Anda di halaman 1dari 2

Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda

Haikal ialah anggota Kelab Doktor Muda. Tujuan Haikal menyertai


kelab ini adalah untuk penimbaan maklumat berkaitan dengan ilmu
asas kesihatan. Oleh yang demikian, Haikal dapat membimbing dan
membantu rakan sebaya dan keluarganya. Antara bantuan Haikal dan
anggota Kelab Doktor Muda termasuklah membantu guru-guru
semasa temasya sukan sekolah.
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Haikal telah mengadakan
Temasya Sukan Sekolah ke-12. Tugas Haikal dan rakan-rakannya
adalah sebagai pembantu Puan Suraya binti Daud. Puan Suraya ialah
guru penasihat Kelab Doktor Muda di sekolahnya. Tugas mereka
adalah di bahagian pertolongan cemas yang membantu peserta yang
pengsan ataupun cedera.
Jika ada peserta yang pengsan, Haikal membaringkan pesakit
dan meninggikan kaki pesakit. Rawatan ini adalah untuk keselesaan
pesakit mendapat udara yang cukup.
Sesungguhnya perkhidmatan yang diberikan oleh Kelab Doktor
Muda amat membanggakan pihak sekolah.

Cari dan tulis semula ayat yang mengandungi kata pemeri :


Ialah
1. Haikal ialah anggota Kelab Doktor Muda. (frasa nama)
2. Puan Suraya ialah guru penasihat Kelab Doktor Muda di
sekolahnya. (frasa nama)
Adalah
1. Tujuan Haikal menyertai kelab ini adalah untuk penimbaan
maklumat berkaitan dengan ilmu asas kesihatan. (frasa sendi)
2. Tugas Haikal dan rakan-rakannya adalah sebagai pembantu Puan
Suraya binti Daud.(frasa sendi)
3. Tugas mereka adalah di bahagian pertolongan cemas yang
membantu peserta yang pengsan ataupun cedera. (frasa sendi)
4. Rawatan ini adalah untuk keselesaan pesakit mendapat udara
yang cukup. (frasa sendi)

Anda mungkin juga menyukai