Anda di halaman 1dari 7

JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL.

MASALAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI


SEKOLAH RENDAH DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Oleh

Abu Husain b. Abu Bakar

Jabatan Kaji Sosial


Maktab Perguruan Seri Kota

1.0 Pengenalan

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan
pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan sesuatu
pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka
pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak
amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang
berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri
eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan
kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan
teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan
perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi.

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali,
membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang
mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah ( serta
boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi
masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.

2.0 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSR

Rasional untuk memperkenalkan Kemahiran Hidup di sekolah rendah :

i. Teknologi dan Industri merupakan dua perkara utama yang banyak mendorong
sesebuah negara atau masyarakat mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal.
Meningkatnya pencapaian sesebuah negara dalam bidang teknologi dan industri,
bermakna masyarakat itu dapat mempergunakan segala sumber alam dengan lebih
cekap serta membolehkan mereka bertindak sebagai pengeluar yang maju.
Pembetukan masyarakat yang produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kita
ke arah mencapai matlamat wawasan 2020.
ii. Dari sudut individu, penguasaan kemahiran bekerja menggunakan alatan tangan
seperti membuat perkakas ringan untuk keperluan harian, menggunakan serta
menyelenggara mesin dan mereka cipta, merupakan kemahiran-kemahiran praktis

1
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

yang sangat berguna, khususnya dalam mengatasi masalah atau keadaan terdesak
dalam kehidupan seharian, yang telah menjadi semakin bergantung kepada ciptaan-
ciptaan berdasarkan teknologi. Kesedaran tentang betapa pentingnya membuat
inovasi, penyelenggaraan dan baik pulih mudah di kalangan masyarakat dapat
mengurangkan pembaziran.

iii. Sifat ingin tahu dan ingin berinteraksi dengan alam wujud sememangnya sedia ada
pada seseorang murid di peringkat sekolah rendah. Pengalaman ini akan
memberikan murid-murid peluang untuk mengembangkan daya kreatif mereka
melalui proses mereka cipta.

3.0 Tujuan Kajian.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah pengajaran dan


pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup semasa melaksanakan
kurikulum mata pelajaran ini. Sehubungan dengan itu, pengkaji berharap mendapat
maklum balas dan cadangan-cadangan dari responden-responden yang menjadi sampel
kajian, untuk memperbaiki struktur pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup di sekolah
rendah serta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Kemahiran Hidup
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.

4.0 Kepentingan Kajian.

Pengkaji berpendapat kajian ini penting dijalankan memandangkan sebilangan besar


guru-guru Kemahiran Hidup sekolah rendah tidak mempunyai latar belakang teknik dan
vokasional. Bidang teknik dan teknologi masih baru di kalangan guru Kemahiran Hidup
sekolah rendah. Dari maklum balas Kursus Kakitangan Sumber Kemahiran Hidup yang
dijalankan pada Jun 1990 oleh Kementerian Pendidikan, mendapati bidang eletrik dan
eletronik serta lukisan teknik sukar difahami oleh guru-guru Kemahiran Hidup dan murid-
murid. Sehubungan dengan itu, maklum balas guru-guru Kemahiran Hidup, dapat
membantu BPG (Bahagian Pendidikan Guru) dan PKG (Pusat Kegiatan Guru)
melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan, bagi melatih lebih ramai guru Kemahiran
Hidup yang berwibawa dan celik teknologi.

5.0 Batasan Kajian.

Sampel kajian ini terhad kepada guru-guru Kemahiran Hidup dari 40 buah sekolah
rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Memandangkan
sampel yang terhad, hasil kajian ini tidak dijadikan kesimpulan bagi seluruh sekolah di
negara ini.

2
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

6.0 Kaedah Penyelidikan.

Pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual dengan
guru-guru Kemahiran Hidup yang terlibat, mengenai masalah pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup, masalah fisikal sekolah dan masalah alatan dan sumber.

6.1 Sampel.

Pengkaji akan memilih 40 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan,


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, yang melaksanakan pengajaran mata pelajaran Kemahiran
Hidup.

6.2. Kutipan Data.

Soal selidik yang digunakan adalah berbentuk senarai semak dan pemangkatan di
samping soalan-soalan terbuka.

6.3. Penganalisisan Data.

Pengkaji akan menggunakan ujian-ujian perbezaan min, perbezaan perkadaran, serta


perbezaan korelasi bagi membuat rumusan kepada soalan-soalan penyelidikan.

7.0 Dapatan Kajian

Hasil kajian mendapati sebanyak 33 buah sekolah, iaitu ( 82.5% ) dari sampel kajian
mempunyai bilik khas Kemahiran Hidup yang lengkap, manakala sebanyak 7 buah sekolah
( 17.5% ), masih tidak mempunyai bilik Kemahiran Hidup yang sesuai. Kajian ini juga
menunjukkan hanya 57.5% mempunyai alatan tangan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup,
manakala selebihnya masih tidak lengkap dan bilangannya tidak mencukupi.

Kajian ini juga mendapati bilangan guru Kemahiran Hidup yang terlatih masih belum
mencukupi, walaupun latihan jangka panjang telah dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, sejak tahun 1990 hingga 1995, dan telah melatih lebih dari 7,004
orang guru Kemahiran Hidup di seluruh negara.

Jadual 1 menunjukkan sebanyak 9 buah sekolah (22.5% ) tidak mempunyai guru


Kemahiran Hidup terlatih manakala 13 buah sekolah ( 32.5% ) mempunyai seorang guru
terlatih, 10 buah sekolah ( 25% ) mempunyai 2 orang guru Kemahiran Hidup yang terlatih
dan hanya 18 buah sekolah ( 20% ) mempunyai guru Kemahiran Hidup terlatih lebih dari 3
orang. Keadaan ini berlaku kerana pertukaran guru Kemahiran Hidup ke sekolah lain,
persaraan pilihan dan wajib di kalangan guru Kemahiran Hidup dan proses naik pangkat
guru-guru Kemahiran Hidup, menyebabkan kekurangan guru Kemahiran Hidup pada
sesebuah sekolah dan lebihan pada sekolah yang lain. Responden juga menjelaskan 23

3
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

JADUAL 1: BILANGAN GURU KH YANG MENGIKUTI KURSUS DALAM


PERKHIDMATAN

Bilangan guru KH terlatih Bilangan Sekolah Peratusan %

0 9 22.5
1 13 32.5
2 10 25.0
3 4 10.0
4 atau lebih 4 10.0

N = 40 100.00

buah sekolah ( 57.5% ) bilangan guru Kemahiran Hidup adalah mencukupi manakala 17
buah sekolah ( 42.5% ) masih tidak mencukupi guru Kemahiran Hidup.

Jika dilihat dari Jadual 2 : Bilangan jam / waktu mengajar seminggu guru kemahiran
hidup dapat menjelaskan beban tugas guru kemahiran hidup berkenaan.

JADUAL 2: BILANGAN JAM/WAKTU PENGAJARAN GURU KH SEMINGGU

Bilangan jam/ Bilangan guru/ Peratusan


Waktu seminggu Sekolah %

6 jam/12 waktu 20 50

8 jam/16 waktu 17 42.5

10 jam/20 waktu 2 5.0

melebihi 10 jam/
20 waktu seminggu 1 2.5

N = 40 100.00

Dari jadual 2, didapati 20 orang ( 50% ) guru Kemahiran Hidup mengajar 6 jam atau 12
waktu seminggu di samping mengajar mata pelajaran lain seperti bahasa, matematik,
kajian tempatan serta terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Keadaan jelas menunjukkan
bahawa tumpuan utama guru Kemahiran Hidup adalah kepada bidang yang lain. Selain
dari itu, seramai 17 orang ( 42.5 % ) mengajar 8 jam seminggu. Jika diambil kira dari
kedua-dua kumpulan guru berkenaan jelas menunjukkan mereka mengajar di bawah purata
jam/waktu pengajaran guru am yang lain. Hanya terdapat 3 orang ( 7.5 % ) guru
Kemahiran Hidup yang mengajar lebih dari 10 jam atau 20 jam waktu seminggu. Jadual

4
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

ini bukannya menggambarkan lebihan guru Kemahiran Hidup di sekolah berkenaan tetapi
mereka juga diperlukan untuk mengajar bidang yang lain.

Dari segi kepakaran guru Kemahiran Hidup pula, kebanyakkan mereka menguasai satu
atau dua bidang tertentu sahaja. Sepatutnya mereka telah menguasai semua bidang yang
terdapat dalam kurikulum Kemahiran Hidup.

JADUAL 3 : BIDANG KEPAKARAN GURU-GURU KH

Bidang Pengkhususan Bil. Guru/Sekolah Peratusan %

Pengurasan diri 11 27.5


Urusniaga barang 6 15.0
Tanaman Hiasan 5 12.5
Elektrik/Elektronik 3 7.5
Kerja kayu 8 20.0
Kerja logam 1 2.5
Buka pasang 4 10.0
Tiada kepakaran 1 2.5

N = 40 100.00

Dari temu bual dengan responden, mereka menyatakan bahawa mereka boleh mengajar
semua bidang tersebut tetapi tahap pengetahuan dan kemahiran mereka masih belum
mencukupi. Jadual 3 menunjukkan seorang guru ( 2.5 % ) langsung tidak mempunyai
sebarang kepakaran, tetapi yang menyedihkan guru tersebut enggan dan tidak berminat
untuk mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dengan Kemahiran Hidup.

Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, mereka mencadangkan supaya


diadakan kursus dalam perkhidmatan khusus untuk satu bidang tertentu sahaja. Responden
yang berhasrat untuk mengikuti kursus eletrik dan eletronik ialah seramai 30 orang ( 75 %
), urusniaga barang 6 orang ( 12.5% ), kerja logam 4 orang ( 10% ), dan tanaman hiasan 4
orang ( 10 % ).

Pihak sekolah dan PPD menyedari keperluan meningkatkan pengetahuan dan


kemahiran guru-guru Kemahiran Hidup. Atas kesedaran tersebut sebanyak 26 buah
sekolah ( 65% ) telah menjalankan kursus dalaman di sekolah masing-masing, manakala
pihak PPD menerusi Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) telah mengadakan berbagai kursus
Kemahiran Hidup.

Dari segi penguasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran pula tidak menimbulkan
sebarang masalah kerana 29 orang ( 72.5% ) menguasai kaedah pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup dan selebihnya 11 orang ( 27.5% ) boleh mengajar tetapi
kurang menguasai kaedah khas pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Dari segi
keyakinan guru mengajar Kemahiran Hidup menunjukkan 38 orang ( 95% ) yakin atau

5
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

amat yakin mengajar Kemahiran Hidup manakala 2 orang ( 5% ) sahaja yang kurang
yakin.

Dari segi kurikulum 39 orang ( 97.5% ) responden menyatakan kurikulum kemahiran


hidup tidak membebankan murid-murid dan mereka menyatakan Kemahiran Hidup amat
seronok dipelajari oleh murid-murid.

Dari segi minat murid pula, didapati seramai 39 orang ( 97.5% ) responden
menyatakan murid-murid meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup dan hanya seorang (
%) rersponden menyatakan murid-murid beliau kurang berminat.

Walaupun murid-murid berminat dan seronok mempelajari kemahiran hidup namun


terdapat beberapa masalah seperti lambat menguasai kemahiran asas sebanyak 42.5 % , 12
orang ( 30 % ) responden menyatakan murid-murid kurang keselarasan psikomotor dan 11
orang (27.5%) responden menyatakan mereka membuat kerja sambil lewa sahaja.

Masalah kurang perihatin murid-murid ini ada hubungkaitnya dengan tanggapan ibu
bapa atau penjaga. Dapatan kajian menunjukkan 7.5% responden menyatakan ibu bapa
atau penjaga tidak menggalakan anak mereka mempelajari Kemahiran Hidup, 30%
responden menyatakan ibu bapa atau penjaga tidak memberikan kerjasama dalam
penyediaan bahan pembelajaran Kemahiran Hidup dan 62.5% responden menyatakan ibu
bapa atau penjaga menganggap mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak penting.

8.0 Permasalahan

Dari segi kajian yang dijalankan terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti,
antaranya ialah:

i. Tidak mempunyai bilik Kemahiran Hidup yang sesuai


ii. Tidak mempunyai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan
mencukupi bilangannya
iii. Kebanyakan guru hanya menguasai satu atau beberapa bidang tertentu sahaja
iv. Masalah kurang perihatin murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran hidup di bilik darjah
v. Masalah kurang perihatin ibu bapa/penjaga terhadap mata pelajaran Kemahiran
Hidup dan menganggap Kemahiran Hidup sebagai kurang penting berbanding
dengan mata pelajaran lain.

9.0 Cadangan

Untuk mengatasi masalah dan kekurangan di atas, disarankan perkara-perkara berikut:

i. Mengadakan pameran hasil kerja murid-murid dan menjual hasil kerja murid
yang bermutu bagi menambah tabung kewangan sekolah
ii Memohon bantuan dari PIBG melengkapkan kemudahan fizikal sekolah
khusus kepada Kemahiran Hidup
iii, Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru Kemahiran hidup
dengan mengadakan pelbagai kursus khas dan kursus dalam perkhidmatan

6
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1997 JILID 2: BIL. 1

iv. Mempelbagai kaedah pengajaran agar proses pengajaran


pembelajaran lebih menarik
v. Memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga tentang objektif dan
matlamat Kemahiran Hidup

10.0 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ke atas 40 buah sekolah di sekitar Selangor Darul Ehsan dan
Kuala Lumpur merupakan sampel yang kecil dan tidak mencukupi untuk mengambarkan
parameter sebenar. Walaupun mata pelajaran Kemahiran Hidup telah diperkenalkan
keseluruh negara hampir 15 tahun namun begitu masih terdapat berbagai masalah asas
yang belum dapat diatasi. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjelaskan keadaan proses
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang berjalan di sekitar Selangor Darul
Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penghargaan kepada:

1. Guru-guru Besar Sek. Keb., SRJK (C) dan SRJK (T) di Selangor dan Wilayah
Persekutuan
2. Guru-guru Kemahiran Hidup Sek. Keb., SRJK (C ) dan SRJK (T) di Selangor
dan Wilayah Persekutuan
3. Guru-guu pelatih Maktab Perguruan Seri Kota ambilan Jun 1994 - Disember
1996.

Bibliografi

Creswell, J.W. (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.


Thousand Oaks: Sage.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Panduan Khas Kemahiran Manipulatif
Tahun 4-6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustakaan.
Salleh Hassan (1995). Kaedah Penyelidikan Ethnografik dlm. Seminar Penyelidikan ke 3
di Johor Bahru. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yin, R. (1994). Case Study Research; Design and Methodology. Newbury Park CA: Sage.

Anda mungkin juga menyukai