Anda di halaman 1dari 6

TRANSFORMER

ARUS

Zam (transformer) 1
PENERANGAN :

CURRENT TRANSFORMER. (CT).


Pendahuluan.

1. ‘Current transformer’ (CT) atau dikenali sebagai pengubah arus banyak


digunakan dalam litar pengukuran dan perlindungan elektrik di industri.

Fungsi utamanya adalah mengubah nilai arus primer kepada nilai arus sekunder
iaitu nilai yang mampu diukur oleh jangka dalam keadaan selamat.
Arah aliran arus

yg tinggi.

Busbar

Alatubah arus

Arus pendua 0 - 5A

Didalam litar utama mungkin arus yang mengalir ialah 1000 A atau 2000 A atau
mungkin lebih tinggi lagi. Tiada jangka yang berkebolehan mengukur terus nilai
yang sebegitu tinggi tanpa mengunakan kaedah pengubahan arus.

Dalam perkara ini pengubah arus mestilah digunakan bagi merendahkan nilai yg
selamat disamping itu juga litar pendawaian sekunder (Permeteran dan
Perlindungan) akan menjadi lebih kecil saiz pengalirnya.

Arus maksima sekunder adalah 0 - 5 ampiar bagi kebanyakan sistem LV


manakala 0 -1 ampiar bagi sistem HT.

2. Kendalian ‘CT’ adalah berbeza dari alatubah kuasa walaupun prinsip


kendaliannya adalah sama. Lilitan penduanya mengandungi belitan yang banyak
dan disambungkan kepada ammeter.

Ammeter yang menggunakan ‘CT’ ini telah dipiawaikan samada menggunakan


kadaran 1A atau 5A. Ammeter dipilih berdasarkan kepada nilai pendua ‘CT’.

Zam (transformer) 2
Pengiraan nisbah ‘CT’ adalah seperti berikut...

Vp Is
─── = ─────
Vs Ip

Lilitan primer dililit hanya dengan beberapa lilitan sahaja atau pun biasanya diwakili bus
bar sebagai lilitan primer. Dalam keadaan ini arus utama adalah mengalir melalui bus
bar dan melalui teras ‘CT’.

3. Contoh.

Zam (transformer) 3
Satu Ammeter mempunyai skil pesongan penuh ialah 5A di gunakan mengukur
arus utama 200A. Jika lilitan utama/Primer sebanyak 2 belitan, kirakan jumlah
belitan sekunder yang diperlukan bagi memberikan nilai skil pesongan penuh.

Np= 2T Ns= ?

Np Is
─── = ─────
Ns Ip

Np x Ip
Ns = ─────────
Is

2t x 200A
Ns = ───────── = 80 belitan.
5A

Alatubah kuasa memerlukan beban pada litar pendua bagi mengujudkan


pengaliran arus di litar primer yang mana menetapkan flux di dalam terasnya
pada nilai tetap.

Manakala ‘CT’, arus dari litar primer adalah arus utama dan mengalir tidak kira
lilitan pendua disambung atau tidak.

Oleh itu arus pendua perlu dialirkan melalui Ammeter bagi menstabilkan flux
didalam teras dan jika ammeter ditanggalkan, voltan yang merentangi di antara
punca ‘CT’ akan meningkat kepada nilai tinggi dan akan menyebabkan

Zam (transformer) 4
kerosakan tebatan (Insulation Breakdown) atau akan menyebabkan lampau
panas kepada teras.

‘CT’ tidak boleh dikendalikan dalam keadaan lilitan pendua terbuka dan
perlindungan lampau beban tidak boleh dipasangkan kepada litar
penduanyanya. (IEE 473-01-03).
Jika Ammeter memerlukan penggantian, litar pendua Ct mestilah di litar
pintaskan. Ini tidak akan merosakan Ct.

Kuasa ketara alat pengubah arus (CT) ini dikadarkan dalam nilai Volt ampiar
(VA) dan di sebutkan BURDEN. Untuk mengurangkan kesalahan (ERROR)
ammeter atau voltmeter yg disambungkan mestilah dikendalikan pada nilai
‘burden’ yang dikadarkan.

KEKUTUBAN ALATUBAH

Kumpulan belitan pada alatubah, sama ada belitan primer atau sekunder boleh
ditentukan dengan menggunakan jangka 'ohm'. Nilai rintangan yang tinggi menunjukan
belitan primer dan nilai rintangan yang rendah menunjukan belitan sekunder.
Selain dari itu, boleh juga mengguna voltmeter (jangka volt) untuk menentukan
kekutuban sesuatu alatubah.

1. Kaedah 'Subtractive'.

Zam (transformer) 5
V2

H1 (+) X2 (-)

P S
V1

H2 (-) X1 (+)

common jumper
transub/imc

Misalkan: V1 = 220 Volt.


V2 = 280 Volt.

Sekiranya bacaan voltmeter V1 kurang daripada V2 maka titik 'common' bagi


sekunder adalah positif (+), ditandakan dengan X1 dan satu lagi hujungnya adalah
negatif (-), ditandakan dengan X2.

2. Kaedah 'Additive'.

V2
H1 (+) X2 (-)
P S
V1

H2 (-) X1 (+)

common jumper

tranadd/imc

Sekiranya bacaan voltmeter V1 lebih daripada bacaan V2, maka titik 'common'
bagi sekunder adalah negatif (-), ditandakan dengan X2 dan hujung satu lagi adalah
positif (+), ditandakan dengan X1.

Zam (transformer) 6

Anda mungkin juga menyukai