Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nur Musernah Bt Musini

Tikus Bandar Dan Tikus Desa


1. Di satu desa,terdapat seekor tikus yang bernama Tikus Desa.
Tikus Desa tinggal di rumah yang dikelilingi bunga-bungaan.
2. Setiap pagi,Tikus Desa akan keluar mencari makanan.
Tikus Desa akan mencari makanan di kawasan berhampiran rumahnya.
3. Di kawasan berhampiran rumahnya mempunyai banyak pokok ceri.
Tikus Desa suka makan pai ceri yang dibuatnya pada waktu malam.
4. Pada malamnya,Tikus Desa akan tidur di atas katil jerami.
Tikus Desa sudah sebati dengan keadaan di desa.
5. Pada suatu hari,Tikus Desa dikunjungi oleh saudaranya,Tikus Bandar.
Tikus Desa dan Tikus Bandar berasa sungguh gembira kerana dapat
berjumpa.
6. Pada keesokkan paginya,Tikus Desa mengajak Tikus Bandar memetik
buah.
Pokok buah tersebut tidak jauh daripada rumah Tikus Desa.
7. Apabila giliran Tikus Bandar memanjat pokok tersebut,Tikus Bandar
telah terjatuh dari pokok.
Tikus Bandar terjatuh kerana dia tidak pandai memanjat pokok.
8. Malam itu,Tikus Desa memasak pai ceri yang lazat.
Pai ceri itu dimasak untuk dimakan oleh dia dan sepupunya.

9. Tikus Bandar tidak suka pai ceri yang dimasak oleh Tikus Desa kerana
rasanya sungguh masam.
Tikus Bandar lebih menggemari makanan yang manis.
.
10. Malam itu,Tikus Bandar tidak nyenyak tidur di atas katil jerami.
Pada keesokkan harinya,Tikus Bandar mengadu kepada Tikus Desa
bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Tikus Desa.

11.Tikus Desa faham dengan apa yang dikatakan oleh Tikus Bandar.
Tikus Desa sedikit pun tidak mengambil hati dengan apa yang dikatakan
oleh Tikus Bandar.
12. Tikus Desa teringat pada kali pertama tinggal di desa.
Pada mulanya, dia rasa tidak selesa tapi

lama-kelamaan dia rasa

seperti sudah biasa dengan kehidupan seperti itu.