Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN KAUNSELING INDIVIDU

Kemahiran Membina Hubungan

• Memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang.


• Memberi tanggapan pertama yang positif.
• Bina suasana sekekliling dan tingkahlaku yang
menyakinkan dan menunjukkan kemesraan.

- Membina Suasana Alam Sekeliling


- Jarak / Ruang untuk berkomunikasi
- Penampilan diri
- Ekspresi muka / wajah
- Tahap tenaga

1. Hubungan yang baik diperlihatkan :-

• Kemesraan perhubungan dalam pertemuan.


• Kln meluahkan masalah tanpa keraguan
• Kln mempercayai klr ( Terima tanpa syarat )

2. Hubungan baik perlu untuk meneruskan proses kaunseling


mengikut langkah-langkah yang diaturkan.

3. Hubungan baik dapat dicapai apabila perasaan empati klr


dapat dirasai oleh kln.

4. Empati : klr merasai dunia peribadi kln seolah-olah


dunianya. Klr memahami perasaan, fikiran dan harapan kln.
5. Klr memberi perhatian, mendengar dan berusaha memahami
perasaan kln.

6. Contoh menerima kedatangan kln :

‘ Saya berasa gembira dapat berjumpa dengan anda. Saya


berharap anda sudi bercakap dengan saya dan menyatakan
tujuan anda ingin berjumpa dengan saya. Kita akan sama-
sama mencari jalan penyelesaian demi untuk kebaikan anda.
Silakan.’

7. Contoh klr menunjukkan perasaan empati .

Klien : Di rumah saya dimarahi, di sekolah juga saya


sentiasa dimarahi oleh guru, kadang-kadang saya
menjadi ejekan kepada kawan-kawan.....boringlah.
Klr : Nampaknya anda berasa kecewa dengan apa yang
berlaku di sekeliling anda.

Kemahiran Memberi Perhatian

1. Merujuk kepada komunikasi bukan lisan.

2. Jenis komunikasi antara 2 individu ( Mehrabian 1971 )

• Verbal ( Kata ) – 7 %
• Vokal ( Nada suara ) – 38 %
• Bukan Verbal - 55 %

3. Komunikasi bukan lisan menggambarkan situasi yang lebih


tepat .
4. Boleh dibahagi kepada beberapa komponen seperti :-

• Gaya badan
- Klien : bersikap terbuka dan mesra akan duduk
condong sedikit ke arah orang yang bercakap
dengannya.
- Klr : menunjukkan beliau menerima dan sedia untuk
membantu.

• Gerak isyarat ( Pergerakan tangan dan kaki


Ekman ( 1972 ) : terdapat 76 gerak isyarat yang biasa
digunakan.
- Pergerakan tangan dan kaki yang terlalu kerap
menggangu klien.
- Kaki yang digoyangkan dan tidak henti-henti : klien
rasa cemas.
- Berpeluk tubuh : rasa kurang selamat, kurang
bersedia untuk berbincang, defensif dan tertutup.
- Tangan dalam kocek : menyembunyikan sesuatu
- Kedua-dua tangan memegang kuat pada kerusi : rasa
takut / risau.
- Tergaru-garu : ragu-ragu , tidak pasti, cemas, risau.
- Menggigit jari : tertekan, ragu, risau.
- * Ekman ( 1972 ) : terdapat 76 gerak isyarat yang
biasa digunakan.

● Senyuman : tanda persahabatan, penerimaan dan


keinginan untuk kerjasama.

- Klien senyum : menutup rasa takut, malu, sedih dll

● Nada suara : Membawa emosi yang terkandung di dalam


sesuatu perkataan atau ayat.
- Rendah : perasaan sedih
- Cepat : risau

● Kontak mata :

Klr : Menunjukkan sedang mendengar dan memberi


perhatian kepada klien.
Kln : Elakkan kontak mata – menyembunyikan sesuatu
yang tidak ingin di sebut.

Kemahiran Membalas ( Responding )


Layanan Lisan

1. Matlamat layanan lisan : menarik klien melibatkan diri


dalam sesi kaunseling.

Kemahiran Mendengar

1. Pemahaman yang tepat diperolehi dengan pendengaran yang


baik

2. Perkara yang perlu didengar : isi kandungan yang


diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkahlaku
tanpa lisan dan mendengar perasaan yang dinyatakan.

3. Melibatkan seluruh deria klr. Telinga ( mendengar ), mata


( melihat ), hidung ( bau ) dan sentuhan.

4. Mesej dari semua aspek memberikan interpretasi bermakna


kepada klr.
5. Meningkatkan kemahiran mendengar :

- Memahami tujuan klien berada di situ.


- Memerhati dan mendengar faktor seperti WH
Questions. Fokus bukan sahaja pada perkataan ttp. nada
dan cara diperkatakan.
- Elakkan daripada membuat andaian terlalu awal.
- Elakkan daripada membuat penilaian kepada kln terlalu
awal.
- Sanggup berhadapan dengan gangguan luar.

6. Mendengar Isi

- Cuba memahami tema perbincangan dan merupakan


langkah pertama dalam proses mendengar. Apa yang
sedang diperkatakan oleh kln.
- Perlukan konsentrasi. Kln sendiri kadang-kadang
keliru.

7. Mendengar Perasaan.

- Emosi yang dialami dalam satu-satu situasi yang dapat


digambarkan dengan perkataan dan tingkahlaku.
- Tingkahlaku yang menggambarkan perasaan ialah
marah, sedih, gembira dll.
8. Refleksi : Satu usaha untuk memahami klien dari sudut
pandangan kln itu sendiri.

- Refleksi Isi : Pernyataan semula oleh klr mengenai idea


yang disampaikan oleh kln. Cth :

Kln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin


saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi,
sekarang saya berhati-hati sambil mencari
strategi yang paling baik untuk saya.
Klr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan
strategi yang paling baik.

- Refleksi Perasaan : Pernyataan semula klr tentang


perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Cth :

Kln : Kadang-kadang saya sendiri tidak faham,apa


yang saya buat, semua tak kena; yang dicari
hanya salah sahaja. Apakah saya tidak pernah
betul ?

Klr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang


anda alami ini. ?

- Refleksi Pengalaman : Dibuat setelah klr


memerhatikan gerak geri tubuh badan semasa sesuatu
pengalaman atau perasaan diperkatakan oleh klien.

- Kln.: Saya sebenarnya sangat sayang kepada anak


isteri saya. Inilah yang saya tak faham, mengapa
mereka sanggup meninggalkan saya ? ( Sambil
tunduk dan kelihatan murung ).
- Klr : Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh
keluarga yang anda sayangi.

Penstrukturan

1. Matlamat : menyediakan nada dan struktur sesi kaunseling


yang bakal dilaksanakan.

- Peranan klr : Mendengar, memahami dan membantu


kln.
- Peranan kln : Menceritakan dengan bebas dan
memilih tajuk perundingan.
- Jangka masa : 30 – 45 minit
- Etika : Peraturan dan perkara KERAHSIAAN.

2. Cth : Selama 30 minit ini anda bolehlah ceritakan apa


sahaja yang ingin anda kongsikan dengan saya.
Saya
sedia mendengar dan memahami serta cuba
membantu, dan apa yang anda ceritakan akan saya
rahsiakan.

Dorongan Minima

1. Tujuan :
- Memberangsangkan kln untuk terus bercerita.
- Menunjukkan klr mendengar
- Menunjukka klr faham dan mengikuti apa yang
sedang diperkatakan oleh kln.

2. Cth : Mmm...Hmmm...Ya...menunjukkan wajah yang


tenang dan memberikan senyuman ( jika perlu ).

3. Cth : Kln : Saya nak bincang tentang pelajaran saya.


Klr : Ya ! pelajaran awak ( sambil mengganguk )
Kln : Sejak akhir-akhir ini pelajaran saya merosot.
Klr : Hmm...Hmm

Parafrasa

1. Respons klr setelah mendengar isi dan memerhati tingkah


laku kln. Pemahaman klr ini dinyatakan dalam ayat yang
agak pendek.

2. Peranan Parafrasa :
- Menunjukkan klr mendengar dan memahami apa
yang dikatakan oleh kln.
- Pernyataan semula kenyataan dan mesej yang
dibawa oleh kln untuk mendapatkan kepastian
daripadanya.
- Sesuai diguna pada peringkat awal hubungan klg.
- Digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang
dikatakan oleh kln.

3. Matlamat :

o Menunjukkan kepada kln bahawa mesej yang


diberikan mula difahami oleh klr.
o Memastikan klr mendapat mesej yang betul dari kln
o Beri peluang kepada kln mendengar kembali apa
yang dirasa dan dikatakan.

4. Panduan membuat parafrasa :

o Lebih ringkas daripada kenyataan kln yang asal.


o Tepat seperti apa yang difahami oleh klr
o Memudahkan klr meneroka perkara yang ingin
dibincangkan.

5. Cth : Klr : Apa yang Ali nak bincang dengan saya ?


Kln : Saya tidak mahu bincang apa-apa, tapi Cikgu
Ailin suruh saya datang.
Klr : Cikgu Ailin suruh Ali datang.
Kln : Ya ! Masa dia mengajar tadi dia terus suruh
saya datang jumpa cikgu, saya tak tahu sebab
apa.
Klr : Ali tak tahu sebabnya.

Menyoal

1. Matlamat menyoal :

- Mendapatkan maklumat dengan tepat


- Mendapatkan maklumat lanjut
- Mendapatkan kepastian

Soalan Tertutup

1. Menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa


perkataan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat
yang khusus.
2. Matlamat :

- Mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta


- Mendapatkan maklumat yang khusus
- Memberhentikan kln daripada terlalu banyak
bercakap.
- Memberi arah tertentu di dalam perbincangan.

3. Cth : Klr : Adakah anda datang ke sekolah semalam ?


Kln : Ya !
Klr : Berapakah umur anda pada masa itu ?
Kln : 15 tahun

Soalan Terbuka

1. Menggalakkan perbincangan, penjelasan dan huraian yang


panjang lebar.
2. Tiada jawapan khusus.
3. Matlamat :
- Menggalakkan penerokaan dan pengembangan
kepada perkara yang sedang dibincangkan.
- Memberi ruang kepada kln meluahkan perasaannya
mengikut arah dipilihnya sendiri.
- Membolehkan kln memberikan maklumat tanpa
menimbulkan rasa defensif.
- Membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri.
- Memberi peluang kepada kln untuk memberi
maklumat tentang perkara yang dirasakan sangat
penting pada pandangan dirinya.

4. Sesuai digunakan setelah dibuat penstrukturan. Kln rasa


selesa dan diterima oleh klr.
5. Perbandingan :

Bil Soalan Tertutup Soalan Terbuka


1 Mendapatkan jawapan Membolehkan jawapan yang
khusus berbagai.
2 Boleh dijawab dengan Memerlukan jawapan yang
satu atau dua perkataan panjang
3 Mendapatkan data Mendapatkan pandangan,
sebab. Penerangan dll
4 Kemungkinan Kurang menakutkan dan
menakutkan kurang merisaukan
5 Menyekat respon kln Membolehkan kln memberi
jawapan yang tidak dijangka
oleh klr.

Kesenyapan

1. Memberikan ruang kepada kln berfikir, mengemaskan


idea dan membuat refleksi.

2. Kesenyapan tidak lebih dari satu minit.

3. Klr gunakan Kemahiran empati.

4. Tunjukkan klr memahami perasaan kln untuk


mendorongnya mendedahkan perasaan secara mendalam.

5. Klr perlu memerhatikan komunikasi bukan lisan kln untuk


menentukan samada kln sedang berfikir, malu, takut dll.

6. Seolah-olah memberitahu kln bahawa klr sedang


mendengar dan memberi ruang kepada kln untuk berfikir
dan membuat refleksi.
7. Contoh :

- Mungkin anda masih mencari idea bagaimana anda


patut bermula. Bagaimana pun saya akan dengar
dengan hati terbuka bila anda telah siap untuk
bermula.

- Anda merasa sukar untuk terus bercakap kerana


anda kurang yakin atau tidak percayakan saya.

- Mungkin sukar bagi anda mendedahkan perbuatan


anda. Adakah anda kurang yakin bahawa saya tidak
akan memahami perasaan anda ?

Merumus

1. Merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang


diucapkan oleh kln.

2. Usaha klr yang menonjolkan perkara-perkara penting /


tema-tema utama yang mengandungi isi dan perasaan kln.

3. Memudahkan usaha untuk memfokus permasalahan kln.


Klr dapat beri pertolongan dengan mudah.
Rumusan Kecil

1. Dibuat beberapa kali dalam satu sesi.

2. Tujuan :

- Bantu kln dan klr ingat kembali apa yang sedang


dibincangkan.
- Menyemak persepsi kln dan klr agar berada ditahap
yang sama.
- Membantu memberi fokus kepada beberapa isu atau
tema yang masih belum disatukan.
- Memastikan pemahaman klr tidak menyeleweng.
- Memberangsangkan kln agar terus meneroka ke arah
perkara yang dirumuskan oleh klr.

3. Penggunaan Rumusan :

a. Awal sesi untuk mengingat kembali apa yang telah


dibincangkan pada masa lalu.
- Membantu kln memilih tajuk perbincangan dan
menunjukkan klr masih ingat apa yang berlaku.
- Menimbulkan rasa diterima dan dihormati oleh kln.

b. Setelah 15 minit pertama sesi, klr mungkin telah


memahami secara umum masalah utama kln. Klr
ingin memberi fokus kepada tersebut dan membuat
satu rumusan kecil.
- Membantu klien mendengar apa yang telah
diperkatakannya dan membolehkan dia berfikir
tentang perkara utama yang ingin diatasinya dahulu.

c. Apabila dirasakan fakta-fakta yang telah difahami


dan perlu dipastikan ketepatannya.
- Rumusan ini memberikan rasa puas hati kepada
kln.

Rumusan Besar

1. Dibuat sekali dalam satu sesi ( sebelum menamatkan sesi )

2. Membantu kln mengingat kembali dan memastikan klr


telah memahami perkara yang dirunding dengan tepat.

3. Membantu kln mendapatkan struktur yang jelas untuk


bertindak seterusnya.

4. Perkara yang disentuh :


- Isi perbincangan
- Perasaan yang terlibat
- Perubahan yang terjadi
- Pemilihan yang dibuat
- Langkah yang dipersetujui

Membuat penjelasan ( Clarification )

1. Digunakan untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul di


pihak klr.

2. Membolehkan klr memahami sesuatu isu yang


dibincangkan dengan lebih jelas lagi.

Konfrantasi

1. Hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik


dan kukuh di antara klien dan klr.
2. Diguna bila terdapat percanggahan antara apa yang
dikatakan oleh kln tentang dirinya dengan apa yang
dilakukannya.

3. Diguna bila terdapat percanggahan di antara apa yang


dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada
masa yang lain.

4. Tingkahlaku bertentangan dengan apa yang dikatakan.


( cerita dengan bahasa tubuh badan kln. )

5. Pengalaman klr dengan kln bertentangan dengan apa yang


dikatakan oleh klien mengenai dirinya.

6. Menyatakan tingkah laku kln yang didapati tidak sesuai,


sebagai maklumat tambahan tentang diri kln.

7. Matlamat :

- Memberikan kln satu pandangan lain dalam usaha


meneliti dirinya.
- Membantu kln melihat dirinya dengan lebih tepat
dengan mengurangkan blind sport.

Menginterpretasi

1. Matlamat :

- Membantu kln mentafsir peristiwa dalam hidupnya.


- Membantu kln melihat perkara yang tidak dapat
dilihatnya dengan mudah.

2. Klr menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh


kln mengikut fahaman klr dari perspektif yang baru.
3. Membantu proses pemahaman bagi perkara yang
dibincangkan.

4. Boleh menimbulkan celik akal klien.