PELAJARAN
PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Penubuhan Panitia Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 menegaskan pentingnya penubuhan panitia mata
pelajaran di sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mengembleng tenaga pengajar
dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar melalui strategistrategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Badan ini juga patut
berikhtiar mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahkan juga masalah yang berkaitan dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar murid. Dengan tugas dan tanggungjawab yang
berat ini, maka ketua panitia mata pelajaran patutlah terdiri daripada guru kanan
yang berpengalaman.
Panitia Kemanusiaan
persatuan
akademik
bagi
meningkatkan
prestasi
dan
14. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyedia dan
mengedarkan minit mesyuarat, menyelenggarakan fail-fail panitia, menyediakan
laporan dan rekod, surat menyurat dan perkara-perkara lain.
15. Membantu Guru Besar menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka
panjang yang dimuatkan dalam blue print akademik sekolah.
16. Membantu guru baru dalam hal-hal ikhtisas.
17. Membantu guru berusaha menyediakan bahan bantu mengajar
dengan
mengadakan bengkel di kalangan guru dan memastikan penggunaannya dengan
berkesan.
18. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia untuk dikemukakan kepada
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
peperiksaan
sekolah
dan
menetapkan
11. Bekerjasama erat dengan guru perpustakaan bagi memperolehi buku-buku mata
pelajaran berkenaan untuk perpustakaan sekolah.
12. Memastikan segala alat dan bahan kegunaan guru direkod, dikemaskini dan
dijaga dengan baik, di samping mewujudkan sistem yang memudahkan guru
menggunakannya.
13. Mengkaji, meneliti, membincang dan mengambil tindakan ke atas laporan Nazir
Sekolah.
14. Menyediakan
satu laporan tahunan mengenai keadaan pengurusan serta
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran.
Aktiviti Panitia
Berikut diberikan beberapa perkara profesional yang perlu diberi perhatian oleh
panitia mata pelajaran dalam perancangan aktiviti serta dalam mesyuarat-mesyuarat
panitia:
1. Rancangan penambahan alat dan bahan mata pelajaran
4
Pengurusan Panitia
2.
3.
4.
5.
6.
7.
mata
pelajaran
soalan
Permainan
Kuiz/pertandingan
Perkembangan Staf
1. Perkembangan staf merupakan suatu program untuk meningkatkan
pengetahuan, kecekapan serta memperluaskan pengalaman guru dalam sesuatu
bidang profesional. Pihak sekolah digalak mengadakan program ini untuk
mempertingkatkan prestasi guru di dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran berkenaan serta di dalam bidang lain yang berkaitan.
2. Program perkembangan staf boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu luaran
(external) dan dalaman (in-house):
Program perkembangan staf luaran adalah kursus/bengkel/seminar dan lainlain yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar seperti Jabatan Pendidikan Negeri/
Bahagian/Daerah, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jemaah Nazir Sekolah,
universiti, maktab perguruan dan agensi-agensi lain. Oleh itu, pihak sekolah
haruslah merancang serta menggalakkan guru-gurunya mengikut/menyertai
program yang disediakan di dalam bidang yang berkaitan.
Perkembangan staf dalaman pula adalah program dan aktiviti yang dirancang
dan dijalankan oleh pihak sekolah bagi guru di peringkat sekolah. Program
perkembangan staf jenis ini boleh juga dimasukkan sebagai salah satu aktiviti
panitia.
3. Antara contoh-contoh program perkembangan staf dalaman yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mempertingkatkan taraf profesion guru
ialah:
Mengkaji penggunaan bahan-bahan sumber mata pelajaran seperti
alat/bahan bantu mengajar;
Mengadakan
sesi perbincangan dan sumbangsaran mengenai isu-isu
dan masalah-masalah pengajaran dan pembelajara mata pelajaran
berkenaan;
Mengadakan bengkel untuk penyediaan bahan pengajaran mata pelajaran
berkenaan;
Mengadakan sesi ceramah/syarahan dengan menjemput penceramah dari
luar (seperti Guru Sumber, pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik atau
Jemaah Nazir Sekolah) atau guru sekolah yang telah mengikuti
kursus/bengkel anjuran pihak luar, misalnya Kursus PKSR, Kursus
Pengurusan Kurikulum dan sebagainya;
Mengadakan kursus pembaharuan/peningkatan di dalam bidang pedagogi
atau kaedah mengajar terbaru dalam aspek-aspek berkenaan.
4. Pihak sekolah seharusnya juga menggalakkan guru membaca buku-buku atau
majalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
berkenaan. Bagi tujuan ini, pihak sekolah perlulah menyediakan buku-buku
rujukan, jurnal dan majalah yang mencukupi untuk rujukan guru.
6
Pengurusan Panitia
Pengurusan Panitia