Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Pengenalan
Program Bina Insan Guru (BIG) ini telah melibatkan semua guru pelatih Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri, pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.
Melalui program ini, para guru pelatih didedahkan dengan kefahaman yang
menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang dari segi jasmani, rohani,
emosi, intelek dan sosial serta akauntabiliti profesionalisme seorang guru dalam
meningkatkan kualiti pendidikan. Kami juga didedahkan dengan kepentingan semangat
berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion melalui aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan.
Melalui program Bina Insan Guru ini, para guru pelatih dapat menunjukkan ciriciri insan yang berakhlak mulia, dapat meningkatkan semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat dalam kalangan guru pelatih yang berbilang kaum,
bangsa dan budaya. Program Bina Insan Guru ini juga dapat melahirkan para guru
pelatih yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan dapat meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental para guru pelatih serta dapat menerapkan nilai-nilai
keguruan yang positif dalam sanubari para guru pelatih. Justeru itu, pengisianpengisian positif serta penerapan nilai-nilai murni perlu ada dalam diri seseorang guru
agar dapat menjadi teladan dan ikutan kepada anak murid.

Anda mungkin juga menyukai