Anda di halaman 1dari 18

Ayat Aktif dan Ayat

Pasif
Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua
bentuk ayat yang berbeza tetapi
menyampaikan makna yang sama.

Ayat aktif boleh ditukar menjadi


ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif
transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif
tak transitif tidak boleh dipasifkan
kerana tidak ada objek.

Ayat pasif dapat dibahagikan


kepada 3 jenis:
1. Ayat pasif diri pertama
2. Ayat pasif diri kedua
3. Ayat pasif diri ketiga

Cara untuk membentuk ayat pasif


diri pertama dan ayat pasif diri
kedua adalah sama.
Ayat Aktif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + kata kerja transitif + objek
subje
KKT
objek
k
Saya membaca
majalah itu.
Kami mengemaskan rak buku.
Kamu makan
nasi.
Awak menyimpan
baju.
Ayat Pasif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + pelaku + kata kerja transitif
(tanpa awalan)
subjek
pelaku
KKP
Majalah itu
saya
baca.
Rak buku
kami
kemaskan.
Nasi
kamu
makan.

Baju

awak

simpan.

Apabila menukar ayat aktif


kepada ayat pasif, semua imbuhan
awalan perlu digugurkan manakala
imbukan akhiran perlu dikekalkan.

Jika terdapat kata bantu (sudah,


telah, pernah dan lain-lain) dalam
ayat aktif, ia perlu diletakkan di
hadapan kata ganti nama diri
(pertama/kedua) dalam ayat pasif.

Cara untuk menukar ayat aktif


pelaku diri ketiga kepada ayat pasif
ialah

Ayat Aktif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif + objek
subjek
KKT
objek
Siti
minum
susu.
Baginda menyampaikan ucapan.

Ayat Pasif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif
(berawalandi-) + kata sendi
nama oleh + pelaku
subjek
KKP
pelaku
(berawalan
di-) + oleh
Susu
diminum oleh Siti
Ucapan disampaikan baginda.
oleh

Semua kata kerja pasif perlu


menggunakan imbuhan
awalan di- dan diikuti kata sendi
nama oleh.

Jika terdapat kata bantu (sedang,


telah, mesti dan lain-lain) dalam
ayat pasif diri ketiga, ia perlu
diletakkan di hadapan kata kerja
pasif.

AYAT AKTIF / AYAT PASIF


Lagi Tips untuk Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)
manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai predikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.

iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan.


(Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai
subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai predikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i.
Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku
gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.

Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi
oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas
pesakit tersebut.

Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang
berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar


Melaka.
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat


Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut
pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang
nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa
depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di
mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya
sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang
membaca buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.
E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di
bandar.
Ayat aktif :
Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis
tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan
lalu.
Ayat aktif :

Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal
bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif :
Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang
pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para
pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif :
Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu
ke dalam bekas plastik.

F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang
ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan
bagi menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi
memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank
saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah


bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta
rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan
apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang
berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga
diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh
pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja
mereka pada setiap akhir tahun.
12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar
kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.
13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena
ulang tahun kelahirannya.
14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal
itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.
15. Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran
dengan sawah padinya pada petang kelmarin.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang
ditebang oleh bapa saudara saya.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1. Tukang rumah membina pondok kecil itu.


A. Rumah dibina oleh tukang pondok itu.
B. Pondok itu dibina oleh tukang rumah
kecil.
C. Rumah pondok kecil itu dibina oleh
Tukang.
D. Pondok kecil itu dibina oleh tukang
Rumah.

2. Seorang pelukis yang muda melukis


gambar itu.

A.

Gambar yang muda itu dilukis oleh seorang pemuda.

B.

Gambar itu dilukis oleh yang muda seorang.

C. Gambar itu dilukis oleh seorang pelukis yang muda.


D. Pelukis yang muda itu dilukis oleh seorang gambar.

3. Bapa Ahmad membersihkan kawasan


rumah.

A.

Kawasan dibersihkan rumah oleh

bapa Ahmad.
B.

Kawasan dibersihkan oleh rumah bapa Ahmad.

C. Rumah bapa Ahmad dibersihkan oleh kawasan itu.


D. Kawasan rumah dibersihkan oleh bapa Ahmad.

4. Ali membaca buku cerita itu semalam.

A. Buku cerita semalam dibaca oleh Ali.


B. Buku cerita dibaca oleh Ali semalam
itu.
C. Buku cerita itu dibaca oleh Ali
semalam.
D. Oleh semalam buku cerita itu dibaca
Ali.

5. Semua penunggang motosikal memakai


topi keledar.

A. Topi keledar dipakai oleh semua penunggang motosikal.


B. Topi keledar penunggang dipakai oleh semua.
C. Topi keledar motosikal dipakai oleh semua penunggang.
D. Topi keledar dipakai oleh penunggang semua motosikal.

6. Polis akan menangkap perompak itu.

A.

Perompak akan ditangkap oleh polis

itu.
B.

Perompak itu akan polis menangkap.

C. Perompak itu akan ditangkap oleh polis.


D. Perompak polis itu oleh akan ditangkap.

7. Siti menjumpai benda itu semasa berjalan


ke pasar.

A.

Semasa benda itu dijumpa oleh Siti berjalan ke pasar.

B.

Semasa berjalan ke pasar benda dijumpa oleh siti itu.

C. Benda itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan ke pasar.


D. Benda pasar itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan.

8. Harimau menyerang arnab yang lemah


itu.

A. Arnab itu dierang oleh harimau yang


lemah.
B. Arnab yang lemah diserang oleh harimau.
C. Arnab yang lemah itu diserang oleh harimau.
D. Arnab diserang oleh itu harimau yang lemah.

9. Pelawat-pelawat sedang membeli barang


itu.

A.

Barang itu dibeli oleh sedang pelawat-

pelawat.
B.

Barang dibeli oleh sedang pelawat-pelawat itu.

C. Barang sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.


D. Barang itu sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.

10. Murid-murid menyimpan buku di dalam


laci.

A.

Buku disimpan di dalam laci oleh

murid-murid.
B.

Buku disimpan oleh murid-murid di dalam laci.

C. Buku murid-murid disimpan di dalam laci.


D. Buku di dalam laci disimpan oleh murid-murid.

11. Saya melambungkan bola kepada Chee


Eng.

A.

Chee Eng dilambungkan bola oleh saya.

B.

Chee Eng bola dilambungkan oleh saya.

C. Bola saya lambungkan kepada Chee Ming.


D. Bola dilambungkan oleh saya kepada Chee Eng.

12. See Heng memakai sebuah jam tangan


yang cantik.

A.

Sebuah jam tangan yang cantik dipakai oleh See Heng.

B.

Sebuah jam tangan dipakai oleh See Heng yang cantik.

C. Sebuah jam tangan dipakai oleh cantik yang See Heng.


D. Sebuah jam See Heng dipakai oleh tangan yang cantik.

13. Puan Rosnah menyimpan wang dalam


bank.

A. Wang disimpan oleh Puan Rosnah dalam bank.


B. Wang disimpan dalam bank Puan Rosnah.
C. Wang bank disimpan oleh Puan Rosnah.
D. Wang dalam bank disimpan oleh Puan Rosnah.

14. Dia menambat lembu itu pada sepohon


pokok.

A.

Lembu itu ditambatnya pada sepohon pokok.

B.

Lembu ditambatnya pada sepohon pokok itu.

C. Lembu ditambatnya pokok itu pada sepohon.


D. Lembu itu ditambatnya pada pokok sepohon.

15. Ramai orang telah menyaksikan


pertunjukan itu.

A.

Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.

B.

Pertunjukan ramai telah disaksikan oleh itu.

C. Ramai pertunjukan itu telah disaksikan oleh orang.


D. Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.

16. Murid itu telah dipuji oleh cikgu.

A.

Cikgu telah memuji murid itu.

B.

Cikgu itu telah memuji murid.

C. Telah Cikgu memuji murid itu.


D. Cikgu memuji murid itu telah.

17. Kelapa-kelapa itu telah dipetik oleh


monyet.

A.

Monyet memetik telah kelapa-kelapa.

B.

Kelapa-kelapa itu telah memetik monyet.

C. Monyet itu telah memetik kelapa-kelapa.


D. Monyet telah memetik kelapa-kelapa itu.

18. Kad Tahun Baru Cina itu telah diterima


oleh Chee Keng.

A.

Cina Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru.

B.

Chee Keng menerima Kad Tahun Baru telah Cina.

C. Chee Keng baru telah menerima Kad Tahun Cina.


D. Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru Cina itu.

19. Gambar itu dilukis oleh Maniam selepas


makan malam.

A.

Selepas makan malam Maniam melukis gambar itu.

B.

Maniam selepas makan malam melukis gambar itu.

C. Selepas makan malam gambar itu melukis Maniam.


D. Selepas makan malam itu Maniam melukis gambar.

20. Bendera dinaikkan oleh pengawas

sekolah pada tiap-tiap hari Isnin.

A.

Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas menaikkan bendera sekolah.

B.

Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas sekolah menaikkan bendera.

C. Pengawas sekolah menaikkan tiap-tiap bendera pada hari Isnin.


D. Pengawas sekolah menaikkan pada tiap-tiap hari Isnin bendera.

Anda mungkin juga menyukai