Anda di halaman 1dari 12

SANIDA

Enter
prise
K E R T A S

K E R J A

PENTERNAKAN ITIK
(TELUR)

PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai
daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan
pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan
dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anakanak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya
hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:

mempunyai daya hidup yang tinggi

bebas dari kecacatan

penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 300 biji setahun)

menghasilkan telur yang berkualiti

berat antara 65 75 gm sebiji

kulit telur adalah keras

warna kuning telur kemerah-merahan

saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 1.8 kg

ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.


Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan
dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong
mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik

Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan
membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi
seekor itik dewasa ialah 3 4 kaki persegi.

Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3


kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan
lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam
reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata
yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.

Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah


penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)

Sarang bertelur

Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah
pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil
yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos
pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik
danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

Makanan komersil

Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana
ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur

Jenis Makanan

Kandungan
Protin Tenaga

20 %

27003000

4 16 minggu Duck Grower

16 %

2500
2800

16 minggu
dan semasa
bertelur

17 %

2600
2900

0 2 minggu

Duck Starter

2 3 minggu

Duck
Starter dicampur Duck
Grower

Layer

2. Makanan Campuran Sendiri


Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang
murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer
premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:Umur
0 4 minggu

1.2 kg. 1.6 kg.

5 minggu 22 minggu

11.0 kg 11.8 kg

22 minggu ke atas (semasa

160 hingga 170 gm bagi

bertelur)

tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan
makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang
sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik
Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari
terkena serangan penyakit iaitu:

Menjaga kebersihan ladang setiap masa

Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat

Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada
umur itik 1 3 hari.

Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di
takai

Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum


ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari
cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam
hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang
mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam
cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah

lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 4 jam lagi boleh
diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.

Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki

Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi
memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu
tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek
ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik

Pemeliharaan semasa perindukan

Pengurusan semasa membesar

Pengurusan semasa bertelur


Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh


memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 3 jam sebelum anak itik
sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik
boleh diberi makan.

Masa perindukan adalah selama 20 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti


biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.

Beri antistress selama 3 hari.

Beri makanan duck starter crumble tanpa had

Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas
makan dan minum ikut kesesuaian.
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung

Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar

Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering

Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran


pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 2800k/cl

Timbang 2 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .

Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya


tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 22 minggu. Oleh itu :-

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran


pastikan mengandungi 2600 2900 k/cl.

Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 5 minggu
sebelum bertelur.

Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 170 gm sehari /ekor.

Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama

Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh


dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)

Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

Semak keperluan cahaya mengikut umur itik


PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang
persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur
Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran
ialah di antara 13.6 15.0.
Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama.
harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada
beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna.
melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau
sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk
merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

Rekod pemeliharaan/pengurusan

Rekod kewangan

Galeri Penternakan itik Muscovy

Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.

Antara bangsal ternakan itik muscovy.

Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan
pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor

Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan


Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak
FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin


kelangsungan projek.

Projek Itik kg.Tok Jembal


ANALISA MARGIN KASAR
PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR
UNTUK SATU PUSINGAN
Bilangan ayam sepusingan
Kadar kematian sepusingan
Kemasukan anak ayam dara
(pullet)
Bilangan ayam penelur pada
minggu ke 72
Purata pengeluaran telur
Tempoh pengeluaran telur
Kadar Penggunaan makanan
ayam penelur

100,000ekor
15%
100000ekor
85000
75%
52minggu
0.108kg/ekor/hari

Perkara

Unit

Harga/
Unit

Kuantiti

Hasil
Jualan telur ayam

biji

0.19

27,375,000.00 5,201,250.00

RM/Pusingan

Jualan ayam tua


Jualan tinja
Jumlah Hasil
Kos Berubah 1
Makanan penelur
Ayam dara (pullet)
Jumlah Kos Berubah 1

ekor
bag

3.00
2.50

85,000.00
78,000.00

kg
ekor

1.04
10.41

3,931,200.00 4,076,654.40
100,000.00
1,041,392.66
5,118,047.06

Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil Jumlah Kos


berubah 1)

255,000.00
195,000.00
5,651,250.00

533,202.94

Kos Berubah 2
Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin
Elektrik + Air
Upah/Gaji

(RM
0.03
/ekor)
(RM 0.4 /
ekor)
( RM
2.10 /
ekor)

3,000.00
40,000.00
210,000.00

Pembaikan dan senggaraan


Pelbagai
Jumlah Kos Berubah 2

25,000.00
10,000.00
288,000.00

Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos


Berubah 2)

245,202

Anda mungkin juga menyukai