Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka


Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Kehadiran
Wakil Pengarah Majlis Perbandaran Alor Gajah
Wakil Pengarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Wakil Pengarah Majlis Sukan Negeri
En. Ong Tai Chu
Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah
Wakil Persatuan Pelayaran Malaysia
En. Halim bin Hassan
Pengerusi Pertandingan Persatuan Pelayaran Malaysia
Pengurus-pengurus pasukan, jurulatih serta para pelayar.

Terima kasih kita ucapkan kepada Persatuan Pelayaran Malaysia


(MYA) kerana telah memberi kepercayaan kepada negeri Melaka Bandaraya
Warisan Dunia untuk menganjur kejohanan perahu layar dan difahamkan
sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.
Bagaimanapun, saya juga diberitahu bahawa ramai pelayar tidak dapat hadir
kerana kejohanan perahu layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia Peringkat
Kebangsaan 2013 baru sahaja berakhir pada 1 hingga 8 jun yang lalu serta
kejohanan

Singapore

National

Optimist

Championship

yang

sedang

berlangsung sekarang di National Singapore Centre, East Coast Parkway,


Singapura.
Antara

objektif

utama

kejohanan

ini

diadakan

adalah

untuk

membangunkan sukan perahu layar di negeri Melaka untuk membentuk satu


pasukan yang kuat bagi memenangi sebanyak mungkin pingat bagi negeri
Melaka. Selain itu, kejohanan sukan perahu layar ini juga sebagai daya
tarikan utama pelancong di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Pada kali
terakhir, Pantai Puteri menganjurkan Kejohanan KFC-Melaka-NSC Open

Regatta adalah pada tahun 2009 sebelum berpindah ke Pantai Pengkalan


Balak. Diharapkan Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah
mampu menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa akan
datang di Pantai Puteri ini.
Kejohanan KFC Open Regatta ialah kejohanan Sirkit Ranking
Kebangsaan di mana setiap negeri akan menganjurkan sekali setahun.
Kejohanan KFC-Melaka-NSC Open Regatta 2013 ini adalah kali ke-16
dianjurkan di sini. Kerajaan negeri sangat menggalakkan aktiviti sukan air
seperti ini untuk membentuk belia kita menghadapi cabaran pada masa
hadapan. Kita juga berharap Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya
Bersejarah (PPLMBB) bekerja lebih kuat untuk membangunkan sukan perahu
layar di pantai ini, serta satu hari nanti, kita akan lihat Pantai Puteri, Tanjung
Kling ini terkenal sebagai venue kapal layar di seluruh dunia. Persatuan
Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPLMBB) sering

menyertai

kejohanan yang dianjurkan di seluruh Malaysia, dengan pengalaman yang


luas ini, Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPLMBB)
bersedia untuk menganjurkan kejohanan yang lebih besar pada tahun
hadapan.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua kontinjen yang
hadir dan menyertai kejohanan kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
penaja utama kejohanan ini iaitu KFC, Majlis Sukan Negara, Majlis sukan
Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis bandaraya Melaka
Bersejarah, PDRM, Jabatan Pendidikan Melaka, JPA3, Jabatan Laut
Malaysia, SAMB, Southern Waste, YB. Prof. Madya Datuk Dr Abu Bakar bin
Md Diah (Ahli Parlimen Tangga Batu), Taiyo Media Sdn. Bhd, Persatuan
Nelayan Negeri Melaka, JKKK Tanjung Kling dan agensi-agensi tempatan,
tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian yang menjayakan
kejohanan kali ini. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahim, saya merasmikan
penutupan Kejohanan KFC-MELAKA-NSC OPEN REGATTA 2013. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai