Anda di halaman 1dari 2

RAKYAT MALAYSIA RANKING KEDUA AKHIR..

Hidup Malaysia
Untuk info, Rakyat Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai
buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest...
Memetik sumber yang dikongsikan di sebuah blog, berikut dapat kami senaraikan antara sikap
dan perangai negatif rakyat Malaysia yang seringkali terjadi dikalangan masyarakat negara ini....

1. Memandu secara melulu & membahaya


seperti menukar lorong tanpa memberi lampu
isyarat kanan/kiri dan membunyikan hon dengan
sewenang-wenangnya hanya kerana ini cepat
sampai ke destinasi...

2. Tidak mematuhi papan tanda Makan di


dalam LRT, merokok di kawasan larangan
merokok, membuang sampah di merata-rata,
serta meletakkkan kereta di zon larangan letak
kereta....
3. Merampas tempat letak kereta yang telah
ditunggu oleh pemandu kereta yang lain dan parkir di tempat khas untuk golongan OKU...

4. Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan seperti wanita
mengandung dan orang tua dalam pengangkutan awam...

5. Tidak membenarkan atau memberi laluan keluar kepada penumpang pengangkutan awam
sebelum masuk...

6. Bercakap dengan suara yang kuat di telefon bimbit di tempat awam seperti di pawagam...

7. Tidak menahan pintu terbuka atau pintu lif untuk orang yang masuk selepas mereka....

8. Tidak mengucapkan Terima Kasih apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk
anda...

9. Tabiat buruk seperti meninggalkan troli pasaraya di tempat letak kereta, mencangkung di
tandas duduk / mengotorkan tandas awam....

10. Kerap lewat....

Anda mungkin juga menyukai