Anda di halaman 1dari 5

TAJUK:

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH


Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah kisah yang bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,

Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,


Hijrah membentuk perpaduan.
Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang
maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang
dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka
diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah.
Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.
Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu
perintah Allah supaya berhijrah
baginda iaitu Saidina

bersama-sama beberapa orang sahabat

Ali dan Saidina Abu Bakar .

Saidina Abu Bakar

sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda


tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi
peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan
berhijrah dan meninggalkan Mekah "
Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi
belum

mendapat

izin

dari

Allah.

Kebanyakan

kita

hari

ini

kurang

mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan


sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang
meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita sebagai anak

dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta

izin dan restu dari ibu

bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita
itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.
Rakan-rakan sekalian,
Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja
tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab
itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan
lancar walaupun banyak halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda
bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dan
baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur ditempat baginda. Waktu itu
Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan
baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke Madinah
sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga
keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah.
Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari
Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti
firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :


Ertinya : . mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.
Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum
melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti
yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita
seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan
baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Hadirin sekalian,
Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua
Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu
Bakar singgah di Quba

dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf

selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia


merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai
Masjid Quba' .
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:


Ertinya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selamalamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid
Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.
Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan
menuju ke Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka
penduduk Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba
di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka
mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan
menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah
mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma
dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak

yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim
tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai
Masjid Nabawi.
Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti
baginda

akan

mendirikan

masjid

sebagai

tempat

untuk

baginda

menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang


tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan
banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang
langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku
perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi,
sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai
perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas
perkara yang paling penting dan utama dalam kehidupan kita.
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan
mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara
utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar.
Baginda bersabda :
????????amp;#710;??

???amp;#8240;

amp;#8216;?amp;#381;?amp;#8225;?

???amp;#8222;?amp;#8222;?
???amp;#381;???amp;#381;?

amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;?

???amp;#381;???

amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;?
Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung
Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas
penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya

Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda


mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan
pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka
berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian
baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang
tertulis antara Muhajirin dengan
Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah
melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak
mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama.
Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal
orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana
sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman.
Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan
tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud
satu masyarakat yang aman dan harmoni.
Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.