1. PENGENALAN PROGRAM
1.1. PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi memenuhi
syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah
PPG bagi kumpulan BMM 2 Bahasa Melayu Semester 8, melalui penyertaan dan
penglibatan pelajar-pelajar, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru
dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara
sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh
itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
Page 1
BIG
Page 2
Page 3
BIG
Page 4
SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program
ini
dan
menganalisis
kelemahan,
kekuatan
dan
berikan
cadangan
5. REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Syukur akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Tanpa berkat
dari Tuhan, tidak mungkin saya berjaya menyiapkan tugasan ini bertepatan dengan
kehendak pensyarah pembimbing.
Menerusi laporan Program Penanda Aras Guru Cemerlang Bagi BIG
semester 8 ini yakni BIG yang terakhir bagi pelajar PPG Ambilan Jun 2011, saya
dapati saya mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pengurusan sekolah, ciri-cri
kepimpinan seorang guru harus ada, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan
infostruktur kurikulum sesebuah sekolah. Memandangkan kami telah memilih
Sekolah Kebangsaan Matang Jaya sebagai lawatan penanda aras bagi guru
cemerlang kali ini, kami berharap kami mendapat pelbagai maklumat mengenai guru
tersebut kerana kami mendengar khabar bahawa sekolah tersebut memang sebuah
sekolah yang cemerlang dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum.
BIG
Page 5
Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak
sekolah tersebut. Mereka sanggup menunggu kami di hadapan pintu bilik mesyuarat
PKG sekolah semata-mata ingin menjemput kami serta menyediakan juadah
sarapan pagi kepada kami kerana kami datang dari sekolah yang agak jauh.
Sesungguhnya mereka menjaga kebajikan kami selain daripada menjaga kebajikan
anak-anak murid mereka. Saya juga tidak menjangka yang mereka akan
menyediakan juadah pada pagi tersebut kerana kami tidak dimaklumkan terlebih
awal. Bak kata guru besar, juadah itu hanya sebagai tanda terima kasih kerana sudi
membuat Lawatan Penanda Aras di sekolah mereka. Saya juga sangat kagum
dengan pencapaian yang sekolah tersebut capai sepanjang tahun. Saya akui
bahawa saya pelajari juga cara-cara untuk menguruskan sesebuah organisasi tetapi
cara sebenar untuk mengurus sebuah organisasi yang melibatkan waris, murid dan
sebagainya, saya masih terkial-kial. Walau bagaimanapun, saya yakin setiap
sekolah mempunyai agenda serta cara yang tersendiri untuk mengurus hal-hal
mereka. Sebagai seorang pelajar dan bakal guru, saya harus kumpulkan segala
maklumat yang berkaitan dengan sekolah, murid serta waris supaya saya sudah
BIG
Page 6
Page 7
BIG
Page 8
CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN
Page 9
BIG
Page 10