Anda di halaman 1dari 4

Aku telah ditetaskan di dalam sebuah sarang di atas sebatang pokok.

Aku ditetaskan
setahun yang lalu. Ibuku memanggiku Bintik sesuai dengan kulit tubuhku yang
berbintik-bintik. Aku tinggal di hutan bersama-sama ibu, bapa dan dua duo ekor
kembarku.
Aku dibesarkan oleh ibu dan bapaku dengan penuh kasih sayang. Mereka sentiasa
mencari makanan untuku dan dua ekor kembarku itu. Bapaku sering membawa ulat dan
cacing.
Semkin hari semakin aku membesar. Bulu-buluku semakin tebal dari hari ke hari. Aku
semakin cantik. Aku mula belajar untuk terbang memerhatikan aku belajar terbang
sehinggalah aku benar-benar cekap.
Aku mula mencari makananku sendiri setelah dapat terbang dengan bebas. Aku amat
kagum akan keindahan alam ini. Pemandangan di hutan ini indah nian. Di sini, segalagalannya masih asli kerana tiada pencemaran udara ataupun air.
Ketika usiaku hampir satu tahun, aku telah bertemu dengan pasanganku semasa aku
sedang terbang mencari makanan. Kami telah bersetuju untuk hidup bersama. Aku dan
pasanganku segara membuat sarang sebagai persediaan untukku bertelur.
Kini, aku telah menjadi ibu kepada tiga ekor anak. Aku terpaksa memikul tugas
sebagai ibu. Aku mengasuh dan memeihara anak-anakku dengan penuh kasih syang.
Hidupku kini penuh bermakna.

Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku
berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai.
Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku
untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran
yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi.
Aku umpama insan istimewa buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai
manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga
Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan
tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan
tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya
tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah.
Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam
dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh
badan.

Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit.


Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri
daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku seekor kucing


Aku seekor kucing. Aku berwarna kelabu. Bulu aku tidaklah gebu seperti kucing
peliharaan. Maklumlah aku dilahirkan di sebuah bangsal buruk.
Ibu aku telah meninggal dunia sejak aku masih kecil. Tanpa jagaan dan
lindungan ibu, aku terpaksa mencari makanan sendiri.Biasanya aku merayaurayau di sekitar pasar untuk mendapatkan makanan.
Pada suatu hari, aku singgah di sebuah gerai ikan.Aku mengiau-ngiau
untuk mendapatkan belas kasihan.Malang tidak berbau. Aku dipukul oleh penjaja
itu. Kepala aku telah cedera. Nasib aku seperti jatuh ditimpa tangga.
Aku sangat lapar.Kepala aku pula sakit. Aku tidak berdaya berjalan lagi.
Pada masa itulah aku ditemui seorang budak perempuan yang baik hati.Dia
sangat kasihan kepada aku. Dia meminta izin ibunya untuk membawa aku
pulang.
Apabila sampai di rumahnya,dia membersihkan badan aku.Dia memanggil
aku Si Comel. Beberapa hari kemudian, baharulah aku tahu budak perempuan itu
bernama Siti. Siti menjaga aku dengan baik.Setiap hari , dia memberi aku minum
susu dan makan ikan. Aku semakin sihat . Bulu aku juga semakin gebu dan
cantik.
Setiap hari,aku menunggu kepulangan Siti dari sekolah di muka pintu.Aku
sering bermanja dengannya.Pada masa lapang, Siti akan bermain dengan aku.
Kadangkala Siti membawa aku ke taman untuk bersiar-siar.Pada waktu malam,
aku membantu tuan aku menangkap tikus.
Aku gembira kerana mempunyai tuan yang baik. Aku berharap dapat
berkhidmat kepada tuan aku sehingga akhir hayat.
Aku ialah serangga yang terdapat hampir di seluruh dunia. Aku mempunyai
sayap yang berwarna warni di badan dan sepasang sesungut panjang yang
terletak di atas kepala. Aku menggunakan sesungut untuk meraba dan
menghidu. Aku seekor rama rama.
Setiap pagi, aku dan kawan kawanku terbang mencari makanan.
Makananku ialah madu yang boleh aku dapati daripada tumbuhan berbunga.
Setelah kenyang, aku bermain main dengan kawan kawanku di taman bunga

dengan senang hati.


Pada suatu hari, aku melihat sekumpulan budak lelaki meluru ke arah aku
dan kawan kawanku. Mereka membawa jaring dan sebuah botol. Rupa
rupanya mereka ingin menangkap aku dan kawan kawanku yang sedang
bermain. Kami semua mula berasa cemas.
Aku dan kawan kawanku cuba melarikan diri kerana takut ditangkap oleh
mereka. Malang tidak berbau, kerana mereka berjaya juga menangkap diriku.
Aku cuba melepaskan diri tetapi usahaku menemui jalan buntu. Kawan
kawanku sungguh sedih melihat keadaan diriku yang dikurung di dalam botol.
Keesokan harinya aku dibawanya ke sekolah untuk diserahkan kepada
gurunya. Rakan-rakan sekelasnya asyik memerhatikan aku sambil memuji muji
kecantikan diriku. Baru aku tahu, rupa rupanya budak budak itu
menangkapku untuk membuat kajian tentang kehidupan seekor rama - rama
sepertiku.
Meskipun aku tidak lagi hidup bebas seperti dahulu, aku tidak menyesal
kerana ditangkap. Malah aku berbesar hati kerana dapat memberikan khidmat
demi menjayakan kajian budak budak yang pintar ini. Namun, nyawaku tidak
panjang kerana aku hanya boleh hidup selama dua minggu sahaja. Aku sangat
sedih apabila terpaksa berpisah dengan mereka. Tiada apa yang dapat aku
lakukan kerana memang riwayat rama rama sedemikian.

Aku seekor harimau

Aku dilahirkan di sebuah hutan.Tubuhku berbelang-belang.Aku dikenali oleh


manusia sebagai binatang buas dan ganas.
Aku hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia.Ibu dan ayahku sentiasa
mengambil berat tentang keselamatanku dan dua orang adik-beradikku.Kami
hidup aman dan bahagia.
Suatu pagi, ketika kami sekeluarga sedang berehat,tiba-tiba aku terdengar
dua das tembakan.Ibu bapaku rebah ke bumi dengan darah mengalir ke
tanah.Aku berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri dengan perasaan
sebak.
Aku kehilangan ibu dan ayah.Aku juga terpisah dengan adik-adikku.Selepas
beberapa hari merayau-rayau di hutan ini,akhirnya aku ditangkap oleh
sepasukan Mergastua.Aku dibawa ke Zoo Negara.

Aku berasa selamat tinggaql di sini walaupun tidak selesa.Aku berharap dapat
bertemu semula dengan adik-adikku pada suatu hari nanti.