Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM

: PPG

KOD DAN NAMA KURSUS :


MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

TARIKH MULA

17/01/2015

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 1 /2015 (AMB JUN 2011)


a

TARIKH HANTAR

28/02/2015

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.
2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.
3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi .
4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi .
5.

Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan


dengan kalkulus .

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.
2.
3.
4.

Menyiasat peranan Matematik dalam teknologi moden.


Meneroka penggunaan kod klasik dan cipher, kod dan kriptografi dalam
teknologi moden.
Menyiasat penggunaan model Matematik dalam biologi dan ekologi.
Meneroka aplikasi dan hubungan sebahagian idea utama Matematik berkaitan
dengan kalkulus.

TUGASAN KERJA KURSUS (100%)

PRAKTIKAL 1 (30%)
Kerja kursus ini melibatkan pengumpulan dapatan daripada pelbagai sumber dan
penulisan laporan dengan pemberatan markah 30% daripada markah keseluruhan
kerja kursus. Anda perlu melengkapkan tugasan ini secara INDIVIDU.
Arahan:
1.

Anda dikehendaki meneroka peranan kod klasik dan cipher dalam teknologi
moden

2.

Sediakan nota ringkas tentang maklumat / dapatan yang diperolehi daripada


pelbagai sumber berkaitan peranan kod klasik dan cipher dalam teknologi moden.

3.

Banding bezakan kod klasik dan cipher dalam teknologi moden yang berjenis
gantian dan transposisi. Bincangkan kekuatan dan kelemahan kedua-dua jenis
ini.

4.

Sediakan satu laporan bertulis bersama pengelola grafik (jadual banding beza
/peta minda) yang sesuai, sertakan juga bahan rujukan / sumber maklumat
yang berkaitan.

PRAKTIKAL 2 (30%)
Kerja kursus ini melibatkan penyiasatan penggunaan model matematik dalam
bidang biologi dan ekologi. Anda perlu melengkapkan tugasan ini secara INDIVIDU.

Arahan:
1.

Anda dikehendaki meneroka peranan model matematik dalam situasi


seharian, khasnya bidang biologi dan ekologi. Seterusnya tuliskan satu
rumusan penggunaan model matematik dalam situasi seharian tersebut.

2.

Pilih satu model matematik (selain daripada Model Pertumbuhan Logistik dan
Model Lotka-Volterra), bincangkan ciri-ciri utama model matematik yang
terpilih dalam satu laporan yang terperinci. Lampirkan bukti-bukti bahan
rujukan/sumber maklumat.

PRAKTIKAL 3 (40%)
Kerja kursus ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A merupakan penerokaan
peranan Matematik dalam teknologi moden dan bahagian B adalah idea-idea utama
matematik berkaitan dengan kalkulus. Tugasan bahagian A adalah tugasan berpasangan
dan pemberatan markah 20% manakala tugasan bahagian B adalah tugasan
individu dan pemberatan markah 20%.
Arahan:
Bahagian A Tugasan berpasangan (20%)
1.

Anda dikehendaki meneroka penggunaan kalkulus dalam kehidupan


seharian. Pilih satu Paradoks Zeno dan huraikan dengan jelas bagaimana
paradoks tersebut boleh diselesaikan dengan penggunaan konsep kalkulus.

2.

Sediakan satu laporan bertulis tentang dapatan anda. Laporan anda mesti
mengandungi penerangan terperinci Paradoks Zeno yang terpilih dan cara
paradoks tersebut dapat diselesaikan dengan fahaman konsep kalkulus.

3.

Bentangkan hasil dapatan anda dalam bentuk Powerpoint atau persembahan


grafik yang sesuai.

Bahagian B Tugasan individu (20%)


1.

Anda dikehendaki meneroka idea utama Matematik berkaitan dengan


Kalkulus yang diguna oleh Archimedes ketika mencari kaedah untuk
mengganggar luas bulatan.

2.

Sediakan satu laporan bertulis tentang andaian-andaian utama dan


keberkesanan kaedah yang digunakan oleh Archimedes untuk menganggar
luas bulatan.

3.

Hantar laporan bertulis serta soft copy yang disimpan dalam CD.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


1.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
1.2. Fon Arial
1.3. Saiz huruf - 12
1.4. Langkau 1.5 baris
1.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
1.6 Lampiran adalah wajib

2. Amalan plagiat tidak dibenarkan


3. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu
termasuk persembahan.
4. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%

+Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :


1.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :


a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas ciri-ciri utama topik
b. Mengolah dengan secara terperinci berdasarkan maklumat-maklumat yang
dicerap.

3.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda


hendaklah dikemukakan.

4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan


ilmiah.

5.

Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6.

Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras


bahasa yang sesuai,tanpa kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7.

Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
2 bahan bercetak yang lain)

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

---------------------------------------------------------------------------( TAN KAH KHENG )


Penyelaras Kursus MTE3143
Jabatan Matematik
Tarikh:
Disahkan oleh Ketua Jabatan
---------------------------------------( ZOWYAH SHABDIN )
Ketua Jabatan
Jabatan Matematik
Tarikh:

( DR.KOAY CHEN YONG )


PAKAR BIDANG (SME)
Jabatan Matematik
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai