Anda di halaman 1dari 3

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Definisi
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap
konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras
kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan
menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran.
Oleh itu, pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih
dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan
mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga
akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar
dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru
supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran
daripada awal hingga akhir. Apa Pentingnya JSU Seseorang guru wajar
membina Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan yang akan
dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting
dalam pembinaan soalan yang kita hasilkan.
Kepentingan JSU
Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang guru
membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU,
seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh muridmuridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara
perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap
kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung
seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian
kepada seseorang murid itu secara sesuka hati sahaja.
JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu.
Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-

topik yang telah kita ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid.
Dengan adanya proses menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang
akan diuji dan dalam masa yang sama kita dapat merasakan kepentingan satusatu topik itu untuk dijadikan soalan.
Seseorang guru juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan
aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada murid-muridya sekiranya mereka
membina JSU. Selain itu JSU juga dapat memperlihatkan kertas ujian dapat
dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran juga adalah terjamin.
Kita tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam menguasai satu-satu topik
yang telah dipelajari oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau memberikan
ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat melihat tahap penguasaan mereka.
Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian mengikut format yang sesuai
kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai segi. Untuk
menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan. Hasilnya barulah
guru dapat menentukan format ujian tersebut.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentukbentuk soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan
pula adalah bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk pada
objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah
untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang
telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru untuk
menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan
berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk
memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk
struktur atau esei.
Penilaian dijalankan kepada murid-murid setiap tahun. Soalan-soalan yang
diajukan tentunya berbeza-beza antara satu tahun dengan tahun yang lain.
Tanpa adanya JSU kemungkinan tahap atau aras kesukaran ujian-ujian itu amat
berbeza antara tahun ke setahun. Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan
aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Set ujian-ujian itu sesuai digunakan
oleh murid pada bila-bila masa sahaja.
Topik yang diajar kepada murid-murid sememangnya telah disusun mengikut
keutamaan. Bilangan masa yang ditentukan setiap topik adalah berpandukan
kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu. JSU juga mengambil kira masa
yang dieruntukan untuk sesuatu topik. Oleh yang demikian penilaian untuk satusatu topik itu dapat dilaksanakan secara adil.

Langkah Pembinaan JSU

1.
Mengkaji
Sukutan
Pelajaran

4.
Menganali
sis
Objektif
Pengajara
n

2.
Menentuk
an Jenis
Soalan

3.
Menentuk
an
Bilangan
Soalan

Anda mungkin juga menyukai