Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap
insan. Seseorang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, akan di
sanjung tinggi dan dipandang mulia .pendidikan juga amat penting dalam pembangunan
negara. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013),
pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting
untuk memupuk integrasi antara kaum dalam usaha pembangunan negara.
Sebagai tulang belakang dalam bidang pendidikan, seorang guru harus sentiasa
bersedia menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dalam menghadapi perkembangan
ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi
maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pada masa kini
dengan perancangan yang rapi dan strategik. Para pendidik juga perlu sedar bahawa
dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah
bersifat futuristik. Justeru itu, guru haruslah mampu menghadapi sebarang kemungkinan
untuk membentuk generasi masa hadapan ke arah kecemerlangan.
Oleh itu, sebagai persiapan untuk menyediakan generasi akan datang bagi
menghadapi cabaran seumpama ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan
merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September 2013. PPPM ini melibatkan
kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh
negara. Melalui PPPM prestasi semasa sistem pendidikan negara akan dinilai dengan
mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa.
Bukan itu sahaja, pelan juga telah mencadangkan sebelas anjakan strategik
yang merupakan landasan transformasi dalam pendidikan negara untuk mencapai lima
aspirasi sistem pendidikan di Malaysia iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan
Kecekapan. Terdapat juga enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri tersebut ialah ilmu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional.

2.0

MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA


Modul pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia ini dirangka bagi murid Tahun 2
dengan merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Dokumen
Standard Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 2 , 2011.
2.1

MODUL PEMBELAJARAN
MARI MENGENAL KUIH-MUIH

Cadangan Masa
Tunjang Utama

Satu Jam
Mendengar dan Bertutur
Bahasa Malaysia
1.6.2

: Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang


sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat dan jelas secara bertatasusila

Standard Pembelajaran
Utama

2.5.1

: Membaca dan memahami bahan grafik yang


mempunyai kad perkataan dengan betul.

4.1.1

: Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui


nyanyian secara didik hibur

Standard Pembelajaran

Dunia Seni Visual

Lain (Penggabungjalinan)

3.3.1 : Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Meneka dan menyebut nama-nama kuih

Objektif Pelajaran

2) Membuat beberapa jenis kuih dengan menggunakan


tanah liat.
3) Menyanyikan lagu kuih oh kuih dengan kuat dan jelas

Konsep Utama
Kosa Kata
Alatan dan Bahan

Mengenali jenis-jenis kuih


Karipap, berlapis-lapis, sardin, enak
Kuih muih (bahan maujud), petikan dialog, gambar, kad
grafik, tanah liat, Lirik dan muzik lagu Kuih Oh Kuih

LANGKAH PENGAJARAN :

Langkah-langkah pengajaran bagi modul ini adalah seperti berikut :


Pendahuluan :
1)

Guru membawa masuk sebuah beg plastik hitam.


2) Guru memanggil beberapa orang murid untuk menghidu dan merasa (sentuh
menggunakan tangan) kuih yang terdapat di dalam beg plastik hitam tersebut.
3) Murid meneka kuih-muih yang disentuh dan dirasa
4) Guru menunjukkan kuih-muih yang terdapat di dalam beg plastik tersebut.
5) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kuih-muih

Perkembangan :
Fasa 1 :
1)
2)

Guru mengedarkan teks .


Guru membimbing murid membaca teks dan melakonkan dialog yang diberi dengan

3)

betul.
Murid melakonkan dialog yang diberi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang

4)
5)

betul.
Murid menyebut nama kuih yang terdapat dalam dialog yang dibaca.
Murid membuat ringkasan tentang kuih muih yang terdapat dalam dialog dari segi

6)
7)
8)

bentuk dan rasa kuih tersebut secara lisan


Guru mengadakan sesi teka-teki untuk menguji pengetahuan murid.
Murid membaca kad grafik teka teki.
Murid meneka dan menyebut jawapan berdasarkan kad grafik yang dibaca.
Fasa 2 :

1)
2)
3)
4)

Setiap murid duduk dalam kumpulan masing-masing.


Guru menayangkan cara-cara membuat kuih karipap dan donut.
Guru memberikan tanah liat kepada setiap kumpulan.
Murid membentuk dan membuat beberapa jenis kuih dengan menggunakan tanah liat

5)

secara berkumpulan berdasarkan video yang telah dilihat.


Murid menceritakan mengenai kuih-muih yang dibuat dengan menggunakan tanah liat di

6)
7)

hadapan kelas berdasarkan pengetahuan yang mereka ada.


Guru memberikan penerangan mengenai jual beli.
Murid mengadakan simulasi aktiviti berjual beli dengan kuih yang telah dibuat.

PENUTUP
1) Murid menyanyikan lagu Kuih Oh Kuih dengan menggunakan melodi Nenek-nenek
Si Bongkok Tiga
Kuih Oh Kuih
3

Ibu saya rajin buat kuih


Bermacam-macam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah Melaka
Sungguh sedap dimakan bersama
Keria, donut, koci dan lapis
Marilah kawan mari dekat
Rasalah kuih yang sungguh lazat
Pasti kawan semua akan suka

2)

Murid menyebut kembali nama-nama kuih yang terdapat dalam lirik lagu yang telah
dinyanyikan.

PENTAKSIRAN
Murid dapat menyebut, meneka dan menceritakan pelbagai jenis kuih berdasarkan
kepada pengetahuan mereka.

2.2

HURAIAN MODUL

Berdasarkan modul yang telah dirangka seperti di atas, modul ini dirangka untuk muridmurid tahun dua. Modul ini dirangka dengan mengikut tema kebudayaan. Oleh itu, tajuk
yang dipilih bersesuaian dengan tema tersebut adalah Mengenal Kuih-Muih Tradisional.
Modul ini mempunyai peringkat pendahuluan, perkembangan, penutup dan pentaksiran.
Ciri utama yang digarap dalam penghasilan modul ini berdasarkan kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah ciri ilmu pengetahuan. Namun
begitu, ciri-ciri lain turut disertakan juga.
Peringkat pertama ialah peringkat pendahuluan atau lebih dikenali dengan set
induksi. Pendahuluan hanya dijalankan selama 5 minit sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran sebenar dimulakan. Pada peringkat ini, guru menggunakan teknik meneka
yang turut menggunakan unsur saspens. Murid akan berasa teruja untuk merasa dan
menyentuh kuih yang terdapat dalam beg plastik hitam. Kemudian, murid akan

memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai


kuih-muih. Pada peringkat ini, aspek pengetahuan diketengahkan. Hal ini dapat dilihat
apabila murid cuba memberikan jawapan dengan menyebut nama-nama kuih yang
mereka ketahui.
Seterusnya, pada peringkat perkembangan terdapat dua fasa utama iaitu fasa
satu dan fasa dua. Bagi fasa dua, aktiviti yang dilaksanakan adalah selama 25 minit.
Guru akan melaksanakan aktiviti membaca teks dan melakonkan cerita yang dibaca.
Melalui pembacaan teks dan lakonan ini, murid akan didedahkan kepada pengetahuan
mengenai kuih-muih tradisional yang terdapat dalam masyarakat. Pengetahuan
mengenai kuih-muih tradisional ini akan terus berkembang apabila murid-murid saling
berkongsi dan berbicara mengenai sesuatu kuih dari segi rasa dan bentuknya.
Kemudian, murid akan menambahkan lagi pengetahuan di samping mengasah daya
kemahiran berfikir dengan menyertai sesi teka teki yang turut akan dilaksanakan dalam
fasa satu ini.
Bagi peringkat perkembangan fasa dua pula, murid akan duduk dalam kumpulan
masing-masing. Pada ketika ini, sebuah video mengenai cara-cara membuat kuih akan
di tayangkan di hadapan kelas. Video akan ini ditayangkan bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada murid-murid mengenai cara-cara membuat kuih. Kemudian, setiap
kumpulan akan diberikan tanah liat, dan murid dikehendaki untuk membuat beberapa
jenis kuih berdasarkan kepada pengetahuan yang diperoleh melalui video tersebut.
Pada peringkat ini juga, daya kreativiti murid akan berkembang dan pengetahuan
mereka akan menjadi semakin luas. Kemudian, usai membuat kuih menggunakan tanah
liat, murid akan menceritakan semula jenis-jenis kuih yang dibuat dari segi tekstur, rasa
dan bentuknya. Satu simulasi aktiviti berjual beli kuih akan dilaksanakan oleh guru
menggunakan kuih-muih yang telah dibuat dengan tanah liat tersebut. Melalui simulasi
ini, murid akan didedahkan dengan ilmu urus niaga dan berjual beli secara tidak
langsung. Pada peringkat ini, aktiviti yang dijalankan adalah selama 25 minit.
Akhir sekali, pada peringkat penutup setiap orang murid akan menyanyikan lagu
Kuih Oh Kuih dengan menggunakan melodi Nenek-nenek Si Bongkok Tiga. Melalui lagu
ini juga, murid akan didedahkan lagi dengan beberapa nama-nama kuih tradisional yang
lain. Setiap peringkat yang dilaksanakan, pentaksiran yang dijalankan adalah
berdasarkan kepada murid dapat menyebut, meneka dan menceritakan pelbagai jenis
kuih berdasarkan kepada pengetahuan mereka.
5

3.0

PENUTUP
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2015 merupakan satu
langkah drastik dalam transformasi sistem pendidikan negara bagi melahirkan individu
yang berupaya bersaing pada peringkat global. PPPM ini mempunyai enam ciri yang
utama berserta dengan sebelas anjakan yang menyokong kepada transformasi
pendidikan berdasarkan kepada enam ciri utama tersebut.
Antara ciri utama yang perlu digarap dalam bidang pendidikan agar transformasi
ini berjaya ialah Ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran
memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Ilmu pengetahuan merupakan
satu perkara yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai
adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik
tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kesemua ciri ini perlu diberikan
perhatian yang menyeluruh agar transformasi pendidikan negara ini dalam dilaksanakan
dengan jayanya.

Guru pada masa kini perlu bijak dalam melaksanakan tugasan harian mereka.
Guru merupakan insan yang paling hampir dalam melahirkan modal insan yang memiliki
minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran dunia globalisasi pada masa kini.
Sebagai agen perubahan, guru harus bijak menyediakan modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah berdasarkan kepada enam ciri utama yang terdapat
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) agar murid lebih bersedia
untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang. Tindakan holistik perlu
segera dilaksanakan agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara
dengan masyarakat negara luar.