Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI ( MUHAMMAD NAZRI B.

MUHIDIN)
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah
berkat-Nya, saya akhirnya dapat menyelesaikan tugasan bagi kursus WAJ 3113
Kokurikulum Persatuan Bahasa Melayu ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan
kepada pensyarah pembimbing saya, Pn. Patimah Bte. Dullah yang banyak memberi
ilmu pengetahuan berkaitan dengan kursus ini. Seterusnya, ungkapan jutaan terima
kasih juga ingin saya tujukan kepada SK Holy Trinity Tawau, rakan-rakan dan ahli
keluarga saya yang banyak membantu dalam proses penyiapan tugasan ini.
Sesungguhnya, tugasan yang telah diberikan ini memberi banyak ilmu
pengetahuan kepada saya berkaitan dengan pengurusaan ataupun pengendalian
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah. Sesungguhnya, ilmu yang telah digarab melalui
pelaksanaan tugasan ini sangat berguna untuk menjadi seorang guru yang mampu
melakukan pengajaran dan pembelajaran bahkan melalui pengurusan dan pelaksanaan
program kokurikulum di sekolah.
Melalui
mengendalikan

tugasan
sebuah

ini,

saya

persatuan

berpeluang
dimana

untuk

belajar

melaksanakan

bagaimana

projek

seperti

untuk
yang

dilaksanakan Bengkel Pantun khas untuk murid 3 Intan dan Mutiara SK. Holy Trinity
Tawau. Melalui bimbingan guru Bahasa Melayu banyak ilmu berkaitan puisi tradisional
ini iaitu Pantun bagaimana cara penulisan dan penyampaiannya. Perkongsian ini
diteruskan didalam bengkel dimana kami mengendalikan sebuah bengkel untuk murid
tahun 3 untuk beberapa fasa dan akan di persembahkan kepada guru Bahasa Melayu,
hasil daripada bengkel yang kami laksanakan samada mengalami perubahan atau tidak.
Dengan adanya kursus dan tugasan ini di IPG, ia mampu melahirkan guru yang serba
boleh kelak.

Seterusnya, pengalaman paling berharga apabila saya mendapat peluang untuk


mempelajari cara untuk membantu murid lebih menguasai cara penyampaian pantun
yang lebih baik dan kemas, pelbagai kaedah yang digunakan dengan menyangkan
beberapa video cara penyampaian pantun, pertandingan pantun sekaligus saya
memberi contoh menyampaikan pantun dengan gaya bahasa badan. Walaupun bengkel
ini dijalankan beberapa fasa dan dilaksanakan secara tidak formal di dalam bilik darjah
ia secara tidak langsung menerapakn unsur didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran. Saya sangat berpuas hati dan gembira kerana biarpun ini merupakan
pertama kali saya melakukan tugasan ini namun hasilnya cukup memberangsangkan
dan memberi saya semangat untuk melakukan yang lebih baik pada masa-masa yang
akan datang.

Dari segi penyiapan kerja kursus ini, terdapat juga beberapa kekangan yang
saya hadapi sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini. Pengurusan masa
merupakan kekangan yang utama. Disebabkan tugasan ini dilaksanakan pada waktu
praktikum, untuk mencari masa dan waktu yang sesuai sangat rumit kerana pelbagai
perkara yang perlu disediakan dan dibuat kerana tuntutan kerja-kerja praktikum juga
sangat berat. Dengan perbincangan dengan guru kelas, akhirnya saya berjaya
mendapatkan masa yang sesuai untuk melaksanakan bengkel ini.

Oleh itu, secara kesimpulannya, saya dapat menilai segala kekuatan dan
kelemahan saya sepanjang melaksanakan tugasan ini serta melakukan refleksi diri
berdasarkan penilaian yang dilakukan. Saya akui terdapat banyak kelemahan yang
terdapat dalam penulisan saya ini namun saya juga akan berusaha memperbaiki diri
dari semasa ke semasa. Akhir kata, saya berpendapat bahawa tugasan ini
sememangnya wajar dibuat oleh guru pelatih seperti saya bagi memantapkan lagi
kemahiran dan kebolehan seorang guru agar pendidikan di negara kita meningkat dan
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Tugasan ini juga membantu
Memantapkan Bahasa, Memartabatkan Melayu agar modal insan tidak lupa akan
warisan dan seni kreatif orang melayu. Saya juga berharap agar segala pengalaman

yang telah ditimba sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat diaplikasikan ketika saya
begelar seorang pendidik di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai