Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

MINGGU LINUS
PROGRAM LITERASI BAHASA MALAYSIA,
NUMERASI DAN LITERASI BAHASA INGGERIS
SK (LKTP) SELANCAR 1
Pada :
24 27 FEBRUARI 2015 (Selasa Jumaat)
Tempat :
KELAS 1 USAHA, 2 USAHA, 3 USAHA DAN
BILIK PEMULIHAN KHAS

MINGGU LINUS
PROGRAM LITERASI BAHASA MALAYSIA, NUMERASI DAN
LITERASI BAHASA INGGERIS

Rasional

LINUS merupakan satu program pemulihan yang dirangka bagi


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas literasi bm, bi dan
numerasi semasa di Tahap 1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada
murid-murid yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan
mengira. Pada Tahun 2013, diperkenalkan pula LINUS 2.0 di mana program
ini turut meliputi program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan
murid menguasai kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris.
Berdasarkan dapatan saringan 2 tahun 2014, terdapat jurang yang
agak besar bagi peratus murid menguasai bagi literasi bm dan numerasi
berbanding literasi bi. Manakala dapatan daripada pra saringan untuk murid
tahun 1 pula mendapati sebahagian daripada murid tidak menguasai K1-K2
serta K3-K12. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa LINUS SK (LKTP)
Selancar 1 telah merancang pelaksanaan Program Minggu Linus untuk
memastikan murid Sk Selancar 1 berjaya melepasi ujian saringan
mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.

serta

Program

Minggu

LINUS

merupakan

satu

usaha

guru

memberi

sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah


menguasai kemahiran asas literasi BM, kemahiran asas numerasi dan
kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris mampu berada setara dengan rakan
yang lain dalam arus perdana kecuali murid berkeperluan khas.

Matlamat :
Meningkatkan penguasaan membaca, menulis dan mengira murid LINUS.
Objektif :
i)

Membantu murid Linus meningkatkan penguasaaan kemahiran


membaca, menulis dan mengira meliputi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.

ii)

Meningkatkan peratus lulus pada saringan berikutnya.

iii)

Memupuk minat murid untuk belajar bahasa inggeris dengan lebih


mendalam.

iv)

Mengurangkan jurang peratus murid tidak menguasai antara literasi


bm, numerasi dan literasi bi.

Sasaran :
i)

Murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 yang masih belum menguasai


asas literasi, numerasi dan Bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Program :
Program ini dijalankan secara kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan
dalam lampiran. Program ini dilaksanakan selama 4 hari pada waktu
persekolahan dengan melibatkan semua guru Linus tahap 1 dan guru
pemulihan khas.

Tarikh Pelaksanaan :
24 hingga 27 Februari 2015 (Selasa Jumaat)
Tempat :
Kelas 1 Usaha, 2 Usaha, 3 Usaha dan bilik pemulihan khas.

Sumber :
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Modul literasi bm, bi dan numerasi


Buku BACEPAT
Kad-kad bacaan
Bahan pemulihan
Bahan membaca dan menulis Bahasa Inggeris
Lain-lain bahan yang sesuai

Strategi :
(LITERASI)
1. Dilaksanakan di dalam kelas.
2. Murid membuat aktiviti Linus berdasarkan bahan yang disediakan
dengan kerjasama guru yang mengajar pada waktu berkenaan.
3. Latih tubi bacaan berdasarkan aras mudah, aras sederhana dan aras
sukar.
4. Dijalankan pada pukul 7.40 pagi sehingga 10.10 pagi.
5. Murid mampu menguasi kemahiran asas literasi (membaca dan
menulis)

(NUMERASI)
1. Dilaksanakan di dalam kelas.
2. Murid membuat aktiviti Linus berdasarkan bahan yang disediakan
dengan kerjasama guru yang mengajar pada waktu berkenaan.

3. Murid dibimbing guru dengan asas numerasi berdasarkan aras mudah,


aras sederhana dan aras sukar.
4. Dijalankan pada pukul 7.40 pagi sehingga 10.10 pagi.
5. Murid mampu menguasi kemahiran asas literasi (membaca dan
menulis)
(B. INGGERIS)
1. Dijalankan di dalam kelas.
2. Dilaksanakan pada
persekolahan.

pukul

10.40

pagi

sehingga

tamat

waktu

3. Murid dibimbing guru dengan asas literasi BI berdasarkan aras mudah,


aras sederhana dan aras sukar.
4. Murid membuat aktiviti berdasarkan bahan yang disediakan oleh guru
berkenaan dengan kerjasama guru yang mengajar pada waktu
berkenaan.
5. Murid mampu menguasai kemahiran asas literasi BI (membaca dan
menulis)

Semua aktiviti akan disertai dengan aktiviti didik hibur.

Peruntukan Hadiah:
Wang Sekolah

Penilaian :
1. Guru bertindak sebagai mentor akan menilai murid.
2. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran oleh pihak sekolah mengikut
kemampuan.
3. Pemberian cenderahati di majlis penutup.

Penutup :
Program ini secara tidak langsung akan membantu memotivasikan muridmurid untuk lebih fokus ketika belajar sekaligus Berjaya menguasai asas
literasi bm, numerasi dan literasi bahasa inggeris menerusi bimbingan guru
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_____________________

______________________

(AIDA NAFISA BINTI HUSSIN)


YUSOF)
Penyelaras LINUS 2015

(YUSMALIZA BT
Guru Besar SKS 1

JAWATANKUASA MINGGU LINUS SK SELANCAR 1 2015

PENGERUSI
PN.YUSMALIZA BT YUSOF
(GURU BESAR SKS 01)
NAIB PENGERUSI
CIK NORAINE BT ABD.RAHMAN
(GPK PENTADBIRAN)
PENYELARAS LINUS
PN AIDA NAFISA BT HUSSIN
SETIAUSAHA
PN RASHIDAH BT ROBANI
GURU PEMULIHAN KHAS
PN CHE HAZRA BT AWANG NGAH
GURU LINUS BM

GURU LINUS NUMERASI

GURU LINUS BI

EN SALAHUDDIN
CIK NORAKMAWANI
PN SITI MAWARNI

EN RUSYDIL
EN MOHD ANUAR

PN INTAN NORHAIDA
PN JURINAWATI
PN KHAIRUNNISAA

SENARAI NAMA MURID LINUS 2015

BORANG STATISTIK MINGGU LINUS (LBM)

HARI/

ARAS RENDAH

TARIKH

(Bil.murid)

ARAS
SEDERHANA
(Bil.murid)

ARAS SUKAR
(Bil.murid)

TAMBAHAN
(BOLEH
MEMBACA
BUKU CERITA/
MAJALAH)
(Bil.murid)

SELASA
24.2.2015

RABU
25.2.2015

KHAMIS
26.2.2015

JUMAAT
27.2.2015

BORANG STATISTIK MINGGU LINUS (NUMERASI)

HARI/

KENAL NOMBOR

TAMBAH

TOLAK

TARIKH

(Bil.murid)

(Bil.murid)

(Bil.murid)

SELASA
24.2.2015

RABU
25.2.2015

KHAMIS
26.2.2015

JUMAAT
27.2.2015

Anda mungkin juga menyukai