Anda di halaman 1dari 31

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Ada kalanya manusia bertindak berasaskan perasaan dan nalurinya sendiri dan ada
kalanya mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling. Apa yang mendorong manusia bertindak
untuk mencapai sesuatu tujuan ialah motivasinya. Motivasi juga bertindak sebagai satu set
proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan menghala tingkah laku
itu kepada satu-satu matlamat. Motivasi bukan sahaja melibatkan sesuatu keperluan yang
menggerakkan tingkah laku seseorang itu tetapi juga hala tuju yang diambil oleh seseorang
itu untuk memuaskan keperluan itu.

Motivasi meningkatkan keinginan, meningkatkan inisiatif dan memberikan


arah, keberanian, tenaga dan ketekunan di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
1

Seseorang yang bermotivasi akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk mencapai
hasrat dan tujuan. Motivasi selalunya kuat ketika seseorang itu mempunyai visi yang jelas
dan juga keinginan yang kuat untuk mewujudkan apa yang diimpikan (Abdul Rahman,
2005).

Oleh itu, dalam bab pengenalan ini memberi tumpuan kepada aspek latar belakang kajian
dimana kajian ini dijalankan adalah untuk membina kesahan dan kebolehpercayaan alat
ukur motivasi berjaya ke universiti berdasarkan Model Kaunseling Motivasi Berjaya Ke
Universiti (MKMBKU) yang digubal oleh Mohammad Aziz Shah (2010) dan pendekatan
Cognitive Behavioral Theraphy (CBT). Bab ini juga merangkumi bahagian latar belakang
kajian, pendekatan teori, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan
kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, definisi konsep serta operasional,
dan rumusan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam kemajuan dunia moden, peranan seorang kaunselor semakin bertambah


dan mencabar. Seorang kaunselor bukan sahaja orang yang dapat membantu kliennya
dalam semua jenis keadaan mengenal diri sendiri, tetapi haruslah menjadi seseorang yang
membekalkan maklumat tentang pendidikan dan pembelajaran sehingga orang yang
dibantunya dapat membuat pemilihan dan mengambil keputusan secara terbuka (Muhd.
Mansur, 2009).

Cabaran itu turut dirasai oleh guru-guru kaunseling terutamanya diperingkat


menengah. Dalam konteks ini, mereka sebenarnya berhadapan dengan pelajar-pelajar yang
baru memasuki peringkat awal remaja hinggalah kepada yang mencapai umur pertengahan
remaja (13 tahun 19 tahun). Kita sedia maklum bahawa pada peringkat perkembangan
inilah remaja menghadapi pelbagai cabaran hidup seperti ungkapan yang sering digunakan
iaitu Storm and Stress. Iaitu dipenuhi dengan gelora dan tekanan. Pandangan tentang
Storm and Stress adalah konsep yang diketengahkan oleh Hall yang mengatakan zaman
remaja adalah zaman kacau bilau yang penuh dengan konflik dan keadaan hati yang
berubah-ubah secara tiba-tiba saja (Santrock, 2008). Dalam menghadapi cabaran-cabaran
dan transformasi dalam dunia pendidikan, guru-guru bimbingan dan kaunseling harus
menyedari fungsi

dan peranan sebenar mereka dalam melaksanakan tanggungjawab

mereka.

Mengikut Buku Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaunseling (2008), Guru


Bimbingan dan Kaunseling ialah seorang yang layak menjadi pembimbing kepada orang
3

lain yang menghadapi masalah atau seseorang yang mempunyai kelayakan dalam
memberikan khidmat kaunseling di sekolah.Manakala menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia ,Guru Bimbingan dan Kaunseling juga adalah seorang yang bertanggungjwab
merancang, melaksana, mengawalsedia perkhidmatan kaunseling di sekolah secara
profesional dan beretika.Berikutan daripada cabaran dan tanggungjawab yang besar serta
perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia
menyebabkan guru bimbingan dan kaunseling sering dikaitkan dengan pelbagai masalah
terutamanya masalah kepuasan kerja.

Menurut Gilgan (2009), kepuasan kerja ialah istilah umum mengenai sesuatu
keadaan di mana keperluan pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang
selalu berubah-ubah iaitu apabila keadaan tergugat , keselamatan kerja menjadi persoalan
utama dan apabila keadaan bertambah baik mereka akan menukarkan keutamaan tersebut

Dalam aspek kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling ianya bukan
hanya dipengaruhi oleh kecerdasan emosi malah perbagai aspek, antaranya ialah
kemampuan kognitif, kemampuan teknik, dan kecerdasan spiritual. Menurut

Ali

Syariati seorang intelektual muslim, bahawa manusia adalah makhluk dua dimensional
yang memerlukan penyelarasan keperluan kepentingan dunia dan akhirat. Oleh sebab
itu, manusia harus memiliki konsep duniawi atau kepekaan emosi dan intelek. Memiliki
kemampuan kognitif dan teknik sahaja tanpa diimbangi kecerdasan spiritual belum
cukup untuk dijadikan ukuran keberhasilan seseorang.

Kecerdasan spiritual ialah satu cabang ilmu yang mula mendapat perhatian dalam
disiplin psikologi. Namun spiritual atau hati sebagai salah satu unsur yang terdapat pada
manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Spiritual ditakrifkan sebagai jiwa
dan penumpuan terhadap peningkatan satu aspek yang mungkin berkaitan dengan agama
atau tidak (Raymond J. Corsini, 2007). Spritual juga dikaitkan dengan hati dan kehidupan
(PaulHeelas, 2008), namun agama dan spiritual menurut Barat merupakan dua entiti yang
berbeza (Tony Buzan, 2010). Di dalam Islam spiritual merujuk kepada rohani (al-nafs atau
roh)( Ghufron A. Masadji, 2007). Oleh itu spiritual di dalam Islam dikaitkan dengan
agama dan tidak boleh berdiri sendiri tanpa tuntutan agama Allah.

Menurut Danah Zohar dan Ian Marshall (2007), kecerdasan spiritual sebagai
The Ultimate Intelligence. Kecerdasan Spiritual adalah kecerdasan untuk menghadapi
dan memecahkan persoalan makna dan nilai, iaitu kecerdasan untuk menempatkan
perilaku dan hidup dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk
menilai bahawa tindakan atau jalan

hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan

dengan yang lain.

Kecerdasan Spiritual dianggap kecerdasan tertinggi manusia kerana mampu


mengintegrasikan semua kecerdasan manusia iaitu IQ,EI dan kecerdasan spiritual.Dengan
mempunyai ketiga-tiga aspek kecerdasan ini,manusia mampu menjadi seorang yang benarbenar utuh dan holistik, baik secara intelektual, emosional dan sekaligus secara spiritual.
Kajian tentang keutamaan kecerdasan spiritual didalam kehidupan dan pekerjaan disokong
oleh kajian Marsha Sinetar (2007) dimana menurutnya kecerdasan spiritual melibatkan
kemampuan menghidupkan kebenaran dan mampu mewujudkan hal-hal yang terbaik,
5

utuh dan paling manusiawi dalam batin. Individu yang cerdas secara spiritual mengalir
gagasan, energi, nilai, visi, dorongan dan arah hidup yang penuh kesedaran .

Menurut Zuhri (2001) dalam siti Lutfiyah (2008), kecerdasan spiritual adalah
kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung dengan tuhan.Andainya hubungan
seseorang dengan Tuhan adalah baik maka didapati hubungannya sesama manusia juga
akan baik. Kekuataan spiritual memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri
seseorang individu.Dengan adanya kekuatan spiritual,ia menjadikan diri seseorang itu
mampu melihat serta mengawal tingkahlaku seterusnya memberi makna dalam diri
seseorang individu.Kekuatan spiritual juga dapat menghadirkan rasa tenang, damai dan
ikhlas. Seterusnya mendorong seseorang individu itu melakukan kebaikan terutamanya
dalam menjalani tanggungjawab serta tugas harian.

Selain daripada itu, kecerdasan spiritual juga boleh dipupuk serta dilatih dimana
manusia mampu mengawal kecerdasan sehingga dirinya mampu mencapai bahagia dengan
keikhlasannya dalam melaksanakan tanggungjwab tanpa rasa terpaksa atau tertekan oleh
pihak lain (Siti Lutfiyah (2008)).

Menurut Smith (2008) individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan
jika ia dalam keadaan yang tertekan.Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak
rasional, cemas, tegang, tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan
6

menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya dan perasaan kasih sayang dan hanya
Guru Bimbingan dan Kaunseling yang memiliki kecerdasan spiritual dan memiliki
keseimbangan psikologi mampu berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab membantu
pelajar.

Yosep (2008) berpendapat seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang


memiliki tahap kecerdasan spiritual yang tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan
menjalani kehidupan pekerjaan dengan lebih puas berbanding dengan mereka yang
mempunyai tahap kecerdasan spiritual yang rendah.Tambahnya lagi,pencarian makna bagi
seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling seharusnya berkait rapat dengan hubungannya
terhadap Tuhan dan bagaimana hubungan menolong terhadap sesama insan.

1.3 Pendekatan Teori

Dalam Kajian ini teori yang dibincangkan adalah Teori Kaunseling Al-Ghazali menurut
Muhammad Al-Jiasi (1976) dan teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg yang
dikemukan oleh Frederick Herzberg (1959).
1.3.1

Pendekatan Al-Ghazali

Dari segi pendekatan Islam, Muhammad al-Jiasi (1976) di dalam Norzalita Nordin (2009)
menyatakan bahawa terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia
menurut Al-Ghazali iaitu:

1. Nafsu Ammarah ialah nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan


kejahatan dan bagi mereka yang berada di peringkat ini tidak merasakan perbezaan
antara yang baik dan jahat.Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak
menyesal dan sebaliknya juga apabila melakukana kebaikan ia tidak gembira.
2. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai
tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
3. Nafsu Mulhammah ialah nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan
serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
4. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagian dan
nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam
dirinya. Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia
iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku
pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.
1.3.2

Teori Kepuasan Kerja

Teori dua faktor Herzberg merupakan teori yang dikemukan oleh Frederick Herzberg pada
tahun 1959 .Teori ini juga dikenali sebagai Teori Intrinsik dan Ekstrinsik atau Teori
Hygiene dan Motivator.Teori ini telah menjadi asas rujukan bagi kebanyakan kajian yang
dijalankan selain daripada digunakan dalam perbincangan mengenai kepuasan kerja.
Menurut teori ini, motivasi dan kepuasan kerja adalah saling berkait. Seseorang pekerja
yang mempunyai motivasi tinggi, secara tidak langsung akan menggambarkan tahap
kepuasaan kerja yang tinggi.

Menurut Teori Herzberg, faktor motivasi yang mempunyai hubungan dengan


kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor motivasi (intrinsik) dan faktor hygiene
(ekstrinsik). Faktor hygiene ialah elemen luaran luaran diri pekerja yang terhasil daripada
kerja seperti gaji, bonus, insentif, keuntungan, jaminan kerja, keadaan fizikal tempat kerja
dan sebagainya. Sekiranya faktor hygiene ini disesuaikan dalam Model Teori Hierarki
Maslow, faktor ini adalah terletak dalam golongan keperluan tahap rendah iaitu keperluan
fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan sosial.
Bagi faktor motivasi pula ialah elemen dalam diri pekerja yang ada hubungannya dengan
kerja seperti pencapaian, pengiktirafan, tahap tanggungjawab, jumlah kawalan kerja,
cabaran, minat terhadap kerja dan lain-lain. Faktor motivator adalah dikaitkan dengan
keperluan tahap tinggi dalam Model Teori Hierarki Maslow.

Herzberg (1959) menegaskan bahawa faktor hygiene adalah perlu tetapi tidak
cukup untuk memuaskan dan memotivasikan pekerja. Dalam erti kata lain, apabila industri
memenuhi keperluan pekerja menerusi penyediaan faktor hygiene yang tidak mencukupi
(misalnya gaji yang diberi rendah) boleh menjadiakan pekerjanya tidak puas.Namun
sekiranya kesemua faktor hygiene itu telah diberi secukupnya, pekerja mungkin akan
bersifat natural. Menurut Herzberg (1959) apabila pekerja telah memperoleh faktor
hygiene sepenuhnya belum tentu dapat memotivasikan mereka sekiranya tidak
menyediakan faktor motivator.

Hygiene adalah keinginan yang berkaitan dengan kesejahteraan individu iaitu


yang berkaitan dengan keinginan yang terdapat diluar kerja dan melibatkan persekitaran
9

kerja antaranya seperti dasar pentadbiran organisasi, hubungan antara perorangan dengan
orang lain sama ada ketua atau orang bawahan, status pekerjaan dan jaminan pekerjaan.

Seseorang pekerja yang telah memperoleh faktor motivator akan berasa puas
terhadap kerjanya dan mempunyai motivasi kearah mencapai tahap prestasi kerja yang
tinggi. Hal ini kerana mereka berasa seronok terhadap pekerjaan. Namun apabila mereka
tidak disediakan keperluan ini, pekerja itu akan bersifat neutral terhadap kerja mereka dan
akan merasa ketidakpuasan. Oleh itu, menurut Herzberg (1959) hanya kehadiran keduadua faktor hygiene dan faktor motivator akan membawa kepada kepuasan kerja dan
peningkatan motivasi.

Menurut Herzberg (1959) pekerja lebih cenderung untuk mendapatkan faktor


motivator dalam pekerjaan mereka, berbanding dengan faktor hygiene. Seseorang pekerja
akan mengambil tindakan berhenti kerja, ponteng kerja atau pusing ganti kerja sekiranya
pekerjaan itu tidak memberi kepuasan walaupun pekerjaan itu mereka minati. Sebaliknya
dengan penyediaan faktor motivator dalam pekerjaan akan menjadikan pekerja itu lebih
berpuas hati dan berdedikasi terhadap pekerjaannya.

Fraser (1998) telah meringkaskan bahawa daripada Model Herzberg, kepuasan


kerja adalah disebabkan faktor intrinsic terhadap sesuatu pekerjaan seperti aspek
pencapaian, pengiktirafan dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.Manakala bagi aspek
seperti gaji, keadaan tempat kerja dan sebagainya adalah faktor ekstrintik yang penting
dalam pekerjaan tetapi faktor ini tidak akan mewujudan kepuasan dalam pekerjaan.
Herzberg (1959) juga telah menegaskan bahawa faktor motivator adalah penting untuk
10

memperangsangkan daya kreativiti pekerja dalam pekerjaan manakala faktor hygiene


adalah berfungsi untuk mengekalkan sikap dan prestasi pekerja dalam pekerjaan mereka.

Satu lagi perkara penting dalam Teori Herzberg ini ialah mementingkan
penambahan menegak (vertical loading) faktor motivator di mana pekerja diberi kerja yang
lebih sukar dan mencabar seperti membuat kerja penyelia dan pihak atasan serta dilatih
supaya menjadi pakar dalam sesuatu bidang.Pekerja juga boleh diberi tambahan kuasa ke
atas tugasnya dan kawalan penyelianya ke atasnya dikurangkan.Ini berbeza dengan
penambahan mendatar (horizontal loading) faktor hygiene di mana pekerja di beri kerja
tambahan pada pekerjaan yang sama. Ini boleh mengurangkan semangat kerja pekerja
kerana cara ini kurang mencabar.

Secara umumnya,kedua-dua teori telah mengenalpasti beberapa aspek ynag


berkaitan dengan kecerdasan spiritual,etika kerja dan kepuasan kerja di kalangan pekerja
khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling.Aspek-aspek tersebut termasuklah faktorfaktor yang melibatkan dalaman seseorang individu yang akan membentuk dirinya sendiri
tanpa rasa dipaksa oleh pihak lain sebaliknya dengan rela hati bertindak dalam setiap
situasi dengan tingkahlaku beretika.

Faktor dalaman seperti kepuasan ketika bekerja atau kepuasan diri akan dinikmati
apabila dapat bertindak dengan baik kepada sesama manusia.Dalam konteks kajian
Organisasi profesionalisme ini,teori-teori di atas dapat dijadikan rujukan untuk melihat
elemen-elemen yang terbentuk di dalam organisasi yang mempengaruhi etika dan
kepuasan kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
11

1.4 Pernyataan Masalah

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang
jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (2007) keadaan
sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (2008) menyatakan
bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap
yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan
emosi yang pelbagai seperti bosan,murung, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky,
2009).

Melihat kepada perkembangan semasa didapati semakin banyak isu


kemurungan yang timbul berkait dengan perkhidmatan Guru Bimbingan dan kaunseling.
Disamping itu terdapat juga banyak rintihan dan keluhan yang disuarakan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling di akhbar-akhbar, seminar-seminar dan program - program
perkembangan di peringkat daerah dan negeri. Selain itu, disokong dengan kajian-kajian
12

literature yang mana menunjukkan bahawa guru-guru kaunseling kini berhadapan dengan
berbagai isu persekitaran kerja yang melibatkan dirinya, pihak pentadbir, rakan sekerja,
pelajar dan ibubapa (Abdul Karim Llin, 2007; Azmi Abd. Rahman, 2009; Gambang, 2010;
Haslee, 2007; Siti Halimah, 2007; Suradi, 2008, 2009, 2009). Kepelbagaian isu yang
dihadapi mungkin dianggap sebagai cabaran kerjaya yang dinamik oleh sesetengah guru
kaunseling, namun berapa ramaikah di kalangan mereka yang melihat fenomena tersebut
dari perspektif yang sama.

Bertitik tolak daripada pelbagai permasalahan yang dihadapi dalam kalangan


Guru Bimbingan dan Kaunseling maka kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di
antara Kecerdasan Spiritual dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Bimbingan
dan Kaunseling. Kajian-kajian terdahulu telah banyak menyingkap tentang kepuasan kerja.
Namun demikian, kajian tentang kecerdasan spiritual dan hubungan dengan kepuasan
kerja masih belum banyak dijalankan (Nahid Abd Rahman,2 009). Begitu juga halnya
dengan kajian yang bersangkut paut dengan etika kerja.Menurut Azeati Adinan (2008),
salah satu faktor penyumbang kepada komitmen kerja guru adalah kepuasan kerja, prospek
masa depan kerjaya, peluang belajar dan kemenjadian murid.

Oleh hal yang demikian, kajian ini secara dasarnya ingin melihat adakah
terdapat hubungan yang signifikan di antara Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan kerja dan
juga bagi membuktikan bahawa Kecerdasan Spiritual adalah penyelesaian masalah kepada
isu etika dan memandu seseorang untuk mencapai kepuasan di dalam pekerjaan.

13

Menurut Norzalita Nordin (2009) dalam kajiannya tentang Amalan hubungan


Spiritual dan Kecerdasan Emosi mendapati bahawa adanya hubungan signifikan yang
positif terhadap dua pembolehubah ini. Manakala kajian yang dijalankan oleh Zehan
Annda Achda (2007) mengenai Kecerdasan Spiritual dalam Kalangan Pekerja di Sebuah
Syarikat Swasta di Jakarta iaitu untuk melihat kesan pengaruh kecerdasan spiritual
terhadap komitmen kerja, hubungan kecerdasan spiritual dengan komitmen kerja, kesan
penyertaan latihan ESQ terhadap kecerdasan spiritual dan menguji faktor demografi
sebagai moderator. Kajian mendapati adanya hubungan signifikan yang positif antara
kecerdasan spiritual dengan komitmen kerjaya dan motivasi.

Menurut Yatimah Sarmanu dan Tajudin Ninggal (2008), melalui pendekatan AlGhazali manusia itu secara fitrahnya cenderung untuk menuju Allah.Ini kerana semasa di
alam roh, manusia sudah berikrar mengakui Allah sebagai Tuhan. Oleh yang demikian
apabila manusia menyalahi ataupun mengingkari peraturan Allah semasa hidup, ianya
menjadikan manusia gelisah dan bermasalah kerana tidak menepati ikrarnya. Berbalik
kepada permasalahan dan dilema yang dialami oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling,
kemungkinan mereka tidak mempunyai teras ilmu agama yang mantap dalam diri mereka.
Kerapuhan inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menjalani hidup yang sebenar
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling yang professional.

Selain daripada itu, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi yang telah
diperolehi semasa di Universiti tidak dapat membantu sepenuhnya sekirannya ilmu
pendidikan agama yang kuat tidak ada dalam diri mereka. Oleh itu, pengetahuan
kaunseling, kemahiran dan pendidikan agama yang mantap serta penuh kefahaman sangat
14

perlu

digembelingkan

oleh

Guru

bimbingan

dan

Kaunseling

sekiranya

ingin

memartabatkan profesion kaunseling di mata masyarakat.


Alimah Hassan (2009) dalam kajiannya tentang nilai dan amalan spiritual pelajar di IPTA
mendapati amalan dan nilai spiritual yang dipegang adalah sangat penting dalam menjana
kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.

Menurut Siti Nazirah Mardan (2009) selain daripada persepsi, sikap dan
personaliti, amalan etika kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan faktor
utama menetukan kejayaan unit kaunseling di sekolah dalam membangunkan, mencegah
dan memulihkan remaja sekolah. Etika akhlak ini perlu dijadikan amalan dan perkaraperkara

seperti integriti, kepercayaan, kerahsiaan, kerendahan hati, kejujuran,

kesederhanaan, keberanian, keadilan, kesopanan serta menjadikan etika Guru Bimbingan


dan Kaunseling sebagai garis panduan asas kepada kejayaan untuk mendapatkan kepuasan
didalam tugasan.

Berkaitan isu-isu pelanggaran etika kerja pula, hal ini adakah disebabkan
seseorang individu itu tidak mampu mengawal dirinya sehingga terjadi perlakuan yang
tidak sepatutnya atau mungkinkah seseorang itu wajar mengetahui cara-cara mengawal
tingkahlakunya. Selain daripada individu itu dapat mengawal emosi, individu juga patut
dapat mengawal spiritual dalaman iaitu hatinya.Menurut Al-Ghazali di dalam Muhamad
Ruslim bin Mamat (2008), hati adalah peneraju kehidupan manusia sama ada ke arah
kebaikan atau keburukan. Apabila rosak hatinya, nafsunya lebih cenderung kea ah
keburukan dan jiwanya tidak tenang. Situasi ini akan terpancar pada air muka dan
perawakan individu tersebut.
15

Menurut Arenawati , Irdawaty dan Mohd Zafian (2009) dan Sidek et.al (2008),
bidang tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak terhad kepada memberi bimbingan
dan kaunseling bahkan perlu menyelami hati dan perasaan para pelajar dengan lebih
mendalam.Tanggungjawab yang digalas oleh para Guru Bimbingan dan Kaunseling
dirasakan satu bebanan yang berat sehingga memberi tekanan yang tinggi.Terdapat
sesetengah Guru Bimbingan dan Kaunseling merasakan mereka kurang berkemampuan
untuk mendidik para pelajar sebaliknya mereka hanya berupaya membantu menyelesaikan
masalah

yang biasa dihadapi oleh mereka.Tugas mendidik pelajar juga memerlukan

kemahiran seperti berkomunikasi,penyelesaian masalah dan konflik serta kepimpinan yang


efektif. Keperluan mempelajari serta menguasai kemahiran ini juga dirasakan sebagai satu
bebanan kepada mereka. Mereka perlu menyiapkan diri mereka dengan kepelbagaian
kemahiran untuk menjadi lebih kompetitif seiring dengan perubahan masa.

Walaupun Guru Bimbingan dan Kaunseling telah didedahkan dengan teoritikal,


kemahiran dan latihan sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling. Namun
kebanyakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling bila sampai ke sekolah mempunyai
persepsi yang salah tentang peranan mereka sebenar.Menurut dari Azeati Adinan (2008),
kekaburan tentang tugas sebenar mereka menyebabkan fungsi Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjadi kurang berkesan. Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak dapat
mengimbangkan keutamaan-keutamaan tugas dan tanggungjawabnya.
16

Senario yang berlaku disekolah sekarang ialah dimana kebanyakkan Guru


Bimbingan dan Kaunseling memberi tumpuan kepda program motivasi kearah
kecemerlangan akademik pelajar semata-mata seperti kem motivasi, teknik belajar,kem
kecemerlangan akademik dan lain-lain yang menfokuskan kepada pencapaian akademik
sekolah.Tanpa disedari oleh mereka mengabaikan peranan utama mereka sebagai Guru
bimbingan dan Kaunseling.Sesi kaunseling individu,kelompoj semakin merosot dan
akhirnya hilang.

Fungsi membangun,mencegah dan memulih bertukar kepada fungsi


kecermerlangan akademik.Tumpuan kepada pembangunan insane\,pembentukan akhlak
semakin lenyap begitu sahaja dan malahan dalam setahun boleh dikira dengan jari
bilangan sesi kaunseling yang dijalankan dan terdapat juga Guru Bimbingan dan
Kaunseling yang langsung sudah lupa tentang kemahiran sesi kaunseling individu dan
kelompok.

Namun demikian,Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Ninggal (2008) telah


mengingatkan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam bukunya Teori Al-Ghazali bahawa
walaupun Guru Bimbingan dan Kaunseling terbeban dengan pelbagai tugasan namun
mereka perlu redha dan menganggap tiap sesuatu yang dilakukan adalah merupakan satu
ibadah dan akan mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

17

Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Ketua Setiausaha Negara di Pusat
Konvesyen Antarabangsa Putrajaya membuat kesimpulan dalam penutup ucapannya
mengatakan bahawa pekerja yang berasa gembira dengan kerja yang dilakukan akan dapat
wujudkan sesuatu yang memuaskan hati dalam bekerja dan seterusnya kerja yang
dilakukan memberi makna padanay. Justeru itu,setiap individu wajar mengamalkan amalan
spiritual dalam diri agar mampu mencipta makna dan jiwa yang berbahagia
(Hidayat,2008).

Justeru itu, kajian ini mengandaikan bahawa individu yang memiliki kecerdasan
spiritual yang tinggi akan mengamalkan etika dalam bekerja dan lantaran itu individu
tersebut akan menikmati kepuasaan bekerja.Bekerja bukan sekadar mencari rezeki untuk
hidup tetapi jujur dan ikhlas serta mempunyai nawaitu yang tulus dalam membantu sesama
manusia melebihi daripada yang lain semata-mata untuk mendapat keredaan Allah
seterusnya jiwa akan lebih puas dan tenang (Hidayat,2008).

18

1.5 Objektif Kajian


1.5.1

Objektif Umum

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti Tahap Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan
Kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Kuala Selangor.
Sehubungan dengan itu kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti perbezaan tahap
Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Bimbingan dan
Kaunseling di Daerah Kuala Selangor berdasarkan dua faktor demografi iaitu Taraf
kelayakan kaunseling dan status perkahwinan. Selain

daripada itu, kajian ini juga

bertujuan melihat hubungan di antara Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan kerja dalam
kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Kuala Selangor.

19

1.5.2

Objektif Khusus

Objektif kajian ini dijalankan untuk:


1.5.2.1 Mengenalpasti tahap Kecerdasan Spiritual dalam kalangan Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
1.5.2.2 Mengenalpasti tahap Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan
Kaunseling
1.5.2.3 Melihat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual berdasarkan taraf kelayakan
kaunseling dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.5.2.4 Melihat perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan taraf kelayakan kaunseling
dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.5.2.5 Melihat perbezaan tahap Kepuasan Kerja berdasarkan Status Perkahwinan dalam
kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.5.2.6 Melihat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual berdasarkan Status Perkahwinan
dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.5.2.7 Melihat hubungan antara Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan Kerja dalam kalangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling.

20

1.6 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini ialah:
1.6.1

Apakah tahap Kecerdasan Spiritual dalam kalangan Guru Bimbingan dan


Kaunseling.

1.6.2

Apakah tahap Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling .

1.6.3

Adakah terdapat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual

berdasarkan taraf

kelayakan kaunseling dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.


1.6.4

Adakah terdapat perbezaan Kepuasan Kerja berdasarkan taraf kelayakan


kaunseling dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

1.6.5

Adakah terdapat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual

berdasarkan Status

Perkahwinan dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling .


1.6.6

Adakah terdapat perbezaan Kepuasan Kerja berdasarkan Status Perkahwinan dalam


kalangan Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Kuala Selangor.

1.6.7

Adakah terdapat hubungan antara Kecerdasan Spiritual dan Kepuasan Kerja dalam
kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling .

1.7 Hipotesis Kajian

21

Berdasarkan objektif dan tujuh persoalan kajian yang hendak dijelaskan tetapi untuk
pembinaan hipotesis yang dapat diuji hanya 5 item .Keadaan ini disebabkan oleh objektif 1
dan 2 hanya dapat dicapai melalui ujian deskriptif iaitu melalui (%). Bagi objektif 3 hingga
7 iaitu bagi melihat perbezaan dan perhubungan di antara variable ianya boleh dicapai
berdasarkan ujian hipotesis melalui ujian parametric atau nonparametric berdasarkan
taburan data yang diperolehi kelak.

Berdasarkan kajian-kajian oleh Nahid Abd Rahman (2009), Ruslim (2008), Yosep
(2005), Belcher dan Graffith (2005), Chung (2006) dan Yang (2006), kecerdasan spiritual
sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan etika kerja, personaliti, psikologi
dan juga motivasi seseorang. Oleh hal yang demikian, pengkaji juga mengandaikan
bahawa terdapat perhubungan positif di antara kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja
dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di daerah Kuala Selangor. Oleh yang
demikian, pengkaji akan menggunakan hipotesis penyelidikan untuk menguji kajian ini.

Hipotesis kajian yang telah dibentuk :

22

HA1: Terdapat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual berdasarkan Status Perkahwinan


dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

HA2: Terdapat perbezaan tahap Kepuasan Kerja Spiritual Status Perkahwinan dalam
kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
HA3: Terdapat perbezaan tahap Kecerdasan Spiritual berdasarkan Taraf Kelayakan
Kaunseling dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

HA4: Terdapat perbezaan tahap Kepuasan Kerja berdasarkan Taraf Kelayakan Kaunseling
dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

HA5: Terdapat hubungan yang signifikan antara Kecerdasan Spiritual dengan Kepuasan
Kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Signifikan Kajian

23

Kajian ini sesuai dilaksanakan memandangkan di Malaysia tidak banyak didapati kajian
berkaitan kecerdasan spiritual khususnya terhadap kerjaya Guru Bimbingan dan
Kaunseling. Kajian ini juga akan dapat membantu seseorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling memahami diri serta kelebihan individu yang memiliki kecerdasan spiritual
yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kecerdasan spiritual yang tinggi mampu
mengawal etika kerja serta dapat mencapai kepuasan dalam bekerja. Selain daripada
itu,kajian ini juga merupakan satu kajian ilmiah yang akan dapat memberi idea-idea
kepada pengkaji-pengkaji ilmiah yang lain dalam menghasilkan kajian ilmiah yang lebih
bermutu. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkenaan
khususnya dalam meningkatkan kecerdasan spiritual agar mampu menjana piawai
profesionalisme standing dengan komuniti Guru Bimbingan dan Kaunseling global.

Definisi Konsep

1.1.1

Kecerdasan Spiritual

24

Menurut Yatimah dan Mohd Tajudin Ninggal (2008),spiritual dan agama adalah berkaitan
dengan aspek kepercayaan manusia.Spiritual adalah kepercayaan kepada kuasa luar
biasadi dalam alam. Spiritual merangkumi kepercayaan ataupun semnagat luar biasa yang
mempengaruhi kehidupan manusia.Dalam kehidupan moden pula terdapat perkataan spirit
yang bermaksud nafas dan ianya berkait rapat dengan rangsangan atau inspirasi untuk
seseorang meneruskan hidup.

Kecerdasan spiritual adalah satu konsep yang masih baru dan ianya
diperkenalkan oleh Danah Sahar dan Ian Marshall (2001) melalui bukunya iaitu The
Ultimate Intelligence dan secara umumnya kecerdasan spiritual telah didefinisikan oleh
Barat sebagai makna hidup iaitu the meaning of life.Danah Sahar dan Marshall (2001)
merumuskan kecerdasan spiritual iaitu keunikan berfikir untuk bertingkahlaku,kesedaran
diri, fleksible dan adaptif serta cenderung memandang sesuatu secara holistic dan mencari
jawapan asas bagi kehidupan atas situasi-situasi dalam hidupnya.

Ary Ginanjar Agustian (2003) dalam (Berita Harian,Feb 2009) menyatakan


kecerdasan spiritual adalah kemampuan untuk memahami makna hidup dan nilai tertinggi
dalam kehidupan serta tujuan asas kehidupan.Frankl dalam Danag dan Marshall (2001)
pula mendefinisikan kecerdasan spiritual sebagai pengembangan pemikiran tentan
pemikiran hidup dimana yang didalamnya terkandung nilai-nilai iaitu nilai kreatif,nilai
pengalaman dan nilai sikap.Makna yang diperolehi oleh manusia akan menjadikan dirinya
seorang individu yang memiliki kebebasan rohani iaitu kebebasan dari godaan nafsu
serakah dan persaingan dalam konflik tanggungjwab terhadap Tuhan ,diri dan orang lain.
25

Menurut Norzalita Nordin (2009) dalam konteks Islam ,aspek spiritual dan agama
dilihat sebagai aspek yang bersepadu.Agama diletakkan dalam hierarki tertinggi kerana ia
adalah matlamat kehidupan.Spiritual pula di dalam isalm dikenali sebagai ruhaniah yang
melibatkan aspek hati,jiwa,akal dan ruh.Ianya merupakan usaha serta keupayaan individu
untuk menjadikan matlamat hidup sebagai sesuatu yang bermakna dan ia diperlukan untuk
memfungsikan mental, fizikal, dan emosi.

1.2.1

Kepuasan Kerja

Menurut Giligan (1992) kepuasan kerja ialah istilah umum mengenai sesuatu keadaan di
mana apabila keperluan pekerja apat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang selalu
berubah-ubah.Apabila keadaan tergugat keselamatan kerja menjadi persoalan utama dan
apabila keadaan bertambah baik mereka akan menukarkan keutamaan tersebut.

1.2.2

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ,Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah


seorang yang bertanggungjwab merancang, melaksana, mengawalsedia perkhidmatan
kaunseling di sekolah secara profesional dan beretika.

26

Mengikut Buku Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaunseling (2008), Guru


Bimbingan dan Kaunseling ialah seorang yang layak menjadi pembimbing kepada orang
lain yang menghadapi masalah atau seseorang yang mempunyai kelayakan dalam
memberikan khidmat kaunseling di sekolah.

Definisi Operasional

Berikut adalah definisi operasional pembolehubah kecerdasan spiritual,kepuasan kerja dan


Guru Bimbingan dan Kaunseling.

1.1.2

Kecerdasan Spiritual

Kecerdasan spiritual yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini adalah berkaitan hati dan
jiwa seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di dalam menghadapi tugas sehariannya,
ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.Melalui kecerdasan
spiritual yang boleh dipupuk serta dilatih,manusia mampu mengawal kecerdasan hingga
dirinya akan mencapai bahagia dengan keikhlasannya dalam melaksanakan tanggungjwab
tanpa rasa terpaksa atau tertekan oleh pihak lain (Yosep,2005).

Kecedasan Spiritual dalam kajian ini tediri daripada empat dimensi iaitu:

1.1.1.1 Kendiri

27

Kendiri merupakan komponen kognitif terhadap penilaian yang berterusan tentang diri
sendiri berdasarkan apa yang individu itu fikirkan tentang dirinya dan bagaimana untuk
seseorang individu itu bertingkahlaku.Konsep kendiri adalah koleksi kepercayaan
seseorang tentang sifat semulajadi dirinya,kualiti-kualiti unik dan tingkahlaku biasa Nahid
Abd Rahman (2009).

Menurut Pukey (1988) dalam Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan konsep kendiri
sebagai sesuatu yang kompleks yang mana organisasi dan satu sistem dinamik terhadap
pembelajaran kepercayaan,sikap dan pandangan yang dipegang dan dipercayai mengenai
kewujudan personal individu itu.Sidek Mohd Noah (2002) sendiri menjelaskan konsep
kendiri dibina oleh individu melalui interaksi dengan persekitaran dan tindak balas
terhadap interaksi tersebut.
1.1.1.2 Melampaui Kendiri

Merupakan perhubungan atau perkaitan dengan Tuhan yang Maha Esa melalui
perasaan,hati dan jiwa.Florence Nightingle adalah seorang contoh yang menggabungkan
tradisi amalan kristian secara holistic iaitu manusia dicipta oleh Tuhan yang
Pengasih.Nightingle percaya kepada kendiri manusia serta hubungannya dengan Tuhan.
Penjagaan holistic melihat individu sebagai gabungan perkaitan yang rapat antara
komponen fizikal,social,psikologi dan spiritual (Chung,2002).
1.1.1.3 Pengertian Penjagaan Kerohanian

28

Pengertian penjagaan kerohanian merujuk kepada perkaitan dalam perhubungan yang agak
subjektif dmana iaitu menggabungkan keseluruhan keupayaan manusia dalam bentuk
kekuataan dalaman dan kedamaian kita.Selain daripada menjangkau lebih mendalam dari
kebimbangan diri dan melangkaui semua sempadan (Chung,2002).Penjagaan kerohanian
atau kejiwaan adalah kemampuan seseorang itu menjadikan kliennya rasa bahagia dan
bermakna walaupun dalam kesengsaraan.Pencarian makna bagi kaunselor adalah memberi
layanan atas dasar ibadah kepada Allah S.W.T (Tuhan) dan kemampuan memberi
pertolongan kepada klien yang memerlukan (Yosep,2005).

1.1.1.4 Amalan Penjagaan Kerohanian

Terdapat

kekurangan

apabila

mendefinisikan

maksud

kejiwaan

dan

penjagaan

(kerohanian) kerana kejiwaan selalu dianggap sebagai peribadi dan subjektif (Robert
A.Emmons,1999).Bentuk-bentuk penjagaan kejiwaan yang sering diberikan oleh
Psikologis atau Kaunselor termasuklah mendengar, menyentuh, hadir, berdoa, merasai,
menggunakan teknik-teknik tertentu termasuk aplikasi agama, dan merujuk kepada yang
pakar seperti paderi (orang alim), membaca bible (Al-Quran) (Don,2004),menunjukkan
sikap baik hati (Taylor et.al,1995),penerimaan dan sikap yang tidak menghakimi,
pengesahan perasaan dan fikiran klien, memudahkan, menanam harapan (Sellers dan
Haag,1998), membincangkan masalah dengan mendalam dan mencadangkan klien
mencari bantuan, membuat rujukan kepada pakar kejiwaan dan memberitahu klien sumber
tempatan (Kristeller et al. 1999).

29

1.1.2

Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja pula ialah memfokuskan kepada kepuasan secara dalaman Guru
Bimbingan dan Kaunseling (instistic) dan kepuasan luaran Guru Bimbingan dan
Kaunseling (extrinstic).

1.1.3

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Dalam kajian ini,Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dimaksudkan adalah guru yang
bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah samaada mempunyai
kelayakan dalam bidang bimbingan dan kaunseling ataupun psikologi yang mana pernah
menjalani kursus pendek selama 14 minggu mahupun secara lantikan dalaman berdasarkan
pilihan pentadbir.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya di jalankan di Daerah Kuala Selangor yang mana skop kajian hanya
melibatkan responden iaitu populasi Guru Bimbingan dan Kaunseling yang bertugas di
Daerah Kuala Selangor mengikut gred masing-masing dan samaada lantikan secara
dalaman ataupun memiliki kelayakan diperingkat tertinggi.Pemilihan responden dalam
kalangan pelbagai gred ini dilakukan supaya tidak berlaku bias.Kajian ini melibatkan 87
buah Sekolah Menengah danRendah termasuk SRJKC dab SRJKT.
30

Rumusan

Bab pendahuluan ini telah menjelaskan tentang latar belakang kajian,pendekatan teori,
persoalan kajian, definisi dan hipotesis kajian yang merupakan titik awal kepada kajian
yang akan dijalankan. Dengan penjelasan dalam Bab Pendahuluan ini akan memudahkan
urutan pemahaman pembaca kepada Bab yang seterusnya.

31

Anda mungkin juga menyukai