Anda di halaman 1dari 17

ETIKA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH YANG DIANJURKAN SYARAK DI DALAM MAHKAMAH SYARIAH

PENDAHULUAN

Institusi kehakiman telah diletakkan satu nilai yang tinggi padanya di mana hakim memainkan peranan yang penting dalam memberikan keadilan yang diputuskan dalam keputusan hakim yang arif. Seorang hakim menghayati tatatertibnya yang tersendiri yang berlainan dengan tatatertib seorang manusia yang biasa dalam menjalani kehidupan seharian. Kehebatan seorang hakim itu terletak di sebalik etika yang diamalkannya di manaetika hakim telah menjadi sebutan kesan dari keunggulan seorang hakim Islam yang melaksanakan amanah yang telah ditugaskan dan memastikan keputusan yang dibuat adalah keputusan yang seadilnya.

Etika atau tatatertib kehakiman berdasarkan kitab-kitab Arab disebut adab al-Qadi. Adab didefinisikan sebagai tingkah laku yang baik dan indah serta sifat-sifat yang terpuji di dalam pergaulan seseorang. Qadi pula bermaksud orang yang menjatuhkan hukuman atau orang yang membuat keputusan di dalam sesuatu perkara berlandaskan hukum syarak dan ia wajib diterima, dilaksanakan dan dipatuhi. Jika digabungkan perkataan adab dan qadi ini, maka ia akan memberi maksud iaitu perkara-perkara yang lazim dilakukan oleh seorang qadi dalam melaksanakan tugasnya atas dasar keadilan, menolak kezaliman, meninggalkan kecenderungan nafsu, memelihara ketentuan syarak dan mengamalkan segala yang ditetapkan di dalamnya.

Sewajarnya seorang hakim itu mempunyai kehebatan bersopan santun, jauh dari sesuatu yang boleh menjejaskan maruah dan yang tidak layak dengan kedudukannya sebagai hakim dan elakkan setiap yang perkara yang boleh menghilangkan kehebatan dan kehormatan orang kepadanya baik dari segi perbuatan serta percakapan. (Dr. Abdul Karim Zaidan, 2000). Para fuqaha telah memberi ingatan hal yang demikian dan dan mereka juga menyebut perkara- perkara yang perlu dijauhi oleh seorang hakim tentang kelakuan dan perjalanan dalam kerja- kerja mereka. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan

mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kejahilannya, maka dia juga masuk neraka. ”

(Hadith riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)

Tatatertib atau etika kehakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu etika umum seorang hakim, etika hakim yang khusus di dalam mahkamah, dan etika hakim di luar mahkamah. Etika hakim di dalam mahkamah dibincangkan dengan lebih khusus di mana etika hakim di dalam mahkamah menurut syarak dan akan dibandingkan dengan etika hakim mahkamah syariah yang terpakai pada hari ini dari sudut persamaan dan perbezaannya.

ETIKA KEHAKIMAN MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN SEMASA

Beberapa etika hakim yang terpakai masa kini adalah bersandarkan syarak Islam. Persamaan yang dikenalpasti telah dihuraikan dengan lebih lanjut di dalam perbincangan di bawah. Perundangan bertulis mengenai etika hakim boleh dilihat di dalam Arahan Amalan No. 1 Tahun 2001, Arahan Amalan No. 4 2012 dan Arahan Amalan No. 5 Tahun 2005. Kod Etika Hakim ini diperkenalkan bertujuan untuk memastikan perjalanan kes-kes di Mahkamah Syariah lancar di samping ingin mengurangkan kritikan masyrakat mengenai kelembapan proses di Mahkamah Syariah berbanding Mahkamah Sivil. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Arahan Amalan ini akan menjadikan sistem pentadbiran dan pengurusan di Mahkamah Syariah lebih tersusun (Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, 2001).

Hakim mempunyai tugas-tugas dan tatatertib yang khusus dan tersendiri semasa bertugas di mahkamah yang merangkumi persekitaran atau suasana tempat bertugas dan juga tingkah laku atau tindakan hakim ketika menjalankan tugasnya. Persekitaran atau suasana tempat bertugas berkait rapat dengan fungsi mahkamah iaitu sebagai tempat untuk mengembalikan hak yang hilang dan menghukum orang yang salah. Mahkamah mestilah terletak di kawasan yang strategik supaya dapat memudahkan orang ramai untuk mencari dan juga hadir ke mahkamah. Mahkamah juga perlu mempunyai ruang yang khusus untuk

keselesaan hakimdi mana hakim hendaklah ditempatkan di tempat yang lebih tinggi dan jelas posisinya di dalam kamar perbicaraan.

Seseorang hakim itu terikat kepada banyak etika yang merangkumi etika berkaitan dengan perlantikan, permohonan, gerak laku di dalam mahkamah dan di luar mahkamah secara umum dan khusus (Abdul Monir, 2001). Dalam membincangkan tingkah laku atau tindakan hakim ketika menjalankan tugasnya sebagai pengadil dalam mengendalikan kes, ulama’ fiqh telah membincangkan hal ini dengan terperinci dan telah memutuskan beberapa etika yang perlu dipatuhi seseorang hakim dalam menjalankan tugasnya di mahkamah.

1) Berasaskan Hukum Quran

Setiap hukuman hendaklah berasaskan hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran. Jika tidak didapati hukumannya di dalam Al-Quran, hendaklah dicari hukumnya di dalam hadith Rasulullah s. a. w dan jika tidak ada juga hendaklah berijtihad. Perkara ijtihad ini pada zaman sekarang sangat sukar hendak didapati maka sebab itulah kita menerima pendapat Imam Ghazali di mana boleh diterima perlantikan hakim yang tidak sampai ke peringkat Mujtahid dan apabila keadaan seperti ini berlaku, hakim berkenaan hendaklah merujuk kepada Ijma’Ulama’ (kata sepakat Ulama’) yang muktabar dan jika ini juga tidak diperolehi, boleh menggunakan Qiyas. Ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah s. a. w kepada Muaz Ibn Jabal sebelum dihantar menjadi hakim ke Yaman.

“Baginda bertanya kepada Muaz: Apakah caranya engkau menghukum jika engkau dikehendaki memutuskan sesuatu kes? Muaz menjawab: Aku akan menghukum dengan kitab Allah. Nabi bertanya lagi: Jika engkau tidak menemuinya? Muaz menjawab: Dengan sunnah Rasulullah s. a. w. Nabi bertanya lagi: Jika engkau tidak menemuinya dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah? Muaz menjawab: Aku akan berijtihad berdasarkan pendapatku dan tidak akan aku biarkan.” (Hadith riwayat Ahmad dan Daud)

Satu syarat yang diangkat menjadi hakim adalah memiliki kemampuan berijtihad dan bersungguh-sungguh mencari hak dengan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Hukum yang wajib dilakukan terlebih dahulu adalah menurut yang tertulis dalam Al-Quran. Jika tidak

terdapat dalam Al-Quran, barulah dari dalam hadith, jika tidak ditemukan dalam hadith, dicari Illah dan persamaannya, inilah yang disebut dengan ijtihad. Jika tidak terdapat dalam Al-Quran tetapi mempunyai ikatan atau persamaan dengan perkara lain yang hukumnya ada dalam Al-Quran dan hadith, maka hukumnya disamakan dan inilah yang disebut sebagai qiyas dimana orang yang melakukan hendaklah yang pandai berijtihad menurut syarak.

Diadaptasikan daripada hukum syarak kepada Arahan Amalan yang digunakan sekarang, Kod 4(a) memperuntukkan mengenai keperluan hakim untuk melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak. Seseorang hakim perlulah sesorang yang mengambilkira ciri-ciri yang berlandaskan syariah Islam dalam menetapkan sesuatu kehakiman. Hakim mestilah mendengar keterangan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan. Di dalam Kod 4(b) pula memperuntukkan mengenai keperluan seseorang hakim untuk menjalankan tugas mengikut Hukum Syarak dan memberi penghakimannya berdasarkan undang-undang berkaitan. Di Malaysia, undang-undang Islam yang diterima pakai adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Sebagai contoh, di Negeri Selangor, undang-undang Islam yang terpakai adalah Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi kes mal dan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bagi kes jenayah.

2) Tenang Seseorang hakim tidak boleh mengadili sesuatu kes dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw : “Dari

Abdurahman bin Abu Bakrah r. a berkata ia: bersabda Rasulullah saw: hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman kedua orang yang berperkara ketika ia sedang keadaan marah. Dan jangan sampai menjatuhkan hukuman dalam keadaan :

1)

ketika dalam keadaan marah

2)

ketika dalam keadaan lapar dan dahaga

3)

ketika sangat gembira atau berdukacita

4)

ketika kurang sihat

5)

ketika menahan buang air besar atau kecil

6)

sedang mengantuk

Sangat panas atau sangat dingin juga tidak boleh kerana semua itu dapat mempengaruhi ketenangan fikiran dan boleh mengakibatkan ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman”

Seseorang hakim tidak boleh mendengar atau menjatuhkan hukuman sesuatu kes ketika dalam keadaan marah kerana marah ini akan datang dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu biasanya membawa kepada kebinasaan dan kezaliman. Seorang hakim tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah r. a. sabda Nabi s. a. w. yang bermaksud:

“Hakim tidak boleh menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas dua orang (Plaintif dan Defendan) ketika hakim itu dalam keadaan marah. ”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan maksud hadith di atasini, dapat dinyatakan bahawa etika yang perlu dipatuhi oleh seorang hakim di dalam mahkamah ialah hakim hendaklah sentiasa tenang semasa perbicaraan berlangsung. Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4 penerangan kedua, tenang adalah tidak gelisah, kacau, rusuh hati serta dalam keadaan aman tenteram. Mengenai keperluan untuk tidak mendengar kes ketika marah boleh dilihat di dalam Kod 4(c) Arahan Amalan yang menerangkan mengenai keperluan seseorang hakim untuk tidak mendengar perbicaraan di dalam keadaan tidak tenang dan di dalam Kod 4(e) itu memperuntukan keperluan seseorang hakim untuk memberi penghakimannya apabila dia berkeadaan tenang.

Ketenangan adalah perkara utama yang perlu ada pada jiwa dan fikiran para hakim sewaktu di dalam kamar perbicaraan dan hanya melalui ketenangan, daya tumpuan akan lebih jelas dan hakim akan lebih bersedia untuk memutuskan keputusan. Keadaan tenang atau runsingnya seseorang hakim itu digariskan oleh para fuqaha’dan Baginda Rasullullah sendiri. Antara hadis yang diriwayatkan, baginda telah bersabda:

“Seseorang Hakim (pengadil) jangan sekali-kali membuat keputusan di antara dua orang sedangkan ia dalam keadaan marah”

3) Tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling

Etika yang ketiga ialah hakim mestilah tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling dalam memutuskan penghakimannya. Seorang hakim hendaklah berhati-hati dengan orang-orang di sekelilingnya, contohnya hakim mestilah bersikap tegas dengan peguam sekiranya peguam tidak mematuhi etika-etika dalam mahkamah. Selain itu, hakim

juga hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan pengakuan pihak-pihak yang berbalah dan saksi-saksi sekiranya ia boleh mendatangkan akibat yang buruk dalam mahkamah. Oleh itu, hakim janganlah sekali-kali memberi kelonggaran terhadap orang-orang di sekelilingnya bagi mengelakkan hakim mudah terpengaruh sebelum memutuskan penghakimannya.

Hakim mestilah berhati-hati dengan pihak yang terlibat iaitu seorang hakim itu tidak seharusnya terpedaya dan tertipu dengan telatah atau tindak tanduk pihak-pihak yang terlibat kerana ianya mungkin dilakukan sebagai satu cara untuk memperdaya hakim atau bertujuan untuk mempengaruhi hakim tersebut. Di dalam Arahan Amalan, Kod 4(g) telah memperuntukan mengenai keperluan seseorang hakim untuk bertindak tegas dan adil dan tidak dipengaruhi oleh keadaan atau orang yang hadir di hadapannya. Contohnya, hakim perlulah berhati-hati dengan sikap pihak-pihak yang terlibat seperti menangis untuk mendapatkan simpatinya. Dalam situasi ini, hakim tidak boleh terpengaruh kerana ini akan mempengaruhi juga keputusan hakim nanti. Sebagaimana hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu telah datang mengadukan perkara ini kepada aku sedangkan aku ini seorang manusia. Mungkin ada di antara kamu yang lebih pintar dalam menghuraikan hujahnya daripada yang lain. Aku hanya memutuskan berdasarkan apa yang aku dengar daripada keterangan yang kamu berikan. Maka barang siapa yang aku berikan hukuman untuknya (kerana kepetahannya berhujah) sesuatu dari hak saudaranya, bermakna aku telah memberikan kepadanya sepotong api neraka, dan dia akan menggantung apa yang aku hukumkan untuknya itu dilehernya untuk dijadikan alat pembakar api pada hari kiamat. ”

4) Memberi layanan yang sama

(Hadith riwayat Aththusi).

Selain itu, etika lain yang ditentukan oleh ulama’ fiqh ialah hakim hendaklah memberi layanan yang sama. Menurut etika ini, sikap seseorang hakim di dalam menjalankan sesuatu perbicaraan adalah penting kerana sikap itu boleh mempengaruhi seseorang hakim di dalam memutuskan penghakimannya sama ada secara langsung atau tidak. Oleh itu, hakim hendaklah sentiasa bersikap adil, di mana seorang hakim wajib memberi layanan yang sama di antara kedua pihak yang berbalah di dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah. Pihak yang mendakwa dan yang didakwa hendaklah duduk di hadapan hakim. Kedua-dua mereka tidak boleh duduk sebelah menyebelah kerana antara kiri dan kanan ada keistimewaannya (Abdul

Ala al-Autwah, 1969). Di bawah etika ini juga, hakim hendaklah menyamakan dari segi pandangannya ke arah kedua belah pihak yang berbalah.

pertanyaan dan sebagainya di antara

Plaintif dan Defendan sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a.

katanya yang bermaksud:

Hakim hendaklah menyamakan tempat duduk,

“ Rasulullah s. a. w. telah menjatuhkan hukuman di mana kedua-dua pihak yang bersengketa itu berada di hadapan Hakim. ”

(Hadith riwayat Abu Daud dan disahkan oleh Al-Hakim)

Jelas hakim atau kadi tidak dibenarkan membezakan di antara dua orang yang berselisih dalam perkara tempat duduk, hakim mestilah mendudukkan mereka sama-sama di hadapan, bukan dua-dua di sebelah kanan atau dua-dua di sebelah kira dan jika salah satu ini dilakukan bermakna seorang akan berada lebih dekat pada hakim dan yang seorang lagi jauh. Begitu juga tidak boleh mendudukkan seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kerana yang duduk di kanan tentu saja akan berperasaan dia lebih terhormat daripada lawannya yang di kiri. Sampai begitu sekali Islam memperinci keadilan, adakah ini terdapat di dalam undang-undang lain, adakah ia juga turut diambil kira oleh undang-undang ciptaan manusia akan disiplin atau etika seumpama ini, rasanya tidak.

Keperluan untuk memberi layanan sama rata kepada pihak-pihak dan peguam-peguam dapat dilihat di dalam Kod 4(l) Arahan Amalan. Hakim juga hendaklah memuliakan saksi tanpa mengira dari pihak mana sekalipun hendaklah diberi layanan yang sama dan dihormati. Hakim juga tidak boleh menghasut saksi atau mengajar saksi salah satu pihak. Tetapi dalam kes di mana keterangan saksi-saksi adalah diragui dan disifatkan tidak munasabah, maka hakim boleh menyoal saksi-saksi sama ada secara terbuka atau tertutup (Abdul Ala al-Autwah, 1969). Peruntukan bagi memuliakan saksi pula dapat dilihat di dalam Kod 4(k).

Keperluan ini termasuk etika hakim untuk mendengar keterangan dari kedua-dua pihak dengan penuh perhatian sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ali r. a, sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

“Apabila dua orang (Plaintif dan Defendan) minta sesuatu hukuman kepada engkau, maka janganlah engkau putuskan hukuman bagi orang yang pertama (Planitif) sebelum engkau

mendengar jawapan (keterangan) orang yang kedua (Defendan). Maka dengan itu engkau mengetahui cara menghukum mereka. ”

(Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Proses ini terpaksa dilalui terlebih dahulu di mana hakim mendengar dahulu setiap keterangan berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian barulah mahkamah yang membuat keputusan. Sekiranya mahkamah merasakan keterangan afidavit kedua-dua pihak yang dikemukakan sudah memadai, maka keputusan berhubung kes akan dibuat berdasarkan pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang mengadili.

5) Jangan memanjangkan perbicaraan

Etika hakim di dalam mahkamah yang seterusnya ialah jangan memanjangkan perbicaraan. Perbicaraan janganlah dipanjangkan tanpa keperluan kerana perbicaraan yang sengaja dipanjangkan boleh menjejaskan keadilan dan mendatangkan kebosanan. Secara umumnya, apabila sesuatu perbicaraan itu sudah memuaskan hati hakim, maka hakim wajib membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman dengan segera tanpa membuat penangguhan. Jika seorang hakim tidak mematuhi etika ini, maka hakim tersebut boleh dipecat dari jawatannya kerana melambat-lambatkan hukuman boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan menjejaskan kepentingan mereka (Muhammad Salam Madkur, 1982).

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada etika ini, di mana hakim boleh atas budi bicaranya menangguhkan perbicaraan atas sebab-sebab yang munasabah seperti untuk membuat penyiasatan yang lebih rapi, atau terdapat permohonan dari mana-mana pihak yang berbalah untuk menangguhkan perbicaraan. Tetapi ulama’ menghadkan tempoh penangguhan itu tidak melebihi dua hari. Oleh itu, di sini seorang hakim harus memanjangkan perbicaraannya untuk menyiasat saksi, menyiasat dakwaan yang dibawa dan juga sekiranya terdapat permintaan dari pihak-pihak yang terlibat (Muhammad Salam Madkur,

1982).

Pemakaiannya di Mahkamah Syariah kini juga dapat dilihat di mana seorang hakim syarie perlu menyegerakan kes dan ini diperuntukan di dalam Kod 5 yang menjelaskan bahawa Hakim hendaklah bersungguh-sungguh dan tidak melengah-lengah tanpa alasan yang munasabah menyelesaikan kes-kes, memberi keputusan, menulis alasan penghakiman dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie dari masa ke semasa.

Penangguhan kes ke satu tarikh tertentu adalah supaya hakim berpeluang membuat keputusan dengan ijtihadnya berdasarkan keterangan tertuduh dan saksi-saksi yang ada dalam catatannya (Ibnor Azli Ibrahim, 1999).

6)Tidak menghakimkan kerabat

Selain itu, ulama’ fiqh juga menetapkan seorang hakim supaya tidak menghakimkan kerabatnya di dalam sesuatu perbicaraan di dalam mahkamah. Hakim hendaklah mengelakkan dirinya dari segala tohmahan dan prasangka yang boleh menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap keadilannya. Oleh sebab itu, seorang hakim tidak boleh menghakimi kes yang melibatkan dirinya atau kerabatnya seperti anaknya. Jika hakim itu mengadili juga kes itu, maka penghakimannya dikira batal dan tidak boleh diterima (Al- Mawardi, 1978).

Menurut Arahan Amalan ini, ia juga telah melarang seseorang hakim untuk membicarakan apa-apa kes di mana pihak yang terlibat itu ialah musuhnya atau orang lain yang berkemungkinan akan mempengaruhi tugas kehakimannya sebagai seorang Hakim Syarie. Larangan ini jelas telah diperuntukan di dalam Kod 4(f)

7) Damaikan dahulu sebelum diselesai menerusi penghakiman/bicara





 

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai) sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik

(dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

(Surah An-Nisa’ : 128)

Seorang hakim syarie zaman ini juga perlu untuk menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan pertelingkahan mereka dan mencapai persetujuan secara sulh dalam kes-kes mal di mana-mana peringkat sebelum dia memberi penghakiman dan ini diperuntukan di dalam Kod 4(j). Dinyatakan dalam Risalah Umar al-Khattab, hakim hendaklah utamakan untuk menyelesaikan sesuatu kes itu secara sulh kerana jika selesai melalui kehakiman akan menimbulkan dendam di antara kedua-dua belah pihak yang berbalah. Oleh itu, hakim tidak bolehlah tergesa-gesa untuk meneruskan perbicaraan tanpa memberi keutamaan untuk berdamai dahulu. Walau bagaimanapun, menurut Al-Shaibani, tidak wajar sulh jika pihak tidak mahu. Imam Malik Bin Anas pula menyatakan adalah tidak wajar jika hakim memaksa supaya sulh diadakan.

8) Hakim perlu mengikut tatacara kehakiman

Etika hakim yang seterusnya memerlukan seorang hakim untuk mengikut tatacara yang telah ditetapkan di dalam mahkamah. Tatacara yang perlu dipatuhi ialah seperti pihak- pihak bercakap mengikut giliran. Kemudian perbicaraan akan dimulai dengan mendengar dakwaan atau tuduhan dahulu. Pembuktian dakwaan juga perlulah dibuat menerusi kaedah shahadah, bayyinah dan iqrar. Hakim juga boleh mengarahkan penggunaan sumpah untuk kes tertentu bagi pihak yang kena tuntut atau pihak yang didakwa.

Seseorang hakim juga perlu memastikan prosiding di Mahkamah berjalan dengan teratur menurut peraturan Mahkamah dan hakim adalah perlu untuk mengawal keadaan di dalam Mahkamah supaya perbicaraan antara pihak-pihak bertikai dapat berjalan dengan lancar. Keperluan ini diperuntukan di dalam Kod 4(i) di mana sesorang hakim adalah dikatakan merupakan seseorang yang paling berkuasa di dalam Mahkamah sehingga digeruni oleh pihak-pihak yang terlibat dan oleh yang demikian mempunyai berkuasa untuk mengawal keseluruhan keadaan Mahkamah. Sekiranya pihak-pihak yang terlibat tidak mengikut prosiding Mahkamah, hakim boleh membuat teguran secara berdepan atau secara perseorangan. Hakim juga boleh menyuruh pihak yang menghina Mahkamah keluar dari perbicaraan sekiranya dirasakan perlu.

9) Pakaian

Tujuan hakim berpakaian bukan sahaja untuk menutup aurat, tetapi haruslah membawa sifat hibah. Menurut Al-Mawardi, pakaian hakim itu harus dapat membezakannya daripada orang kebiasaan yang digaulinya. Seseorang hakim itu juga haruslah mengikut kebiasaan adat kepada para hakim yang lain iaitu memakai kopiah, serban hitam dan baju panjang yang bewarna hitam.

Menurut Arahan Amalan No 6 Tahun 2005, keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Hakim Syarie dalam Mahkamah Rendah Syariah (MRS), iaitu berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam dan / atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam. Akan tetapi Arahan Amalan Tahun 2005 ini telah dimansuhkan oleh Arahan Amalan No 4 Tahun 2012 di mana pakaian hakim syarie di MRS kini adalah berpakaian kemas dan menutup aurat, iaitu lelaki bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam dan/atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap, berseluar panjang hitam serta berkasut hitam. Manakala perempuan pula berkot hitam, berbaju kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih atau berblaus putih dan berkain hitam bertudung hitam, berstokin dan berkasut hitam yang bertutup. Garis panduan pakaian hakim syarie dalam Mahkamah Rayuan (MR) dan Mahkamah Tinggi (MT) pula digariskan dalam Arahan Amalan No 5 Tahun 2005 dimana pakaian Hakim Syarie dalam MR dan MT ialah berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berjubah, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam atau berkot hitam,

ETIKA

KEHAKIMAN

YANG

DIANJURKAN

OLEH HUKUM SYARAK

1) Adil

Hakim

sebagai

orang

tengah

tidak

boleh

memihak

kepada

pihak

tertentu

dan

hendaklah bersifat adil dalam penghakiman. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, menghukum dengan adil. ” (Surah An-Nisa’:58)

Allah menyuruh kamu

Seorang hakim tidak akan berlaku adil jika dia condong untuk menjaga kepentingan suatu pihak terutama yang mempunyai pengaruh dan kedudukan di dalam masyarakat. Golongan pemimpin, hartawan dan bangsawan biasanya akan menggunakan pengaruh mereka sama ada wang atau hubungan baik untuk mendapat sokongan dan bantuan para hakim untuk memberi kemenangan bagi pihak mereka walaupun mereka berada dipihak yang bersalah.

Nabi S. A. W sungguh murka apabila ada sahabat yang cuba menggunakan pengaruh peribadinya yang baik dengan Rasulullah s. a. w untuk menyelamatkan seseorang wanita bangsawan yang telah sabit kesalahan mencuri. Seorang wanita di zaman Rasulullah S. A. W sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah S. A. W memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah S. A. W untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah s. a. w langsung berubah. Baginda lalu bersabda maksudnya: “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?” Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah. ”

Etika ini adalah tidak dimasukkan di dalam Kod Etika Hakim zaman ini kerana di dalam pemilihan seseorang hakim syarie di Malaysia, sifat adil ini adalah ditekankan dan oleh yang demikian etika adil ini bukan suatu keperluan tetapi suatu kewajipan yang perlu ada bagi seseorang hakim.

2) Percakapan

Etika yang seterusnya ialah dari segi percakapan seorang hakim. Antara adab lain bagi seorang hakim sewaktu prosiding berjalan adalah ia harus mengawal tempoh, nada dan penggunaan bahasanya. Adalah perlu untuk seorang hakim memaparkan karekter yang tegas dan berkeperibadian tinggi. Gaya percakapan haruslah seimbang untuk mencapai matlamat Hakim untuk menegur kesilapan dan pada masa yang sama dihormati. Namun, hakim tidaklah perlu berperwatakan bengis dan membentak setiap masa. Hakim juga tidak boleh terbawa-bawa dengan suasana perbicaraan, seperti menangis, tertawa atau memarahi mana- mana pihak.

Percakapan juga haruslah diterhadkan dan tidak bersembang sesama hakim. Etika ini adalah tidak perlu untuk dimasukkan di dalam Kod Etika Hakim kerana proses peredaran

masa ditambah pula dengan ikutan turun temurun menjadikan hakim kini mengetahui mengenai etika ini tanpa perlu diperundangkan.

3) Giliran perbicaraan kes

Selain daripada etika-etika yang telah disebut di atas, perkara-perkara lain yang perlu diambil perhatian adalahbagaimana etika hakim dalam menentukan kes yang mana perlu dibicarakan dahulu. Apabila satu-satu kes itu telah dicatat di mahkamah, maka hakim perlu mengambil perhatian terhadap kes yang telah dicatatkan terdahulu untuk dibicarakan. Kes yang dikemukakan dahulu hendaklah dibicarakan lebih awal. Sekiranya kes itu dikemukakan serentak maka hakim hendaklah mengadakan undian untuk menentukan mana yang patut dibicarakan terlebih dahulu. Tetapi, menurut Al-Syarakhsi dalam kes di mana orang yang ingin membicarakan kes itu datang dari tempat yang jauh, maka ia perlu didahulukan atau kes-kes yang melibatkan saksi-saksi yang ramai atau saksi-saksinya melibatkan kaum wanita kerana kebenaran keluar adalah tertakluk kepada kebenaran pihak suami. Etika ini tidak dimasukkan di dalam Kod Etika Hakim kerana berkemungkinan ia tidak sesuai untuk digunakan pada zaman ini. Hal ini adalah kerana lokasi-lokasi mahkamah syariah yang terletak di setiap daerah serta negeri telah memudahkan orang awam untuk datang dan pergi tanpa ada sebarang masalah. Selain itu, kaum suami masa ini adalah lebih bersifat terbuka dan memahami dan tidak terlalu mengongkong pergerakan isteri yang kebanyakan mempunyai kerjaya tersendiri.

4) Bermusyawarah

Perkara lain yang turut ditetapkan oleh ulama’ fiqh ialah jika perbicaraan itu melibatkan kes yang berat dan memerlukan pengadilan yang teliti, maka hakim bolehlah bermusyawarah dengan pembantu-pembantunya. Tetapi segala keputusan hakim hendaklah tidak bercanggah dengan mujma’ ‘alaihi.

ETIKA

KEHAKIMAN

YANG

DIANJURKAN

OLEH

JABATAN KEHAKIMAN

SYARIE

1) Etika lain di dalam Arahan Amalan

Seorang hakim juga menurut para 4(d) tidak boleh meninggalkan Mahkamahnya pada waktu pejabat tanpa alasan yang munasabah atau tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Ketua Hakim Syarie. Seseorang hakim syarie adalah terikat dengan konsep kebertanggungjawaban terhadap kes yang akan didengari tanpa boleh memindahkan atau meminta untuk penukaran kes atas hakim lain tanpa alasan yang munasabah. Ini adalah bagi memudahkan proses pemutusan pertikaian apabila hakim yang sama yang mendengar pertikaian dari mula. Era kemodenan ini, terlalu banyak perkara yang boleh menghilangkan fokus dan konsentrasi seseorang hakim. Namun begitu, sifat kebertanggungjawaban perlu ditekankan agar seorang hakim tidak bersikap lewa dan mengabaikan tanggungjawabnya dengan berada di tempat lain pada waktu pejabat. Di samping itu, hakim perlu bersifat terbuka dan sabar semasa mendengar keterangan dan hujah-hujah dari pihak-pihak dan ini dapat dilihat di dalam Kod 4(h).

Kod 4(m) pula memperuntukan mengenai keperluan untuk mengadakan perbicaraan dalam Mahkamah terbuka kecuali di dalam keadaan khas yang dibenarkan oleh undang- undang. Keadaan khas dapat dilihat di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sabah) 2004, seksyen 47 yang memperuntukan mengenai keadaan khas seperti membolehkan penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya, jika ada, atau penyampaian kepada seseorang di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu dan bagi penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera hendaklah dibuat kepada pegawai pemerintah atau adjutan unitnya. Pada zaman dahulu, perbicaraan adalah didengar di tempat-tempat yang terbuka dan tidak spesifik seperti sekarang. Oleh yang demikian, hal keadaan khas tidak relevan pada zaman Rasulullah S. A. W tetapi menjadi suatu perkara yang perlu ditekankan pada zaman ini.

KESIMPULAN

Hakim adalah seseorang yang melakukan kekuasaan kehakiman yang diatur menurut undang-undang, seseorang yang memutuskan suatu perkara secara adil berdasarkan bukti- bukti dan keyakinan yang ada pada dirinya sendiri. Seorang hakim harus memiliki keperibadian yang tidak tercela, jujur, adil, professional, dan berpengalaman dalam bidang undang-undang, agar tidak keliru dalam memutuskan suatu perkara. Tanpa sifat adil, integriti dan ketokohan seorang hakim pasti akan mendapat kritikan dan keluhan dari masyarakatSecara umumnya telah banyak perkara yang digariskan syarak telah dimuatkan di dalam arahan amalan yang mengikat hakim-hakim yang dilantik Malaysia. Masih terdapat beberapa perkara tidak dimasukkan ke dalam Arahan Amalan, namun segala amalan itu adalah menjadi adat kebiasaan untuk diamalkan dan diikuti oleh hakim-hakim yang baru dilantik walaupun tanpa undang-undang bertulis.

Terdapat dua perkara yang perlu kita perhatikan untuk mengetahui samada kita boleh mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu keputusan hakim dan jika kita dapat berpegang kepada dua prinsip ini, kita akan selamat. Jika kita alpa padanya, kita mungkin menerima padah.

Pertama, kita perlu pastikan sama ada kes yang hendak kita perkatakan itu masih lagi berjalan ataupun sudah selesai didengar dan diputuskan oleh mahkamah. Sekiranya kes itu masih lagi berjalan, adalah lebih baik kita mendiamkan diri dan tunggu sehingga kes diputuskan. Jika kita terburu-buru membuat komen mengenai kes yang sedang berjalan, dikhuatiri apa yang kita lakukan itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada mahkamah.

Kedua, kita perlu bezakan antara perbuatan mengkritik penghakiman (keputusan itu) dengan perbuatan mengkritik hakim itu sendiri. Kritikan atau ulasan terhadap sesuatu penghakiman itu, tidak boleh dibuat dengan andaian yang boleh memungkinkan kita dianggap menghina seseorang hakim. Badan kehakiman bersikap lapang dada dan bersedia menerima apa sahaja teguran dan kritikan jenis pertama dari semua pihak asalkan kritikan itu dibuat dengan suci hati, secara jujur, dan menggunakan asas-asas yang betul.

Namun begitu, teguran serta hukuman terhadap hakim–hakim ini masih tidak banyak sedangkan kritikan yang membina ini adalah perlu bagi pemantapan jawatan kehakiman ini.

Jumlah hakim yang masih tidak seimbang dengan peningkatan kes yang dibawa ke mahkamah syariah di Malaysia kini, tidak boleh dijadikan lesen untuk terlalu berkompromi dengan tindakan segelintir hakim yang kurang menepati panduan syarak. Sebaliknya sistem perundangan harus membantu hakim-hakim ini dengan penambahan sistem sokongan yang kuat untuk hakim, dengan menambah tenaga kerja bantuan serta penambahbaikan terhadap sistem teknologi dan maklumat supaya melancarkan tugas hakim.

RUJUKAN

1. Ibnor Azli Ibrahim. 1999. Sistem Kehakiman Islam di Malaysia, Perlaksanaan, dan Prosedur Perbicaraannya. Tesis Dr. Fal. Jabatan Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Abdul Karim Zaidan. 2000. Sistem Kehakiman Islam. Terj. Mohd Salleh Haji Ahmad. Jilid 1. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.

3. Abdul Munir Yaacob. 2001. Sistem Kehakiman Islam. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

4. Haron Din. Kehakiman Islam. Bangi:Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Abdul Karim Zaidan. 1993. Prinsip-Prinsip Pendakwaan dan Pembuktian dalam Sistem Kehakiman Islam. Terj. Mohd Salleh Haji Ahmad. Shah Alam:Penerbitan HIZBI

6. Utusan Online. 2001. Kod Etika Hakim Syarie Diteliti Semula. http://www. utusan. com.my/

04. htm [28 November 2013].

7. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2001. Kod Etika Hakim Syarie