Anda di halaman 1dari 71

1

BAB 1
Pengenalan

Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru melaksanakan pendekatan


pembelajaran berasaskan projek (PBL) dalam pelaksanaan Kajian Rekaan Seni
Visual (KRSV) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di peringkat SPM.
Kajian ini akan menekankan aspek kefahaman, pelaksanaan pendekatan PBL serta
keberkesanannya

dalam

meningkatkan

pencapaian

KRSV. Pendekatan

ini

dibincangkan kerana dilihat sesuai dengan pengajaran mata pelajaran elektif seperti
PSV. PSV bukan sekadar menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman
mengenai teori-teori seni semata-mata tetapi juga mengasah kemahiran dari aspek
psikomotor, afektif dan kognitif pelajar secara kreatif dan kritis. Oleh sebab itu
aplikasi pendekatan PBL

dijangka dapat menzahirkan hasrat kerajaan melalui

kurikulum PSV yang telah digubal.

Latar Belakang Permasalahan Kajian

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting
dalam mendidik dan menyediakan para pelajar seiring aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan pelajar
yang unggul dan harmonis sebagai persediaan menghadapi dunia realiti melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar yang dilahirkan oleh institusi
pendidikan negara mestilah bersedia menghadapi apa jua cabaran dan mempunyai
keupayaan berfikiran kreatif dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti utama di sesebuah institusi


pendidikan seperti sekolah. Muhamad Suhaimi Taat (2012), menyatakan pengajaran
adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan kemahiran kepada
pelajar. Pengajaran berkesan pula adalah sesuatu pengajaran yang berupaya
mencapai hasil pembelajaran atau objektif yang telah dirancang atau setidak-tidaknya
dapat memberikan kefaharnan kepada pelajar.
Proses pembelajaran pula seringkali dikaitkan dengan pendekatan, kaedah, teknik
dan strategi pengajaran guru. Menurut Edward (1963) pendekatan merupakan satu
set andaian yang saling berkaitan dengan proses pendekatan, kaedah dan teknik
mengajar serta mempunyai nilai aksiomatik. Begitu juga teknik mengajar secara
logik dan sistematik untuk mencapai objektif optimum serta harus berlandaskan
model, prinsip atau teori pembelajaran.
Menurut Esah Sulaiman (2004) pendekatan ialah gaya pengajaran guru yang
menggambarkan pegangan atau falsafah pengajarannya. Pendekatan ini mungkin
merupakan pendekatan dua hala atau inkuiri penemuan. Pendekatan selalunya
dikaitkan dengan dua jenis pendekatan yang sering digunakan iaitu pendekatan
pembelajaran berpusatkan guru dan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Salah satu pendekatan berpusatkan pelajar adalah

seperti pembelajaran

berasaskan projek. Melaluinya pelajar berkeinginan menyiapkan projek, mendorong


mereka menyiapkan tugasan dan memainkan peranan secara aktif (Faizah, 2007).
PBL merupakan proses mengumpul maklumat dan segala dapatan yang terhasil
daripada keputusan individu dan kumpulannya. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan kemahiran kepemimpinan dan sikap toleransi dalam kalangan ahli
kumpulan.

PSV menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni
muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Kurikulum ini
menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan. Proses ini melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan yang menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Murid diharap dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, peka, rasional
dan berupaya mengendalikan kehidupan dengan nilai yang disebutkan (Pusat
Perkembangan Kurikulum , 2000)
Kurikulum PSV sekolah menengah merangkumi aspek yang berkait dengan
Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka Bentuk dan Kraf Tradisional serta Apresiasi
Seni. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada
daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman dalam aspek di
atas, murid dapat menghayati warisan seni visual dan mengamalkannya dalam
kehidupan untuk meningkatkan nilai hidup.
Walaupun wujud kepentingan pemikiran kreatif dan kritis, kaedah pengajaran
konvensional masih menjadi pilihan kerana kesuntukan masa dan terikat dengan
sistem peperiksaan. Keadaan ini dilihat kurang relevan dengan pengajaran semasa
guru . Ada kajian yang menunjukkan guru tahu pelbagai kaedah dan bahan bantu
mengajar tetapi tidak memahami falsafah di sebalik kaedah dan alat bantu tersebut.
Hasilnya pengajaran berada pada lingkungan tertentu dengan tumpuan kepada guru
(Sri Murniati, 2010)
Menurut Mohd

Johari Ab. Hamid (2004), pendidikan berteraskan seni

bertujuan melahirkan individu yang kreatif, inovatif, imaginatif, berketrampilan serta


mampu menguasai teknologi dan mewujudkan citarasa dalam penciptaan. Nilai
estetika dan budaya harus dibawa bersama dalam kehidupan. Untuk melahirkan

individu seperti dijelaskan di atas, negara memerlukan pendekatan pedagogi terbaik


antaranya melalui PBL.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) mengesan antara kelemahan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran konvensional di sekolah ialah kegagalan untuk
membantu murid mencari perkaitan antara maklumat baru dengan pengalaman sedia
ada dan antara dunia sekolah dengan kehidupan seharian seperti yang terdapat dalam
Teori Konstruktivisme. Guru yang berkesan dapat menggunakan pelbagai strategi
pembelajaran supaya pengajarannya lebih menarik. Pada umumnya, strategi
pengajaran berpusatkan pelajar seperti perbincangan, sumbangsaran, main peranan,
simulasi, permainan dan penyelesaian masalah adalah lebih interaktif (Burden &
Byrd, 1994).
Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pengajaran amat
dipengaruhi oleh perubahan zaman, kehendak masyarakat, persekitaran, budaya
sekolah, situasi pelajar juga guru yang mengaplikasikannya. Menurut Graaff dan
Kolmos (2003), dalam mempelbagaikan pengajaran supaya dapat memenuhi gaya
pembelajaran pelajar secara aktif, Tambahan pula, PBL menekankan proses
penghasilan inkuiri penemuan dalam penghasilan artifak atau produk.
Maka jelaslah, pendekatan yang bersesuaian seperti pendekatan PBL
diperlukan dalam KRSV kerana mata pelajaran ini menekankan kepada pemikiran
kreatif dan kritis khusus dalam penghasilan portfolio dan artifak atau produk. Para
pelajar diharap mampu mengaplikasi ilmu seni, menghayati dan mengamalkan nilainilai kesenian seterusnya dapat meningkatkan nilai dan kualiti dalam kehidupan.
Pelajar juga berpeluang mengekspresi diri dengan bimbingan guru.
Walaupun

terdapat

kajian

pembelajaran berasaskan projek

yang

dijalankan

mengenai

pendekatan

dalam disiplin ilmu lain, contohnya kajian

Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk Membantu Murid


Tahun Empat Memahami Tajuk Cara Tumbuhan Membiak oleh Pau Chai Chung
(2009), Pembelajaran Berasaskan Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya
dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah oleh Nitce Isa Medina Machmudi Isa
dan Mai Shihah Hj Abdullah, (2013), namun kajian mengenai PBL dalam Kajian
Rekaan Seni Visual didapati masih kurang sehingga kini.

Rasional Kajian

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran


elektif yang ditawarkan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, jelas
menunjukkan mata pelajaran ini penting dalam menentukan hala tuju pelajar pada
masa akan datang. Justeru mata pelajaran KRSV perlu diberi perhatian yang
sewajarnya terutama di peringkat pelaksanaan pengajaran di sekolah-sekolah.
Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai elektif kepada pelajar-pelajar selain
bidang Sains Tulen, Ekonomi, Perdagangan, Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta dan
mata pelajaran Pendidikan Vokasional. PSV ditawarkan kepada pelajar-pelajar
seiring dengan mata pelajaran lain sebagai satu usaha melengkapkan diri pelajar
dalam memenuhi permintaan pasaran kerja. Tambahan pula prospektus kerjaya
dalam bidang seni sangat luas dan mendapat permintaan tinggi. Perkembangan
ekonomi memperlihatkan industri kreatif menjadi industri ketiga terbesar dalam abad
ke-21 dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi setiap negara di dunia
(Prospektus Universiti Malaysia Kelantan, 2012/2013)

Sejajar dengan pentingnya penguasaan ilmu mata pelajaran PSV ini,


penyelidik ingin meninjau mengenai kesediaan guru mengaplikasi pendekatan
pembelajaran berasaskan projek dalam pelaksanaan pengajaran KRSV guru di bilik
darjah khusus dari aspek kefahaman, pelaksanaan pendekatan dan keberkesanannya
dalam Kajian Rekaan Seni Visual. Pendekatan yang sesuai dalam pengajaran guru
akan memberi pembelajaran bermakna kepada pelajar seterusnya membolehkan
matlamat kurikulum Pendidikan Seni Visual dicapai.

Pernyataan Masalah

Dalam proses pengajaran, guru bukan sahaja tahu dan faham apa yang ingin diajar,
tetapi guru juga perlu tahu apakah pendekatan dan strategi yang sesuai digunakan
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
potensi untuk berkembang

Setiap individu mempunyai

ke arah mencapai kesempurnaan kendiri (self

actualization), Rogers dalam Corey dan Corey (2002) mencadangkan potensi


menyeluruh dicungkil dalam persekitaran yang betul iaitu sekolah dengan
pendekatan yang sesuai.
Pelajar boleh mencapai gred terbaik bagi mata pelajaran PSV sekiranya guru
dapat membantu mereka menggunakan pendekatan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan seperti PBL. Dapatan kajian Azizah Hasan (2006) menunjukkan 54
daripada 70 orang calon tidak dibekalkan dan diberi penerangan menggunakan
pendekatan sesuai seperti PBL oleh guru pembimbing. Keadaan ini seolah-olah
mencerminkan kurangnya pengetahuan guru dalam melaksanakan pendekatan yang

betul dan sesuai yang mampu membantu guru dan pelajar memperoleh hasil
pembelajaran yang maksimum.
Bagaimana pun menurut Effendi et al. (dalam Norliza, Shaffe dan Rosnaini,
2010) dua kaedah yang menjadi pilihan utama guru-guru di Malaysia ialah
pengajaran berasaskan syarahan dan berpusatkan guru. Hasilnya, pelajar tidak aktif,
bergantung kepada guru, dan banyak menghafal tanpa memahami. Dalam KRSV,
keadaan ini menjadi petunjuk negatif. Rosmiza, (2009) pula menyatakan guru suka
memilih kaedah pengajaran yang memudahkan sukatan pelajaran dihabiskan dengan
cepat untuk persediaan menghadapi peperiksaan.
Hasil pemerhatian penyelidik di beberapa buah sekolah sebelum ini juga
mendapati guru lebih gemar membimbing pelajar secara individu, meminta pelajar
menyalin dan melukis semula contoh diberi untuk menjimatkan masa. Walhal,
kaedah ini mengambil masa yang agak panjang dan kemungkinan terdapat pelajar
yang tidak sempat dibimbing adalah besar.
Berdasarkan dapatan kajian lalu yang dijalankan oleh Nor Azmyra (2011)
mengenai Pelaksanaan Portfolio KRSV, didapati terdapat juga masalah dalam
pelaksanaan proses bimbingan guru dalam KRSV sehingga mempengaruhi hasil
kerja pelajar. Hal ini menunjukkan guru mungkin tidak menggunakan kaedah yang
berkesan atau tidak mengaplikasi pendekatan yang sesuai seperti PBL dalam
pengajaran mereka. Faktor kurang kefahaman mungkin menjadi sebab atau guru
memang tidak menyedari wujudnya pendekatan seperti PBL.
Seseorang individu memiliki pelbagai potensi di mana potensi dikaitkan
dengan keupayaan dan kebolehan terpendam individu. Menurut Gardner (1983),
setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai untuk menyelesaikan dan
menangani masalah. Setiap individu mampu menonjolkan potensi mereka dalam

pelbagai bentuk dan keadaan untuk mendapatkan output yang optimum dan efektif.
Justeru, dalam PBL, tugas guru sebagai fasilitator harus digunakan semaksima
mungkin.
Justeru penyelidik berpendapat, pelaksanaan pendekatan yang bersesuaian
dan berkesan seperti PBL amat penting untuk didedahkan kepada guru dalam mata
pelajaran PSV. Adalah satu keperluan untuk mengetahui dan melihat adakah
pendekatan ini difahami, diaplikasi oleh guru-guru mata pelajaran PSV dalam
pengajaran mereka dan apakah pendekatan ini memberi kesan kepada peningkatan
pencapaian dalam KRSV. Ini menyebabkan penyelidik berasa wujud ruang dan
keperluan untuk membuat kajian dalam tajuk yang dicadangkan.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti sejauhmanakah tahap kefahaman guru terhadap pembelajaran


berasaskan projek
2. Mengenalpasti adakah pendekatan pembelajaran berasaskan projek diaplikasi
oleh guru Pendidikan Seni Visual dalam Kajian Rekaan Seni Visual.
3. Mengenalpasti adakah pendekatan pembelajaran berasaskan projek
meningkatkan pencapaian Kajian Rekaan Seni Visual sekiranya diaplikasikan
dalam pengajaran.

Soalan Kajian

1. Sejauhmanakah guru mempunyai kefahaman mengenai pendekatan PBL dalam


mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
2. Adakah guru mengaplikasi pendekatan PBL dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual khususnya dalam Kajian Rekaan Seni Visual?
3. Sejauhmanakah PBL berkesan dalam meningkatkan pencapaian Kajian Rekaan
Seni Visual sekiranya pendekatan ini diaplikasikan oleh guru ?

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendekatan pembelajaran


berasaskan projek dalam KRSV bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual di
sekolah. Kajian ini turut memberi tumpuan terhadap tahap kefahaman guru, cara
guru melaksanakannya dan sejauh mana keberkesanan pendekatan ini dalam
meningkatkan kualiti hasil pencapaian KRSV.
Kajian tentang Kajian Rekaan Seni Visual pernah dijalankan oleh Azizah
Hassan bertajuk penilaian portfolio PSV sekolah Menengah (2006) dan Nor Azmyra
Yahya (2011) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebelum ini tetapi berfokuskan
kepada penilaian portfolio dan pelaksanaan portfolio KRSV dari aspek bantuan dan
faktor yang mempengaruhi pelajar dalam melaksanakan portfolio Kajian Rekaan
Seni Visual.
Hasil kajian ini diharap dapat membantu guru-guru mengaplikasi pendekatan
yang sesuai dalam penghasilan KRSV seterusnya memberi nilai dalam pendidikan,

10

manfaat dan menambah baik pelaksanaan KRSV di sekolah-sekolah menengah


dalam usaha mencapai objektif dan matlamat pembelajaran PSV.
Kajian ini juga penting kepada pihak Institusi-institusi Pendidikan Guru
Malaysia dalam menyediakan sumber tenaga pengajar yang berpengetahuan dalam
bidang pedagogi pendidikan khususnya pendekatan pengajaran. Pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia boleh menilai keberkesanan pendekatan ini dalam KRSV dan
seterusnya menyediakan penataran yang berkesan kepada guru-guru pembimbing
KRSV.

Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan di 18 buah Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Seremban


yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran
elektif di peringkat sijil Pelajaran Malaysia. Guru-guru yang dipilih sebagai sampel
ialah guru-guru yang dilantik sebagai guru pembimbing KRSV (2611/3) termasuk
guru-guru tingkatan empat yang mengajar elektif PSV. Jumlah sampel seramai 30
orang.
Skop kajian hanya melibatkan bidang Kajian Rekaan Seni Visual (2611/3)
iaitu kertas 3 mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Guru Tingkatan 4 juga akan
dipilih sebagai sampel kerana turut mengajar elektif PSV bagi menengah atas. Kajian
ini juga hanya menumpukan kepada aplikasi pendekatan pembelajaran berasaskan
projek sahaja dalam KRSV peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.
Definisi Operasional

11

Kesediaan guru

Badrul Hisham (1998) mendefinisikan kesediaan guru sebagai sejauh mana


pelengkapan dan pengetahuan serta kemahiran guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Menurut Thorndike (1902) pula, kesediaan guru merupakan satu

tahap yang perlu dicapai oleh guru untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas
yang berkesan. Keadaan ini bergantung kepada kematangan dan pengalaman.
Kesediaan juga merupakan satu kaedah atau situasi yang wujud untuk
memungkinkan peluang menjalankan sesuatu aktiviti dengan baik dan berkesan.
Dalam kajian ini, kesediaan yang dimaksudkan adalah adakah guru sudah
mempunyai persediaan yang lengkap dari segi kefahaman, kebolehan melaksanakan
dan menilai keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan projek.

Kefahaman

Menurut Bugelski (1974) kefahaman bermaksud memperoleh sesuatu idea atau


prinsip atau makna. Wong (1987) pula menyatakan , kefahaman melibatkan
kebolehan-kebolehan seperti melihat perkataan, menggunakan pengetahuan,
mengaitkan dengan pemikiran logik, mengetahui makna, memberi penerangan
kepada orang lain, membuat kesimpulan serta menghargai nilai. Dalam kajian ini,
kefahaman yang dimaksudkan adalah adakah guru sudah mempunyai kefahaman
terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan projek , ciri-ciri dan prosedur
menjalankannya sebagai pengajaran di studio seni visual.

12

Pendekatan

Pendekatan adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu subjek diajar untuk
mencapai objektif (Edward, 1963). Setiap pendekatan yang dilaksanakan mestilah
mencerminkan satu persepsi atau matlamat sesuatu pelajaran. Ini merupakan satu set
andaian yang mempunyai hubung kait dengan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan wujud berdasarkan keutamaan dan
wujud berasaskan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses
pengajaran.
Pendekatan pengajaran berasaskan pengelolaan murid ialah seperti
pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan dan sebagainya.
Pendekatan pembelajaran berasaskan projek

yang melibatkan kumpulan turut

merupakan salah satu pendekatan pembelajaran untuk mencapai sesuatu matlamat


pembelajaran.

Pembelajaran Berasaskan Projek

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, PBL ialah satu kaedah


pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan
kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan
dunia sebenar yang akhirnya akan menghasilkan satu output pembelajaran.
Menurut Sylvia

(2006), PBL adalah satu aktiviti penyiasatan mendalam

tentang sesuatu topik dunia sebenar yang berfaedah kepada pelajar. PBL mempunyai

13

enam langkah pelaksanaan iaitu mendapatkan topik atau isu persoalan, merancang,
membuat jadual, memantau, menilai dan membuat penilaian menyeluruh.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia adalah untuk membentuk


keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, bernilai tinggi dalam estetik,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif, dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan nilai kesyukuran kepada Tuhan, menghargai
keindahan persekitaran seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kepada
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
penghasilan Seni Visual dan Sejarah serta Apresiasi Seni Visual. Bidang Penghasilan
Seni Visual terdiri daripada Asas-asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi Visual,
Reka Bentuk dan Kraf Tradisional serta Dimensi Baru. Bidang Sejarah dan Apresiasi
Seni pula meliputi sejarah perkembangan Seni Halus di Malaysia, Kraf Tradisional
Pribumi, alat permainan, senjata, seni bina, kenderaan, pakaian dan ornament.
Mata pelajaran ini diajar kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 3 di
sekolah menengah kebangsaan sebagai mata pelajaran teras. Manakala sebagai
elektif bagi Tingkatan 4 dan 5. Matlamat pengajaran PSV ialah membantu murid
menguasai pelbagai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, boleh berkomunikasi
dengan baik, mampu membuat pilihan dan keputusan tepat, mencari maklumat,
menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat dan kebolehan bekerjasama.

14

Kajian Rekaan Seni Visual

Kajian Rekaan Seni Visual ialah satu daripada tiga komponen yang dinilai dalam
mata pelajaran PSV. KRSV menilai kerja kursus pelajar dan markah pentaksirannya
dimasukkan ke dalam penilaian Sijil Pelajaran Malaysia. Kertas ini dikodkan sebagai
kertas 2611/3 yang memperuntukkan markah 100%. Markah portfolio menyumbang
kepada 75% manakala penghasilan artifak menyumbang 25% markah. Calon yang
telah mendaftar perlu menjawab ketiga-tiga kertas untuk membolehkan mereka lulus
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Jika gagal menyempurnakan manamana tiga komponen yang dinilai, calon dianggap tidak hadir (T).
Bidang cakupan Kajian Rekaan Seni Visual terdiri daripada bidang Kraf,
Komunikasi Visual, Seni Halus dan Reka Bentuk. Berdasarkan 1 daripada 9 soalan
yang telah dipilih, calon perlu menghasilkan kajian portfolio bermula dari bulan
Februari hingga Julai. Sepanjang proses pelaksanaan calon akan dibimbing guru
untuk

mencari,

menganalisa,

mengolah

serta

mencerakinkan

minda

bagi

menghasilkan portfolio yang berkualiti. Kemahiran dan pengetahuan calon


diperlukan termasuklah mahir mengenalpasti masalah, membuat penerokaan dan
penyelidikan, membuat pelbagai kebarangkalian dan menyusun atur kerja dan
tugasan secara sistematik ke arah penghasilan portfolio dan produk akhir sebagai
artifak (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004)
Rumusan

Bab ini secara keseluruhannya telah membincangkan elemen-elemen yang


menyumbang kepada kefahaman guru, aplikasi dan kesannya terhadap pencapaian

15

pengajaran Kajian Rekaan Seni Visual.

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti

sejauhmanakah guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual di daerah


Seremban bersedia untuk mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan
projek dalam Kajian Rekaan Seni Visual.

Dapatan kajian diharapkan dapat

digunakan oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum untuk


merancang, merangka dan memeta hala tuju Kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Selaras dengan transormasi pendidikan negara,
pembelajaran perlu dimantapkan

pendekatan pengajaran dan

untuk membuahkan hasil pengajaran dan

pembelajaran yang benar-benar berkesan dan bermakna.

Bab 2
Sorotan Kajian

16

Bab ini membicarakan dengan lebih terperinci mengenai teori dan hujahan berkaitan
kajian yang ingin dijalankan oleh penyelidik. Penyelidik ingin mengkaji tahap
kefahaman guru-guru elektif Pendidikan Seni Visual tingkatan empat dan 5,
pelaksanaan pendekatan PBL dan kesannya terhadap pencapaian Kajian Rekaan
Seni Visual di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Melalui Bahagian Teknologi Pendidikan satu buku panduan berkaitan
perlaksanaan PBL telah dikeluarkan pada tahun 2006. Ini menunjukkan KPM
percaya dan yakin terhadap kesan

PBL dalam membentuk generasi baru yang

mantap ilmu pengetahuan, berkemahiran dan berupaya menyahut cabaran


globalisasi.

Laporan perlaksanaan projek rintis PBL di Sabah yang dijalankan

oleh pihak BTP pada tahun 2007 turut memperlihatkan kesan positif. Ini sekaligus
menyokong keyakinan KPM terhadap pendekatan PBL di sekolah.

Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Menurut Merill, M.D. (2007) dalam Isabell Wong (2007) PBL bermaksud aktiviti
pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan pelajar. Guru memberi satu
tajuk masalah untuk dibincangkan dan diselesaikan oleh pelajar. PBL adalah satu
metodologi pengajaran yang sistematik, menarik pelajar dalam mempelajari
pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri kompleks yang berada di
sekeliling kita. Soalan autentik dengan reka bentuk produk dan tugasan digubal
dengan berhati-hati. Idea asalnya adalah berasaskan pandangan John Dewey, iaitu
learning by doing.

17

Norliza et al. (2010) menyatakan bahawa PBL berpusatkan pelajar dan


mampu mengembangkan potensi pelajar melalui elemen-elemen yang tersisip di
dalamnya. Penekanan terhadap konsep koperatif dan koloboratif dalam PBL selari
dengan pendapat Wan Zah, Hajar, Azmi dan Norhayati (2006) yang mencadangkan
bahawa aktiviti pembelajaran yang bersifat aktif dan melibatkan pelajar mampu
membentuk dan menyediakan generasi abad ke-21.
Menurut Harris & Katz (2001) pula, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
adalah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Selain menggunakan
perancangan pengajaran yang telah ditetapkan, PBL membenarkan pelajar membuat
penyiasatan secara mendalam mengenai sesuatu topik yang dipelajari Melalui
pembentukan artifak yang bermakna, sesuatu yang boleh dimainkan, persembahan
multimedia atau puisi, pelajar perlu bersedia mempersembahkan produk yang
mereka hasilkan (Harel & Papert, 1991; Kafai & Resnick, 1996).
PBL menggalakkan penghasilan produk atau artifak secara personal atau
berkumpulan, lantas pelajar memberi dan memperoleh makna terhadap apa yang
mereka pelajari, mempunyai lebih autonomi terhadap pembelajaran mereka, berlaku
peningkatan motivasi dan mereka menjadi lebih bertanggungjawab ( Tassinari, 1996;
Wolk, 1994; Worthy, 2000). Dengan kuasa autonomi yang lebih, pelajar dapat
membentuk projek mereka sendiri yang dapat memenuhi kehendak, keupayaan dan
kemampuan mereka (Moursund, 1998). Maka, PBL dan pembentukan sesuatu artifak
membolehkan pelajar membuat ekspresi diri seperti minat dan keupayaan mengikut
gaya pembelajaran mereka.
Brodi (2008) dalam kajiannya, menyatakan seluruh dapatan hasil analisis data
diperoleh daripada pensyarah, guru dan murid menunjukkan banyak kesan positif,
pembelajaran bersifat aktif dan dinamik serta menyeronokkan. Dapatan kajian Mohd

18

Azli Bin Yeop dan Abdul Latif Haji Gapor terhadap kesan PBL berteraskan teknologi
menunjukkan bahawa penggunaan pendekatan PBL membawa kesan positif kepada
pencapaian pelajar.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2006) pula, PBL adalah
kaedah pengajaran yang sistematik. Tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran,
pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuri penemuan bagi menyelesaikan
masalah persoalan dunia sebenar yang akhirnya melahirkan hasil pembelajaran yang
bermakna adalah merupakan keperluan PBL. Sebagai contoh, pelajar meyiapkan escrap book, persembahan multimedia, menghasilkan arca atau model ataupun
membuat pembentangan menggunakan komputer. PBL berdasarkan kepada
keperluan kurikulum, manakala proses inkuiri berdasarkan persoalan dan kerjasama
guru dengan pelajar semasa menjalankan inkuiri penemuan.

Mengapa perlunya PBL?

Menurut artikel Futureworks:Trends and challenges for works in the 21 st century


(2007) , kita hidup dalam ekonomi baru yang dikuasakan oleh teknologi, diisi
dengan maklumat dan dipandu oleh pengetahuan. Ini bermakna PBL dapat
membantu murid membina kemahiran dan ketrampilan sebagai persediaan menjadi
pewaris masa depan negara. Negara maju telah menggunakan PBL di dalam bilik
darjah dan mampu melahirkan pelajar yang boleh bersaing dengan dunia global abad
ke-21.
Guru-guru PSV perlu mengetahui bagaimanakah kaedah atau pendekatan
yang tepat untuk memberi pengalaman kepada pelajar dalam mengembangkan nilai

19

murni dan ekspresif. Pendekatan pembelajaran yang harus dikuasai guru-guru PSV
ialah berasaskan domain pernyataan atau expression dan tindak balas response
(Iberahim Hassan, 2000). Ini bermakna pelajar dipandu untuk mendapatkan idea,
mengolah dan menjelmakan idea serta gerak kerja dalam penggunaan media. Melalui
tindak balas pelajar dibimbing mengamati dan memahami hasil seni, mentafsir dan
menilai seni. Proses pembelajaran yang dinyatakan ini adalah sangat relevan dengan
PBL untuk menghasilkan pembelajaran bermakna.
Ahmad Suhaimi Mohd Noor, (2000) dalam penulisannya menyebut antara
cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pencapaian dan keberkesanan
pengajaran PSV ialah mengemukakan soalan atau masalah bagi menggalakkan
pelajar menganalisis, mensintesis dan menilai. Selain itu, tingkatkan usaha dalam
bereksperimentasi terhadap media dan alat serta menggalakkan pelajar meneroka
idea untuk meningkatkan tahap kreativiti. Idea yang dibangkitkan oleh beliau
berpadanan dengan proses yang wujud dalam pendekatan PBL.
Mohd Azli Bin Yeop dan Abdul Latif Haji Gapor dalam kajian terhadap kesan
PBL berteraskan teknologi menjelaskan pendekatan PBL merujuk kepada aktiviti
pembelajaran berbentuk tugasan bagi menghasilkan sesuatu projek, di mana projek
yang dirancang dan dihasilkan merupakan strategi pengajaran utama yang memandu
pelajar untuk belajar dan menjadi panduan kepada hala tuju proses pembelajaran
mereka sendiri. Proses bermula dengan soalan-soalan yang berpandu, pemahaman
konsep dan prinsip teras pelajaran. Ini amat membantu pelajar untuk menguasai topik
sekaligus dapat mencapai hasil pembelajaran sebagaimana yang dikehendaki oleh
sukatan pelajaran.
PBL sememangnya diperlukan sebagai salah satu pendekatan
pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran sesuatu mata pelajaran.

20

Dapatan kajian Pau (2009) terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan


projek untuk

membantu murid tahun empat memahami tajuk cara tumbuhan

membiak dalam mata pelajaran Sains telah menunjukkan kesan yang positif dalam
ujian post test yang dijalankan.
Oleh sebab itu, sebagai negara sedang membangun sudah tentu kita tercaricari pendekatan terbaik untuk kita berikan kepada generasi akan datang agar
setanding dengan negara maju lain tanpa menukar acuan budaya disanjung yang
telah sedia ada. Maka, PBL dilihat sebagai salah satu pendekatan terbaik yang wajar
diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah-sekolah.

Faedah aplikasi PBL

Pembelajaran konvensional memperlihatkan situasi pelajar bergantung sepenuhnya


kepada guru-guru untuk mendapatkan maklumat atau ilmu. Namun, melalui PBL,
pelajar mula berfikir di luar kotak. Pelajar perlu bekerja dalam kumpulan seperti
pembelajaran kolaboratif, memaksimakan tiga tonggak utama sekolah Bestari iaitu
self-directed, self-access dan self-paced. Pelajar berpeluang untuk bekerja dalam isu
dan realiti sebenar. Pelajar mahir membuat pengurusan diri, masa, perancangan,
sumber, pengurusan stress dan lain-lain. Pelajar juga memperoleh kemahiran abad
ke-21.
Tuntasnya, melalui PBL juga, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan dan
pemikiran, mengimplimentasikan konsep tahu dan buat. Pelajar belajar dalam
penyelesaian masalah, mencari dan meneroka penemuan penyelesaian masalah,
komunikasi, dan pengurusan diri untuk menghasilkan projek atau produk yang

21

diinginkan. Seterusnya pendekatan ini membantu melahirkan tenaga kerja yang


mahir, kreatif, kritis dan berpengetahuan.

Faedah PBL dalam ketrampilan pelajar

Jika pembelajaran konvensional banyak memberi arahan kepada pelajar, bergantung


kepada guru dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan, PBL pula merupakan
aktiviti pembelajaran terarah kendiri. Daripada hanya mengingat dan mengulang,
pelajar berjaya menemui penemuan baru, integrasi dan mempersembahkan
penemuan tersebut. Daripada hanya mendengar hanya tahu tentang fakta, tema dan
kandungan, pelajar sudah boleh memahami proses, aplikasi dan bertindakbalas, kini
dengan PBL pelajar telah mula berkomunikasi dan bertanggungjawab. Daripada teori
pelajar sudah boleh menentukan aktiviti pembelajaran yang diminati.
Sesungguhnya penglibatan menyeluruh pelajar mampu menghasilkan
pembelajaran berkesan. Norliza et al. (2010) menyatakan PBL satu pendekatan
pembelajaran berlandaskan teori konstruktivisme di mana pengetahuan dibina secara
aktif oleh individu itu sendiri. Fahaman konstruktivisme menegaskan pengetahuan
dibina secara aktif melalui proses perkaitan antara maklumat dahulu dan maklumat
terbaru (Piaget, 1967). Tindakan individu terhadap sesuatu situasi baru bergantung
kepada makna yang ditafsirkan dalam situasi pembelajaran yang sedang berlangsung.
Justeru, melalui pelbagai proses dan langkah-langkah yang perlu dilalui oleh
pelajar, pendedahan kepada PBL memberi banyak faedah dengan merubah daya
ketrampilan seseorang pelajar menjadi lebih berkeyakinan dan berkarisma.

22

Faedah kepada pelajar

Melalui PBL, pelajar mampu menimba ilmu dengan lebih praktikal dan tidak lagi
bergantung kepada guru semata-mata. Konsep pembelajaran kendiri dan amalan
penerokaan (inkuiri-penemuan) memberi banyak faedah kepada pelajar (Siti
Nazurana Konaen, 2012).
PBL mengaplikasikan pengetahuan dan pemikiran, mengimplementasikan
konsep tahu dan buat. Membantu pelajar menyelesaikan masalah sendiri,
komunikasi dan pengurusan diri, pembelajaran sepanjang hayat, kejayaan kendiri dan
kerjaya dan mengintegrasikan kurikulum arahan dan isu masyarakat. Penilaian pada
realiti sebenar meningkatkan akauntabiliti matlamat dan usaha mewujudkan
komunikasi positif. Selain itu sikap kerjasama dan memenuhi cara dan keperluan
pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai kaum (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2006).

Lapan hasil pembelajaran dalam PBL

i)

Kandungan berasaskan sukatan

ii) Kolaborasi
iii) Pemikiran kritikal
iv) Komunikasi oral
v) Komunikasi bertulis

23

vi) Persediaan kerjaya


vii) Budaya bangsa dan etika
viii) Literasi maklumat

PBL sebagai metodologi pengajaran dan pembelajaran (PdP)

PBL merupakan satu pendekatan berpusatkan pelajar. Pelajar dilibatkan dalam proses
inkuiri penemuan, terlibat secara aktif dalam pembelajaran manakala tugas guru
adalah sebagai pembimbing. Kaedah ini dipercayai boleh meningkatkan minat
pelajar melalui kerja berkumpulan seperti kerja praktik, lawatan, permainan atau
penghasilan projek

yang melangkaui masa pembelajaran formal di mana hasil

akhirnya adalah dalam bentuk produk atau artifak yang boleh dilihat (Noraini Idris ,
2005)
Kilpatrick (1918) dan Dewey (1900) telah memperkenalkan pembelajaran
berasaskan pengalaman iaitu konsep pengajaran yang mendasari projek seni. John
Dewey (1951) dalam bukunya Art as Experience menjelaskan mengenai
pengalaman artisitik dan estetik. Pengalaman ini diperoleh hasil gerak kerja dalam
penghasilan karya dari peringkat penjelmaan idea hingga sempurnanya sesebuah
karya. Justeru, PBL yang menggunakan kaedah penyiasatan sistematik, pembinaan
pengetahuan secara inkuiri, perkongsian maklumat, proses menjawab persoalan
projek dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru dilihat sesuai dalam PdP.
Perbandingan peranan guru dan pelajar dalam PBL

Guru sebagai :

Pelajar sebagai :

24

Fasilitator
Penasihat
Pendorong

pelajaran
Pengurus

untuk
Penilai

-mengakses maklumat secara efisien dan efektif


-menilai maklumat secara kritikal dan konsisten
-menyumbang secara positif kepada komuniti
- melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan

- mendapatkan dan menjana maklumat


-sintesis maklumat dalam pelbagai cara

Perbandingan PBL dengan kaedah konvensional

Dalam kaedah konvensional guru bertindak sebagai ketua yang memberi arahan dan
tugasan. Para pelajar duduk dalam susunan formal mengikut lajur dan baris. Pelajar
diajar supaya menghafal sesuatu isi kandungan pelajaran dan tugasan ini akan
diulang-ulang sehingga dapat diingati dan soalan dapat dijawab.
Menurut Mohd Johari Ab. Hamid (2004) seni memainkan peranan yang
penting dalam dunia pendidikan kita. Sejarah telah membuktikan seni antara aspek
pembangunan ketamadunan dan peradaban manusia.Kehidupan seharian manusia
berhubung rapat dengan nilai seni malahan ada pendapat mengatakan seni boleh
menjadi agen perubahan masyarakat seperti di Barat. Justeru pengajaran PSV
sebenarnya amat penting dan menuntut suatu pendekatan yang relevan dengan arus
perkembangan masa kini.
Pada masa kini, guru bertindak sebagai fasilitator. Pelajar belajar dalam
kumpulan kecil. Mereka diberi tugas autentik dan dibekalkan dengan keperluan

25

seperti teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahkan proses inkuiri


penemuan., perbincangan dan pembentangan. Pelajar perlu mengerakkan diri dan
daya

usaha

masing-masing

untuk

mencari

penyelesaian

masalah

dan

menyempurnakan projek yang telah diberikan kepada mereka.

Langkah Pelaksanaan Pendekatan PBL

Berdasarkan Project Based Learning Handbook yang dikeluarkan oleh Bahagian


Teknologi dan Pendidikan, KPM (2006) terdapat enam langkah melakasanakan PBL
di sekolah. Perkara yang paling penting dalam pelaksanaan PBL ialah topic yang
ingin dikaji atau disiasat hendaklah selari dengan sukatan pelajaran daripada Pusat
Perkembangan Kurikulum yang digunapakai di sekolah-sekolah.
Langkah pertama ialah mendapatkan topik yang ingin dikaji atau disiasat
(essential topic). Topik yang dipilih juga perlulah boleh dikaitkan dengan konteks
kehidupan sebenar. Langkah kedua ialah menyediakan pelan pelaksanaan projek
(plan). Pelan ialah perancangan aktiviti yang akan dilakukan dalam usaha
mendapatkan maklumat atau jawapan, misalnya mengadakan aktiviti sumbang saran.
Langkah ketiga ialah membuat penjadualan (schedule). Jadual ini dirancang dengan
bimbingan guru supaya projek yang akan dijalankan dapat mengikut tempoh masa
atau perancangan waktu yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
Langkah keempat ialah pemerhatian dan pemantauan (monitoring). Guru
sebagai fasilitator akan memantau proses kerja projek pelajar. Murid yang agak
lemah perlu dibimbing sebelum mereka menjalankan sesuatu gerak kerja. Langkah
kelima ialah penilaian (assess). Penilaian ini berbentuk formatif dan perlu dibuat

26

sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Langkah keenam ialah penilaian akhir


(evaluate). Penilaian keseluruhan akan dibuat terhadap projek yang dijalankan
pelajar. Oada waktu ini refleksi boleh dibuat sama ada secara individu atau
berkumpulan. Perbincangan secara terbuka amat penting untuk memperbaiki
kekurangan, berkongsi pengalaman serta menambahbaik pelaksanaan aktiviti pada
masa akan datang.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam langkah pelaksanaan, guru
bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing, penggalak, pemantau serta penilai
ketika proses pembelajaran berlangsung (Faizah, 2007).

Dapatlah disimpulkan

bahawa keputusan pilihan pelajar adalah kunci utama pendekatan ini. (Bell, 2010)
menjelaskan guru perlu memantau setiap proses, membimbing pembelajaran agar
terarah serta member kebenaran pelajar meneruskan perkembangan projek mereka.

Kajian Rekaan Seni Visual

Mengikut kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, PSV terbahagi
kepada dua bidang utama iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan
Apresiasi Seni Visual. Di peringkat pentaksiran PSV Sijil Pelajaran Malaysia, PSV
dibahagikan pula kepada tiga komponen utama iaitu Kertas 1 atau Teori (2611/1),
Kertas 2 untuk Seni Halus (2611/2) dan Kertas 3 iaitu Kajian Rekaan Seni Visual
(2611/3).
Kertas 3 atau Kajian Rekaan Seni Visual memperuntukkan markah sebanyak
100%. Markah portfolio menyumbang kepada 75% manakala penghasilan artifak
menyumbang 25% yang secara keseluruhannya memperuntukkan markah 100%.

27

Portfolio merupakan bukti dokumentasi yang dikumpul selaras dengan objektif atau
hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dalam KRSV portfolio adalah koleksi gambargambar, lakaran olahan idea, lukisan dan gambar proses dijalankan. Kegagalan calon
menyempurnakan kertas KRSV ini akan menyebabkan mereka gagal dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Bidang cakupan Kajian Rekaan Seni Visual terdiri daripada bidang Kraf,
Komunikasi

Visual,

Seni

Halus

dan

Bidang

Reka

Bentuk

Industri,

Lanskap/Persekitaran dan Hiasan Dalaman. Daripada empat bidang tersebut terdapat


34 tajuk yg boleh dikemukakan sebagai tugasan, tetapi hanya 9 tugasan sahaja akan
diajukan kepada calon dalam tahun semasa. Pemilihan soalan dilakukan oleh calon
dengan dibimbing oleh guru pembimbing bersandarkan kebolehan secara
menyeluruh semua calon.
Berdasarkan soalan yang telah dipilih calon perlu menghasilkan kajian
portfolio ke

arah penghasilan produk dan menghasilkan produk akhir sebagai

artifak (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004) Sepanjang proses pelaksanaan calon


akan dibimbing guru untuk mencari, menganalisa, mengolah serta mencerakinkan
minda bagi menghasilkan portfolio yang berkualiti. Pada ketika inilah kemahiran dan
pengetahuan calon diperlukan termasuklah mahir mengenalpasti masalah, membuat
penerokaan dan penyelidikan, membuat pelbagai kebarangkalian dan menyusun atur
kerja dan tugasan secara sistematik.
Calon perlu menyempurnakan tugasan Kajian Rekaan Seni Visual dalam
tempoh Februari hingga Julai seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksan
Malaysia. Sekiranya gagal, calon dikira tidak hadir keseluruhan kertas Pendidikan
Seni Visual kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan iaitu menjawab dan
menyempurnakan ketiga-tiga bahagian kertas peperiksaan.

28

Kepentingan PBL dalam KRSV

Proses pelaksanaan PBL melibatkan pelajar secara menyeluruh, menggalak dan


mendorong mereka secara aktif dalam aktiviti pembelajaran (Grant, 2002) Proses
penilaian kendiri dan perkongsian berkumpulan melalui persembahan projek
membantu pelajar membuat refleksi kendiri, menambah pengalaman pembelajaran
dan

menambahbaik

pengetahuan

sepanjang

proses

PBL dijalankan.

PBL

menggalakkan proses pembelajaran dan pemahaman yang mendalam. Dengan


bimbingan guru, proses pembelajaran akan terarah, manakala pelajar dapat
merancang,

mengurus,

mengembangkan

dan

mengasah

kemahiran

dalam

menyelesaikan permasalahan projek.


Kajian Rekaan Seni Visual dalam Pendidikan Seni Visual pula merupakan
satu bentuk kerja kursus yang menekankan kepada penghasilan portfolio dan artifak
atau produk. Pelajar diberi tempoh selama 5 hingga 6 bulan untuk menyempurnakan
portfolio dan artifak bagi 1 soalan yang telah dipilih dengan bimbingan guru. Soalan
dibekalkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan ditadbir oleh guruguru yang dilantik sebagai pentaksir dalaman dan disahkan pula oleh pentaksir
kawasan.
Fokus PBL ialah penghasilan artifak atau produk sebagai satu hasil
pembelajaran yang diinginkan. KRSV juga menekankan artifak sebagai hasil akhir .
Dalam proses KRSV, langkah permulaan ialah menentukan topik atau isu yang ingin
dikaji atau diselidik (topic essential). Pelajar dan guru akan berbincang mengenai
perancangan (plan) dan penjadualan kerja (schedule) Setelah itu, pelajar akan mula

29

mencari koleksi-koleksi gambar sebagai sumber ilham yang sesuai dengan topik
yang diberi. Pelajar kemudiannya akan membuat lukisan realistik objek sebagai satu
kaedah mengkaji objek tersebut secara terperinci.
Dari situ, pelajar mula membuat menjana maklumat untuk membuat olahanolahan idea. Pada peringkat ini, guru bertindak sebagai pemantau (monitoring) agar
pelajar tidak terkeluar dari landasan projek. Penilaian formatif (assess) sentiasa
dijalankan

untuk

mengesan

sebarang

kelemahan

atan

membuat

proses

penambahbaikan. Akkhirnya setelah kesemua proses berjaya diselesaikan, guru akan


membuat penilaian (evaluate) secara dalaman diikuti pentaksiran dari luar (pentaksir
kawasan) bagi memastikan pentaskiran selaras dan mengikut standard yang
ditetapkan.
Melihat kepada proses pendekatan PBL dengan proses kerja KRSV,
penyelidik berpendapat, kedua-duanya adalah sangat relevan dan mempunyai
hubungkait yang rapat. Justeru, adalah sangat tepat jika guru-guru PSV yang terlibat
dengan KRSV mengaplikasikan PBL dalam pengajaran mereka bagi mencapai tahap
peningkatan yang optimum dalam KRSV. Perlu difahami, bahawa KRSV
menyumbang jumlah peratus terbesar (40%) dalam penilaian mata pelajaran PSV
berbanding kertas 1 (Teori -20%) dan kertas 2 (Seni Halus-40%). Berbanding kertas
2 (Seni Halus) peluang untuk pelajar memperoleh skor tertinggi adalah sangat besar
kerana sentiasa berada di bawah bimbingan guru.
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat banyak dapatan kajian
yang memberikan respon positif terhadap pembelajaran berasaskan projek dalam
meningkatkan keberkesanan dan pencapaian akademik pelajar. Maka, adalah tidak
mustahil sekiranya PBL turut boleh memberi kesan positif dalam pelaksanaan KRSV
di sekolah.

30

2.4

KERANGKA TEORI

Pembelajaran
berkumpulan

Pembelajaran
aktif

Pengalaman
sedia ada/
lampau
Pembelajaran
auntentik

Teori
Konstruktivisme
dan PBL dalam
KRSV

Dibimbing
fasilitator

Berkongsi idea

Berpusatkan
pelajar
Pengetahuan sedia
ada

Pembelajaran

Pengalaman

Rajah 1 : Teori Konstruktivisme (diolah daripada sumber amygrace4.wordpress.com)

Kajian ini adalah berlandaskan Teori Konstruktivisme yang diasaskan oleh Lev
Vygotsky seorang ahli psikologi Russia. Menurut Vygotsky, intelek berkembang
sedikit demi sedikit sepanjang hayat apabila individu cuba memahami pengalaman
baru. Manusia membina pengalaman baru melalui kaitan pengetahuan baru dengan
pengetahuan lampau. Seseorang individu itu mempelajari dan bertanggungjawab
sendiri atas pengalaman yang dilaluinya. Vygotsky juga memfokuskan kepada aspek
sosial dalam teorinya (Razmah Man, 2003)

31

Interaksi sosial mendorong pembinaan idea baru seterusnya meningkatkan


perkembangan intelek. Pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial - guru, rakan
sebaya dan masyarakat. Idea asas konstruktivisme ialah manusia belajar dengan
membina atau menyusun pengetahuan sendiri. Manusia belajar melalui interaksi
dengan individu dan persekitaran, dan belajar perkara baru berasaskan pengalaman
lampau
Prinsip konstruktivisme adalah setiap maklumat baru yang diterima dan
diproses di peringkat kognitif untuk diadaptasi dengan keperluan, sifat semula jadi,
pemikiran, sikap dan perasaannya sendiri.

Ahli konstruktivisme berpendapat

maklumat tidak boleh berlaku di luar minda sebaliknya mesti wujud dari dalaman
setiap individu.
Menurut McBrien & Brandt (1997) konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan
daripada orang lain. Dalam konteks PBL, pelajar menyelidik dan mencari
penyelesaian permasalahan, membina konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada dan menyesuaikannya dengan maklumat baru yang
diterima (PPK, 2001)
Briner, M. (1999) pula menjelaskan pelajar membina pengetahuan dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
kepada binaan intelektual yang sedia wujud.

Kerangka Konseptual

32

Tahap
kefahaman
guru terhadap
PBL

Kajian Rekaan Seni


Visual

Pembelajaran Berasaskan Projek


(PBL) menggunakan Teori
Konstruktivisme

Aplikasi PBL
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran

Kesan
terhadap
pencapaian
Kajian Rekaan
Seni Visual

Rajah 2 : Kerangka Konsep

Dalam kajian ini, penyelidik ingin meninjau tahap kefahaman guru terhadap
pembelajaran berasaskan projek, pelaksanaannya (aplikasi) di dalam pengajaran dan
pembelajaran dan kesan pencapaian ke atas KRSV sekiranya pembelajaran
berasaskan projek (PBL) diaplikasikan dalam Kajian Rekaan Seni Visual.
Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) difahami oleh
guru, seterusnya diaplikasi dan dinilai hasilnya. Adakah pendekatan ini akan
memberi satu perubahan iaitu peningkatan pencapaian KRSV di sekolah-sekolah.
Teori Konstruktivisme yang mendasari kajian ini akan melihat bagaimana pelajar
membina konsep baru melalui pengalaman baru yang dikaitkan dengan pengalaman
lampau. Topik atau isu yang dikaji mestilah dekat dengan situasi pelajar, sehingga
menimbulkan minat kepada mereka untuk meneruskan eksplorasi kajian projek

33

mereka. Asas penyelidikan penyelidik adalah berkisar kepada kerangka konseptual


yang telah disediakan di atas.

Rumusan

Seperti matlamat pendidikan negara yang inginkan pelajar yang lahir daripada sistem
pendidikan negara menjadi seorang individu yang seimbang dan harmonis, begitu
jugalah hasrat yang ingin dicapai oleh kurikulum Pendidikan Seni Visual melalui
pengajaran guru-guru di sekolah-sekolah. Justeru pelbagai pendekatan digunapakai
dan diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penyelidik
mengkaji mengenai pengetahuan guru dalam pendekatan pembelajaran berasaskan
projek, yang dilihat sangat sesuai dan relevan dengan pengajaran Kajian Rekaan Seni
Visual di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Berlandaskan Teori Konstruktivisme
dan kerangka konsep yang telah disediakan, kajian ini diharap dapat memberi satu
output yang berguna kepada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
khususnya.

BAB 3
Metodologi Kajian

Bab ini akan menerangkan mengenai kaedah dan prosedur penyelidikan yang
dijalankan. Tatacara kajian yang diikuti dalam menjalankan penyelidikan serta
langkah-langkah dan kaedah yang dilaksanakan bagi mendapatkan data untuk
menjawab persoalan kajian juga diperihalkan secara terperinci. Metodologi kajian

34

yang akan dikemukakan dalam bab ini merangkumi aspek reka bentuk kajian,
populasi dan sampel, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisaan data berdasarkan
kaedah-kaedah statistik yang relevan.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Manakala, reka bentuk kajian
adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Data dikumpul menggunakan borang
soal selidik. Menurut

Mohd Majid (2000), penyelidikan deskriptif bermatlamat

untuk meneroka sesuatu bidang yang belum atau jarang diterokai oleh penyelidik
lain. Tinjauan dilakukan dengan menerangkan serta menjelaskan sesuatu fenomena
yang berlaku.
Menurut Noraini Kaprawi (2013) Kajian Tinjauan, dalam (Noraini Idris, 2013
ed.) kajian tinjauan berguna apabila penyelidik hendak mengkaji fenomena yang
tidak dapat diperhatikan secara langsung seperti pandangan atau persepsi terhadap
perkhidmatan pejabat hal ehwal pelajar di universiti.

Kaedah ini sesuai untuk

mengkaji sikap, kepercayaan, nilai, demografi, tingkah laku, pendapat dan idea
mengenai sekumpulan manusia.
Menurut Sulaiman Masri (2005) reka bentuk kajian adalah satu perancangan
menentukan cara penyelidikan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan
yang dikaji. Reka bentuk ini dipilih kerana didapati sesuai untuk mengkaji kesediaan
guru dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam topik
Kajian Rekaan Seni Visual.

35

Secara umum kajian ini akan dapat meninjau kepada tiga fokus utama dalam
kesediaan guru melaksanakan pendekatan pembelajaran masalah dalam Kajian
Rekaan Seni Visual di sekolah iaitu kefahaman, aplikasi dan kesan ke atas
pembelajaran. Kajian ini menganalisis dapatan yang diperoleh daripada sampel dan
membandingkannya dengan ciri-ciri pendekatan pembelajaran berasaskan projek,
dasar, prinsip dan teori yang berkaitan serta dapatan kajian-kajian terdahulu.

Populasi

Menurut Mohd Najib (2003) populasi ialah sekumpulan masyarakat yang


mempunyai cirri yang sama. Dalam sesuatu penyelidikan, penyelidik mungkin tidak
dapat berupaya menggunakan semua populasi, maka mereka memilih wakil atau
contoh am yang dipanggil sampel. Ahli sampel yang memberi maklum balas
dipanggil responden. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menentukan
jumlah sampel, namun 30 sampel adalah jumlah minimum.
Sekaran (2003) pula menyatakan saiz sampel adalah antara 30 hingga 500
orang mencukupi, asalkan sampel itu dapat mewakili semua populasi. Responden
dalam kajian ini mewakili semua populasi iaitu guru-guru Pendidikan Seni Visual
yang mengajar di tingkatan empat dan lima, di sekolah-sekolah menengah daerah
Seremban. Maklumat asas berkaitan responden dari segi bilangan, jantina, dan lokasi
sekolah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Responden juga
adalah guru-guru yang menyandang jawatan secara hakiki sahaja.

36

Subjek kajian

Subjek kajian adalah guru-guru Pendidikan Seni Visual yang akan disoal melalui
borang soal selidik mengenai kesediaan mereka dari aspek kefahaman, pelaksanaan
dan kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek kepada pembelajaran Kajian
Rekaan Seni Visual.

Instrumen

Menurut Mohd Majid Konting (2004), instrumen atau alat penyelidikan

juga

dikenali sebagai alat pengukuran bagi menentukan sama ada data dan maklumat yang
dikehendaki dapat diperoleh atau tidak. Instrumen yang sempurna akan mengukur
dengan tepat sesuatu pembolehubah yang hendak diukur . Instrumen yang menarik
akan mendorong responden menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan
jujur.
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang
terdiri daripada 47 item yang dibahagikan kepada lima konstruk iaitu profil guru,
kefahaman, aplikasi, kesan dalam pengajaran guru menggunakan pendekatan
berasaskan projek untuk menjalankan Kajian Rekaan Seni Visual dan konstruk
tambahan untuk menilai guru-guru yang tiada pengetahuan dan pemahaman terhadap
PBL. Menurut Marshall dan Rossman (1999), soal selidik mempunyai kekuatan
tersendiri untuk mendapatkan maklum balas kajian kerana soal selidik mudah
dimanipulasi, dikategorikan, dianalisis, diurus dan ditadbir dengan berkesan.

37

Soal selidik yang dibina adalah seperti yang dicadangkan oleh Wolf (1988)
seperti berikut:
i)
ii)

Responden dapat membaca dan memahami idea-idea dalam soal selidik


Reponden mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi

iii)

untuk menjawab item-item dalam soal selidik ; dan


Responden secara sukarela, ikhlas dan jujur dalam menjawab soal selidik

Kesahan dan kebolehpercayaan

Menurut Chambers English Dictionary dalam Penyelidikan dalam Pendidikan


(Noraini Idris, 2013 ed.) Kesahan berasal daripada bahasa Latin iaitu validus
bermaksud kuat. Dalam penyelidikan pendidikan, kesahan merujuk kepada apa yang
sepatutnya diukur dengan tepat. Penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi
membawa maksud dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan fakta dan bukti dan
mampu memberi justifikasi yang tepat.
Kesahan terdiri daripada dua iaitu kesahan dalaman dan kesahan luaran.
Kesahan dalaman merupakan anggaran induktif tentang sebab-akibat yang dapat
diwujudkan berdasarkan alat pengukuran, keadaan penyelidikan dan reka bentuk
keseluruhan penyelidikan. Kesahan luaran pula merujuk kepada generalisasi atau
sejauh mana sesuatu dapatan dan kesimpulan dapat digunakan ke atas sampel lain, di
tempat lain pada masa yang berbeza, Lim dan Chee (2013) Kesahan dan
Kebolehpercayaan Penyelidikan dalam (Noraini Idris, 2013 ed).
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kuantitatif pula merujuk kepada
situasi iaitu ketekalan sesuatu ukuran walaupun diulang beberapa kali, dan kestabilan

38

sesuatu ukuran pada bila-bila masa (Kirk & Miller, 1986) dalam Penyelidikan dalam
Pendidikan (Noraini Idris, 2013 ed.).
Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2001) pula kebolehpercayaan atau
reliability, merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam
mengukur masalah kajian secara konsisten setiap kali instrumen ini digunakan tidak
kira pada masa, tempat dan sampel yang berbeza.
Nilai maksimum pekali kebolehpercayaan ialah 1. Sekiranya pekali itu
kurang daripada 0.6 maka kebolehpercayaan dianggap rendah. Menurut Mohd Najib
(2000) pekali Cronbachs Alpha untuk instrumen kajian diukur mengikut kriteria
tertentu. Nilai 0.8 ke atas menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap
soalan soal selidik yang dibina.
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item soal selidik,
penyelidik perlu melakukan beberapa semakan dan tapisan. Peringkat pertama, soal
selidik disemak dan dibincangkan dengan pensyarah pembimbing sebelum kajian
rintis dijalankan.

Oleh sebab responden adalah daripada kalangan guru, maka

penyelidik memilih seramai 15 orang guru daripada beberapa buah sekolah daerah
Seremban untuk tujuan kajian rintis. Pemilihan 15 orang guru ini adalah secara
persampelan kelompok. Menurut Lim (2007) persampelan kelompok ini merujuk
kepada kelompok-kelompok guru yang berada di sesebuah sekolah atau daerah.
Selepas kumpulan dipilih menjadi sampel, penyelidik mempunyai dua pilihan
iaitu pertama memilih semua individu di satu-satu tempat. Teknik ini dipanggil
pensampelan kelompok satu peringkat. Pilihan kedua ialah melakukan pensampelan
lanjutan seperti pensampelan rawak mudah bagi memilih individu di tempat-tempat
berkenaan. Ini dipanggil pensampelan kelompok dua peringkat (Lim, 2007)

39

Penyelidik seterusnya menggunakan Statistical Package For The Social


Sciences (SPSS) Versi 20. Untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan
(Croncabchs Alpha). Data dari kajian rintis dianalisis menggunakan reliability
analysis yang terdapat dalam perisian SPSS. Nilai Cronbachs Alpha yang melebihi
0.5 dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Kajian rintis

Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau
percubaan yang dilakukan sebagai persediaan kepada

penyelidik untuk kajian

sebenar yang lebih besar. Tujuan utama kajian rintis dijalankan adalah untuk menguji
kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan. Kajian rintis memberi peluang
kepada responden untuk memberikan komen terhadap item-item dalam instrumen
yang digunakan. Kajian rintis membolehkan penyelidik menilai, memperbaiki
kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa yang digunakan dalam instrumen
(Wiersma, 2000)
Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen
yang dibina dan memastikan soalan yang terdapat disoal selidik sesuai dengan situasi
responden. Kajian rintis juga membantu penyelidik untuk memutuskan sama ada
kajian boleh dilaksanakan dan berfaedah untuk dijalankan (Ary, Jacobs & Razavieh,
2002).
Kajian rintis memberi peluang untuk menilai kesesuaian dan menentukan
metodologi kajian yang dipilih adalah praktikal. Sebarang masalah pada instrumen
boleh diselesaikan di peringkat ini, sebelum bergerak kepada penyelidikan sebenar.

40

Melalui kajian rintis juga, data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS
untuk menilai kebolehpercayaan 30 item yang disediakan dalam borang soal selidik.

Prosedur kajian

Sebelum kajian dijalankan, kebenaran perlu diperoleh daripada :


i)
ii)
iii)
iv)
v)

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya


Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
Pengetua-pengetua sekolah-sekolah menengah daerah Seremban
Responden atau sampel yang terlibat

Setelah mendapatkan kebenaran membuat kajian, penyelidik akan


menjalankan kajian rintis di 5 buah sekolah di daerah Seremban. Sebelum membuat
kajian sebenar, penyelidik menghubungi semua pengetua sekolah menengah yang
terlibat bagi melicinkan perjalanan pengedaran borang soal selidik untuk
mendapatkan data dan maklumat yang tepat dan telus. Guru yang dipilih sebagai
responden akan diberi taklimat ringkas mengenai tatacara pengendalian dan
pentadbiran soal selidik dan mengedarkan borang soal selidik untuk dijawab dengan
jujur dan ikhlas. Responden diberi tempoh sehingga 20 minit untuk menjawab
sebelum semua borang soal selidik dikutip semula.
Proses menjawab atau mengisi borang soal selidik hendaklah dalam keadaan
sitematik, terkawal dan selesa. Suasana yang kelam kabut atau mempunyai masa
yang sangat terbatas boleh memberi kesan negatif atau data yang terkumpul tidak
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pastikan responden benar-benar bersedia
dan rela menjawab soal selidik yang diedarkan. Bantu responden sekiranya mereka

41

kurang faham soalan yang dikemukakan, tetapi jangan cuba mempengaruhi atau
mendesak responden menjawab mengikut kehendak penyelidik.

Data analisis

Data yang dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrument dianalisis
menggunakan persisian Statistical Package Social Science (SPSS) Versi 20.
Berikut ialah bagaimana data dianalisis :

Bahagian Profil : Latar Belakang Responden

Bahagian ini mengandungi 10 item yang berkaitan dengan maklumat umum sampel
seperti jantina, umur, kelayakan akademik, gred jawatan, pengalaman mengajar,
jumlah waktu mengajar, jumlah kelas yang diajar, kehadiran ke kursus atau taklimat
dan jumlah calon dibimbing. Responden diminta menandakan jawapan mereka ke
dalam kotak yang disediakan pada borang soal selidik. Data ini akan diproses dari
segi frekuensi, peratus dan nilai min untuk menjelaskan profil responden kajian.

Bahagian A : Kesediaan Guru Dari Segi Kefahaman mengenai PBL dan KRSV

Soalan kajian yang berkaitan dengan bahagian ini adalah mengenai kesediaan guru
dari segi kefahaman dalam melaksanakan PBL dalam Kajian Rekaan Seni Visual.

42

Bahagian ini mengandungi 10 item. Item yang terdapat dalam bahagian ini dibina
untuk menguji tahap kefahaman guru mengenai KRSV dan PBL. Adakah guru
pernah mendengar mengenai PBL atau tidak, atau telah pernah mendengar tetapi
tidak tahu lebih mendalam mengenainya. Data ini akan diproses dari segi frekuensi,
peratus dan nilai min untuk menjelaskan mengenai persoalan kajian ini.

Bahagian B : Kesediaan Guru Mengaplikasi PBL dalam KRSV

Soalan-soalan dalam bahagian ini adalah berkaitan dengan adakah guru pernah, telah
atau sedang mengaplikasi PBL dalam pengajaran KRSV mereka. Bahagian ini
mengandungi 10 item. Adakah guru bersetuju menggunakan pendekatan ini untuk
menilai kesan dalam pencapaian KRSV di sekolah mereka atau adakah guru berasa
perlunya pendekatan PBL dilaksanakan di sekolah mereka dan beberapa soalan lain
yang relevan. Data ini akan diproses dari segi frekuensi, peratus dan nilai min untuk
menjelaskan kesediaan guru mengaplikasi PBL dalam KRSV.

Bahagian C : Kesan Diperoleh Pelajar

Dalam

KRSV Sekiranya PBL

digunapakai

Bahagian ini terdiri daripada 10 item yang meninjau mengenai kesan yang diperoleh
pelajar sekiranya guru-guru ada melaksanakan PBL dalam pengajaran KRSV. Item
ini membabitkan soalan mengenai kesan PBL terhadap sikap pelajar, minat,
keteraturan pembelajaran, keupayaan PBL dalam mencungkil kreativiti murid.

43

Bahagian D : Item untuk guru yang tidak pernah mengaplikasi PBL dalam PdP

Sekiranya guru tidak pernah mengaplikasi pendekatan PBL dalam pengajaran


mereka, 5 item termasuk 1 item objektif akan diberi kepada guru-guru untuk dijawab
dalam bahagian ini. Item-item itu meminta guru menyatakan apakah tahap
pengetahuan mereka terhadap PBL, kaedah atau gaya pengajaran mereka, adakah
kaedah itu diterima dan digemari pelajar, sejauh manakah kesediaan mereka
melaksanakan PBL dan adakah mereka mempunyai pendekatan lain yang digunakan
dalam PdP KRSV . Data ini akan diproses dari segi frekuensi, peratus dan nilai min.

Rumusan

Metodologi yang dibincangkan dalam bab ini merangkumi semua bentuk


pengkaedahan kajian yang digunakan. Ini termasuk reka bentuk kajian, populasi
kajian, sampel kajian, prosedur kajian, pengumpulan data, instrumen kajian dan cara
penganalisisan data. Kesemua elemen ini diharap dapat mengukur dengan tepat
tentang kesediaan guru melaksanakan PBL dalam Kajian Rekaan Seni Visual SPM.
BAB 4
Analisis Data
Bab ini akan membincangkan hasil analisis data dan dapatan kajian yang telah
dijalankan. Data yang diproses adalah data yang didapati daripada borang soal
selidik yang telah ditadbir oleh penyelidik dan telah dilengkapkan oleh 30 orang
responden dalam kalangan guru-guru PSV daerah Seremban, Negeri Sembilan.

44

Penyelidik telah menjalankan penganalisisan data bagi mendapatkan jawapan ke atas


semua persoalan kajian. Analisis kajian dijalankan secara deskriptif bagi mencari
nilai frekuensi, peratusan dan skor min.
Dalam proses analisis data, penyelidik akan menganalisis dapatan kajian
secara deskriptif seperti profil responden, kefahaman terhadap KRSV dan PBL,
aplikasi dan kesan PBL terhadap pembelajaran pelajar dan pengajaran guru dalam
Kajian Rekaan Seni Visual.

Bahagian Profil Responden

Analisis latar belakang responden adalah untuk mendapatkan gambaran mengenai


sampel kajian. Aspek tersebut melibatkan jantina, umur, kelayakan akademik, gred
jawatan, pengalaman mengajar PSV, kehadiran ke kursus atau taklimat Kajian
Rekaan Seni Visual SPM, pengalaman membimbing KRSV, jumlah waktu mengajar
seminggu, jumlah kelas PSV diajar dan jumlah calon KRSV yang dibimbing. Semua
item tersebut ditunjukkan dalam jadual 4.1 di bawah.

Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Dari Aspek Demografi
_______________________________________________________________
No
Item Demografi responden
Kekerapan
Peratus
(f)
%
1
Jantina :
Lelaki

23.3

Perempuan

23

76.7

Jumlah

30

100.0

45

Umur :
Kurang daripada 30 tahun

13.3

31 hingga 40 tahun

11

36.7

Lebih daripada 41 tahun

15

50.0

Jumlah
Kelayakan akademik :

30

100.0

Sijil/diploma

10.0

Ijazah sarjana muda

24

80.0

Ijazah sarjana/Phd

10.0

Jumlah
Gred jawatan :

30

100.0

DG32-34

6.7

DG41

10

33.3

DG44

14

46.7

DG48 ke atas

13.3

Jumlah
Pengalaman mengajar:

30

100.0

0 hingga 5 tahun

13.3

6 hingga10 tahun

30.0

11 hingga 15 tahun

10

33.3

16 hingga 20 tahun

6.7

Lebih dari 21 tahun

16.7

Jumlah

30

100.0

Ya

26

86.7

Tidak

13.3

Jumlah
Pengalaman membimbing KRSV :

30

100.0

1 hingga 5 tahun

13

43.3

6 hingga 10 tahun

10

33.3

Lebih dari 11 tahun

23.3

Jumlah
Jumlah waktu mengajar seminggu:

30

100.0

Kurang dari 10 waktu

6.7

Kehadiran ke kursus KRSV :

46

10

Kurang dari 20 waktu

16.7

Lebih dari 21 waktu

23

76.7

Jumlah
Jumlah kelas Tingkatan 4 dan 5 diajar :

30

100.0

1 hingga 3 kelas

19

63.3

4 hingga 6 kelas

11

36.7

7 hingga 9 kelas

Jumlah

30

100.0

Kurang dari 40 orang

20.0

Kurang dari 80 orang

11

36.7

Kurang dari 120 orang

26.7

Lebih dari 121 orang

16.7

Jumlah calon KRSV dibimbing :

Jumlah
30
100.0
________________________________________________________________
Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dari aspek demografi profil responden.
Responden kajian terdiri daripada 23.7% guru lelaki dan 76.3% guru perempuan.
Dari aspek umur guru yang berumur kurang dari 30 tahun ialah sebanyak 13.3%, 31
hingga 40 tahun merupakan yang kedua terbanyak iaitu 36.7% dan yang terbanyak
ialah melebihi 41 tahun iaitu 50.0%.
Guru-guru yang memiliki SPM/diploma mencatat 10%, ijazah sarjana muda
merupakan kumpulan terbesar iaitu sebanyak 80.0% manakala ijazah sarjana/phd
sebanyak 10.0%. Daripada jadual, data menunjukkan guru-guru yang mengajar PSV
terdiri daripada guru perempuan yang berumur lebih dari 30 tahun dan peratusan
terbesar adalah pemilik ijazah sarjana muda.
Dari aspek gred jawatan pula, sebanyak 6.7% menjawat gred DG32-34,
33.3% bagi gred DG41 dan 46.7% DG44 manakala DG48 sebanyak 13.3%. Guruguru yang memiliki pengalaman kurang dari 5 tahun ialah sebanyak 13.3%, 6 hingga
10 tahun sebanyak 30.0%, 11 hingga 15 tahun, 33.3%, 16 hingga 20 tahun 6.7%

47

manakala melebihi 21 tahun sebanyak 16.7%. Sebanyak 86.7% menyatakan yang


mereka pernah menghadiri kursus KRSV manakala 13.3% tidak pernah menghadiri
kursus.

Data yang dikumpul memperlihatkan kebanyakan guru PSV adalah

penyandang gred DG41 dan 44 dengan pengalaman mengajar melebihi 6 tahun


hingga 15 tahun.
Dari aspek pengalaman membimbing KRSV pula, 1 hingga 5 tahun mencatat
peratusan 43.3%, 6 hingga 10 tahun, 33.3% manakala melebihi 11 tahun sebanyak
23.3%. Guru yang waktu mengajarnya kurang dari 10 waktu seminggu mencatat
6.7%, kurang dari 20 waktu seminggu sebanyak 16.7% manakala yang mengajar
melebihi 21 waktu seminggu sebanyak 76.7%. Daripada jadual, dapat diperhatikan
bahawa kebanyakan guru berpengalaman membimbing KRSV antara 1 hingga 10
tahun. Guru-guru ini juga kebanyakannya mengajar lebih dari 21 waktu seminggu.
Guru-guru yang mengajar 1 hingga 3 kelas tingkatan 4 dan 5 ialah sebanyak
63.3% manakala 36.7% mengajar antara 4 hingga 6 kelas. Dari aspek calon pula,
20.0% membimbing kurang dari 40 calon, 36.7% membimbing kurang dari 80 calon,
26.7% kurang dari 120 calon manakala yang membimbing lebih dari 121 calon
mencatat peratusan 16.7%. Peratusan terbesar menunjukkan guru-guru mengajar
antara 1 hingga 3 kelas sahaja. Begitu juga dengan jumlah calon yang dibimbing,
peratusan menunjukkan jumlah calon antara 41 hingga 120 orang calon bergantung
kepada lokasi sekolah dalam daerah Seremban.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan guru KRSV
merupakan guru-guru yang mempunyai pengalaman yang mencukupi sama ada dari
aspek kelulusan akademik, pengalaman mengajar, kehadiran ke kursus atau
penataran pentaksiran KRSV, pengalaman membimbing KRSV dan penumpuan

48

kepada pengajaran KRSV di kelas-kelas yang mengambil mata pelajaran PSV


sebagai elektif.

Bahagian A : Persoalan Kajian 1

1. Sejauhmanakah guru mempunyai kefahaman mengenai pendekatan PBL dalam


mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Dapatan kajian bagi konstruk pertama ini diperoleh daripada edaran borang soal
selidik ke atas 30 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bagi tingkatan 4
dan 5 di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Soal selidik ini bertujuan meninjau
kesediaan guru-guru melaksanakan pendekatan PBL dalam pengajaran Kajian
Rekaan Seni Visual. Data yang dikumpul adalah untuk menjawab soalan kajian yang
pertama dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu kekerapan,
peratusan dan skor min. Selanjutnya, perbincangan adalah berdasarkan tiga aspek
utama iaitu kefahaman guru terhadap PBL, aplikasi PBL dalam PdP KRSV dan
kesan PBL terhadap pembelajaran pelajar dan pengajaran guru serta pencapaian
KRSV.
Jadual 4.2 di bawah menunjukkan sejauhmanakah tahap kefahaman guru
terhadap KRSV dan PBL dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau
studio seni visual.
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Maklum Balas Mengenai Tahap
Kefahaman Guru Terhadap KRSV dan PBL
____________________________________________________________________
No.
Item

Item

Saya faham bahawa KRSV adalah

TT

TS

SS

Skor
Min

proses kerja kursus yang bertujuan


membuat pentaksiran

30

46.7

53.3

3.53

49

Saya faham KRSV dijalankan secara


berterusan

dari

Februari

hingga

30

30

33.3

66.7

3.67

30

46.7

53.3

3.53

30

63.3

36.7

3.33

30

46.7

6.7

26.7

20.0

2.20

30

23.3

23.3

40.0

13.3

2.43

30

13.3

26.7

46.7

13.3

2.00

30

13.3

23.3

40.0

23.3

2.73

Ogos ke atas semua pelajar elektif


3

PSV
Saya

faham

calon

30.0

70.0

3.70

KRSV

mempunyai kebolehan berbeza dan


perlu bimbingan serta pendekatan
4

yang sesuai dan berkesan


Saya faham KRSV memerlukan
proses kerja yang sistematik dan
mengikut jadual agar tugasan dapat
diselesaikan mengikut tempoh masa

yang ditetapkan LPM


Saya faham KRSV dapat melatih
murid menilai kemajuan mereka
sendiri

secara

peringkat
6

dan

berperingkat-

dapat

melahirkan

individu yang kreatif dan kritis


Saya tahu bahawa pendekatan PBL
telah diperkenalkan di Malaysia oleh

PPK pada tahun 2006


Saya faham proses dan langkahlangkah

dalam

PBL

dan

berkemampuan mengaplikasi PBL


melalui pembelajaran, pembacaan
8

dan perkongsian ilmu


Saya tahu PBL adalah salah satu
pendekatan yang sesuai dan dapat
membantu saya menjalankan KRSV

dengan berkesan
Melalui PBL murid akan didedahkan
dengan proses inkuiri penemuan
yang
KRSV

selaras
dan

dengan

keperluan

mempermudahkan

pelaksanaan KRSV

50

10

Saya

faham

PBL

memerlukan

pelajar menjalankan projek secara

30

16.7

16.7

43.3

23.3

berkumpulan, faham masalah yang


perlu diselesaikan, mengikut jadual,
pelan dan penilaian berterusan
___________________________________________________________________
Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan maklum balas mengenai
tahap kefahaman guru terhadap KRSV dan PBL. Data kajian ini telah dianalisis
mengikut jawapan responden berdasarkan skala likert 4 poin. Sebahagian besar
responden sangat setuju mengenai kefahaman terhadap KRSV. Peratusan mencatat
53.3% bagi sangat setuju, 46.7% pula menyatakan mereka setuju. Ini menunjukkan
100% responden faham mengenai KRSV. Skor min pula menunjukkan nilai 3.53.
100% responden sangat setuju dan setuju mengenai kefahaman mereka
terhadap tempoh pelaksanaan KRSV. Begitu juga terhadap item yang menyoal
mengenai kefahaman responden terhadap kebolehan murid yang berbeza-beza dan
pelaksanaan KRSV yang perlu dilaksanakan secara sistematik dan mengikut
peringkat demi peringkat. Skor min juga melebihi 3.00.
Walau bagaimanapun, dari aspek pengetahuan dan kefahaman terhadap PBL,
46.7% responden tidak tahu bahawa PBL telah diperkenalkan di Malaysia sejak
tahun 2006. Catatan skor min bagi item ini ialah 2.20. Bagi responden yang tidak
setuju, catatan peratusan ialah 6.7%, manakala 46.7% responden menyatakan mereka
setuju dan sangat setuju. Dari aspek kefahaman terhadap proses PBL pula, 46.6%
menyatakan mereka tidak tahu dan tidak setuju dengan tahap kefahaman mereka.
53.3% pula menyatakan mereka setuju dan sangat setuju. Bagaimanapun skor min
yang dicatat kurang dari 3.00.
40% responden tidak tahu dan tidak setuju mengenai kefahaman terhadap
PBL sebagai satu pendekatan yang sesuai dalam pelaksanaan KRSV. 60% responden
pula memilih setuju dan sangat setuju dengan pernyataan item. Begitu juga dengan
peratusan mengenai kefahaman terhadap PBL sebagai satu proses inkuiri penemuan.

2.73

51

36.6% menyatakan mereka tidak tahu dan tidak setuju manakala responden yang
setuju dan sangat setuju mencatat 63.3%. Kedua-dua item ini juga mencatat skor min
kurang daripada 3.00.
Item terakhir yang disoal ialah melibatkan kefahaman responden terhadap
langkah-langkah PBL. Item ini menyenaraikan langkah-langkah dalam PBL.
Responden yang menyatakan mereka tidak tahu dan tidak setuju ialah 33.4%
manakala yang setuju dan sangat setuju sebanyak 66.6%. Skor min bagaimanapun
mencatat 2.73. Jawapan responden ini dilihat selari dengan data daripada item 7 yang
turut menyoal mengenai kefahaman terhadap proses pelaksanaan PBL.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, kesemua responden mempunyai
kefahaman terhadap KRSV namun terdapat perbezaan dalam data mengenai
kefahaman terhadap PBL. Walaupun begitu berdasarkan data diperoleh kebanyakan
respoden menyatakan mereka faham berbanding 33.4% yang tidak tahu dan tidak
faham.
Bahagian B : Persoalan Kajian 2

2. Adakah guru mengaplikasi pendekatan PBL dalam mata pelajaran Pendidikan


Seni Visual khususnya dalam Kajian Rekaan Seni Visual?

Data diperoleh daripada konstruk kedua yang menilai mengenai aplikasi pendekatan
PBL dalam pelaksanaan KRSV. Konstruk ini mengandungi 10 item yang
memerlukan responden memilih satu daripada 4 skala likert yang disediakan. Jadual
4.3 di bawah menunjukkan hasil analisis data yang diperoleh melalui borang soal
selidik.
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Maklum Balas Mengenai Aplikasi PBL
dalam KRSV
____________________________________________________________________

52

No.
Item

Item

Saya

N
telah/pernah

SS

Skor

mengaplikasi

selain KRSV
Saya memang mengaplikasi PBL

dalam KRSV
Saya hanya mengaplikasi PBL dalam

pembelajaran atau topik tertentu


Saya berpendapat PBL sesuai untuk
KRSV dan ini mendorong saya

30

10.0

36.7

43.3

10.0

2.53

30

6.7

50.0

30.0

13.3

2.50

30

6.7

36.7

40.0

16.7

2.67

30

6.7

16.7

56.7

20.0

2.90

30

10.0

30.0

40.0

20.0

2.70

30

10.0

6.7

53.3

30.0

3.03

30

6.7

23.3

43.3

26.7

2.90

30

10.0

10.0

50.0

30.0

3.00

30

6.7

30.0

50.0

13.3

2.70

30

3.3

53.3

43.3

3.67

mengaplikasi PBL dalam KRSV


Saya menjalankan PBL mengikut
langkah dan proses yang ditetapkan

TS

Min
pendekatan PBL dalam pengajaran

TT

Saya memastikan pelajar saya benarbenar

faham

masalah

(essential

topic) atau topik KRSV yang ingin


7

diselesaikan
Saya memastikan
menyediakan

pelajar

saya

kerja

dan

pelan

penjadualan melalui perbincangan


bersama
8

Saya mengagihkan kumpulan pelajar


mengikut

kriteria

tertentu

dan

membimbing mereka menjalankan


9

KRSV
Menggunakan

pendekatan

PBL,

pelajar saya meneroka dan mencari


penyelesaian

masalah

yang

dikemukakan secara berkumpulan di


10

bawah pemantauan saya


Saya menjalankan proses penilaian
secara

berterusan

untuk

menambahbaik portfolio dan artifak


yang akan dihasilkan pelajar saya

53

_____________________________________________________________________

Jadual 4.3 di atas menunjukkan dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian 2 iaitu
adakah guru mengaplikasi pendekatan PBL dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual khususnya dalam Kajian Rekaan Seni Visual. Data daripada item 1 dan 2
menunjukkan 46.7% tidak tahu dan tidak setuju manakala 53.3% menyatakan mereka
setuju dan sangat setuju bahawa mereka pernah mengaplikasi pedekatan PBL dalam
pengajaran. Bagaimanapun, dalam pelaksanaan KRSV, 53.4% menyatakan mereka
tidak tahu dan tidak setuju manakala 46.6% memilih setuju dan sangat setuju. Data ini
menunjukkan hampir separuh responden tidak tahu dan tidak pernah mengaplikasi
PBL dalam KRSV.
Data dari item 3 hingga 10 pula menunjukkan lebih 55% responden setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan bahawa mereka mengaplikasi PBL dalam PdP
KRSV. Skor min bagaimanapun menunjukkan hanya item yang tidak menyebut
mengenai PBL mencatat nilai skor melebihi 3.00. Item-item lain yang mefokuskan
kepada pendekatan PBL pula mencatat skor min kurang daripada 3.00.
Kesimpulannya, data dalam konstruk ini menunjukkan responden memilih
untuk bersetuju dan sangat bersetuju sekiranya aplikasi PBL tidak dinyatakan secara
langsung dalam item. Dalam erti kata lain, responden bersetuju bahawa mereka
melaksanakan KRSV mengikut langkah yang sistematik tetapi tidak semestinya
melibatkan aplikasi pendekatan PBL .

Bahagian C : Persoalan Kajian 3

54

3. Sejauhmanakah PBL berkesan dalam meningkatkan pencapaian Kajian Rekaan


Seni Visual sekiranya pendekatan ini diaplikasikan oleh guru ?

Bahagian C merupakan konstruk ketiga yang disoal untuk mendapatkan data mengenai
kesan aplikasi pendekatan PBL dalam pelaksanaan KRSV. Konstruk ini mengandungi
10 item. Jadual 4.4 di bawah menunjukkan data yang diperoleh.

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Maklum Balas Mengenai Kesan
Aplikasi PBL dalam KRSV
____________________________________________________________________
No.
Item
N
TT
TS
S
SS
Skor
Item
Min
1
Setiap kali menggunakan PBL saya
30
23.3 16.7 40.0 20.0 2.57
dapat melihat kesan positif terhadap
2

pencapaian pelajar saya


PBL menyebabkan pelajar saya lebih
bertanggungjawab

pembelajaran mereka
Pelajar saya dapat
dengan

baik

penghasilan
4

terhadap

dalam
KRSV

proses

43.3

23.3

2.70

30

16.7

10.0

53.3

20.0

2.77

30

20.0

10.0

46.7

23.3

2.73

30

20.0

20.0

36.7

23.3

2.63

30

20.0

16.7

36.7

26.7

2.70

30

16.7

26.7

30.0

26.7

2.67

pendekatan PBL
Melalui PBL saya dapat melatih
sistematik dan teratur
Saya dapat melihat bahawa pelajar
dan kritis melalui PBL
Pelajar saya berminat

dengan

pembelajaran mereka apabila saya


7

13.3

melalui

saya mampu berfikir secara kreatif


6

20.0

bekerjasama

pelajar menjalankan KRSV secara


5

30

mengaplikasi PBL
Pelajar saya dapat mengikuti setiap

55

langkah dan proses dalam PBL


PBL membantu mencungkil bakat
dan kreativiti pelajar dan membina

30

26.7

3.3

56.7

13.3

2.57

30

23.3

6.7

46.7

23.3

2.70

30

23.3

46.7

30.0

2.83

serta menambah pengetahuan selaras


9

teori konstruktivisme
PBL
memudahkan

proses

pelaksanaan KRSV dan membantu


saya membimbing pelajar dengan
10

berkesan
Saya sangat yakin PBL berkesan
untuk diaplikasikan dalam KRSV dan
sekaligus meningkatkan pencapaian

mereka
____________________________________________________________________
Berdasarkan analisis data dalam jadual 4.4 di atas, 40% responden menyatakan
mereka tidak tahu dan tidak setuju dengan kesan pendekatan PBL kepada pelajar.
60% lagi setuju dan sangat setuju bahawa PBL member kesan positif ke atas
pencapaian pelajar. Skor min yang diperoleh ialah 2.57. Item 2 hingga 4 yang
digunakan bagi menilai sikap positif pelajar hasil pendekatan PBL juga menunjukkan
lebih 66.6% responden memilih skala setuju dan sangat setuju. Bagaimanapun, skor
min yang diperoleh kurang daripada 3.00.
Item 5 yang menyoal mengenai PBL mampu membentuk pemikiran kreatif
dan kritis pelajar mencatatkan peratusan sebanyak 60% bagi responden yang setuju
dan sangat setuju. 40% responden pula menyatakan mereka tidak tahu dan tidak
setuju dengan pernyataan yang diberi. Skor min ialah 2.63. Begitu juga dengan item
6 yang digunakan untuk menilai minat pelajar. 63.4% setuju dan sangat setuju
dengan pernyataan.
Item 7 hingga 10 juga mencatatkan peratusan tinggi terhadap kesan positif PBL
kepada pencapaian pelajar dan pengajaran guru. Analisis data bagi ketiga-tiga item

56

menunjukkan sekurang-kurangnya 56.7% responden setuju dan sangat setuju dengan


pernyataan item. Skor min yang dicatat bagaimanapun menunjukkan min yang
diperoleh kurang daripada 3.00.
Kesimpulan daripada analisis data yang diperoleh menunjukkan lebih separuh
daripada bilangan responden setuju dan sangat setuju bahawa pendekatan PBL
memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar. Walau pun skor min kesemua
item dalam konstruk ketiga ini kurang daripada 3.00, responden cenderung memilih
skala setuju dan sangat setuju bagi memberi jawapan kepada persoalan kajian ketiga.

Bahagian D : Tidak Menggunakan Pendekatan PBL


Jadual 4.5 Taburan Maklum Balas Sekiranya Tidak Mengaplikasi PBL dalam KRSV

____________________________________________________________________
No.
Item

Item

Kekerapan
(f)

Peratus
%

Adakah anda mempunyai pendekatan tertentu


Tiada jawapan

26.7

Ya

13

43.3

Tidak

30.0

Jumlah
Adakah anda tahu atau pernah mendengar

30

100.0

Tiada jawapan

26.7

Ya

26.7

Tidak

14

46.7

Jumlah
Pada pendapat anda, adakah PBL memberi kesan

30

100.0

dalam pengajaran KRSV/PSV? :

mengenai pendekatan PBL? :

terhadap pencapaian pelajar? :

57

Tiada jawapan

26.7

Ya

15

50.0

Tidak

23.3

Jumlah
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan

30

100.0

Tiada jawapan

26.7

Ya

19

63.3

Tidak

10.0

Jumlah
Adakah terdapat pendekatan lain yang lebih

30

100.0

Tiada jawapan

26.7

Ada

16.7

Tiada

13.3

Tidak pasti

13

43.3

Jumlah
Sekiranya ada, nyatakan :

30

100.0

Ada jawapan

3.3

Tiada jawapan

29

96.7

Jumlah

30

100.0

mengenai PBL adakah anda bersedia


melaksanakannya dalam KRSV? :

sesuai untuk diaplikasikan dalam pelaksanaan


KRSV? :

____________________________________________________________________
Konstruk ini disediakan oleh penyelidik untuk mengenalpasti adakah jawapan yang
diberi oleh responden selari dengan dapatan dalam tiga konstruk sebelum ini.
Berdasarkan jadual 4.5 di atas, 43.3% responden menyatakan mereka mempunyai
pendekatan tertentu dalam pelaksanaan KRSV. 26.7% tidak memberikan jawapan
manakala 30% menyatakan mereka tidak ada pendekatan lain. Responden yang tidak
memberi jawapan mungkin terdiri daripada kalangan guru-guru yang melaksanakan
PBL dalam KRSV.

58

Item kedua dalam konstruk ini menjelaskan mengenai kefahaman sebenar


responden, aplikasi dan kesan PBL terhadap pencapaian pelajar. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa 46.7% responden sebenarnya tidak pernah tahu mengenai
pendekatan PBL berbanding 26.7% yang menyatakan mereka mempunyai
pengetahuan terhadap PBL. 26.7% responden tidak menjawab item ini. Data diperoleh
dilihat kurang konsisten dengan maklum balas responden terhadap PBL dalam
konstruk sebelum ini.
Bagaimanapun, item 3 dan 4 menunjukkan lebih 50% responden setuju bahawa
PBL memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar. Item 5 pula menunjukkan
13.3% responden menyatakan tiada pendekatan lain yang lebih sesuai untuk
diaplikasikan dalam pelaksanaan KRSV selain PBL. 43.3% responden memberi
jawapan tidak pasti manakala 26.7% responden tidak menjawab item ini. Item 6 yang
merupakan soalan berbentuk objektif pula menunjukkan hanya 3.3% responden
menyatakan terdapat pendekatan lain berbentuk kuarantin ke atas pelajar yang lebih
sesuai digunakan dalam pelaksanaan KRSV berbanding PBL.

Rumusan

Daripada analisis menyeluruh terhadap setiap item dalam tiga konstruk yang meninjau
mengenai kefahaman, aplikasi dan kesan pelaksanaan PBL dalam KRSV, ini, didapati
lebih separuh daripada responden mempunyai kefahaman terhadap PBL dan
mengaplikasi PBL dalam pelaksanaan KRSV. Responden juga bersetuju bahawa PBL
memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

59

Walau bagaimanapun, peratusannya dilihat hampir sama dengan yang tidak


mempunyai kefahaman dan mengaplikasikannya dalam pelaksanaan Kajian Rekaan
Seni Visual. Data dalam konstruk terakhir menunjukkan bahawa 46.7% responden
tidak pernah tahu mengenai PBL yang telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum pada tahun 2006.

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesediaan guru-guru sekolah menengah


kebangsaan melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dalam
Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Aspek
yang ditinjau ialah mengenai tahap kefahaman guru terhadap KRSV dan PBL,
kesediaan mereka dalam mengaplikasikan PBL serta kesan yang diperoleh sekiranya
mereka menggunakan pendekatan ini sebagai dasar pelaksanaan KRSV. Kajian ini
dijalankan ke atas 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual bagi tingkatan empat dan lima. Kesemua guru yang menjadi responden adalah
guru-guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan daerah Seremban, Negeri
Sembilan.

Hasil daripada data mentah yang telah dianalisis, penyelidik akan

membincangkan mengenai rumusan hasil kajian, implikasi kajian, cadangan hasil


kajian dan cadangan untuk kajian lanjut.

Rumusan Hasil Kajian

60

Daripada analisis secara deskriptif yang dibuat ke atas borang soal selidik yang
ditadbir oleh penyelidik ke atas 30 orang responden, dapatan yang diperoleh adalah
seperti berikut:

Kesediaan Guru dari Aspek Kefahaman Terhadap KRSV dan PBL

Kefahaman guru mengenai pendekatan yang sesuai dalam pengajaran merupakan


aspek yang penting. Hal ini demikian kerana tanpa kefahaman yang mendalam
terhadap cara mendekati pelajar untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran
akan menjejaskan keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Hasil dapatan
kajian terhadap 30 responden yang mewakili populasi guru-guru Pendidikan Seni
Visual di daerah Seremban, Negeri Sembilan mendapati 100% guru mempunyai
kefahaman mengenai Kajian Rekaan Seni Visual. Nilai skor min yang diperoleh
daripada analisis data ialah 3.53. Mengikut kajian TIMMS (1999, 2003 dan 2007),
nilai min antara 3.00 hingga 4.00 adalah tinggi. 46.7% responden setuju mengenai
tahap kefahaman mereka terhadap KRSV manakala 53.3% memilih skala sangat
setuju dengan item 1 dalam konstruk yang menilai tahap kefahaman guru.
Hasil analisis data ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru faham bahawa
Kajian Rekaan Seni Visual adalah satu bentuk kerja kursus yang berperingkat,
memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis serta proses kerja yang sistematik.
Selain itu guru-guru juga faham bahawa KRSV adalah proses inkuiri penemuan bagi
membentuk minda yang kreatif dan krisis. Melalui KRSV, pelajar membina
pengetahuan baru dengan adaptasi pengetahuan sedia ada selari dengan teori
konstruktivisme yang mendasari pelaksanaannya.

61

Bagaimanapun,

analisis

data

terhadap

kefahaman

guru

dalam PBL

menunjukkan bilangan responden yang mempunyai kefahaman hampir menyamai


peratusan responden yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu atau tidak setuju
dengan tahap kefahaman dalam pendekatan PBL. Sekiranya analisis ini diteliti,
ketidakfahaman responden mungkin menjejaskan proses pelaksanaan KRSV kerana
mereka tidak mempunyai konsep asas yang kukuh dalam pendekatan PBL.
Sebelum Pusat Perkembangan Kurikulum memperkenalkan pendekatan PBL
pada tahun 2006, terdapat pelbagai pendekatan yang dicadangkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif dan pembelajaran
masteri. Bagai manapun, pendekatan PBL menjadi satu lagi alternatif pendekatan
pembelajaran. Tambahan pula PBL lebih menjurus kepada proses pembelajaran
berbentuk kerja atau projek dengan menumpukan artifak atau produk akhir.
Justeru, tahap kefahaman guru terhadap satu-satu pendekatan yang ingin
diguna pakai merupakan aspek yang sangat penting. Pendapat ini disokong oleh
Jalilah (2002) yang menjelaskan mengenai peri pentingnya tahap kefahaman guru
dalam aspek pentaksiran.

Sekiranya kepentingan aspek pentaksiran disamakan

dengan aspek pendekatan, maka kefahaman guru yang tinggi terhadap sesuatu aspek
sangat penting dan bergantung kepada pengalaman guru dalam mengajar mata
pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus.
Dapatan kajian menunjukkan hampir 40% responden mempunyai pengalaman
mengajar PSV lebih dari 10 tahun. Meskipun pengalaman menjadi antara faktor
penting, usaha guru untuk sentiasa peka dengan perubahan dalam pedagogi akan
memberi kesan yang bermakna. Ilmu pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual
sentiasa berkembang dan bersifat dinamik, justeru guru seharusnya tidak berada

62

dalam zon selesa kerana pelajar perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran
lebih-lebih lagi dalam membentuk minda yang kreatif dan kritis.

Kesediaan Guru dari Aspek Aplikasi PBL dalam KRSV

Aspek kesediaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan PBL menjadi fokus dalam
konstruk ini.

Konstruk dalam menilai sejauhmanakah guru-guru mempunyai

kesediaan untuk mengaplikasikannya mengandungi 10 item. Dapatan kajian


menunjukkan 46.7% guru tidak tahu dan tidak setuju bahawa mereka pernah
mengaplikasikan pendekatan ini dalam pelaksanaan KRSV di sekolah. Peratusan ini
hampir menyamai jumlah responden yang bersetuju bahawa mereka pernah
mengaplikasi pendekatan PBL.
Bagai manapun, responden hampir keseluruhannya bersetuju bahawa
pendekatan PBL sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan KRSV. Hasil analisis data
terhadap proses kerja KRSV yang melibatkan agihan kumpulan, kefahaman pelajar
terhadap topik yang menjadi permasalahan, penyediaan jadual kerja yang sistematik
serta bimbingan dan penilaian berterusan dipersetujui oleh hampir dua pertiga
responden.
Namun, pernyataan item yang disoal kepada responden tidak memfokuskan
terus kepada pendekatan PBL. Item bersifat umum dan merupakan proses kerja yang
biasa digunakan dalam pelaksanaan KRSV. Hal inilah yang mungkin menyebabkan
peratusan responden yang bersetuju mencatat lebih daripada 60%. Kesimpulannya,
dapatan kajian memperlihatkan responden memilih untuk bersetuju dan sangat
bersetuju sekiranya aplikasi PBL tidak dinyatakan secara langsung dalam item.

63

Kenyataan ini mungkin menjadi indikator kepada kesediaan guru dalam


mengaplikasikan PBL di bilik darjah atau studio seni. Jelas menunjukkan peratusan
yang mengaplikasi dan tidak sedia mengaplikasi pendekatan ini hampir sama atau
setara. Justeru dapatlah disimpulkan bahawa aplikasi pendekatan PBL belum
diaplikasikan sepenuhnya atau hampir sepenuhnya oleh guru-guru PSV tingkatan
empat dan lima.

Kesan Pendekatan PBL Terhadap Pencapaian Pelajar

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh bagi menjawab persoalan kajian yang
ketiga ini, penyelidik mendapati lebih 56.7% guru menyatakan bahawa PBL
memberi kesan positif ke atas pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. 43.3%
responden lagi menyatakan mereka tidak tahu dan tidak bersetuju. Dengan perbezaan
sebanyak 20%, dapatan kajian ini tidaklah boleh menjadi sandaran kukuh bahawa
guru-guru telah bersedia melaksanakan PBL dalam pengajaran.
Meskipun begitu, sebilangan besar responden bersetuju bahawa PBL
memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar. Malah 76.7% bersetuju PBL
sangat berkesan untuk KRSV dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Ini
memberi satu pentunjuk yang positif dalam mengukuhkan lagi pendekatan PBL dan
hasilnya berupaya melonjakkan pencapaian KRSV pelajar.

64

Soal Selidik untuk Responden yang Tidak Mengaplikasikan PBL

Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan 43.3% responden menyatakan mereka


mempunyai pendekatan tertentu dalam pelaksanaan KRSV. 26.7% tidak memberikan
jawapan manakala 30% menyatakan mereka tidak ada pendekatan lain. Responden
yang tidak memberi jawapan mungkin terdiri daripada kalangan guru-guru yang
melaksanakan PBL dalam KRSV.
Item kedua dalam konstruk ini menjelaskan mengenai kefahaman sebenar
responden, aplikasi dan kesan PBL terhadap pencapaian pelajar. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa 46.7% responden sebenarnya tidak pernah tahu mengenai
pendekatan PBL berbanding 26.7% yang menyatakan mereka mempunyai
pengetahuan terhadap PBL. 26.7% responden tidak menjawab item ini. Data diperoleh
dilihat kurang konsisten dengan maklum balas responden terhadap PBL dalam
konstruk sebelum ini.
Penyelidik beranggapan, 26,7% responden yang tidak mengisi konstruk ini
adalah responden yang mengaplikasikan PBL dalam KRSV. Maka jika nilai peratusan
ini ditambah dengan peratusan yang memang mengaplikasikan PBL, jumlah sebenar
peratusan ialah sebanyak 53.4%.
Justeru, kesimpulan yang boleh dibuat melalui dapatan kajian ini ialah bilangan
responden yang dapat menilai kesan positif hasil pengajaran KRSV mereka melalui
pendekatan PBL ialah masih melebihi jumlah yang tidak mempunyai pengetahuan,
kefahaman dan tiada kesediaan menjalankan PBL. Dapatan kajian ini juga
menujukkan pecahan peratusan adalah hampir seimbang.

Implikasi Hasil Kajian

65

Kajian daripada beberapa penyelidik sebelum ini menunjukkan bahawa pendekatan


PBL akan menjadi satu pendekatan yang berupaya meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan pencapaian pelajar. Issabelle Wong melalui slaid yang
dihasilkannya mengenai pendekatan PBL menjelaskan bahawa pelajar perlu
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran. Dua aspek ini diperlukan untuk
memenuhi sumber tenaga manusia. Selain itu, pelajar perlu bijak merancang,
bekerjasama dan berkomunikasi serta bertanggungjawab.
Oleh sebab itu, menjadi satu tanggungjawab guru-guru PSV khususnya yang
mengajar tingkatan empat dan lima untuk bersedia mengaplikasikan pendekatan
PBL. Kesediaan guru ini merangkumi aspek pengetahuan dan kefahaman terhadap
PBL. Begitu juga dengan kesediaan guru untuk mengaplikasikan PBL serta kesan
yang diperoleh daripadanya. Asas ini akan menentukan kualiti pelaksanaan dan
penghasilan KRSV.
Kajian ini telah membuktikan bahawa kesediaan guru melaksanakan PBL
masih belum berada di tahap yang memuaskan. Kursus-kursus perlu diadakan supaya
guru-guru sentiasa dibekalkan dengan kaedah, pendekatan atau teknik terbaru yang
terbukti keberkesanannya bagi mengubah gaya pengajaran konvensional.

Cadangan untuk Kajian Lanjut


Hasil dapatan kajian yang diperoleh, terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan untuk kajian lanjut pada masa hadapan. Berdasarkan hasil kajian yang
menunjukkan peratusan yang mempunyai kesediaan hampir menyamai peratusan
yang tidak mempunyai kesediaan, penyelidik berpendapat satu cara lain yang boleh

66

memastikan

kesahihan

keberkesanan

PBL

adalah

melalui

kaedah

kuasi-

eksperimental.
Dapatan kajian lalu menjadi asas kepada keyakinan

penyelidik terhadap

keberkesanan pendekatan ini dalam pelaksanaan KRSV. Oleh sebab dapatan kajian
yang dilihat menunjukkan peratusan responden yang mempunyai kesediaan hampir
sama dengan yang tidak mempunyai kesediaan, maka aspek keberkesanan
pendekatan ini ke atas pencapaian pelajar perlu dikaji pula.
Justeru, diharapkan kajian lanjut mengenai PBL yang dijalankan oleh
penyelidik lain akan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental. Jenis penyeldikan
kuantitatif ini mementingkan kuantiti dan angka-angka yang membawa makna
tertentu.

Pendekatan kunatitatif dikatakan lebih berstruktur mempunyai darjah

kekaburan yang minima, makna yang jelas dan bercorak linear, mempunyai jadual
serta menumpukan hasil (Amir Hasan Dawi, 1999) Dengan menjalankan pengajaran
ke atas kumpulan kawalan dan rawatan, penyelidik berkeyakinan dapatan kajian akan
dapat menunjukkan sejauhmanakah pendekatan ini mampu mengoptimakan
pencapaian pelajar.

Rumusan
Komitmen guru yang tinggi diperlukan dalam memastikan aspirasi visi dan misi
pendidikan negara dicapai. Seiring dengan perubahan zaman, peranan guru sebagai
penyampai ilmu pengetahuan kini telah bertukar kepada fasilitator atau pembimbing.
Guru juga perlu proaktif menyampaikan maklumat terbaru dan membimbing pelajar
untuk sentiasa meneroka ilmu pengetahuan.

67

Justeru, guru perlu bijak memeta hala tuju proses pembelajaran pelajar agar
pelajar sentiasa berpeluang mengasah minda mereka dalam usaha melahirkan insan
yang kreatif dan kritis. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seharusnya berupaya
menjadi wadah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta
mempunyai ilmu pengetahuan.
Kemampuan guru untuk mengaplikasikan pendekatan terbaik juga akan
membantu proses pembelajaran yang maksima. Tuntasnya, kefahaman guru dan
kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu pendekatan pembelajaran menjadi satu
kemestian untuk melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi.

RUJUKAN
Ary, D. Jacobs L.C., dan Razavieh, A. (2002) Introduction to research in eduction
(6thed.). Belmont, CA :Wadsworth.
Amir Hasan Dawi. (1999) Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim :
Quantum Books.
Azizah Hassan. (2005). Penilaian Portflio KRSV Sekolah Menengah . Tanjong
Malim : UPSI.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Gardner, H. (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New
York : Basic Book.
Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik (2000) Tanjong Malim: Fakulti
Sains dan Sosial dan Kesenian UPSI.
Lim Chong Hin. (2007) Penyelidikan dalam Pendidikan. Shah Alam : Mc Graw Hill

68

Mohd Johari Ab. Hamid (2004).

Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim :

Penerbit UPSI.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai, Johor : Penerbit UTM.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2000). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Penerbit
UTM.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill
Education.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Norazmyra Binti Yahya. (2011). Pelaksanaan Penghasilan Portfolio Pelajar,
Bantuan Yang Diterima dan Faktor Mempengaruhi Pelajar dalam
Melaksanakan Portfolio KRSV. Tanjong Malim : UPSI.
Prospektus Universiti Malaysia Kelantan, (2012/2013): Universiti Malaysia Kelantan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Razmah Man. (2003). Pedagogi Dalam Pendidikan. Tanjong Malim : Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Sekaran, U. (2003) Research Methods of Business : a Skill Building Approches 4th
Edition. NewYork : John & Wiley.
Sri Murniati dan Al-Mustqeem M Radhi. (2010) Reformasi Pendidikan di Malaysia
Merentas Jalan Baru. Rawang, Selangor : Institut Kajian Dasar.

69

Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei,


proposal,tesis) Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Thorndike, et al.,(1991) Measurement and evaluation in Pschology and Education. 5th
ed. New York : Mc Millan.
Wiersma, W. (2000) Research Methods In Education: An Introduction 7th. Ed.
Boston : Ally and Bacon. Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M)
Sdn. Bhd.
Zaidatun Tasir dan Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS111.5
for Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Sumber dari internet:


Firdaus

82

tugasan-1-pengajaran-matematik-sekolah-rendah

dicapai

dari

http://www.slideshare.net/firdaus82/
Hairiah

binti

Munip

(2012).

Kertas_lestari.

Dicapai

dari

http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/ / pdf
Intan

Nazurana.

Pembelajaran

Berasaskan

Projek

dicapai

dari

htttp://www.slideshare.net/ientannazurana/pembelajaran-berasaskan-projek7489124
Pau Chai Chung. (2012). Penyelidikan Penggunaan Kaedah Pembelajaran
Berasaskan
dari

projek/

Buku

Koleksi

di

/capai

//http://www.ipbl.edu.my/portal/pSN/20.%20PAU%20CHAI

%20HUNG.pdf
Wong Minh Chjiat Issabelle. (2007) Project Based Learning. Universiti Malaya.

70

Gwen Solomon. (2003) Project Based Learning : a primer dicapai dari


http://www.techlearning.com/db_area/archives/TL/2003/01/project.php

Corey dan Corey. (2002).


Edward M. Anthony (1963)
Isabell Wong (2007)
Robert M. Gagne. (1970). The Conditions Of Learning.
Muhamad Suhaimi Taat (2012
Nitce Isa Medina Machmudi Isa dan Mai Shihah Hj Abdullah (2013), PetalingJaya,
Selangor
Thorndike. (1902)
Wolf. (1988)
Badrul Hisham. (1998)
Burden & Byrd, 1994
Edward M Anthony. (1963)

71

Faizah, 2007
Graaff dan Kolmos (2003)
Howard Barrows. (1985,1992).
Kirk & Miller
Kramlinger dan Hubberty. (1990)
Marshall dan Rossman. (1999)
Norliza, Shaffe
dan Rosnaini, 2010

Anda mungkin juga menyukai