Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan:
Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang
banyak terdapat di seantero negara. Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara
akan disuaigunakan semula sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan
awam.Sejak UNESCO mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah, baru
timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. Persoalannya, apakah kepentingan
pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?
2. PERENGGAN ISI 1 )
Bangunan-bangunan bersejarah memang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai. Melalui
darmawisata ke tempat-tempat bersejarah, generasi muda dapat menghayati fakta-fakta sejarah yang dipelajari
dalam buku teks Sejarah.Misalnya, pembinaan kota A Famosa (bermaksud Yang Termasyhur dalam bahasa
Portugis) atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka
terhadap penjajah. Dengan erti kata lain, fakta-fakta sejarah ini dapat memupuk nilai patriotisme dalam kalangan
generasi muda kita.
3. PERENGGAN ISI 2
Selain nilai sejarah, bangunan-bangunan bersejarah memaparkan seni bina awal yang begitu unik.
Selain rumah kediaman, seni bina Melayu turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja,
rumah wakaf, dan seni bina makam atau pusara.Ciri-ciri seni bina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunanbangunan lama yang masih kekal ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti Istana Kenangan di
Perak, Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid Tengkera di Melaka, dan sebagainya. Pendek kata, seni bina Melayu
yang indah ini bukan sahaja unik malahan memberikan nilai estetika yang begitu tinggi dan seharusnya dipelihara
untuk pengekalan atau pelestarian identiti bangsa.
4. PERENGGAN ISI 3
Tidak ketinggalan juga, bangunan bersejarah dapat menyumbang kepada kerancakan industri
pelancongan negara kita.Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarah
dan seni bina yang unik dapat menjadi tarikan pelancong.Tamsilnya, para pelancong yang berpendidikan akan
terpesona oleh zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 apabila melihat Pintu
Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul. Pendek kata, bangunan dan
monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

KESIMPULAN: (KCHP) Ayat Kesimpulan / Ayat Cadangan / Ayat Harapan / Ayat Penegasan
Ijmalnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa bangunan bersejarah sangat bermakna kepada nusa
dan bangsa.. Oleh itu adalah menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk memelihara dan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh
dalam hal ini, sudah pasti bangunan-bangunan bersejarah akan menjadi tatapan generasi yang akan
datang seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Maklumlah bangunan
bersejarah bangunan kebanggaan kita.

Anda mungkin juga menyukai