Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARK)
10 FEBRUARI 2015, 8.00 PAGI
SK PERMATANG JANGGUA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis, En Jeffri
Yang Berusaha Pn Halimatun Saadiah Bt Said
Guru Besar SK Permatang Janggus
Yang Dihormat Encik Rosdaud Bin Ayob
Penyarah Pembimbing BIG FASA 6 dari IPG Kampus Tuanku Bainu
Yang Berusaha En. Nazri Bin Hasan,
Guru Cemerlang SK Permatang Janggus,
Rakan-rakan para peserta BIG fasa 6
yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Program
BIG fasa 5 Lawatan Penanda Aras dan Bengkel Guru Inovatif.
Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku pengerusi
Jawatankuasa BIG fasa 6 IPG Kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan
penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SK
Permatang Janggus dalam menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya
amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya
Puan Guru Besar kerana sudi menerima kehadiran kami semua tangan yang

terbuka. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Nazri Bin Hassan selaku GC
sekolah ini kerana sudi untuk berkongsi ilmu dan kepakaran beliau dalam bidang
profesion beliau sebagai guru serta bersusah payah menyediakan tempat yang
selesa untuk menjayakan program ini.
3.

Penganjuran

lawatan

ini

secara

khususnya

adalah

bertujuan

untuk

mendedahkan kepada para peserta tentang ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi
seorang guru yang berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Di

samping itu juga ianya bertujuan untuk mengenal pasti apakah amalan PdP guru
cemerlang ,ciri2 profesionalisme dan komitmen seorang guru cemerlang.

Yang

paling ditunggu2 oleh para peserta ialah apakah inovasi terutamanya dalam
pedagogi bagi seorang guru cemerlang. Seperti yang kita semua maklum, hala tuju
aktiviti PdP, peperiksaan serta pentaksiran berasaskan sekolah pada masa kini
semuanya ke arah KBAT iaitu kemahiran berfikir aras tinggi.
4. Adalah diharapkan melalui program ini, perkongsian ilmu dengan para peserta
dapat dijadikan panduan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab sebagai
seorang guru yang komited dan berinovatif.

5. Semoga program sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar
perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat.
Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah SK
Permatang Janggus. Kami juga turut mendoakan agar sekolah ini menjadi sebuah
sekolah yang cemerlang nanti. Insya Allah..
Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai