Anda di halaman 1dari 16

Khamis, 3 Oktober 2013

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


1.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kanak-kanak secara
semula
jadi menyukai seni.
Malangnya, apabila
sekolah mengurangkan belanjawan, senibiasanya adalah
mata
pelajaran yang
pertama untuk
dirombak. Ia seolah-olah bahawa
sekolahsekolah tidak menghargaikepentingan seni dalam membina otak kanak-kanak.
Secara
fizikalnya,
otak
manusia terdiri
daripada 2
bahagian,
hemisfera kiri dan kanan. Otak kiri
digunakan dalamproses pemikiran logik
dan analisis iaitu apa
yang dilatih dalam
kerja-kerja sekolah yang terdiri
daripada matematik,membaca dan
sains. Otak
kanan digunakan dalam
persepsi, intuisi emosi, dan
kreativiti. Ia adalah otak
kanan yangdigunakan
terutamanya apabila seseorang itu terlibat dalam usaha kreatif seperti menghasilkan
karya atau bahan seni.Namun, telah menjadi pemikiran tipikal sesetengah sekolah
untuk mengabaikan pendidikan seni visual.
Ia menunjukkan bahawa apabila anak-anak berbakat menyelesaikan masalah,
terdapat peningkatan aktiviti elektrik di kedua-dua hemisfera. Dengan merangsang dan
menjalankan hemisfera kanan otak, seni mengukuhkan hubungan di antara hemisfera.
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang
serta otak kanan mereka akan dibangunkan dan kedua-dua hemisfera bekerja seiring,
sekali gus mencapai sepenuhnya potensi minda.
Pendidikan seni visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem
dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan
pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh
tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid
di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu
dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan
rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis,
sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah

rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan
intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh
koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan
bermakna.
Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras
dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan
mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan,
membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan
emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan kreatif dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid
membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat
dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan
alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara

tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan
seni di masa akan datang.
Apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat
dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan
seni
visual
sekolah
rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi pengalaman membuat
apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara
alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Selain itu, kepentingan Pendidikan Seni Visual juga boleh boleh dibahagikan kepada lima aspek, iaitu,
aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, serta sosial dan emosi. Dari segi aspek kognitif, penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
Dari segi aspek fizikal, penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada
otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Jika dilihat daripada aspek kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk
mengembangkan
aspek
kreativiti
mereka.
Aktiviti
dan
projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
Manakala, dari segi aspek persepsi, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.

Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis
juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan,
kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini
juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Pendidikan seni visual dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam


meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang
unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancainderan ini perlu
disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap

pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis,
pelajar perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka
berlakulah pengamatan secara teliti.

Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan
menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui
aktiviti-aktiviti seni kesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan
kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan.
Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan
menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang
dibuat itu.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama.
Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Muridmurid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa
yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
menghasilkan karya seni. Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota
kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang
tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Guru juga boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku
yang dipamerkan. Hal ini kerana, perasaan merupakan reaksi badan terhadap
rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan
juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang.
Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah
memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari
perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali.
Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni
tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbolsimbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun
hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni
ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan
factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang

pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina
dengan baik.
Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu
yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah
mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik.
Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul
mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut
Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling
konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni
sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan dalam
kalangan pelajar berlaku peringkat ini.
Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya
dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni
akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang
positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni
itu.
Seterusnya, subjek ini dapat melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga
professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya
yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari
luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk
membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk
membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun
negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu
hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.
Seni visual memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. negara
perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras
kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk
masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi
kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti
dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.
Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang
dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan
dan dipergiat lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih
lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap
aktiviti yang dijalankan itu.
Pendidikan seni visual juga memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut
sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan
memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang

atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni
budaya sopan santun dan adat istiadat.
Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak banyak
lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut
kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua
warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami
kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan
umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat,
tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan
kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.
Seni visual mampu melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya
menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu
mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati
bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih
mudah dari mengenali budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,
budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat
akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu
dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat
yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak
kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain
apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi
ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan
sumbangan ke arah cita-cita yang murni ini.
Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada
dua iaitu dari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi
perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan
sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti
seni visual.
Emosi bermaksud keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan
pernyataan diri. . Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan
yang semulajadi seperti rasa cinta, prihatin atau rasa takut. Sensitiviti pula bermakna
kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta
estetik. Oleh itu, kita dapat mewujudkan kebolehan untuk merasa dan menghayati.
Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada
kepada penghasilan yang lebih menarik dikatakan kreatif. Individu ini sensitif kepada
masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam
bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya
berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya
lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya

menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.


Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan
membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan
dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pendidikan seni visual dapat
memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan,
menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol.
Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan
emosi.
Dari segi sosiologi pula seni visual berperanan membentuk dan mengembang budaya
setempat dan sejagat. Hal ini dapat dibahagikan kepada lapan iaitu nasionalisme,
persekitaraan, propaganda, ritual, spiritual, pengeluaran, pemujukan serta perniagaan
dan perdagangan.
Pendidikan seni visual dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan
negara. Sebagai contoh kita boleh lihat banyak hasil karya yang memaparkan unsur
nasionalisme seperti Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan
sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit
Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka
bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Tambahan pula, pendidikan seni visual juga merupakan saluran untuk menyampaikan
dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad
kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (199). Seni visual
menyumbang dalam amalan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam
aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca.
Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orangorang asli di Pahang dan Selangor.
Dari segi spiritual pula, hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis
dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan
Udara, karya Patrick Ng Kah Onn. Hasil seni visual adalah berasaskan kepada faktor
cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Oleh hal yang demikian, kebanyakan hasil karya
berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik
dan songket. Dari segi pemujukan pula, hasil seni visual berkeupayaan membentuk
empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Pembelajaran seni visual dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk
perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
http://noorafifahazizan.blogspot.com/2013/10/kepentingan-pendidikan-senivisual.html

Khamis, 16 Jun 2011

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN


UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG
SOALAN TUTORIAL

Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam
pendidikan.
Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan
seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran
Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang
ini.

.Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti
dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri
iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut
pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk
bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk
mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari
penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan
pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual
mereka.
Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi
penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan
sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni.

Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan
fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan
merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental
dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu
mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka
bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.
Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak
dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang
merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.
Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung
merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan
memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya
ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai
suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor
termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktivitiaktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta
menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban.
Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam
bidang pergerakan.
Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak mendengar
ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit
daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan
bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana fizikal akan menimbulkan
perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak jauh beza
dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan
tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta
memperlihatkan ekpresi emosi.
Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan
memori yang panjang di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.
Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak
rentaknya seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi,
Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan
perasaan mereka.
Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan,
seperti denyutan nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak
memnpunyai naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak
denyutan memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan rangsangan. Selain
penggunaan alat muzik untuk mengiringi pergerakan sebagai sebahagian persekitaran

untuk pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan


bunyi-bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh menggembirakan
hati mereka.
Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai pergerakan
secara intim, memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann
pergerakan mereka. Untuk memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan
kanak- kanak dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk
ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta dapat munyuburkan
minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada adunan ritma, aktivitu
seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan.
Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia
meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar
irama muzik mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang
sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut. Melalui
pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan andaian serta
menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu
pendidik meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan
lebih berkesan lagi. Dengan mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing
antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama
lain.
Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana
proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Ini bererti kanak- kanak dapat berfikir secara spontan, membuat
penyelesain masalah, memberi konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah
melalui drama juga ia dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana
mereka cuba mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila
bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.
Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk melukis, mengukir,
mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ia juga
membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak
terhadap keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana
diberi peluang untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga
membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri.
Melalui seni visual mereka akan memperlajari membuat pemerhatian terhadap skop
yang lebih meluas, mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga
menyuntik semangat untuk belajar kepada kanak- kanak untuk lebih megingati
pelaran yang dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya
malumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kapada kanak-kanak. Sebagai
contoh warna yang berwarna-wani dan reka bentuk yang unik digunakan untuk
menarik perhatian mereka.
astikbbdah.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-seni-dalam-pendidikan.html

Wednesday, 18 July 2012

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN


Peranan Seni dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk
sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu
perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam
Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah:
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai
media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain
itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang
diajar.
b)

c)

Memupuk nilai kerjasama


Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social
yang terjalin melalui deria sentuh.

Memenuhi keperluan sosial yang asas


Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi keduadua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa
yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan
untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik
sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni
dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya
danb menghargai bakat yang dimiliki.

d)

Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses


pengajaran dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan
dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai
bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan
pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

e)

Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi


Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia
atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan
kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui
tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan
boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina
kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan
diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan:
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/peranan-seni-dalam-pendidikan.html

Wednesday, November 3, 2010

Aplikasi Seni Dalam Pengajaran


Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah
mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan
atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang
seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama.
Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga
kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan
ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,

manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula
lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu
membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan
dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat
atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil
yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana,
pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza
dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran meggunakan kapur dan papan
tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada
nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid
akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana,
guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan
sebagainya.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling muridmurid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling
mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni
muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang
berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan
belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak
ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni
irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain
itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak
untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih
seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak
tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam
matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di
sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ),
kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat.
Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga
pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp
tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan
kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat,
sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini,

secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam
suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang
lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama
yang mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan
memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri
dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,
kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang
diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan
murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti
yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai
kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang
bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam
masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan,
murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat
dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu
dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk
haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid
menjalani proses memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna,
tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang
mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan
mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid
untuk membentang hasil yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan
menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif.
Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang
berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan
yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu
bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai
oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah
yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok
dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian yang
dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru.
Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan

ilmu baru kepada murid-muridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui
kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan
seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil
kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.

http://rafaierizuwansenipendidikan.blogspot.com/2010/11/aplikasi-seni-dalampengajaran.html

Thursday, October 6, 2011

Kepentingan Seni dalam Pendidikan


Pengenalan
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni,
muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan
kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya
dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara
aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan
kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh
itu,
Seni
Dalam
Pendidikan
membolehkan
murid
/
kanak-kanak
mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif
Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama
manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan
pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih
kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar
meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk
mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni
Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan
kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui
penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di
sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata
pelajaran lain.

Matlamat
Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan
seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan


kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata
pelajaran lain
Tugasan ini akan membincangkan aspek- aspek seperti
Ekspresi
Imaginasi
Penglibatan deria
Kecerdasan emosi
Kecerdasan ruang
Kecerdasan muzik
Kinestatik
Kreativiti
Ekspresi
http://betaraguru.blogspot.com/2011/10/kepentingan-seni-dalam-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai