Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Yang Berusaha Encik Abd

Malek bin Abd Kadir , Penyelia Petang SMK Datin Onn Jaafar, Yang dihormati
Tn Hj Azidin bin Saadon Penolong Penyelia Petang SMKDOJ, rakan-rakan guru
seperjuangan dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Tahniah kepada pelajar
yang hadir ke sekolah pada hari ini.
Saya bersama Pn Adabiah dan En Azmi merupakan guru bertugas pada
minggu lepas.
Sepanjang minggu lepas beberapa program telah dijalankan. Antaranya
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Mesyuarat Agung Badan Beruniform,
Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta Mesyuarat Rumah Sukan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru kerana semua
program dapat dilaksanankan dengan jayanya.
Namun begitu, Kami mendapati ada beberapa perkara yang perlu diberi
teguran dan diambil perhatian oleh para pelajar.
Perkara pertama berkaitan dengan kekemasan diri pelajar. Ramai
pelajar yang masih memakai stokin pendek bawah paras buku lali, tidak
bertali leher dan tidak memakai tanda nama. Selain itu, rambut pelajar lelaki
dan perempuan yang tidak bertudung tidak disikat dengan kemas. Kami
berharap perkara-perkara ini tidak berlaku lagi pada minggu ini dan masa
akan datang.
Perkara yang ke-2, berkaitan dengan disiplin pelajar. Ramai pelajar yang
masuk kelas lewat terutamanya selepas waktu rehat dan selepas waktu solat
asar dengan alasan pergi ke tandas, berjumpa dengan guru dan sebagainya.
Pelajar sepatutnya terus masuk ke kelas selepas waktu rehat atau selepas
solat dan meminta izin dengan guru mata pelajaran sebelum keluar ke manamana.
Perkara yang ke-3 ingin cikgu sentuh ialah berkaitan dengan
pengurusan kelas. Kami dapati banyak sampah berterabur di atas lantai.
Selain itu, papan putih tidak dipadam selepas habis waktu satu-satu mata
pelajaran. Pelajar tidak bergerak sendiri sehingga guru mata pelajaran yang
berikutnya mengarahkan untuk membersihkan papan tulis. Ini membuang
masa dan pelajar sepatutnya membersihkan papan tulis sejurus selepas guru
mata pelajaran keluar dari kelas.
Akhir sekali, berkaitan keselamatan diri pelajar. Kami mendapati para
pelajar berebut-rebut berlari untuk menaiki bas terutamanya semasa waktu
balik dari sekolah Diharap pelajar dapat menjaga keselamatan diri semasa
datang dan balik sekolah.
Para pelajar diharap dapat mengambil perhatian terhadap teguranteguran cikgu tadi dan memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi pada
masa hadapan. Sekian, terima kasih. Wabilahi taufiq walhidayah,
assalamualaikum waramatullahi wabarakkatuh dan Salam 1 Malaysia.