1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia
sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994)
Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam
konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran
autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran
prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada
aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment
of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual
dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan
kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan
subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan
kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i.
ii.