Kertas Kerja PJ
Kertas Kerja PJ
KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN MINI
(TRADISIONAL)
KERTAS KERJA
TUGASAN PROJEK KARNIVAL MINI SENAMAN
KELAS J 1.11
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
1.0 PENDAHULUAN
Kelas J 1.11 akan menganjurkan satu program iaitu Karnival Mini
Senaman Tradisional. Program ini di anjurkan pada 18 September 2008
bertempat di Dewan Perdana IPIK. Program ini akan disertai oleh kelas J
1.10 dan J 1.11. Perasmian karnival ini akan dilakukan oleh Pensyarah
penasihat projek, En. Zulkarnain Ali Pendidikan .Bagi memeriahkan karnival
ini, semua program yang dijalankan akan ditawarkan hadiah cenderahati.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan sebagai latihan kepada ahli kelas J 1.11
untuk belajar menguruskan sesuatu aktiviti.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,
Karnival Mini Senaman ini amat bersesuai sebagai satu medium untuk
mecapai hasrat falsafah ini. Hal ini disebabkan, Karnival Mini Senaman ini
menerapkan pengalaman langsung yang lebih berkesan mengenai sahsiah
bersepadu, interaksi sosial dan keprihatinan terhadap unsur-unsur
peninggalan tradisional disamping menjana minda yang lebih efektif serta
melahirkan insan yang sihat dan cergas.
3.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan penuh teliti dan dilaksanakan dengan
penuh semangat kesukanan supaya semua kelas yang terlibat dalam karnival
dapat menghayati kepelbagaian senaman yang boleh dilakukan untuk
menyihatkan tubuh badan. Program ini juga bertujuan untuk
mengenengahkan permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh
generasi masa kini terutamanya kepada guru-guru pelati
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada semua yang terlibat tentang pentingnya senaman
untuk kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk hari-hari bekerja tetapi juga untuk
hari cuti.
4.2 Memberi kefahaman tentang jenis-jenis aktiviti senaman yang boleh dijalankan.
4.3 Membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang bertanding.
4.4 Membina hubungan kemesraan antara pelajar baru Ambilan Julai 2008.
4.5 Memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi sekarang.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
5.1 Tarikh : 22 September 2008
5.2 Masa : 4:00 p.m
5.3 Tempat : Gelanggang Tenis (dihadapan dewan Perdana)
Padang IPIK
5.4 Aktiviti : Permainan Tradisional
Teng-teng
Tujuh tin
Sepak raga
Galah panjang
6.0 KUMPULAN PESERTA YANG TERLIBAT
6.1 Kumpulan yang terlibat adalah kelas J 1.10 dan J 1.11.
6.2 Berikut adalah wakil daripada kumpulan J 1.11:-
PERMAINAN
TENG-TENG
TUJUH TIN
SEPAK RAGA
GALAH PANJANG
PESERTA
SYAFIQ B ZAINAL
MOHAMAD FAHRUDDIN
PEREMPUAN
SH. FAKHIRA
AINUL MARDHIYAH
AJK PERTANDINGAN
Galah panjang : Muhamad Bukhari B. Abdullah
Nur Izzati Bt.Abd Wahab
Sepak Raga bulatan : Nik Mohd Muhazmee B. Nik Mustapha
Ahmad Azhan B. Mohamed@Adam
Tuju tin : Mohd Fahruddin B.Mohd Fazain
Ainul Mardhiyah Bt. Mansor
Teng-teng : Mohammad Saiful Azwa B. Jusuh
Noor Asiah Bt. Mohd Noor
BIDANG TUGAS AJK
1.
PENSYARAH
TEMPAT PERTANDINGAN
masa
minit
untuk
diberi
nyawa(peluang)
untuk
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Jumlah
1.
Barangan keperluan
aktiviti(termasuk hadiah)
Sukan
RM 10
Galah panjang
RM 10
Tempat pertama= RM 5
RM 10
Tempat Kedua = RM 3
RM 10
JUMLAH
RM 40
KESIMPULAN
Sambutan Karnival Sukan Mini Tradisional ini perlu diadakan di IPIK
sekurang-kurangnya sekali sebulan, untuk memupuk nilai suka bersukan dan
mengaenali sukan-sukan tradisi masyarakat dalam diri warga IPIK terutama
kepada para pelajar baru yang pertama kali menjejakkan kaki ke IPTA. Karnival ini
dirancang dengan penuh tarikan supaya dapat menarik minat para pelajar
menyertainya. Melalui karnival ini, diharap agar dapat menggalakkan para pelajar
yang menyertainya berminat untuk bersukan selain mengisi masa lapang dan untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan penganjuran karnival ini juga diharap
para pelajar yang menyertainya mengeluarkan segala kemahiran dan bakat yang
terpendam untuk diketengahkan sama ada di peringkat IPIK ataupun peringkat
yang lebih tinggi. Disamping itu, karnival ini dirancang sebagai salah satu tugasan
berkumpulan kelas J 1.11.
MINIT-MINIT MESYUARAT
1.
10 0G0S 2008