Anda di halaman 1dari 6

Terapi Solat

Posted on 19 Julai 2010by zainura66

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam
sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah
kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam,
rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat
akhir.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah
Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok
telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan soalt ke atas
kesihatan manusia secara saintifik. Kajian dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew
Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang
otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh
Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas Aktiviti Otot

* Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot


memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman
kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan
otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap
hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan
sistem otot dan fizikal tubuh.
Dapatan Ng Siew Chok Isyarat Otak
* Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam,
Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila
mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan
menyamai keadaan selepas bangun tidur.
* Tamaninah Kktiviti paling Tenang: Ada fenomena menarik dalam
solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat
paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa
keadaan itu adalah tamakninah, katanya. Ketika itu, katanya isyarat
alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu
berada dalam keadaan tenang.
* Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga
meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan
memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat
membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia
terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dapatan Dr Fatimah Ibrahim Komposisi Tubuh
* Perlu Lakuan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk
mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima
perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam
solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan
jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah
berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai
komposisi tubuh yang kurang baik.

* Solat Jamah Lebih Baik: kajian mendapati secara keseluruhan orang


yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang
bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang
yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti
bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar
dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang
penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan
mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang
letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang
bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang katanya.
* Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa
juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang
dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur
dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula
mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar
pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
* Pengubat Sakit Pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat
mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh
melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang
menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang
mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90
darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat
boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan
buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal,
tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti
terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,
katanya.
* Pengubat Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat
Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah
kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan
seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika
ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur
zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada
ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan
iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan

volum mencapai tahap normal, katanya. Beliau berkata, terapi adalah


dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan
setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
* Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara
hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai
kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain
menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah
ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud
mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding
ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,
katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih
meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat
sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu
kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung
untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu
melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian
berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan
solat antara orang biasa dan ulama. Kajian itu akan mengkaji isyarat
otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang
alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka
mereka memahami bahasa al-Quran, katanya.

Terapi Wuduk

Posted on 20 Julai 2010by zainura66

Ibadah adalah saat seorang hamba bersujud di hadapan penciptanya


sebagai perakuan taat setia dan tunduknya kepada Tuhan yang
menghidupkannya. Pada detik inilah manusia berusaha membersihkan
jiwa dan roh mereka melalui perantaraan ibadah, seperti solat.
Menariknya dalam kebanyakkan ibadah yang hendak dilakukan
disyaratkan membersihkan diri dengan berwuduk. Setiap hari sekurangkurangnya orang Islam yang taat membasuh muka, tangan, kepala,
telinga dan kaki lima kali setiap hari. Banyak kajian dilakukan terhadap
manfaat wuduk terhadap kesihatan fizikal manusia. Antara konklusi
yang diambil daripada kajian-kajian saintifik ini adalah seperti berikut:
1. Mengenakan air pada anggota-anggota tertentu tubuh boleh mencegah
kanser kulit kerana bahagian tubuh yang dibasuh dalam wuduk adalah
yang paling biasa terdedah kepada pencemaran dalaman dan luaran.
Wuduk berupaya menghilangkan pencemaran ini lima kali sehari dan
memastikan lapisan kulit luar sentiasa bersih supaya sel-sel kulit dapat
berfungsi dengan baik.

2. Berkumur lima kali sehari boleh membersihkan mulut daripada


cebisan makanan yang dimakan. Ini mengelak daripada kerosakan gigi
dan gusi. Selain itu ia juga dapat mengelak daripada bau mulut yang
busuk.
3. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali
dapat menghilangkan kotoran yang terperangkap pada bulu-bulu
hidung. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis udara disedut masuk ke
dalam sistem pernafasan. Amalan ini mempunyai kesan positif kepada
kebersihan hidung. Mereka mendapati orang yang sering berwuduk
mempunyai hidung yang lebih bersih tanpa debu atau kotoran pada bulu
hidung. Sedang mereka yang tidak berwuduk atau jarang-jarang solat,
mempunyai hidung yang hitam, kotor dan bulu hidungnya mudah
tercabut.
4. Membasuh muka berulang kali memelihara sel-sel muka dan
mencegah berlakunya kedutan awal. Secara tidak langsung ia menjadi
terapi anti penuaan yang berkesan. Selain itu, ia juga membantu
membersihkan mata dan mencegah jangkitan kuman pada mata.
5. Membasuh tangan sangat membantu memelihara diri daripada
jangkitan kuman. Ini kerana, tangan adalah anggota paling kerap
memegang pelbagai barang yang sudah tentu tercemar dengan kuman
yang tidak terlihat dengan mata kasar. Sedangkan tangan juga
digunakan untuk memegang makanan, menggosok mata dan hidung
serta menyusap muka dan anggota lain. Dengan kerap membasuhnya
secara tidak langsung mengurangkan risiko jangkitan ini.
6. Amalan menyelati jari-jari ketika membasuh kaki juga sangat penting.
Ini kerana kaki yang sering berada di dalam kasut yang tertutup boleh
merosakkannya sebagaimana kerap terjadi pada atlet. Membongkokkan
badan ketika menyelati kaki juga membantu menguatkan pinggang.
Oleh itu, kewajipan berwuduk sebelum beribadah membuktikan
pembersihan roh dan jiwa perlu dimulakan dengan pembersihan fizikal
luaran. Ini juga menggambarkan kesucian dan kemurnian hati
seseorang itu dimanifestasikan melalui kebersihan jasmani yang
mantap.

Anda mungkin juga menyukai