Anda di halaman 1dari 2

Kebersihan sebahagian Iman

Amalan kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita


seharian. Terutama kebersihan pada diri sendiri , Sama ada di rumah, di tempat
ibadat, tempat-tempat awam, tempat makan, tempat belajar, tempat tidur dan
sebagainya.
Perlu disedari, bahawa pengabaian kebersihan akan menyebabkan tersebarnya
pelbagai penyakit seperti denggi, kolera, cirit-birit, keracunan makanan dan
sebagainya. Dengan mengabaikan kebersihan juga akan mengakibatkan
suasana alam sekitar tidak segar dan tidak sihat.
Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah membimbing dan mengajar ahli keluarga tentang
aspek kebersihan. Jadilah keluarga yang mementingkan kebersihan yang
akhirnya akan menjadikan masyarakat yang mengutamakan kebersihan.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan


menarik, perkara-perkara berikut perlulah kita hayati bersama iaitu:
Pertama: kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan
diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam
sebagai cermin kemurnian umat Islam yang mengutamakan kebersihan dalam
semua bidang kehidupan.
Kedua: setiap ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri dalam memikul
tanggungjawab menjaga kebersihan dan hendaklah memiliki sikap suka kepada
kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa
dan tempat bagi menjaga imej Islam yang sukakan kebersihan.
Ketiga: mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati
sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Amalkanlah sikap tidak camah mata
jika ternampak kekotoran. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta
kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran.
Keempat: menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin
seperti tong sampah, tong kitar semula dan tempat pembuangan sampah awam
tanpa membiarkan sampah sarap dan kekotoran bertaburan merata-rata.

Kesimpulannya:

Marilah kita sama-sama menghayati dengan sebenar-benarnya erti kebersihan dalam


kehidupan ini. Mudah-mudahan dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan
kita, kita akan tergolong di kalangan orang-orang beriman. Amin Ya Rabbal'alamin.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Ash-Shams, tafsirnya:
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih
bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan. Dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam
kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.

Anda mungkin juga menyukai