Anda di halaman 1dari 1

CILI

Hai cili padi, cili api


Nama tak sama rasa serupa
Yang macam lidi,
Yang macam guni
Jangan dihina paras dan rupa
Cili api hai cili padi di lesung batu pedas serupa
Yang hitam manis ayu berseri
Hai belum tentu berhati mulia
( muzik )
Isterimu elok tiada bandingan
Jaga elok-elok jangan diabaikan
Satu jangan nak dua
Dua janganlah tiga, tiga janganlah empat
Nanti nak jaga pun tak sempat
Cili masak, cili kering
Buat sambal ulam pegaga
Walau botak, walau kurus kering
Bukan orang lain suami mu juga
Cili masak hai cili kering
Di giling batu bertemu juga
Duit banyak harta keliling
Hai belum tentu hidup bahagia
(muzik)
Suami mu elok tiada tandingan
Jangan selalu merajuk nanti dia tak tahan
Satu dia nak dua, Dua dia nak tiga
Tiga dia nak empat
Hang juga terkulat-kulat
Cili hijau cili merah
Enak rasanya dimasak tauchu
Selalu gurau kurangkan marah
Aman bahgia ke anak cucu
Cili hijau cili merah
Enak rasanya masak kari ikan
Walau susah walau mewah
Dosa pahala jangan di abaikan
(muzik)
Lompat tinggi tingi sampai cucur atap
Sudah kurang gigi baru nak buka kitab
Persedar dan insaf baru nak jumpa ustaz
Kerana takut kan azab balasan di akhirat

Anda mungkin juga menyukai