dan barang-barang yang hendak
ditimbang. Barang-barang lain seperti buah kelapa, pisang,
beras, gula, kopi dan kuih-muih.
Adat Perkahwinan
Bagi masyarakat Bisaya tradisional, terdapat dua kaedah dalam
mencari pasangan yang sesuai untuk anak-anak mereka, iaitu
melalui kaedah Miulung dan Mangkaunan. Kaedah pertama
ialah usaha menjodohkan anak-anak mereka ketika masih kecil
atau ditunangkan secara tidak rasmi semenjak mereka kecil.
Apabila anak-anak sudah dewasa dan tiada sebarang masalah,
proses pertunangan akan terus dilangsungkan. Kaedah kedua
pula ialah usaha ibu bapa lelaki untuk mencari pasangan yang
sesuai untuk anak mereka. Dalam proses inilah pelbagai adat
dilaksanakan yang bermula dengan langkah pertama, iaitu
merisik yang disebut sebagai Mangkaunan. Ibu bapa
menyerahkan tanggungjawab merisik ini kepada seorang wanita
di kampung mereka yang sudah biasa melaksanakan tugas ini.
Sekiranya risikan itu berhasil, langkah kedua Mongoi Tuju akan
dilaksanakan. Beberapa orang ahli keluarga yang tua dihantar
untuk meminang anak dara yang dihajati itu. Ketika proses
meminang
ini
dijalankan,
wakil
kedua-dua
pihak
mengemukakan hajat dengan menggunakan bahasa yang indahindah, misalnya dengan berbalas pantun.
Selepas Mangkaunan, langkah ketiga dilakukan, iaitu
menghantar rombongan untuk membawa barang hantaran
kepada pihak perempuan atau disebut sebagai Mongoi Atud.
Pihak lelaki akan menyediakan hantaran berupa barang-barang
makanan seperti beras, gula, kopi dan makanan yang telah
dimasak serta buah-buahan yang diisi dalam sejenis bakul yang
digalas dikenali sebagai Saging. Pihak perempuan pula
membalas hantaran itu dengan mengisi Saging tersebut dengan
kuih-muih tradisional (seperti kuih Panjaram dan Kalupis) dan
86

Bab 5

buah-buahan. Selepas itu, diadakan pula perjumpaan antara


keluarga kedua-dua belah pihak dalam satu majlis yang disebut
Mibaisan atau bertemu besan untuk menentukan jumlah
hantaran wang (mas kahwin dan perbelanjaan perkahwinan) dan
untuk menentukan tarikh majlis perkahwinan yang akan
dilangsungkan. Ketika ini juga, pihak keluarga perempuan boleh
mengemukakan pelbagai permintaan yang berupa denda kepada
pihak lelaki kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sekiranya perkahwinan itu melibatkan anggota keluarga yang
terdekat seperti sepupu, pihak lelaki harus membayar Pitas.
Sekiranya "melangkah bendul" pula, pihak lelaki perlu
membayar denda Kataliban. Selain itu, ibu (pihak perempuan)
juga boleh meminta pihak lelaki membayar permintaan khas
untuk dirinya yang dikenali sebagai Tinggalinambun. Cara
membayar denda berkenaan ditentukan oleh pihak perempuan,
misalnya denda Kataliban boleh dibayar dengan memberikan
sebentuk cincin emas. Jika denda ini tidak dibayar, dikhuatiri
timbul pelbagai masalah pada masa hadapan. Pertunangan
dianggap begitu penting untuk mengikat hubungan kekeluargaan
antara kedua-dua pihak yang akan berkahwin. Apabila berlaku
putus tunang, pihak yang memutuskan pertunangan harus
bertanggungjawab membayar
denda
Katigagan yang
dipersetujui bersama demi menjaga nama baik keluarga masingmasing. Bagi masyarakat Bisaya, semua pantang larang yang
berkaitan adat pertunangan mesti dipatuhi bagi menjamin
kesejahteraan hidup pasangan yang bertunang dan keluarga.
Tarikh perkahwinan pula dipilih apabila selesai musim menuai
padi. Pada masa menuai padi pula diadakan acara menuai padi
secara bergotong-royong yang dikenali sebagai Kotol Baisan
oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Selesai sahaja musim
menuai padi, sekali lagi acara Mongoi Atud dijalankan untuk
menghantar barang hantaran yang lengkap kepada pihak
perempuan. Selain wang hantaran dan mas kahwin, pihak
perempuan juga meminta pihak lelaki menyediakan hantaran
berupa haiwan ternakan seperti seekor kerbau yang disebut
sebagai Rinampung dan disembelih untuk sajian pada hari
perkahwinan. Namun, sekiranya pihak keluarga perempuan
meminta berian yang disebut Rinampung Idup, bermakna pihak
87

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

lelaki perlu menyediakan seekor kerbau lagi untuk dijadikan


haiwan ternakan atau harta pengantin perempuan. Selain itu,
barang-barang berharga seperti peralatan gangsa dan perak juga
boleh diminta oleh pihak perempuan sebagai hantaran. Sekiranya
pihak lelaki tidak dapat menyediakan barang yang diminta oleh
pihak perempuan, barangan itu boleh digantikan dengan wang
tunai yang jumlahnya mengikut nilai atau harga barang tersebut.
Selain itu, penyediaan peralatan tempat tidur di bilik
pengantin seperti katil, tilam, kelambu, cadar dan langsir juga
dirunding bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sekiranya
disediakan secara bersama-sama, peralatan tersebut perlu
dibahagikan mengikut persetujuan bersama. Apabila pihak
perempuan menyebut istilah "tumpang tidur", pihak lelaki perlu
menyediakan semua peralatan tersebut dan ini menjadi hak
milik lelaki. Sekiranya pasangan ini bercerai, isteri tidak berhak
terhadap semua peralatan tersebut dan suami boleh
mengambilnya semula. Setelah semua hantaran disediakan oleh
pihak lelaki, majlis perkahwinan dilangsungkan mengikut tarikh
yang ditetapkan. Dalam masyarakat Bisaya tradisional, majlis
perkahwinan dijalankan dengan penuh adat dan pantang larang,
sama ada sebelum, semasa dan selepas majlis itu berlangsung
perlu diikuti. Majlis perkahwinan berlangsung selama lima hari,
iaitu dua hari di rumah pengantin perempuan dan tiga hari lagi di
rumah pengantin lelaki. Majlis akad nikah biasanya diadakan
sehari atau dua hari lebih awal daripada majlis kenduri kahwin.
Sehari sebelum majlis perkahwinan sebenar diadakan,
rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin
perempuan pada waktu petang selepas sahaja menikmati jamuan
makan di rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki menaiki
usungan menuju ke rumah pengantin perempuan. Setelah hampir
di rumah pengantin perempuan, usungan diturunkan. Walaupun
begitu, pengantin lelaki dilarang memijak tanah, beliau diangkat
oleh dua orang ahli keluarga lelaki sampai di pintu rumah
pengantin perempuan. Rombongan ini perlu sampai di rumah
pengantin perempuan sebelum waktu maghrib. Lebih kurang
pukul 8.00 malam, rombongan pengantin dihidangkan makan
malam oleh pihak perempuan. Majlis berbedak akan diadakan
pada malam tersebut. Rombongan pengantin lelaki akan tidur di
88

Bab 5

rumah pengantin perempuan dan adat ini dikenali sebagai


Kahwin Modop. Keluarga kedua-dua belah pihak dan
rombongan mereka akan berjaga pada malam tersebut. Ketika
berjaga inilah mereka mengadakan pelbagai acara seperti
mempersembahkan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai
Badaup dan memainkan kulintangan sambil anak-anak gadis
mempersembahkan tarian Liliput. Hidangan makanan juga
disediakan dalam tempoh mereka berjaga itu. Mereka berhibur
hingga waktu subuh.

Gambar 5.1 Pelamin Bisaya.

Menjelang waktu subuh, ibu bapa dan keluarga kedua-dua


pengantin akan duduk menghadap sambil bertukar Languai dan
Dulung. Languai ialah sejenis tembaga yang berbentuk segi
enam atau seperti labu yang berasal dari Brunei. Dalam Languai
diisi dengan tepak sirih (celepa) yang lengkap dengan sirih,
pinang, tembakau, kapur dan sapu tangan. Dulung pula ialah
sejenis tombak yang dibawa bersama-sama dengan sebiji kelapa
yang baharu bertunas dan seekor ayam jantan. Dulung dibawa
oleh anak sulung lelaki bagi pihak keluarga pengantin lelaki dan
disambut oleh wali pengantin perempuan. Selepas bertukar-tukar
Languai dan Dulung, mereka bertukar-tukar gelaran pula,
misalnya besan akan disebut Idok, mentua akan memanggil
menantu sebagai Agu (perempuan) dan Dalid (lelaki), manakala
menantu memanggil mentua sebagai Ama Yuwai atau Ama
Yudun (bapa mentua) dan Indu Yuwai atau Indu Yudun (ibu
mentua). Ipar pula disebut sebagai Yudun, Bialung atau Yuwai
89

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

mengikut jantina masing-masing. Ketika adat ini dijalankan,


pengantin dan ahli keluarga yang terlibat bertukar-tukar gelaran
sambil menghulurkan sebungkus kecil sirih yang diisi dengan
kapur dan pinang. Orang-orang tua pula berkenalan dengan
keluarga kedua-dua pihak sambil Basaliban, iaitu berbalas-balas
pantun bagi memeriahkan suasana tersebut.
Ketika majlis persandingan berlangsung, pengantin memakai
pakaian tradisional suku mereka, iaitu pakaian yang berwarna
hitam dan perhiasan yang dibuat daripada perak seperti
Kubamban, gelang kaki dan tali pinggang. Kubamban
merupakan alat yang sangat penting bagi masyarakat Bisaya dan
biasanya alat ini digunakan oleh bomoh ketika berjampi dan
memandikan pesakit. Pengantin perempuan pula mengenakan
sanggul di atas kepala dan dihiasi manik yang pelbagai warna.
Pisanggul ini bentuknya seperti tanduk kerbau dan dihiasi manik
yang berjuntai. Daripada Pisanggul ini juga dapat disoroti cara
hidup dan nilai budaya masyarakat tradisional yang menganggap
kerbau sebagai haiwan ternakan yang sangat penting dan banyak
kegunaannya dalam kegiatan ekonomi masyarakat Bisaya.
Contohnya dalam membajak sawah dan mengangkut batang
rumbia yang diproses bagi penghasilan sagu. Selain itu, kerbau
juga melambangkan kekayaan kepada pemiliknya dan menjadi
barang hantaran yang wajib dalam adat perkahwinan. Pengantin
lelaki pula mengenakan Tajuk, iaitu sejenis tengkolok yang
dihiasi manik dan Kubamban.
Sehari atau dua hari selepas majlis perkahwinan berlangsung,
diadakan pula acara menghantar pengantin ke rumah pihak
lelaki. Keluarga pihak lelaki menyambut rombongan pihak
perempuan dengan penuh adat dan menyediakan jamuan makan.
Sebelum berangkat pulang, ibu bapa atau keluarga terdekat
pengantin perempuan yang menjadi ketua rombongan akan
berpesan kepada pengantin perempuan agar patuh kepada suami
dan mentua serta menjaga akhlak sebagai seorang isteri yang
baik. Semasa berada di rumah mentua selepas majlis
perkahwinan, kedua-dua pengantin diberi peluang untuk
membantu keluarga mentua, misalnya lelaki membantu
merobohkan khemah, mengangkat dan mengemaskan peralatan
yang berat, manakala pengantin perempuan membantu
90

Bab 5

mengemaskan rumah, menyusun dan membantu memulangkan


pinggan mangkuk yang dipinjam daripada jiran-jiran terdekat.
Kerja-kerja ini diberikan kepada pasangan tersebut sebagai satu
simbol yang menunjukkan bahawa sudah sampai masanya
mereka harus memikul tanggungjawab yang berat untuk
keluarga dan jiran-jiran.

Gambar 5.2 Pasangan pengantin berpakaian tradisional Bisaya.

Masyarakat Bisaya tradisional memang berpegang teguh


kepada adat resam ini. Perbuatan melanggar adat dalam
kalangan anggota masyarakat tidak disenangi, malah pelakunya
akan dipulaukan. Namun, perubahan zaman sedikit banyak
mempengaruhi pelaksanaan pelbagai adat tersebut. Generasi
muda Bisaya yang melangsungkan perkahwinan tidak lagi begitu
terikat mengekalkan adat-adat yang dianggap membazir dan
mengambil masa yang panjang, misalnya adat Kahwin Modop
dan tempoh majlis perkahwinan yang berlangsung selama lima
hari. Majlis perkahwinan kini hanya berlangsung dalam tempoh
sehari semalam. Begitu juga pantang larang kepada pengantin
sudah kurang diamalkan kerana pengantin kini lebih banyak
menggunakan khidmat jurusolek profesional yang mahir.
Pengantin Bisaya masa kini turut mengenakan pakaian
91

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

tradisional Bisaya, di samping pakaian moden seperti berkebaya


songket, iaitu pakaian pengantin Melayu dan gaun pengantin ala
Barat. Begitu juga dengan barangan hantaran yang disediakan
sudah berbeza kerana pelbagai aksesori seperti pakaian dengan
gubahan pelbagai jenis telah menggantikan bentuk hantaran
yang diamalkan oleh masyarakat Bisaya tradisional.
Pemodenan juga telah membawa perubahan dari segi
pengendalian majlis. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan
diserikan dengan persembahan Badaup, tetapi kini acara Badaup
yang diselang-seli dengan acara berbalas-balas pantun sudah
tidak ditemui dalam majlis perkahwinan masyarakat Bisaya.
Kata panggilan untuk menantu, mentua, besan dan ipar-duai juga
sudah kurang diamalkan kerana kebanyakan generasi muda
Bisaya kini tidak lagi berkahwin sesama suku Bisaya. Oleh itu,
kata panggilan yang digunakan lebih dipengaruhi kata panggilan
dalam bahasa Melayu. Selain itu, seni muzik kulintangan masih
dipertahankan dalam mana-mana majlis perkahwinan orang
Bisaya kini. Biasanya, orang tua akan memainkan irama asli
yang dikenali sebagai Gimbar, Corocop, Baranyut, Sumandak
Timpang Gakud dan Putera Digadong. Kulintangan dimainkan
lebih awal sebelum majlis perkahwinan (biasanya dua minggu
sebelum majlis berlangsung) sebagai hiburan kepada ahli
keluarga yang sibuk dengan persiapan majlis kahwin.

Gambar 5.3 Perhiasan kepala pengantin lelaki.

92

Bab 5

Gambar 5.4 Perhiasan kepala pengantin wanita Bisaya.

Gambar 5.5 Perhiasan dahi pengantin lelaki dan perempuan (Sarabang)


dan Sikat Perak (hiasan rambut perempuan).

93

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 5.6 Gelang kaki perak dan Buah Kubamban (ikatan sanggul).

Gambar 5.7 Tali pinggang perak.

94

Bab 5

Gambar 5.8 Bunga tangan pengantin.

Adat Kematian
Persediaan Sebelum Berlakunya Kematian
Sekiranya terdapat ahli dalam sesebuah keluarga jatuh sakit dan
semakin tenat dalam jangka masa yang lama serta didapati tidak
mempunyai harapan untuk sembuh lagi, maka kaum keluarga si
pesakit akan membuat persediaan untuk menghadapi keadaan
ini. Langkah pertama yang dilakukan adalah dengan
memaklumkan kepada semua ahli keluarga keadaan pesakit.
Segala permintaan orang yang sakit tenat ini juga mesti
ditunaikan oleh ahli keluarganya bagi menyenangkan hati
pesakit dan sebagai tanda kasih sayang kaum keluarganya pada
saat-saat akhir hayatnya. Seboleh-bolehnya, ahli keluarga
terdekat akan dipanggil berhimpun di rumah pesakit dan mereka
digalakkan untuk memohon kemaafan daripada pesakit dan
memaafkan juga segala kesalahannya jika ada. Ahli keluarga
terdekat akan membisikkan di telinga pesakit bahawa mereka
merelakannya pergi dengan aman. Masyarakat Bisaya tradisional
percaya sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang tidak
95

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

reda dengan keadaan pesakit, maka hal ini mengganggu dan


melambatkan dia menghembuskan nafas terakhir. Apabila
pesakit sudah nazak, segala haiwan peliharaan seperti burung
yang dikurung di dalam sangkar, sama ada di dalam atau di
bawah rumah mesti dilepaskan kerana dipercayai memudahkan
pesakit menghembuskan nafas terakhir.
Kaedah Memaklumkan Berlakunya Kematian
Apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, jiran
terdekat akan dimaklumkan terlebih dahulu, kemudian diikuti
penduduk kampung yang lain. Salah seorang daripada penduduk
kampung akan memalu beduk di masjid atau surau yang
berdekatan sebagai tanda memaklumkan kepada penduduk
kampung yang meninggal dunia. Beduk tersebut dipalu secara
perlahan-lahan dan bunyi paluan itu disebut bunyi Kokor.
Setelah mendengar bunyi Kokor itu, berita tentang kematian atau
dikenali sebagai Nasusaan akan cepat tersebar di seluruh
pelosok kampung dan daerah. Sejurus mendengar berita
kematian, penduduk kampung akan menziarahi keluarga si mati
sebagai tanda simpati dan mereka biasanya menghulurkan
pelbagai bantuan, sama ada dalam bentuk wang ringgit atau
sumbangan tenaga seperti membantu menggali kubur dan
membantu kerja-kerja yang perlu dilakukan di rumah arwah.
Masyarakat Bisaya tradisional juga sangat percaya kepada
alamat berlakunya sesuatu musibah seperti kematian, walaupun
mereka belum mendapat makluman tentang kematian tersebut.
Misalnya apabila mereka mendengar bunyi burung yang disebut
sebagai burung Bibiyou atau Uwit-uwit yang mendatangi mereka
dalam jarak yang sangat dekat. Mereka mempercayai burung itu
sebenarnya ingin memaklumkan kematian saudara yang
terdekat. Begitu juga apabila bermimpi gigi mereka patah, turut
membawa makna akan berlaku kematian dalam jangka masa
terdekat dan jika kelopak mata sebelah bawah sentiasa
berdenyut-denyut juga dianggap membawa tanda tidak baik,
iaitu akan berlaku perkara yang menyedihkan hati mereka.
Mereka biasanya bersiap sedia menghadapi kenyataan jika
musibah berlaku setelah mendapat alamat yang tidak baik ini.
Ada juga dalam kalangan ahli keluarga yang mendapat mimpi
96

Bab 5

buruk ini berusaha untuk cuba menolak musibah yang bakal


dihadapi. Mereka memberikan Sedekah Idup kepada orang yang
dipercayai mempunyai ilmu agama untuk berdoa agar mereka
terlepas daripada segala perkara yang buruk. Barang-barang
yang disediakan untuk Sedekah Idup ini terdiri daripada beras
(anggaran setengah cupak) dan wang ringgit yang jumlahnya
terpulang kepada keikhlasan mereka. Wang tersebut akan
dibungkus dengan kertas dan diletakkan di dalam beras.
Tindakan Awal Setelah Berlakunya Kematian
Setelah berlaku kematian, ahli keluarga dilarang menunjukkan
kesedihan dengan tangisan yang kuat. Tubuh jenazah akan
dibersihkan terlebih dahulu oleh ahli keluarga terdekat sebelum
jenazah dimandikan. Segala barang perhiasan yang dipakai
ditanggalkan dan tubuh jenazah ditutup dengan kain batik lepas
bagi jenazah wanita dan kain pelekat yang tidak dijahit bagi
jenazah lelaki. Selepas itu, jenazah akan ditutupi Sangkapsangkap, iaitu penutup usungan yang ditutupi kain batik atau
kain yang ditulis dengan ayat-ayat suci al-Quran. Jenazah akan
diletakkan di tengah-tengah bilik. Kemenyan akan dibakar di
dalam bekas menyimpan kemenyan yang disebut Pabaraan, dan
diletakkan berdekatan dengan kepala jenazah. Isteri atau anak
arwah akan menjaga supaya api kemenyan itu sentiasa hidup dan
mengeluarkan bau. Kaum keluarga serta orang ramai diberi
peluang untuk memasuki bilik berkenaan secara bergilir-gilir
untuk membaca surah Yasin atau bertemu dengan waris arwah
bagi menyampaikan ucapan takziah dan sedekah. Walau
bagaimanapun, wanita yang sedang mengandung dilarang
mendekati jenazah apatah lagi menyentuhnya kerana dipercayai
akan menyebabkan "terkenan", iaitu akan mendapat penyakit
yang disebut sebagai Paing Bangkai setelah anak tersebut
dilahirkan. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit tersebut
biasanya akan sentiasa menangis dan mudah jatuh sakit ketika
berlaku kematian dalam kalangan anggota keluarga dan jiranjiran sekampung. Oleh sebab itu, wanita yang mengandung
hanya boleh memandang jenazah dari jauh dan dilarang turut
serta menghantar jenazah ke kuburan. Haiwan peliharaan di
dalam rumah seperti kucing akan dikurung. Sekiranya kucing
97

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

melompat ke arah jenazah, dipercayai mayat tersebut akan


menjadi hantu. Ketika jenazah masih berada di dalam rumah,
dilarang makan dan minum serta merokok bagi menghormati
arwah dan kaum keluarganya.
Memandikan, Mengapankan dan Menyembahyangkan
Jenazah
Semasa memandikan jenazah, keluarga terdekat dan orang yang
diamanahkan untuk memandikan jenazah sahaja yang berada di
tempat mandian tersebut. Waris arwah pula dikehendaki
menyimpan dengan baik air baki mandian itu dan kain tutup
muka jenazah kerana baki air mandian akan digunakan untuk
membasuh muka bagi menghilangkan rasa sedih yang
berpanjangan, terutama bagi kanak-kanak kecil yang sangat
merasai kehilangan ibu atau bapa mereka. Sekiranya kain tutup
muka tidak disimpan dengan baik, kemungkinan akan dicuri
oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan bahan
ilmu sihir yang boleh membinasakan orang lain. Jenazah
dimandikan dan dikapankan mengikut cara pengurusan jenazah
dalam ajaran Islam.
Setelah jenazah siap dikapankan, setiap ahli keluarga terdekat
akan bergilir-gilir melakukan adat Jumara, iaitu mengucup dahi,
mencium tangan serta kaki arwah sebagai tanda penghormatan
terakhir dan ketika ini mereka diingatkan agar tidak
mengeluarkan air mata sehingga membasahi kain kapan. Selepas
itu, ahli keluarga hendaklah memberikan sedekah kepada orangorang yang telah memandikan jenazah. Sedekah ini disebut
sebagai Sedekah Uluan, iaitu sedekah yang mula-mula diberikan
selepas kematian berlaku. Sedekah ini harus disampaikan
sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Waris hendaklah
menyediakan sedekah seperti sebuah periuk yang berisi nasi
sebagai sedekah utama yang diberikan kepada ketua yang
memandikan jenazah, iaitu orang yang berada di kepala jenazah
semasa dimandikan. Sebuah cerek bagi melambangkan alat
untuk menyimpan air diberikan kepada orang yang
membersihkan najis, iaitu orang yang berada di bahagian tengah
semasa memandikan jenazah. Kemudian, sebuah dulang
diberikan kepada orang yang membersihkan bahagian kaki
98

Bab 5

jenazah dan peralatan dapur seperti sebiji pinggan, gelas atau


cawan, mangkuk dan sudu diberikan kepada setiap orang yang
memandikan jenazah. Seterusnya, disedekahkan juga bahan
makanan yang kering seperti beras, gula dan kopi serta bahan
makanan yang bermasak seperti lauk-pauk dan kuih-muih
kepada setiap orang yang memandikan jenazah. Selain itu,
sepasang pakaian arwah dan juga wang ringgit turut
disedekahkan kepada setiap orang yang memandikan jenazah.
Jumlah wang yang diberikan bergantung pada kemampuan
keluarga. Selepas Sedekah Uluan disampaikan, jenazah akan
disembahyangkan di ruang tamu rumahnya.

Gambar 5.9 Antara barang yang disedekahkan kepada


orang yang memandikan jenazah.

99

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 5.10 Sedekah yang diberikan kepada orang yang memandikan


jenazah wanita.

Menghantar Jenazah ke Tanah Perkuburan


Dalam amalan tradisional masyarakat Bisaya, sebelum jenazah
dibawa turun dari rumah, kaum keluarga akan menyampaikan
Sundait, iaitu lagu mengiringi jenazah ke kuburan. Seni kata
lagu itu menzahirkan kesedihan kaum keluarga yang
ditinggalkan dan harapan agar roh arwah tenang dan sejahtera
dalam perjalanan menemui Tuhan. Selepas itu, kaum keluarga
arwah diminta untuk lalu di bawah usungan jenazah sebagai
tanda penghormatan kepada arwah. Jika ahli keluarga tidak
menyusup di bawah usungan jenazah sebelum jenazah dibawa ke
kuburan,
dipercayai
boleh
menyebabkan
kesedihan
berpanjangan. Alat untuk mengusung jenazah disebut
Kalangkapa. Alat tersebut dibuat daripada kayu yang menjadi
asas binaan yang dikenali sebagai Gandaran dan pelepah rumbia
yang menjadi lantai dan dinding Kalangkapa. Kalangkapa
ditutup dengan Sangkap-sangkap. Selesai adat menyusup di
bawah usungan, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan
diiringi kaum keluarga dan sahabat handai. Secerek besar air
mawar, bunga-bungaan dan Pabaraan dibawa bersama-sama
oleh waris. Ketika jenazah dikebumikan, waris terdekat
100

Bab 5

hendaklah mengambil sekepal tanah lalu dibacakan surah alFatihah dan surah al-Ikhlas dan kemudian tanah itu diletakkan
di dalam liang lahad pada bahagian kepala jenazah. Selain itu,
ahli keluarga juga harus menanam sekeping timah yang
berukuran lebih kurang dua inci bersama-sama dengan jenazah
dan menaburkan beberapa biji kacang hijau di atas tanah
kuburan, kononnya untuk mengelakkan si mati daripada menjadi
hantu. Selepas selesai tanah ditimbus, akan dibacakan talkin dan
selepas itu waris akan menyampaikan sedekah kepada pembaca
talkin. Sedekah yang diberikan ialah sebiji Kubamban (alat
perhiasan yang diperbuat daripada perak), sebatang lilin, sebiji
gelas dan wang ringgit. Waris akan bergilir-gilir pula menyiram
air mawar dan menaburkan bunga di atas pusara sebelum
meninggalkan tanah perkuburan.

Gambar 5.11 Bentuk batu nisan tradisional masyarakat Bisaya.

101

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 5.12 Bentuk batu nisan Bisaya masa kini.

Gambar 5.13 Bentuk batu


nisan lelaki.

Gambar 5.14 Bentuk batu nisan


perempuan.

102

Bab 5

Amalan dan Pantang Larang Selepas Kematian


Selepas selesai pengebumian, bermulalah pantang larang yang
perlu diamalkan oleh kaum keluarga arwah. Setelah pulang ke
rumah masing-masing, orang yang mengiringi jenazah ke tanah
perkuburan dimestikan mandi terlebih dahulu sebelum
melakukan sebarang pekerjaan. Ahli keluarga pula tidak boleh
menyikat rambut di dalam rumah selama tujuh hari kerana
dipercayai sesiapa yang menyikat rambut di dalam rumah akan
pendek umur dan segera menyusuli jenazah yang baharu sahaja
dikebumikan. Sekiranya hendak menyikat rambut, mereka
hendaklah melakukannya di luar rumah. Alat usungan jenazah
atau Kalangkapa pula dimusnahkan selepas selesai pengebumian
dan jika tidak dimusnahkan dipercayai akan berlaku kematian
orang lain dalam waktu terdekat. Sisa-sisa alat Kalangkapa yang
telah dimusnahkan itu akan diambil oleh keluarga terdekat dan
sangat berguna untuk melindungi haiwan ternakan. Apabila sisa
kayu Kalangkapa diletakkan di dalam reban ayam, dipercayai
musang, binatang buas atau pencuri takut menghampiri reban
ayam tersebut.
Di dalam rumah pula, segala barang kepunyaan arwah dijaga
dengan baik. Barang di dalam bilik, iaitu tilam, bantal dan kain
arwah dibiarkan terhampar hingga 44 hari selepas kematiannya
kerana dipercayai dalam tempoh tersebut roh arwah akan
berkunjung ke rumahnya dan berada di tempat tidurnya. Ahli
keluarga dilarang meninggalkan rumah tanpa penghuni dalam
tempoh 40 hari selepas kematian kerana dipercayai
menyebabkan roh yang bertandang ke rumah itu berada dalam
kesedihan dan kesusahan. Tempat tidur arwah ini disebut
"Mayat-mayat" atau Bangkai-bangkaian. Ahli keluarga juga
tidak boleh tidur pada malam pertama selepas kematian kerana
boleh membawa kesusahan kepada roh. Waris pula boleh
berbaring di tempat tidur tersebut, tetapi dilarang berbaring di
bahagian tengah tilam yang diletakkan dengan pakaian arwah.
Daun bemban batu, daun rotan dan daun limau purut digunakan
untuk menyapu bilik arwah. Peralatan untuk memandikan
jenazah seperti langir, cendana dan limau nipis tidak boleh
dikemas sebelum selesai tujuh hari selepas kematian. Pelita
yang dinamai Salung dipasang di bilik arwah bermula pada
103

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

malam pertama hingga malam ketujuh dan pada setiap malam


Jumaat dalam tempoh 44 hari selepas kematian. Pelita itu tidak
dipadamkan selama tujuh malam dan sekiranya tidak berbuat
sedemikian dipercayai membawa kesusahan kepada si mati.
Orang yang ditugaskan memasang pelita ini ialah balu atau duda
atau anaknya. Orang yang memasang pelita ini pula hendaklah
orang yang sama dari malam pertama hingga malam ketujuh.
Orang yang sama juga akan ditugaskan menghanyutkan sumbu
dan minyak pelita di sungai selepas 44 hari kematian.
Di dinding bilik arwah pula digantungkan Sangkut-sangkut
daripada baki kain kapan yang disimpul setiap hari sehingga
menjadi 40 simpulan yang menunjukkan hari ke-40 selepas
kematian. Selain itu, cara masyarakat Bisaya tradisional mengira
hari selepas kematian juga adalah dengan menggunakan kapur
dan puntung api yang digariskan berselang-seli setiap hari.
Warna yang berbeza dan berselang-seli setiap hari memudahkan
mereka menentukan kiraan hingga 40 hari selepas kematian.
Kenduri mengingati arwah diadakan bermula pada malam
pertama selepas kematian yang dikenali sebagai Makan
Partama. Kenduri berikutnya akan diadakan pada malam ketiga
(Makan Tiga), ketujuh (Makan Tujuh), hari ke-40 (Makan 40
atau Makan Gayuh) dan hari ke-100 (Makan Saratus Hari)
selepas kematian. Dalam kenduri ini, diadakan solat berjemaah
Maghrib dan Isyak di rumah dan bacaan tahlil dibuat selepas
waktu solat Maghrib. Selepas solat Isyak, jamuan makan
disediakan kepada semua orang yang menghadiri kenduri arwah
tersebut.
Pada masa kenduri ini juga, keluarga tersebut
memberikan sedekah berupa pakaian arwah, barang-barang
makanan kepada orang-orang yang membaca tahlil dan doa
untuk arwah. Selepas kenduri pada hari yang ke-100,
terpulanglah kepada keluarga untuk mengadakan kenduri pada
bila-bila masa mengikut kemampuan mereka. Biasanya, kenduri
mengingati arwah ini diadakan setiap tahun pada bulan Syaaban
sebelum umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan. Keluarga
juga menyediakan sedekah yang disebut "sedekah si mati" pada
setiap hari Jumaat (bergantung pada kemampuan keluarga
tersebut). Sedekah ini dihantar kepada orang yang dipercayai
boleh membacakan doa dengan harapan pahala sedekah itu akan
104

Bab 5

sampai kepada arwah. Antara barang yang disedekahkan


termasuklah beras (anggaran setengah cupak), sedikit gula, kopi,
lauk-pauk, kuih-muih, sehelai sirih, sebiji pinang yang telah
dikupas kulitnya, sedikit buah-buahan (misalnya sebiji pisang
dan limau).
Seterusnya, bagi individu yang kematian isteri atau suami,
banyak pantang larang yang mesti dipatuhi dalam tempoh tujuh
hari dan 40 hari hingga 44 hari selepas kematian berlaku.
Selepas jenazah suami atau isteri mereka dikebumikan,
bermulalah pantang bagi balu atau dudanya. Setelah pulang
daripada menghantar jenazah, balu arwah dimandikan oleh orang
lain di halaman rumah. Semasa mandi, kepala hendaklah ditutup
dengan tujuh helai daun keladi. Setelah naik ke rumah, balu
tersebut pergi ke dapur dan diminta menyentuh sebuah nyiru
yang berisi garam, asam, Supit (penyepit untuk makan Ambuyat)
dan Kakuar (senduk besar yang digunakan untuk membancuh
Ambuyat). Nyiru tersebut diletakkan di atas kayu api yang
disusun di atas para. Dalam tempoh tujuh hari kematian berlaku,
balu atau duda tidak boleh menyikat rambut, menghadap cermin,
memakan daging ayam. Sekiranya melanggar pantang ini
dipercayai mereka akan Mompongou, iaitu menghadapi keadaan
resah gelisah dan tidak sabar mencari pasangan baharu selepas
kematian pasangan mereka. Dalam tempoh 40 hari pula, mereka
tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan penting dan jika terpaksa
keluar, mesti ditemani ahli keluarga dan hendaklah memakai
tutup kepala daripada baki kain kapan. Bagi wanita, baki kain
kapan itu mesti dijadikan tudung atau kain yang dililitkan pada
sanggul rambut. Mereka dilarang masuk ke hutan bersendirian
kerana dipercayai mudah disesatkan oleh makhluk halus yang
berada di dalam hutan. Mereka juga dilarang ke laut kerana
bimbang dihanyutkan oleh ombak yang besar. Selain itu,
mereka juga dilarang menyusup di bawah rumah dan pokok. Jika
mereka menyusup di bawah pokok yang berbuah, dipercayai
buah akan jatuh dan jika di bawah pokok yang tidak berbuah,
dipercayai pokok itu tidak akan berbuah selama-lamanya.
Namun, sekiranya terpaksa menyusup di bawah pokok,
hendaklah meludah atau menendang pangkal pokok berkenaan
agar tidak membawa mudarat kepada pokok tersebut.
105

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Setelah sampai hari yang ke-44 selepas kematian arwah, balu


atau duda tersebut bebas daripada pantang larang yang
ditetapkan itu. Mereka hendaklah ke laut untuk mandi laut atau
memijak air laut. Pada masa yang sama, mereka akan
menghanyutkan Pabaraan (bekas tempat menyimpan
kemenyan) di laut. Selepas itu, mereka tidak boleh lagi memakai
tutup kepala daripada baki kain kapan. Walau bagaimanapun,
terdapat juga amalan masyarakat Bisaya yang meminta bantuan
daripada golongan tua yang dipercayai banyak ilmu, disegani
dan dipercayai di kampung mereka untuk menghanyutkan
Pabaraan. Bagi mengetahui sama ada berlaku kematian dalam
jangka waktu terdekat, golongan tua Bisaya percaya kepada
tanda yang boleh dilihat pada abu tempat kemenyan dibakar di
dalam Pabaraan itu. Sekiranya kesan seperti lubang ditemui,
maka tiada kematian akan berlaku dalam jangka masa terdekat.
Namun, jika terdapat kesan seperti bergaris panjang pada abu
tersebut, bermakna ada kematian dalam tempoh terdekat di
kampung mereka.
Pada masa kini, selari dengan perubahan zaman dan
kefahaman yang lebih teguh kepada agama Islam, kebanyakan
adat dan pantang larang ketika dan selepas kematian mulai
mengalami perubahan dan pengubahsuaian. Mana-mana adat
dan pantang larang yang bertentangan dengan ajaran Islam,
ditinggalkan secara beransur-ansur. Misalnya tindakan
memusnahkan alat usungan jenazah tidak lagi dilakukan kini,
malah alat usungan berbentuk kekal telah disediakan untuk
kemudahan pada masa akan datang. Begitu juga pantang larang
kepada balu atau duda. Mereka tidak lagi terlalu terikat dengan
pantang larang yang ada, kecuali perkara-perkara yang
ditetapkan mengikut syariat agama Islam.
KESIMPULAN
Masyarakat Bisaya sememangnya kaya dengan adat tradisional
yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Perkembangan
pendidikan moden dan agama Islam telah memberi peluang
kepada generasi muda Bisaya menimba ilmu pengetahuan dan
seterusnya mengukuhkan pengetahuan mereka dalam ajaran
Islam. Perkembangan inilah yang menyumbang kepada
106

Bab 5

perubahan yang berlaku terhadap pemikiran masyarakat yang


secara beransur-ansur membawa perubahan dari segi amalan
adat resam mereka. Pengaruh ajaran Islam merupakan faktor
penting pembentukan identiti budaya yang baharu bagi
masyarakat Bisaya menerusi penggabungjalinan budaya asli
yang diperturunkan dengan unsur-unsur budaya baharu yang
mencerminkan keteguhan ajaran Islam yang diamalkan dalam
kehidupan harian mereka. Kebijaksanaan mereka mengekalkan
adat tradisional, di samping melakukan pengubahsuaian
mengikut ajaran Islam dan perkembangan semasa menyebabkan
masyarakat ini masih mengekalkan budaya mereka yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Meskipun zaman berubah,
adat tradisional masyarakat Bisaya masih mampu bertahan
daripada terus lenyap dibawa arus pemodenan.
Nota
1 Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanafi Dollah, 1999. Pantang
Larang Orang Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, hlm. 1.
2 Kahti Galis, 1990. Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Sarawak.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.16.
3 Ahmat Adam, "Identiti dan Citra Melayu dalam Sejarah Bangsa
Rumpun Melayu" dlm. New Sabah Times, 5 November 2001.
4 Bewsher, R.A., "Some Bisayan Account of Early Settlements in the
Phillippines recorded by Father Santaren" dlm. Sarawak Museum
Journal, hlm.49, 1965; F.G.Whelan, A History of Sabah, 1968.
Singapura: Heinemann Educational Books, hlm.66.
5 Kahti Galis, 1990. Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Sarawak.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.17.
6 Mustaffa Omar, "Bisaya: Suatu Tinjauan Ringkas" dlm. The Brunei
Museum Journal Vol. 9, hlm.18, 1993.
7 Untuk maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Siti Aidah Hj. Lokin,
2004. "Sejarah, Sosioekonomi dan Kebudayaan Suku Kaum Bisaya
Sabah" dlm. Sarim Mustajab (ed.), Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan
Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm. 91-104.
8 Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003. Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2003. Jabatan Perangkaan Malaysia, hlm.25.
9 Hashim Hj. Abd.Hamid, 2002. "Penyebaran Tamadun Melayu:
Peranan Kesultanan Brunei". Kertas kerja dalam Kongres Rumpun
Melayu I Lahad Datu, anjuran Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu
107

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

dengan kerjasama GAPENA, IDS dan Kelab Sukan & Rekreasi Lahad
Datu, 2002, hlm. 3-4.
10 Ibid.
11 Muhiddin Yusin, 1990. Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 4-5.

108

Bab 6 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU BONGGI oleh
RAYMOND MAJUMAH

Suku Bonggi merupakan masyarakat minoriti yang mendiami


Pulau Banggi, Kudat, Sabah, iaitu bahagian paling utara di tanah
besar Pulau Borneo. Joseph Pounis Guntavid (2005),
menganggarkan jumlah masyarakat Bonggi dalam lingkungan
1400 orang, sama seperti yang dianggarkan oleh Michael E.
Boutin pada tahun 1980-an dalam tulisannya berkaitan suku
Bonggi.
Dalam rencana yang disiarkan dalam Dewan Budaya
(Januari 2003: 8), dinyatakan pada masa tersebut (sekitar tahun
2002), hanya tinggal 650 orang suku Bonggi yang masih ada.
Jumlah mereka mengikut perangkaan tahun 1991 pula lebih
kurang 4800 orang. Suku ini hanya ditemui di Pulau Banggi dan
Pulau Balambangan di daerah Kudat, iaitu kira-kira 60 kilometer
ke utara Pulau Borneo dan 50 kilometer dari sempadan perairan
Malaysia dan Filipina. Kawasan petempatan suku Bonggi yang
terasing dan terpencil di sebuah pulau menyebabkan masyarakat
ini ketinggalan, tidak menikmati pembangunan dan tercicir dari
segi pendidikan dan peluang pekerjaan seperti yang diperoleh
oleh kelompok yang tinggal di tanah daratan Sabah. Masyarakat
yang hidup dalam dunia tersendiri ini dipisahkan oleh lautan
(Selat Banggi Selatan) dengan daratan Kudat. Sebahagian besar
mereka hidup secara tradisional, sementara pengaruh luar tidak
banyak memberi kesan terhadap corak hidup mereka. Hal ini
berbeza daripada kebanyakan suku di Sabah yang telah
menerima perubahan dari segi cara hidup setelah mendapat
pendidikan dan pembangunan.
109

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH


Pulau Banggi ialah pulau yang terbesar di Malaysia dengan
keluasan 4504601 kilometer persegi dan merupakan kawasan
yang paling utara di Malaysia. Pulau ini terletak pada latitud 70
darjah 15 Utara dan merangkumi sebahagian Daerah Kudat,
Sabah. Pulau Banggi merangkumi kawasan sepanjang 31
kilometer dan lebarnya 21 kilometer. Kawasan tertinggi ialah
Gunung Sinambung dengan ketinggian 550 meter dari paras laut.
Pulau bersebelahan dengan Pulau Banggi yang terletak di
bahagian barat ialah Pulau Balambangan. Secara geologi, keduadua pulau ini merupakan sebahagian tanah besar Borneo. Pulau
Banggi terletak di kawasan paling utara Pulau Borneo dan
bersempadan dengan perairan Filipina di sebelah utara. Pulau
Banggi diasingkan daripada tanah besar Sabah oleh Selat Banggi
Selatan. Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi di Karakit
Pulau Banggi terletak sejauh 44 Kilometer dari Pusat
Pentadbiran Daerah Kudat. Perjalanan melalui bot dari Kudat ke
Karakit mengambil masa selama dua jam. Sistem telekomunikasi
telefon mula dipasang di Karakit pada tahun 1984.
Dalam tulisan Michael E. Boutin (1990), anggaran penduduk
Pulau Banggi pada tahun 1980 menurut Binne dan rakan
(1981:2.1) ialah sebanyak 3819. Namun, anggaran ini agak
rendah. Boutin berpendapat, mungkin sekitar 6000 orang
(Boutin, 1990:93). Dewan Budaya (Januari 2003: 9)
melaporkan, penduduk pulau ini berjumlah 2500 orang. Dalam
keadaan serba kekurangan dan kemunduran, jumlah penduduk
pulau ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Terdapat enam
suku utama yang menghuni pulau ini, iaitu Ubian, Kagayan,
Suluk, Bajau, Bonggi sendiri dan Balak. Bonggi ialah penduduk
asli pulau ini dan mendakwa sebagai penduduk tetap di pulau
itu. Kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan yang kurang
membangun seperti di Kampung Kalangkaman, Lok Agung,
Batu Layar, Kapitangan, Sabur, Sabur Laut dan beberapa
kampung kecil lain. Suku Bonggi yang ditemui penulis di
Kampung Sabur, Tambising dan Palak, menceritakan bahawa
mereka berasal dari Pulau Kagayan di Filipina. Lima kumpulan
110

Bab 6

penduduk yang lain hanya menetap di pulau ini dalam tempoh


100 tahun.
Kumpulan suku tersebut ialah Suluk yang dikenali sebagai
Tausug di Filipina; Ubian yang bercakap dalam dialek Bajau
Pantai Timur (Smith 1984:49); Kagayan yang berhijrah dari
Pulau Cagayan ke Sulu; Balabak yang disebut Molbog di
Filipina dan merupakan penghijrah dari Balabak dan Pulau
Ramos; serta Bajau/Sama yang bercakap dalam dialek Bajau
Pantai Barat (Boutin dan Boutin 1985:90). Berbanding dengan
suku Ubian, Kagayan, Suluk dan Bajau atau Balabak, suku
Bonggi paling ketinggalan. Mereka berada di kawasan daratan
Pulau Banggi dan amat sukar mengunjungi kawasan mereka.
Paras hujan di Kampung Limbuak Laut di Pulau Banggi ialah
325.12 sentimeter. Angin Monsun Utara membawa hujan yang
lebat dari Oktober hingga Februari dan hujan terlebat dari
Oktober hingga Disember. Tempoh yang paling kering adalah
dari Mac hingga April. Pada tahun-tahun tertentu, musim
kemarau pernah berlaku pada Januari dan berakhir pada Jun atau
Julai (Joseph Pounis Guntavid, 2005). Pulau yang besar ini tidak
mempunyai kemudahan air. Penduduk pulau ini bergantung pada
air hujan dan air perigi. Bekalan elektrik pula hanya wujud di
Karakit, sebagai pusat pentadbirannya sejak tahun 1985. Tidak
ada sebarang bekalan elektrik dibangunkan kepada komuniti lain
di pulau ini. Terdapat bekalan tenaga suria di beberapa kawasan,
tetapi tidak menentu. Di kawasan lebih jauh di tengah-tengah
pulau, kadang-kadang terdapat bekalan generator, tetapi
penduduk tidak dapat membeli minyak petrol kerana tidak
mempunyai pendapatan yang tetap dan adakala generator rosak.
Di Karakit yang merupakan pusat pentadbiran, terdapat
sebuah hospital, pejabat daerah kecil, balai polis dan kem
tentera, walaupun tidak ada bekalan air. Jalan yang baik
hanyalah jalan raya yang menghubungkan Karakit dengan
Kampung Loktohoq dan Kampung Limbuak yang dibina pada
awal tahun 1990-an. Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi
dibina di tengah-tengah laluan jalan Karakit hingga Loktohoq
dan Limbuak. Jalan-jalan yang lain ialah jalan laluan lori balak
dan tidak pernah dibaiki semenjak pembinaannya.
111

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

MASYARAKAT SUKU BONGGI


Rumah Tradisional Suku Bonggi (Baali)
Masyarakat Bonggi juga mempunyai rumah kediaman. Mereka
menamai rumah kediaman mereka sebagai baali yang bererti
rumah. Rumah kediaman mereka pula disebut sebagai baali
baar, iaitu rumah sebenar atau rumah utama mereka. Sebutan
lengkapnya baali baar Bonggi. Rumah ini dibina dengan 25
tiang utama, mengandungi beberapa bilik termasuklah silian
lasan (ruang tamu), parasan (tempat duduk), tiningkat umai
(bilik tidur anak lelaki bujang), lamin sarambi (bilik tidur
mentua atau orang tua), lamin baar (bilik tidur suami isteri dan
anak kecil) dan deporn (dapur) yang terdiri daripada lalangan
leuk (ruang dapur), datag depirn (dapuran atau tempat
memasak), sender soung (ruang mencuci) dan datag liligan
(kaki lima dapur).
Kadang-kadang sesebuah rumah baali baar dilengkapi binaan
khas atau struktur rumah tinggi yang disebut oleh mereka
sebagai loundokhng. Struktur atau binaan khas tersebut kadangkadang dieja londong dengan sebutan lengkapnya Bali Londong
(Dewan Budaya, 2003:9). Loundokhng atau Bali Londong dibina
di sisi hadapan ruang tempat masuk ke rumah utama. Binaan
khas atau struktur loundokhng ini dibina dengan paras
ketinggian tertentu yang boleh mencapai 30-50 kaki.
Struktur ini digunakan pada masa dahulu sebagai menara
meninjau penceroboh seperti lanun yang disebut sebagai mundu
yang sering datang mengganggu dan menangkap orang Bonggi
untuk dijadikan buruh atau hamba abdi. Binaan khas atau
struktur loundokhng biasanya hanya dapat bertahan dalam
tempoh setahun atau dua tahun kerana penghuninya berpindahrandah untuk mencari tanah pertanian yang baharu.

112

Bab 6

Gambar 6.1 Rumah Suku Bonggi.

Menurut Joseph Pounis Guntavid (2005:108), pada masa kini


struktur atau binaan khas loundukhng menjadi petanda atau
simbol bahawa isi rumah mempunyai seorang gadis sunti yang
masih perawan. Gadis-gadis muda tersebut biasanya tidur di
londokhng tersebut. Pada masa kini juga kebanyakan mereka
menggunakan atap zink yang dibeli dari Kudat atau Karakit.
Tiang-tiang seri rumah diperbuat daripada pokok bakau
(Rhizophora mucronate L), manakala lantai daripada nibung
(Oncosperma horridun) dan dinding dialas daripada kulit kayu,
Shorea spp.
113

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Secara tradisionalnya, suku Bonggi membina rumah mereka


dengan kayu yang diambil sendiri dari hutan. Hal ini disebabkan
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang kaya dengan
pelbagai hasil hutan dan kebanyakan sumber bahan binaan boleh
diperoleh di pulau itu. Menurut Joseph Pounis Guntavid
(2005:108), mereka menggunakan daun serdang balak dan rotan
yang dianyam untuk membuat atap rumah (Sapfy Baali Baar
Bonggi). Alas ikat menganyam dan mengikat sambungan
diambil daripada sejenis daun rotan dobur atau doubur atau
nama saintifiknya Calamus caesius L. atau balakh, Livistonia
spinosa L., atau kulit batang tindoulu ataupun tumbuhan
pemanjat yang boleh tahan lama bagi menguatkan rumah
tersebut. Sambungan diikat menggunakan rotan sogo atau
calamus caesus akan dibelah terlebih dahulu, kemudian
dijadikan tali. Jenis atap ini agak kukuh dan boleh bertahan
sehingga lebih kurang lima tahun.
Masyarakat Bonggi telah mencipta pelbagai jenis ikatan sigat
untuk anyaman dan sambungan. Rangka-rangka yang terdapat di
rumah Bonggi ini diperbuat daripada batang pokok tangar,
manakala dinding (dindingkh) diperbuat daripada kulit kayu.
Selain itu, lantai atau datag dibuat daripada belahan batang
nibungkh. Dalam pada itu, lokasi tapak rumah suku Bonggi
biasanya di kawasan tanah yang rata, hampir dengan sumber air
ladang mereka. Penentuan kesesuaian sesebuah tapak perlu
melalui satu upacara yang digelar geid nun. Upacara ini
dilakukan dengan menggunakan teka-teki, iaitu serasikan dua
atau tiga pasang tali rotan khas yang panjangnya lebih kurang
satu kaki. Tali itu akan dipegang bersama-sama dalam satu
longgok dan hujung tali tersebut bebas diserasikan ikatannya
kepada hujung yang lain. Sekiranya ikatan yang dihasilkan
berbentuk satu bulatan, mereka yakin tapak yang dipilih itu
sesuai.
Pemilihan tapak juga boleh dilakukan dengan memacak
sebatang kayu berukuran enam kaki ke dalam tapak tanah yang
dipilih dan sebanyak tiga kali pada tempat yang sama dengan
kekuatan minimum si pembuat. Sekiranya kayu yang dipacak itu
tidak berubah, maka tapak itu dikatakan sesuai atau sumundat
nimpiya. Namun, sekiranya pacak bertambah dalam, tapak
114

Bab 6

tersebut tidak sesuai atau sumalot ndoot. Penentuan juga boleh


dilakukan menerusi mimpi oleh bellian. Sekiranya nsuat atau
mimpi tuan punya rumah adalah baik, maka tapak yang dipilih
dikatakan sesuai. Mimpi jahat atau ngigimpi ndoot, misalnya
dipatuk ular, memberi petunjuk bahawa tapak yang dipilih itu
tidak sesuai. Kebanyakan rumah suku Bonggi tidak mempunyai
kemudahan air dan elektrik. Oleh sebab itu, mereka menyalakan
unggun api pada waktu malam. Biasanya, masyarakat Bonggi
membina rumah berjauhan antara satu sama lain. Hal ini
mungkin disebabkan oleh perasaan malu kerana keadaan mereka
yang serba kekurangan.
Bahasa Pertuturan
Bahasa pertuturan yang digunakan oleh suku Bonggi
mempunyai persamaan dengan bahasa Molbog, iaitu bahasa
yang digunakan di Pulau Balabak dan Pulau Ramos di Filipina,
berbanding dengan bahasa-bahasa lain di daratan Sabah (Boutin,
1990:93). Walaupun suku Bonggi telah diterima sebagai
sebahagian rumpun Kadazandusun, bahasa pertuturan suku ini
sangat jauh berbeza daripada bahasa Kadazan atau Dusun,
kecuali nama-nama am haiwan dan serangga2.
Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi suku Bonggi bergantung pada pertanian sara
diri. Mereka masih mengamalkan pertanian pindah-randah. Oleh
sebab itu, pekerjaan utama suku Bonggi pada zaman dahulu
hingga kini adalah dengan bercucuk tanam. Antara yang ditanam
termasuklah jagung, tebu, ubi rambat atau keledek dan ubi kayu
(sitieu). Selain itu, mereka juga menanam pisang, betik dan
kelapa. Hasil tanaman ini ditukarkan dengan ikan, sama ada
basah atau kering. Biasanya aktiviti ini dibuat dengan kelompok
yang tinggal di kawasan laut, khususnya para nelayan yang
terdiri daripada suku Bajau seperti Ubian, Kagayan, Suluk atau
Iranun.
Suku Bonggi juga turut berburu. Mereka menggunakan
sumpitan untuk membunuh haiwan buruan seperti kancil
(pelanduk), babi hutan dan rusa (tambange). Mereka juga
menangkap ikan di sungai dan pantai secara tradisional.
115

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Disebabkan kebanyakan suku Bonggi pada masa dahulu tidak


berpendidikan, maka mereka tidak mempunyai pekerjaan yang
tetap dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Makanan
Makanan tradisional suku Bonggi ialah sejenis ubi yang
dinamakan ourt. Sebelum dimasak, ourt direndam selama tiga
hari tiga malam, kemudian dimasak dan dimakan. Ibu kayu
merupakan makanan utama suku Bonggi. Sebelum dimakan, ubi
kayu diparut untuk dijadikan putu (sejenis makanan yang dibuat
daripada ubi kayu), atau direbus tanpa campuran bahan lain.
Putu mesti dimakan bersama-sama dengan lauk yang terdiri
daripada ikan rog, lumpis dan sada malaya. Ikan-ikan ini dituba
pada musim kemarau. Ubi kayu juga akan diperap atau direbus
untuk dibuat bubur. Tempat menyimpan makanan disebut kaluh
yang dibuat daripada rotan. Tempat menyimpan air pula ialah
buluh yang dipotong-potong.
Pakaian
Pakaian tradisional suku Bonggi bagi lelaki hanya cawat yang
dikenali sebagai sembait atau santut. Lelaki suku Bonggi
biasanya menyimpan rambut panjang. Kaum perempuan suku ini
pula memakai baju kebaya kampung dan kain sarung berwarna
hitam.
Agama Pagan
Menurut Saidah, suku Bonggi mengamalkan agama pagan.
Penulis mengetahui pagan bukanlah satu agama, melainkan
suatu keadaan kehidupan masyarakat manusia tertentu di dunia
ini. Istilah ini digunakan kerana telah disebut oleh informan.
Pagan sebenarnya ialah istilah bahasa Inggeris yang bererti
"jahil" (jahil dalam konteks ini dikaitkan dengan hakikat bahawa
mereka tidak menganut dan tidak mengetahui tentang agama
besar di dunia, khususnya Islam dan Kristian). Seperti yang
diketahui umum, penganut agama pagan menyembah tempattempat dan sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa. Dalam
mengamalkan agama pagan, suku Bonggi membuat rumah besar
di tengah-tengah hutan sebagai tempat untuk melakukan ritual
116

Bab 6

agama. Rumah yang besar itu tidak berdinding. Di tempat inilah


suku Bonggi memanggil atau menyeru tuhan mereka yang
dikenali sebagai Runsian.

Gambar 6.2 Pakaian Tradisional Suku Bonggi.

Menurut Tay Buang Leng (Sabah Times, 2011: 8), masyarakat


Bonggi ialah suku yang berpegang kuat kepada adat resam dan
kepercayaan tradisional. Misalnya kepercayaan rumasi atau
bebelang/mbelang yang perlu diadakan tanpa kehadiran orang
luar atau etnik lain. Namun begitu, kedatangan agama Islam dan
Kristian sedikit banyak memberi kesan kepada kehidupan
tradisional mereka. Sebahagian besar upacara kepercayaan
tradisional jarang-jarang diamalkan selepas mereka menganut
agama Islam. Hal ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan adat
kepercayaan mereka yang dinamakan belan, iaitu upacara
menyambut dan memuja sebuah tempayan antik pada masa
dahulu. Ritual seperti pesta ini diadakan pada setiap tahun secara
besar-besaran. Pemujaan tempayan antik ini dibuat setiap malam
pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, amalan yang digelar
malam berunsai yang dilakukan pada masa mbelang, tidak lagi
diadakan sejak mereka menganut agama Islam.
117

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Kepercayaan Animisme
Agama pagan yang disebutkan ini mempunyai kaitan
sepenuhnya dengan kepercayaan animisme. Menurut Kamus
Dwibahasa (1991:48), kepercayaan animisme ialah satu bentuk
amalan yang mempercayai segala objek (pokok, batu dan angin)
mempunyai semangat atau roh. Roh ini terdiri daripada makhluk
halus yang menghuni tempat-tempat tertentu seperti sungai,
batu, pokok kayu, rumah, dapur, tanah dan langit yang boleh
mendatangkan gangguan dan musibah kepada manusia, apabila
tempat mereka diganggu oleh manusia
Kepercayaan animisme ini masih menebal dalam kalangan
suku Bonggi kerana kebanyakan mereka masih belum menganut
sebarang agama. Hanya sejumlah kecil yang telah memeluk
agama Kristian dan Islam. Suku Bonggi yang beragama Kristian
ditemui di Kampung Palak dan Kapitangan (Pasir Hitam). Suku
Bonggi yang memeluk Islam pula dapat ditemui di Kampung
Limbuak, Balambangan, Sabur dan Karakit. Kepercayaan
animisme suku ini merupakan asas terpenting dalam
pembentukan adat dan pantang larang mereka. Secara
ringkasnya, amalan pantang larang suku Bonggi wujud melalui
pelbagai kaedah perubatan untuk merawat penyakit secara
tradisional. Pada zaman dahulu, sebelum terdapat perubatan
moden di Pulau Banggi, suku Bonggi akan mengadakan ritual
untuk mengubati sesuatu penyakit. Ritual itu dikenali sebagai
bejin. Mereka yang memerlukan rawatan ini akan memanggil
bomoh untuk melakukan ritual tersebut bagi menyembuhkan
penyakit yang dihadapi. Dalam ritual tersebut, bomoh akan
memanggil "hantu" dengan cara melafazkan bacaan tertentu
sambil melakukan gerakan seperti menari untuk menyembuhkan
penyakit tersebut, diiringi paluan gong yang disebut sebagai
betegunggu. Ritual tersebut akan dilangsungkan dari pukul 7.00
malam hingga tengah malam, kira-kira pukul 12.00 tengah
malam dan berterusan hingga subuh, kira-kira pukul 3.00 pagi
hingga 5.00 pagi.
Bagi penyakit yang ringan, bomoh hanya mengambil daun
selasih, kusur atau selibangun, sejenis tumbuhan liar di hutan,
kemudian dijampi dan disapu pada bahagian badan yang
bermasalah. Kadangkala herba tersebut akan direbus, kemudian
118

Bab 6

diminum, bergantung pada keadaan pesakit. Setelah tiga malam


betegunggu, pesakit masih juga tidak sembuh, ritual itu akan
diulang lagi selang tiga hari selepas itu. Bagi pesakit yang
kronik, bomoh akan mencucuk hujung jari pesakit dengan jarum
atau menggunakan pisau untuk mendapatkan darah pesakit.
Darah tersebut akan disapu pada bahagian perut pesakit untuk
meredakan rasa sakit. Ketika melakukan ritual ini, terdapat
beberapa pantang larang. Antaranya termasuklah tidak boleh
memakan kunyit dan ayam serta tidak boleh berpakaian cantik
dan menarik kerana boleh mengganggu keberkesanan ritual
tersebut. Untuk mendapatkan api pula, mereka membuat bahan
yang diperbuat daripada kayu yang disebut firiane.
Dalam pada itu, mereka yang melakukan kesalahan seperti
mencuri akan dibawa ke perbicaraan bersama-sama dengan
ketua kampung yang disebut sebagai nguhume. Apabila
disabitkan bersalah, pelaku akan didenda dengan membayar
sejumlah wang kepada mangsa kecurian tersebut. Selain itu,
terdapat juga pantang larang yang perlu dipatuhi seperti larangan
membawa bambu, daun nipah dan buah pinang berserta
tandannya masuk ke dalam rumah, kecuali untuk tujuan ritual.
Selain itu, dilarang singgah di rumah kawan selepas balik dari
tanah perkuburan, membawa ayam masuk ke dalam rumah dan
membuat ketupat kecuali untuk sembahyang. Seterusnya,
larangan membawa gong atau abandil masuk ke dalam rumah
kecuali rumah tempat sembahyang. Pelaku yang melanggar
pantang larang ini akan dikenakan sogit atau denda sebiji celepa
tembaga bersaiz lapan inci atau sejengkal.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
Terdapat pelbagai adat resam dan pantang larang dalam kalangan
suku Bonggi yang berkaitan kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Selain itu, pantang larang juga dititikberatkan dalam
soal mengambil bahan di hutan untuk dibuat rumah. Misalnya
terdapat beberapa jenis bahan atau tumbuhan yang tidak boleh
digunakan untuk membuat rumah. Mengikut kepercayaan
masyarakat Bonggi, semua jenis bambu dan tumbuhan berdaun
lebar tidak boleh digunakan. Menurut amalan masyarakat ini,
bambu hanya digunakan dalam pembuatan sumpitan, santu
119

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

suong (bekas air) dan pagar, manakala tumbuhan berdaun besar


digunakan dalam upacara rumasi atau belelang/malang.
Sekiranya tumbuhan ini digunakan juga dipercayai akan
membawa nasib yang tidak baik, terutama berkaitan soal
kematian.
Dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak
Negeri Sabah Bahagian Satu (2008:25), pantang larang yang
berkaitan pertanian dan penternakan turut disebutkan. Antara
pantang larang tersebut termasuklah dilarang meneruskan kerja
membersihkan ladang apabila terdengar bunyi burung mengonti
kerana dipercayai bunyi burung tersebut membawa petanda yang
tidak baik. Petani hendaklah mencari tempat lain untuk
berladang. Dilarang juga memakan hasil pertama tuaian padi
tanpa lauk, jika dilanggar pelaku dikenakan sogit atau denda
sebiji celepa. Dilarang melintas di kawasan ladang orang kecuali
di jalan yang telah disediakan oleh pemilik ladang. Dengan ini,
pelaku akan dikenakan sogit atau denda sebiji celepa. Larangan
seterusnya memotong tunggul kayu di kawasan ladang.
Sekiranya pantang larang ini dilanggar, pelaku dikenakan sogit
atau denda sebiji celepa. Suku Bonggi juga dilarang memberi
pujian dan mengatakan tanaman tidak menjadi pada masa
menuai padi. Pelaku yang melanggar larangan ini akan
dikenakan sogit atau denda sebiji celepa.
Dalam soal penternakan pula, dilarang memukul haiwan
ternakan orang. Pelaku yang didapati melakukan kesalahan ini
akan dikenakan sogit atau denda sebiji supuh atau cepu
(Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Anak Negeri Sabah
Bahagian Satu, 2008:32).
Kelahiran
Pantang larang berkaitan kelahiran dalam suku Bonggi bermula
sejak ibu mengandung lagi. Antara pantang larangnya
termasuklah dilarang melangkahi kaki ibu yang sedang
mengandung. Jika terlangkah, dipercayai anak yang lahir nanti
menyerupai sifat orang yang melangkah itu. Kemudian, dilarang
memarahi ibu yang sedang mengandung kerana ditakuti ibu
tersebut akan menguus, iaitu sukar melahirkan anak dan berasa
sakit semasa bersalin.
120

Bab 6

Dalam pada itu, ibu yang baharu bersalin pula tidak boleh
keluar rumah selama 44 hari. Dia juga dibenarkan mandi selepas
tiga hari bersalin dan selang tiga hari selepas itu baharulah
mandi semula untuk mengelakkan kambuh atau punggil. Tali
pusat bayi yang baharu lahir pula mesti dipotong oleh bidan
kampung dengan menggunakan buluh yang telah ditajamkan.
Perkahwinan
Pada masa dahulu, adat istiadat yang dikenali sebagai nguhume
(hukum), dijadikan landasan untuk membicarakan sesuatu
kesalahan yang berkaitan perkahwinan. Seorang lelaki suku
Bonggi yang ingin mencari pasangan, akan bersama-sama
dengan ketua kampung yang dilantik oleh penduduk kampung ke
rumah gadis tersebut untuk meminang. Apabila pihak perempuan
telah bersetuju, tarikh perkahwinan ditetapkan. Berian semasa
perkahwinan ialah duit, toog (gong) dan gadur (sejenis keris
zaman dahulu). Dalam tempoh pertunangan, pasangan dilarang
berjalan berdua-duaan tanpa keizinan ibu bapa sebelah
perempuan. Menurut buku Beberapa Pantang Larang Suku
Kaum Anak Negeri Sabah Bahagian Satu (2008:4), sekiranya
larangan ini tidak dipatuhi, pihak lelaki boleh dikenakan sogit
atau denda sebiji celepa bersaiz sejengkal dan sebiji sumbul.
Pasangan suka sama suka yang belum bertunang juga dilarang
berjalan berdua-duaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,
pelaku lelaki dikenakan sogit atau denda dua biji celepa. Sogit
atau denda itu hendaklah diserahkan kepada pihak perempuan.
Kedua-dua pihak juga dikehendaki membayar RM400.00.
Lelaki dan perempuan bujang yang didapati berjalan berduaduaan pada waktu malam, akan ditangkap kerana melakukan
kesalahan yang disebut sebagai suat sala. Sekiranya telah tidur
bersama, mereka mesti berkahwin dan melalui perbicaraan
nguhume. Dalam kehidupan berkeluarga, si suami atau isteri
hendaklah memberikan sejumlah wang mengikut kemampuan,
tanpa had tertentu kepada pasangannya yang hendak
menggunting rambut untuk mengelakkan slaie. Hal ini
merupakan denda adat kepada pasangannya seperti sogit dalam
amalan adat suku kaum Kadazandusun.
121

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Lelaki suku Bonggi yang berkahwin untuk kali kedua dan


mempunyai anak, mesti memberikan wang kepada anak-anak
dan isteri kerana takut terkena keluanggane (sakit). Kegagalan
untuk berbuat demikian menyebabkan dia melalui perbicaraan
nguhume. Selain itu, larangan yang perlu dipatuhi seperti yang
terdapat dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum
Anak Negeri Sabah Bahagian Satu (2008:8), iaitu berkaitan
perkahwinan di bawah umur. Pasangan yang di bawah umur,
dilarang berkahwin tanpa berbincang dengan ketua kampung
terlebih dahulu. Sekiranya larangan ini dilanggar, ibu bapa
kedua-dua belah pihak dikenakan sogit atau denda sebiji gong
tatog.
Kematian
Dalam soal yang berkait dengan kematian, terdapat beberapa
pantang larang dalam kalangan suku Bonggi seperti yang
disebutkan dalam buku Beberapa Pantang Larang Suku Kaum
Anak Negeri Sabah Bahagian Satu (2008:18). Ahli keluarga
dilarang melakukan pekerjaan harian dan mandi selama tiga hari
bermula pada hari kematian. Setelah tempoh larangan ini tamat,
semua ahli keluarga dikehendaki mencukur kepala (lelaki) dan
menggunting hujung rambut (perempuan). Ahli keluarga juga
dilarang mengunjungi kubur mendiang selama setahun kecuali
jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia dalam tempoh
tersebut. Seterusnya, dilarang menggali kubur atau membakar
semak-samun, sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
Sekiranya melanggar pantang ini, pelaku akan dikenakan sogit
atau denda sebiji celepa. Celepa itu hendaklah diserahkan
kepada keluarga mendiang.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian dan penjelasan yang dikemukakan
berkaitan masyarakat suku Bonggi, ternyata adat resam dan
pantang larang masyarakat ini penting dan relevan kepada suku
ini. Malah, dapat disimpulkan kepentingan adat resam dan
pantang larang tersebut merangkumi peringkat kelahiran,
perkahwinan, kematian, pertanian, penternakan, dan ritual. Adat
resam dan pantang larang yang diwarisi ini membolehkan
122

Bab 6

mereka melalui kehidupan dengan harmoni, aman dan saling


bekerjasama. Secara tidak langsung mewujudkan perpaduan dan
dapat menyerlahkan keunikan budaya dan kepercayaan.
Suku Bonggi tidak berbeza daripada suku-suku lain. Mereka
mempunyai kebudayaan dan adat warisan yang dapat dijadikan
panduan untuk menjalani kehidupan bermasyarakat. Adat resam
dan pantang larang yang telah diwarisi daripada generasi yang
terdahulu ini masih terus diamalkan hingga kini dan seharusnya
terus dipelihara serta dikekalkan agar generasi seterusnya boleh
mengetahui adat resam dan pantang larang ini. Mungkin ada
cabaran tertentu yang berkaitan perubahan dalam kehidupan dan
keperluan semasa, namun adat tetap penting dan diperlukan oleh
suku berkenaan. Oleh sebab sebahagian adat resam dan pantang
larang ini masih relevan dan diperlukan, usaha mengekalkannya
perlu dilakukan oleh generasi kini dan berikutnya. Harapan
pemimpin dan anggota masyarakat Bonggi adalah untuk
menyaksikan kebudayaan warisan mereka terus kekal dan
dihidupkan oleh generasi muda, walaupun terpaksa berhadapan
dengan cabaran dan halangan, agar suku atau bangsa mereka
tidak pupus dan hilang di dunia ini.
Nota
1 Michael M. Boutin (1990) dan Joseph Pounis Guntavid (2005) yang
menganggarkan luas Pulau Banggi lebih kurang 460 kilometer persegi.
2 Hal ini seperti yang diamati penulis sendiri yang bergaul dengan
etnik ini selama tujuh tahun di Pulau Banggi, khususnya etnik Bonggi
di Sabur, Palak, Tembising dan Balambangan dari 5 Disember 1991
hingga 4 Januari 1998.

123

Bab 7 ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
SUKU IRANUN oleh
ABD.NADDIN
SHAIDDIN

Masyarakat Iranun merupakan masyarakat yang kaya dengan


adat resam. Masyarakat Iranun tergolong dalam kategori
Bumiputera dan menganut agama Islam. Kebanyakan mereka
bermastautin di 22 buah kampung di kawasan Usukan dan
Tempasuk, Rampayan Laut, Nanamun, Tapukan, Kayu Putih,
Pintasan, Tamau, Lilud, Merabau, Rudang, Kota Peladok,
Peladok, Payas-Payas, Pantai Emas, Kawa-Kawa, Liang, Tandu,
Watu, Bira-biraan, Kotabangun, Tawadakan, Kaguran, KawangKawang, Penampang, Pandasan dan Rampayan Ulu di Kota
Belud. Masyarakat Iranun juga terdapat di Kampung Indarason
Laut, di Kudat, Kampung Nala, Bakolod dan Barigas di Tungku,
Lahad Datu, selain diaspora Iranun di Kampung Likas dan
Kampung Warisan Inanam di Kota Kinabalu. Perkataan Iranun
bermaksud berkasih-kasihan, saling bekerjasama dan tolongmenolong ini sentiasa meresap dan menjadi falsafah hidup
masyarakat ini.
Iranun memiliki tradisi budaya yang tersendiri. Sikap dan
pandangan hidup mereka banyak dipengaruhi alam Melayu dan
tradisi keislaman yang kuat, namun masyarakat Iranun
mempunyai adat istiadat dan pantang larang yang masih
diamalkan sejak turun-temurun hingga hari ini. Seiring dengan
perkembangan zaman, terdapat beberapa aspek adat yang tidak
lagi diamalkan kerana pengaruh kemodenan dan globalisasi.
Generasi muda yang berpendidikan tidak lagi mengamalkan
sepenuhnya adat resam dan budaya tradisional suku ini.
124

Bab 7

Meskipun demikian, masyarakat ini masih mengamalkan adat


berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN
Kelahiran merupakan saat-saat yang penting dalam kehidupan
berkeluarga. Detik ini ditunggu-tunggu kerana bayi yang bakal
lahir ini merupakan penyambung generasi dan keturunan, selain
sebagai lambang kasih sayang suami isteri. Suku Iranun sering
berpandukan adat resam demi memastikan anak yang bakal
dilahirkan selamat, sihat dan bebas daripada penyakit atau
gangguan-gangguan lain seperti semangat jahat atau makhluk
halus.
Dalam masyarakat Iranun, bidan kampung dikenali sebagai
pandai atau pangulin. Pandai mula memeriksa kandungan ibu
sejak kandungan berusia tujuh bulan sehingga kelahiran dan
memandikan bayi sejurus bayi dilahirkan. Pandai juga memberi
nasihat dan petua berkaitan kelahiran anak. Wanita hamil tidak
digalakkan mendapatkan khidmat pandai yang lain kecuali
pandai berkenaan sakit atau meninggal dunia.
Bpagagud Adat Mengurut atau Melenggang Perut
Upacara ini dilakukan ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Sekiranya usia kandungan belum mencapai tujuh bulan,
mengurut atau melenggang perut dilarang sama sekali kerana
dikhuatiri bayi dalam kandungan tercedera kerana keadaan
fizikalnya yang masih lemah. Menurut kepercayaan suku
Iranum, bayi yang belum mencapai usia tujuh bulan dalam
kandungan masih tidak sempurna dan boleh gugur jika diurut.
Adat melenggang perut bertujuan melonggarkan tulang
pinggang dan membesarkan ruang tulang punggung supaya ibu
tersebut mudah melahirkan anak. Pandai orang yang
bertanggungjawab menjaga kesihatan wanita hamil serta
menyediakan peralatan yang digunakan semasa bersalin. Pandai
akan mengurut perut wanita ini mengikut tempoh yang dianggap
sesuai. Biasanya, pandai menurunkan beberapa petua untuk
mengelakkan angin menyerang bayi dalam kandungan, lalu
menjejaskan kesihatannya ketika lahir kelak. Angin bermaksud
penyakit yang datang mengikut angin, pasang surut laut dan
125

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

tekanan atmosfera. Herba-herba yang ringkas seperti pucuk cili


padi dibuat ulam sebagai makanan wanita hamil. Pandai akan
mengesyorkan wanita ini mengambil sendiri pucuk cili padi dan
menyapukannya di perut pada waktu pagi. Amalan ini
merupakan senaman untuk melonggarkan otot-otot dan
dipercayai boleh memudahkan proses bersalin.
Pandai juga bertanggungjawab menggunakan pelbagai teknik
berasaskan pengalaman dan kepakaran untuk membetulkan bayi
yang berada dalam posisi songsang dengan cara melenggang
perut ibu. Terdapat pandai yang mengurut dan diikuti jampi
untuk membetulkan bayi yang berkeadaan abab tanpa
menggunakan peralatan. Abab bererti keadaan bayi yang
telungkup di dalam kandungan, yakni mukanya menghadap ke
bawah. Keadaan bayi yang sebegini jika tidak dibetulkan boleh
menyebabkan bayi lemas. Sesetengah pandai pula menggunakan
peralatan seperti pinggan seramik bersama-sama dengan jampi.
Pinggan seramik akan disentuh ke perut ibu mengandung dengan
niat bayi dalam kandungan akan beralih ke posisi yang betul.
Pinggan seramik digunakan kerana dipercayai pinggan ini "lebih
sejuk" berbanding dengan pinggan-pinggan lain. Tambahan pula,
jenis pinggan lain jarang-jarang didapati ketika itu.
Pada waktu hampir bersalin, pandai atau orang yang membuat
salusu (selusuh), menjampi air atau minyak kelapa. Selusuh
dibekalkan kepada ibu mengandung yang sudah menunjukkan
tanda-tanda akan bersalin. Namun yang demikian, penggunaan
selusuh hanya sebagai persediaan apabila wanita tersebut sukar
melahirkan anak. Selusuh diminum dan disapukan di perut bagi
memudahkannya bersalin.
Pantang Larang Wanita Semasa Mengandung
Beberapa pantang larang perlu dipatuhi wanita hamil atas sebabsebab keselamatannya dan bayi. Wanita hamil dilarang duduk di
muka pintu kerana pintu merupakan tempat keluar dan masuk
bagi sesebuah rumah. Oleh sebab itu, tidak wajar sesiapa duduk
di muka pintu kerana boleh menghalang perjalanan orang lain.
Orang-orang tua mengibaratkan rahim sebagai pintu keluar bayi
ke dunia. Sekiranya si ibu menjadi penghalang di muka pintu,
dikhuatiri proses kelahiran menjadi sukar dan terganggu kerana
126

Bab 7

sikap ibunya yang telah menghalang pergerakan orang lain.


Perbuatan ini juga dipercayai menyebabkan wanita tersebut
terdedah kepada penyakit angin timbalun, yakni angin yang
menyebabkan dia sukar bersalin. Timbalun bermakna burung
hantu. Angin timbalun bermakna "angin burung hantu". Bayi
sukar dilahirkan kerana dipercayai dipengaruhi tabiat burung
hantu yang tidak suka akan kecerahan. Wanita hamil juga
dilarang menggunakan tangga yang berlainan ketika naik dan
turun dari rumah (naik di tangga depan dan turun di tangga
dapur atau sebaliknya). Pada zaman dahulu, tangga merupakan
bahagian yang sangat penting dalam rumah. Penggunaan tangga
yang tidak teratur dipercayai menyebabkan bayi yang lahir itu
keliru, sama ada mahu menggunakan laluan biasa, yakni pintu
rahim atau menggunakan laluan lain seperti pembedahan.
Wanita hamil juga dilarang menjahit atau memaku kerana
perbuatan ini merupakan perbuatan mempertautkan dua
bahagian yang berasingan. Hal ini dikhuatiri menyukarkannya
bersalin kerana pintu rahim tertaut rapat. Seterusnya, wanita
hamil dilarang makan dalam periuk atau memasukkan tangan
untuk mengambil makanan di dalam periuk. Perbuatan ini boleh
menyebabkan dia membuang air besar ketika meneran semasa
bersalin. Dia juga dilarang makan di dalam pinggan kerana
dipercayai boleh menyebabkan mata bayi yang lahir menjadi
besar seperti pinggan.
Selain itu, dilarang sesiapa jua membawa air atau api melintas
di belakang wanita hamil. Menurut orang tua-tua, jika sesiapa
melintas di belakang wanita hamil dengan membawa air,
dikhuatiri bayi akan lemas. Bayi di dalam kandungan dipercayai
digenangi air yang banyak dan ini dikenali sebagai kambar a aig
(kembar air). Sekiranya mereka membawa api pula dikhuatiri
berlaku pendarahan yang banyak ketika bersalin. Dilarang juga
tidur menyongsang antara suami isteri. Perbuatan ini dipercayai
mempengaruhi kedudukan bayi dalam kandungan, daripada
keadaan normal kepada songsang.
Seterusnya, dilarang
mengajuk, mengejek, mempersendakan, menghina atau
mentertawakan kelemahan dan kecacatan seseorang. Perbuatan
ini dikhuatiri menyebabkan bayi yang lahir mendapat nasib yang
sama (terkenan).
127

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Pantang Larang untuk Suami


Suami tidak terkecuali daripada pantang larang ketika isterinya
mengandung. Ada beberapa pantang larang yang dikongsi antara
suami isteri. Contohnya dilarang duduk di muka pintu, dilarang
menggunakan tangga yang berlainan ketika turun dan naik
rumah dan dilarang mengajuk atau mempersendakan orang lain.
Namun, ada pantang larang yang khusus untuk suami, antaranya
termasuklah larangan menggali lubang atau menolong
menyempurnakan jenazah. Perbuatan menggali lubang atau
menyempurnakan jenazah membawa konotasi kepada kematian.
Oleh itu, orang tua-tua tidak menggalakkan suami melakukan
kerja-kerja tersebut untuk memastikan anak dalam kandungan
isterinya selamat dan panjang umur. Suami juga dilarang
menyembelih haiwan kerana dikhuatiri leher anak yang lahir
kelihatan seperti dikelilingi darah.
Menandai haiwan juga dilarang. Perbuatan menandai telinga
haiwan peliharaan atau dtuus dalam bahasa Iranun bertujuan
mengenali identiti haiwan peliharaan (lembu atau kerbau).
Proses ini dibuat dengan cara mengelar telinga haiwan tersebut
menggunakan parang atau pisau dalam pelbagai bentuk (yang
sudah didaftarkan). Cara ini dilakukan agar pemilik haiwan
mengenali ternakannya yang dilepaskan bersama-sama dengan
haiwan peliharaan penternak lain. Perbuatan menandai haiwan
dipercayai membuatkan telinga anaknya yang lahir kelak
menjadi cacat dan tidak sempurna. Selain itu, para suami juga
dilarang melilitkan tuala di leher kerana bimbang tali pusat bayi
membelit leher bayi dan menyukarkannya bernafas. Pemakaian
kain sarung turut dipercayai memudahkan isterinya melahirkan
anak. Seluar atau apa-apa juga yang sejenisnya dilihat sebagai
simbol ketertutupan.
Sebahagian besar pantang larang tersebut sebenarnya berkait
dengan keselamatan wanita hamil dan suaminya. Sebagai
contoh, wanita hamil yang kerap turun naik tangga dikhuatiri
tergelincir atau jatuh dan ini boleh mencederakan diri dan anak
dalam kandungan. Perbuatan melilitkan tuala di leher boleh
menyebabkan si suami yang bakal menjadi ayah tercekik dan
membawa kecederaan yang serius dan kadangkala maut.
128

Bab 7

Keadaan begini tentu menyukarkan keluarga dan mereka akan


kehilangan tempat bergantung.
Persediaan Sebelum Bersalin
Sebelum bersalin, ibu mengandung atau ahli keluarganya akan
membuat persediaan untuk menyambut anak yang bakal
dilahirkan. Upih digunakan sebagai tempat tidur bayi. Setelah
dipotong daripada pelepah, upih diratakan dengan cara
meletakkannya di bawah tikar atau sapiai selama seminggu atau
dua minggu sebelum kelahiran bayi. Dabpik sebanyak 10 helai
digunakan untuk basahan bayi dan berfungsi seakan-akan tuala.
Dabpik ialah kain yang dipotong-potong untuk dipakaikan
kepada bayi atau lampin. Seterusnya, ibu bapa perlu
menyediakan pakaian bayi dan barut untuk membebat perut bayi
dengan ramuan ubat-ubatan.
Persediaan Semasa Bersalin
Pandai akan menyalakan api di bawah tangga rumah ketika
wanita hamil menghadapi saat-saat melahirkan anak. Jiran-jiran
yang datang menziarahi akan menaiki tangga dan secara tidak
langsung melangkahi nyalaan api tersebut. Nyalaan api ini
bertujuan menghindarkan penyakit yang kemungkinan dibawa
masuk oleh jiran-jiran, terutama penyakit yang berkaitan
makhluk halus. Pandai juga menjirus empat penjuru tiang rumah
dengan air yang mendidih agar semangat jahat tidak berpeluang
naik ke rumah dan mengganggu si ibu. Malah, semasa pandai
menjirus, ketika itu juga dia memukul tiang yang dijirusnya
sambil berseru agar makhluk halus tidak datang mengganggu
proses kelahiran, kesihatan dan kedamaian ibu dan anak itu
kelak.
Seseorang yang dipilih oleh pihak keluarga dijemput untuk
dsedsag. Dsedsag bermakna memukul tiang seri menggunakan
bakayawa dengan sekuat hati sebanyak tiga kali bersama-sama
pekikan. Bakayawa ialah sejenis buluh kecil yang biasanya
dibuat seruling dan tumbuh di atas bukit atau buluh perindu.
Adat Resam Semasa Kelahiran
129

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Apabila bayi dilahirkan, penyedsag akan melakukan tugasnya.


Penyedsag ialah orang yang dipilih oleh keluarga untuk
memukul bakayawa ke tiang seri. Lazimnya, mereka yang
dipilih terdiri daripada ahli agama, orang besar-besar atau orang
yang dihormati dan mempunyai nama yang baik. Menurut
kepercayaan, perbuatan menyedsag ini dikaitkan dengan
membangkitkan semangat bayi supaya dia menjadi manusia
yang tidak gentar kepada cabaran dan ujian. Bagi masyarakat
Iranun, sifat pengecut amat memalukan dan sukar diterima.
Sehingga tercipta ungkapan da kasedsagi yang menggambarkan
seseorang yang penakut. Namun secara logiknya, perbuatan
sedsag adalah untuk mengejutkan bayi yang baharu lahir kerana
bimbang bayi lemas jika tidak bersuara dan memastikan bayi
tersebut menangis. Bayi yang tidak menangis sewaktu dilahirkan
dikhuatiri mempunyai tanda-tanda menjadi bisu.
Sekiranya ibu sukar melahirkan anak walaupun telah
mengalami tanda-tanda kelahiran, pandai akan menyuruh suami
melangkah perut isterinya, lalu menyentuh perut isteri dengan
kaki sebanyak tiga kali sambil berbisik dan berniat agar apa-apa
yang diucapkannya akan didengari anak di dalam kandungan.
Ungkapannya seperti Gemaukan, ayau kan bperasaia si ina ka
(lahirlah dan janganlah seksa ibumu).
Selepas melakukan ritual ini, suami mesti menanggalkan kain
yang sedang dipakainya untuk ditinggalkan berdekatan dengan
isteri. Dalam kes-kes yang lebih serius dan menyebabkan ibu
menahan kesakitan dan melewati masa bersalin, pandai
bertanggungjawab mengendalikan kelahiran itu dengan cara
terakhir, iaitu "memujuk" bayi dalam kandungan yang dikenali
sebagai dsawien. Pandai atau ayahnya akan mendekatkan bibir
pada perut ibu yang kesakitan sambil membisikkan sesuatu yang
mahu diberikannya sekiranya anak itu segera keluar.
Memotong Tali Pusat
Bakayawa yang digunakan untuk memukul tiang seri akan
pecah terbelah, dan bilah-bilahnya ini akan dipilih oleh pandai
dan ditajamkan menjadi sembilu sebagai pengerat tali pusat bayi.
Sekiranya bayi tersebut perempuan, tali pusat dikerat beralaskan
barira, iaitu alat daripada nibung yang digunakan untuk
130

Bab 7

menenun. Alat ini mempunyai simbolik apabila bayi itu dewasa,


dia akan menjadi tukang tenun yang mahir atau menjadi wanita
yang rajin dan penuh dengan sifat kewanitaan yang anggun.
Namun, sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, tali pusatnya dikerat
beralaskan taguban atau sarung parang agar apabila dewasa, dia
akan menjadi lelaki yang perkasa, rajin bekerja dan dapat
mempertahankan maruah keluarga, bangsa dan agama.
Pandai akan memandikan dan membersihkan bayi setelah tali
pusat dipotong. Kemudian, dia membuat tubpa berupa jintan,
kisur, yakni sejenis herba seperti kunyit tetapi lebih kecil dan
juga sejenis herba yang dinamai karumenga. Tubpa dibuat
dengan cara mengunyah herba-herba tersebut lalu melumurkan
ke seluruh badan bayi untuk mengelakkan angin. Ketika inilah
tugas pandai berakhir. Namun, pandai tetap akan mengunjungi
ibu dan bayi tersebut untuk memberi nasihat dan petua jika
perlu. Sebelum pulang, pihak keluarga memberikan pandai
pakeras atau "pengeras" berupa wang atau barangan agar
semuanya dalam keadaan selamat dan malung a pigkadauan,
yakni kain yang digunakan untuk bersalin.
Menguruskan Tembuni
Tembuni atau uri dikenali sebagai ikadua dalam masyarakat
Iranun. Tembuni dipercayai mempunyai peranan yang tidak
kurang penting dalam tumbesaran bayi hingga dewasa. Malah,
tembuni dipercayai boleh mempengaruhi perasaan (tawa dan
tangis) bayi semasa dalam buaian. Oleh sebab itu, menguruskan
penanaman tembuni mempunyai beberapa peraturan dan pantang
larang yang perlu diikuti.
Pandai membersihkan tembuni dengan cara membasuhnya
dengan limau sambil membaca selawat. Selepas itu, tembuni
dibungkus cermat dengan kain putih dan dimasukkan ke dalam
sebuah baung dan ditutup dengan kain putih lalu diikat dengan
kuat. Sebelum bayi dilahirkan, ayah bayi tersebut atau anggota
keluarganya akan mencari kelapa tua lalu membuat baung.
Baung yang dibuat mestilah sederhana besar kerana tembuni
yang memenuhi baung dipercayai membuatkan anak itu bersikap
gelojoh dan kuat makan. Sebaliknya, jika tembuni hanya
memenuhi separuh daripada isi padu baung, anak tersebut suka
131

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

mengambil makanan yang banyak tetapi membuangnya sebelum


dihabiskannya. Keadaan yang ideal ialah tembuni mengisi tiga
perempat daripada isi padu baung. Di beberapa buah
perkampungan Iranun, sebelum mereka menutup bekas tembuni,
mereka turut memasukkan sebatang pensel pendek, sehelai
kertas dan beberapa keping syiling agar anak tersebut mencintai
ilmu dan dimurahkan rezeki.
Lubang untuk menanam tembuni perlu digali pada waktu
siang. Lubang sedalam kurang dua kaki digali berdekatan
dengan tiang seri lebih kurang dua kaki. Apabila siap menggali,
penggali (alat) mesti ditinggalkan di dalam lubang tersebut
sehingga istiadat menanam tembuni dijalankan. Tiang seri
merupakan tiang pertama ditegakkan ketika membina rumah.
Oleh itu, penanaman tembuni berdekatan dengan tiang seri
membawa maksud agar anak tersebut menjadi orang yang
bertanggungjawab dan ketua keluarga yang baik. Selain itu,
dipercayai anak tetap pulang ke rumah, walaupun merantau jauh.
Proses menanam tembuni dilakukan oleh lelaki yang dipilih
secara berhati-hati. Menurut kepercayaan mereka, segala
perangai dan gerak-geri penanam tembuni akan menjadi ikutan
anak tersebut, sama ada secara langsung atau tidak. Penanaman
tembuni biasanya dilakukan selepas Maghrib oleh dua orang
lelaki. Selain penanam tembuni, seorang pemegang lampu suluh
diperlukan. Ketika menuju ke tempat penanaman, mereka
dilarang bercakap dan penanam tembuni mesti meluruskan
pandangan dan tidak dibenarkan menoleh ke kiri atau kanan,
mendongak atau menunduk. Tembuni ditanam secara terbalik
(penutup ke bawah) supaya tembuni cepat diresapi tanah dan
hancur. Selepas selesai, orang yang memegang lampu
(pembantu) akan menimbus tembuni dengan tanah dan
memadatkannya, sementara penanam tembuni naik ke rumah.
Apabila tembuni sudah siap dikambus dan pembantu naik ke
rumah, keluarga tersebut menyediakan juadah seperti kuih-muih
dan kopi. Keluarga tersebut juga meminta penanam tembuni
membaca doa selamat dan kesyukuran sebelum menikmati
juadah.
Adat Resam Selepas Kelahiran
132

Bab 7

Apabila bayi selamat dilahirkan, ayah bayi tersebut akan


menggantung beberapa biji limau, daun pandan dan duri limau di
bawah kolong rumah tempat tidur ibu dan bayi untuk
mengelakkan gangguan makhluk halus. Dia juga membuat
panaranga dan mengambil kayu api secukupnya untuk tempoh
40 hari. Biasanya, kayu api yang digunakan ialah kayu ara untuk
menghindarkan ibu daripada penyakit rukat dan tempurung
kelapa bagi mempertahankan ibu daripada serangan ulapid.
Ulapid merupakan kesejukan melampau yang dirasai ibu setelah
tersentuh air sejuk atau benda yang sejuk atau kadangkala tanpa
sebab-musabah yang diketahui. Panaranga dibuat berhampiran
tempat tidur ibu dan bayi untuk kemudahan ibu memanaskan
badan selepas mandi dan berfungsi untuk mengeringkan darah
nifas.
Penjagaan Tali Pusat
Tali pusat yang telah dipotong sewaktu lahir diikat erat dengan
benang hitam. Tali pusat itu disapu dengan abu setiap kali
selepas bayi dimandikan untuk menyembuhkannya dan supaya
bahagian hujung yang diikat itu tertanggal. Pada masa tiga hari
hingga dua minggu, tali pusat beransur-ansur sembuh dan
keratan yang lain tertanggal dengan sendirinya. Sebaik-baik
sahaja tali pusat tertanggal, serbuk tempurung dan emas
disapukan ke pusat bayi untuk memastikan pusat itu terus kering
dan cepat sembuh. Pada hari-hari berikutnya, pusat bayi
ditekapkan dengan daun sirih yang dilayur dengan api pelita.
Penggunaan sirih, serbuk tempurung dan emas untuk
penyembuhan sebenarnya mempunyai erti yang tersirat. Sirih
ialah lambang ketaatan kerana ciri-ciri fizikalnya yang terus
menjunjung ke junjungannya. Tempurung menjadi simbol
kesatuan kerana bentuknya yang bulat serta dapat menampung
sekali gus air dan isi kelapa. Emas ialah logam yang dipandang
mulia dalam kehidupan. Orang tua-tua mempercayai dengan
berbuat demikian, kehidupan bayi pada masa hadapan menjadi
lebih cerah. Mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi dan
menjadi ketua yang baik serta ditaati masyarakat.
Tali pusat yang tertanggal itu dimasukkan ke dalam sejenis
ketupat yang dinamakan piusu a pused dan digantung di buaian
133

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

bayi. Hal ini untuk mengelakkan bayi meragam atau menangis


tanpa sebab tertentu. Keratan pusat itu juga dipercayai dapat
menjauhkan bayi daripada penyakit lelah atau asma. Namun, jika
bayi mendapat penyakit lelah, keratan tali pusat itu boleh
menjadi penawar dengan cara merendamkannya ke dalam air
dan diberikan kepada bayi untuk diminum.
Selain tali pusat bayi yang baharu lahir, tali pusat saudara
kandungnya juga sebenarnya turut dimasukkan ke dalam bekas
yang sama. Menurut kepercayaan orang tua-tua, dengan berbuat
demikian, hubungan persaudaraan antara adik-beradik tetap erat
dan murni. Ibu memberikan tanda pada setiap tali pusat untuk
mengenali pemiliknya dalam pelbagai cara seperti mengikatnya.
Penjagaan Bayi
Penjagaan bayi amat dititikberatkan dalam masyarakat Iranun.
Pandai atau orang tua-tua akan "membentuk kembali" bayi
tersebut. Setiap kali dimandikan, mereka memegang kedua-dua
belah tangan bayi dan menariknya ke atas untuk memastikan
tulangnya sentiasa kuat. Mereka meluruskan kaki bayi agar
kakinya tidak pengkar. Masyarakat Iranun juga memastikan
posisi bayi ketika berbaring kerana ditakuti belakang kepalanya
menjadi lugung, iaitu bahagian belakang kepala menonjol keluar.
Belakang kepala yang digemari berbentuk lempid, yakni
bentuknya yang sempurna. Dahi taruntung atau dahi menonjol
tidak digemari, sebaliknya dahi yang biasa menjadi pilihan.
Orang tua-tua amat cerewet dalam hal ini, malah sanggup
berjaga malam sekadar untuk menjaga posisi tidur bayi tersebut.
Saudara-mara yang mahu melawat bayi pula mesti mematuhi
adat resam yang telah diamalkan sejak sekian lama. Mereka akan
berhenti di hadapan pintu dan mengucapkan perkataan sirubsirub sebelum masuk. Ketika mahu meninggalkan rumah,
mereka akan menyelitkan wang pada tangan bayi sebagai
hadiah. Bagi memastikan bayi tidak terkejut dan terperanjat
ketika tidur (keadaan ini dipercayai penyebab penyakit sawan),
ibu akan membedung anak dengan kain dan dililit kemas.
Membedung bertujuan menjaga bentuk pinggang dan perut bayi.
Selain itu, setiap kali bayi bersin, ibu atau sesiapa sahaja yang
mendukung bayi akan menyebut beberapa perkataan sehingga
134

Bab 7

bersin terhenti. Perkataan itu seakan-akan menjadi doa kepada


anak tersebut, contohnya:
BERSIN
Kali pertama
Kali kedua
Kali ketiga
Kali keempat
Kali kelima
Kali keenam
Kali ketujuh
Kali kelapan
Kali kesembilan

UCAPAN
Dup
Salamat
Panjang umur
Palantig
Panyakit
Ka masrik
Ka magrib
Ka tapaksina
Ka badaksina

MAKSUD SEBENAR
Hidup
Selamat
Panjang umur
(Ter)pelanting
Penyakit
Ke masyrik (timur)
Ke maghrib (barat)
Ke paksina (utara)
Ke daksina (selatan)

Secara ringkasnya, ungkapan-ungkapan tersebut jika


digabungkan berbunyi begini: "Hidup selamat dan dipanjangkan
umur. Terpelanting segala penyakit hingga masyrik, ke maghrib,
ke paksina dan ke daksina". Orang tua-tua beranggapan penyakit
yang berada dalam tubuh badan bayi keluar melalui bersin.
Ungkapan-ungkapan tersebut juga merupakan doa agar bayi
dijauhkan daripada penyakit.
Apabila bayi dibawa ke rumah saudara-mara selepas tempoh
pantang (sejak dia lahir sehingga suatu tempoh yang difikirkan
perlu kadang-kadang hingga berbulan-bulan lamanya), tuan
rumah yang dikunjunginya digalakkan memberikan hadiah
kepada bayi supaya makatu anak itu tidak berkecil hati.
Kegagalan memberikan hadiah berkemungkinan membuatkan
bayi menangis tidak berhenti-henti apabila sampai di rumah,
sehingga dia diberi hadiah oleh tuan rumah yang dikunjunginya
itu. Sebenarnya, pemberian hadiah kepada bayi merupakan satu
cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang baharu yang
menjadi ahli keluarga. Dengan cara ini juga, secara psikologinya
bayi tersebut dan keluarga tuan rumah saling menghargai apabila
anak tersebut dewasa.
Seterusnya, bayi dilarang bermain dengan daun sirih kerana
bimbang bayi memakannya. Menurut kepercayaan orang tuatua, bayi yang termakan daun sirih akan memakan najisnya
sendiri. Sekiranya berlaku perkara tersebut, bayi mesti "dijual"
kepada bapa atau ibu saudaranya atau ahli keluarga yang lebih
135

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

tua. Penjualan itu bermaksud, bayi tersebut mesti dibawa


kepada salah seorang ahli keluarganya (contohnya bapa
saudara), kemudian diberitahu anak tersebut telah memakan
najisnya sendiri, lalu ibu bapanya mahu "menjual" anak itu
kepadanya. "Pembeli" memberikan paras berupa sepohon kelapa
atau sebiji buah kelapa tua atau haiwan ternakan seperti ayam
dan jika berkemampuan "pembelinya" akan memberikan sedikit
duit.
"Pembeli" mendukung bayi yang menjadi anaknya dan
menunjukkan paras tersebut sebagai tanda telah membelinya
sambil berkata, kua'angkan a niug anak, piamasa kun seka.
Pokok kelapa yang ditunjukkan itu menjadi milik mutlak bayi itu
seumur hidup. Setelah proses "jual beli", anak tersebut dibawa
pulang. Menurut kepercayaan, jika anak yang termakan najisnya
tidak menjalani adat ini, anak tersebut dipercayai menjadi bebal,
pendek akal dan mudah diperdaya.
Seterusnya, apabila anak tersebut didapati mirip atau
menyerupai seseorang, khususnya ahli keluarganya yang
terdekat seperti datuk, nenek atau bapa saudaranya, adat
"menjual anak" turut dilakukan. Ibu bayi ini akan menyatakan
persamaan tersebut kepada orang yang berkenaan dan
memintanya supaya "membeli" rupa anaknya. Orang yang
didakwa mirip dengan bayi atau anak kecil itu tidak akan
teragak-agak memberikan paras berupa sepohon kelapa atau
haiwan ternakan, kemudian secara lisan dinyatakan kepada anak
tersebut rupanya telah dibeli dan mendoakan agar anak itu sihat
dan panjang umur. Paras tersebut menjadi milik bayi tersebut
sepanjang hayatnya. Sekiranya istiadat itu diabaikan, dipercayai
salah seorang daripada mereka tidak panjang umur Adat ini
dikenali sebagai bpas a sa wata.
Lazimnya, kita mengeluarkan zakat harta (haiwan ternakan,
biji-bijian dan barang kemas) dan zakat fitrah yang diwajibkan
dalam agama Islam. Zakat harta dikeluarkan sekiranya telah
cukup nisab, sementara zakat fitrah hukumnya wajib dan
dikeluarkan setahun sekali hanya pada bulan Ramadan hingga
sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri. Dalam
masyarakat Iranun, wujud sejenis zakat yang dikenali sebagai
diakat a wata, iaitu zakat anak. Zakat ini diberikan oleh
136

Bab 7

sepasang suami isteri yang mempunyai lebih daripada sembilan


orang anak. Salah seorang daripada mereka dipilih untuk
dijadikan zakat. Ibu bapanya akan "menzakatkan" anak itu
kepada orang lain yang diketahui patuh kepada agama dan
beramal soleh. Orang yang diberi zakat akan menerimanya
dengan perasaan gembira dan mengajak anak tersebut tinggal
bersama-samanya, atau sekurang-kurangnya menjenguk keluarga
baharunya. Anak itu juga diberi kebebasan untuk tinggal dengan
orang tuanya atau keluarga baharunya. Keluarga baharunya akan
memberi didikan sempurna, terutama dalam aspek keagamaan,
malah turut mendapat bahagian harta pusaka sekiranya ibu bapa
baharunya meninggal dunia.
Orang tua-tua suku kaum Iranun percaya "zakat" manusia
yang diberi ini dapat melindungi keluarga daripada seksaan api
neraka. Adat ini bermaksud "menempatkan" anak di rumah
keluarga ayahnya atau keluarga ibunya. Anak ini ditempatkan di
sini disebabkan kenakalannya ketika di rumah seperti sering
membuli adik-adiknya, atau disebabkan perbuatan lain yang
dianggap serius, pemalas atau pun dihantar untuk berguru
(mengaji dan ibadah-ibadah lainnya). Anak yang diberi
penempatan baharu ini dijaga dan dididik oleh bapa angkatnya
tanpa berbelah bahagi. Mereka diingatkan supaya tidak
mengingkari suruhan ayah angkatnya apabila tinggal bersamasama keluarga baharu ini. Adat ini dikenali sebagai Bpasa sa
wata', diakat a wata dan dtadin sa wata'. Adat ini berkait rapat
dengan amalan persaudaraan antara mereka. Ketiga-tiga adat ini
memungkinkan anak-anak tersebut lebih mengenali keluarga dan
kerabatnya secara rapat. Anak tersebut tidak digalakkan
berkahwin dengan anak keluarga angkatnya.
Selain itu, sekiranya seseorang anak menghidap penyakit yang
sukar sembuh, walaupun telah dibawa berjumpa dengan
beberapa orang tabib, jalan terakhir yang dipilih oleh ibu bapa
ketika membawa anak itu kepada tabib yang terakhir adalah
dengan memohon supaya tabib itu menolong mereka
menyembuhkan anak mereka. Mereka akan berkata sambil
berikrar seperti Bulung ingka dan rekami a wata'ami aya. Pun
makapia igkidia' ka, ibegai ami den reka a wata' dunia' akhirat.
da' dsangka' reka (Tolonglah ubati anak kami ini. Jika sembuh
137

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

olehmu, kami berikan sebagai anak dunia akhirat. Tidak ada


yang dapat menghalangnya).
Tabib yang berasa simpati dan memahami kesulitan ibu bapa
anak tersebut, akan berkata, Di' aku matau mamulung, na dapai
mautu ilaien ta. Ya matau su miangaden' san ta dsangu (Saya
tidak mengubat, tetapi bagaimanapun, kita lihat. Yang pandai
ialah Yang Berkuasa. Kepada-Nya kita memohon). Setelah
sembuh, anak itu digalakkan untuk mengunjungi tabib tersebut
dan menolongnya membuat kerja-kerja rumah atau apa-apa
kerja. Anak tersebut juga digalakkan untuk memanggil ama'
(ayah) atau ina' (ibu) kepada tabib tersebut, malah tabib akan
menurunkan ilmunya kepada anak itu. Adat ini dikenali sebagai
imbegai a wata.
Pantang Larang kepada Bayi
Pantang larang kepada bayi bertujuan mengelakkan bayi
mendapat penyakit dan meragam. Antara pantang larang tersebut
termasuklah larangan memakaikan baju kepada bayi pada waktu
malam kerana dipercayai jika kesihatan bayi tersebut terganggu,
bayi akan sukar diubati. Dilarang membawa bayi turun ke tanah
pada waktu malam atau pada awal subuh kerana dikhuatiri bayi
diganggu oleh makhluk halus dan ini menyebabkan bayi ditimpa
penyakit. Seterusnya, dilarang sesiapa pun mencium bayi di luar
rumah atau sewaktu dalam perjalanan kerana dikhuatiri makhluk
halus turut menyentuh dan mengganggu bayi tersebut, lalu
menyebabkan bayi menangis tanpa henti. Bayi juga dilarang
menyentuh tapak kaki kanak-kanak yang belum pandai berjalan
di tanah kerana ditakuti syaitan menjilat jejaknya dan
menyebabkannya sakit.
Selain itu, dilarang membotakkan kepala bayi di bahagian
ubun-ubun kerana bimbang semangat bayi jauh hati daripada ibu
bapanya. Dilarang juga menyusukan anak tanpa gatas (susu ibu
yang sudah kering). Hal ini dikhuatiri apabila dewasa anak ini
menjadi pembohong. Dilarang mendukung anak di belakang jika
giginya belum tumbuh sempurna kerana bimbang pertumbuhan
giginya tidak teratur dan bertindih-tindih. Selain itu, ditakuti
anak tersebut tidak dapat menilai sesuatu yang baik atau buruk
apabila dewasa. Dilarang meletakkan bayi di ruang tamu dalam
138

Bab 7

keadaan terbuka kerana dikhuatiri terkena timbau-timbau, iaitu


bayi menangis terus-menerus apabila seseorang masuk ke dalam
rumah itu secara tiba-tiba. Seterusnya, anak kecil perlu
dielakkan termakan daun sirih kerana dikhuatiri akan memakan
najisnya sendiri.
ADAT PERKAHWINAN DAN TATACARA DALAM
KEBUDAYAAN IRANUN
Perkahwinan dalam masyarakat Iranun tidak terpisah daripada
adat dan pelbagai proses yang perlu diikuti. Adat resam yang
menjadi ikutan sejak zaman berzaman adalah seperti
Bpanunuriman sa tig, Dsandig sa pagalungan, Bpagidsa idsa,
Bpamalad, Bpamakasabut/bpamakatukau, Ndulug Sa Surungan
dan Mbedak (Malam Berinai).
Bpanunuriman Sa Tig
Proses ini bermakna "mempersembahkan sesuatu hal yang
sangat penting dengan teliti dan berhati-hati." Jika seseorang
lelaki berkenan dengan seorang wanita dan ingin melamarnya,
lelaki tersebut akan memaklumkan hal ini kepada ibu bapanya.
Setelah dipertimbangkan, ibu bapa lelaki menghantar seorang
wakil kepada ibu gadis tersebut. Wakil yang dipilih terdiri
daripada wanita dewasa dalam kalangan keluarga itu sendiri dan
boleh menyimpan rahsia, berdiplomasi dan dapat dipercayai.
Mereka membincangkan hal-hal berkenaan, terutama hasrat
untuk melamar gadis tersebut. Ibu gadis pula meminta tempoh
antara tiga hari hingga tujuh hari kerana perkara berkenaan mesti
dibincangkan dengan suaminya, atau wali gadis sekiranya
ayahnya sudah meninggal dunia. Sekiranya keluarga wanita
tersebut menolak hasrat keluarga lelaki, proses atau adat ini
terhenti setakat di sini sahaja.
Dsandig Sa Pagalungan
Sekiranya keluarga wanita menerima hasrat keluarga lelaki,
maka keluarga lelaki akan menghantar wakil untuk dsandig sa
pagalungan. Dua orang hingga tiga orang lelaki dewasa akan
berkunjung ke rumah keluarga wanita dengan diketuai seorang
jurubicara yang dipilih oleh keluarga lelaki. Dalam sesetengah
139

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

keadaan, ketika ini juga kedua-kedua belah keluarga berbincang


tentang berian dan belanja yang perlu dibawa semasa proses
bpagidsa idsa dan menentukan tarikh bpagidsa idsa.
Bpagidsa Idsa
Ahli keluarga wanita dan lelaki yang jauh dan dekat akan datang
meraikan majlis ini. Ahli keluarga lelaki berkumpul seawal
pukul 12.00 tengah hari. Majlis bpagidsa idsa lazimnya
dijalankan selepas Zuhur atau pada pukul 2.00 petang.
Perbincangan antara kedua-dua belah pihak yang diwakili
jurubicara masing-masing memakan masa yang agak lama dalam
hal berkaitan berian, betang dan surungan. Betang (berian) ialah
wang belanja atau barang keperluan yang diminta oleh keluarga
wanita berkait dengan adatnya untuk majlis perkahwinan kelak
dan surungan pula ialah belanja yang berupa haiwan peliharaan
seperti kerbau atau lembu. Kadangkala, terdapat ahli keluarga
wanita membuat permintaan untuk dijadikan uluan a betang
seperti haiwan peliharaan, iaitu kuda, senjata seperti sundang
(sejenis pedang), atau senjata api seperti lutang (meriam atau
lela). Antara adat lain yang turut dibincangkan (dan perlu
dibayar oleh pihak lelaki) termasuklah Getas Sa Rirai
(penyelesai kekusutan), iaitu adat bagi orang-orang besar yang
membicarakan adat yang mungkin berbangkit ketika majlis
berlangsung. Benga (buka mulut), iaitu adat bagi pemegang
bicara keluarga wanita dan lelaki. Karamai-ramaian (hadirin)
berkaitan adat bagi hadirin yang meramaikan majlis. Lemba
(hiasan dan aksesori), adat bagi juruhias rumah serta Barandia
Dapur (belanja dapur) adat bagi tukang masak dan bahagian
sajian.
Sekiranya wanita tersebut berketurunan bangsawan (Datu)
dan lelaki pula orang biasa, maka pihak lelaki perlu membayar
adat tambahan seperti Bpagayanan (kerusi kebesaran).
Bpagayanan dibayar kerana melalui perkahwinan, lelaki tersebut
dianggap setaraf dengan wanita. Bpagerangan (celaan), dibayar
supaya masyarakat sekeliling tidak lagi memperkecil lelaki yang
beristerikan wanita bangsawan. Sayat Sa Rending (menyingkap
tabir) yang dibayar supaya lelaki dapat menyingkap tabir
pelamin yang melindungi wanita. Sakat Sa Panggau (menaiki
140

Bab 7

peraduan atau katil) pula dibayar supaya lelaki dapat duduk


bersama-sama wanita di atas peraduan yang dijadikan pelamin
untuk bersanding dan Bpagupauan (mencukur rambut). Rambut
lelaki digunting sedikit menandakan lelaki telah diterima
menjadi keturunan wanita. Adat-adat ini dengan sendirinya
diwarisi anak pasangan ini kelak.
Pada zaman dahulu, para pemegang bicara kedua-dua belah
pihak berbalas-balas bayuk. Bayuk merupakan puisi tradisional
unggul dalam keluarga masyarakat Iranun yang boleh dilagukan.
Contohnya puisi daripada Hj. Shaiddin Mohd Hashim yang
direkodkannya daripada Allahyarham Hj. Ahmad Duraman:
Ambayanan ku indan ku darepa miniurud
kalangun niuntanan miasangkai a gerar
si da masangkai a gerar.
Datu a panandiungan bai a gindulungan
ya bu di ku rimpas, idsan ku bu a rawa
dapai su kenal aken minimbalui di ku kenal.
(Kuhulurkan seribu kemaafan kepada seisi majlis
serta hadirin yang ada kepada para pembesar
dan marhaen.)
(Datu yang disanjungi dan para bai yang dihormati
kalianlah yang aku ingati, kepada sesama darjatku
walau aku mengenalinya aku tidak menghiraukannya.)
Bpamalad
Bpamalad disebut juga sebagai bpanurung atau mbatun sa
tamuk. Wakil daripada keluarga lelaki yang terdiri daripada dua
atau tiga orang akan menghantar berian ke rumah keluarga
wanita. Berian ialah wang perbelanjaan perkahwinan yang
diminta oleh keluarga wanita dan telah dipersetujui keluarga
lelaki pada waktu majlis bpagidsa idsa yang lalu. Pada waktu ini
juga, kedua-dua belah pihak akan mbandu sa gawi atau
menentukan hari perkahwinan. Bagi mengadakan majlis
perkahwinan, sering dielakkan bulan Safar, Muharam dan
Ramadan, sementara bulan Zulkaedah dan Zulhijah menjadi
pilihan utama kerana dipercayai bulan ini mempunyai fadilat
yang tinggi. Bulan Safar dipercayai bulan yang tidak baik dan
141

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

boleh mendatangkan kecelakaan atau membawa malang,


sementara Muharam dielakkan bagi menghormati bulan
wafatnya Sayidina Hasan dan Sayidina Husin di Karbala dan
Ramadan bagi menghormati bulan puasa. Tarikh perkahwinan
diadakan antara lapan hari bulan hingga 14 hari bulan pada bulan
hijrah yang dipilih.
Bpamakasabut/ bpamakatukau
Pihak keluarga pengantin menghantar wakil untuk
memaklumkan dan seterusnya mengundang saudara, jiran dan
sesiapa sahaja yang berkenaan hadir ke majlis perkahwinan ini.
Setiap kampung mempunyai seorang wakil yang diberi
kepercayaan untuk melakukan tugas tersebut. Makluman dan
undangan dibuat seawal-awalnya sebulan atau selewat-lewatnya
dua minggu sebelum tarikh perkahwinan.
Ndulug Sa Surungan
Sehari sebelum majlis perkahwinan, keluarga lelaki akan
menghantar haiwan sembelihan atau surungan yang dipersetujui
kedua-dua belah pihak. Pada waktu ini juga, damak yang berupa
beras, sirih pinang atau barangan keperluan wanita seperti
sepasang pakaian dan kasut berserta nazar-nazar yang lain (jika
sudah dibincangkan sebelum ini) turut dihantar. Barang-barang
ini dihantar oleh dua atau tiga orang wakil dan diketuai
pemegang bicara. Pada hari ini juga, pihak wanita memacakkan
pasandalan (panji) di sepanjang jalan menuju ke rumah.
Pasandalan dibuat daripada kain yang berwarna hijau, kuning
atau merah dan berbentuk segi tiga. Pasandalan berfungsi
sebagai penunjuk arah ke rumah wanita, juga menunjukkan usia
wanita
(pengantin
perempuan).
Sekiranya
mempelai
berketurunan Datu, bendera Samber Layang dipacakkan di
hadapan rumah masing-masing. Samber Layang bagi pihak
lelaki bermotifkan kuda atau singa yang bermaksud tenaga,
simbol kelakian dan kuat berusaha. Samber Layang bagi pihak
perempuan bermotifkan bulan dan bintang yang bermakna
kelembutan, kecantikan dan kehalusan budi.
Mbedak (Malam Berinai)
142

Bab 7

Majlis mbedak diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan


dilangsungkan. Kedua-dua belah pihak mengadakan majlis
berasingan dan dihadiri para tetamu jauh dan dekat. Majlis ini
merupakan acara awal bagi sesebuah perkahwinan. Majlis
diadakan selepas solat Isyak. Bakal pengantin akan duduk di
pelamin yang ditutupi tirai. Bacaan berzanji dialunkan oleh para
tetamu daripada penggal satu hingga sebahagian penggal empat.
Apabila qasidah berzanji dinyanyikan dan para pembaca berzanji
berdiri, tabir akan dibuka untuk memberi peluang kepada para
tetamu menepung tawar pengantin. Beberapa acara lain pada
malam berkenaan turut dilangsungkan juga seperti gkulintang,
bpelunsai dan bpamiula untuk menghiburkan para tetamu yang
hadir dan bermalam di situ, selain para pekerja yang bertungkuslumus menyediakan juadah hingga keesokan harinya.

Gambar 7.1 Mbedak (Malam Berinai).

Gkaing (Hari Perkahwinan) Pihak Pengantin Lelaki


Pada pagi hari perkahwinan, para petugas yang biasanya terdiri
daripada ahli keluarga akan memastikan majlis berjalan lancar.
Pada sebelah pagi, permainan dsipa sa manggis atau sepak
manggis diadakan dan boleh disertai para tetamu yang hadir.
143

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Sambil menjamah hidangan, para tetamu berpeluang menonton


kecekapan pemain menyepak bola ke arah manggis yang telah
digantung sehari sebelum majlis.
Bagi pengantin lelaki berdarah bangsawan (Datu), usunan
disiapkan pada awal pagi sebagai kenderaannya menuju ke
rumah pengantin perempuan kelak. Sekiranya pengantin lelaki
berketurunan orang biasa, beliau akan menunggang kuda yang
penuh dengan perhiasan menuju ke rumah pengantin perempuan.
Selepas Zuhur merupakan masa yang sesuai bagi rombongan
pihak pengantin lelaki berangkat ke rumah pengantin
perempuan. Apabila tiba di rumah keluarga pengantin
perempuan, seorang atau dua orang ahli keluarga pengantin
lelaki mengangkat pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin
perempuan dan didudukkan pada suatu tempat yang khas
untuknya. Ahli keluarga pengantin perempuan dan lelaki yang
terdekat, Datu, pembesar, orang kenamaan dan orang yang
berpengaruh akan mengambil tempat duduk berdekatan dengan
tempat berlangsungnya pernikahan, selain pemegang bicara
kedua-dua belah pihak.
Setelah semuanya diselesaikan, maka majlis akad nikah
dilangsungkan. Wali pengantin perempuan akan mewakilkan
imam atau kadi untuk menikahkan anaknya. Imam atau kadi
melaungkan gkaing-kaing tanu (kita akan melangsungkan
pernikahan) sebanyak tiga kali dalam nada suara yang boleh
didengari hadirin yang berada di dalam rumah. Hadirin
menyambutnya dengan perkataan wai (ya) setiap kali jurunikah
melaung kata tersebut. Tujuan beliau berbuat demikian adalah
untuk menarik perhatian ahli keluarga yang datang agak lambat
dan supaya para hadirin menumpukan perhatian kepada acara
yang sangat penting tersebut. Selain itu, imam atau kadi ingin
memastikan tidak ada lagi adat istiadat yang perlu dirundingkan
atau terlepas pandang. Sekiranya tidak ada apa-apa persoalan,
maka pernikahan dijalankan.
Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki dipersilakan
menuju ke pelamin yang ditutup dengan tabir. Penjaga tabir
menyingkap tabir supaya pengantin lelaki dapat masuk. Setelah
proses tersebut, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin
dalam tempoh yang tertentu buat tatapan tetamu yang hadir.
144

Bab 7

Apabila majlis berakhir, para keluarga pengantin lelaki balik ke


rumah masing-masing. Namun, pengantin lelaki tidak
keseorangan di rumah pengantin perempuan kerana seorang atau
dua orang ahli keluarganya menemani pengantin lelaki selama
beberapa hari di rumah pengantin perempuan. Tujuannya supaya
pengantin lelaki tidak kekok semasa berada di rumah baharunya
atau jika memerlukan bantuan, ahli keluarga yang tinggal ini
dapat membantunya.
Bpangilai
Selepas tempoh bpagelii-lii (berpantang) selama tiga hari,
maka majlis bpangilai diadakan bagi pihak keluarga pengantin
lelaki. Keluarga pengantin lelaki datang dengan rombongan dan
diketuai seorang lelaki dewasa dan perempuan yang mempunyai
diplomasi yang tinggi. Bpangilai bererti "mencari", tetapi
dengan erti kata yang sebenarnya "mengambil". Ketua
rombongan meminta keizinan daripada pihak keluarga pengantin
perempuan untuk membawa pengantin pulang ke rumah
keluarga lelaki bagi tempoh tertentu untuk berkenal-kenalan
dengan ahli keluarga pengantin lelaki yang lain. Mereka juga
turut mengundang sama ibu bapa pengantin perempuan tinggal
di rumah keluarga lelaki selama tempoh bpagilai berlangsung.
Lazimnya, majlis kalilang atau temasya (gkulintang) diadakan
bagi meraikan keluarga pengantin perempuan dan pasangan
pengantin baharu itu.
Ndulug
Pada keesokan harinya, pihak keluarga pengantin lelaki akan
menghantar pasangan pengantin ini ke rumah keluarga pengantin
perempuan. Ibu pengantin lelaki memberikan dempas a liaupan
(tikar yang ditekat dengan pelbagai motif), bantal, bantal guling,
tudung saji, talam, pinggan mangkuk kepada anaknya.
Pemberian ini sebagai tanda pengantin lelaki telah memulai dan
melayari sebuah kehidupan baharu bersama-sama isterinya.
Secara ringkasnya, adat-adat dan tatacara membina sebuah
keluarga dalam masyarakat Iranun amat dititikberatkan hingga
kini. Namun begitu, ada sebahagiannya yang tidak diamalkan
lagi kerana perubahan zaman. Ada yang diubah kepada bentuk
145

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

lain seperti damak yang dahulu berupa sirih pinang telah ditukar
kepada bentuk hamper berupa makanan ringan. Yang agak
membimbangkan apabila generasi baharu melupakan adat
istiadat ini.

Gambar 7.2 Acara dsipa sa manggis (sepak manggis).

146

Bab 7

Gambar 7.3 Bpamiula (Gesekan biola).

Gambar 7.4 Pelamin.


147

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

Gambar 7.5 Majlis Bersanding.

ADAT KEMATIAN
Kematian merupakan peristiwa besar dalam masyarakat Iranun.
Apabila berlakunya kematian, berita kematian itu dihebahkan
dan diumumkan kepada orang ramai setelah anggota keluarga
terdekat diberitahu tentangnya. Pengumuman tentang berita
kematian dibuat melalui pukulan beduk atau dikenali sebagai
tabo dalam masyarakat Iranun. Walau bagaimanapun, bagi
golongan Datu dan Syarif, balu atau baluan, sejenis alat bunyibunyian seperti gong dan bebendir dipukul untuk membuat
pengumuman. Pengumuman dibuat untuk memberitahu orang
ramai ada kematian, memandikan jenazah dan hendak
menurunkannya dari rumah untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Sekiranya yang meninggal dunia ialah kanak-kanak, beduk
atau tabo' dipalu sebanyak tujuh kali, golongan remaja sebanyak
sembilan kali, manakala dewasa sebanyak 11 kali. Beduk atau
tabo' dipalu dengan rentak yang cepat untuk memberitahu orang
lain berita kematian. Bagi golongan Datu dan Syarif pula,
148

Bab 7

jumlah paluan adalah sama, yang membezakannya ialah alat


yang digunakan sama ada sebuah gong, bebendir atau gendang.
Adat Berziarah
Sebaik-baik sahaja menerima berita kematian, orang ramai akan
datang menziarahi rumah arwah. Mereka yang datang turut sama
membantu membuat persiapan seperti membuat usungan,
keranda, payung sebagai penanda kematian, membuat batu nisan
dan membantu kerja-kerja menggali kubur. Selain itu, mereka
akan memberikan sumbangan berbentuk wang, beras dan
barangan dapur. Ketika upacara memandikan jenazah, anggota
keluarga yang terdekat atau mereka yang mahir tentang cara
memandikan jenazah segera memandikan jenazah sebelum
dikapankan dan disembahyangkan.
Selepas disembahyangkan, jenazah segera dibawa ke tanah
perkuburan untuk dikebumikan. Namun sebelum itu, ahli
keluarga dan saudara-mara terdekat akan berjalan berulang-alik
di bawah usungan atau keranda. Seterusnya, jenazah dibawa ke
perkuburan dengan menggunakan usungan. Usungan dipayungi
sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan. Selain itu, payung
turut dibawa ke tanah perkuburan.
Upacara Pengebumian
Ketika jenazah hendak dikebumikan, beberapa ahli keluarga
turut sama menyambut jenazah untuk diturunkan ke liang lahad.
Setelah diletakkan dengan sempurna, ikatan kepala dibuka.
Kepala jenazah disendal dengan tanah yang dikepal-kepal dan
selepas diazankan, keranda ditutup dan ditimbunkan dengan
tanah. Selepas itu, batu nisan diletakkan dan seterusnya imam
kampung membaca talkin. Kemudian, air setanggi disiram di
atas kubur dan kelambu yang diperbuat daripada kain juga
dipasang sebagai memperingati arwah.
Payung (tanda kematian) juga dipacakkan di penjuru kubur
berkenaan. Jumlah lingkaran payung untuk membezakan
peringkat usia arwah. Bagi kanak-kanak lelaki, jumlah lingkaran
payung mestilah ganjil, iaitu satu dan tiga, manakala bagi
golongan remaja atau dewasa pula sebanyak lima, tujuh,
sembilan dan 11. Warna payung juga menunjukkan status arwah,
149

Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah

masyarakat biasa menggunakan warna putih, manakala hijau


untuk golongan Datu dan kuning untuk golongan Syarif.
Kenduri Arwah
Selepas upacara pengebumian, keluarga tersebut mengadakan
kenduri arwah dan berkabung selama tujuh hari. Setiap pagi dan
malam, diadakan kenduri arwah yang dinamakan dalimakan.
Beberapa orang lelaki Iranun yang berpengalaman dalam agama
akan dipanggil ke rumah arwah untuk majlis tahlil. Pada hari
ketujuh selepas jenazah dikebumikan, diadakan majlis kenduri
yang dinamakan kenduri pitu gawi. Majlis kenduri ini lebih
besar kerana melibatkan lebih banyak orang yang dijemput
untuk membacakan doa dan majlis tahlil. Ahli keluarga juga
mengadakan kenduri pada hari ke-21, hari ke-40, hari ke-100
yang disebut gatusan, kenduri Ttemegan yang diadakan setelah
genap setahun arwah meninggal dunia dan pagaruwah atau
kenduri arwah yang diadakan setiap kali menjelang Hari Raya
Aidilfitri.
Adat Menunggu di Kuburan
Selepas upacara pengebumian, beberapa anggota keluarga akan
menunggu di kubur selama tujuh hari bagi golongan biasa dan
40 hari ataupun sekurang-kurangnya 21 hari bagi golongan Datu
dan Syarif. Amalan ini dilakukan untuk mengelakkan gangguan
makhluk halus atau binatang buas kerana pada masa dahulu,
kebanyakan tanah perkuburan terletak di pinggir kampung dan
jauh dari perkampungan.
Adat Berjaga
Sepanjang tempoh tujuh hari berkabung, keluarga arwah dari
jauh dan dekat serta jiran sekampung berkumpul di rumah arwah
untuk menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga ini. Biasanya,
mereka menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk
sepanjang tempoh tujuh hari atau sekurang-kurangnya
membacakan Yasin. Di dalam rumah terdapat satu tempat yang
dikhususkan dan diletakkan tikar, tilam serta bantal untuk
memperingati arwah dan tempat ini disebut bangkai-bangkaian.
Bacaan tahlil dan al-Quran dibuat menghadap bangkai150

Bab 7

bangkaian dan upacara ini dikenali sebagai pangadi sa bangkaibangkaian. Selain itu, bangkai-bangkaian dibuat sebagai
pemberitahuan bahawa keluarga itu baharu sahaja ditimpa
musibah dan sedang berkabung. Pakaian dan cermin muka
diletakkan di tempat tidur tersebut secara menegak. Menurut
mitos suku kaum Iranun, cermin muka tersebut bertujuan
mengelakkan gangguan syaitan (bal-bal) yang datang. Biasanya,
selepas 10 hari, barangan berupa pakaian yang diletakkan di tepi
bangkai-bangkaian disedekahkan kepada orang yang
memandikan dan mengapankan jenazah.
Sekiranya berlaku kematian di sesebuah kampung, anggota
masyarakat di kampung tersebut tidak dibenarkan mengadakan
majlis keramaian atau kalilang. Namun, kebenaran boleh
diminta daripada keluarga arwah jika terdapat majlis keramaian
yang tidak dapat dielakkan seperti majlis perkahwinan.
KESIMPULAN
Masyarakat Iranun ialah masyarakat yang amat mementingkan
adat tradisional dan budaya mereka. Walau bagaimanapun, jika
tidak ada usaha pelestarian adat tradisional yang diamalkan oleh
mereka sejak turun-temurun, besar kemungkinan amalan budaya
yang luhur dan murni dikhuatiri akan pupus. Adat tradisional
yang mempunyai nilai-nilai yang luhur dan murni wajar
dilestarikan dan dipulihara. Tanpa memelihara adat tradisional
dan budaya, masyarakat Iranun mungkin kehilangan identiti dan
jati diri mereka.

151

BIODATA PENULIS

Radik Taim
Radik Taim dilahirkan di Tuaran, Sabah pada 1 November 1967. Beliau
menjawat jawatan wartawan penyiaran di bahagian Berita dan Ehwal
Semasa Radio dan Televisyen RTM Kota Kinabalu Sabah sejak 1 Mei
2011 selepas berkhidmat sebagai Pengelola Siaran Bahasa Bajau di
Siaran Pelbagai Bahasa (kini dikenali Sabah Vfm).
Beliau mendapat kepercayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Cawangan Sabah sebagai pengerusi dan penyelidik bahasa sukuan
sabah (Bajau Sama), menerbitkan Rancangan Budaya Bajau, Cerpen
Bajau, asal usul kampung serta pantang larang dalam Masyarakat Bajau
Sama yang semuanya disiarkan melalui Siaran Bahasa Bajau (Radio
Malaysia Sabah vfm).

152

Rita Lasimbang
Puan Rita Lasimbang ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kadazandusun
Language Foundation (KLF) sejak tahun 1996 hingga kini. Sebelum
itu, beliau bertugas sebagai kurator di Muzium Sabah. Beliau telah
memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Botani dari
Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Sarjana dalam bidang Linguistik
dari University of Texas di Arlington, USA.
Beliau telah berkhidmat sebagai konsultan linguistik dalam
penyusunan dan penyediaan Kamus Kadazan Dusun Malay
English, dan Kamus Timugon Murut Malay. Beliau telah lama
melibatkan diri dalam usaha mempromosi dan memelihara budaya dan
bahasa ibunda orang asal, selain mengendalikan bengkel latihan,
memberikan ceramah dan menyelia serta menulis tentang bidangbidang tersebut.

153

Biodata

Siti Aidah Hj. Lokin


Hjh. Siti Aidah Hj. Lokin memiliki Sarjana dalam bidang Sejarah dan
bertugas sebagai pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah.
Antara terbitan hasil penyelidikannya termasuklah Sejarah dan
Sosiobudaya Masyarakat Peribumi Sabah. Beliau juga menulis buku
Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi
Sabah (1881-1963), diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Universiti
Malaysia Sabah, di samping menulis pelbagai artikel yang berkaitan
dengan Sosiobudaya Masyarakat Bisaya. Beliau juga membentangkan
kertas kerja dalam pelbagai seminar pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Selain itu, beliau pernah memenangi Hadiah Sastera
Sabah 1998/99 (Puisi) dan 2004/2005 (Esei dan Kritikan).

154

Biodata

Raymond Majumah
Raymond Majumah atau Azlan Shafie Abdullah yang lebih dikenali
dengan nama pena Raymond Majumah merupakan pendidik yang
bertugas di SMK Matunggong, Kudat. Beliau dilahirkan pada 26
September 1968, berkelulusan Sarjana Sastera (Seni Kreatif). Kini,
beliau sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah secara penyelidikan
di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sastera tradisional.
Sebagai pendidik, beliau juga ditugaskan sebagai Ketua Bidang
(Kemanusiaan), Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu, guru subjek
Kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Geografi.
Beliau juga dilantik sebagai jurulatih budaya dan bahasa, khususnya
dalam tarian, pantun, drama, deklamasi puisi dan jurulatih
Perkampungan Penulis Muda Negeri Sabah. Antara hasil tulisannya
yang telah diterbitkan termasuklah Kumpulan Cerpen Selamat Tinggal
Sabah (2003), Kumpulan Puisi Terbang Tinggi Nun Jauh (2003),
Kumpulan Cerita Rakyat, Sejarah dan Esei Sastera: Momogun Rungus
Borneo Utara Warisan Sastera dan Budaya Sabah, Kumpulan Puisi
Romantik Percik Ilusi, Kumpulan Cerpen Tulisan Bayu dan Keikhlasan
Kecil di Desa Terpencil. Dalam memartabatkan sastera etnik Rungus,
beliau merupakan Setiausaha Jaringan Penulis Bahasa Rungus
(UMBR).

155

Biodata

Abd. Naddin Hj. Shaiddin


Abd. Naddin Hj. Shaiddin dilahirkan di Kota Belud, Sabah pada 16
Mac 1968. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di Kota
Belud, pernah bertugas di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) 1988 1989, Haykal Associates (1990 1992), Dewan
Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (1992 1994) dan kemudian
bertugas sebagai wartawan di Utusan Borneo sejak 1994.
Beliau meminati sastera dan kini merupakan Ketua Dua Ikatan
Penulis Sabah (IPS). Beliau juga merupakan mantan Ketua Penerangan
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Sabah,
Ketua
Penerangan Badan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI), Penyelidik
bahasa sukuan.
Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Penyelidik Bahasa Sukuan
DBP Sabah/Sarawak sejak 1988 hingga kini. Sebagai Ahli Pertubuhan
Islam Seluruh Sabah (USIA), beliau pernah berkhidmat sebagai
Pegawai Seranta Ibu Pejabat USIA bermula Disember 1996 31
Disember 2004, Pegawai Penerbitan 1 Februari 2009 hingga kini.
Selain itu, beliau juga aktif menulis di pelbagai media dan surat khabar
di Malaysia dan Brunei. Ahli Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan
Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Editor Majalah Umpia
(BKI), Warkah Sejarah (PSMCS) dan Editor Bersekutu Majalah Etnik
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Selain itu, beliau pernah
menjadi editor majalah Komposisi (IPS) dan Buletin USIA 1996 2004,
Risalah USIA 2009 hingga kini.

156

LAMPIRAN

Senarai Responden
Bab 2
Cik Juliah binti Haji Amilasan, Penyelia siaran Bahasa Bajau
Pantai Timur (Semporna) RTM Kota Kinabalu.
Puan Hajah Junah binti Mad, Penduduk Kampung Nongkolud,
Tuaran, Pengamal Pakaian Tradisi dan Kebudayaan Bajau Sama.
Hj. Juin bin Dulminin, Kampung Giling, Tuaran.
Mat bin Ahmad, Pengerusi JKKK, Kampung
Tuaran.

Nongkolud,

Taim bin Tu, bekas Ketua Kampung Nongkolud, Tuaran. ( 19781986)


Sudin bin Madin, bekas Ketua Kampung Lok Kawi Baru,
Putatan .( 1978-1994)
Fandey Hj.Jaliun, penduduk Kampung .Siasai, Kota Belud.
Puan Asrah Ibrahim berasal dari Kampung Lok Kawi Baru,
Putatan.
Puan Halimah binti Atus berasal dari Kampung Pengalat Besar
Papar.
158

Bab 3
Puan Rosina Sogondu dilahirkan pada 22 Disember 1937, di
Kampung Nampasan, Penampang. Beliau mempelajari adat
resam dan pantang larang suku Kadazan daripada ibu bapanya.
Arwah ibu beliau merupakan seorang pakar dalam ubat-ubatan
tradisional yang menggunakan tumbuh-tumbuhan dan bidan
kampung. Beliau juga mempelajari adat resam dan pantang
larang suku Kadazan daripada emak saudaranya yang
merupakan ketua bobohizan (bohungkitas) daripada sektor
Kadazan dan juga daripada emak saudara dan bapa saudaranya
yang lain.
Bab 5
Encik Angkul bin Tarin, Kg. Kerukan, Kuala Penyu.
Encik Edeh Abdul Rahman, Kg. Takuli, Beaufort.
Puan Hjh. Sapor bte Abdul Kahar, Kg. Gadong, Beaufort.
Puan Salmiah bte Lingkar, Kg. Kerukan Kuala Penyu.
Puan Samsiah bte Hj. Matahir, Kg. Gadong, Beaufort.
Tuan Hj. Lokin bin Usop, Kg. Gadong, Beaufort.
Bab 6
Puan Saedah binti Moi, dari Kampung Limbak Darat, Banggi.
Encik Ahun bin Sua, dari Kampung Sabur, Banggi.
Bab 7
Hjh. Katianah binti Mantar, Kg. Tamau, Kota Belud.
Hjh. Telak binti Mensu, Kg. Penampang, Kota Belud.
Hjh. Ayuh binti Etok, Kg. Tamau, Kota Belud.
Hjh. Asfiah Hj Samad, Kg. Tawadakan, Kota Belud.
Puan Rosnang binti Indangan, Kg. Tamau, Kota Belud.

159

GLOSARI

agu kata panggilan untuk menantu perempuan.


ama yuai kata panggilan menantu perempuan kepada bapa mentua.
ama yudun kata panggilan menantu lelaki kepada bapa mentua.
ambuyat makanan tradisional Bisaya yang dibuat daripada sagu
rumbia.
anan, piamasa jun seka (daripada ibumu).
angin ba' sejenis penyakit yang disebabkan oleh angin. Penyakit lain
yang berkaitan ialah angin timbalun dan angin kasadiaan.
ba' angin timbalun dan angin kasadiaan.
badaup nyanyian tradisional Bisaya.
bakayawa sejenis buluh yang tumbuh di lereng-lereng bukit; buluh
perindu.
balu-balu bunyi gong untuk mengumumkan kematian.
bangkai-bangkaian 1. tilam atau tempat tidur si mati yang diletakkan
pakaiannya dan dibiarkan terhampar hingga selesai pelaksanaan
adat kematian. (Suku Bisaya). 2. tempat tidur berserta pakaian dan
barang milik peribadi si mati untuk memperingati si mati. (Suku
Bajau Sama).
bapapat adat bergunting rambut yang biasanya dilakukan selepas
kelahiran bayi, tetapi boleh juga dilaksanakan sama ada pada
peringkat bayi, kanak-kanak atau dewasa, khususnya ketika
seseorang anak hendak berkahwin.
baranyut rentak irama kulintangan tradisional Bisaya.
barira sejenis peralatan tenun.
basaliban berbalas-balas pantun.
baung tempurung kelapa yang dilubangkan sebesar penyeluk tangan di
bahagian atasnya. Isi kelapa akan dikukur dengan sudu secara
berhati-hati.
160

betitik permainan alat muzik tradisional Bajau Sama.


bialung kata panggilan untuk ipar yang berlainan jantina.
bpagagud adat melenggang perut.
bpagayug tabiat kanak-kanak yang mengeluarkan air liur di luar
kawalannya.
bpamakatukau/ bpamakasabut memaklumkan sanak saudara, kenalan,
sahabat dan orang ramai.
bpamiula melagukan isun-isun diiringi gesekan biola.
bpasa sa wata secara harfiahnya, bermaksud menjual anak.
bpelunsai berunsai.
buka mulut Adat dalam majlis meminang sebelum memulakan bicara
pihak lelaki membayar wang kepada pihak perempuan.
corocop rentak irama kulintangan tradisional Bisaya.
dakasedsagi
yang bererti tidak dilakukan istiadat yang
membangkitkan semangat keberanian.
dabpik kain yang sudah digunakan yang berfungsi seakan-akan tuala.
Sehelai kain jika dibuat dabpik boleh menghasilkan empat helai
dabpik.
dalid kata panggilan untuk menantu lelaki.
dsandig sa pagalungan menentukan tarikh untuk membincangkan
secara rasmi tentang pertunangan.
dsawien perbuatan berjanji untuk memberikan sesuatu apabila anak
itu lahir segera. Proses ini dilakukan oleh pandai atau ayah bayi
tersebut.
dulung alat untuk menyambut tetamu, pengantin dan untuk mengiringi
orang kenamaan yang dibawa bersama-sama dengan sebiji kelapa
yang baharu bertunas dan seekor ayam jantan.
gatas istilah dalam bahasa Iranun yang merujuk air susu ibu.
gimbar rentak irama kulintangan tradisional Bisaya.
gkulintang persembahan kulintangan.
gunting umur Majlis potong/gunting rambut.
hius Salah satu bentuk puisi Kadazandusun. Pada masa kini, hius
biasanya diselitkan dalam cerita-cerita dongeng. Hius merupakan
bentuk pertuturan yang dilagukan sebagai tanda kesopanan dan
penghormatan yang tinggi oleh si penyampai kepada pendengar.
Hius menggunakan bahasa kiasan yang mendalam.
idok kata panggilan sesama besan tanpa mengira jantina.
indu yudun kata panggilan menantu lelaki kepada ibu mentua.
161

Glosari

indu yuwai kata panggilan menantu perempuan kepada ibu mentua.


Jomo Sama Orang Bajau.
jumara adat mengucup dahi si mati, mencium tangan serta kaki si mati
sebagai tanda penghormatan terakhir.
kahwin modop rombongan pengantin lelaki tidur di rumah pengantin
perempuan pada malam berinai sambil berjaga dan berhibur
bersama-sama keluarga pengantin perempuan.
kalang 1. pantun Bajau Sama. 2 Pantun dua kerat yang dijual dan
dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
kalangkapa alat untuk mengusung jenazah ke kuburan yang dibuat
daripada kayu dan pelepah rumbia.
kalupis sejenis kuih tradisional Bisaya yang dibuat daripada beras
pulut dan dibungkus dengan daun irik.
kataliban denda yang dibayar jika melangkah bendul, iaitu kakak
gadis yang dipinang itu belum berkahwin.
katigagan denda yang dibayar jika berlaku putus tunang oleh pihak
yang memutuskan pertunangan.
kotol baisan suatu acara menuai padi secara bergotong-royong oleh
kedua-dua belah pihak keluarga bakal pengantin.
kuangkan a niug "ambillah pokok kelapa itu sebagai tanda aku telah
membeli kamu".
kubamban perhiasan yang dibuat daripada perak.
kulintangan alat muzik yang lazimnya terdiri daripada lapan hingga
sembilan atau lebih gong kecil yang diperbuat daripada tembaga.
Alat muzik lain yang lazimnya dimainkan bersama-sama
kulintangan ialah gong, sebuah canang dan sebuah gendang.
languai sejenis tembaga yang berbentuk segi enam atau seperti labu
yang berasal dari Brunei.
lempid belakang kepala yang rata.
liliput tarian tradisional Bisaya yang dicipta berasaskan acara Barasik
dalam perubatan tradisional masyarakat Bisaya.
lugung bulat panjang ke belakang.
makatu menurut kepercayaan orang tua-tua, meryoakan merupakan
sejenis semangat yang lahir bersama-sama manusia dan sentiasa
mengiringinya. Semangat ini sentiasa mempengaruhi manusia dan
tidak dapat dikawal.

162

Glosari

malung a pigkadauan kain yang digunakan ketika bersalin. Namun,


dalam konteks ini, kain baharu akan diberi untuk menggantikan
kain yang telah terkena darah itu.
mandi bataran mandi pada hari melahirkan anak, diikuti mandi pada
setiap pagi hingga tujuh hari selepas bersalin.
mandi bedak upacara memandikan atau melumurkan pengantin
perempuan dengan pelbagai ramuan tradisional, yakni bedak yang
diperbuat daripada beras, santan dan limau kapas. Tujuannya untuk
menyerikan pengantin pada hari perkahwinannya. Upacara ini
biasanya diikuti adat memandikan pengantin pada waktu subuh,
lazimnya oleh ahli keluarga tertua pengantin perempuan.
mangkaunan merisik gadis yang hendak dipinang.
mibaisan majlis pertemuan antara besan dengan keluarga kedua-dua
belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
miulung kaedah menjodohkan anak ketika mereka masih kecil lagi
atau ditunangkan secara tidak rasmi sejak mereka kecil lagi.
mompongou suatu keadaan resah gelisah yang dihadapi oleh orang
yang kematian suami atau isteri menyebabkannya tidak sabar-sabar
lagi hendak mencari pasangan baharu selepas kematian pasangan
mereka.
mongoi atud menghantar barang hantaran perkahwinan.
mongoi tuju meminang.
ndulug menghantar.
ngatur penongot perbincangan tentang berian.
nimbang upacara kenduri untuk bayi yang lahir pada bulan Muharam
dan Safar.
pabaraan alat yang digunakan untuk membakar kemenyan dan
menyimpan abunya.
pagidsa-idsa merisik.
pakeras sesuatu yang diberikan kepada seseorang agar segala yang
dilakukannya mendatangkan hasil yang baik; pengeras.
paluan bali paluan atau bunyi kuat dan mudah didengari sebagai
isyarat kepada kaum keluarga dan masyarakat tentang bencana,
musibah atau kematian.
pamalad menghantar berian.
panaranga alat yang dibuat khas untuk ibu yang baharu bersalin.
Tanah sebagai dasarnya, dibuatkan bekas lebih kurang 5" x 5" dan
selalu dinyalakan api untuk kegunaan ibu memanaskan badan.
panjaram sejenis kuih tradisional.
paras sesuatu yang dijadikan ganti yang dinilai dengan duit.
163

Glosari

pesorong mendo angkatan meminang.


petungut bara api.
piruai selusuh yang diamalkan bagi memudahkan si ibu ketika
melahirkan bayinya.
pisanggul sanggul pengantin perempuan yang bentuknya seperti
tanduk kerbau dan dihiasi manik berjuntai.
pitas denda yang dibayar jika perkahwinan itu melibatkan anggota
keluarga yang terdekat seperti sepupu.
piusu a pused ketupat yang berbentuk kon dan dibuat daripada daun
serdang.
putera digadong rentak irama kulintangan tradisional Bisaya.
rinait
puisi yang hanya digunakan oleh bomoh atau dukun
(bobohizan) Kadazandusun kerana bahasa yang digunakan klasik
dan hanya difahami bobohizan.
rinampung hantaran berupa binatang ternakan seperti kerbau, lembu
dan kambing.
rinampung Idup hantaran berupa binatang ternakan seperti kerbau dan
lembu yang tidak akan disembelih semasa kenduri kahwin tetapi
untuk dibela oleh pihak perempuan.
rukat sejenis penyakit yang mempunyai simptom sengal-sengal dan
lenguh badan, sakit kepala, demam dan rasa sejuk. Biasanya
disebabkan oleh banyak pergerakan yang dibuat oleh si ibu. Hanya
dihidapi ibu-ibu yang baharu bersalin.
runsai tarian Bajau Sama.
saging sejenis bakul galas sederhana besar yang dibuat daripada kulit
pelepah rumbia.
salung pelita daripada damar.
Sama pengertian BAJAU dalam bahasa Bajau.
samber layang di tempat lain dikenali sebagai Sambulayang.
sangkap-sangkap penutup usungan jenazah yang ditutupi kain batik
atau kain yang bertulisan ayat-ayat suci al-Quran.
sapiai sejenis tikar yang dibuat daripada rotan.
sedekah Idup sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang
dipercayai mempunyai ilmu agama kerana mendoakan seseorang
agar terlepas daripada segala perkara buruk yang mungkin
menimpa keluarga mereka.
sedekah si mati sedekah berupa barang-barang makanan yang
diberikan untuk memperingati si mati dan biasanya dibuat pada
hari Jumaat.
164

Glosari

sedekah uluan sedekah yang mula-mula sekali diberikan selepas


berlaku kematian, iaitu kepada orang yang memandikan dan
mengapankan jenazah. Sedekah ini harus disampaikan sebelum
jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Senggeruni
majlis yang diadakan sempena dengan angkatan
meminang.
sepak manggis sejenis permainan yang memerlukan bola takraw dan
manggis (sejenis bakul yang berisi makanan, duit dan sebagainya)
yang diikat pada tiang tinggi. Para pemain menendang bola hingga
mengenai dasar bakul tersebut.
serimpak mahkota Bajau Sama.
seruan majlis pertunangan.
sirub-sirub
ungkapan untuk menghalau semangat jahat yang
dipercayai suka duduk di muka pintu dan mengikut orang yang
mahu masuk ke dalam rumah dan mengacau bayi.
sumandak timpang gakud rentak irama kulintangan tradisional Bisaya.
sundait puisi berbentuk teka-teki. Sundait disediakan berdasarkan
tema seperti tema humor, flora dan fauna, alat perkakas atau objek,
perbuatan atau kata kerja dan sebagainya.
supit penyepit yang digunakan ketika memakan ambuyat.
surungan berian berupa binatang sembelihan seperti kerbau atau
lembu.
tabit pakar perubatan kampung yang menggunakan herba dan jampi
untuk memulihkan penyakit seseorang; dukun, bomoh dan tabib.
taguban sarung parang.
tanimbu lapas sejenis ketupat kecil yang akan mudah terlepas
anyamannya apabila ditarik.
taruntung dahi yang menonjol ke depan.
tenunan mugah kain yang biasanya ditenun panjang berukuran lebih
kurang 1.2 meter lebar, dalam ukuran dua meter panjang yang pada
kebiasaannya ditenun untuk dijadikan selimut.
tenunan sambitan kain yang ditenun dengan teknik yang berbeza
daripada kain tenun yang lain. Dalam menghasilkan reka corak
motifnya, kait simpul digunakan. Kain dikait simpul dalam ukuran
satu meter persegi. Kegunaan kain sambitan adalah sebagai
tanjak (hiasan kepala dan sapu tangan).
tigad-tigad irama Bajau Sama.
Tilou-Tilou Idaan merisik.
timbau-timbau keadaan apabila bayi menangis tanpa henti kerana
dipercayai diganggu oleh semangat jahat yang suka duduk di muka
pintu.
165

Glosari

tinggalinambun permintaan khas daripada ibu pihak perempuan yang


mesti dibayar atau ditunaikan oleh bakal menantu lelaki.
toub otud sedekah kepada bidan berupa kain batik sebagai simbol kain
yang dijadikan penutup lutut ketika bersalin.
tubpa ubat-ubatan yang berupa herba dan dibuat dengan cara
mengunyahnya seperti memakan sirih.
ulapid kesejukan melampau yang hanya dirasai h ibu-ibu bersalin
tanpa sebab musabab yang diketahui.
uluan a betang berian utama.
usunan sejenis kenderaan khas untuk pengantin.
yudun kata panggilan untuk sesama ipar lelaki
yuwai kata panggilan untuk sesama ipar perempuan.

166

BIBLIOGRAFI

______________ "Dusun Bonggi Setia Tradisi, Sebati Kehidupan


Lasak. Siri Kedua" dlm. Berita Harian, 10 Ogos 2012.
________________, 1984. A Doctors Borneo. Brisbane:Boolarong
Publication.
"Adat Kematian Masyarakat Iranun" dlm. adatirranun.blogspot.com.
"Bangsa
Rungus
dan
Koposizan
(Kehidupan)"
dlm.
rungusmomogun.blogspot.com/2008/67/ pengenalan.html.
"Bisaya"
dlm.
Wikipedia
Bahasa
Melayu,
http/ms.wikipedia.org/wiki/Bisaya.
"Iranun"
dlm.
Wikipedia
Bahasa
Melayu,
http/ms.wikipedia.org/wiki/Iranun.
"Iranun: Keistimewaan Etnik Iranun" dlm. mapaittantu.blogspot.com.
"Kesenian dan Kebudayaan Beaufort" dlm. www.angelfire.com.
"Masyarakat Rungus di Sabah" dlm. Runguspeople.blogspot.com.
"Rungus"
dlm.
Wikipedia
Bahasa
Melayu,
http/ms.wikipedia.org/wiki/Rungus.
"Sarigan,
Pertahankan
Budaya
Selagi
Terdaya"
dlm.
Abdnaddin.blogspot.com.
"Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabah" dlm. Blog Kulanz
Salleh.
Ahmat Adam. "Identiti dan Citra Melayu dalam Sejarah Bangsa
Rumpun Melayu" dlm. New Sabah Times, 5 November 2001.
Appell, G. N., 1994. "The Sabah Oral Literature Project: Report for
the Period 1986 to 1992". Kertas kerja dalam Persidangan DwiTahunan Kedua Majlis Penyelidikan Borneo, 13-17 Julai 1992,
Kota Kinabalu, Sabah.
Appell, G.N., 1978. "The Rungus Dusun" dlm. King, Victor T. (ed.),
1978. Essays on Borneo Societies. Hull Monographs on South168

East Asia No.7. Oxford: Oxford University Press for the University
of Hull.
Appell, G.N., "The Long-house Apartment of the Rungus Dusun" dlm.
Sarawak Museum Journal XI, hlm. 570-73, 1964.
Appell, G.N., 1968. "The Dusun Languages of Northern Borneo: The
Rungus Dusun and Related Problems" dlm. Oceanic Linguistics,
Vol.VII, No.1, Musim Panas, 1968.
Arena Wati, 1974. Peribumi Sabah: Satu Tinjauan dalam Konteks
Kepercayaan, Kultus dan Hukum Adat di Sabah. Kota Kinabalu:
Penerbitan Yayasan Sabah.
Asmah Haji Omar, 1983. The Malay People of Malaysia and Their
Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azrul Affandi Sobry. "Rahsia Dusun Bonggi" dlm. Berita Harian, 10
Mac 2010.
Benedict Topin, 1989. "Peranan dan Sumbangan Persatuan
Kebudayaan Kadazan Sabah (PKKS) dalam Pembangunan
Pembentukan Kebudayaan Nasional Malaysia". Kertas Kerja dalam
Kongres Kebudayaan Kebangsaan Sabah, 28-30 Julai 1989.
Bewsher, R.A., "Some Bisayan Account of Early Settlements in the
Philippines Recorded by Father Santaren" dlm. Sarawak Museum
Journal, 1965.
Boutin, Michael E., 2004. "Languages of Sabah" dlm. Asmah Haji
Omar (ed.), Encyclopedia of Malaysia: Languages and Literature.
Singapura: Archipelago Press.
Boutin, Michael E. Patricia Regis dan Jacqueline Pugh-Kitingan,
2006. "Coastal and Island Groups of Sabah" dlm. Hood Salleh (ed.),
Encyclopedia of Malaysia: Peoples and Traditions. Singapura:
Archipelago Press.
Chatfield, G. A., 1965. Sabah A General Geography. London: Eastern
Universities Press Sdn. Bhd.
Chin, Mary. "Masyarakat Rungus" dlm. Daily Express, 4 Januari 2004.
Datu Bandira Datu Alang, 1991. Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dayu Sansalu, 2008. Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses
Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Duas Ingkat @ Juas, 1992. "Cerita Binatang Rungus: Analisis Fungsi
Motif dan Pemikiran: Satu Kajian Kes di Daerah Kudat, Sabah".
Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian.
169

Bibliograf

Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,


Bangi.
Forschner T.A. 1994. Hoturan Di Boros Momogun (Rungus) Outline of
A Momogun Grammer (Rungus Dialect). Kudat: T.A. Forschner.
Hashim bin Hj. Abd.Hamid, 2002. "Penyebaran Tamadun Melayu:
Peranan Kesultanan Brunei". Kertas Kerja dalam Kongres Rumpun
Melayu I Lahad Datu, anjuran Persatuan Rumpun Melayu Lahad
Datu dengan kerjasama GAPENA, IDS dan Kelab Sukan dan
Rekreasi Lahad Datu, 2002.
Hood Salleh (ed.), 2006. Peoples and Traditions. The Encylopedia of
Malaysia Vol. 12. Singapura: Archipelago Press.
Hutton, Wendy, 2003. Sabah Colour Guide Kudat. Kota Kinabalu:
Natural History Publication (Borneo).
Inggol Pulok. "Masyarakat Rungus" dlm. Suara Muhibah, 1:1/91,
Julai-September 1991.
Ismail Haji Ibrahim dan Jane Wong Kin Ling (ed.), 2005. Warisan Seni
Etnik Sabah. Cetakan Pertama. Kota Kinabalu: Unit Penerbitan,
Universiti Malaysia Sabah.
Ismail Hj. Mansor. "Lebih 70 Suku Kaum di Sabah?" dlm. New Sabah
Times, 29 Jun 2003.
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003. Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2003. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
James U.H. Chin dan Karla J. Smith, (ed.), 2011. The Iranun of SabahLanguage and Culture of an Endangered Minority In Sabah.
Malaysia: Pelanduk Publications.
Japuin Madisah, 1986. Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan
Kadazan. Kota Kinabalu: SIKUK Publication.
Jeubirin Sopital, 2000. "Bobolizan: Peranan dan Kepentingannya
dalam Masyarakat Rungus Tradisional". Latihan Ilmiah Ijazah
Sarjana Muda. Program Sosiologi dan Antropologi, Sekolah Sains
Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Kahti Galis, 1990. Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Sarawak.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
K-Kissey, Joanna. "Traditions of The Rungus" dlm. Borneo
Culture.Nature Advenure, Vol. 4. No. 1/2 PPH150/7/98, hlm. 35,
1998.
Leng Tay Buang. "Kepercayaan dan Adat Resam Suku Kaum Bonggi"
dlm. New Sabah Times, 2 Disember 2001.
Luping, Herman J., 2009. Indigenous Ethnic Communities of Sabah:
The Kadazandusun. Kuala Lumpur: Ministry of Information,
Communications and Culture Malaysia.
170

Bibliograf

Mohd. Sarim Hj. Mustajab dan G. Anantha Raman, 2003 (ed.). Sabah
dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pembinaan Nasion Malaysia. Kota Kinabalu: Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
Mohd. Sarim Hj. Mustajab, 2004. Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan
Masyarakat. Kota Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah.
Mohd. Shukri Mohd. Ariff, Adnan Abd. Jamil dan Cliff Akid Kamijan
Abdullah. "Kelompok yang Semakin Pupus" dlm. Dewan Budaya,
Januari 2003.
Mohd. Taib Osman (ed.), 1977. Tradisi Lisan di Sabah (Kumpulan
Kertas Kerja Seminar Pendokumentasian Tradisi Lisan di Sabah,
Kota Kinabalu, 13-15 November, 1976). Kota Kinabalu:
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Mohd. Yassin Isa, 1976. "Moginum sebagai Satu Upacara" dlm. Mohd.
Taib Osman (ed.), Tradisi Lisan Sabah. Kota Kinabalu.
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Mongumpug Tinungkusan Momogun Rungus Sabah, 2005. Adat om
Koundango do Momogun Rungus. Kudat: Gorija Protestan sid
Sabah (PCS).
Muhiddin Yusin, 1990. Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mustaffa Omar, 1993. "Bisaya: Suatu Tinjauan Ringkas" dlm. The
Brunei Museum Journal, Vol. 9, 1993.
Omar Farouk Bajunid, 1989. Warisan Kesenian Kelantan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Parasin Bongkol, Ptd. (ed.), 2005. Adat om Koundango do Momogun
Rungus. Kudat: Gorija Prostestan sid Sabah (PCS).
Pejabat Daerah Kecil Matunggong, 2007. Pesta Kaamatan
Matunggong. Pesta Kaamatan dalam Konteks Suku Kaum Rungus.
Matunggong: Pejabat Daerah Kecil Matunggong.
Pejabat Daerah Kudat, 1981. Perayaan Sabah Seratus Tahun 18811981. Kudat. Pejabat Daerah Kudat.
Pugh-Kitingan, Jacqueline, 1989. "Cultural Development in Sabah"
dlm. Kitingan dan Ongkili (ed.), Sabah 25 Years Later, 1963-1988.
Sabah: Institute of Development Studies.
Raymond Boin Tombung, 1990. Keluarga Dusun. Kota Kinabalu:
Newland Management dan Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Raymond Boin Tombung, 1991a. Keluarga Dusun. Kota Kinabalu:
Newland Management dan Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Raymond Boin Tombung, 1991b. Otografi Dusun. Kota Kinabalu:
Newland Management dan Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
171

Bibliograf

Raymond Boin Tombung, 1993. Warkah untuk Pairin. Kota Kinabalu:


Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Raymond Boin Tombung, 1994. Sastera Dusun. Kota Kinabalu:
Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Raymond Majumah, 2003. Momogun Rungus Borneo Utara: Warisan
Sastera dan Budaya Sabah. Kota Kinabalu: SLC Sdn. Bhd.
Ridzwan Hashim, 1993. Sumber Makanan Pesisiran Laut Sabah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rita Lasimbang dan Stella Moo-Tan (ed.), 1997. An Introduction to
The Tradition Costumes of Sabah. Kota Kinabalu: Natural History
Publications/Department of Sabah Museum.
Rokiak Onjinkun @ Rokiah Ojinkun, 1991. "Humor dan Wit dalam
Cerita Rakyat Rungus". Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda
Sastera dengan Kepujian. Jabatan Persuratan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Sabah Government, 1980. Sabah Annual Bulletin of Statistics. Kota
Kinabalu: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Sabihah Osman, 1985. Kajian Etnografi Sabah Jilid 9, Pentadbiran
Pribumi Sabah 1991-1941. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Yayasan Sabah.
Sintiong Gelet, 2002. "Kerajaan Kesultanan Brunei di Sabah pada
Abad ke-19". Kertas kerja dalam Seminar 100 Tahun Persuratan
Melayu Borneo Kalimantan. Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sabah. 28 Jun 2002 29 Jun 2002.
Siti Aidah Hj. Lokin, 2004. "Sejarah, Sosioekonomi dan Kebudayaan
Suku Kaum Bisaya Sabah" dlm. Sarim Mustajab (ed.), Warisan
Budaya Sabah Etnisiti dan Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Tongkul, Felix, 2002. Traditional Systems of Indigenous Peoples of
Sabah, Malaysia: Wisdom Accumulated Through Generations. Kota
Kinabalu: PACOS Trust.
Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanafi Dollah, 1999. Pantang
Larang Orang Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Whelan, F.G., 1968. A History of Sabah. Singapura: Heinemann
Educational Books.
Zubaidi Abas dan Norjanah Yusof (Peny.), 2008. "Beberapa Pantang
Larang Suku Kaum anak Negeri Sabah (Bahagian Satu)". Kota
Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Tidak diterbitkan)

172

pantang larang ketika


mengandung 13
pantang larang selepas bersalin 18
adat kelahiran suku Bisaya
Mandi Bataran 82
mencukur jambul bayi 85, 86
menimbang bayi 85
adat kematian suku Bisaya
adat Jumara 99
kaedah memaklumkan kematian
96
memandikan jenazah 98
menghantar jenazah 101
pantang larang selepas kematian
103-07
persediaan sebelum kematian 96
Sedekah Idup 97
Sedekah Uluan 99
tindakan awal 97
adat kematian suku Iranun
adat berjaga 151
adat berziarah 150
adat menunggu di kubur 151
kenduri arwah 151
pukulan beduk 156
upacara pengebumian 150
adat Mandi Bataran 82
adat mara-mara 23
adat melenggang perut 125
adat menyapa 12
adat perkahwinan
suku Bisaya 86-92
suku Iranun 139-46
adat resam dan pantang larang
suku Bisaya
kelahiran 86-91
kematian 102-09
perkahwinan 92-98
adat resam dan pantang larang
suku Bonggi
kelahiran 120
kematian 12
perkahwinan 121
adat resam dan pantang larang
suku Iranun
kelahiran 125-39
kematian 139-43

INDEKS
adat berkunjung suku Bajau
nibau 25
adat dan pantang larang kelahiran
suku Iranun
melenggang perut 125
pantang larang kepada bayi 138
pantang larang untuk suami 128
pantang larang semasa
mengandung 126
persediaan sebelum bersalin 129
persediaan semasa bersalin 129
selepas kelahiran 133
semasa kelahiran 130
adat dan pantang larang kelahiran
suku Kadazan
pantang larang wanita hamil 30
pantang larang kelahiran 30
adat dan pantang larang kematian
suku Bajau 24
suku Bisaya 96-06
suku Iranun 149-52
suku Kadazan 42-50
adat dan pantang larang
perkahwinan
suku Bajau 19-23
suku Kadazan 32-40
adat dan pantang larang suku
Bajau
kelahiran 15
kematian 24
perkahwinan 18-21
adat Jumara 99
adat kelahiran suku Bajau
adat menempah bidan 14
berkhatan 18
iqamat atau azan 15
menanam tembuni 17
menimbang bayi 17
174

perkahwinan 149-52
adat resam dan pantang larang
suku Rungus
bidang penternakan 68
bidang pertanian 115
kelahiran 120
kematian 122
penyembuhan penyakit 67
perkahwinan 121
adat resam ketika praperkahwinan
meminang 19
merisik 19
ngatur penongot 20
agama
agama pagan 117, 118
Bbiruhui 55
Islam 65, 66, 78, 80
Kristian 54, 65, 117
alam baqa 43, 46
alam roh 28
alat mengusung jenazah
Gandaran 101
Kalangkapa 101, 103
asal usul
suku Bisaya 3
suku Kadazandusun 1
Badjao 8, 9
bahasa
Bajau Sama 9
basa Iranun 6
Kadazandusun 1
Melayu 3
Molbog 111
Osundu 56
bakayawa 129, 130
balu-balu 24
berkabung 48, 71, 151
betitik 19, 21, 24
bidan kampung lihat pandai
Bobohizan 27, 28, 38, 40
bunyi Kokor 96

bahasa Momogun: Rungus 60


Bajau 110
Kaguraan 6
Marampayan 6
Diat 12
dukun 12
dunsai 43-47, 50
etnik Kadazandusun 1
firiane 119
gaddul 67, 68, 71
Gawan 82
gong
berentak momodunsai 44
rentak dunsai 44-47, 50
sanang 71, 77
sandangau 68, 71
tavag 68, 69, 71
hari perkahwinan 32, 34, 38, 144,
hinava ikan tenggiri 40
hukum alam 10
istilah
istilah "tumpang tidur" 88
Momogun-Rungus 53
Japuin Madisah 59
jenis sogit
sogit Babo 35
sogit Kosugku 35
sogit Pitas 34
sogit Sumbang 34
Kahwin Modop 89, 91
kepercayaan animisme 56, 59, 63,
79, 118,
kepercayaan suku Rungus
ansamung 62
Kinoringan 55-57, 61-62
llumaag 55-57, 59, 62, 63
mongollung 62
Osundu 56, 59
sambavon 55-57, 62

celepa 32, 35, 89, 119-22


Dabpik 129
ddapu 59, 63
dialek
175

Indeks
tumanggai 62
Kinoingan 2, 28
kinoringan 55-57, 59, 61, 62, 64
kirai 33, 36, 38
kuasa ghaib 56, 57, 59, 62, 63
kulintangan 4, 21, 40, 89, 92

osukod 57
ourt
makanan tradisional 116
pakaian tradisional suku Bisaya
Kubamban 90, 101
Pisanggul 90
Tajuk 90
Pandai 15, 125, 126, 129-131, 134
pantang larang pertunangan 32,
33, 35

llabbus 54
Low Kok On 2
majlis perkahwinan 21
makhluk halus boyo 12
Mandi Bedak 21
masakan tradisional 40, 44
masyarakat Bajau 8, 9,11-13
masyarakat Bisaya
agama dan kepercayaan 78
latar belakang 77
pengislaman 78
tradisional 82, 88, 91, 97, 104
masyarakat Iranun 124, 125, 130,
139, 149
masyarakat Kadazan Penampang
kewujudan alam roh 28
masyarakat tradisional 28
sistem pentadbiran tradisional 27
masyarakat Rungus kuno 55
Masyarakat suku Bonggi
adat resam dan pantang larang
119-22
agama pagan 116-18
bahasa Molbog 115
kepercayaan animisme 118
makanan 116
pakaian 116
rumah tradisional 112
sistem ekonomi 115
mawas 12
merisik 19, 32, 36, 86

Payung
jumlah lingkaran 150
tanda kematian 150
pemujaan tempayan antik 117, 118
pengantin lelaki 21-24, 42, 144
pengantin perempuan 22, 42, 89,
145, 146
penyedsag 130
peranan bbobbollizan 56, 63
persiapan untuk hari perkahwinan
38
pertolongan Kinoringan 59
pesorong mendo 18, 19
Piruai (selusuh) 81
Pulau Banggi 110, 114
rentak
dunsai 43-47, 50
sumazau 46, 47
Rinampung 88
ritual
"menyapu" 45, 50
Humontog 47
moginum 66, 67
mogukas 37, 47, 50
momisok 46, 47
rogon 56,57, 59, 62, 66
rumah panjang 27, 52, 57
rumah tradisional suku Bonggi
112-14
rusod 58

nama rogon 59
ngatur penongot 18-20
ngelente 24
nopung 32-34

Sangkap-sangkap 97, 101


Sedekah Idup 97
serimpak 21

ollumagan 61
Omboh Dilaut 2
176

Indeks
simbolik
memijak batu asah 39
upacara miohon pinisi' 40
sistem pentadbiran tradisional 27
sogit 13, 34, 35, 44, 121
suku Bajau 2, 7, 8
suku Bisaya 3, 77, 78
suku Bonggi 109, 110, 114, 118,
120
suku Iranun 5, 6, 124, 125
suku kadazandusun 1, 2, 7-9
suku Rungus 5, 52, 53, 55-59, 6567
sumbul 67, 71, 121
Suminundu 28
suvang sambayang 54
tadang 34, 38
Tawag 20
tembuni 83, 131-33
tempat tidur arwah
bangkai-bangkaian 26, 104, 152
tenunan
mugah 6
siambatan 6
terendak 40
tilou-tilou idaan 19
tuhan suku Rungus
Minamangun 28, 55, 62, 64
tujuh jenis tumbuhan 39

llumaag 55-57, 58
sambavon 55-57, 62
Yangkabatak (Anak Hantu) 59

upacara
keselamatan suku Rungus 58
manahakoi 45, 48
manatak do puod 49
menyembah rogon 62
miohon pinisi' 40
mivaza 38, 42
momokis 38, 39
momuga 29
ritual 27, 28, 39
usunan 144
vozoon 57
wakil Kinoringan 56
wakil tuhan
177

Anda mungkin juga menyukai