Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan
mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah
diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi
penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu
dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan
perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina
masyarakat yang bertamadun tinggi.
Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu
atau tidak mahu menerimanya.Di samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa
dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran
terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru seharusnya pakar atau
profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu
perlu menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap,
tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah
berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang
profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP)
bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu
mematuhinya. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang tidak
menyenangkan mengenai salah laku guru yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.
Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting demi memartabatkan profesion
perguruan supaya sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.
budaya kerja guru akan bertambah efisen dan tidak akan timbul sebarang isu berkenaan
masalah guru di sekolah.
1.2. Konsep Akauntabiliti Profesion Keguruan
Mengikut
Kamus
Dwibahasa
perkataan
akauntabiliti
di
huraikan
sebagai
guru.
dengantanggungjawab
Akauntabiliti
guru
keguruan
terhadap
juga
membawa maksud
profesionalisme keguruan.
berkenaan
Akauntabiliti
dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan
sehari-hari. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri,
keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.
Sebagai penjawat
awam,
pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut
Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada
masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik
dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan
didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya
dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar.
Seorang guru yang berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif
dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.
Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk
memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa
difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang
berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi
melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang
berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap
pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani
perwatakan guru mereka.
2.0 Isu-isu Etika , Akauntabiliti dan intergriti Guru
Guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan
yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang
diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri. Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul
berkaitan dengan pelanggaran kod etika profesion perguruan pada masa ini.
Senario ini
sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang
mulia dan suci. Berdasarkan kepada pemerhatian dan temuramah terhadap pihak pengurusan
sekolah, saya dapati beberapa jenis pelanggaran kod etika telah
walaupun tidak begitu serius.Antara isu-isu pelanggaran etika hasilan daripada pemerhatian
dan temuramah terhadap Guru Besar mendapati isu-isu pelanggaran kod etika ialah
penyalahgunaan masa,isu kepedulian guru, isu kesantunan guru,isu guru merokok dan isu
penyediaan Rekod Mengajar.
3.1 Isu Penyalagunaan Masa
Isu penyalahgunaan masa saya dapati sering dilakukan oleh segelintir guru di sekolah ini
sama ada secara disedari atau tidak disedari. Waktu persekolahan di sekolah saya bermula dari
pukul 7.00 pagi hingga pukul 1.00 tengah hari. Iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk
aktiviti kokurikulum pada sebelah petang . Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh penyalahgunaan
masa berlaku ialah terdapat segelintir guru yang datang lewat ke sekolah .Mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurangkurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap
tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di
sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar
dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum.
Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh
persekolahan.
Selain itu, penyalahgunaan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga berlaku. Saya dapati segelintir guru yang
menghabiskan masa senggang dengan berbual-bual sama ada di bilik guru atau di kantin
sekolah. Ada juga guru yang asyik melayari internet melalui komputer riba atau telefon bimbit.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 ini merujuk kepada penggunaan waktu tidak mengajar
ataupun waktu luang bagi guru-guru. Guru-guru di sekolah memiliki waktu luang yang
diperuntukkan sebagai waktu bagi guru-guru untuk membuat perkara lain yang melibatkan
bidang tugasnya. Namun, ada sesetengah guru menganggap waktu ini adalah waktu tidak
bekerja dan anggapan ini adalah salah mengikut Perkara 1 Surat Pekeliling ini. Perkara 2.1
menyatakan bahawa waktu tidak mengajar atau waktu luang guru adalah waktu bekerja dan
perkara 2.2 menyatakan bahawa Guru Besar mempunyai kuasa untuk mengarahkan guru-guru
melakukan perkara-perkara yang difikirkan perlu (baca bersama perkara 2.2.6). Waktu tidak
mengajar guru hendaklah diisi dengan perkara yang boleh memberi faedah kepada murid-murid
dan sekolah.
3.2 Isu Kepedulian Guru
Isu Kepedulian guru merujuk kepada Kepedulian guru merujuk kepada perasaan, pemikiran
dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu atau tugasnya iaitu hubungan guru dan
pelajar. Dapatan daripada pihak
terhadap persekitaran
menjejaskan pencapaian akademik pelajar . Antara tingkah laku negatif guru ialah menyindir
dan memperkecilkan pelajar.
Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai pemangkin semangat kepada murid.
Guru yang selalu menyindir dan memalukan pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit. Tindakan
guru tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh insan
yang digelar guru.
Sikap guru yang mengamalkan pilih kasih juga berlaku di sekolah ini. Terdapat guru
yang layanan yang berbeza kepada pelajar semasa di dalam kelas . Mereka tidak menyedari
bahawa seseorang pelajar itu dapat merasakan perbezaan kasih sayang dan perhatian yang
diberikan oleh guru kepada mereka. Sedangkan , perhatian dan layanan yang sama rata dapat
memberi rasa senang kepada diri pelajar. Pilih kasih ini berlaku disebabkan rupa paras pelajar
tersebut, kekerapan berjumpa dengan guru tersebut ataupun pelajar yang menonjol di dalam
kelas.
Berdasarkan pemerhatian saya , didapati ada guru yang terlalu garang dan tidak
menunjukkan sikap penyayang kepada pelajarnya. Guru yang terlalu garang akan menakutkan
pelajarnya. Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana bimbang dimarahi.
Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan mereka di dalam
kelas.
larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak mengendahkan larangan ini.
Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam
Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap
profesion perguruan.
3.5 Isu Penyediaan Rekod Mengajar
Menurut penjelasan guru besar , didapati beberapa orang guru tidak menghantar rekod
mengajar kerana tidak Berjaya menyiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Surat pekeliling
ikhtisas bil .3 / 1999 mengenai penyediaan rekod pengajaran dan pengajaran tertera pada buku
rekod persediaan guru.
Tidak membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut
P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini
adalah amat merugikan diri guru tersebut.Guru yang tidak membuat Buku Rekod Mengajar
bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak dapat mengajar dan
mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan memberi kesan yang
buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit. Proses pengajaran
dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula akan mendapat
akibat
daripada
perbuatan
guru
tersebut.
3.0 Kesan-kesan Negatif isu-isu etika, akauntabiliti dan intergriti terhadap profesional
Keguruan
Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang
ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan
kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih
banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:
Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya
kewibawaan
profesion
perguruan.
Seperti
mana
yang
dinyatakan
oleh
Syed
Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti
ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan
beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah.
Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru
menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah?
Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah
menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion
perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anakanak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia.
Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru
terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua
guru di Negara kita.
Contohnya masalah penyalahgunaan masa .Masalah ini jika tidak dibendung akan
mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai
ahli professional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahn ini
adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga
akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam
mendidik anak-anak mereka.
Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu
seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan
dan rasa hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan
melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah menggariskan
5 objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan semangat bertanggungjawab di
kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru
yang telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi
mangsa kepada guru yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan
akauntabilitinya sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan
susah untuk didekati.
4.0 Cadangan
Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan membawa
kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita, langkahlangkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya,
diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat beberapa pihak
yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya
ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh
tersebut.
Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam
pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru dapat
dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang dapat
menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dikatakan telah
melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan
masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat
persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya
dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya.
Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan
tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan
pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa
membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru
di sekolah, khususnya guru permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan
menghayati kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan
bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guruguru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.
Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi
masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik,
individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam
komuniti berkaitan..Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi
peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed
Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan
supaya pelanggan danstakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah
dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti
terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya
mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail, etc., 2010:57)
4.1 Ciri-ciri Kepimpinan Yang Harus dimiliki Seorang Guru
Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam
konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang
berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula
mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal
ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan
juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya
menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam
usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.
Seseorang guru harus memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini.
Ilmu pengetahuan merupakan perkara asas yang seharusnya ada dalam diri seseorang guru
yang akan mengajar di sesebuah sekolah. Seseorang guru haruslah memperlengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini sebelum melangkah masuk ke
sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran. Kelengkapan ilmu pengetahuan yang mendalam
ini adalah amat penting kerana kekurangan yang ada dalam diri guru akan mengakibatkan
kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri dan sekaligus akan mencacatkan penyampaian
maklumat kepada murid. Bagi pihak murid pula kegagalan penyampaian guru dalam
pembelajaran akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap guru tersebut.Selain
daripada itu, pengetahuan guru terhadap fizikal dan psikologi pelajar juga amat dititikberatkan
dan penting.
Sebagai pemimpin seseorang guru juga harus memiliki budaya dan jati diri.Guru yang
memiliki budaya dan jati diri penting bagi kepimpinan guru untuk membolehkannya menghadapi
cabaran dalam pengurusan diri sewaktu dalam proses pengajaran di dalam kelas. Seseorang
guru juga seharusnya mempunyai daya saing, daya tahan, daya juang yang tinggi, daya saring
dan daya tekal. Guru juga harus berani untuk memikul dan mengambil tanggungjawab pada
kehidupan dan juga kerjaya. Selain itu, guru juga harus mempunyai dan sentiasa mengekalkan
integriti dan etika seorang guru walaupun mengalami tekanan yang besar. Ini akan
menunjukkan lagi piawaian diri bagi seseorang guru tersebut.
Seorang guru yang berwawasan merupakan salah satu ciri kepimpinan yang harus
dimiliki.Pada abad ke-21 ini menyaksikan pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh guru-guru
dan ini memerlukan kepimpinan yang tinggi untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan
yang datang. Guru yang mempunyai pandangan yang jauh, mempunyai misi yang jelas,
semangat dan daya saing yang tinggi, mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategik serta
keupayaan mengimbangi antara tuntutan kehidupan dan kerjaya merupakan kriteria kepimpinan
seorang guru yang cemerlang dan amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Selain daripada
itu, seseorang guru tersebut juga harus mempunyai azam dan komitmen yang tinggi serta
bersedia meningkatkan kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan bagi menghadapi
cabaran-cabaran mendatang sesuai dengan peredaran zaman pada masa sekarang.
Budaya beretika juga harus disemai dalam diri setiap guru yang akan mengajar di
sesebuah sekolah. Amalan etika yang baik seperti menjaga perpaduan, penyayang, kerja
berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur dan ikhlas merupakan amalan
ataupun etika yang perlu ada dalam diri setiap guru. Dengan adanya etika seperti ini,
kepimpinan guru akan lebih terserlah. Seseorang guru juga mestilah mempunyai kemahiran
dalam melihat perbezaan budaya sekaligus bersikap terbuka untuk menilai perbezaan itu
secara jujur dan okjektif.Kemahiran dalam memahami kepelbagaian budaya ini akan
membolehkan guru sentiasa bersedia untuk berhubung, berinteraksi serta berkerjasama
dengan pengikutnya yang mungkin berasal dari pelbagai kaum dan bangsa yang perbezaan
dari segi budaya antara satu sama lain.
Mahir berkomunikasi dengan berkesan adalah satu kawajipan dalam setiap guru
memiliki kemahiran berkomunikasi. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi ini merupakan
penentu kepada keberkesanan penyampaian dan penukaran maklumat kepada pelajar.
Kemahiran berkomunikasi ini juga penting bagi guru untuk meningkatkan kefahaman
kepimpinan guru dalam pelbagai cabaran dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran
berkomunikasi sama ada komunikasi berbentuk formal ataupun berbentuk informal. Namun
begitu, tidak lengkap jika mempunyai kemahiran berkomunikasi sahaja. Guru juga harus
mempelajari cara untuk menggunakan pelbagai medium komunikasi. Ini merupakan cabaran
bagi guru-guru untuk mengguna alat-alat komunikasi yang moden terutama dalam arus
globalisasi ini.
Produktif
Guru juga harus sentiasa mempunyai azam dan komitmen yang tinggi dan sentiasa
bersedia untuk meningkatkan kemahiran agar menjadi lebih produktif sesuai dengan
cabaran yang sentiasa memerlukan kepimpinan yang tinggi. Disamping itu juga,
kemahiran-kemahiran lain juga haruslah dikuasai agar dapat menjadikannya pemimpin
yang lebih berkesan dalam kerja-kerja kepimpinan yang besar skopnya.
Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab guru sebagai
pemimpin merupakan satu peranan besar yang bukan sahaja akan mempengaruhi
pencapaian atau kejayaan sesebuah sekolah malah, dapat membentuk insan manusia
yang berakhlak mulia dan unggul.
5.0 Rumusan Dan Penutup
Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika Profesion
Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan
membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal
tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya
membimbing para profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya
dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan
dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa,
masyarat dan Negara serta rakan sejawat.
Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa
pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan individu yang terlibat
dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya
adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi
lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau.
Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di
Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang
tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan
sistem pendidikan di Negara kita.