Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai
Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di
Negeri Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan
Datuk Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah
untuk menjajah negeri mereka. Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih
tidak menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan
Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu
meliputi Terachi, Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana
membenarkan British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya
dengan pembesar lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak
mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada pertengahan 1875, di
bawah lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit
Putus, sebagai sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus
mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk Kelana dan British
bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu
sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang sama. Yamtuan Antah yang
semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk
Kelana. Residen British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana mengganggap
perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana
dan melanggar undang-undang. Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama
20 askar diketuai Leftenan Hixman selain 30 polis dan masing-masing seorang doktor
dan seorang jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak
mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari kemudian, Murray kembali ke
Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung
Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan
penduduk seramai 200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik
ke Sungai Ujong. Daly ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai
Ujong dan Residen itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.
Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan
Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk
menghadapi peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut
mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku
Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Seterusnya, pasukan perang
Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberang Bukit Putus untuk memasuki Paroi.
Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi
menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi. Murray yang ketakutan
melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan
kepada Negeri-negeri Selat. Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana
mereka khuatir akan penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada
di Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak
perkhemahan tentera mereka. Pada Disember1875, pasukan Yamtuan Antah yang
seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di
Sungai Ujong, bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai
Leftenan Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan
tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis dan 6
askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.
Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk
menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada pasukan
Hinxman menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka
akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah.
Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di
tepi Sungai Linggi. Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan apabila pasukan
diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang
lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil tentera
Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu. Selepas satu jam
berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang
di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya
ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan kubu
pertahanan tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar
British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat
jalan. Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan. Tunku Laksamana
akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Bantuan tambahan yang diminta
Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau
Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripa 350 askar
British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu,
menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di
Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu Yamtuan
Antah. Selepas melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa
berundur. Selepas pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan Arab
selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula oleh British.
Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar
Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32orang. Pasukan meriam
daripada kapal perangHMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan kekuatan tentera
itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang
menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan
Antah, daripada pelbagai penjuru. Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang
diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay
pula mengetuai pasukan seramai 280 orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara
British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan
British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke Seri
Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa
berundur meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor. Di
negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu Bakar
kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan
Sultan Johor ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat pertemuan
dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois. Yamtuan Antah bersama empat
pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British
di Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan
perkara yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi menunjukkan
imej baik mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di
bawah kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di
bawah kekuasaan British.
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya,
Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila
pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti.