Anda di halaman 1dari 14

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

FAKULTI PENDIDKAN DAN BAHASA

SEMESTER 11 2014

HBIS 4103
PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH

NO. MATRIKULASI

8304300861780001

NAMA

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

NO. KAD PENGNEALAN

830430086178

NO. TELEFON

0138848442

E-MEL

nima07my@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

Recsam, Penang

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

1.0

830430086178

Pendahuluan
Solat salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Mukallaf. Perintah

wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam telah diterima oleh Rasulullah S.A.W
semasa peristiwa Isra dan mikraj. Baginda telah menerima wahyu secara langsung dari
hadrat Allah SWT dalam peristiwa tersebut. Tarikh bila berlakunya perintah solat dan
peristiwa Isra dan Mikraj terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama atau ahli tarikh,
ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal; sebahagian ulama
mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal;
sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab
dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun
tidak dengan alasan yang kuat. (Chalil,1999)
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang
mengatakan pada tahun ke 5 dari Bitsah (tahun mula diutusnya pribadi Nabi), sebahagianya
berpendapat pada tahun ke 12 dari Bitsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun kurang
setahun dan lima bulan dari hijrah, sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi
hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke
Madinah dan ada yang sebahagian berpendapat lain dari semuanya itu. (Chalil,1999).

Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam
hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin. Sementara Mikraj pula
perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit.
Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu
malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke
Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit
kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan
tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran
manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw
2

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak
antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi
naik ke langit hingga naik ke langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih
sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang dialamai dan banyak permandangan
yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga
berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.
Miraj adalah naiknya Rasulullah saw. dengan fizik dan ruhnya dalam keadaan sedar,
dari Baitul Maqdis sampai ke langit ke tujuh, dan seterusnya, kemudian kembali ke Baitul
Maqdis, di malam yang singkat.
Kaum mukminin tidak merasa aneh dengan hal ini. kerena semuanya sesuai dengan
perintah dan kekuasaan Allah. Dan Allah swt. Maha Kuasa atas segala sesuatu. Firman Allah:

b. Dalil ketetapannya:
Peristiwa ini ditetapkan dengan Al-Quran, firman Allah:




"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari AlMasjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami
perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia
adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Isra': 1)

Dalil Ketetapannya

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Miraj ditetapkan berdasarkan hadits shahih yang ada dalam sahih Al Bukhari dan
Muslim dan lain-lain dalam buku-buku hadis yang sahih, buku-buku sirah terkenal, bukubuku tafsir yang matsur. Terdapat isyarat dalam surah An-Najm:



Peristiwa Isra dan Miraj bukan sekadar cerita atau kisah sejarah. Tetapi ia
merupakan peristiwa yang mempunyai hubungkait dengan aqidah, keimanan dan Syariat
Islam. Malah ia menjadi bukti yang benar tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
Ayat ini adalah dalil dan bukti benar tentang peristiwa Isra dan Miraj Nabi
Muhammad SAW. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke 11 dari kenabian, manakala
umur Nabi SAW ketika itu ialah 52 tahun.
Pengajaran dari ayat ini, menjelaskan kepada umat Islam yang beriman bahawa
peristiwa Isra dan Miraj itu adalah benar dan wajib diyakini. Masjid Al-Haram di Makkah,
Masjid Al Aqsa di Palestin serta kawasan sekitarnya adalah bumi yang dilimpahi keberkatan
di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT lagi dalam Surah An-Najm ayat 10 -18:
Maksudnya: Lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Nabi Muhammad), dengan
perantaraan Malaikat Jibril apa yang telah diwahyukan-Nya. Hati (Nabi Muhammad) tidak
mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya
mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah
melihat (Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi (pada malam Isra dan
Miraj). Di sisi Sidratul Muntaha. Yang di sisinya terletak Syurga Jannatul-mawa. (Nabi
Muhammad) melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini, ialah) semasa
Sidratul Muntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan
tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula
melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar
tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintah dan kekuasaan) Tuhannya.

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Dalam ayat ini pula, Allah SWT menjelaskan perjalanan Isra dan Miraj Nabi SAW
sehingga ke Sidratul Muntaha yang terletak di langit ke tujuh seperti yang dijelaskan dalam
beberapa Hadith Nabi SAW. Berbagai peristiwa dan juga ilmu yang diperolehi dan dilihat
sendiri oleh Nabi SAW. Dari gambaran kehidupan orang yang bahagia di dalam Syurga dan
orang yang celaka di dalam Neraka. Peristiwa yang berbagai itu bermula dari langit pertama,
Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam AS, kemudian di langit kedua berjumpa dengan
Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Manakala di langit ketiga Nabi SAW bertemu dengan Nabi
Yusuf AS seorang Nabi yang dikurniakan paras wajah yang cantik. Seterusnya di langit
keempat Nabi SAW bertemu dengan Nabi Idris AS yang memperolehi tempat tinggi di sisi
Allah SWT. Langit kelima bertemu dengan Nabi Harun AS satu pertemuan dua bersaudara
yang akrab dan saling hormat-menghormati. Langit keenam Nabi SAW bertemu pula dengan
Nabi Musa AS dan akhirnya di langit ketujuh Nabi SAW bertemu pula dengan Nabi Ibrahim
AS yang sedang bersandar di Baitul Mamur,ini seperti pertemuan seorang anak dengan
orang tuanya sendiri.
Perlu diingatkan bahawa dalam perjalanan dan pertemuan demi pertemuan yang
berlaku semasa Isra dan Miraj Nabi SAW tersebut sebenarnya melalui pelbagai cabaran,
dugaan dan ujian yang mempunyai hikmahnya tersendiri. Antaranya Nabi SAW bersolat
jemaah dengan para Nabi dahulu dan diberi penghormatan sebagai imam, dihidangkan
minuman dalam dua gelas, satu gelas berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi SAW memilih
gelas berisi susu. Malaikat Jibril AS berkata: Andaikata tuan memilih arak, nescaya akan
tersesatlah umat tuan. Tuan telah ditunjuki ke arah fitrah, yakni jalan yang benar.

Antara Hadis Yang Paling Sahih Dalam Peristiwa Ini:

Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda : "Jibril
membawakan kepadaku seekor 'Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang
dari keldai dan lebih pendek daripada baghal, Ia dapat melompat sejauh mata memandang.
Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis.
Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi.
Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.
5

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan
yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih
fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu,
Jibril ditanya, "Kamu siapa?" Sahut Jibril, "Aku Jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : "Muhammad!" Tanya : "Sudah diutus!" Jawab ; "Ya,
dia sudah diutus!"
Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tanpa disangka, aku berjumpa dengan Adam
a.s. Beliau mengucapkan 'selamat datang' kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh
kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu.
Lalu dia ditanya, "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"
Tanya : "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"
Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang;
anak dan paman, iaitu 'Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihimas salam. Keduanya
mengucapkan 'selamat datang' kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.
Kemudian aku dibawa lagi naik ke langit ketiga. Jibril minta di bukakan pula pintu. "Siapa
kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"
Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tanpa disangka, aku bertemu dengan Yusuf a.s yang
kecantikanannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat
datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.
Sesudah itu kami dibawa naik ke langit keempat. Jibril a.s minta supaya dibukakan pula.
6

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Dia ditanya Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"


Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?"
Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"
Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Idris a.s. Dia mengucapkan
selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kabaikan.
Firman Allah: "Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi." (Maryam : 57).
Kemudian kami naik ke langit kelima. Jibril a.s minta dibukakan pintu. Dia ditanya "Siapa
kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Lalu pintu dibukakan bagi
kami.
Tanpa disangka, aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku,
dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit keenam. Lalu Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya,
"Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" lalu pintu dibukakan bagi
kami.
Tanpa disangka, aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku
dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. Dia ditanya "Siapa
kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"
7

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s sedang bersandar
ke Baitul Ma'mur, dimana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak
pernah kembali lagi dari situ.
Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang
daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi (bekas air). Setiap kali ia tertutup
dengan kehendak Allah ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup
mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibku solat
50 kali sehari semalam.
Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s, Musa bertanya "Apa yang telah
diwajibkanTuhanmu kepada umatmu?" Jawabku, "Solat 50 kali." Kata Musa, "Kembalilah
kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya.
Aku sendiri telah mencuba terbadap Bani Israil."
Kata Nabi SAW., "Aku kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon, "Ya Tuhan! peliharalah
umatku keringanan!' Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada
Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima." Kata Musa , "Umatmu tidak akan sanggup
menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah
keringanan."
Kata Nabi SAW selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku dengan
Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari
semalam satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga.
Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya,
dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya
(pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi
dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya, maka
ditulis baginya balasan satu kejahatan."
Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s lalu kuceritakan kepadanya apa yang
difirmankan Tuhanku itu. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah
keringanan." Jawab Rasulullah SAW., "Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku
meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya. (Muttafaqun Alaih)

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Pengajaran
Pertama, Setiap Muslim wajib beriman dengan perkara ghaib.
Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera
yang biasa. Dan peristiwa Israk Mikraj adalah antara perkara ghaib kerana ia tidak terjangkau
oleh akal pemikiran manusia. Bagaimanapun, ia wajib diakui dan diyakini berdasarkan dalildalil dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Dan sesungguhnya beriman kepada perkara
yang ghaib termasuk ciri orang yang bertakwa sebagai mana dijelaskan oleh Allah SWT
dalam firman-Nya:Yang bermaksud: Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak)
bertakwa, iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan
sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. (S. Al-baqarah: 2-3).
Oleh hal yang demikian, mempercayai perkara yang ghaib adalah wajib kerana ia menjadi
asas tauhid kepada Allah SWT.
Kedua, kefarduan solat lima waktu.
Pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah
tentang pemfarduan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata satu ibadah tetapi merupakan
Mikraj roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Maka solat adalah saat dan ketikanya roh dan
hati Muslim pergi menemui Allah sebagai terapi membebaskan diri daripada kekangan hawa
nafsu di samping tunduk dan mengakui keesaan dan kekuasaan-Nya sehingga terpelihara
daripada perbuatan keji dan mungkar.
Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:Yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
9

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (S. Al-ankabut: 45).
Maknanya, melalui kefarduan ibadah solat ini, Allah SWT mahu kita menjadi manusia
yang terbaik lagi mulia sesuai dengan fitrah kejadian kita. Ini kerana ia adalah umpama
madrasah yang mendidik kaum mukminin untuk sentiasa mengingati Allah, mensyukuri
segala nikmat-Nya dan menghindari segala perbuatan yang dilarang-Nya.
Itulah dia pujukan Allah SWT kepada ummat. Memulakan hari dengan hubungan erat
bersama Allah SWT pada waktu Subuh, mempunyai checkpoint rehat untuk mengadu dan
meminta kekuatan kepada Allah SWT pada Zuhur, Asar dan Maghrib. Dan sebelum menutup
hari, kita dapat menumpahkan segala penyesalan kita akan salah silap kita pada hari ini serta
harapan dan cita-cita kita pada hari esok dengan Solat Isya. Kelima-lima Solat Fardhu ini
adalah untuk memastikan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT sentiasa berjalan.
Manusia diajar untuk sentiasa memeriksa hubungannya dengan Allah SWT.
Besarnya perkara ini, hingga Solat itu tidak diturunkan sebagaimana hukum-hukum
biasa. Rasulullah SAW sendiri perlu naik ke langit, mendapatkannya. Kerana itu solat ini
masyhur sebagai tiang agama. Kerana jika kita tidak punya hubungan baik dengan Allah
SWT, di manakah harganya agama kita?
Persoalannya, apakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT?
Adakah kita menghargai hadiah daripada Allah SWT ini, atau kita campakkan sahaja ke tepi?
Adakah kita solat dengan bersungguh-sungguh, dan menjadikannya sebagai checkpoint untuk
mengadu dan meminta kekuatan daripada Allah SWT?
Kemudian kita hairan mengapa kita lemah untuk menghadapi duga dan duka kehidupan
yang memang akan sentiasa menghampiri kita sehingga kita mati?

Justeru, solat adalah sebaik-baik amalan dalam Islam. Dengan solat, setiap Muslim
dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari dalam bentuk dialog langsung. Sesiapa
yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa
yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian sebagai mana
10

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

peringatan dan amaran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Amalan pertama
yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka
baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya
yang lain". (HR. Tabrani).
Ketiga, mempercayai adanya hari akhirat.
Wanita tua yang uzur dan tidak bermaya yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad
SAW di malam Israk dan Mikraj adalah bayangan bahawa usia dunia semakin lanjut dan
hanya menunggu saat dan ketikanya untuk dibinasakan oleh Allah SWT menurut peraturan
dan ketentuan-Nya.

Ini memperingatkan setiap Muslim bahawa kehidupan serta segala

kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara.Akhirat jua tempat yang
kekal abadi.
Namun pada hari akhirat nanti, semua manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar
untuk dihisab segala amal masing-masing semasa di dunia. Firman Allah:Yang bermaksud: (Ingatlah) hari (kiamat yang ada padanya) tiap-tiap seorang akan
mendapat apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya sedia (dibentangkan kepadanya
dalam surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya.
(Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya
dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat
terhadap kekuasaan diri-Nya (menyiksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas
kasihan kepada hamba-hamba-Nya. (S. Ali-Imraan: 30).
Dengan hal yang demikian, setiap Muslim wajib mempercayai hari akhyirat atau
kiamat, iaitu hari di mana semua manusia dibangkitkan semula untuk dihitung amalan
masing-masing supaya dapat diganjari menurut neraca keadilan Allah SWT. Kalau berat
timbangan amal kebajikannya, maka dia akan diganjari balasan syurga.

Jika sekiranya

timbangan amal kejahatannya lebih berat, maka dia akan diazab di dalam neraka.
Selain itu, kita juga boleh dianggap gagal mengambil pengajaran daripada peristiwa
ini, jika masih tidak berminat untuk masuk syurga serta tidak takut dengan neraka. Terlalu
banyak hadith sahih yang menceritakan tentang peristiwa ini menunjukkan nabi SAW
11

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

diperlihatkan dengan syurga dan neraka. Kedua-duanya adalah benar, namun ia berlalu begitu
sahaja tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Inilah maksudnya mereka tidak berminat dan
enggan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:
Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Ditanya kepada nabi SAW:
Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku
akan masuk syurga, dan sesiapa yang melakukan maksiat kepadaku adalah orang yang
enggan. (Riwayat al-Bukhari)
Banyak lagi peristiwa lain gambaran mereka yang enggan masuk syurga sebagaimana
yang diperlihatkan kepada nabi SAW dalam peristiwa Isra dan Miraj ini. Kita dianggap
gagal mengambil pengajaran daripadanya jika masih tidak menutup aurat, mengumpat, terus
menerima jawatan yang tidak mampu dipikul dan sebagainya. Nabi SAW telah
menyampaikan semua yang diperlihatkan kepadanya itu kepada kita dan tiada yang
disembunyikan. Tidak mungkin hati kita terlalu keras sehingga sukar mengerti.
Dari sisi yang lain, kita juga dianggap gagal mengambil pengajaran peristiwa agung
ini jika menjadi penghalang kepada dakwah Islam. Nabi SAW berhadapan dengan manusia
yang membenci dakwahnya. Malang bagi kita jika tidak bersama dengan kumpulan yang
bersama nabi SAW, sebaliknya menyokong dan mendokong kumpulan yang menyekat dan
anti kepada dakwah nabi SAW. Tiada maknanya Isra dan Miraj bagi kumpulan ini. Jangan
sampai kebencian kita kepada seseorang, menyebabkan kita benci juga kepada dakwah yang
dibawanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 8:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pengajaran peristiwa Isra dan Miraj memerlukan tindakan,


sebagaimana ilmu memerlukan amal. Jika tiada sebarang tindakan, ertinya gagal. Maka
12

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

marilah kita perhatikan hubungan kita dengan Allah SWT. Jangan kita ambil endah dengan
kesihatan hubungan kita denganNya. Pastikan ibadah kita terjaga, dan ilmu kita berkenaan
agamaNya diperdalamkan. Sentiasalah bermuhasabah, dan melakukan pembaikan terhadap
diri kita. Benda baik kita tambah-tambahkan dan jadikan darah daging, benda buruk kita
kurang-kurangkan dan jauhi.

Rujukan

AlQuraan dan terjemahan

13

NOOR MAISHARAH MOHAMED SANI

830430086178

Azhari Muhammad(2002) Tafsiran waktu Solat dari Sudut Astronomi, Kursus Falak Syarie
Negeri Selangor, Jab. Mufti Negeri Selangor
Baharrudin Zainal(2002), Pengenalan Ilmu Falak, Dewan Bahasa dan Pustaka, K. Lumpur
Hasbi Assidieqy, Pedoman Solat, Bulan Bintang, Jakarta
Kassim b Bahali(2002), Modul Kuliah Dwi Mingguan Ilmu Falak, Jabatan Mufti Melaka
Moenawar Chalil (1991), Kelengkapan Tarikh Rasulullah S.A.W
Syyid Sabiq, Fiqh Sunnah (terj.) Bulan Bintang, Jakarta
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (2001), Hitungan Jadual waktu solat
Wahab al Zuhaili,(1997) Fiqh dan Perundangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
K.Lumpur

14

Anda mungkin juga menyukai