Anda di halaman 1dari 1

Sebab memilih lagu ini.

Salam satu Malaysia. Sebab kenapa saya memilih untuk menyanyi


lagu xiang ni de ye adalah kerana saya meminati lagu
ini. Kalau tidak minat maka tidak akanlah saya memilih untuk
menyanyinya.
Semua orang sedia maklum bahawa lagu ini ialah sebuah lagu yang
amat popular

buat masa kini. Yang paling hebat ialah lagu ini

dinyanyikan oleh seorang artis tanah air kita iaitu Shila Hamzah.
Walaupun Shila ialah seorang penyanyi Melayu tetapi beliau mampu
membawa lagu ini dengan baik. Pendek kata lagu ini amat popular
sekali buat masa ini.
Tambahan lagi, lagu ini juga begitu bermakna buat diri saya. Lagu ini
adalah lagu memory hidup saya dengan seseorang di mana kini si
dia sudah berada di tempat yang jauh. Entah kenapa, setiap kali
mendengar lagu ini akan membuatkan saya teringatkan si dia. Moga
dia bahagia.
Selain itu, lagu ini penuh jiwa dan raga apabila dinyanyikan. Sesiapa
yang mendengar lagu ini akan menitiskan air mata. Muzik lagu ini
begitu indah dan tidak jemu didengar walaupun berulang kali
mendengarnya.
Akhir sekali, lagu ini juga dapat menguji kemampuan vocal saya.
Untuk menghasilkan yang terbaik, saya melatih menyanyi lagu ini
terutamanya di dalam bilik air sehinggalah ke bilik karaoke untuk
membuat rakaman video. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai