Anda di halaman 1dari 1

Bil.

6 / 2014 : 9 JUN 2014 - Edaran Dalaman Sahaja

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja
berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat
berikut;
Sikap mementingkan diri: Mereka ini kurang mengambil berat
terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali.
Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang
membuat kesilapan,maka dialah yang patut menerima akibatnya.
Dengan lain perkataan, kalau seseorang itu buat kesilapan dan
mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa dirinya
maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh diterima.
Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan
majikan dan juga pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak
mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan
mempunyai risikonya.
Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan untuk mencari sebab
musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang, tetapi
fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga pencegahan
kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi keperluan undang-undang
dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya kerja.
Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu adalah
masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika ia berlaku
kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu insiden kepada satu
bencana yang tragis di tempat kerja kerana tindakan yang diambil sudah terlewat dan bencana
yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal.
Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap remeh dan
tidak perlu diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan membuat andaian
bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.

Anda mungkin juga menyukai