Anda di halaman 1dari 7

Kajian kes isu akhlak

Isu : Ponteng sekolah.


PONTENG SEKOLAH
Persada Pendidikan Tanah Air pada waktu ini dihangatkan dengan isu
Pelajar Ponteng , Sebenarnya isu Pelajar Ponteng ini bukan isu baru
sebenarnya ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun dulu tetapi dulu tidaklah
seburuk sekarang.
Itulah diantara hal-hal yang berkenaan dengan gejala ponteng di kalangan
pelajar sekolah. Isu ini menjadi perdebatan hangat sehinggakan berlakunya
tunding-menunding di pihak yang itu salah kan yang ini, di pihak yang ini
salahkan yang itu sampai bila masalah ini hendak selesai.
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di
kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu
agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995)
dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia
antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang
terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal
pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari
kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.
Ambil saja pada 2005, seramai 7,000 pelajar dibuang dari sekolah, manakala
15,000 digantung sekolah. Mengikut undang-undang, hanya ponteng di
pusat hiburan boleh diambil tindakan. Dilaporkan dalam akhbar pada 2006
berlaku lebih 14,600 kes pelajar ponteng berbanding 2005, lebih 11,800
pelajar didapati ponteng, manakala 2004 dilaporkan 15,400 kes ponteng
sekolah.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PONTENG SEKOLAH


Kementerian Pelajaran Malaysia pernah membuat kajian tidak

rasmi

mengapa kebanyakkan pelajar sekolah suka ponteng berdasarkan kes-kes


yang penulis kendalikan sebagai kaunselor sekolah. Ada dua faktor utama
yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan
faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan
sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita
memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih
berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan. Kita lihat
perincian faktor mengapa pelajar suka ponteng sekolah dan kelas.
Faktor pertama yang dapati rata-rata pelajar yang ponteng kebanyakannya
tidak berpuas hati dengan guru yang mengajar pada hari itu, ada guru yang
menyumpah seranah mereka sewaktu P&P dijalankan, ia membuatkan
mereka tertekan dengannya dan mengambil jalan mudah dengan ponteng
sekolah.
Faktor kedua ialah penguatkuasaan yang kurang oleh pihak Sekolah, namun
kita tidak menyalahkan pihak pentadbir sekolah kerana kuasa pentadbir
sekolah terhad di dalam sekolah sahaja, jika mereka mengambil tindakan
dengan pelajar yang ponteng di luar sekolah mereka terpaksa menanggung
risiko jika terjadi apa-apa kepada pelajar mereka sekiranya mereka bertindak
di luar kawasan sekolah.
Faktor ketiga ialah mereka tiada keinginan untuk belajar dan mereka datang
ke sekolah pun sekadar untuk berkawan dan bersuka-suka dan hidup
berfoya-foya selain daripada atas arahan ibu bapa mereka.

Faktor Keempat ialah ketagih dengan permainan komputer dalam talian


seperti Risk Your Life Incomplete Union dan mereka lebih gemar pergi ke kafe
siber untuk bermain permainan tersebut daripada ke sekolah.
Faktor Kelima ialah ibu-bapa yang tidak mengambil berat dalam hal-hal
persekolahan anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan tugasan
mencari rezeki sepertimana ibu-bapa yang berniaga di Medan Selera Buluh
Kubu, Kota Bharu.
Faktor Keenam ialah ibu-bapa yang beragama Islam hanya pada nama tetapi
langsung tidak mengamalkan apa yang dituntut dan mengamalkan apa yang
dilarang oleh Agama Islam. Ibu-bapa yang tidak solat lima waktu sehari
semalam juga menjadi faktor penyumbang kepada pelajar yang suka
ponteng.
Faktor ketujuh kenapa pelajar sekolah suka ponteng ialah ketagih dengan
bahan-bahan terlarang seperti gam, Pil Kuda, Ecstacy dan lain-lain dadah
generasi baru. Bahan-bahan yang terkandung di dalam bahan-bahan
terlarang tadi telah membuatkan mereka tidak mampu berfikir secara waras
dan mudah untuk ponteng sekolah.
Faktor kelapan ialah Sikap Pantang Dicabar yang ada di kalangan pelajarpelajar sekolah menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakanrakan mereka untuk ponteng sekolah.
Faktor kesembilan ialah Pembuli Dalam Sekolah juga menjadi faktor pelajar
sekolah ponteng, mereka yang menjadi mangsa buli akan takut untuk ke
sekolah jadi mereka membuat pilihan untuk tidak ke sekolah dan melencong
ke tempat lain.
Faktor kesepuluh ialah ibu-bapa yang

amat bertegas sebagai contoh

memaksa anak mereka untuk mandi dengan cepat dengan menengking


sekiranya lambat, tindakan itu membuatkan hati anak mereka terguris dan

menyebabkan mereka menyimpan dendam dan memilih ponteng sekolah


untuk membalas dendam.
Sebab-sebab masalah ini:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kurang didikan ilmu agama.


Tiada nilai iman dalam diri.
Maruah diri yang rendah.
Tidak berfikir panjang untuk diri sendiri dan pihak lain.
Hanya ingin bersenang-senang sementara sahaja.
Tidak sabar untuk segera menyelesaikan urusan.
Memandang rendah pada kreadibiliti orang lain.
Bodoh sombong.

LANGKAH PENYELESAIAN
Secara awal dan dasarnya langkah yang pperlu dilakukan ialah Kerahkan
polis, Rela, askar, penguatkuasa agama dan seluruh agensi kemasyarakatan
lainnya, termasuk yang di bawah tanggungjawab Kementerian supaya
hapuskan jenayah remaja dengan segera.
Pendek kata gerakan bersepadu ini perlu membabitkan seluruh agensi dan
kementerian membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pembangunan
dan kesejahteraan insan serta belia dan sukan.
Mula-mula sekali lakukan gerakan sepadu di Putrajaya. Siasat betapa
seriusnya kes ponteng sekolah, kongsi gelap, penagihan dadah, bohsia,
rempit, lepak dan lain-lainnya di Ibu Pentadbiran Negara ini. Buat lawatan
mengejut ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Putrajaya. Buat
serbuan waktu malam bagaimana sesetengah remajanya lepak dan khayal.
Kerahkan seluruh jabatan di Putrajaya kerana majoriti penghuni di sana
adalah kakitangan kerajaan. Lepas itu buat pengisian minda dan program
kesedaran yang berjadual dan berterusan. Jangan fasiliti di Putrajaya saja
yang world class tapi remajanya third class dan menuju kehancuran.

Adakan juga gerakan bersepadu ini di seluruh negara. Pastikan pendekatan


dan sasarannya. Libatkan ahli parti pemerintah di semua peringkat. Jangan
hanya pandai cakap tapi buat kerja segan silu.

Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar,


langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan:

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan

Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan


ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan
usaha mengatasi masalah tersebut.

Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah

ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.


Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi
Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya.

Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, pelajar

pelajar berhak disayangi, dikasihi, dan dibimbing. Dengan ini pelajar


akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan

mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri,


Bahagian/Daerah dan sekolah.

Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga


Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan
aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal

lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.

KESIMPULAN
Kesimpulanya di dalam menangani gejala ponteng ini ia memerlukan
kerjasama semua pihak dan tidak perlulah saling berbalah di samping saling
tunding-menunding kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan ini.
Segala gerak kerja yang dirancang mesti dijalankan dengan segera. Di
samping itu , kita juga perlu sedar dan memperbaiki niat supaya kita tahu
matlamat dan halatuju didikan kita pada pelajar2 ini. Kita bukan mahu
menyeksa atau menghukum meraka semata-mata, tetapi atas dasar kasih
dan sayang.

RUMUSAN
Melalui kajian ini, dapat dilihat bahawa ponteng adalah musuh utama dan
perosak nilai kehidupan serta akhlak pelajar. Setiap pelajar muslim wajib
menjauhkan diri daripada bahana ponteng ini kerana wajib bagi seorang
individu muslim itu menjaga kesejahteraan diri masing-masing. Di sisi islam,
pemontengan ilmu adalah satu perbuatan yang dilarang allah kerana ia
membawa kepada kerosakan umat islam dan membantutkan kemajuan dan
kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, setiap individu,
keluarga, komuniti dan masyarakat mestilah bersama-sama berganding bahu
membanteras gejala perosak yang semakin menular dengan hebatnya pada
masa kini. Kesedaran mengenai bahaya ponteng mestilah diterapkan kepada
anak-anak sejak dari kecil lagi supaya mereka faham dan menghayati akan

keburukan dan akibat daripada ponteng sekolah dan kelas. Apabila anakanak meningkat dewasa, ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang
lebih kepada anak-anak supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan
rakan-rakan dan persekitaran yang semakin mencabar pada zaman moden
ini. Penyelesaian yang paling penting adalah kembali kepada ajaran dan
tuntutan agama. Sememangnya kekuatan pada pegangan agama adalah
perisai dan benteng yang paling berkesan untuk mempertahankan diri
daripada sebarang perkara mungkar. Semoga keturunan dan generasi kita
yang akan datang dilindungi daripada sebarang perkara yang dilaknat allah
serta mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai