Anda di halaman 1dari 2

2.1.

3 Pengamatan Kinestetik (Pergerakan)


Kinestetik atau pergerakan merujuk pada pengalaman yang wujud semasa
bergerak hasil daripada rasa organ dalam membran yang terdapat pada sendi
dan usaha yang dilakukan dalam sesuatu pergerakan. Setiap individu berbeza
dari segi ketepatan dalam menghasilkan pergerakan seperti arah pergerakan,
bergerak menurut arah berbeza, mass dan springiness.
Pengamatan kinestetikatau pergerakan adalah keupayaan untuk mengenal pasti
bagaimana tubuh badan bergerak dalam ruang (space).Pengamatan ini
berpunca daripada otot, tendon dan sendi. Oleh itu pergerakan motor kasar dan
motor halus kanak-kanak akan ditaksir untuk menentukan keupayaannya dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Pergerakan ketiga-tiga bahagian tubuh ini akan
menentukan sama ada kanak-kanak telah menguasai tahap-tahap tertentu
dalam pergerakan.
Pengamatan

kinestetik

menggalakkan

(discovery).Individu sedemikian juga

pembelajaran

secara

penemuan

biasa melakukan dua kerja serentak

sebagai cara untuk mengingat fakta atau apa yang dilakukan. Mempunyai
koordinasi mata-tangan yang baik. Biasanya menggunakan badan untuk
menyampaikan pemikiran,idea atau konsep.
Kanak-kanak sekolah rendah biasanya dapat dikenal pasti jika ia lebih
menggunakan pengamatan kinestetik semasa belajar.Ini kerana mereka sering
bergerak. Disebabkan tenaga mereka yang banyak, mereka menjadi resah dan
tidak sabar. Walau bagaimanapun, memori jangka pendek dan jangka panjang
mereka diteguhkan oleh pergerakan yang dilakukan.
2.1.4 Pengamatan Taktil(Sentuhan)
Tactile atau taktil bermaksud sentuhan
Pengamatan taktil merupakan interpretasi maklumat yang disediakan oleh
sentuhan pada kulit. Ia merupakan hubungan yang kompleks anatara sarafsaraf di kulit dengan

otak. Bahagian otak yang berbeza mempunyai kaitan

dengan bahagian kulit yang berbeza secara khusus. Maklumat ini amat berguna
untuk kesedaran tentang ruang, mengenal pasti ugutan (threats) dan melakukan
tugas-tugas kemahiran motor halus.
Dua bahagian bahagian yang banyak saraf dan memberi maklumat tentang
persekitaran kepada otak ialah muka dan tangan. Bayidan kanak-kanak
banyakmempelajari pengetahuan melalui pengamatan taktil. Objek-objek yang
disentuh akan memberi maklumat tentang tekstur, suhu dan ketekalan maklumat
dari segi jenis atau apa benda tersebut serta bagaimana ia berfungsi.
Saraf berfungsi menyampaikan maklumat tentang persekitaran untuk membantu
otak mengurus tubuh badan dan menterjemah persekitaran. Keselamatan juga
bergantung pada pengamatan taktil. Saraf nociceptor merupakan saraf khusus
untuk rasa sakit dan akan memberi pengalaman tentang kesakitan.Amaranamaran yang cepat akan membantu tubuh badan bergerak untuk mengelak
threat seperti api atau objek tajam.
Kehilangan pengamatan taktil boleh memberi kesan kepada diri individu.

Anda mungkin juga menyukai