Anda di halaman 1dari 9

Cara menulis Bibliografi

Oleh:
Hassan Mohd Ghazali
http://senivisual2.blogspot.com/

Sistem APA

Sistem dokumentasi APA ‘AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’


(APA) merupakan system yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual
sebagai menulisan kajian dan ilmiah.

Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan


(bibliography) maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu
tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:

• Pengarang
• Tahun penerbitan
• Judul
• Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
• Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

Apa yang perlu didokumentasikan?


Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan
sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan
pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula
sumber bahan yang asal.

Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

• Petikan secara langsung (direct quotations)


• Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
• Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)

Format Bibliografi atau Rujukan menggunakan


sistem APA
Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam
menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan
cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut:

a) Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak


dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun
mengikut entri judul.
b) Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan
selepas nama pengarang ataupun diabaikan.
c) Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris di antara item
dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.
d) Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di
“kedalamkan” (indent) lima jalur.
e) Penulis dikehendaki mengunakan satu sistem sahaja secara
berterusan dalam keseluruhan penulisannya.

Penulisan Nama Pengarang

• Pengarang Barat – ringkaskan kepada nama keluarga sahaja dan


nama selainnya hendaklah digunakan parap (initial).

a) John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy

Parap hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan didahului dengan


tanda ( , ).

a) J.F. Kennedy ditulis sebagai Kennedy, J.F.

• Pengarang Arab

a) Sulayman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani,


b) Sulayman ibn Ahmad
c) Sharifah Alwiah Alsagoff ditulis sebagai Alsagoff, Sharifah
Alwiah
d) Sheikh Abdul Rauf ditulis sebagai Abdul Rauf, Sheikh

• Pengarang Melayu

a) Iberahim Hassan ditulis sebagai Iberahim Hassan


b) Ramli bin Abdullah ditulis sebagai Ramli bin Abdullah
c) Nik Safiah Abdul Karim ditulis sebagai Nik Safiah Abdul Karim
d) Dato’ Nordin Hassan ditulis sebagai Nordin Hassan, Dato’ atau
Nordin Hassan
e) Syed Ahmad Jamal ditulis sebagai Syed Ahmad Jamal

• Pengarang Cina

a) Tuck Cheong Tang ditulis sebagai Tuck, Cheong Tang


b) Walter Woon Cheong Ming ditulis sebagai Woon, Walter C.M.

• Pengarang India

a) Krishan Kumar ditulis sebagai Krishan Kumar


b) V. Thilagavathi Gunalan ditulis sebagai Gunalan, V.
Thilagavathi
c) Jagjit Singh Siddu ditulis sebagai Siddhu, Jagjit Singh

• Nama yang menggunakan parap, maka parap perlu diletakkan


selepas nama.

a) Zakri A.H ditulis sebagai Zakri, A.H.


b) H.M. Dahlan ditulis sebagai Dahlan, H.M.
c) S.K. Cheong ditulis sebagai Cheong, S.K.
d) R. Paul Singh ditulis sebagai Singh, R. Paul

• Penulisan bagi nama korporat.

a) Kementerian Pelajaran Malaysia ditulis sebagai Malaysia,


Kementerian Pelajaran
b) American Psychological Association ditulis sebagai American
Psychological Association
c) Angkatan Pelukis Semalaysia ditulis sebagai Angkatan Pelukis
Semalaysia

Format Penulisan Rujukan Buku


• Tanpa pengarang
Give me liberty. (1969). New York: World.

Judul. (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.

• Satu pengarang
Hassan Mohd Ghazali (2009), Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual
tingkatan 4 dan 5, Kuala Lumpur: kreatif Enterprise

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan:


Penerbit.

• Dua pengarang
Luca,M. & Kent,R. (1968). Art Education: Strategies of Teaching. New
Jersey: Prentice Hall.

Nama pengarang pertama & nama pengarang kedua. (Tahun


penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Tiga hingga lima pengarang


Cameron, D., Frazer, E., Harvey, P., Hampton, M.B.H., & Richardson,
K. (1992). Researching language: Issues of power and method.
London: Routledge.

Nama pengarang pertama, pengarang kedua, pengarang ketiga,


pengarang keempat, & pengarang kelima. (Tahun penerbitan).
Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Enam pengarang dan ke atas


Rebecca T., et al (2007) Creativity and the Arts with Yong Children.
Canada: Thomson.

Nama pengarang pertama, et al. (Tahun penerbitan). Judul.


Tempat penerbitan: Penerbit.

• Pengarang & Penyunting


Welty, E. (1994). A writer’s eye: Collected book reviews (P.A.
McHaney, Ed.). Jackson: University Press of Mississippi.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. (Nama penyunting,


Ed.). Tempat penerbitan: Penerbit.

• Penyunting
Letheridge, S., & Cannon, C.R. (Eds.). (1980). Bilingual education:
Teaching English as a second language. New York: Praeger.

Nama penyunting pertama & nama penyunting kedua. (Eds.).


(Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Terjemahan
Dostoevsky, F. (1992). Devils (M.R. Katz, Trans.). Oxford, England:
Oxford University Press.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul (Nama penterjemah,


Trans.). Tempat penerbitan: Penerbit.

• Korporat / Organisasi
American Psychological Association. (1994). Publication manual of the
American Psychological Association. (4th ed.). Washington, DC:
Author.

Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul. (Edisi). Tempat


penerbitan: Penerbit.

• Bab dalam buku


Roy, A. (1995). Psychiatric emergencies. In H.I. Kaplan & B.J. Sadock
(Eds.). Comprehensive textbook of psychiatry. (6th ed., pp. 1739-
1752). Baltimore: Williams & Wilkins.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul bab dalam buku. In


Nama penyunting pertama & nama penyunting kedua (Eds.). Judul
buku. (Edisi., pp. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

• Kamus
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan:
Penerbit.

• Ensiklopedia
Arawak. (2000). In The Columbia encyclopedia (p.2533). New York:
Columbia University Press.

Judul petikan. (Tahun penerbitan). In Judul buku (p. mukasurat).


Tempat penerbitan: Penerbit.

• Buku Elektronik
Vibert, C. (2000). Web-based analysis for competitive intelligence.
Nova Scotia: Greenwood. Retrieved September 9, 2007, from
http://site.ebrary.com.eserv.uum.edu.my/lib/uum/Top?%3Fnosr=1&i
d=10017981&layout=document.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan:


Penerbit. Retrieved Tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Jurnal

• Jilid & Isu


Kaniappan, P. (1988). Duality in a convex vector optimization problem.
Sains Malaysiana, 17(4), 429-435.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal,


Jilid(Isu), Mukasurat.

• Abstrak
Burnby, J.G.L. (1985, June). Pharmaceutical connections: The Maw’s
family [Abstract]. Pharmaceutical Historian, 15(2), 9-11.

Nama pengarang. (Tahun, Bulan penerbitan). Judul artikel


[Abstract]. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.

• Internet
Greenberg, M.T., Domitrovich, C., & Bumbarger, B. (2000, March 30).
Prevention of mental disorders in school-aged children: Current
state of the field. Prevention and Treatment, 4, Article 1. Retrieved
August 24, 2001, from
http://journals.apa.org/prevention/volume4/pre0040001a.htm.

Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang


ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid,
Article 1. Retrieved Tarikh bahan diakses, from URL.

• Pangkalan Data
Epstein, J. (2002). A voice in the wildreness. Latin Trade, 10(12), 26.
Retrieved March 15, 2004, from Ebscohost Research Databases.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal,
Jilid(Isu), Mukasurat. Retrieved tarikh bahan diakses, from nama
pangkalan data.

Format Penulisan Rujukan Majalah


Greenberg, G. (2001, August 13). As good as dead: Is there really
such a thing as brain death?. New Yorker, 36-41.

Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul


Majalah, Mukasurat.
Format Penulisan Rujukan Akhbar

Minguan Malaysia. (1992, February 23). Masjid di Algeria jadi medan


latihan golongan pelampau, 10.

Judul Akhbar. (Tarikh penerbitan). Judul artikel, mukasurat.

Kandau Sidi. (2000, July 5). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita
Harian, 17.

Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar,


Mukasurat.

Mad-cow may tighten blood-donor curbs. (2001, April 19). The Gazette,
p. A13. Retrieved august 25, 2001, from Lexis-Nexis database.

Judul artikel. (Tarikh penerbitan). Judul Akhbar, p. mukasurat.


Retrieved tarikh bahan diakses, from nama pangkalan data.

Feller, B. (2005, May 6). GM, Ford get “junk” rating. The Detroit News
Online. Retrieved May 6, 2005, from.
http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/ 06/A01-173553.htm.

Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar.


Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Artikel dari Internet

Albanese, J. (2001). How can we reach teenage smokers? Retrieved


September 13, 2001, from
http://msweb.nursingspectrum.com/ce/ce229.htm.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Retrieved


tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Audiovisual

• Pita video
Language and verbal skills. (1976). [Videotape]. Virginia: Association
for Retarded Citizen.

Judul pita video. (Tahun penerbitan). [Videotape]. Tempat


penerbitan: Penerbit.

• TV Program
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History
Channel.

Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul


rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.

• Kaset
Bolles, R.N. (2000). What color is your parachute? 2000: A practical
manual for job-hunter and career changers [Cassette recording].
San Bruno, CA: Audio Literature.

Nama pengarang/ jurucakap. (Tahun penerbitan). Judul kaset


[Cassette recording]. Tempat penerbitan: Penerbit.

Format Penulisan Rujukan untuk Temubual


Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Interview].

Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual


[Interview].

Format Penulisan Rujukan Tesis & Latihan Ilmiah

Abu Baka bin Salleh. (1978). Purification and Immobilisation of Uricase


for Use in automated analysis. Ph.D Dissertation. University of St.
Andrews.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan) Judul. Ph. D Dissertation,


Tempat penerbitan.

Ibrahim bin Haji Hashim. (1974). Peranan dan pengurusan zakat di


Negeri Kedah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan) Judul. Latihan Ilmiah.


Tempat penerbitan
Meor Ahmad Shukri Bin Zainal Abidin. (2006). The study of e-book
usage in learning and teaching: primary and secondary school.
Master Dissertation, Universiti Utara Malaysia. Retrieved August
23, 2007, from
http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Tesis/200521.pdf

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Master Dissertation.


Tempat penerbitan. Retreived tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Kertas Kerja Persidangan/


Seminar/Prosiding
Deci, E.L. & Ryan, R.M. (1991). A motivational approach to self:
Integration in personality. In R. Dienstbier (Ed.). Nebraska
Symposium on motivation: Vol. 38. Perspectives on motivation,
pp.237-288. Lincoln:University of Nebraska Press.

Nama pengarang pertama & pengarang kedua. (Tahun


penerbitan). Judul artikel. In nama penyunting (Ed.). Judul
Persidangan, mukasurat. Tempat penerbitan: Penerbit.

Abdul Majid Mat Salleh. (1990). Tren pertubuhan dan perubahan


penduduk: Implikasi, prospek dan cabaran bagi masa hadapan.
Kertas kerja Persidangan Kependudukan dan Orientasi
Pembangunan Menjelang abad Ke 21. Universiti Malaysia Sabah,
10-11 Disember.

Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Kertas


Kerja. Tempat penerbitan, Tarikh persidangan.

Cynx, J., Williams, H., & Nottebohm, F. (1992). Hemisphericdifferences


in avian song discrimination. Proceedings of the National Academy
of Sciences, USA, 89, 1372-1375.

Nama pengarang pertama & pengarang kedua. (Tahun


penerbitan). Judul artikel. In nama penyunting (Ed.). Judul
Persidangan, Jilid, mukasurat.

Format Penulisan Rujukan Dokumen Kerajaan


Malaysia, Jabatan Perangkaan. (1977). Malaysian fertility and family
survey 1974: first country report. Kuala Lumpur: Jabatan
Perangkaan.

Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul laporan. Tempat


penerbitan: Penerbit.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.


Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.

Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan:


Penerbit.

U.S. Public Health Service. (2000). Report of the surgeon general’s


conference on children’s mental health: A national action agenda.
Washington, DC: U.S. Department of Health and Human Services.
Retrieved on August 25, 2001, from
http://www.surgeongeneral.gov/cmh/chilreport.htm

Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul laporan. Tempat


penerbitan: Penerbit. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Brosur / Risalah


Inside these doors: A guidebook of Elfreth’s Alley homes [Brochure].
(n.d.). Philadelphia: Elfreth’s Alley Association.

Judul. [Brochure]. (n.d.). Tempat penerbitan: Penerbit.

Union College. (n.d.) The Nott Memorial: A national historic landmark


at Union College [Pamphlet]. Schenectady, NY: Author

Nama korporat. (n.d.). Judul. [Pamphlet]. Tempat penerbitan:


Penerbit.