Cuba Baca Dan Teka Dulu
Cuba Baca Dan Teka Dulu
Soalan 50:
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49:
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah
pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48:
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu
berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 47:
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila
dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46:
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45:
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa
belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44:
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43:
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh
Soalan 22:
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang
tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21:
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah
dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah
separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20:
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia
bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah.
Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 18:
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa
berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16:
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu
bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi,
aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: