Anda di halaman 1dari 30

SMKA NAIM LILBANAT

_____________________________________________________________________________________

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Isi Kandungan
Nama Penuh
Pra Kata
Sinopsis
Ringkasan Bab demi Bab
Perkembangan Plot
Tema Beserta Dengan Contoh
Persoalan(5) beserta dengan contoh
Pengajaran(5) beserta dengan contoh
Nilai(5) beserta dengan contoh
Latar (3 latar)
Watak Dan Perwatakan

Muka Surat

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Nama:Nur Amiera Izzyani Bt Ismail

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Pra kata
AlhamdulillahhiRabbil alamin..segala puji bagi Allah S.W.T yang memiiki
alam
semesta ini, dengan izinnya dapat saya menyiapkan buku pengurusan ini.

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru


Matapelajaran Bahasa Melayu yang telah banyak memeberi dorongan serta
membantu dalam tunjuk ajar dan cara-cara membuat kajian dengan betul
sehingga buku ini dapat siap dengan sempurna,dan tidak lupa juga terima
kasih kepada pengetua sekolah ini.

Perhargaan ini juga,buat ibu bapa saya iaitu Rohayu Bt Abdul Hamid dan
Ismail B. Che Daud yang telah banyak membantu saya dari segi kewangan
dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang banyak
membantu saya di dalam menyiapkan buku pengurusan ini iaitu Nurul Afiqah
Mazenee. Semua pengorbanan dan usaha yang dilakukan mendapat
keredhaan Allah S.W.T.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Sinopsis
Novel ini mengisahkan tentang pak tua yang amat menyayangi alam sekitar.
Beliau sanggup membeli bukit bintangor kerana ingin menjaga pokok-pokok
yang terdapat di dalam hutan itu. Sikapnya itu telah menyebabkan beliau
dipinggirkan oleh orang kampung yang menganggapnya sebagai gila.
Zahiran anak muda di kampung alor rambai itu juga mngeanggap pak tua
sebegitu,namun hubungannya dengan pak tua terjalin setelah zahiran
menolong pak tua menukar jip tayarnya yang terpancit. Pak tua telah
menyedarkan zahiran tentang hubungan yang erat antara manusia dengan
alam sekitar. Rakan-rakan zahiran juga amat menyayangi pak tua setelah
berkenalan rapat dengannya.
Pak tua juga terpaksa berhadapan dengan tohmahan penduduk kampung
iaitu seleman,kasa dan setopa yang memfitnah pak tua melakukan kerja
jenayah seperti pengedaran dadah. Ini menyebabkan pak tua dipandang
serong oleh penduduk kampung yang lain.
Kehadiran cikgu idham sebagai pengetua baru dui SMK alor rambai telah
mengubah persepsi para guru dan pelajar terhadap alam sekitar. Beliau telah
memperkenalkan kempen amalan menghijau,menggunakan tong sampah
kitar semula dan menggunakan kertas kitar semula demi memelihara pokokpokok daripada terus ditebang.
Peristiwa hamzah dan bapanya,pak hamid yang terkena demam kuning
dan penyakit untut telah membuka mata penduduk kampung untuk menjaga
persekitaran kampung mereka. Pak tualah yang telah mencadangkan agar
gotong-royong diadakan untuk membersihkan kawasan kampung tersebut.
Pak tua juga sanggup menubuhkan tabung derma untuk mengubati penyakit
bapa hamzah.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Kebakaran yang memusnahkan pokok bintangor pak tua telah


menyebabkan beliau berasa amat sedih. Pak tua memberitahu zahiran
bahawa api datang dari arah kebun getah milik seleman dan kasa. Zahiran
telah menakut-nakutkan seleman dan kasa dengan mengatakan bahawa pak
tua akan menyaman sesiapa yang melakukan kebakaran itu.
Akhirnya,seleman dan kasa mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf
kepada pak tua. Sejak peristiwa itu,mereka berdua turut membantu pak tua
menjaga kehijauan alam di bukit bintangor.
Hubungan zahiran dan pak tua semakin rapat. Keakraban itu telah
merungkai segala persoalan selama ini berkaitan diri pak tua. Pak tua
memberitahu zahiran bahawa beliau mempunyai isteri yang bernama
kamariah dan dua orang anak,iaitu zahirah dan zuwairah,namun semuanya
telah meninggal dunia. Kedua-dua anaknya meninggal dalam kemalangan di
Kota Chicago,Amerika manakala isterinya meninggal dunia kerana HIV.
Masa terus berlalu. Zahiran telah berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej
matrikulasi Melaka di londang selepas berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan SPM. Pak tua telah mewakafkan tanahnya di bukit bintangor
untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. Zahiran tetap mengingati pak tua
setiap kali memandang bukit bintangor walaupun pak tua telah meninggal
dunia sudah lebih tiga tahun. Dia berazam untuk menuruti jejak pak tua
menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan masyarat
sejagat.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Ringkasan Bab
Bab 1: PERUBAHAN

Zahiran teringat akan Pak Tua apabila memandang Bukit Bintangor. Pak
tua yang menyedarkan zahiran tentang hubungan yang erat antara manusia
dengan alam. Kehadiran pak tu ke kampong alor rambai menimbulkan
misteri dalam kalangan penduduk setempat. Pak tua telah membeli sebuah
bukit seluas empat hektar daripada seorang tauke cina di kampong it. Bukit
itu hanya dibiarkan begitu sahaja dengan pokok-pokonya dibiarkan begitu
sahaja terus hidup subur,manakala sebuah pondok didirikan sebagai
kediaman pak tua serta sebatang jalan tanah merah dibina bagi emudahkan
perjalanan pak tua dan jipnya untuk ke kampong alor rambai.
Sikap Pak Tua yang pendiam menyebabkan hubungannya dengan
penduduk di alor rambai tidak begitu mesra. Orang-orang di kampung
menganggap pak tua sebagai orang gila kerana membeli bukit itu. Hubungan
zahiran dengan pak tua bermula apabila pada suatu hari zahiran yang ingin
menebang pokokcempaka di hadapan rumahnya. Tiba-tiba dihalang oleh pak
tua yang kebetulan melalui di hadapan rumah zahiran. Pak tua menghalang
niat zahiran itu kerana pokok cempaka banyak mendatngkan kebaikan dalam
dunia perubatan. Akhirnya zahiran membatalkan niatnya untuk menebang
pokok cempaka putih itu.
Peristiwa yang sama turut berlaku kepada lebai jusoh yang mahu
menebang pokok kacang kelor di bawah di sebelah kedai runcit pak long
hamad. Pak tua menghalang niat lebai jusoh itu. Kejadian itu mengejutkan

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

penduduk kampung yang berada di situ. Seperti biasa,pak tua menerangkan


kebaikan pokok itu dalam bidang perubatan. Semua yang ada di situ
terpegun melihat kepatahan pak tua bercakap tentang khasiat pokok
kacang kelor itu. Namun begitu, lebai jusoh tetap menebang pokok kacang
kelor itu selepas pak tua beredar dari situ kerana dia menganggap kata-kata
pak tua itu tak benar.
Kehadiran cikgu idham sebagai pengetua baru SMK alor rambai telah
mengubah persepsi para guru dan pelajar terhdap alam sekitar. Beliau
memperkenalkan kempen amalan hijau,menggunakan tong sampah kitar
semula dan menggunakan kertas kiter semula demi memelihara pokokpokok daripada terus ditebang.
Seluruh warga sekolah bekerjasama untuk melestarikan kawasan sekolah.
Zahiran,kadir dan osman telah ditugaskan untuk menangkap burung untuk
dimasukkan ke dalam sangkar di sekolah. Cikgu idham mengingatkan
zahiran dan rakan-rakannya agar tidak menangkap burung yang tidak
dibenarkan oleh undang-undang.

Bab 2 : FITNAH

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Zahiran risau kerana usahanya untuk menangkap burung tidak dapat


dilakukan kerana dua orang sahabatnya telah demam. Zahiran memberitahu
hamzah bahawa mereka merancang untuk menangkap burung di Bukit
Bintangor. Hamzah mengatakan bahawa zahiran akan bertemu dengan
orang tua gila. Zahiran menasihati hamzah agar tidah menuduh
sembarangan.
Kasa,setopa dan seleman yang sedang menoreh getah di sebelah Bukit
Bintangor telah melihat pak tua sedang berurusan dengan lapan orang yang
menaiki kereta mewah. Mereka bertiga mengesyaki pak tua melakukan kerja
jahat seperti jenayah ataupun pengedaran dadah.
Berita itu terus tersebar di kedai runcit pak long hamad. Mereka bertiga
telah membuat fitnah terhadap pak tua. Pak long hamad telah menasihati
mereka bertiga agar tidak membuat tuduhan tanpa usul periksa. Mereka
bertiga terus terdiam apabila pak long hamad memberitahu bahawa
sekiranya mereka bertiga membuat laporan polis dan didapati pak tua tidak
bersalah,pak tua akan mengambil tindakan saman ke atas mereka bertiga.
Sejak peristiwa itu,orang kampung mula memandang serong terhadap pak
tua. Namun,pak tua tetapn meneruskan kehidupannya. Pak tualah yang
menamakan bukit itu sebagai Bukit Bintangor. Osman menghalang niat
zahiran untuk pergi ke bukit tersebut selepas seleman mengingatkannya
agar tidak pergi ke bukit tersebut. Zahiran berasa terkejut dengan tindakan
osman. Zahiran tidak mempercayai kata-kata seleman. Zahiran beranggapan
mungkin seleman hanya membuat fitnah kepada pak tua.

Bab 3: MEMASANG HASRAT

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Zahiran tetap bertegas ingin ke bukit bintangor. Sekembalinya dari


pangkalan,zahiran berjumpa dengan pak tua yang sedang membaiki tayar
jipnya yang pancit. Zahiran membantu pak tua menukarkan tayar jipnya. Pak
tua mempelawa zahiran ke pondoknya,namun zahiran berjanji untuk pergi ke
sana di lain kali. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya,zahiran terfikir
bahawa pak tua bukanlah seperti yang digambarkan oleh kebanyakan
penduduk kampung.
Pagi keesokannya,zahiran,osman dan kadir pergi ke bukit bintangor untuk
menangkap burung. Zahiran telah memanjat pokok cenderai untuk menahan
getah di ranting pokok itu. Tiba-tiba,osman dan kadir menjerit meminta
zahiran melarikan diri selepas mereka melihat kelibat pak tua. Zahiran tidak
sempat melarikan diri. Pak tua mengenali zahiran kerana zahiran telah
membantunya semalam.
Zahiran menjelaskan kepada pak tua tujuan mereka bertiga ke bukit
bintangor adalah untuk menangkap burung seperti yang diarahkan oleh tuan
pengetua. Pak tua memberitahu zahiran bahawa bukit bintangor ini adalah
untuk semua orang dan tidak perlu takut untuk datang ke bukit bintangor ini.
Pak tua memberitahu zahiran tantang kepentingan menjaga alam dengan
baik.
Tiba-tiba,seekor burung merbah jambul yang terkena getah telah jatuh ke
tanah dan mengejutkan zahiran. Pak tua mengarahkan zahiran mengambil
burung itu. Pak tua menasihati zahiran agar tidak menangkap atau
membunuh haiwan selepas ini kerana haiwan turut mendatangkan kebaikan
kepada manusia. Pak tua turut menerangkan hubungan antara manusia
dengan haiwan serta peranan haiwan dalam kehidupan manusia.

Bab 4 : BUKAN SEMBARANGAN ORANG

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Zahiran pergi ke pangkalan tempat hamzah,marzuki dan khuzairi


menangkap ikan untuk dimasukkan ke dalam kolam di sekolah. Zahiran
menerangkan kepada mereka bertiga tentang pak tua. Zahiran menerangkan
bahawa anggapan orang kampung terhadap pak tua sebagai orang gila
selama ini meleset sama sekali.
Zahiran bercadang mengajak rakan-rakannya ke bukit bintangor kerana
dia beranggapan pak tua bukanlah sembarangan orang. Zahiran dan khuzairi
merasakan pak tua mungkin orang kaya dan membeli bukit itu untuk
dijadikan kawasan rekreasi. Tujuan zahiran mengajak rakan-rakannya ke
bukit bintangor adalah untuk merungkai segala persoalan yang bermainmain dalam fikiran mereka tentang pak tua.

Bab 5 : SANGKAAN YANG MELESET

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Zahiran pergi ke bukit bintangor seorang diri untuk berkenalan dengan


lebih dekat dengan pak tua. Semasa zahiran tiba,pak tua sedang membaca
sebuah buku yang tebal. Pak tua terus mengajak zahiran bersarapan
bersama-samanya. Kemudian,pak tua mengajak zahiran berjalan-jalan di
sekitar bukit bintangor. Selepas makan tengah hari zahiran dihantar pulang
oleh pak tua dengan menaiki jipnya.
Sejak hari itu,zahiran selalu mengunjungi pak tua di bukit bintangor.
Kadang-kadang,zahiran bermalam di situ. Zahiran banyak belajar tentang
nama-nama pokok dan ala mini daripada pak tua. Minatnya terhadap pokok
dan alam semakin bertambah.
Pada suatu petang,selepas bermain badminton,zahiran mengajak rakanrakannya pergi ke bukit bintangor. Mereka bercadang untuk pergi pada hari
Ahad minggu hadapan.
Seperti yang dijanjikan,zahiran,osman,kadir,marzuki,hamzah dan
khuzairi telah mengunjungi pak tua di bukit bintangor. Kemesraan yang
ditunjukkan oleh pak tua menyababkan mereka berasa seronok. Tanggapan
mereka terhadap pak tua berubah serta-merta. Mereka berada di bukit
bintangor sehingga petang. Pada pukul 4.30 petang,barulah mereka pulang
ke rumah masing-masing. Mereka semua kagum dengan usaha pak tua yang
memelihara alam dengan baik demi generasi akan datang.

Bab 6 : KARUT-MARUT

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Ketika zahiran berada di hadapan kedai runcit pak long hamad,seleman


telah memanggil zahiran. Seleman telah mempermain-mainkan zahiran
dengan meminta zahiran menamakan pokok-pokok yang ditunjukkannya
dengan nama saintifik. Zahiran benci melihat sikap seleman dan rakanrakannya.
Zahiran dan rakan-rakannya mengunjungi pak tua buat kali ketiga tanpa
kehadiran hamzah. Hamzah sudah dua hari tidak datang ke sekolah. Dua
hari kemudian,tersebar cerita kononnya hamzah mengalami demam kerana
tersampuk hantu tanah di bukit bintangor. Pak tua pula dikatakan pengamal
ilmu hitam. Pak tua berasa resah . pak tua mengajak zahiran ke rumah
hamzah. Hamzah dan keluarganya hidup dalam kemiskinan. Bapa
hamzah,iaitu pak hamid menghidap penyakit untut dan sudah lama tidak
bekerja. Ibunya,mak limah terpaksa mengambil alih tugas bapa hamzah. Pak
tua berasa simpati dengan keluarga hamzah.
Keadaan rumah hamzah yang terletak berdekatan sebuah parit kecil yang
dipenuhi sampah menjadikan kawasan itu tempat pembiakan nyamuk.
Zahiran dan pak tua naik ke rumah hamzah. Pak tua meminta pak hamid
membawa hamzah ke klinik kerana hamzah menghidap demam kuning. Pak
hamid menjelaskan bahawa dukun lebai deraman telah menubati hamzah
yang mengalami demam biasa sahaja kerana ditegur hantu tanah. Pak
hamid memberitahu bahawa demam hamzah akan sembuh dalam masa dua
tiga hari lagi.
Pak tua tetap bertegas untuk membawa hamzah ke hospital kerana
penyakit demam kuning boleh membawa maut jika ttidak mendapat rawatan
dengan segera. Pak tua telah menguruskan pengangkutan dan perbelanjaan
hamzah ke hospital. Hamzah telah ditahan di wad. Pak tua memberitahu
zahiran bahawa demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk. Begitu
juga dengan penyakit untut yang dihadapi oleh pak hamid juga berpunca
daripada gigitan nyamuk. Pak tua menyatakan hasratnya untuk membantu
pak hamid. Zahiran masih samar-samar bantuan yang bagaimana harus
dihulurkan.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Bab 7 : KITA PERLU BERTANGGUNGJAWAB

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Pengesahan doktor yang telah mengesahkan bahawa hamzah menghidap


penyakit kuning telah Berjaya menutup mulut orang-orang kampung yang
mempercayai kepercayaan karu. Selepas itu,beberapa orang lagi pelajar SMK
Alor Rambai menghidap penyakit demam kuning. Cikgu idham mengadakan
mesyuarat untuk membincangkan penyakit demam kuning.
Pak tua menjelaskan bahawa untuk mengelakkan penyakit,ini seluruh
kampung perlu dibersihkan. Mereka akan bergotong-royong membersihkan
kampung. Cikgu idham akan menghubungi pihak jabatan kesihatan untuk
menyembur ubat pembunuh nyamuk. Semua yang hadir dalam mesyuarat
itu bersetuju dengan cadangan cikgu idham. Kini,mereka menyedari bahawa
tanggapan mereka terhadap pak tua selama ini adalah tidak benar.
Gotong-royong diadakan di kampung alor rambai. Wakil rakyat telah
menyediakan makanan dan minuman untuk orang ramai yang terlibat dalam
aktiviti itu. Pada akhir majlis,wakil rakyat telah menyedarkan warga kampung
untuk menjaga kebersihan kampung itu. Pagawai daripada jabatan kesihatan
member ceramah tentang cara menjaga kebersihan rumah agar tidak
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ubat pembasmi nyamuk juga telah
diedarkan kepada semua penduduk kampung.
Selesai majlis gotong-royong,pak tua memberitahu cikgu idham bahawa
mereka mempunyai satu tugas lagi,iaitu membantu pak hamid. Pak tua telah
mengemukakan cadangan untuk memungut derma bagi membantu Pak
Hamid. Hasratnya itu telah disuarakan kepada Lebai Jusoh,Cikgu Idham dan
beberapa orang kampung selepas Solat Isyak di masjid.

Pak Tua mencadangkan ditubuhkan tabung Pak Hamid dan tabung itu
diletakkan di masjid,sekolah,jabatan-jabatan kerajaan dan di tempat-tempat
yang difikirkan sesuai. Pak tua meminta cikgu idham menguruskan urusan
kebenaran memungut derma. Pak tua juga akan menggunakan khidmat
akhbar utusan Malaysia untuk menyiarkan berita kesengsaraan pak hamid.
Semua yang ada di situ bersetuju dengan cadangan pak tua.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Zahiran berbangga dengan idea Pak Tua. Lebai Syukor pula mengatakan
bahawa dia berasa malu dengan Pak Tua yang banyak berjasa kepada
kampung alor rambai walaupun pak tua bukanlah penduduk asal kampung
tersebut. Impian Pak Tua untuk membantu Pak Hamid menjadi kenyataan
apabila Pak Hamid sembuh daripada daripada penyakit untut selepas
mendaptkan rawatan di Hospital Appolo,Chennai,India hasil daripada derma
orang ramai. Kampung alor rambai juga bebas daripada sebarang penyakit
yang disebabkan oleh nyamuk kerana penduduk kampung selalu bergotongroyong setiap dua bulan sekali. Hubungan Zahiran dengan Pak Tua semakin
akrab dan Pak Tua meminta Zahiran tidak memanggilnya pak cik tetapi
sebaliknya memanggilnya dengan panggilan Pak Tua. Pak Tua juga sering
membelikan barangan keperluan dapur untuk keluarga Zahiran kerana
kasihankannya yang sudah kehilangan bapa semenjak kecil lagi.
Zahiran ternampak kepulan asap dari Bukit Bintangor semasa dia sedang
berehat di anjung rumahnya. Zahiran terus berlari ke arah Bukit Bintangor.
Zahiran ternampak Pak Tua sedang terselepok di perdu sebatang pokok
bintangor. Zahiran melihat air mata Pak Tua turut mengalir. Pak Tua
memberitahu bahawa api datang dari arah kebun getah milik seleman dan
kasa.
Berita tentang kebakaran ini tersebar di seluruh kampung. Seleman dan
Kasa menafikan penglibatan mereka. Zahiran mencuba menakutnakutkan
seleman dan kasa dengan memberitahu bahawa pak tua akan membawa kes
ini ke mahkamah kerana mereka melakukan pembakaran terbuka. Zahiran
juga memberitahu bahawa Pak Tua akan menyaman orang yang melakukan
pembakaran itu dengan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh
pak tua atas kemusnahan pokok bintangornya. Muka Seleman dan Kasa
pucat apabila mendengar kata-kata Zahiran.
Pak Long Hamad menasihati Seleman dan Kasa agar mengakui kesalahan
mereka dan meminta maaf daripada pak tua sebelum kes ini dibawa ke
mahkamah. Seleman dan kasa mengakui bahawa mereka berdua yang
membakar hutan itu. Mereka berdua pergi berjumpa Pak Tua dan meminta
maaf daripada pak tua. Pak Tua mengambil kesempatan itu untuk menasihati

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Seleman dan Kasa agar menyayangi alam sekitar. Sejak peristiwa


itu,hubungan pak tua dengan Seleman dan Kasa menjadi rapat. Mereka
berdua turut membantu Pak Tua menjaga kehijauan alam di Bukit Bintangor.
Sejak peristiwa itu,hati dan perasaan Zahiran semakin melonjak-lonjak untuk
mengetahui mengapakah Pak Tua amat menyayangi Pokok Bintangor.

Bab 8 : ADA KISAH TERSENDIRI


Kesempatan pada suatu malam ketika Zahiran dan Pak Tua sedang berehatrehat di pondok pak tua diambil oleh Zahiran untuk bertanya tentang pokok
bintangor dan diri pak tua sebenarnya. Pak tua menjelaskan bahawa Pokok
Bintangor mempunyai sejarah tersendiri dalam hidupnya. Pak Tua
memberitahu Zahiran bahawa pada suatu masa dahulu dia mempunyai isteri
yang bernama Kamariah dan dua orang anak,iaitu Zahirah dan
Zuwairah,namun semuanya telah meninggal dunia.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Kedua-dua anaknya meninggal dalam kemalangan di Kota Chicago,


Amerika manakala isterinya cedera parah. Semasa rawatan,isteri pak tua
telah menjalani pemindahan darah. Malangnya darah yang dipindahkan ke
tubuh kamariah mengadungi virus HIV. Semasa kamariah menghidap HIV,Pak
Tua dan beberapa orang pakar botani dari Universiti of Illinois telah membuat
kajian untuk mencari penawar HIV. Mereka berjaya menemui penawar
tersebut yang diperoleh daripada Pokok Bintangor,namun tidak sempat
untuk diberikan kepada Kamariah. Kamariah telah meninggal dunia pada
saat pasukan Pak Tua bergembira dengan kejayaan yang dicapi. Zahiran
berasa sedih mendengar cerita Pak Tua. Pada malam itu,zahiran tidak dapat
tidur lena kerana memikirkan tentang diri Pak Tua.
Masa terus berlalu. Zahiran telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej
Matrikulasi Londang di Melaka selepas berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan SPM. Berita kejayaan Zahiran menjadi buah mulut orang
kampung yang berada di kedai runcit Pak Long Hamad. Seleman yang
membaca akhbar berita minggu tiba-tiba menjerit apabila melihat wajah Pak
Tua terpampang di dada akhbar. Berita itu menjelaskan bahawa Pak Tua
mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan.

Zahiran tersenyum melihat berita. Kini sudah lebih tiga tahun Pak Tua
meninggal dunia. Zahiran tetap meningati Pak Tua setiap kali matanya
memandang bukit bintangor. Dia berazam untuk menuruti jejak Pak Tua
menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan mesyarakat
sejagat.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Perkembangan Plot
Kehadiran Pak Tua ke kampung alor rambai menimbulkan misteri kerana
beliau membeli sebuah bukit dan menjaganya dengan baik. Pelbagai fitnah
dan tanggapan dilontarkan oleh penduduk setempat kepada Pak Tua.
Semuanya berubah apabila Zahiran mula berbaik-baik dengan Pak Tua. Pak
Tua mempunyai ilmu yang mendalam tentang tumbuh-tumbuhan. Tanggapan
orang kampung mulai berubah terhadap Pak Tua selepas Pak Tua membantu
Hamzah dan keluarganya yang menghidap penyakit demam kuning dan
penyakit untut. Pak Tua member usul agar penduduk kampung mengadakan
gotong-ronyong untuk membersihkan kawasan kampung bagi menghindari

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

penyakit demam kuning. Pak Tua juga menyarankan agar ditubuhkan tabung
Pak Hamid untuk membantu ayah Hamzah yang menghidap penyakit untut.

Tema
Novel ini mengutarakan tema perasaan cinta akan alam sekitar. Pak Tua
amat mencintai alam sekitar sehinggakan beliau sanggup membeli sebuah
bukit di kampung alor rambai untuk memastikan pokok-pokok di situ dijaga
dengan baik. Pak tua juga menghalang Zahiran dan lebai jusoh daripada
menebang pokok kerana Pak Tua amat menyayangi pokok-pokok itu. Pak tua
mengetahui bahawa pokok-pokok itu banyak member manfaat kepada
manusia. Perasaan cinta akan alam sekitar dalam diri Pak Tua jelas terpancar
apabila Pak Tua menangis apabila melihat Pokok Bintangornya musnah
terbakar angkara perbuatan khianat yang dilakukan oleh Seleman dan Kasa.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Persoalan
1.
hutan

Hubungan manusia dengan

Pak tua telah member kesedaran kepada Zahiran tentang hubungan


dan kepentingan hutan kepada manusia.

2.
Penggunaan tumbuh-tumbuhan
dalam perubatan

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Pak Tua telah memberitahu Zahiran bahawa pokok cempaka yang ingin
ditebangnya itu dapat digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan
penyakit bisul dan kudis.

3.

Keberanian

Pak Tua berani menghalang lebai jusoh daripada menebang pokok


kacang kelor kerana Pak Tua mengetahui kepentingan pokok tersebut.

4.

Menjaga kebersihan persekitaran

Cikgu idham telah memperkenalkan kempen amalan hijau sekolah


untuk menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

5.

Kitar semula

Cikgu Idham menggunakan tong sampah kitar semula di sekolahnya


untuk memudahkan para pelajar membuang sampah mengikut jenis ke
dalam tong tong yang berasingan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah memelihara alam sekitar daripada
dimusnahkan
Pak Tua telah membeli sebuah bukit daripada seorang tauke cina
untuk memelihara hutan terutamanya Pokok Bintangor.

2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan


sesuatu perkara
Seluruh penduduk kampung alor rambai bekerjasama mengadakan
gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

3. Kita janganlah berpandangan prejudis terhadap


seseorang
Penduduk kampung Alor Rambai menganggap Pak Tua gila kerana
membeli Bukit Bintangor yang hanya hutan belantara.

4. Kita hendaklah insaf atas kesilapan yang dilakukan


Seleman dan Kasa telah insaf atas kesalahan membakar pokok
bintangor pak tua dan mereka pergi berjumpa dengan Pak Tua
untuk meminta maaf.

5. Kita janganlah memfitnah orang lain


Seleman dan rakan-rakannya telah memfitnah Pak Tua terlibat
dalam aktiviti jenayah apabila melihat lapan orang yang berpakaian
kemas dan berkereta mewah berjumpa dengan pak tua sehingga
menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada Pak
Tua.

Nilai
1.

Cinta akan alam sekitar

Pak Tua telah membeli sebuah bukit daripada seorang tauke cina
untuk memelihara hutan terutamanya Pokok Bintangor.

2.

Keberanian

Pak Tua berani menghalang lebai jusoh daripada menebang Pokok


Kacang Kelor kerana Pak Tua mengetahui kepentingan pokok
tersebut.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

3.

Ketabahan

Pak Tua telah menghadapi kematian isteri dan kedua-dua orang


anaknya.

4.

Bertanggungjawab

Cikgu Idham bertanggungjawab melestarikan kaWasan sekolah


menjadi sebuah kawasan yang mesra alam.

5.

Kerjasama

Seluruh penduduk kampung alor rambai bekerjasama mengadakan


gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung.

Latar
Masa
1. Waktu pagi
-

Pak Tua menghalang zahiran daripada menebang pokok bunga


cempeka putih di hadapan rumahnya.

2. Waktu tengah hari


-

Pak Tua menghantar Hamzah ke klinik.

3. Waktu petang
-

Zahiran, Hamzah, Marzuki, Khuzairi, Kadir dan Osman bermain


badminton di halaman rumah Zahiran.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

4. Waktu malam
-

Zahiran bertanya kepada Pak Tua tentang diri pak tua sebenarnya.

5. Hari Ahad
-

Zahiran, Hamzah, Marzuki, Khuzairi, Kadir dan Osman pergi


bertemu Pak Tua di Bukit Bintangor.

Tempat
1.

Di sebelah Bukit Bintangor

- Seleman,Kasa dan Setopa yang sedang menoreh getah ternampak


Pak Tua sedang berurusan dengan beberapa orang yang berpakaian
kemas.

2.

Di kedai runcit Pak Long Hamad


-

3.

Seleman,Kasa dan Setopa membuat fitnah terhadap Pak Tua dengan


mengatakan Pak Tua terlibat dalam kegiatan jenayah dan
pengedaran dadah.

Di selekoh menuju ke Bukit Bintangor


-

4.

Zahiran membantu Pak Tua menukarkan tayar jipnya yang pancit.

Di Bukit Bintangor
-

Zahiran,Kadir dan Osman pergi menangkap burung. Pak Tua juga


tinggal di sini.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

5.

Di rumah Hamzah
-

Pak Tua dan Zahiran berkunjung ke rumah Hamzah untuk melawat


Hamzah yang demam.

Masyarakat
1.

Masyarakat pelajar
-

2.

Zahiran,Hamzah,Marzuki,Khuzairi,Kadir dan Osman merupakan


pelajar SMK Alor Rambai.

Masyarakat yang mencintai alam sekitar


-

3.

Pak Tua telah membeli sebuah bukit daripada seorang tauke cina
unutk memelihara hutan terutamanya pokok bintangor.

Masyarakt yang arif tentang tumbuh-tumbuhan


-

4.

Pak Tua mengetahui semua nama saintifik pokok dan mengetahui


kegunaan pokok tersebut untuk tujuan perubatan.

Masyarakat yang suka membantu


-

5.

Pak Tua telah membantu menghantar Hamzah ke klinik dan


membantu menubuhkan tabung untuk mengutip derma bagi
membantu ayah Hamzah yang menderita sakit untut.

Masyarakat yang mementingkan semangat


kerjasama
-

seluruh penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama mengadakan


gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

Watak dan perwatakan


1. Pak Tua
-

Lelaki yang berusia 60-an. Beliau menetap di atas Bukit Bintangor.


Pak Tua seorang yang mencintai alam sekitar. Beliau telah membeli
sebuah bukit daripada seorang tauke cina untuk memelihara hutan
terutamanya pokok bintangor.
Berani- Pak Tua berani menghalang Lebai Jusoh daripada menebang
pokok kacang kelor kerana Pak Tua mengetahui kepentingan pokok
tersebut.
Pak Tua digambarkan seorang yang bijak-mengetahui semua nama
saintifik pokok dan mengetahui kegunaan pokok tersebut untuk
perubatan.
Seorang yang baik hati-telah membantu menghantar Hamzah ke
klinik dan membantu ayah Hamzah yang menderita sakit untut.
Pak Tua seorang yang penyayang-amat menyayangi isteri,Kamariah.
Pak Tua telah berusaha mancari penawar bagi menyelamatkan
Kamariah yang dijangkiti penyakit HIV.
Pak Tua seorang yang peramah-melayan Zahiran dan rakanrakannya dengan ramah mesra semasa mereka berkunjung ke
pondok Pak Tua.
Rajin-Pak Tua rajin menguruskan hutan di Bukit Bintangor sehingga
kelihatan seperti taman rekreasi.
Bersimpati-Pak Tua berasa simpati melihat kemiskinan dan
kesusahan yang ditanggung oleh Hamzah dan keluarganya.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

2. Zahiran
-

Berumur 15 tahun.
Pelajar tingkatan 3 SMK Alor Rambai.
Merupakan anak yatim kerana ayahnya telah meninggal dunia.
Bertanggungjawab-Zahiran bertanggungjawab menagkap burung
untuk dimasukkan ke dalam sangkar di sekolahnya selepas
diarahkan oleh Cikgu Idham.
Baik-memarahi rakan-raknnya yang menuduh Pak Tua sebagai
orang gila.
Baik hati-Zahiran membantu Pak tua menukarkan tayar jipnya yang
pancit.
Berani-Zahiran berani memanjat pokok cenderai dan menahan
getah bagi menangkap burung.
Berterus-terang-Zahiran berterus terang kepada Pak Tua tentang
tujuan dia dan rakan-rakannya ke Bukit Bintangor adalah untuk
menangkap burung.
Bijak-Zahiran membohongi Seleman dan Kasa dengan mengatakan
bahawa Pak Tua akan membawa kes pembakaran pokok
bintangornya ke mahkamah denga tujuan untuk menakut-nakutkan
Seleman dan Kasa agar mereka berdua mengakui kesalahan yang
dilakukan mereka.
Mudah simpati-Zahiran bersimpati dengan nasib Pak Tua yang
kematian isteri dan dua orang ananknya.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

3. Cikgu Idham
-

Pengetua di SMK Alor Rambai.


Seorang yang amat mementingkan kebersihan-Cikgu Idham telah
memperkenalkan kempen amalan hijau sekolah dan amalan
menggunakan sapu tangan bagi menggantikan penggunaan tisu
bagi mengurangkan sampah di sekolah.
Bertanggungjawab-Cikgu Idham bertanggungjawab melestarikan
kawasan sekolah menjadi sebuah kawasan yang mesra alam.

SMKA NAIM LILBANAT


_____________________________________________________________________________________

4. Seleman
-

Merupakan penduduk Kampung Alor Rambai


Bekerja sebagai penoreh getah.
Bersikap prejudis-Seleman menganggap Pak Tua sebagai orang gila
kerana tinggal di atas Bukit Bintangor seorang diri dan tidak suka
bergaul dengan penduduk kampung.
Suka menabur fitnah-Seleman telah memfitnah Pak Tua terlibat
dalam aktiviti jenayah apabila melihat lapan orang yang berpakaian
kemas dan berkereta mewah berjumpa denga pak tua sehingga
menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada Pak
Tua.
Mempunyai hati busuk-Seleman telah membakar Pokok Bintangor
kepunyaan Pak Tua kerana dia ingin mengkhianati Pak Tua.
Mengakui kesalahan sendiri-Seleman terpaksa mengakui
perbuatannya membakar pokok bintangor selepas Zahiran
mengatakan Pak Tua kan membawa kes itu ke mahkamah.
Insaf atas kesalahannya-Seleman telah pergi berjumpa dengan Pak
Tua untuk meminta maaf atas kesalahannya membakar pokok
bintangor Pak Tua.

Anda mungkin juga menyukai