Anda di halaman 1dari 76

ranjeetkumar

Penghargaan

Saya berasa syukur kerana saya dapat menyempurnakan tugasan seni ini.
Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing

kerana telah

banyak memberi bimbingan, pandangan serta teguran yang membina sepanjang


penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan
yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian
tindakan.
Kepada keluarga saya, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah banyak
menyokong saya selama ini.
Diharap tugasan ini telah dilaksanakan dengan baik dan memenuhi
kehendak soalan.
Sekian, terima kasih.

LETCHUMI A/P NADARAJAH

ranjeetkumar

Bidang Menggambar

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR


Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang
menggambar adalah satu bidang yang mengasaskan perkembangan persepsi dan
kemahira seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan mrid terhadap aspek
melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai
media dan teknik. Di samping itu ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang
menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan
dan mozek.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi
diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar membolehkan
murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam
proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya
menjadi focus utama bidang menggambar ini.
Selain itu, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual
murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,susunan dan
kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan
pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni aspek apresiasi hasil kerja perlu
diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.

1.1 Keperluan dan keinginan kanak-kanak


2

ranjeetkumar

Seni merupakan asas perkembangan seseorang

individu. Jika diajar

dengan baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria
merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan
dan idea mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka.
Pendidikan menjadi satu keperluan kepada kanak-kanak. Berdasarkan
teori Pembelajaran Maslow (rujuk Rajah 1), pendidikan boleh dikategorikan berada
didalam tahap fisiologi, iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanakkanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum manusia bersedia diri
dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada
keperluan pelajar dapat dipenuhi.

keperluan-

ranjeetkumar

Rajah 1 : Teori pembelajaran Maslow

1.2

Fungsi aktiviti menggambar (teknik/proses) kepada perkembangan


Psikomotor
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual memberikan satu bentuk latihan dan senaman dan ia berkesan kepada otot
tangan (psikomotor) dan koordinasi tangan serta merta.
Kognitif
Jean Piaget telah memperkenalkan empat peringkat kognitif yang dialami oleh
setiap individu setelah dilahirkan sehinggalah mereka dewasa. Setiap kanak-kanak
mengalami perkembangan mental pada tahap yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak
mempunyai pertumbuhan mental yang lebih cepat atau lambat sedikit dibandingkan
dengan kanak-kanak lain. Aktivit menggambar

dapat menguasai simbol ataupun

bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Menggambar juga dapat menginteraksi


dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-geriknya. Apabila kanakkanak menguasai kawalan pergerakan, kanak-kanak mula berinteraksi dengan cara
menggerakkan objek-objek dalam persekitaranya. Selain itu, aktiviti menggambar juga
meningkatkan unsur berimaginasi dan mencipta pelbagai benda serta meningkatkan
perasaan ingin tahu yang tinggi. Kanak-kanak juga akan cenderung untuk mencapai
matlamat yang tinggi sesuatu perkara dan mengharapkan mencapai objektifnya. Aktiviti

ranjeetkumar

menggambar juga membantu kanak-kanak untuk memahami konsep abstrak dan


memahami prinsip moral dan etika.

Emosi
Pada

peringkat

kanak-kanak,

perkembangan

emosi

cepat

berlaku

perbandingan dengan keadaan semasa diperingkat prasekolah. Ini adalah disebabkan


semakin meningkatnya matang pengawalan emosinya. Pada peringkat kanak-kanak,
mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga dia
akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam
seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya
akan lebih menyerlah dan unik.

Sosial kanak-kanak
Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting untuk membentuk
sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat
manilai sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan. Oleh itu peranan guru sangat
penting membantu kanak-kanak untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang difikirkan sesuai unutk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan
kehidupan harian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial
menegaskan

bahawa

elemen

sosial

pembelajaran

Albert Bandura, beliau


akan

diperolehi

berdasarkan kepada melihat, meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lain.


2.0 Bidang-bidang menggambar
5

dengan

ranjeetkumar

Bidang menggambar ialah satu bidang yang mementingkan perkembangan dan


kemahiran murid. Kegiatan yang untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan,
cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Mengggambar adalah satu
gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Bidang
menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur
murid. Ia mengandungi komposisi artistic yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar
menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Bidang
menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur
murid. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut Aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan
mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat Cara iaitu peringkat penerangan,
analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana
seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan
menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

Lukisan

Lukisan ialah hasil kerja seni

yang dibuat

berbentuk imej dengan menggunakan

untuk meluahkan

perasaan

media kering. Ianya dilakukan di atas

permukaan yang rata. Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering
seperti pensel , pensel warna , pastel , arang , pen dan dakwat. Setiap alat, media dan
bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu. Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan
perlu disesuaikan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. Unsur seni garisan adalah
amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik. Berbagai-bagai
teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan
sesuatu permukaan. Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah
amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur. Teknik gabung jalin
6

ranjeetkumar

pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu. Lukisan boleh
dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna. Kemahiran
mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan
yang terbaik. Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkahlangkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.

Gambar ini menunjukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik Lukisan.
Dalam gambarajah ini pelukis telah menggunakan alat pensil. Hasilnya ialah satu
gambaran yang menarik dari imej haiwan iaitu siput. Lukisan ini dihasilkan di
atas sesuatu permukaan yang rata

Gambar ini menunjukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik Lukisan. Dalam
gambarajah ini pelukis telah menggunakan alatan terhad iaitu media kering seperti
pensil. Proses lukisan ini melakukan dengan garisan, melorek ton dan menggosok.
Lukisan ini bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata. Tema
dan subjek yang ingin dilukis oleh murid ini ialah Lukisan Figura dimana imej yang
berkaitan dengan manusia atau haiwan. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual menerusi penentuan media dan Aplikasi pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual menerusi penghasilan karya seni. Dari segi Persepsi estetik, murid
7

ranjeetkumar

ini dapat mengenal dan memahami unsur seni (garisan) dalam karya seni sendiri dan
rupa organik . Murid ini juga mengaplikasi seni dia dengan mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media seperti kertas lukisan, pemadam dan pensel serta dia juga mengethui
teknik-teknik penggunaan media dalam penghasilan karya seni. Murid ini juga dapat
memilih dan memanipulasi bahan kreatif dan menggunakan unsur seni (garisan dan
jalinan) dalam penghasilan karya serta menghasilkan karya menggunakan bahasa seni
visual. Di akhir pembelajarannya, murid ini dapat mempamerkan karya seni yang
dihasilkan. Dia juga dapat menceritakn karya sendiri secara lisan dan dapat
menghargai karya seni sendiri dan rakan.
Catan
Catan ialah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan yang
rata. Ia adalah satu ciptaan gambar yang berwarna. Adalah satu hasil kerja estetik
dipersembahkan secara 2D. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang
banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.

Perkara

yang paling penting dalam proses mewarna ialah mengawal kepekatan campuran
warna dan air. Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. Warna air bersifat
lutsinar dan lembut. Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. Cat minyak
perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas.
Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. Cat gouache cepat kering
manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding atau mural. Pemilihan tema
atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. Berus yang berbagai jenis
mempunyai fungsi yang tersendiri.

Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk

menghasilkan catan. Warna asas terdiri daripada tiga warna. Warna sekunder ialah
hasil campuran dua warna asas. Warna tertier adalah campuran warna asas dengan
warna sekunder. Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau
hitam. Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna
harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Ton
warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu
objek. Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan
intensiti yang berbeza.Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak
8

ranjeetkumar

terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. Warna boleh diterjemahkan dalam
pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas
senireka, situasi tertentu dan simbol. Menghargai sesuatu hasil seni dapat
berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

Gambar ini menunjukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik Catan.
Dalam gambarajah ini pelukis telah menggunakan alatan dan media seperti warna
air, berus dan kertas lukisan digunakan keatas catan tersebut. Hasilnya ialah
satu gambaran yang menarik dari imej rumahku.
Gambar ini salah satu kegiatan menggambar dari teknik Catan. Karya ini ialah hasil
kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Dalam gambarajah ini pelukis telah menggunakan media seperti warna air, berus dan
kertas lukisan digunakan ke atas catan tersebut. Hasilnya ialah satu gambaran yang
menarik dari imej rumahku. Lukisan ini bersifat lutsinar dan legap serta tebal sekiranya
disapu serta ia sesuai di permukaan kertas. Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran
Sekolah Rendah,

kegiatan menggambar boleh dikategorikan kepada beberapa

kategori salah satunya ialah rumah saya. Kebanyakan warna digunakan dalam karya
ini ialah Warna sekunder iaitu kuning, biru dan merah. Pada peringkat akhir, pelukis ini
dapat menguasai persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni : warna
9

ranjeetkumar

dan rupa), aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penghasilan karya seni serta apresiasi terhadap karya seni. Dari segi
persepsi estetik pelukis ini dapat mengenal dan memahami unsur seni dalam hasil
karya sendiri, mengenal pasti dan mengaitkan bahasa seni visual yang terdapat dalam
alam ciptaan Tuhan dan objek buatan manusia. Pelukis ini juga mengaplikasi seni
dengan mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, mengenal pasti sifat-sifat media
dan mengetahui teknik-teknik penggunaan media dalam penghasilan karya. Dari segi
ekspresi

kreatif,

pelukis

ini

dapat

menghasilkan

kepelbagaian

lakaran

idea,

memanipulasi bahan secara kreatif, dan menghasilkan karya seni bersdasarkan


perancangan proses kerja. Di akhir pembelajaran, pekulis ini juga mempamerkan karya
seni yang dihasilkan dan menceritakan karya seni sendiri secara lisan.
Kolaj
Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan
dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan
di atas permukaan rata. Bahan antara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah
dari bahan-bahan terbuang seperti kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Pelekatpelekat

dan

alatan

yang

digunakan

dalam

menghasilkan

kolaj

mempunyai

kegunaannya yang tersendiri. Teknik-teknik yang digunakan dalam kolaj mempunyai


kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. Sebelum mengaplikasikan
alatan dan media pada kolaj perlu mencari tema terlebih dahulu. Langkah permulaan
menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.
Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan
dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. Langkah terakhir yang
sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah melihat kejadian sebenar. Aktiviti kolaj
banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan seseorang
individu. Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan
aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. Tahap
manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan
10

ranjeetkumar

keseronokan. Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen
mudah dan suka terhadap sesuatu benda. Tahap realistik ialah tahap di mana murid
berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
Gambarajah 3 menunjukkan hasil karya murid.

Gambar ini menunjukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik Kolaj. Jika
ditinjau dengan teliti, pelukis telah menggunakan alatan seperti cebisan kertas
berwarna, gam, gunting dalam proses menghasilkan kolaj tersebut. Hasilnya
dalah satu gambaran yang menarik dari imej bunga

Gambar ini salah satu kegiatan menggambar dari teknik Kolaj. Jika ditinjau dengan
teliti, pelukis telah menggunakan alatan seperti cebisan kertas berwarna, gam, gunting
dalam proses menghasilkan kolaj tersebut. Hasilnya dalah satu gambaran yang
menarik dari imej bunga. Pelukis ini dapat menguasai persepsi dan pemahaman seni
visual ( unsur seni dan prinsip rekaan), aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni, penzahiran idea
melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya serta apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan. Dari segi standard pembelajaran pelukis ini dapat
mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya
11

ranjeetkumar

seni. Unsur seni yang digunakan oleh pelukis ini ialah garisan (lurus dan melengkung).
Pelukis ini mengaplikasikan

seninya

dengan pengetahuan menerusi penggunaan

media dan teknik.Pelukis juga mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, alatan
gunting, dan bahan kertas A4 bergambar bunga raya, warna dan gam. Pelukis ini juga
mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya kolaj.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran bahasa seni

visual dalam menghasilkan karya seni Dia juga memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif, menggunakan unsur seni (garisan , rupa dan warna ) dalam
menghasilkan karya dan menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual. Pelukis
ini juga dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual. Dia juga mempamerkan karya seni yang dihasilkan, menceritakan
karya seni sendiri secara lisan dan menghargai karya sendiri dan rakan.
Montaj
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari
berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik
memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan
gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan
menghasilkan satu imej baru. Teknik superimpose, image editing photography
digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Alat, media
dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.
Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. Tema bagi
aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema alam benda, figura dan
corak huruf. Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsipprinsip rekaan dalam hasil kerja. Unsur yang digunakan dalam montaj boleh diulang
untuk mendapatkankeseragaman. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra
digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang
digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka meletakkan
subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti montaj yang menggunakan image editing
software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

12

ranjeetkumar

Gambar ini menunjukkan satu aktiviti menggambar yang menggunakan


teknik montaj. Gambar-gambar yang terdapat dalam hasil kerja ini terdiri dari
potongan gambar dari majalah foto yang disusun sebegini rupa unutk
menghasilkan satu hasil kerja yang menarik

Gambar ini menujukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik Montaj.
Pelukis telah menggunakan alatan seperti gambar haiwan, kertas lukisan, gam, gunting
dalam proses menghasilkan kolaj tersebut. Hasilnya ialah gambaran yang menarik
dari imej haiwan. Pelukis ini dapat menguasai persepsi dan pemahaman seni visual
(unsur seni dan prinsip rekaan), aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni, penzahiran idea
melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya serta apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan. Dari segi standard pembelajaran pelukis ini dapat
mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya
seni. Unsur seni yang digunakan oleh pelukis ini ialah garisan (lurus dan melengkung).
Pelukis juga mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, alatan gunting, dan bahan
13

ranjeetkumar

kertas A4 bergambar bunga raya, warna dan gam. Pelukis ini juga mengetahui
penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya kolaj. Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni

Pelukis ini juga dapat membuat apresiasi terhadap karya

sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. Dia juga mempamerkan karya seni
yang dihasilkan, menceritakan karya seni sendiri secara lisan dan menghargai karya
sendiri dan rakan.

Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang dicipta dalam bentuk edisi dengan
menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Cetakan
adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. Alat dan media cetakan
boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan
bahan terbuang. Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap
pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan. Teknik bayangan gelap, teknik bayangan
putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah di antara teknik cetakan yang
popular dihasilkan. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino)
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan
dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap
tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai
perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti cetakan di
peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. Aktiviti
cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah.
Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan beberapa sudut iaitu sudut
diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

14

ranjeetkumar

Gambar ini menunjukkan satu aktiviti menggambar yang menggunakan teknik


cetakan. Alatan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah cetakan sayur bendi dan
keladi.
Gambar ini menujukkan salah satu kegiatan menggambar dari teknik cetakan.
Pelukis telah menggunakan alatan daripada cetakan sayur bendi dan keladi untuk
menghasilkan karyanya. Hasilnya ialah gambaran yang menarik dari imej itu. Pelukis
ini dapat menguasai persepsi dan pemahaman seni visual ( unsur seni dan prinsip
rekaan), aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam aktiviti seni, penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan karya serta apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan. Dari segi standard pembelajaran pelukis ini dapat mengenal, menamakan dan
memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni. Unsur seni yang
digunakan oleh pelukis ini ialah garisan (lurus dan melengkung). Pelukis ini
pengaplikasi seni dia dengan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik
dalam aktiviti seni. Pelukis juga mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, alatan
gunting, dan bahan kertas A4 bergambar bunga raya, warna dan gam. Pelukis ini juga
15

ranjeetkumar

mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya kolaj.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran bahasa seni

visual dalam menghasilkan karya seni Dia juga memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif, menggunakan unsur seni (garisan , rupa dan warna ) dalam
menghasilkan karya dan menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual. Pelukis
ini juga dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual. Dia juga mempamerkan karya seni yang dihasilkan, menceritakan
karya seni sendiri secara lisan dan menghargai karya sendiri dan rakan.
Gosokan
Gosokan ialah

satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu

permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang
hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap
alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Alatan
dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan benda buatan manusia.
Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal
lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah
rosak. Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila
menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Teknik gosokan yang
pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. Penentuan tema sebelum
pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
Gambarajah 6 menunjukkan hasil karya murid iaitu gosokan.

16

ranjeetkumar

Gambarajah ini menunjukkan teknik gosokan yang telah menggunakan alat


dan bahan seperti pensil, pensel warna dan kertas lukisan. Pensel digunakan
unutk mendapatkan rupa objek buatan manusia.
Gambar ini menunjukkan teknik gosokan yang telah menggunakan alat dan bahan
seperti pensil, pensel warna dan kertas lukisan. Dari segi kandungan standard

ini

persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, bentuk, jalinan, warna, serta
kontra, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia,
dan karya menggambar teknik gosokan. Selain itu, pelukis juga dapat pengaplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media, dan
teknik dalam aktiviti menggambar teknik gosokan. Pelukis ini juga mengaplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penghasilan gambar. Pelukis
ini mengepresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni, dan budaya. Dari segi persepsi estetik pelukis ini menghasilkan gambar
menggunakan media basah dengan teknik gosokan yang menekankan aspek jalinan.
Pelukis ini juga mengguna unsur seni iaitu Rupa organik dan geometri, Bentuk ilusi,
Jalinan tampak dan sentuh, Warna primer dan sekunder, Prinsip rekaan, Kontra
jalinan dan Kepelbagaian - jalinan dan ton warna. Murid dapat mengetahui dan
memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan
gambar dengan teknik gosokan, mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, alat
pelbagai jenis permukaan berjalinan, bahan kertas lukisan, pensel, dan pensel warna,
mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya dan
teknik gosokan. Pelukis juga dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam penghasilkan
karya seni. Pelukis memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif , mengaplikasikan
proses dan teknik gosokan dalam penghasilan karya dan menggunakan bahasa seni
visual :jalinan, kontra, dan kepelbagaian dalam penghasilan karya. Murid dapat
17

ranjeetkumar

membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan
pada bahasa seni visual. Pelukis dapat mempamerkan karya yang dihasilkan dan
menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Resis
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warnawarna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi
pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas. Teknik tindihan lilin ke atas lilin yang lain boleh dijalankan dalam
aktiviti resis. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang
alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja
yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang
digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan
resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat di kertas tersebut
ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan
digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin
dalam aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin
dalam proses menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain menggunakan
canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam
resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Terdapat
empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif,
empati dan interaktif. Gambarajah 7, menujukkan hasil karya murid.

18

ranjeetkumar

Gambar ini menunjukkan satu lagi aktiviti menggambar yang dihasilkan


dari warna basah dan contengan lilin. Kesannya dapat dilihat keatas hasil karya
tersebut. Secara langsung wujud garisan yang berbagai warna.

Gambar ini menunjukkan teknik resis yang telah menggunakan alat dan bahan seperti
lilin, warna air dan kertas lukisan. Dari segi kandungan standard pelukis ini persepsi
dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, bentuk, jalinan, warna, serta kontra,
dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan
karya menggambar teknik gosokan. Selain itu, pelukis juga dapat pengaplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media, dan
teknik dalam aktiviti menggambar teknik gosokan. Pelukis ini juga mengaplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penghasilan gambar. Pelukis
ini mengepresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni, dan budaya. Dari segi persepsi estetik pelukis ini menghasilkan gambar
menggunakan media basah dengan teknik gosokan yang menekankan aspek jalinan.
Pelukis ini juga mengguna unsur seni iaitu Rupa organik dan geometri, Bentuk ilusi,
Jalinan tampak dan sentuh, Warna primer dan sekunder, Prinsip rekaan, Kontra
jalinan dan Kepelbagaian - jalinan dan ton warna. Murid dapat mengetahui dan
memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan
gambar dengan teknik gosokan, mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, alat
pelbagai jenis permukaan berjalinan, bahan kertas lukisan, pensel, dan pensel warna,
mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya dan
teknik gosokan. Pelukis juga dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam penghasilkan
karya seni. Pelukis memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif , mengaplikasikan
proses dan teknik gosokan dalam penghasilan karya dan menggunakan bahasa seni
visual :jalinan, kontra, dan kepelbagaian dalam penghasilan karya. Murid dapat
membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan
19

ranjeetkumar

pada bahasa seni visual. Pelukis dapat mempamerkan karya yang dihasilkan dan
menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Percikan
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana
sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan cara
mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang
digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna
basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau
marble yang menarik. Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang
kemas. Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. Percikan boleh
dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih
dahulu. Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama. Percikan yang halus dan
seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan. Percikan menggunakan
penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. Percikan dengan jari akan
menghasilkan percikan yang tidak sekata. Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh
juga dijalankan. Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk
mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini. Tema yang
boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh- tumbuhan,
corak, kad ucapan, setem dan catan. Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah
haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad. Pameran hasil kerja adalah
satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. Guru harus
peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatuhasilkerja dari
aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan
objektif.

20

ranjeetkumar

Gambarajah 8 menunjukkan hasil karya murid teknik percikan. Karya ini


digunakan dengan kertas lukisan, warna poster, berus lukisan, berus gigi.
Gambarajah 8 menunjukkan teknik percikan yang telah menggunakan alat dan bahan
seperti berus gigi, kertas lukisan, dan daun. Dari segi persepsi estetik pelukis mengenal
dan memahami unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya seni sendiri (warna dan
rupa ). Pelukis ini mengaplikasi seni dengan mengetahui teknik-teknik penggunaan
media dalam penghasilan karya seni. Pelukis ini juga menghasilkan karya seni
berdasarkan perancangan proses kerja. Pelukis juga mempamerkan karya seni yang
dihasilkan dan menceritakan karya seni sendiri secara lisan.
Mozek
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan
secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan
yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut
kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Orang Greek, Roman dan
Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. Aktiviti mozek boleh
dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada
bangunan-bangunan di luar sekolah.. Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai
perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. Potongan kertas boleh
dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan
tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan
sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai
menggunakan bahan-bahan timbul. Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja
mozek menjadikan mozek lebih menarik. Bahan-bahan yang dilekatkan untuk
menghasilkan mozek boleh di campur. Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik
yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. Penggunaan linguistik dan ekspresi
visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. Kemahiran kritis dan kreatif boleh
dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
21

ranjeetkumar

Gambar ini menujukkan contoh dari bijirin dan manik masakan.


Kepentingan menggambar aspek :Psikomotor
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
senivisual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor)
dan koordinasi tangan serta mata.

Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan dan kelebihan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan dengan sendirinya.
Emosi dan Sosial
Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid unutk berinteraksi dan
menigkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti
pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar unutk saling hormatmnghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata
22

ranjeetkumar

pelajaran pendidikan seni juga mengajurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti


berkumpulan yang dibentuk. Malah ia dapat membentuk bakat yang menyerlah pada
masa hadapan. Dengan lukisan ini seseorang boleh menyampaikan mesej atau moral
kepada masyarakat .

23

ranjeetkumar

BIDANG CORAK DAN REKAAN

PENDAHULUAN
Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup
(learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi
dunia abad ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu
dengan kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang
kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live
together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja.

Mencorak dan membuat rekaan adalah bidang terpenting dalam seni. Corak
ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ia
merangkumi pelbagai motif untuk membentuk sesuatu rekaan. Pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak bermula dari zaman awal iaitu, dari umur 1 tahun.
Pembelajaran dari awal itu membina asas yang kukuh. Ia perlu diketahui oleh semua.
Ada beberapa pihak ingat pembelajaran hanya mula apabila anak itu menjejak ke tahun
satu. Sebenarnya ia adalah satu fakta yang salah. Tafsiran ini mengenepikan semua
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak pada awal umur mereka.

24

ranjeetkumar

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar


melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa
kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang
mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap
sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan
dalam mengendalikan kehidupan.
Definisi
-Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur,terancang atau secara bebas.
-Corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang.
-Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak
terancang.

Penghasilan corak
i) Corak Terancang menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu.
a)Corak Teknik Resis
b)Corak Teknik Anyaman
c)Corak Menggunakan Garisan Grid
ii) Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.
a)Corak Teknik Cerminan
b)Corak Teknik Pualaman
c)Corak Cetakan Tali
d)Cetakan Daun
25

ranjeetkumar

Jenis-Jenis Susunan Dalam Corak Dan Rekaan


a)Susunan Ulang Sekata
b)Susunan Berselang Seli
c)Susunan Batu-Bata
d)Susunan Bertimbal
e)Susunan Bertindih
f)Susunan Beralun
g)Susunan Berpusat

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan


Perlakuan
a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d) Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni.
e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g) Mengolah,mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i) Membezakan jenis corak tertentu.
26

ranjeetkumar

j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.


k) Mengatur corak.
l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m) Membuat penerokaan dan ekperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan
tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut.

1.Cetakan
Pengenalan
Cetakan ialah proses terapan blok atau plat.Proses ini melibatkan penciptaan
plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej.Kesan permukaan yang dicetak itu boleh
dilakukan ke atas bahan seperti linoleum,styrofoam,logam,kadbod dan bahan-bahan
lain.Blok atau plat cetakan boleh disediakan dengan memotong,mengguris,etching,
atau melukis.Kemudian dakwat diletakkan ke atas blok atau plat tersebut dengan
pelbagai teknik.Kertas dicetak dengan cara menekap ke atas blok melalui gosokan
tangan atau menggunakan mesin cetak.
Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keeping
hasilan yang sama disebut edisi.Tiga atau empat cetakan yang pertama,biasanya
berbeza dengan edisi cetakan selepas itu.Cetakan pertama ini dinamakan artists
proofs (AP).Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini
boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan
berakhir.Pada setiap bahagianbawah cetakan,akan terdapat bilangan edisi cetakan
yang dihasilkan.Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti
27

ranjeetkumar

5/25 yang merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan.Di bahagian tengah ditulis
tajuk cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu
dilakukan.
Jenis-Jenis Cetakan
a) Cetakan Timbulan (Relief)
b) Cetakan Stensil atau Skrin
c) Cetakan Lithogfari / Planograf / Cetakan datar
d) Cetakan Benaman (Intaglio)
e) Cetakan Gurisan Asid
f) Cetakan Kayu
g) Cetakan Lino
h) Cetakan Lithografi
i) Cetakan Sutera Saring
j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Contoh Gambar Cetakan

28

ranjeetkumar

2.Resis
Pengenalan
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat
minyak,cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan
warna.dalam teknik resis,penggunaan bahan-bahan adalah penting.Teknik ini dapat
dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.Bagi aktiviti
yang menggunakan krayon atau lilin,ia mestilah ditekan dengan kuat di atas permukaan
kertas supaya cat air tidak meresap bila disapu di atasnya.Setelah dilakar dengan
krayon,sapukan warna dengan menggunakan berus di tempat yang sesuai.Bahagian
29

ranjeetkumar

yang telah disapu krayon tidak akan diresapi warna.Selain daripada krayon,gam
polisterin atau kanji boleh juga digunakan sebagai bahan penolakan.Resis juga boleh
dihasilkan di atas kain iaitu penghasilan corak batik canting atau batik lukis.

Alat Dan Bahan


i)Canting
ii)Pemidang kayu
iii)Berus pelbagai saiz
iv)Periuk atau kuali
v)Dapur
vi)Tempat mencelup kain merebus kain
vii)Jemuran
viii)Bahan campuran lilin
ix)Pewarna reaktif dan campuran
x)Bahan pemati warna
xi)Bahan pencuci
xii)Kain

30

ranjeetkumar

3.Ikatan Dan Celupan


Pengenalan

31

ranjeetkumar

Teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian
tertentu dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna.Dalam proses tersebut,terdapat
beberapa cara mengikat kain.Setiap satu jenis ikatan akan menghasilkan corak yang
berlainan.Di

antara

jenis

ikatan

yang

selalu

digunakan

ialah

cara

simpulan,ikatan,lipatan dan juga jahitan.Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis
mengembang.Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung kepada
celupan dan cara lipatan kain tersebut.Teknik celupan juga akan menentukan
penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil
adalah besar,sebaliknya jika dicelup cetek,coraknya yang akan terhasil adalah kecil.

Teknik Corak Ikatan Dan Celupan


a)Jenis Ikatan

Jahitan
Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
Lipatan dan ikatan
Simpulan

b)Bahan Dan Alatan

Kain sebaiknya kain kapas


Tali / benang / gelang getah
Batu,guli,duit syiling dan kayu
Warna / dye
Garam
Sudu,kayu pengacau
Apron
Sarung tangan
Kain lap
Bekas untuk pewarnaan
Sodium silikat

32

ranjeetkumar

Contoh Gambar ikatan dan celupan

4.Lukisan
Pengenalan
Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali.Lukisan adalah proses
melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton,melakar garisan dan gosokan
33

ranjeetkumar

menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.Komponen alat dan
media yang digunakan ialah pensel,arang,pen.pensel warna,kertas dan kanvas.lukisan
boleh dihasilkan menggunakan 2 cara iaitu :
Lukisan tanpa warna
Lukisan berwarna
Lukisan

tanpa

warna

dihasilkan

menggunakan

alatan

seperti

pensel,arang,pendan dakwat,pen teknikal dan sebagainya.Bagi lukisan berwarna,media


yang digunakan ialah pensel warna,krayon,pastel dan sebagainya.Lukisan boleh
dihasilkan menggunakan garisan-garisan ,titik-titik,lorekan dan gosokan.Lukisan siap
menggunakan arang,pensel,pastel dank krayon biasanya disapu atau disembur
menggunakan pemati (fixative) supaya kesan lukisan tidak akan hilang apabila
disentuh.salah satu jenis pemati ialah spray clear.

Teknik melukis
o
o
o
o
o

Teknik garisan silang


Teknik titik
Teknik lorekan
Teknik gosokan
Teknik campuran

Media Dan Teknik Melukis

Pensel

Arang

Contoh Gambar Lukisan

34

ranjeetkumar

5.Anyaman
35

ranjeetkumar

Pengenalan
Menganyam

bermaksud

satu

proses

menjalin

helaian

atau

jaluran

daun,lidi,rotan,akar,buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun


dan menyusupkannya antara satu sama lain.Anyaman juga boleh dilakukan dengan
menggunakan

bahan-bahan

alternative

seperti

tali,reben,potongan

kertas,daun

pisang,daun kelapa,daun bertam dan sebagainya.Bahan daripada jenis tumbuhan perlu


diproses terlebih dahulu sebelum boleh digunakan dalam proses anyaman.
Kraftangan anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima
pengaruh luar.Kepandaian mencipta bentuk-bentuk tembikar neolitik dipercayai telah
dibantu oleh rotan dan tali-tali berjalin.Beberapa alat senjata dan keperluan lain
(membina rumah,membuat perahu dan sebagainya) disempurnakan lagi dengan lilitan
akar,rotan dan berbagai jenis ikatan daripada bahan tumbuhan.

Alatan Menganyam

Parang
Jangka
Pelurut
Penyisip
Tempayan
Besen / baldi
Periuk
Dapur / bahan bakar /api
Ampaian

6.Pualaman
Pengenalan

36

ranjeetkumar

Menganyam bermaksud satu proses menjalin helaian atau jaluran


daun,lidi.Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana
warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.Pualaman
dalam pendidikan seni sekolah rendah sebagai pualaman yang dihasilkan di atas
kertas dan ia adalah kaedah yang melibatkan teknik menggunakan air ke atas
permukaan sesuatu reka bentuk.Pualaman adalah kualiti permukaan yang
dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai,marble,catan faux dan
corak semulajadi ira kayu.Dalam teknik pualaman kertas,corak yang dihasilkan
mempunyai persamaan dengan marble atau batu.Corak tersebut membentuk
warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair
yang mempunyai pelbagai kepekatan.Kemudiannya dipindahkan dengan cermat
ke atas permukaan kertas atau kain.Corak pualaman yang dekoratif ini
digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi,penjilidan buku dan kertas
pembungkusan.
Teknik Dan Kaedah Penghasilan
Reka bentuk
Teknik pualaman Turki,Parsi dan India
Kaedah pualaman

Contoh Gambar Pualaman

37

ranjeetkumar

7.Catan
Pengenalan
Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti
kertas,kanvas,dinding,plat,papan board dan sebagainya.Jenis bahan yang sering
digunakan untuk menghasilkan catan adalah cat tempera,cat minyak,cat air,cat
poster,guache,akrilik dan cat kapur(pastel).Media catan yang tertua sekali ialah
tempera.
Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan
perasaannya,membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran
yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.

38

ranjeetkumar

Catan juga merupakan salah satu cabang seni tampak yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri.Perkembangan seni tampak

di Malaysia makin terserlah dengan lahirnya

pelukis-pelukis seperti Syed Ahmad Jamal,Mohd.Hossein Enas,Jaafar Taib,Mazli Mat


Som,Cheong Lai Tong dan lain-lain.
Teknik Dan Media
a) Teknik-Teknik Cat Minyak

Titik (Pointilisme)
Hard Edges
Glazing
Impasto
Scambling
Alla prima

b) Teknik-Teknik Catan Air

Basah atas basah


Basah atas kering
Kering atas basah
Kering atas kering serta tindihan
Kering bertindih
Renjisan

8.Mozek
Pengenalan
39

ranjeetkumar

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil


kaca,batu dan pelbagai bahan yang berwarna.Ia merupakan salah satu teknik
membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya
dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di
dewan-dewan sembahyang di dalam gereja.Jubin atau kepingan seramik yang
dikenali sebagai tesserae atau kaca berwarna atau lut sinar dengan
bersalutkan besi digunakan bagi menghasilkan corak pada gambar.Mozek dalam
pendidikan seni sekolah rendah pula didefinisikan sebagai susunan bahan
kutipan yang ditampal di atas sesuatu permukaan kertas,kad atau permukaan
lain secara sebelah-menyebelah dan tidak bertindihan antara satu sama
lain.antara bahan yang sesuai ialah kertas berwarna-warni.Kertas disebut
dipotongmengikut

bentuk

segiempat,segitiga

atau

bentuk-bentuk

yng

lain.Potongan kertas ini ditampal mengikut lakaran bentuk asal gambar.Selain


daripada kertas,mozek juga dapat dihasilkan dengan menggunakan butang,batubatu kecil,jubin kecil,biji-bijian,kulit kerang,kepingan plastik dan kayu.Gam atau
simen digunakan untuk melekatkan bahan-bahan tersebut.
Contoh Gambar Mozek

9.Renjisan Dan Percikan


Pengenalan
Teknik yang menggunakan berus,semburan atau berus gigi yang
melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair,cat
atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atasbpermukaan sesuatu

40

ranjeetkumar

bahann seperti kertas,kain,kanvas,plywood,permukaan dinding atau lantai dan


sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.
Corak Renjisan Pada Kertas
Langkah 1 : Bancuhkan warna yang dikehendaki
Langkah 2 : Celup berus gigi ke dalam warna dan gosok pada sikat.Percikan
warna akan terhasil memenuhi ruangan kertas lukisan.
Langkah 3 : Tukarkan warna lain dengan menggunakan aktiviti yang sama.
Warna akan bertindih dan membentuk corak menarik.Ulang dengan
seberapa banyak warna yang disukai.

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN
Membentuk dan Membuat Binaan adalah salah satu bidang yang penting dalam
sukatan Pelajaran Seni Visual di sekolah rendah mahupun di sekolah Menengah.
Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi.
Dalam bidang ini kita dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang
dipilih. Melalui aktiviti membentuk dan membuat Binaan kita dapat dan boleh
menghasilkan pelbagai jenis kraf yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang.
41

ranjeetkumar

Secara umumnya,Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi


perhatian yang penting kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Aktiviti membentuk di peringkat
sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan mental kanak-kanak
pada usia kecil lagi.. Antara aktiviti yang membentuk, dan dapat mengubah bentuk
bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache dan sebagainya.
TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau
membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,
pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut
dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Teknik Picitan

Teknik Lipatan

Teknik Potongan

Teknik Cantuman

Teknik Pembungkusan

Teknik Guntingan

Teknik Luakan

JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.


Untuk setiap aktiviti, kita perlu menggunakan tema yang sesuai mengikut
perkembangan murid di sekolah. Sekiranya aktiviti yang dirancang sesuai dengan
perkembangan murid maka ia dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan
minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, perlu difikirkan dan bagaimana tema
tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
42

ranjeetkumar

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang
Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti
Arca timbul
Arca Mobail
Arca Stabail
Asemblaj
Model
Diorama
Boneka
Topeng
Origami
ALAT DAN BAHAN
Alat dan bahan yang sesuai perlu dalam proses penghasilan karya Membentuk dan
Membuat Binaan. Kita boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat,
plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah
liat, sabun dan sebagainya.

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Terdapat banyak tujuan bagi membentuk dan membuat Binaan.Antaranya ialah
tingkatkan Daya Kreativiti.Jika kita seorang yang sering membayangkan suatu
penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang

43

ranjeetkumar

memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif seperti diberitahu oleh
(Herbert Read pada tahun(1958) dalam karyanya.
June King Mc Fee mengatakan kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan
dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia
ada.Carl Rogers pula menegaskan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu
yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan,
kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.
Bagaimana kita harus Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
Kita harus meningkatkan kreativiti dengan rangsangkan pemikiran kanak-kanak
dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan
gambar foto.Selain itu dengan membuat Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan
kraf tangan kta dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak padamasa ke semasa.
Memberi perhatian ketika berkarya dan membimbing murid dan berikan
perhatian yang sepenuhnya cara berkarya yang baik dan berketerampilan.Beri peluang
untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan
pengetahuan para murid.Kita seharusnya tidak kritik terhadap karya mereka dan harus
nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Arca yang dihasilkan, perlu kuat, kukuh dan selamat.
Kembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi
Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
Menguasai prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
Bahan binaan mestilah sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

44

ranjeetkumar

Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk
suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat tumbnail-print / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali
diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik manik
dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

1. ARCA TIMBUL
PENGENALAN

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej.Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi
lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan
pemujaan.Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh
didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL

45

ranjeetkumar

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau
dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan
secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI
-Kayu
-Plaster of paris
-Pahat
-Pisau
CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL

2. ARCA MOBAIL

46

ranjeetkumar

PENGENALAN

Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang
tergantung dan bergerak.Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh
dikomersilkan.
DEFINISI ARCA MOBAIL
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas
syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca
dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh
bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh
terawang-awang.
ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI UNTUK MENGHASILKAN ARCA MOBAIL
-Plastik
-Dawai
-Bahan besi
-Plastik
-Span
CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL

3. ARCA STABAIL
47

ranjeetkumar

Pengenalan
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum
dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.Bahagian atau komponen yang
berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep
yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru,paku
atau gam.

ALAT DAN BAHAN


-

Bahagian tapak - Bahan besi, kayu, papan, plaster of paris.

Bahagian bergerak -Dawai, plastic


Contoh gambar Arca Stabail

4. ARCA ASEMBLAJ
48

ranjeetkumar

PENGENALAN

Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan
yang unik dan menarik.Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru
untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap
penjagaan alam sekitar.Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai
menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid.
DEFINISI ARCA ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun

cara

perletakan

yang

menimbulkan

suatu

makna.

Walaupun

pada

kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya
juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk
membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang
bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau
binaan.
Contoh Gambar Arca Asemblaj

5. MODEL
49

ranjeetkumar

PENGENALAN
Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih
memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru
memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan
semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan
pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan
kreativiti.
DEFINISI MODEL
Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan
nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.Contoh-contoh model yang
sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape.

Pemotong -Gunting, pisau.

Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.


CONTOH-CONTOH GAMBAR MODEL

6. DIORAMA
50

ranjeetkumar

DEFINISI
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan
di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat
dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri
atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema
diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi
yang sama seperti tema diorama.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA

Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.

Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.

Pemotong- Gunting, pisau.

Pelekat- Selotape, gam, tali.


CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA

51

ranjeetkumar

7. BONEKA
PENGENALAN

Boneka adalah

sejenis mainan yang

dapat

berbentuk

macam-macam,

terutamanya manusia serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan
yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka
sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali
antara dulu dan sekarang.Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun
kadang-kadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam
atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual
keagamaan

pada

zaman

dulu,

permainan jelangkung, sihir ataupun

upacara

pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situssitus sejarah maupun prasejarah.
DEFINISI BONEKA
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama
ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda
atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaadamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Contoh Gambar Boneka

52

ranjeetkumar

BIDANG KRAF TRADISIONAL


PENGENALAN
Bidang yang keempat ialah bidang Kraf Tangan.Kraf tradisional boleh didefinisikan
sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah
rendah, dan menengah biasanya murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1.Alat Domestik
2.Batik
3.Ukiran
4.Anyaman
5.Alat Permainan
6.Alat Pertahanan Diri
7.Perhiasaan Diri
Bidang ini secara tidak langsung memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis
kraf tradisional dalam budaya tanah air kita. Secara umumnya,Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan
hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan Kraf Tradisional

ini boleh dilakukan dalam

pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.


1.ALAT DOMESTIK
PENGENALAN

Alat domestik sangat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Kini
alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain
mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestic juga dapat dijadikan sebagai barangan
kegunaan harian.
53

ranjeetkumar

DEFINISI ALAT DOMESTIK


Alat domestik ialah barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang
digunakan bagi memudahkan urusan seharian.
CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK

Batu giling

Batu kisar

Tudung saji

Tudung rotan

Tudung saji mengkuang

Kukuran duduk dan kukuran silang

Dulang paha tembaga air mawar

Cerek tembaga
CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK

54

ranjeetkumar

2.ALAT PERMAINAN
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanakkanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:

Congkak

Wau

Batu seremban

Sepak raga

Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji
getah atau guli.
CONTOH CONTOH GAMBAR ALAT PERMAINAN

55

ranjeetkumar

3.ALAT PERTAHANAN DIRI


PENGENALAN
Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri
daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya
menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi
lambang keberanian pahlawan melayu.
CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI
-Keris
-Lembing
-Perisai
-Golok
CONTOH-CONTOH GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI

56

ranjeetkumar

5.ALAT PERHIASAN DIRI


PENGENALAN
Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita.
Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan
menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri
menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan
sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan
selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI


Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang
diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan
pemakaian baju kebaya.Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang.
Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga).Cucuk sanggul - Cucuk
sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih

57

ranjeetkumar

menarik.Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai


oleh kaum wanita
CONTOH-CONTOH GAMBAR PERHIASAN DIRI

6. BATIK
PENGENALAN
SEJARAH BATIK
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.Sejak abad ke 15
Masihi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
Masyarakat melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain
batik diusahakan dengan kaedah alatan moden.
Batik diperkenalkan pada tahun 1910.
Batik berasal dari perkataan Jawa tik yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik bermaksud melukis,menulis,mewarna atau menitik.
Kebanyakkan kilang perusahaan terdapat di negeri Terengganu dan Kelantan.
JENIS-JENIS BATIK
58

ranjeetkumar

Batik Lukis
Batik Skrin
Batik Pelangi
Batik Blok
Alat Dan Bahan
1. Kain putih melukis batik
2. Canting - Mecanting batik
3.Berus -Menyapu warna
4.Damar Bahan untuk mecanting batik.
5.Sodium silikat mematikan warna
6.Kuali Merebus Kain
7.Lilin Bahan untuk mecanting batik.

BAHAGIAN BATIK

59

ranjeetkumar

Contoh Gambar Batik

7. ANYAMAN
PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu. . Ini boleh dilihat pada rumahrumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan
buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah
yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang
60

ranjeetkumar

tebal

.
Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh

luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahanbahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampungkampung.
Pelbagai kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari
jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat
didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerjakerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan beraneka rupa
bentuk.
Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering
digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.
Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini
merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan
nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah
terdapat

penggunaan

tikar

Raja

yang

diperbuat

daripada

rotan

tawar..

Proses menganyam biasanya disebut sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu


anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca
yang

redup

atau

dingin,

daun-daun

lebih

lembut

dan

mudah

dibentuk

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya
hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa
bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh
masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan.
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai
(motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya
61

ranjeetkumar

unsur

alam)

sementara

corak

dimaksudkan

kepada

susunan

warna

tanpa

memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai
disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsurunsur

alam

semulajadi

seperti

unsur-unsur

tumbuhan

dan

binatang.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya.
Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan
agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui
bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi
perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan
bersama.
ALAT DAN BAHAN
1.ROTAN
Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada
palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama
dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan
berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.
2.POHON MENGKUANG
Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak
belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon
mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan
bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang
lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.
3.BULUH
Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan
buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur
asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama
62

ranjeetkumar

soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap
dianggap lebih cantik dan menarik.

Contoh Gambar Anyaman

Bahagian c
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara seluruh di Malaysia. Pada tahun 1988,
KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya, lanjutan itu,
KBSR yang dikenali pada asasnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi

63

ranjeetkumar
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Secara umumnya KBSR merangkumi tiga bidang iaitu
komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual
teramasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian dan
kesihatan.

Matlamat
Objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah bagi melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pendidikan seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan dan menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang untuk
pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Prinsip asas seni visual boleh dirujuk kepada penerapan asas- asas dalam
pendidikan seni visual seperti asas dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas
dalam pendidikan seni

Objektif
Kurikulum PSV digubal bagi membolehkan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah
dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual.

Isi Kandungan
Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang merangkumi tiga
aspek iaitu pemerhatian , interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta
penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan tersebut kurikulum PSV
disusun dalam empat bidang kegiatan utama.

64

ranjeetkumar

KURIKULUM KBSR PSV


Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional

1)Menggambar
Menggambar ialah perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid
terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
memberi tumpuan kepada aspek ruang, struktur dan imbangan. Selain itu, ia juga merangkumi
kepada kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan dalam bidang lukisan.
Aktiviti aktiviti yang menggunakan teknik ini ialah seperti:

lukisan

Catan

Kolaj
Cetakan
Gosokan
Poster

Montaj
Resis
Percikan
Gurisan

2) Membuat Corak dan Rekaan


Selain itu, aktiviti membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid untuk
memahami pelbagai cara dan teknik untuk menghasilkan corak dan menggunakan untuk
menjadi satu rekaan yang lain. Selain itu, ia membolehkan murid mengenali pelbagai corak
alam dalam kehidupan seharian. Malah kegiatan ini dapat mengenal motif untuk
menghasilkan corak tertentu seperti corak terancang dan corak yang tidak terancang.
65

ranjeetkumar
Corak terancang
Tiupan
Titisan
Ikatan dan celupan
Renjisan dan percikan

Corak yang tidak terancang


Catan
Lukisan
Kaligrafi
Kolaj

3)Membentuk dan Membuat Binaan


Dalam bidang ini murid murid akan mengenal proses penghasilan bentuk dan
membuat binaan. Murid murid akan membuat dan menghasilkan binaan mengikut daya
kreativiti masing masing seperti arca timbul, model, boneka, topeng , origami, mobail dan lain
lain lagi.
4)Mengenal Kraf Tradisional
Murid murid juga akan diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kraf tradisional
Negara Malaysia. Dengan ini mereka dapat mengenal kraf tradisi Negara kita. Mereka juga
dapat mempelajari bagaimana hendak menghasilannya, fungsi, proses ,corak ,hiasan dan lain
lain lagi. Antaranya ialah:

1)Batik
2)Tenunan
3)Ukiran
4)Anyaman
5)Tembikar

Pendekatan dalam PSV


Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian
secara aktif, interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara

66

ranjeetkumar
mudah, menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
1)Pemerhatian secara aktif.
Ia memberi maksud pemerhatian secara keseluruhan, berfokus dan terperinci. Murid
murid akan dilatih untuk membuat pemerhatian terhadap alam sekitar dan alam sekelilingnya
untuk mendapatkan gambaran. Ini dapat mempertingkatkan daya pemikiran dan daya imaginasi
para murid dalam bidang ini.
2)Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
murid murid digalakkan menggunakan alat dan bahan bahan tertentu untuk
menghasilkan satu lukisan yang menarik dan berbeza serta mempunyai daya kreatif dan kritis.
Malah murid murid juga dapat mempelbagaikan penggunaan alatan dan bahan bahan untuk
menghasilkan sesuatu lukisan yang mempunyai daya kreatif yang unik dan berbeza serta dapat
memperkembangkan daya pemikiran.

3)Apresiasi seni visual secara mudah.


Dalam bidang ini murid- murid akan diperkenalkan dengan tokoh tokoh seni dan mereka
dapat mengenali tokoh tokoh ini. Murid murid juga dapat menggunakan pengalaman
hidupnya, alam sekitar untuk menghasilkan seni visual yang kreatid dan unik.
4)Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan - murid dipupuk nilai menyayangi
dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.
Murid murid akan dikenalkan dengan kehidupan seharian mereka dan sekeliling mereka
untuk dapat mengetahui dan menghayati nilai nilai kehidupan manusia agar mereka dapat
mengaplikasikannya dalam bidang ini.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Matlamat

67

ranjeetkumar
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah

ialah

untuk melahirkan insan yang

harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum ini membantu murid rasa kesyukuran

Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran dan seni serta warisan bangsa. .


Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

menghargai keindahan ciptaan Tuhan


melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
mengenali asas seni reka serta dapat menggunakannya
mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif ialah penglihatan murid- murid , gambaran dan dapat
menajamkan pemikiran seseorang murid. Deria penglihatan juga dapat menyumbangkan
kepada ke arah seni visual. Pemerhatian yang tajam juga dapat menajamkan pemikiran
seseorang murid-murid.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

68

ranjeetkumar
Dalam bidang ini murid- murid akan mempelbagaikan idea untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Murid murid juga memanipulasi alat dan bahan bahan lukisan untuk mendapatkan
idea- idea yang terbaik serta menghasilkan satu interaksi atau seni yang unik dan kreatif serta
berbeza dari yang lain. Murid murid dapat belajar dari proses pembelajaran ini dapat mereka
juga dapat menggunakan pelbagai bahan bahan untuk menghasilkan yang terbaik.
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan dalam bidang seni. Mereka juga dapat mempelajari dan mengenali tokoh- tokoh
seni dalam bidang ini. Mereka juga dapat mempelbagaikan idea- idea dengan begitu mudah
dan menghasilkan sumber seni yang terbaik.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Selain itu, murid- murid akan menghargai nilai- nilai yang murni dalam kehidupan.
Mereka secara tidak langsung akan menghayati dan mempunyai nilai- nilai yang terbaik. Nilai
nilai yang terbaik akan mendorong mereka juga menghargai erti kehidupan dan alam
sekitarnya. Alam sekitar juga memainkan peranan yang penting dalam bidang seni ini.
ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf
tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada
empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi
seni.

69

ranjeetkumar
STANDARD KANDUNGAN 1: PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini dibuat untuk membolehkan murid membuat persepsi dan
memahami unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada alam ciptaan ini, objek buatan
manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2: APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid menggunakan ilmu pengetahuan,
pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti
bidang seni ini.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini pula berdasarkan dari pengetahuan dan pemahaman

seni

visual menerusi idea idea yang baru melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL


Standard kandungan ini membolehkan murid membuat a karya sendiri dan lebih
berpandukan kepada bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh
membuat penghayatan dan menghargai seni warisan serta menghubung kait seni visual.
Kurikulum Seni Visual meliputi :
MENGGAMBAR (25%)
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (25%)
MEMBUAT BINAAN (25%)

70

ranjeetkumar
MENGENAL KRAF TRADISIONAL (25%)

Perbandingan KSSR dengan KBSR

Sukatan kurikulum telah diubah dari kurikulum bersepadu sekolah rendah(KBSR)


kepada Kurikulum standard sekolah rendah(KSSR). Terdapat pelbagai perbezaan yang telah
diubah dalam kandungan pendidikan seni visual untuk sekolah rendah ini.
Kurikulum bersepadu sekolah rendah berasaskan mata pelajaran manakala kurikulum
standard sekolah rendah(KSSR) menbahagikan mata pelajaran yang digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah kepada tiga modul
iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hanya memberi tumpuan kepada


penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tetapi Kurikulum standard sekolah
rendah (KSSR) mempunyai beberapa tahap iaitu tahap I iaitu Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu
kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Satu kelebihan dalam
KSSR iaitu kemahiran menaakul. Menaakul adalah kemahiran berfikir dan membuat
pertimbangan secara logic. Ini merupakan satu kelebihan kepada para murid- murid untuk
meluahkan idea dan pendapat mereka semasa proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan
di dalam kelas dan di luar kelas.
Dari segi aspek alat dan bahan pula, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang
bercorak pendidikan asas manakala KSSR tidak mempunyai sukatan pelajaran tetapi bahan
pembelajaran dan pengajaran terbahagi kepada dua iaitu standard kandungan dan standard
71

ranjeetkumar
pembelajaran. Standard kandungan ialah penyataan yang khusus tentang perkara yang
patut diketahui dan boleh dilakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran ialah satu kaedah atau
ukuran kriteria

atau indikator pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

standard kandungan. Bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR
dirancang mengikut umur seseorang murid itu atau tahapnya kebolehan,dan minat pelajar.

Contoh satu teknik yang diambil dari dokumen kurikulum standard sekolah rendah(KSSR)
MENGGAMBAR
(KOLAJ - Tema : Alam Semulajadi atau haiwan)
Menghasilkan lukisan yang menggunakan media atau bahan kering dengan teknik kolaj
yang menekankan aspek potongan dan tampalan secara bertindih.

STANDARD KANDUNGAN
Standard Kandungan PSV ialah murid dapat didedahkan dan diajar dengan persepsi
dan pemahaman konsep bahasa seni visual yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj. Selain itu, murid dapat
mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan. Murid juga dapat melahirkan dan meluahkan idea
melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat
pada unsure karya seni. Murid-murid dapat mempelajari dan mengetahui unsur seni yang
terdapat dalam kerya mereka. Antaranya ialah mereka juga dapat mengenali rupa dan
geometri. Selain itu, mereka juga bebas dan membuat pilihan untuk menggunakan pelbagai

72

ranjeetkumar
warna yang mana mereka dapat mengenali jenis-jenis warna panas, sejuk, neutral, kontra, dan
lain-lain lagi. Selain itu, murid- murid juga didedahkan prinsip rekaan antaranya harmoni
rupa, bentuk dan warna, kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi.
Aplikasi Seni
Murid dapat menggunakan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni dan mengenal dan jenis-jenis media seperti media kering iaitu kertas warna. Mereka
juga dapat mahir dalam penggunaan alat dan bahan seperti gunting,gam dan kertas lukisan.
Pelajar juga dapat mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
seperti teknik kolaj.
Ekspresi Kreatif
Murid dapat menggunakan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni. Murid dapat memilih dan mempelbagaikan penggunaan
i bahan secara kreatif yang menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya. Hasilnya,
murid- murid dapat menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rekaan lebih berpandukan
bahasa seni visual dengan mempamerkan hasil karya yang dihasilkan dan menceritakan karya
sendiri secara lisan kepada para pendengarnya. Selain itu, pelajar dapat menghargai karya
sendiri dan orang oaring lain.
Sistem KBSR merupakan kurikulum yang menggunakan buku teks tetapi dan sedikit
sebanyak tertumpu kepada bahan rujukan dan alat mengajar yang dipelbagaikan. Manakala
sistem KSSR yang diperkenalkan pada masa kini lebih merupakan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks contohnya tayangan
video, powerpoint dan lain-lain lagi untuk bertujuan menjadikan PnP lebih kreatif dan mudah
untuk difahami. Malah murid- murid juga diberi peluang untuk meluahkan idea- idea dan
pendapat mereka di dalam penghasilan sesuatu karya. Dalam sistem KBSR murid- murid
hanya dapat mengikuti sahaja pengajaran yang diajar oleh guru tetapi pada hari ini murid- murid
dapat mempelbagaikan idea mereka serta dapat berkongsi idea mereka di dalam kelas dan

73

ranjeetkumar
dengan gurunya. Konsep menaakul yang diterapkan dalam sistem KSSR ini pasti dapat
melahirkan ,masyarakat yang berfikiran kreatif, unik, logik serta luar biasa. Sistem KSSR ini
dapat mewujudakan lebih ramai orang yang berfikiran kreatif mengikut era teknologi pada hari
ini.

RUMUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Secara umunya,seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti.Segala aktiviti
disarankan melalui perasaan , emosi , idea, dan manifestasi pemikiran. Aktiviti
seumpama ini membina keyakinan dan secara tidak langsung memberi peluang
menajamkan

persepsi,

meningkatkan

kreativiti

dan

meningkatkan

nilai

estetik.Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan


persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis
dan kreatif.Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah ,murid akan dapat
menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat
dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan ,alat dan teknik yang dapat
digunakan dalam sebarang kegiatan seni.Murid juga akan dapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tangan . unsur seni dan prinsip rekaan
dalam pendidikan seni visual,proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi,mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni
visual.
Bidang mengambar juga menekankan perkembangan imaginasi , kreativiti dan
ekspresi diri.Kegiatan seperti mengambar merangkumi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat,bahan dan kegunaannya.Manakala bidang membuat corak dan
rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan
corak dan mengaplikasikanya menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut
boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti
binaan,kraf dan sebagainya.
Bidang seperti membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk , ruang ,struktur , imbangan dan

74

ranjeetkumar

kestabilan.Ia juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan,alat dan


teknik penghasilan.
Bidang seperti kraf tangan juga memberi kesedaran tentang adanya beberapa
jenis kraf tangan tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan seumapama ini
memperkenalkan fungsi ,proses dan teknik membuat , alat dan bahan , motif,corak dan
hiasan.Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan , proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai carar seperti
puisi,lakonan,nyanyian dan cerita.Oleh yang demikian adalah dimaklumkan dengan
adanya seninya dalam bidang pendidikan setiap murid mendapat manfaat yang
sepenuhnya dan pihak kerajaan juga mengambil segala langkah-langkah yang wajar
bagi meningkatkan mutu bidang seni di Negara kita.
Bagi bahagian kedua pula,secara umumnya ia menegaskan tentang pelan lantai
yang sepatutnya ada pada setiap sekolah.Untuk membuat tugasan ini,saya melawat
beberapa sekolah yang berdekatan dengan rumah saya mengetahui lebih lanjut tentang
pelan lantai bilik seni ini.Antara sekolah yang saya lawat ialah SMK Seri Bali, SMK
Chaah dan sebagainya.
Saya berjumpa dengan ketua panitia di setiap sekolah untuk mengetahui tentang
lebih lanjut pelan lantai.Dalam hal ini , saya berterima kasih kepada Ketua Panitia
kedua sekolah yang saya melawat kerana banyak memberi panduan dan pengajaran
kepada saya dalam menjayakan tugasan saya tersebut.
Dalam perbincangan dengan guru guru yang lain akhirnya saya dapat tahu
cara-cara untuk membuat pelan lantai dan susunan kelengkapan yang perlu ada di
setiap bilik seni.Sehingga kini,daripada pengalaman dan pengetahuan saya tidak tahu
cara yang baik bagi mengendalikan bilik seni di sekolah.Maka dengan adanya
pertolongan dari guru-guru sekolah menengah akhirnya saya mendapat pendedahan
secara mendalam tentang pelan lantai tersebut.
Maka setelah semua maklumat saya kumpulkan sudah selesai akhirnya saya
dapat menyediakan sebuah pelan lantai yang baik dan menarik,saya juga akan
mengaplikasinya dalam sekolah saya dengan mengubah kedudukkannya dalam cara
yang baik.
75

ranjeetkumar

Bagi bahagian ketiga pula iaitu,perbezaan diantara huraian sukatan psv tahap
satu dengan huraian sukatan kbsr saya mendapat banyak maklumat dari rakan
seperjuangan saya di sekolah .Beliau banyak menolong saya dari segi memberitahu
perbandingan di antara kssr dan kbsr.Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan saya
dalam bidang pendidikan seni ini.Secara keseluruhannya,saya mendapat banyak
manfaat dan pengetahuan melalui tugasan pendidikan seni ini
Rujukan
1.Mazlam Othman, Ruzitah Tapah. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM
Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2.Rahmat Salihon. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3.Siri Pelangi Fokus Pendidikan Seni (Teori Seni )SPM,Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
4.Kementerian Pendidikan Malaysia,(1998).Buku sumber Guru Pendidikan Seni
Visual,KBSR.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.Hassan M.Ghazali (1993 ),Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5 Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd.

76

Anda mungkin juga menyukai