Anda di halaman 1dari 13

TAJUK PROJEK REKACIPTA

Tempat simpanan alat tulis


LATAR BELAKANG PROJEK

Tempat Simpanan Alat Tulis yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak
menarik, unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan
tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan keperibadian
istimewa pemiliknya.
Tempat Simpanan Alat Tulis buku berfungsi sebagai alat Tulis yang berguna buat
anda. Tempat Simpanan Alat Tulis yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna
untuk memberi mood ceria dan menawan. Susunan alat tulis tidak semestinya sentiasa selari
serta lurus menegak. Warna-warna juga tidak semestinya hanya satu warna dan gelap.
Cubalah gabungan pelbagai warna serta jangan takut untuk bereksperimen dengan warna yang
terang. Warna-warna penting untuk member kesan emosi atau kepelbagaian mood di ruang
rumah anda. Untuk menyimpan koleksi alat tulis anda, mungkin idea kreatif ini amat sesuai.
kemas, simple dan menjimatkan ruang.

KAJIAN TENTANG PROJEK REKACIPTA YANG DIJALANKAN

Tempat Simpanan Alat Tulis juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya
pasti menjadi tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti Tempat Simpanan Alat Tulis yang
anggun dan eksklusif mampu memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang
rumah anda. Bekas juga tidak semestinya berbentuk kotak. Tempat Simpanan Alat Tulis juga
mampu memberikan satu hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih dapat
mengekalkan fungsinya.
Begitu juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang alat tulis , ianya juga
jika digabungkan akan menghasilkan rekabentuk alat Tulis yang sungguh unik dan
mengagumkan. Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh
diletakkan. Kreativiti Tempat Simpanan Alat Tulisyang tergantung di dinding lebih sesuai

buat ruang yang sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan
peralatan disamping senang untuk anda menyapu...
Jika inginkan kreativiti Tempat Simpanan Alat Tulisyang sedikit luar biasa dan unik.
Tempat Simpanan Alat Tulis diatas ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi
daya tarikan buat sesiapa sahaja yang memandang. Menawan dan mengujakan! Kreativiti
Tempat Simpanan Alat Tulis yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan
perubahan bentuk dan susunan alat tulis anda. Ianya mencabar minda anda untuk menjadi
kreatif dalam menyusun alat tulis untuk memberi hasil sebuah Tempat Simpanan Alat Tulis
yang menarik dan menyeri ruang tanpa mengabaikan fungsi alat tulis tersebut
Kreativiti Tempat Simpanan Alat Tulis yang menarik dan mempersonakan apatah lagi
dengan rekaan yang unik dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan.
Namun harus di ingat, tempat Simpanan Alat Tulis tersebut mestilah berpadanan dengan
suasana, tema, perabot serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan
terlalu janggal.
Sebuah alat Tulis mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah
dalam memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi dan
kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja.

Rasional pemilihan reka bentuk Projek


a)

Pemilihan reka bentuk untuk seorang pelajar yang inginkan keselesaan.

b) Sesuai digunakan dalam suasana bilik yang sempit dimana reka bentuk ini menjimatkan
ruang.
c)

Reka bentuk ini adalah dalam satu dimana digunakan sebagai meja , alat Tulis buku,

kerusi dan juga boleh digunakan sebagai tempat pemadam papan hitam dan peralatan menulis
yang lain seperti pen, pensil, pemadam dan sebagainya.
d) Permukaan bekas pensil direka untuk menambahkan keselesaan kepada pengguna.

Proses-proses reka bentuk.


1.

Mencari idea

2.

Melakar beberapa bentuk yang difikirkan sesuai.

3.

Menyatakan ciri-ciri dan keistimewaan projek yang ingin dihasilkan.

4.

Melukis secara dua dimensi

5.

Melukis secara tiga dimensi.

6.

Menyatakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek.

7.

Menganggarkan kos yang diperlukan.

8.

Menyatakan kelebihan dan kekurangan projek yang dihasilkan.

Bahan-bahan yang digunakan dan rasional pemilihan bahan tersebut.


1.

Papan lapis

Harga yang murah serta ringan. Sesuai digunakan untuk membuat bekas alat tulis buku, meja serta
kerusi.
Alatan yang digunakan.
a)

Pemutar skru

b) Tukul
c)

Pita pengukur

d) Sesiku L
e)

Gergaji

Lakaran (Gunakan buku lakaran idea yang sesuai)

Lakaran idea (sekurang-kurangnya 3 lakaran idea)

Lakaran perkembangan idea

Lakaran projek pilihan

Lukisan kerja (Lukisan Berbantu komputer CAD)

Lukisan Ortografik lengkap berskala dan berdimensi

Lukisan Isometri
3

MATLAMAT PROJEK REKACIPTA

Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk yang baru atau pengubahsuaian sesuatu produk
supaya mempunyai nilai komersial yang lebih baik bagi memenuhi keperluan serta kehendak
penguna. Selain itu,reka cipta juga mampu melahirkan seorang insan yang kreatif,inovatif dan
inventif serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi. Sebelum mereka cipta
sesuatu barang pebagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti masalah,mengumpul
maklumat dan data, mengukur, menanda, dan banyak lagi. Anda mempelajari semua ini
melalui arkib yang telah disediakan.
Mengenal pasti merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada.
Pengenalpastian masalah mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti
dan mesra alam. Pemikiran kreatif dan inovatif hasil menyelesaian masalah adalah sesuatu
yang sangat bagus.
OBJEKTIF PROJEK REKACIPTA
1.

Memelihara atau memulihkan unsur-unsur tradisional dan warisan.

2.

Keselamatan pengguna dan kesejahteraan alam sekitar.

3.

Minat atau kecenderungan terhadap bahan, bentuk dan teknologi.

4.

Menyerlahkan kebanggaan.

5.

Menggarap Idea dan memperkayakan khazanah seni.

6.

Menyelesaikan masalah semasa.

7.

Memberikan saingan dalam industri dan menguasai pasaran.

FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK REKACIPTA


Sebagai salah satu kunci utama dalam sistem penyimpanan barang. Alat Tulis merupakan
elemen penting penyimpanan barang bagi setiap rumah. Ianya direka untuk mengoptimumkan
ruang dan pelbagaian variasi dengan coalat Tulis dan penggunaannya.

Alat Tulis ini juga boleh berfungsi sebagai satu perhiasan yang mana ianya boleh
ditambah dengan bunga ataupun barang perhiasan lain yang disisipkan di bahagian tepinya
menjadikannya lebih menarik, kemas dan elegan.
Selain menyimpan koleksi buku, alat Tulis buku turut berfungsi sebagai ruang
pameran, ruang penyimpanan khasnya jika diletak di bilik tidur dan antara elemen penting
pembentukan pustaka mini.
BAGAIMANA PROJEK REKACIPTA BERFUNGSI

Tujuan utama Tempat Simpanan Alat Tulis ini ialah sebagai alat penyimpan peralatan belajar
dan amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Ianya juga sesuai diletakkan dirumah dan bilik
bacaan yang mana kotak kecil penyimpan habuk boleh digunakan sebagai penyimpan
peralatan penulisan yang kecil seperti pen, pensil, pemadam, pengorek kecil dan sebagainya.
Kepelbagaian variasi dengan sisipan perhiasan lain seperti pasu kecil, bunga dan coalat
Tulis yang bersesuaian ia juga boleh berfungsi sebagai perhiasan meja atau bilik bacaan.

DISKRIPSI PROJEK REKACIPTA

1. Pemilihan idea
Pemilihan idea ialah proses di mana saya perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan
yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina
dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna. Bagi setiap idea penyelesaian masalah
yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek
penting perlu diketahui seperti:
a)

Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada.

b) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.


c)

Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak

membebankan.
d) Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai.
e)

Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna.

f)

Mesra alam.

2. MELAKAR PROJEK
Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam tiga dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk
menggambarkan bentuk dan saiz projek rekacipta yang bakal dihasilkan. Beberapa reka bentuk projek
dibuat dalam bentuk lakaran tiga dimensi. Lakaran dibuat bagi memberi gambaran yang jelas tentang
proses-proses yang dilaksanakan dalam menghasilkan projek rekacipta ini.

3. PEMILIHAN REKA BENTUK


Pemilihan reka bentuk projek ini melalui proses perbincangan dan penyataan idea yang
panjang. Pelbagai reka bentuk yang menarik dan sesuai telah dicadangkan yang mana ada
diantara produk berkenaan telah bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih adalah
berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat.

4. MENILAI DAN MEMILIH KONSEP REKA BENTUK


Penilaian sebelum projek rekacipta ini dihasilkan diberi bagi setiap reka bentuk yang
dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama yang telah dipersetujui dan digariskan
terlebih dahulu iaitu:
a)

Fungsi

Projek rekacipta yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan.


b) Rupa bentuk
Projek rekacipta yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai.
c)

Kesesuaian bahan

Projek rekacipta menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.


d) Kaedah binaan
Projek rekacipta menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah.
e)

Ketahanan

Projek rekacipta yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.


f)

Kos-Kos pembinaan projek rekacipta tidaklah terlalu tinggi.


6

g) Kemasan
Projek rekacipta yang dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.
h) Keselamatan
Projek rekacipta ini mestilah selamat digunakan.
i)

Nilai komersial

Projek rekacipta ini berpotensi untuk dikomersialkan.

5. LUKISAN KERJA DAN LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, proses yang seterusnya ialah membuat lukisan
kerja dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan
pandangan sisi projek rekacipta yang berlainan, iaitu:
1.

Pelan

2.

Pandangan hadapan

3.

Pandangan

sisi

PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK


Perancangan pembinaan projek dilakukan dengan sistematik melalui jadual yang tertera
seperti dibawah. Projek rekacipta ini dirancang agar dapat menjimatkan bahan, masa, dan kos.
1. BAHAN
Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan
projek rekacipta ini. Bahan-bahan yang dipilih juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan
bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan tersebut adalah:
a)

Papan lapis

b) Paku
c)

Kayu

d) Gam kayu.
e)

Putty kayu
7

2. ALATAN
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan.
Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses:
a)

Mengukur

b) Membentuk
c)

Menanda

d) Mencantum
e)

Memotong

f)

Kemasan

Proses

Alatan tangan yang digunakan

Mengukur dan menanda

Pita pengukur, pensel, pembaris keluli,


sesiku L

Memotong

Gergaji tangan, gergaji putting

Membentuk

Kikir parut

Mencantum

Tukul kuku kambing, tukul Warrington,


gandin kayu

Kemasan

Berus cat, berus syelek, pengikis, cat


penyembur bervarnish pelbagai warna

3. JADUAL KERJA DAN KOS PENGELUARAN

Jadual kerja untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Ia juga digunakan untuk mengira kos pembinaan projek rekacipta ini.

Aktiviti/Minggu

Mengenal pasti masalah

Mengumpul

maklumat /

dan data
Menjana idea, melakar,

dan memilih projek


Perancangan

dan

pembinaan projek
Pemasangan,

pengujian,

dan pengubahsuaian
Dokumentasi

Persembahan

4. PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK


Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja yang telah dilakarkan terlebih
dahulu. Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan
berkualiti,

menepati

kehendak

pereka

dan

berfungsi

dengan

baik.

5. MENGUKUR, MENANDA, DAN MEMOTONG


Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek dan menggunakan alat
pengukur seperti pita pengikur, pembaris keluli, dan sesiku L. Proses pengukuran mestilah
tepat oleh itu proses ini dilakukan berulang kali dan berhati-hati.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong atau digerudi mengunakan
alatan seperti pensel, tolak penanda, dan pisau penanda.
Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji
puting.
6. MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK
9

Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan mengglu, memaku, memasang
skru dan meribet. Bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang
akan dibuat. Proses membina ini mengunakan rekabentuk yang telah dirancang sebelum ini.
Bahan-bahan binaan seperti kayu ataupun boleh juga menggunakan mounting board
dicantumkan mengunakan paku atau skru.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ALAT TULIS BUKU


a)

Tandakan bahagian tepi kayu yang hendak dipaku.

b) Cantumkan bahagian perspek dengan teknik memaku seperti didalam gambarajah


dibawah.
c)

Gunakan kreativiti sendiri supaya hasil terserlah.

7. MENGUJI DAN MENILAI PROJEK


Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia
boleh berfungsi sepenuhnya. Sebarang pengubahsuaian perlulah dilakukan dan diuji pada
tahap ini. Tujuan pernilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan
menepati konsep yang ingin ditampilkan.

8. MEMBUAT KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.
Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan
pelekat. Di dalam projek rekacipta ini saya menggunakan syelek dan penyembut cat
bervarnish yang banyak terdapat di pasaran. Penyembur cat bervarnish mudah kering dan
murah selain mempunyai pelbagai variasi warna yang boleh digabungkan didalam projek
rekacipta ini.

RUJUKAN
1.

www.dskon.com Home & Garden

2.

perempuan.com/read/alat Tulis-buku-fungsi-ganda
10

3.

www.bharian.com.my/bharian/articles/Alat Tulisserbaguna/Article/index

4.

berkah2013.blogspot.com Unik

5.

relakssminda.blogspot.com/2013/05/kreativiti-rekaan-alat Tulis-buku.html

6.

www.rekacipta.net/

7.

www.freewebs.com/rekacipta/

8.

www.miexpo.upm.my/index.php/rekacipta-inovasi-sekolah

DOKUMENTASI BERGAMBAR

11

PROSES PENGUKURAN DAN PENANDAAN BAHAN PROJEK REKA CIPTA

PROSES MENGAPIT BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGGUAKAN APIT G

PROSES PEMOTONGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGUNAKAN GERGAJI POTONG


DAN APIT G.

PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MEGGUNAKAN KERTAS PASIR, KIKIR


KASAR DAN KIKIR HALUS.

PROSES KEMASAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGGUNAKAN SYELEK DAN BERUS


CAT.

PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA MENGUNAKAN PAKU DAN TUKUL.

12

PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

PROSES PEMASANGAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

PROSES PENGUJIAN BAHAN PROJEK REKACIPTA.

BAHAN PROJEK REKACIPTA YANG TELAH BERJAYA DISIAPKAN.

13