Anda di halaman 1dari 2

Demam Denggi

Pengenalan
Apa itu demam denggi?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan
terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan Gejala


Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

Demam panas

Sakit kepala

Sakit tulang belakang

Sakit sendi-sendi

Loya dan muntah-muntah

Sakit biji mata

Ruam

Komplikasi
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

Mudah lebam

Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Rawatan
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejalagejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan
dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki
menghidap demam denggi berdarah.
>> Ujian Denggi

Pencegahan
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :


1.

Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk


o

Membuang bekas yang boleh menakung air

Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup

Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu
sekali

Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

2.

Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3.

Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti


o

Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah

Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Anda mungkin juga menyukai