Anda di halaman 1dari 176

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pendidikan adalah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan


informasi yang yang bertujuan untuk membangunkan potensi modal
insan kepada semua lapisan masyarakat. Berdasarkan kepada kesedaran
tersebut, kita semua perlu menyedari bahawa pembangunan manusia itu
seharusnya bermula dari alam rahim. Potensi setiap manusia itu boleh
digilap dan dibentuk mengikut acuan diharapkan oleh ibu bapa. Kajian
sains membuktikan bahawa otak kanak-kanak pada peringkat usia empat
tahun dan ke bawah mengandungi seratus billion sel saraf neuron di
mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang.
Sembilan puluh peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku
dengan pantas semasa mereka berumur di bawah empat tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa pada usia tersebut adalah peringkat yang paling
kritikal dan perlu diberikan perhatian yang lebih oleh ibu bapa untuk
merangsang potensi anak pada tahap yang optimum.

Masa depan kanak-kanak sangat bergantung kepada pendidikan awal


yang di terima ketika sebelum mencecah usia lima tahun. Persekitaran
yang kondusif akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang positif
yang mampu mendorong perkembangan yang menyeluruh merangkumi
jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial (JERIS). Perkembangan yang
menyeluruh ini akan mempengaruhi pembinaan kognitif, kemahiran
sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak dewasa kelak.
1

Berdasarkan
menggariskan

kepada

Falsafah

untuk

melahirkan

Pendidikan
modal

Negara

insan

yang

yang
berilmu

telah
dan

berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan


diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Aspirasi Falsafah Pendidikan Negara ini harus
direalisasikan dengan memfokuskan kepada asuhan awal sejak dari alam
rahim sehingga lahir bagi memastikan emosi dan kognitif kanak-kanak
lebih optimum dan bersedia memasuki alam persekolahan formal ketika
usia mencecah lima dan enam tahun (alam prasekolah).

Fenomena sekarang adalah berbeza daripada zaman dahulu. Jika dahulu


ibu hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, tetapi sekarang ibu
adalah suri rumah tangga dan juga wanita yang bekerjaya. Kehidupan
kini,

yang

jauh

lebih

moden,

selaras

dengan

peningkatan

taraf

pendidikan golongan wanita menyebabkan para ibu keluar bekerja. Di


sini akan timbul satu persoalan siapakah yang seharusnya mengambil
peranan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ketika ibu bapa keluar
bekerja?. Inisiatif Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyarankan agar semua institusi
awam mahupun swasta mewujudkan taska bagi memudahkan golongan
ibu keluar bekerja adalah satu tindakan yang proaktif dan bijak. Anakanak tidak akan terabai dan ibubapa juga boleh memberikan fokus dan
komitmen

yang

baik

sepanjang

bekerja

sekaligus

merangsang

peningkatan produktiviti kerja.

Pelbagai alternatif boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anakanak mendapat penjagaan yang baik ketika mereka bekerja. Golongan
ibu bapa yang berpendapatan tinggi biasanya gemar menggaji tukang
gaji atau amah. Persoalan yang timbul adalah tukang gaji atau
2

amah yang di ambil bekerja biasanya tiada asas pengetahuan dalam


asuhan awal kanak-kanak. Bayangkan jika anak yang masih bayi, mereka
ini akan mudah meniru perlakuan dan percakapan penjaga atau
pengasuhnya. Jika pengasuhnya adalah wanita Indonesia yang hanya
berkebolehan bercakap bahasa ibundanya sahaja. Maka, bahasa yang
akan diperolehi oleh bayi itu juga adalah bahasa Indonesia. Ini kerana
kanak-kanak akan meniru apa sahaja yang dilihat dan didengari
dipersekitarannya. Oleh yang demikian, keperluan menyediakan program
Early Childrens Education Curriculum (ECEC) yang berkualiti di semua
taska di seluruh negara adalah sangat penting agar dapat merangsang
perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh. Program pembangunan
kurikulum awal kanak-kanak adalah satu pelaburan yang dibuat untuk
setiap kanak-kanak yang baru lahir, agar memberi pulangan yang amat
besar pada masa depan.

Ibu bapa hari ini harus bijak membuat pilihan dan keputusan demi masa
depan anak-anak mereka. Pelaburan masa depan anak-anak tidak cukup
sekadar menyediakan segala kemewahan tetapi perlu memberi fokus
yang utama ke atas pendidikan awal yang anak-anak perolehi. Ibu bapa
juga jangan meletakkan tugas mengasuh dan mendidik anak kepada
pihak taska atau tadika semata-mata, tatapi sebaliknya mereka harus
terlibat secara aktif dalam pembentukkan keperibadian anak-anak. Hal
ini kerana, sentuhan dan belaian ibu bapa tidak akan sama dengan
pengasuh atau penjaga (tukang gaji atau amah) mahupun guru-guru
di sekolah. Fenomena gejala sosial yang sedang melanda masa kini
adalah impak yang perlu ditanggung akibat kesilapan mengasuhan anakanak. Oleh itu, ilmu pendidikan awal kanak-kanak ini bukan sahaja
penting untuk guru-guru malahan turut perlu dipelajari oleh ibu bapa dan
pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Hal ini penting, agar

Malaysia boleh melahirkan modal insan yang berkualiti dan berakhlak


mulia bagi mewarisi tampok kepimpinan negara pada masa depan.

BAB 2
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

2.1 Pengenalan
Kanak-kanak adalah makhluk unik dan istimewa. Kehadiran mereka
mampu menceriakan setiap pasangan yang menghargai kehadiran
cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan berumahtangga. Sesiapa
sahaja di dunia ini sudah pastinya pernah melalui zaman kanak-kanak.
Dunia kanak-kanak diwarnai dengan gelak-ketawa, tidak kurang juga
pengalaman yang dilalui saban hari yang menjadikannya semakin
matang dan dewasa. Istilah kanak-kanak berdasarkan kepada sistem
perundangan kerajaan Malaysia adalah bermula dari lahir hinggalah
mencecah usia lapan belas tahun. Manakala istilah kanak-kanak awal
(early childhood) berdasarkan kepada National Association for The

Education of Young Children (NAEYC), bermula dari lahir hingga


mencecah usia lapan tahun.

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai potensi yang tersendiri.


Mereka merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan seharusnya
ibubapa mendorong perkembangan anak-anak agar mencapai tahap
yang optimum. Ibubapa khususnya, serta para pendidik dan ahli
masyarakat amnya bertanggungjawab membantu melahirkan modal
insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pepatah jangan menjaga
tepi kain orang adalah kurang releven untuk digunakan apabila kita
berbicara mengenai pembentukan akhlak, sahsiah dan keperibadian
kanak-kanak. Hal ini kerana, semua pihak bertanggungjawab menggalas
beban tugas ini tanpa berpegang kepada pepatah melepaskan pucuk
masing-masing.Golongan

kanak-kanak

harus

diberikan

keutamaan

kerana mereka merupakan generasi pelapis kepimpinan negara pada


masa hadapan. Slogan pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara
amat relevan untuk difahami semua golongan masyarakat agar dapat
melahirkan generasi muda yang berketrampilan dari segala aspek.
2.2 Konsep Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah merupakan satu


proses penyuburan yang menjadi fokus kajian psikologi perkembangan.
Ahli

psikologi

perkembangan

mengkaji

aspek

pertumbuhan

dan

perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan baka dan


persekitaran. Kanak-kanak juga tidak terkecuali mengalami perubahan
ini. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan melibatkan
perubahan secara menyeluruh meliputi aspek jasmani (fizikal), emosi,
rohani (sahsiah), intelek (kognitif) dan sosial atau dikenali sebagai JERIS.
Sekiranya

pada

peringkat

usia
5

kanak-kanak

tidak

ditekankan

perkembangan yang bersifat holistik (menyeluruh), dikuatiri apabila


semakin meningkat dewasa mereka akan terlibat dengan gejala negatif
seperti rasuah, jenayah kolar biru, mencuri, membunuh dan sebagainya.
Proses

pembentukan

manusia

bermula

dari

zaman

kanak-kanak,

sehinggalah mencecah usia, remaja, dewasa dan mengalami proses


penuaan sehinggalah saat kematian. Perubahan yang berlaku melibatkan
dua elemen utama iaitu proses pertumbuhan dan perkembangan. Keduadua proses ini sama penting, tetapi mempunyai sifat yang berbeza
antara satu sama lain.
i.

Perkembangan
Perkembangan kanak-kanak merupakan satu kajian yang
merangkumi aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari
peringkat persenyawaan sehinggalah ke peringkat kematian.
Perkembangan adalah satu proses yang kompleks yang
merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari
segi

fizikal,

emosi,

bahasa,

kognitif,

moral,

sosial

dan

perseptual (Berk, 2000). Perkembangan harus bersifat holistik


iaitu menyeluruh.
Kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara
konkrit atau nyata misalnya ketinggian dan berat badan sama
ada ianya meningkat atau menurun. Kualitatif pula adalah
proses perubahan yang abstrak dari satu peringkat ke
peringkat yang lain. Misalnya seperti pemikiran manusia,
kemahiran bersosial dan sebagainya. Perubahan merupakan
satu proses yang beransur-ansur hasil daripada tindak balas
pembelajaran dan proses kematangan seseorang individu itu.
Perkembangan

adalah

bersifat

pertumbuhan bersifat kuantitatif.

kualitatif

manakala

Menurut Atan Long (1980), perkembangan adalah sesuatu


yang bersifat subjektif dimana ianya tidak dapat diukur tetapi
jelas berlaku jika di buat perbandingan daripada peringkat
awal sehinggalah sekarang. Contoh yang paling ketara adalah
perubahan warna rambut, pada peringkat remaja rambut
berwarna

hitam,

tetapi

lama-kelamaan

disebabkan

oleh

pertambahan usia rambut bertukar menjadi uban apabila


mencecah usia lima puluhan.

Manakala menurut Paul Eggan dan Don Kauchak (1997),


perkembangan adalah berturutan dan ianya kekal dalam diri
seseorang individu hasil daripada kematangan, pembelajaran
dan juga pengalaman. Sebagai contohnya seseorang yang
memulakan
mungkin

kerjaya

mengalami

sebagai
masalah

guru
untuk

pada

permulaannya

menyesuaikan

diri

dengan kerjayanya. Tetapi setelah berkhidmat hampir lima


tahun sudah pastinya kerjaya tersebut begitu sebati dan
serasi

dengan

pembelajaran

jiwanya.
dan

Ini

disebabkan

pengalaman

yang

oleh

proses

memberikan

kematangan kepada dirinya.

Slavin (1997), pula berpendapat bahawa perkembangan


berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh
dan membesar, serta menyesuaikan diri dengan alam sekitar
dan mengalami perubahan melalui peredaran masa. Misalnya
pertambahan berat badan seseorang adalah disebabkan oleh
penyesuaian diri dengan persekitaran contohnya iklim yang
sejuk. Jika iklim sejuk badan memerlukan pemanasan maka
untuk memanaskan badan memerlukan makanan untuk
7

meningkatkan aktiviti penghadaman.


menghantar

Di mana otak akan

maklumat

impuls

saraf

lapar

individu

tersebut

lapar

dan

menyebabkan

dan
lalu

ini
akan

merangsang mereka untuk mengambil makanan. Oleh itu


lazimnya individu yang tinggal dikawasan beriklim sejuk
gemar mengambil makanan yang mampu meningkatkan suhu
badan seperti daging dan hasil tenusu.

ii.

Pertumbuhan
Pertumbuhan manusia bermaksud perubahan yang boleh
dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu fasa ke fasa
yang lain. Sebagai contohnya seperti berat badan, saiz badan
dan ketinggian seseorang. Di mana berlaku perubahan dari
segi fizikal, struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri
seseorang individu seperti tulang-tulang, bilangan saraf, saiz
jantung, bilangan neuron otak dan sebagainya. Pertumbuhan
ini

berlaku

secara

berperingkat-peringkat

mengikut

pertambahan usia seseorang individu itu. Pertumbuhan akan


terhenti setelah mencapai peringkat kematangan.

Menurut Atan Long (1978), pertumbuhan manusia bermaksud


perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif
dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain.
Tahap-tahap pertumbuhan manusia bermula dari pralahir
hingga kematian (Newman P.R. dan Newman, 1997). Manakala
menurut Conger J.J dan Galambos (1997), kebiasaannya
kanak-kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang
lebih pesat. Pertumbuhan kanak-kanak perempuan dua tahun
lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki yang
8

sebaya

sebelum mencapai peringkat akil baligh. Pertumbuhan adalah


berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.

Terdapat tiga arah pertumbuhan individu iaitu cephalicaudal


dimana pertumbuhan bermula daripada kepala dan kemudian
beransur-ansur sehingga ke kaki. Arah pertumbuhan yang
kedua adalah proximodistal iaitu pertumbuhan bermula dari
tengah ke tepi. Ini bermaksud bahawa organ-organ ditengah
tumbuh dahulu kemudian beransur-ansur ke bahagian tepi
badan. Arah pertumbuhan yang terakhir adalah umum kepada
khusus. Bermaksud bahawa daripada pertumbuhan yang
umum hanya segumpal daging kemudian semakin khusus di
mana mula tumbuh bahagian leher yang membezakan antara
kepala dan badan dan seterusnya anggota badan lain seperti
kaki, tangan, perut, kuku, mata, telinga. Ini menunjukkan
bahawa daripada anggota yang umum menjadi semakin
khusus dan spesifik mengikut fungsi-fungsi badan yang
tertentu.

2.3 Prinsip Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia


Pertumbuhan

berlaku

dalam

dua

arah

iaitu

cephalocaudal

dan

proximodistal. Cephalocaudal (dari atas ke bawah), ini bermaksud arah


pertumbuhan manusia sejak dari dalam kandungan adalah dari kepala
secara beransur-ansur bertumbuh hingga ke bahagian kaki. Manakala
proximodistal (dari tengah ke tepi) pula adalah pertumbuhan organ bayi
di alam rahim terbentuk dari tengah beransur ke bahagian tepi hingga ke
kulit. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor


halus. Motor kasar adalah kemahiran yang melibatkan otot-otot besar
seperti berjalan, berlari, memanjat, melompat dan sebagainya. Motor
halus adalah melibatkan otot-otot kecil iaitu menulis, melukis, menyelak
buku, menggunting, merenyuk, menggentel dan sebagainya. Corak
pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah
berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan akan terhenti setelah
individu tersebut mencapai peringkat kematangan. Ini bermakna jika
ketinggiannya adalah seratus lima puluh sentimeter maka ketinggian itu
akan kekal begitu sehinggalah ke tua. Tahap kematangan berbeza di
antara

lelaki

dan

perempuan.

Manakala,

perkembangan

adalah

berterusan sepanjang hayat dan akan terhenti apabila seseorang


individu itu meninggal dunia.

Pertumbuhan dan perkembangan ini saling berkaitan dan berinteraksi


antara satu sama lain. Sebagai contohnya, apabila pertumbuhan fizikal
seseorang kurang sihat turut akan mempengaruhi perkembangan iaitu
dari

sudut

sosial,

emosi

dan

rohani.

Ciri-ciri

pertumbuhan

dan

perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu.


Menurut Mok Soon Sang (2001), perkembangan proses pemikiran atau
kognitif bermula daripada konkrit atau maujud, iaitu sesuatu yang nyata,
objektif, boleh dilihat dan disentuh kemudiannya beransur-ansur kepada
sesuatu yang abstrak iaitu sesuatu yang bersifat subjektif dan tidak jelas
dan memerlukan imaginasi yang tinggi untuk memahami sesuatu
perkara. Perkembangan kanak-kanak bermula daripada sifat egosentrik
iaitu mementingkan kepentingan diri sendiri kemudian beransur-ansur
kepada menerima pandangan orang lain di mana kanak-kanak tersebut
semakin matang dan boleh membezakan di antara perkara yang betul
atau salah.

10

2.4 Prinsip-prinsip Perkembangan Manusia


Berdasarkan kepada Berk (2002), menjelaskan bahawa perkembangan
manusia mempunyai enam prinsip utama iaitu terdiri daripada life long
(sepanjang hayat), multidimensional (pelbagai dimensi), multidirectional
(pelbagai arah), plastic (anjal), multidisciplinary (pelbagai disiplin), dan
contextual (konteks).

i.

Life Long (sepanjang hayat)


Sifat sepanjang hayat ini bermaksud bahawa perkembangan
manusia bermula ketika di alam rahim sehinggalah ke
peringkat kematian. Tidak ada satu umur yang khusus bagi
menentukan bilakah seseorang manusia itu akan mati. Proses
penuaan akan berlaku pada semua individu, tetapi ianya
bukanlah bermakna membawa petanda seseorang itu akan
menghampiri kematian. Ini kerana kematian tidak mengenal
usia.

Kematian boleh berlaku ketika bayi, remaja, dewasa mahupun


ketika menjangkau usia senja. Ini kerana Allah S.W.T telah
merahsiakan bilakah saat datangnya kematian itu. Yang
pastinya, setiap yang bernyawa pasti akan menemui atau
merasai mati. Tidak ada seorang manusiapun yang mampu
melambatkan mahupun menpercepatkan kematian walaupun
hanya satu saat. Selagi manusia itu, hidup dan masih
bernafas bermakna perkembangan akan tetap berlaku secara
berterusan.

Perkembangan

manusia

akan

terhenti

sehinggalah seorang anak Adam itu merasai kematian.


11

ii.

Multidimensional (pelbagai dimensi)


Prinsip perkembangan pelbagai dimensi menjelaskan bahawa
perkembangan
pemikiran,

manusia

emosi,

meliputi

perhubungan

umur,

dan

tubuh

lain-lain

badan,

lagi

akan

mengalami perubahan dan menjadi lebih effektif antara satu


sama lain. Perkembangan terdiri daripada aspek biologi,
kognitif, dan sosioemosi. Dalam satu dimensi terdapat banyak
komponen antaranya ingatan, pemikiran abstrak, kelajuan
memproses maklumat dan kepintaran sosial, di mana ianya
merupakan beberapa komponen dalam dimensi kognitif.

iii.

Multidirectional (pelbagai arah)


Prinsip pertumbuhan manusia mempunyai tiga (3) Arah iaitu
cephalocaudal, proximodistal dan umum kepada khusus.
Cephalocaudal adalah pertumbuhan arah kepala ke kaki.
Dimana ketika pembentukan janin di dalam kandungan organorgan di bahagian kepala beransur-ansur tumbuh hinggalah
ke bahagian kaki. Proximodistal pula menerangkan bahawa
organ-organ tengah akan terbentuk pada janin kemudian
beransur-ansur ke bahagian tepi. Umum kepada khusus pula
menjelaskan bahawa janin yang terbentuk bermula dengan
satu sel dan kemudian menjadi makhluk yang sempurna
sifatnya apabila mencecah usia Sembilan bulan dalam alam
Rahim.
Arah perkembangan komponen dimensi mengembang dan
mengecut. Jika bahasa pertama yang dikuasai adalah bahasa
inggeris, seterusnya keupayaan untuk mempelajari bahasa ke
dua atau ke tiga adalah lebih lewat daripada bahasa
12

pertama, terutamanya belajar ketika usia melepasi zaman


awal

kanak-kanak.

menjalinkan

Sebagai

hubungan

contohnya

cinta

atau

remaja

yang

romantik

akan

mengurangkan hubungan dengan rakan-rakan yang lain.

iv.

Plastic (anjal)
Anjal bermaksud bahawa setiap manusia mempunyai kapasiti
untuk berubah. Sebagai contohnya apabila seseorang tidak
suka terhadap bahasa inggeris, tetapi pada masa yang sama
kerajaan dan pasaran industri pekerjaan amat memerlukan
individu yang pakar berbahasa inggeris. Oleh yang demikian
kita akan cuba untuk meminati bahasa inggeris dan berusaha
menguasai bahasa tersebut dengan baik

v.

Multidisciplinary (Pelbagai Disiplin)


Antara bidang yang mengkaji dari aspek ini terdiri daripada
ahli psikologi, ahli sosiologi, ahli neurosains dan penyelidik
perubatan. Mereka akan melihat bagaimana keturunan dan
kesihatan mempengaruhi kadar kecerdasan dan sosialisasi
individu mengikut umur tertentu. Mereka turut mengkaji
tentang

bagaimana

persekitaran

keluarga

dan

sekolah

mempengaruhi kecerdasan. Ini semua merupakan persoalan


yang merentasi pelbagai disiplin.

vi.

Contextual (kontekstual)
Kontek pula termasuklah aspek keluarga, sekolah, rakan
sebaya, ahli pusat ibadah (gereja, kuil, masjid dan tokong),
bandar,

jiran

tetangga,

rakan

universiti,

negara

dan

sebagainya. Setting ini turut dipengaruhi oleh faktor sejarah,

13

ekonomi, sosial dan budaya. Terdapat tiga jenis kontek yang


mempengaruhi iaitu:

a) Normative age-graded influence (normatif


pengaruh umur bergred)
Ianya sama bagi setiap individu dalam kumpulan
umur tertentu. Pengaruh ini termasuklah dari segi
proses biologi seperti akil baligh, monopouse dan
sebagainya. Pengaruh persekitaran turut termasuk
seperti sosiobudaya, contohnya pendidikan formal
iaitu bermula umur 6 tahun masuk prasekolah atau
had umur persaraan ialah 56 tahun bagi setiap
penjawat awam. Hal ini pasti akan dilalui oleh semua
individu yang berada dalam setting yang sama.

b) Normative historical-graded influence (normatif


pengaruh sejarah bergred)
Ianya berlaku pada setiap generasi kesan drpd faktor
sejarah. Ianya telah mengganggu aspek ekonomi,
politik dan sosial sejagat. Contohnya, di Amerika
Syarikat, warga belia berkongsi krisis peluru berpandu
di Cuba. Ini telah menyekat kebebasan mereka untuk
menjalani aktiviti harian. Jika di Malaysia, peristiwa 13
Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak

meninggalkan

kesan

terhadap

politik,

ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13


Mei

sememangnya

bukan

suatu

peristiwa

yang

berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab

14

yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan


kepada

sebab-sebab

atau

peristiwa

yang

telah

berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di


Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu
kesan

peninggalan

penjajah Inggeris

juga

boleh

dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.


Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum
di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei,
banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap
masyarakat

Melayu

khasnya

dan

golongan

bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut


ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan
yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi
baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971
merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi
kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara
kaum di Malaysia.

c) Nonnormative life events


Kejadian atau peristiwa ini tidak semestinya berlaku
kepada semua orang. Jika ianya berlaku, boleh
mempengaruhi
berbeza.
kematian

orang

Sebagai
ibubapa,

ramai

contohnya,
remaja

dengan

cara

yang

kanak-kanak

yang

yang

mengandung,

kebakaran yang memusnahkan rumah, memenangi


loteri atau mendapat tawaran kerja di luar jangkaan.

15

Peristiwa tersebut memberikan kesan yang mendalam


dalam kehidupan individu yang mengalaminya. Tidak
kiralah sama ada peristiwa sedih, gembira atau
sebagainya.

BAB 3
FALSAFAH PENDIDIKAN

3.1 Pengenalan

Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanakkanak. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke Empat, kanak-kanak bermaksud
budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum
berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun). Kanak-kanak juga didefinisikan
sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat
jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan
kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T.,
2007).

Menurut International

Dictionary

of

Education,

pendidikan

merupakan suatu proses yang membentuk kemampuan dan sikap


16

manusia melalui suatu proses sosial dalam mana seseorang individu


tersebut

memperoleh

keyakinan

dan

pertumbuhan

individu

yang

dijalankan melalui suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta


diinstitusikan seperti sekolah ataupun kolej. (Sivachandralingam Sundara
Raja, 2001).

Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari


tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun)
memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka.

Oleh itu,

pendidikan adalah awal amat penting dan harus bermula sejak kecil lagi.
The New Encyclopedia Brittanica pula mendefinisikan pendidikan sebagai
suatu

displin

pembelajaran

yang

berurusan

yang

dilakukan

dengan
di

kaedah

dalam

pengajaran

sekolah

dan

dan
juga

persekitarannya. Kedua-dua rujukan ini menyatakan bahawa sekolah


merupakan sebuah institusi yang penting dalam usaha memberikan
pendidikan kepada manusia dan dilakukan dalam keadaan secara
terancang dan sistematik. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001).

Halatuju serta pedoman perlu difikirkan bagi mewujudkan pendidikan


yang terancang serta sistematik ini. Dengan adanya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka ia menjadi sebuah sistem yang bersepadu kepada
setiap

institusi

sekolah

mahupun

kolej

dalam

melaksanakan

pendidikannya. Aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi dan lain-lain


ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) agar menjadi
pedoman kepada para pendidik dalam melaksanakan tugas pengajaran
dan pembelajaran.

17

Akhirnya,

matlamat

pendidikan

untuk

membentuk

rakyat

yang

berpengetahuan serta berguna kepada diri, bangsa dan agama telah


menjadi

lebih

jelas

setelah

wujudnya

FPK.

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan yang diamalkan oleh setiap institusi sekolah di Malaysia


bukan sahaja memudahkan usaha mendidik malah telah menjadi suluh
serta halatuju kepada usaha mengembang dan memajukan pendidikan
negara.

3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah boleh difahamkan sebagai suatu pemikiran yang melihat suatu


permasalahan daripada pelbagai perspektif. Ia dilakukan dalam keadaan
yang sistematik, penuh keinginan serta kritis bagi mendapatkan suatu
pandangan atau teori murni yang tidak bias kepada mana-mana
pemikiran dalam mencari kebenaran. Oleh kerana itulah falsafah juga
dikenali bertujuan untuk mencari kebenaran sekaligus memberi arah tuju
kepada perkara yang penting dalam kehidupan.

Berdasarkan huraian ini, maka falsafah pendidikan dapat didefinisikan


sebagai suatu pemikiran yang sistematik, kritis, penuh usaha untuk
mencari kebenaran dalam menetapkan halatuju yang berkaitan dengan
pendidikan.

Kebiasaannya,

falsafah

pendidikan

sesebuah

negara

diwujudkan berdasarkan idealogi yang dipegang oleh sesebuah negara


tersebut.

Sebagai

contoh,

bagi

negara

German

pada

zaman

pemerintahan Hitler, falsafah pendidikannya berbeza dengan falsafah


pendidikan German pada zaman kini. Begitu juga dengan negara
Malaysia, ia tidak terlepas daripada falsafah atau idealogi yang dipegang
oleh negara kita pada saat ini. Maka, pendapat bahawa sekolah

18

merupakan sebuah kemungkinan untuk agen doktrinasi masyarakat


adalah tidak dapat disangkal lagi.

Falsafah pendidikan kebangsaan boleh dirumuskan sebagai sebuah


falsafah yang digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis,
berlandaskan idealogi negara sebagaimana yang dimanifestikan di dalam
Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk rukun negara. Hasil falsafah
pendidikan kebangsaan ini digunakan sebagai suluh yang memberi
pedoman kepada segala usaha pendidikan yang dijalankan di dalam
negara bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara.

3.3 Sejarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagaimana yang telah dijelaskan diatas, setiap sesebuah negara


mempunyai falsafah pendidikan yang berbeza antara satu dengan yang
lain. Ini disebabkan oleh perbezaaan faktor seperti falsafah negara, citacita pemerintah, berlainan bentuk pemerintahan dan corak kebudayaan.
Di samping perbezaan ini juga, falsafah pendidikan juga tidaklah kaku
atau tetap selamanya. Sebaliknya ia akan sering berubah dari suatu
masa ke suatu masa mengikut hal perubahan faktor seperti yang
dinyatakan di atas.

Falsafah pendidikan di negara Malaysia secara rasminya digubal hasil


daripada sistem pendidikan di Malaysia yang telah mengalami banyak
perubahan sejak merdeka. Antaranya setelah diperkenalkan dengan
rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum
Bersepadu

Sekolah

Menengah

(KBSM).

Rancangan

KBSR

yang

menekankan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis


19

dan mengira berserta penekanan terhadap aspek intelek, jasmani, emosi


dan rohani bertujuan bagi mengembangkan individu secara holistik.
Begitu juga dengan rancangan KBSM yang menitikberatkan agar sistem
pendidikan di Malaysia juga menjadi lebih bersepadu. Dengan adanya
perubahan melalui penerapan rancangan KBSR dan KBSM ini maka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan dengan harapan agar
sekolah di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak
mulia,

berupaya

memberi

sumbangan

kepada

kemajuan,

dan

kesejahteraan terhadap pembangunan negara.

Mengikut

sejarah,

diperkenalkan,

sebelum

pendidikan

di

Falsafah

Pendidikan

Malaysia

telah

Kebangsaan

berusaha

untuk

menghapuskan cita negara daripada dasar penjajah British yang


bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Hasil
daripada pemikiran yang terkandung dalam Laporan Razak 1956
berserta

Laporan

menitikberatkan

Rahman

pendidikan

Talib
bagi

1960,

kedua-dua

perpaduan

negara

laporan
dalam

ini

usaha

mencipta sebuah negara yang merdeka. Kedua-dua laporan ini juga jika
dikaji secara teliti menunjukkan bahawa usaha untuk mewujudkan
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

telah

lama

semenjak

pasca

kemerdekaan.

3.4 Peranan Falsafah Pendidikan Negara

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara ini maka negara sudah


mempunyai petunjuk bagi menentukan arah sekaligus menentukan
halatuju pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara ini bukan
sahaja penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan rakyat yang

20

berilmu pengetahuan malahan ia turut memainkan beberapa lagi


peranan penting dalam usaha untuk memperkembangkan lagi mutu
pendidikan di negara Malaysia. Berikut adalah beberapa peranan hasil
wujudnya Falsafah Pendidikan Negara.
i.

Sebagai suluh yang memberi panduan asas untuk


menentukan Matlamat Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan dibina melalui 3 aspek iaitu menerusi
laporan, dasar pemerintahan sesebuah negara, dan juga
ideologi

yang

melakukan

dianuti

perincian

oleh

sesebuah

terhadap

ketiga

negara.
aspek

ini

Dengan
lantas

wujudlah Falsafah Pendidikan Negara yang dapat dijadikan


pedoman buat para pendidik sekaligus memudahkan cita
negara dalam usaha untuk mencapai Matlamat Pendidikan
Negara.

21

ii.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk


menentukan Matlamat Pendidikan Negara
Selain dapat dijadikan pedoman buat para pendidik, Falsafah
Pendidikan Negara juga dijadikan sebagai penanda bagi
menentukan matlamat yang ingin dicapai. Antara matlamat
yang ingin dicapai adalah untuk memperolehi warganegara
yang bersepadu kendirinya yang dilengkapi oleh aspek
jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang diharapkan agar
dapat menjadi masyarakat yang berguna.

iii.

Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa


melaksanakan tugas pendidikan.
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara para pendidik
dapat mengetahui matlamat pendidikannya yang perlu
dicapai. Falsafah Pendidikan Negara akan membimbing para
pendidik bukan sahaja bagi mempermudahkan lagi tugas
pendidikan malah dapat dijadikan satu batasan agar didikan
yang disampaikan tidak tergelincir daripada apa yang ingin
dicapai.

iv.

Menghilangkan salah faham, keraguan atau


pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan
tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Falsafah Pendidikan Negara boleh dianggap sebagai sebuah
manual atau rukun yang perlu dipegang oleh para pendidik di
Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya Falsafah Pendidikan Negara, ia akan sentiasa dirujuk
oleh para pendidik sekiranya terdapat sebarang salah faham
atau keraguan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti
pendidikan.

22

3.5 Matlamat Falsafah Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan bagi melahirkan insan yang baik


dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Dengan
perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna daripada segi jasmani, rohani, emosi dan
intelektualnya melalui pendidikan secara bersepadu. Keempat ciri ini
penting kepada pembangunan negara dalam usaha melahirkan rakyat
yang bertanggungjawab, progresif, mahir serta cekap selain dapat
menghasilkan rakyat yang taat dan cinta kepada negara. Selain daripada
itu juga matlamat yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara
ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara dalam usaha mewujudkan toleransi serta
perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Berlandaskan
daripada Falsafah Pendidikan Negara, berikut adalah beberapa huraian
yang diambil bagi menjelaskan falsafah yang digariskan dalam usaha
menuju pencapaian Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

i.

Memperkembangkan potensi individu.


Melalui proses pendidikan yang bersepadu hasil daripada
perancangan yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan
Negara,

maka

potensi

disetiap

diri

para

pelajar

akan

diperkembangkan semaksima mungkin bagi menghasilkan


para pelajar yang sempurna sifatnya iaitu yang berilmu
pengetahuan dan juga berakhlak mulia.
23

ii.

Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis.


Seperti yang sudah dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara
bukan

sahaja

menitikberatkan

kepada

perkembangan

intelektual semata, sebaliknya ia juga merangkumi aspek


jasmani, rohani dan emosi dalam usaha mewujudkan insan
yang lengkap dan seimbang dengan harapan agar dapat
menjadi warganegara yang baik kelak.
iii.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan.


Dengan penerapan ilmu pengetahuan sejak awal secara
bersepadu yang merangkumi aspek intelektual, jasmani,
rohani dan juga emosi, akhir sekali ia diharapkan agar dapat
mewujudkan sebuah masyarakat yang sentiasa bersatupadu
menggembleng tenaga dalam memberi sumbangan kepada
kemajuan negara.

iv.

Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan


negara.
Ini boleh dikatakan matlamat akhir yang mahu dicapai oleh
Falsafah Pendidikan Negara iaitu dalam usaha mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan makmur di dalam
sebuah negara yang maju, tenteram serta moden. Dengan
keharmonian

dan

kemakmuran

hasil

pendidikan

secara

bersepadu, negara akan sentiasa terus pesat membangun


bersama masyarakatnya yang berakhlak mulia dan berkualiti.

3.6 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat
pada masa hadapan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting
24

kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan


lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang
dan harmoni. Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu
proses yang berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih
kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang perlu
diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang
menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut Muhammad Qutb
pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian di
dalam diri setiap manusia.
Pelbagai

program

telah

diwujudkan

hasil

kepekaan

negara

serta

masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada


kanak-kanak

sejak

usia

awal

lagi.

Program

ini

dirancang

dan

dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan


asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang
sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara
Malaysia yang baik. Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada
program pendidikan awal kanak-kanak ini adalah seperti menghasilkan
kanak-kanak yang cerdik dan pandai, yang mempunyai akhlak dan budi
pekerti yang tinggi dan baik, dan juga kanak-kanak yang sihat dan
cergas baik dari segi jasmani mahupun rohani. Ciri-ciri ini yang sudah
diterapkan di Malaysia hasil daripada penggubalan sistem yang akhirnya
diharapkan dapat menghasilkan masyarakat yang seimbang dan harmoni
bagi menjamin ketenteraman negara.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja memberikan


peranan

yang

besar

dalam

menentukan

25

segala

pencapaian

dan

kemajuan yang dikecapi oleh negara pada zaman kini. Pendidikan masih
lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial yang paling berkesan
dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Terdapat pelbagai
model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan di atas
kepercayaan itu antaranya seperti Head Start, Bank Street dan juga
Reggio Emilia.
i.

Program Head Start


Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan
pada tahun 1964 dibawah Head Start Bureau dan disokong
oleh Admin for Children and families. Program ini bertujuan
untuk membantu kanak-kanak yang terdiri daripada golongan
kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan yang
berpendapatan
membantu

rendah.

membasmi

Dengan

bermatlamatkan

kemiskinan

melalui

demi

memberi

pendidikan, program Head Start memberi pendidikan kepada


kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah di antara umur
4-5 tahun. Di dalam program Head Start, teori pembelajaran
yang digunakan adalah teori perkembangan atau juga dikenali
sebagai teori behaviouris. Ini dapat dibuktikan apabila kanakkanak yang mengikuti program ini telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang di dalam akademik apabila telah melangkah
ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen
penting di dalam program Head Start adalah pendidikan,
kesihatan, penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan sosial.

ii.

Program Bank Street


Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell,
Carroline Pratt dan Harrier Johnson. Ketiga tokoh atau pendiri
program ini telah mewujudkan Play School sebagai sekolah

26

pengasuhan pertama di Amerika Syarikat. Dengan menjadikan


kanak-kanak sebagai pembelajar, pencuba, dan penjelajah
yang aktif dalam model pendekatannya, kanak-kanak di
dalam program Bank Street ini akan memperolehi lebih
banyak pelajaran melalui interaksi kanak-kanak itu sendiri
bersama lingkungannya.

Berdasarkan program Bank Street, perkembangan kanakkanak tidak terjadi secara terpisah tetapi adalah saling
berhubungan. Di dalam program Bank Street, seluruh aspek
perkembangan

kanak-kanak

akan

difokuskan

secara

bersepadu. Antaranya selain pendidikan yang diberikan di


dalam ruang bilik darjah, program Bank Street juga akan
melibatkan kanak-kanak secara terus dengan masyarakat
sekeliling. Pendidikan seperti ini secara tidak langsung akan
melatih

sikap

empati

kanak-kanak

tersebut

terhadap

masyarakat sekelilingnya berbanding pendidikan gaya lama


yang hanya memfokuskan kepada hal akademik sahaja.

Kurikulum di dalam Bank Street telah direka melalui idea


bahawa kanak-kanak akan dapat belajar tentang alam sekitar
dan

dunia

melalui

apa

yang

mereka

temui

akan

memperkembangkan lagi daya kreativiti kanak-kanak. Oleh


yang demikian, matapelajaran seperti antropologi, sejarah,
ilmu politik, ekonomi dan ilmu bumi akan cuba diintegrasikan
di dalam aktiviti kelas dan diharapkan bakal membuatkan
kanak-kanak menjadi lebih kritis dalam menemukan makna
akan dunia disekelilingnya. Di dalam program Bank Street,
peranan guru adalah penting supaya dapat menciptakan
27

lingkungan

pembelajaran

yang

aktif

seperti

itu.

Guru

memainkan peranan yang penting untuk membangunkan


suasana saling mempercayai antara guru dan murid, dan juga
memupuk sikap saling berkasih sayang sesama murid.

Program Bank Street adalah amat sesuai dijadikan model


pembelajaran bagi perkembangan awal kanak-kanak. Ini
kerana dengan penekanan pembelajaran melalui permainan
yang penuh bermakna, konsep model Bank Street ini juga
berperanan aktif dalam memberikan kanak-kanak membina
pemahaman yang positif tentang dunia melalui interaksi
secara terus dengan alam dan objek disekelilingnya.

iii.

Program Reggio Emilia


Dengan berslogankan Niente Senza Gioia yang bererti
Tiada hari tanpa kegembiraan, pendekatan model Reggio
Emilia menawarkan kegembiraan kepada kanak-kanak dalam
setiap proses pembelajarannya. Sejarah dan pendekatan
program Reggio Emilia adalah unik. Dicipta oleh Loris
Malaguzzi dan beberapa rakannya di daerah sekitar Reggio
Emilia di bahagian utara Itali. Mereka berfikir bahawa pada
awal

tahun

perkembangan

kanak-kanaklah

sepatutnya

diusahakan satu pendekatan untuk membentuk diri kanakkanak sebagai seorang individu. Berdasarkan prinsip tersebut,
maka diciptakan sebuah program yang berteraskan rasa
hormat, tanggungjawab dan kebersamaan diantara kanakkanak dan orang dewasa yang sentiasa suportif dalam usaha
memperkayakan lagi minat kanak-kanak terhadap penemuan
dirinya agar mampu menjadi insan yang berguna.
28

Pendekatan Reggio Emilia bahawa kanak-kanak akan menjadi


lebih aktif serta lebih bijak sekiranya dapat belajar bersama
dengan orang dewasa dalam membangun pemahaman yang
lebih luas tentang dunia. Tidak seperti disekolah lain yang
banyak menghabiskan waktu di dalam bilik darjah sambil
menyelesaikan tugas akademik, pendekatan Reggio Emilia
pula

banyak

menghabiskan

waktu

di

luar seperti mengunjungi taman bunga sehinggalah ke


tempat-tempat
mengetahui

yang

menarik

agar

kanak-kanak

banyak

perkara

yang

menarik

di

dapat
alam

sekelilingnya. Oleh kerana itulah, boleh dikatakan kurikulum di


Reggio Emilia adalah tidak tersusun sebaliknya minat kanakkanak secara tiba-tiba juga boleh dijadikan sebagai kurikulum
di Reggio Emilia.

Pendekatan kurikulum ini boleh dipraktikkan, sebagai contoh,


apabila kelas mengusulkan untuk melawat ke taman bunga.
Maka guru akan membawa kanak-kanak ini melawat ke taman
bunga dan membiarkan kanak-kanak ini bermain sepuaspuasnya bersama penjaga masing-masing. Di situ para guru
akan

memainkan

perancangan

peranan

untuk

berfikir

penting
serta

dengan
mereka

mulakan
aktiviti

pembelajaran seperti menyarankan kanak-kanak melakukan


mural atau sebagainya setelah pulang daripada lawatan di
taman bunga kelak.

29

Program kurikulum Reggio Emilia, menekankan kepada proses


adalah sama pentingnya dengan hasil. Malah boleh dikatakan
bahawa pendekatan Reggio Emilia ini lebih menekankan
proses terlebih dahulu sebelum mendapatkan hasilnya. Proses
yang

dilakukan

pula

lebih

kepada

aktiviti

yang

menyeronokkan. Kanak-kanak melalui model ini akan diajar


menjadi seniman, saintis, ahli sejarah dan lain-lain demi
mencungkil

bakat

serta

kebijaksanaan

mereka.

Mereka

percaya bahawa ilmu pengetahuan boleh diajarkan tetapi apa


yang lebih penting adalah kebijaksanaan, dan kebijaksanaan
tidak dapat datang melalui pengajaran sebaliknya melalui
pengalaman. Maka, peranan guru di Reggio Emilia adalah
sangat

penting

yang

berperanan

untuk

mendengarkan,

mengamati, dan juga memahami strategi yang digunakan


oleh kanak-kanak dalam pembelajaran.

Guru di program Reggio Emilia ini juga perlu menjadi


seseorang yang bijak mengajukan persoalan dan sekaligus
mampu merefleksikan respon untuk mengetahui bahan dan
idea yang digunakan untuk mengembangkan pemahaman
kanak-kanak. Selain daripada itu, guru di Reggio Emilia juga
secara rutin harus membuat catatan serta merakam segala
aktiviti
sesama

kanak-kanak
pihak

ditemukan

dan

guru,

lagi

seterusnya

ibubapa

pelbagai

dan

akan
para

dibincangkan
pemikir

untuk

baru

bagi

pendekatan

memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.

3.6 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak

30

Akta

Kanak-Kanak

2001,

secara

umumnya

kanak-kanak

dapat

didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Di dalam


akta tersebut kanak-kanak turut diiktiraf tarafnya sama seperti orang
dewasa agar dapat memperolehi hak serta status sebagai manusia di
atas muka bumi ini. Oleh kerana keadaan mereka yang masih belum
matang dan sukar untuk membuat keputusan dengan sendiri, maka
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak telah diwujudkan atas dasar
supaya orang dewasa dapat melindungi kanak-kanak daripada anasir
jahat serta perkara yang tidak baik terhadap golongan kecil ini.

Konvensyen

Mengenai

Kanak-Kana

mula

diterima

pakai

pada

Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989


telah menuntut agar masyarakat terutama golongan dewasa menjadi
peka terhadap keperluan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran
yang harmoni dan penyayang. Selain itu, konvensyen ini juga telah
menggariskan beberapa hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa
mengira jantina, agama, bangsa dan kefahaman serta perbezaan
diantara mereka. Antara hak yang terkandung di dalam konvensyen ini
adalah seperti hak untuk kanak-kanak memiliki kehidupan yang harmoni,
hak untuk memperolehi perkembangan, hak untuk perlindungan dan
juga hak untuk mendapatkan penyertaan di dalam masyarakat.

Berdasarkan kepercayaan bahawa generasi baru iaitu kanak-kanak dapat


memberi harapan baru kepada umat manusia. Kanak-kanak diseluruh
dunia akan dilindungi daripada bahaya, eksploitasi

dan diberikan

peluang dalam segala hal yang mengaitkan mereka supaya dapat


membesar dengan baik. Sekiranya matlamat kewujudan Konvensyen
Mengenai Kanak-kanak ini dapat berjalan secara lancar, maka dengan
keadaan seperti ini akan wujudlah suatu hari nanti suatu masyarakat
31

yang adil yang diharap-harapkan oleh seluruh umat manusia di seluruh


dunia pada masa hadapan.

Rumusan
Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi baru dengan daya
ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan sosial (JERIS). Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang
utama dan paling aktif, berbanding dengan peringkat-peringkat atau
tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang. 90 peratus
daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanakkanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur
dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang
pesat.

Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan


asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang
objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya
menjadi asas untuk perkembangan hidup (Azizah Lebai Nordin, 2004).
Oleh yang demikian, pendidikan adalah medium yang penting untuk
memartabatkan maruah sesuatu bangsa yang merdeka. Justeru ibu bapa
dan guru-guru atau warga pendidik harus mengembling tenaga bagi
mengukuhkan institusi pendidikan negara agar boleh melahirkan modal
insan yang seimbang dari sudut psikologikalnya dan sekaligus menjadi
generasi pelapis negara yang kompetetif dan berdaya saing.

32

BAB 4
SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.1 Latar Belakang Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pada

abad

ke-19

perkembangan

pendidikan

prasekolah

mula

berkembang di Eropah dan seterusnya pada abad ke dua puluh di


Amerika. Antara ahli falsafah Eropah yang terkenal adalah Johann
33

Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Pada tahun


1837, Froebel adalah orang yang pertama mendirikan tadika di dunia
iaitu di Jerman. Tadika tersebut diberi nama Kindergarden, yang
membawa maksud garden of children. Pada tahun 1816, Robert Own
telah mendirikan prasekolah pertama di United Kingdom terletak di
daerah Scotland yang telah diberi nama the infant school. Pada tahun
1850, prasekolah pertama telah didirikan di Amarika Syarikat oleh Carl
Schruz dan seterusnya tahun 1860, Elizabert Peabody telah membuka
tadika di Boston. Penubuhan tadika di Eropah dan Amerika hanya
tertumpu kepada golongan bangsawan dan orang kaya, manakala orang
miskin tidak akan menerima pendidikan awal.

Pendidikan prasekolah bermula selepas di Asean, selepas peperangan


dunia ke dua. Pada tahun 1900-an prasekolah mula ditubuhkan di
Filipina,

Singapura

dan

Thailand.

Manakala

pada

tahun

1940-an

pendidikan prasekolah telah bermula di Malaysia. Perkembangan sistem


pendidikan prasekolah di Eropah telah merintis sistem pembelajaran
dikalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Pada abad
ke-15 di Rom dan Greek institusi kerajaan tidak memainkan peranan
dalam pendidikan kanak-kanak ini menyebabkan institusi bukan kerajaan
telah mengambil inisiatif mendidik kanak-kanak. Pada zaman ini kanakkanak kelas atasan diberi peluang belajar menerusi tutor atau sekolah di
rumah keluarga yang ternama. Kanak-kanak dari golongan pertengahan
mendapat latihan pendidikan vokasional dan manakala kanak-kanak
golongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa tanpa
mendapat sebarang peluang pendidikan awal.
Menjelang abad ke-16 kemajuan dalam bidang kesenian, kesusasteraan
dan saintifik mempengaruhi corak pendidikan kanak-kanak. Perubahan
kerajaan

dan

penentangan

tokoh-tokoh

34

membantu

kepada

perkembangan pendidikan kanak-kanak. Marin Luther telah mengubah


struktur sosial dan pendidikan masyarakat umum. Manakala di Jerman,
berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa.
Dimana sekolah-sekolah yang dahulunya dikuasai oleh pihak gereja
diberikan kepada masyarakat umum. Di Belanda pula, mewujudkan
sistem pengendalian kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru
untuk sepuluh orang kanak-kanak. John Comenius telah menulis buku
bergambar yang pertama untuk kanak-kanak yang bertajuk Orbit
Pictus. Beliau juga turut menulis buku bertajuk The School of Infancy.
Beliau mempercayai bahawa perancangan pengalaman adalah perlu
untuk mencetuskan imaginasi minda.

Pada abad ke-17, telah terhasilnya penulisan tentang perlindungan


kanak-kanak yang telah membawa kepada perubahan di kalangan
masyarakat. Dimana sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia enam
tahun tidak dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang
lebih tua usianya. Johann Pestalozi telah menghasilkan tentang How
Gertrude Teachers her Children. Dimana beliau menekankan penekanan
pendidikan di rumah dan menekankan pembelajaran secara penemuan.
Oleh itu, kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu yang kuat dan
bersemangat

untuk

menunjukkan

bahawa

belajar.
sistem

Manakala
pendidikan

pada
awal

abad

ke-18

pula

kanak-kanak

mula

diberikan penekanan yang serius. Dalam abad ini juga, Robert Owen
telah menubuhkan satu sekolah yang diberi nama Nursery School di
mana beliau beranggapan bahawa hanya di sekolah dapat membendung
pengaruh negatif yang terdapat di rumah. Freidreich Froebel pula telah
menubuhkan sebuah tadika pertama di Blandenburgh, Jerman iaitu
child garden. Dimana, beliau yakin bahawa setiap kanak-kanak harus
diberikan peluang untuk memilih aktiviti permainan yang mereka sukai.

35

Seterusnya pada abad ke-19 telah berlaku perkembangan pendidikan


awal kanak-kanak yang begitu rancak, dimana masyarakat mula sedar
kepentingan mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna. Beberapa
tokoh telah mengkaji dan mengasaskan beberapa pendekatan dan teknik
tertentu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Maria Montessori
adalah tokoh dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang telah
membuat pembaharuan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di
sekitar Bandar Rom, Itali. Lori Malaguzzi seorang lagi tokoh yang
mengamalkan konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan
awal kanak-kanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama
bandar di utara Itali. Manakala di Amerika ketika itu, telah mengambil
idea dan konsep daripada Eropah dan diubahsuai agar sesuai dengan
keadaan masyarakat setempat. Guru-guru turut diberikan latihan yang
bersistematik untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang berkesan.

Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di Asia Barat dan


Timur Tengah. Menariknya di Asia pendidikan yang diterapkan kepada
kanak-kanak adalah berkaitan dengan unsur-unsur agama, kepercayaan,
falsafah dan budaya. Pendekatan di dalam pendidikan awal kanak-kanak
telah mengambilkira pandangan tokoh-tokoh agama iaitu Imam AlGhazali, Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun. Di Malaysia ketika sebelum
merdeka, perkembangan pendidikan awal kanak-kanak bermula sekitar
tahun 1940-an. Di mana prasekolah pertama telah ditubuhkan oleh
Missionari Kristian yang berunsurkan pengaruh British dan yuran yang
dikenakan adalah sangat mahal, oleh itu hanya golongan yang berada
sahaja boleh belajar di situ. Guru-guru yang ditugaskan di situ adalah

36

bekas guru sekolah rendah yang tiada latihan dan pengalaman mengajar
prasekolah.

Selepas Tanah Melayu merdeka, sekitar tahun 1969, Yayasan Asia telah
menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi
mendirikan presekolah yang mirip kepada Head Start di Amerika
Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di negeri Selangor iaitu di Kampung
Muniady, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa. Kumpulan sasaran
terdiri daripada kanak-kanak daripada berketurunan Melayu, Cina dan
India. Pada tahun 1970, KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) telah
membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar Bandar yang
dikenali sebagai Tabika. Kemudiannya Felda, Risda (1980) dan Majlis
Perhubungan Masyarakat (1976) juga menubuhkan Tabika bagi memberi
peluang kanak-kanak miskin di luar Bandar untuk mendapat pendidikan
awal.

Sekitar

tahun

1972

Pusat

Perkembangan

Kurikulum

telah

menerbitkan buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka


12 buah prasekolah percubaan diseluruh Malaysia. Pada tahun tersebut
juga, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137
orang guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan
prasekolah untuk mengajar diprasekolah.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seterusnya telah membuka


Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah
Baru Pembangunan Luar Bandar. Program yang dilaksanakan ini telah
memberi peluang kepada golongan luar bandar, bandar dan pinggir
bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Tahun 1981,
Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada
Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah
37

bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di


Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai
peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta
Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah
dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Hasil daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus
untuk program peluasan prasekolah. Selain daripada pertambahan
bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga
bertambah dari setahun ke setahun.

Perluasan Prasekolah
Jadual 1: Perluasan Prasekolah
Tahun

Bilangan Kelas Dibuka

Jumlah Keseluruhan
Prasekolah bagi Tahun Tersebut

2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012

100
1500
500
700
652
1324
939
350
315
705
448

1231
2731
3231
3931
4583
5907
6846
7196
7511
8216
8664

38

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


http://www.moe.gov.my/v/prasekolah (Kemaskini pada Januari 2012)
Akta Pendidikan 1996 telah digubal maka, pendidikan awal kanak-kanak
mula bertapak secara aktif di Malaysia sehingga kini dan bakal
diteruskan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, Malaysia
mampu

membentuk

dan

mencorakkan

masa

depan

rakyatnya,

khususnya pada peringkat zaman kanak-kanak mengikut acuan sendiri


tanpa dipengaruhi oleh anasir asing. Oleh itu, pada Oktober 2011,
Kementerian

Pelajaran

telah

melaksanakan

kajian

semula

sistem

pendidikan Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan


Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil
keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan
aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar
pendidikan

negara

dalam

mempersiapkan

generasi

muda

untuk

menghadapi keperluan abad ke-21.


Tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang
dijalankan

oleh

pakar

pendidikan

dari

UNESCO

(United

Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization), Bank Dunia, OECD


(Organisation for Economic Co-operation and Development), dan enam
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelan Pembangunan Pendidikan
ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat
utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. Hasil
Kajian yang telah dikeluarkan menyenaraikan 11 anjakan yang memakan
masa 13 tahun dan akan dilaksanakan lmelalui tiga gelombang.
Gelombang pertama bermula dari tahun 2012 hingga 2015 menumpukan

39

kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan


tumpuan kepada kemahiran asas. Gelombang kedua bermula dari
tahun2016

hingga

2020

dengan

memfokuskan

mempercepatkan

penambahbaikan sistem. Gelombang ketiga bermula tahun 2021 hingga


2025 ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pean Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti jadual 2 berikut:
Jadual 2: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya

JPN,

PPD

dan

sekolah

untuk

menyediakan

penyelesaian khusus berasaskan keperluan.


7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Transformasi

kebolehan

dan

keupayaan

penyampaian

pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
secara meluas.
10.
11.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.


Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

4.2 Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak

40

Pengasas awal yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran kanak-kanak memainkan peranan penting dalam
pembentukan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini.
Antara tokoh yang terlibat adalah Imam Al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Johann
Heinrich Pestalozzi, Friedrich Wilhelm Froebel, John Dewey, Martin Luther,
John Amos Comenius dan Maria Montessori. Mereka ini telah banyak
memberi

sumbangan

idea

dan

tenaga

terhadap

perjalanan

perkembangan sistem pendidikan awal kanak-kanak demi menghasilkan


kurikulum yang tepat untuk membangunkan potensi kanak-kanak ketika
itu. Mari kita cuba selami dan lihat sejauh mana peranan yang telah di
mainkan

oleh

setiap

tokoh

dalam

memperkembangkan

sistem

pendidikan awal kanak-kanak:


i.

Martin Luther
Martin Luther merupakan seorang tokoh yang memberi
pengaruh kepada penggubalan kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak. Menurut beliau pendidikan bersifat universal
dan wajib diberikan kepada golongan kanak-kanak khususnya
dalam bidang keagamaan. Institusi persekolahan, diwujudkan
bagi mendidik kanak-kanak agar pandai membaca. Selain itu
juga,

Luther

menekankan

aspek pendidikan

muzik

dan

pendidikan jasmani untuk diintegrasikan dalam kurikulum


sekolah.
Luther sangat percaya bahawa institusi kekeluargaan adalah
sangat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan
pandangan ini sangat diterima oleh semua para pendidik dan
tokoh-tokoh dalam bidang ini. Luther menegaskan bahawa
institusi

persekolahan

adalah

satu

medium

yang

membenarkan kanak-kanak bersosialisasi, belajar tentang


nilai moral dan keagamaan.

41

ii.

Imam Al-Ghazali
Beliau telah dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058
Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah
Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad
bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun
484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan
pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun
489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke
Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan atau

pendapat beliau terhadap cara asuhan

kanak-kanak harus dididik sejak dari lahir. Seorang bayi


seharusnya dijaga atau diasuh sendiri oleh kedua orang
tuanya. Jika mahu dihantar kepada pengasuh, ibu bapa perlu
memastikan bahawa pengasuh tersebut adalah seorang
wanita yang kuat pegangan agamanya dan berakhlak yang
mulia yakni bertingkah laku baik.

Kanak-kanak juga seharusnya dididik dengan asas pelajaran


agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan,
berwuduk

dan

bersembahyang.

Ibu

bapa

juga

perlu

memastikan kanak-kanak di asuh agar memperolehi tingkah


laku

yang

mulia,

merendah

diri,

tidak

berbohong,

bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang


jahat dan tidak berbangga diri. Ibu bapa atau pengasuh perlu
tegas

dengan

kanak-kanak,

jangan

biasakan

mereka

bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja


berlebihan apabila bergaul dengan mereka. Para ibu bapa dan
penjaga juga tidak boleh keterlaluan apabila menghukum

42

kanak-kanak. Jangan sesekali mencemuh atau mengherdik


kanak-kanak, kerana ianya akan menimbulkan kebencian
dalam diri kanak-kanak.

Ibu bapa juga haruslah memperelokkan fitrah dan membentuk


naluri anak-anak selari dengan tuntutan agama. Jangan
sesekali menghalang kanak-kanak bermain kerana proses
bermain mempunyai banyak kelebihan iaitu dapat membantu
perkembangan fizikal serta menguatkan otot kanak-kanak.
Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Bermain
dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan
selepas penat belajar. Imam Al-Ghazali menasihati guru-guru
supaya

mengajar

mengikut

kemampuan

kanak-kanak.

Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara


menempelak

mereka.

Guru

tidak

perlu

mengharapkan

ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang


baik.

iii.

Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir
pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan
golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai
persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha,
pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendapat beliau
pada peringkat permulaan adalah kanak-kanak tidak boleh
diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih sukar secara
berperingkat-peringkat. Pembelajaran memerlukan latih tubi.
Guru-guru harus menggunakan benda-benda maujud untuk
43

menerangkan sesuatu konsep kepada para pelajar. Guru-guru


juga perlu menggunakan bahan-bahan bantu mengajar (BBM)
atau alat bantu mengajar (ABM) untuk membuatkan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

Kanak-kanak juga tidak boleh dibebankan dengan perkaraperkara yang diluar kemampuan mereka, kerana ini boleh
menyebabkan

pembelajaran

kanak-kanak

menjadi

tidak

seronok dan membosankan sekaligus mereka hilang minat


untuk belajar. Kanak-kanak juga akan menjadi tertekan dan
mencerca pengajaran yang diberikan. Beliau mencadangkan
kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contohcontoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera
mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan AlQuran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai
umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah
diajar

tafsir,

hukum

dan

lain-lain.

Selain

itu,

jadual

pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak


dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus
dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini
boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong,
berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat
tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

Selain itu juga, masa belajar jangan terlalu panjang kerana


boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang
pendek

serta

cara

yang

betul

bagi

mendapat

hasil

pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua


44

kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis


dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan
Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.

iv.

Johann Heinrich Pestalozzi


Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka
sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama Neohof
pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan
dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai pendidikan adalah
seperti memastikan anak-anak dibimbing secara perlahanlahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu
perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang
abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada
pengalaman-pengalaman
kanak-kanak

boleh

deria.

mencapai

Melalui

pengalaman

potensi

mereka

itu
yang

semulajadi.

Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek.


Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui
manipulatif

seperti

membilang,

mengukur,

merasa

dan

menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanakkanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya
kepada kumpulan pelbagai umur (multiage grouping). Beliau
yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar
anaknya.

45

v.

Friedrich Froebel
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai
Bapa Tadika. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah
taman kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau
adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap
manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah
tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut
beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan
pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah
taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar
dalam

persekitaran

yang

terancang

dan

kanak-kanak

berkembang melalui main Antara idea-idea Froebel ialah


taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan
untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia
dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang
senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,
binatang dan gambar-gambar. Dilengkapi dengan kerusi meja
yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah
sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyibunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman
kanak-kanak

hendaklah

dapat

mengawal

kanak-kanak

daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat


dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu
dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial
kanak-kanak.

Taman

kanak-kanak

merupakan

satu

pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah


pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
46

berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.


Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan
kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanakkanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat
dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri
terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting
bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang
terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

vi.

John Dewey
John

Dewey

sering

kali

dikaitkan

dengan

pergerakan

pendidikan progresif. Beliau juga merupakan ahli falsafah


pendidikan yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat.
Dewey

telah

menubuhkan

sebuah

makmal

sekolah

di

Universiti Chicago dan beliau cuba mengembangkan teoriteori

pendidikannya

di

situ.

Idea-idea

Dewey

dianggap

sebagai terlalu bersifat tradisional dalam pendidikan awal


kanak-kanak.

Pada

ketika

itu

pendidikan

untuk

kanak-kanak

adalah

berpusat kepada guru. Guru berkuasa mutlak menentukan


aktiviti di dalam dan di luar kelas. Semua sekolah yang ada
pada ketika itu menggunakan sistem orientasi subjek dalam
memilih pengalaman kurikulum dan menggunakan teknik
hafalan sebagai kaedah pengajaran. Pelajar perlu menghafal
apa yang disampaikan oleh guru-guru dan perlu diulang
maklumat tersebut secara lisan atau bertulis.
47

Dewey menegaskan bahawa pengalaman kurikulum perlu


berasaskan

minat

dan

melibatkan

kanak-kanak

dalam

pengalaman pengajaran yang aktif. Berfokuskan kepada minat


kanak-kanak berbanding dengan subjek yang diambil oleh
kanak-kanak. Kurikulum yang dibina adalah berpusatkan
kepada kanak-kanak. Contohnya dalam subjek sains kanakkanak digalakkan meneroka alam sekeliling mereka, seperti
kitaran hidup rama-rama, mengumpul spesimen tumbuhtumbuhan atau haiwan serta mengklasifikasikan mengikut
kategorinya.
membaca,

Oleh

itu

menulis

kanak-kanak

dan

mengira

diwajibkan

untuk

boleh

menyelesaikan

masalah yang ada dipersekitaran mereka. Kanak-kanak turut


digalakkan dengan aktiviti fizikal dan sosial.

Kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak mendapat


suntikan daripada hasil kajian Dewey iaitu mengintegrasikan
pembelajaran dan bukan mengasingkan mengikut subjek
tertentu. Kurikulum perlu dibina berdasarkan pengetahuan
dan

minat

kanak-kanak.

Guru

atau

pendidik

bertanggungjawab untuk mencapai matlamat sekolah. Selain


itu

juga,

kanak-kanak

berkumpulan

dan

turut

saling

digalakkan

bekerjasama

belajar

dalam

secara

membantu

mengembangkan maklumat yang diterima. Pengaruh Dewey


kekal

sehingga

kini

dimana

lebih

menggunakan

child

centered (berpusatkan murid). Dimana menekankan kepada


pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, pendekatan hanson, mengintegrasikan mata pelajaran dengan pengajaran
bertema, pendidikan terbuka dan pembelajaran koperatif.

48

vii.

Maria Montessori
Merupakan

tokoh

pendidikan

di

Rome.

Berpengalaman

mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899,


beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
Montessori

menyokong

Froebel

dalam

pendapat

membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.


Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran
dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak
mendapat

pengalaman

dan

latihan

menggunakan

deria

dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanakkanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya.
Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup,
disiplin

diri

dan

arahan

adalah

prinsip

penting

dalam

pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah


untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu
perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam
pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal.
Antaranya adalah konsep berikut:
a) Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap
sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka,
sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut.
Seorang

kanak-kanak

mula

menyerap

kejadian

yang

berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini


daripada saat kelahiran lagi.

49

b) Persekitaran yang tersedia


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanakkanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai
bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan

kanak-kanak

apabila

kanak-kanak

memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara


menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa
yang sesuai.
c) Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan
menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila
persekitaran

mereka

disusun

secara

lengkap

dengan

pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak


berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila
mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru
tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru
hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing
mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
d) Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana
menggunakan
memilih

bahan

aktiviti

tersebut

selepas

pembelajarannya

kanak-kanak

secara

bebas

dan

sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada


peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak
daripada segi, penumpuan perhatian, kemahiran mmerhati
dan meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan,
keseimbangan
kemahiran

pergerakan,

praktikal,

kesedaran

konsep

persepsi

matematik,

dan

kemahiran

bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan


50

dengan

seni

kreatif,

pemahaman

berkenaan

alam

semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains


social,

pengalaman

menggunakan

kemahiran

berfikir

secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu


masalah.
e) Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk
kanak-kanak

menguasai

sesuatu

kemahiran.

Tempoh

tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan


kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi
memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori Ibu bapa patut diberi latihan dalam


perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan
ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh sensitif yang
merupakan

masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima

maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza


mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanakkanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang
minimum

daripada

orang

dewasa.

Kanak-kanak

yang

biasa

berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara


demikian apabila dewasa kelak.

Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam


semua jenis pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibentukkan
oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus

51

diri

dan

persekitarannya

melalui

pengalaman

sebenar

dan

kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.


Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman
dengan kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan
alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. Guru
perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu
kanak-kanak belajar secara bebas. Peranan guru hanya membantu
kanak-kanak,

bukan

memaksa

ataupun

menentu

arah

pembelajaran mereka. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat


beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan
kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak.

Jadual 3: Prinsip Montessori

Prinsip Montessori
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka

Konsep kebebasan

Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

Pentingnya disiplin diri

Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya

Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang


disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara
sendiri

52

BAB 5
PROSEDUR PENUBUHAN TASKA DAN TADIKA

5.1

Takrifan Tadika dan Taska

i.

Tadika
Berdasarkan kepada peruntukkan Akta Pendidikan (Akta
550)

mendefinisikan

mana-mana

tempat

dimana

pendidikan prasekolah ditawarkan untuk kanak-kanak


yang berusia antara empat tahun hingga enam tahun,
disediakan dari bilangan kanak-kanak sepuluh orang
atau lebih.

ii.

Taska
Berdasarkan peruntukan Akta Taman Asuhan Kanakkanak 1984 (Akta 308), mendefinisikan sebagai manamana premis yang menerima masuk empat atau lebih
kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih
daripada satu isi rumah (dua atau lebih keluarga) untuk
dijaga dengan upah. Taska juga boleh dikategorikan
kepada empat jenis iaitu:

53

a) Taska rumah
Menerima masuk empat hingga sembilan orang
kanak-kanak dalam rumah yang didaftarkan. Buat
masa ini hanya perlu memaklumkan kepada Pegawai
Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
b) Taska Institusi
Taman asuhan kanak-kanak menerima masuk lebih
daripada sepuluh orang kanak-kanak. Wajib berdaftar
dengan

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat

Malaysia

(JKMM).
c) Taska Tempat kerja
Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di manamana tempat kerja.
d) Taska komuniti
Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk
sepuluh orang kanak-kanak atau lebih di kawasan
keluarga

berpendapatan

rendah

(pendapatan

isi

rumah RM2 000.00 di kawasan Bandar dan kurang


RM1 200.00 di kawasan luar bandar) dan menerima
bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan.

7.2 Kategori premis


Terdapat empat kategori premis yang boleh dijadikan tadika atau taska
iaitu:

54

i.

Tapak khas yang telah sediaada didirikan


bangunan
Tapak yang telah dikenalpasti oleh sesuatu rancangan
pemajuan seperti RT (Rancangan Tempatan) atau RKK
(Rancangan
bangunan

Kawasan
sama

ada

Khas)
oleh

dan

pihak

telah

didirikan

swasta,

kerajaan

mahupun orang perseorangan.


Gambar 1: Tapak khas yang telah sedia ada didirikan bangunan

Gambar 2: Tapak khas yang telah sedia ada didirikan bangunan

55

ii.

Tapak khas yang masih belum didirikan bangunan


Tapak yang telah dikenalpasti oleh sesuatu rancangan
pemajuan seperti RT (Rancangan Tempatan) atau RKK
(Rancangan Kawasan Khas). Rujukan lanjut boleh dirujuk
pada

perkara

6.1.1

untuk

penerangan

terperinci

mengenai Pematuhan Rancangan Pemajuan dan perkara


8.1 bagi tindakan dan perlaksanaan mengikut rancangan
pemajuan dan kebenaran merancang.
Gambar 3: Kawasan lapang sebagai tapak mendirikan bangunan
tadika

Gambar 4: Kawasan lapang sebagai tapak mendirikan bangunan


tadika

56

iii.

Bangunan di premis tempat kerja/ institusi/


bangunan perniagaan/ bangunan integrasi dengan
kemudahan masyarakat

a)

Tadika atau taska amat digalakkan agar berintegrasi


berpusat

mahupun

bertingkat

di

dalam

satu

bangunan dengan kemudahan lain seperti klinik,


perpustakaan, pusat komuniti atau di tempat-tempat
kerja yang mana perlulah di aras bawah bangunan.
b)

Tadika atau taska di tempat kerja, institusi, bangunan


perniagaan

dan

bangunan

kemudahan

awam

berintegrasi

merupakan

alternatif

dengan
kepada

pemaju bagi mengelakkan penyediaan tadika dan


taska di kawasan kediaman. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) berhak mensyaratkan untuk penyediaan ruang
bagi

tadika

dan

taska

di

kawasan

ini

semasa

permohonan kebenaran merangcang oleh pemaju.


c)

Tadika atau taska yang mahu didirikan di kawasan


institusi seperti sekolah, masjid, surau atau rumah
ibadat, ianya mestilah disediakan di bangunan yang
berasingan dan berpagar.

Gambar 5: Taska Institusi

57

Gambar 6: Taska Institusi

Gambar 7: Tadika di premis perniagaan

iv.

Kawasan kediaman
Tadika dan taska tidak dibenarkan di lot kediaman.
Namun seandainya tapak khas telah dimajukan, tetapi

58

masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan


setempat maka tadika dan taska

boleh diberikan

pertimbangan untuk di bina di lot-lot kediaman dengan


syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Syarat-syarat adalah seperti berikut:
a) Mendapat surat persetujuan awal pemilik sah
rumah berjiran yang sempadan dengan tanah yang
berhubung dengan tapak lokasi cadangan dengan
jarak tidak melebihi 20 meter bagi cadangan taska
atau tadika tersebut. Manakala jarak 200 meter
untuk tadika atau taska yang ditubuhkan dijalan
mati. Persetujuan perlulah mendapat nasihat dan
kebenaran daripada PBT. Ianya harus dikemukakan
bersama-sama

dengan

borang

permohonan

kebenaran merancang dan pelan bangunan.


Sekiranya

terdapat

keraguan

terhadap

surat

persetujuan tersebut, PBT berhak mengeluarkan


notis berjiran, mengikut peruntukan subseksyen
21(6),

Akta

172

semasa

proses

kebenaran

merancang bagi mendapatkan persetujuan pemilik


sah rumah yang berjiran serta syarat-syarat lain
yang difikirkan perlu.
b) Bagi kediaman jenis teres, hanya lot tepi (corner
lot) sahaja dibenarkan. Lot tengah (intermediate
lot) atau lot hujung (end lot) tidak dibenarkan
kerana mempunyai kawasan lapang di samping
bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, tadika dan taska di premis
kediaman yang terletak bersebelahan dengan lot
59

tepi dan diusahakan oleh pengusaha yang sama


boleh

dibenarkan

dengan

syarat

keperluan

kemudahan dan keluasan minimum dipatuhi.


Larangan ini tidak timbul bagi rumah sesebuah seperti
banglo atau berkembar (semi-deteched) yang lazimnya
mempunyai kawasan lapang yang mencukupi. Keluasan
ruang lantai tadika dan taska adalah seperti dalam
jadual di bawah.
Gambar 8: Tadika swasta di kawasan perumahan

Gambar 9: Tadika swasta di kawasan perumahan

60

5.3 Keluasan Ruang Lantai Taska dan Tadika

Jadual 1: Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika


Perkara

Komponen dan keluasan

Keluasan

i. Keluasan per kanak-kanak : 15kp

ruang

(1.4mp) x 25orang

(kp/mp)
375kp
(35mp)

lantai

ii. Dapur

48kp

minimum

iii. Tandas

(4.5mp)

iv. Bilik kakitangan

65kp

v. Stor

(6mp)

vi. Laluan

218kp
Jumlah

(20mp)
70kp
(6.5mp)
210kp
(20mp)
986kp

Kawasan

Kawasan lapang/ruang permainan

(92mp)
538kp

lapang/rua

Tempat letak kereta (TLK) : 2 TLK X

(50mp)

ng

130kp (12mp)

260kp

permainan

(2.4m X 4.8m)

(24mp)

dan tempat

Jumlah

letak

800kp

kereta

(74mp)

minimum

61

Jumlah

1 786kp

Kawasan

(166mp)

Keseluruha
n
Sumber : Kajian Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan, JPBD SM, 2011
Nota:
a. Keperluan keluasan minimum 1.4mp (15kp) bagi setiap kanakkanak
b. Anggaran maksimum 25 kanak-kanak per kelas
c. Keperluan tempat letak kereta adalah bergantung kepada garis
panduan tempat letak kereta, Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM).
d. Keperluan kawasan lapang mengikut garis panduan kawasan
lapang JPBD SM.
e. Satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak.
Jadual : Keluasan Ruang Lantai Minimum Taska
Jenis Taska

Keluasan Ruang Lantai


Minimum
2.5mp (26.9kp)/kanak-kanak

Taska di rumah

(ruang dapur, stor, tandas, bilik


kakitangan dan tempat laluan
tidak diambil kira)
3.5mp (37.6kp)/kanak-kanak

Taska di Institusi
Taska di tempat kerja
Taska komuniti (TASKOM)

(ruang dapur, stor, tandas, bilik


kakitangan dan tempat laluan

tidak diambil kira)


Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011.
Nota:

62

Perkiraan 3.5mp/kanak-kanak adalah termasuk pembahagian


ruang (mengikut keperluan)seperti sudut blok/binaan, mainan,
lukisan/

kraftangan/pameran,

prabacaan/pratulis/prasains/pramatematik/, sudut kreatif, muzik


dan ruang pergerakan bebas.

Jadual : Nisbah Pengasuh dengan Kanak-kanak


Kategori

kanak-

kanak
Kanak-kanak
normal

Kanak-kanak
istimewa
(orang kurang
upaya/OKU)

Umur kanak-

Nisbah pengasuh

kanak
Baru lahir 1

1 pengasuh : 3 orang

tahun
1 tahun 3

kanak-kanak
1 pengasuh : 5 kanak-

tahun
3 tahun 4

kanak
1 pengasuh : 10

tahun
Baru lahir 1

kanak-kanak
2 pengasuh: 3 kanak-

tahun
1 tahun 3

kanak
2 pengasuh: 5 kanak-

tahun
3 tahun 4

kanak
3 pengasuh: 10 kanak-

tahun

kanak

5.4 Proses Penubuhan Tadika Dan Taska

Terdapat dua proses penubuhan Tadika dan Taska iaitu proses tanpa
Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan dan melalui proses
Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan.

Namun begitu, sebelum mengemukakan permohonan bagi penubuhan


Tadika dan Taska, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar
63

perniagaan/syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan


menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) anjuran JKM.
Pemohon juga perlu memastikan setiap pekerja di bawah jagaannya
menghadiri kursus KAAK.

Tindakan seterusnya melibatkan tiga aktiviti utama iaitu Permohonan


7

Kebenaran Merancang mengikut peruntukan subseksyen 22(3)8


subseksyen 22(5)

dan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

172) dan Pelan Bangunan (kecuali di tapak khas yang telah didirikan
bangunan), Pendaftaran Tadika dan Taska serta Permohonan Lesen
Premis Perniagaan seperti di Rajah 1 dan Rajah 2. Permohonan ini hanya
perlu menggunakan satu (1) borang yang telah diselaraskan seperti
lampiran.

PERMOHONAN PENDAFTARAN
LESEN PREMIS PERNIAGAAN
(7 hari bekerja)

Permohonan pendaftaran,
lesen premis perniagaan

Mula

Rajah 1: Penubuhan Tadika dan Taska Tanpa Melalui Proses Kelulusan


Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan

Bayaran yuran pendaftaran


lesen premis perniagaan

Pemeriksaan oleh agensi berkaitan

Pengeluaran sijil
pendaftaran dan lesen
64
premis perniagaan

Tamat

PERMOHONAN
KM DAN PELAN BANGUNAN
Mula
Prasyarat:
(14 hari bekerja)
Prasyarat

Pemohon/pemilik premis perlulah terlebih dahulu:


Mendaftar perniagaan dan syarikat
Menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Kursus
bayaran yuran Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan di kaunter OSC PBT
mMendapat persetujuan awal/notis lot berjiran (pemilik asal bagi premis kediaman)
Pemohon/Pemilik
premis perlulah terlebih dahulu:
(Borang Permohonan)

a. Mendaftar perniagaan dan syarikat


1
b. Menjalani Kursus Latihan Pengendalian Makanan (KKM) dan Kursus
Asuhan
Kanak-kanak (KAAK) daripada Jabatan Kebajikan
OSC semakAwal
permohonan
(lengkap/tidak (JKM)
lengkap)
Masyarakat
Tidak

Ya
Edaran dokumen ke
agensi berkaitan

Mesyuarat Jawatankuasa OSC

PERMOHONAN PENDAFTARAN DAN LESEN PREMIS PERN


(7 hari bekerja)
Keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa OSC

Rajah 2: Penubuhan Tadika dan Taska Melalui Proses Kelulusan Kebenaran


Merancang dan
Pelan Bangunan

Tidak

LulusBayaran lesen premis perniagaaan (terima lessen 1 h


A

Proses Pembinaan/
pengubahsuaian
B

65
Tamat

Bayaran yuran pendaftaran

66

BAB 6
TASKA DAN PERMATA

6.1 Pengenalan Taska

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk


menjaga kanak-kanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA
menggunapakai kurikulum bersepadu dalam melaksanakan program
pendidikan awal kanak-kanak. TASKA telah menyediakan suasana
pengajaran yang berorientasikan belajar melalui bermain (learning
through play) bagi merangsang perkembangan personaliti dan minda
kanak-kanak. TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar
mereka mampu untuk bersosial dan berinteraksi diantara satu sama lain
sama ada dengan kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di
sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi. TASKA ingin melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah membina generasi
cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan
yang berkualiti.

6.2 Proses pembentukan kurikulum

Menurut Feldman, J.R. (1991), terdapat lima komponen utama bagi


membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi
kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian. Mari sama-sama kita
membincangkannya satu persatu.

6.2.1

Falsafah
67

Bagi membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika


ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan
prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah
prasekolah

menggambarkan

tujuan

prasekolah,

nilai

dan

kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah


yang

dipegang

atau

dirujuk

oleh

guru

prasekolah

mampu

mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Justeru,


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk berteraskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Keduadua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum
perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum
yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang.
Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan
generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.2.2

Matlamat dan Objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan


program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh
kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu
ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru
dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi.
Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai
oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanakkanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

68

6.2.3

Isi Kandungan

Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih


merupakan
mencapai

maklumat
matlamat

berkaitan
dan

mata

objektif

pelajaran

bagi

pengajaran

dan

pembelajaran.

6.2.4

Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti

pembelajaran

pengalaman

yang

melibatkan

dirancang

aktiviti,

untuk

bahan

kanak-kanak.

dan
Setiap

aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian


dengan matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian
tahap kanak-kanak.

6.2.5

Penilaian

Penilaian adalah proses menilai sama ada matlamat dan


objektif telah dicapai. Penilaian boleh dijalankan secara tidak
formal melalui kaedah pemerhatian. Senarai semak dan rekod
anekdot boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan
maklumat

pemerhatian.

Penilaian

yang

dibuat

akan

membantu guru melaksanakan proses penambahbaikan dari


aspek pedagogi. Penilaian merupakan komponen terakhir
dalam

proses

pembentukan

sesuatu

kurikulum

langkah untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

6.2.6

Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

69

sebagai

Perkataan pendidikan awal kanak-kanak diberikan pelbagai


tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, pendidikan awal
kanak-kanak (early childhood) merujuk kepada kanak-kanak
yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun dan mendapat
jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau
sekolah rendah. Program seumpama itu dikendalikan oleh
pelbagai institusi yang berbeza-beza. Dewasa ini, kebanyakan
ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke taman
asuhan ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan
wanita yang berkerjaya. Justeru itu, pendidikan awal kanakkanak wajar diberikan perhatian serius.

6.2.7

Konsep Kurikulum

Terdapat

banyak

didefinisikan

definisi

sebagai

cara

kurikulum.

Kurikulum

membantu

pendidik

boleh
berfikir

tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak


berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan
semua pengalaman yang berlaku di sekolah. Kurikulum
merupakan

bentuk

penulisan

yang

dirancang

untuk

pembelajaran. Selain itu kurikulum juga membawa pengertian


senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003),


kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran
yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.
Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas
untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan.

70

Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa


kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum
nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah
pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani,
emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat
penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang
dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti
tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti
tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Zais (1979) menyatakan bahawa kurikulum sebagai satu set


generalisasi
cadangan

yang

dan

saling

lain-lain

sistematik

sesuatu

kurikulum

ialah

berkait
yang

fenomena

untuk

secara

mewakili

satu

kurikulum.

memperkata,

logik,

konsep,

pandangan

Fungsi

menjangka

teori
dan

menerangkan fenomena kurikulum dan sebagai polisi untuk


panduan aktiviti kurikulum. Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep
kurikulum

merupakan

semua

jenis

pembelajaran

yang

dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam


kumpulan atau secara individu di dalam atau di luar sekolah.
Pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum berasaskan
rancangan bidang pendidikan. Misalnya J.G.Saylor dan W.M
Alexander (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan
yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan
tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di
sekolah.

Tyler

(1950)

mentafsirkan

kurikulum

sebagai

pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh


sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan.

71

Kurikulum dalam topik ini didefinisikan sebagai gagasan pola


atau pelan untuk merancang pengalaman pembelajaran yang
melibatkan kanak-kanak. Secara umumnya kurikulum boleh
dimaksudkan

sebagai

perancangan

untuk

sesuatu

pembelajaran. Kurikulum merangkumi penyataan falsafah,


matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran dan
penilaian yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan
pelaksanaannya. Semasa membentuk kurikulum kita perlu
mengambil kira tentang falsafah program. Apakah falsafah
berkenaan? Pendidikan awal kanak-kanak di negara kita
mengambil kira beberapa asas pembentukan kurikulum.

6.3 Pusat Permata Negara

Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk


menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada
Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa
orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai
polis,

peguam,

pegawai-pegawai

kerajaan

bagi

membincangkan

cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian


melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar


belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang
cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih
berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa
kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan
72

menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang


bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar
menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah
"Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat untuk
memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang
permulaan hidup yang terbaik.

Perlaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA


bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur
empat tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti
dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kanak-kanak dari
lahir hingga empat tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan
mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai
modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu
ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu
daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan
sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara
lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan
pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang
bersepadu.

Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan Didikan Awal


kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam
bidang asuhan dan didikan awal khususnya di bawah lingkungan umur
empat tahun ke bawah. Pendekatan ini menekankan kepada pembinaan
potensi kanak-kanak dan merangsang minda melalui aktiviti penerokaan,
mencuba dan bereksperimentasi dengan persekitaran mereka. Program
ini juga menekankan kepada pembelajaran melalui permainan yang

73

menarik dan menggembirakan sesuai dengan fitrah semulajadi kanakkanak.


Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan
pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program
asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti
Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada
pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan
penekanan kepada kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan
didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit. Sehubungan itu,
kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen
Green

Centre

disesuaikan

sebagai

dengan

contoh

budaya

amalan

terbaik

masyarakat

dan

setempat

kemudiannya
dan

Falsafah

Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema Setiap


Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan
kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal
satu

dasar

pendidikan

awal

kanak-kanak

yang

bersepadu

dan

menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah
menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh
kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan perlaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara,


pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara
bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi
permulaan

terbaik

dalam

kehidupan

mereka

sebagai

persediaan

menghadapi cabaran masa hadapan. Buat masa kini jumlah keseluruhan


pusat PERMATA Negara di seluruh Malaysia adalah sebanyak 600 buah di
mana menempatkan kira-kira 20 000 anak-anak yang pendapatan
keluarga dari RM1 500

dan ke bawah, telah menikmati perkhidmatan


74

pendidikan

awal

kanak-kanak

yang

berkualiti.

Hasil

kajian

yang

dijalankan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Pusat


Penyelidikan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) menunjukkan bahawa
84 peratus kanak-kanak yang di hantar ke pusat PERMATA Negara
mencapai

perkembangan

emosi

yang

holistik

dalam

membentuk

personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian ini
juga menyimpulkan bahawa kanak-kanak yang diasuh di pusat PERMATA
Negara 80 peratus lebih menyerlah daripada pusat-pusat jagaan lain di
seluruh Malaysia, di mana kanak-kanak ini dilihat telah mencapai
kemahiran prasains, berkebolehan menggunakan ayat dengan penuh
dan betul, pandai mengurus diri serta bersikap lebih mesra dan mudah
memahami dan mendengar arahan.

Kurikulum permata digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Kurikulum yang


dipengerusikan oleh Mantan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan
Idris dengan keahliannya terdiri dari pakar kanak-kanak dari universitiuniversiti dan individu profesional dalam bidang ini. Kurikulum PERMATA
berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana lebih
menekankan kepada lima aspek utama bagi memastikan ianya menjadi
sebuah program yang holistik bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun,
meliputi aspek interaksi dan komunikasi aktif, rangsangan minda dan
literasi, memperkasakan kanak-kanak, pembelajaran secara bebas,
pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak dan pembelajaran
melalui permainan. Objektif utama kurikulum ini ialah membolehkan
kanak-kanak membesar menjadi seorang individu yang mempunyai rasa
kasih sayang antara satu sama lain, prihatin, berkeyakinan tinggi,
berakhlak mulia dan memiliki emosi yang stabil dan seimbang.

75

Pengisian kurikulum juga telah digubal untuk merangkumi enam bidang


pembelajaran utama khusus bagi mental, fizikal dan emosi kanak-kanak
di bawah umur 4 tahun iaitu merngkumi aspek (i) Fizikal, (ii) Awal
Matematik dan Pemikiran Logik, (iii) Deria dan Pemahaman Dunia
Persekitaran, (iv) Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, (v) Kreativiti dan
Estetika dan (vi) Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian dan satu aspek
pengasuhan lengkap meliputi: keselamatan, pemakanan seimbang,
penjagaan bayi dan kanak-kanak dan amalan pengasuhan. Kajian
perbandingan

juga

telah

dilakukan

terhadap

program-program

seumpama ini yang dilaksanakan oleh negara-negara maju. Hasilnya


telah diolah semula menjadikan Kurikulum PERMATA adalah gabungan
model terbaik daripada pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang cemerlang
di

Eropah,

Amerika

Syarikat

dan

beberapa

negara

Asia

yang

kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan


Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya untuk
memenuhi keperluan dan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
Pemakaian kurikulum ini diaplikasikan melalui aktiviti pembelajaran yang
telah dirancang agar bersesuaian dengan tahap perkembangan dan
kebolehan kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

Kurikulum PERMATA telah diuji rintis di Pusat PERMATA dan dikaji semula
serta

dibuat

penambahbaikan

dengan

mengambil

kira

kurikulum-

kurikulum Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak atau KAAK dari Jabatan


Kebajikan Masyarakat dan Kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanakkanak Taska atau SEPAKT dari KEMAS. Kurikulum ini juga telahpun melalui
beberapa

proses

penambahbaikan

hasil

dari

kajian

keberkesanan

pemakaiannya sepanjang tempoh projek perintis mulai 2007 hingga


2009 bagi memantapkan lagi kandungannya dan telahpun diterima
sebagai Kurikulum Kebangsaan di bawah Dasar Asuhan dan Didikan Awal

76

Kanak-Kanak yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2008. lanya
akan menjadi bahan rujukan dalam perluasan program PERMATA.

6.4 Pengenalan Kurikulum Permata (KP)


Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk
kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran,

norma,

nilai,

unsur

budaya

dan

kepercayaan

untuk

membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi


jasmani,

rohani,

mental

dan

emosi

serta

untuk

menanam

dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan


pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum
Kebangsaan) Pendidikan 1997). KP telah dirancang dengan mengambil
kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada
pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. KP
merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska
atau Pusat Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan
awal kanak yang terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan
kanak-kanak. Aspek yang dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan
kanak-kanak, kaedah pengasuhan secara holistik, dan juga panduan
dalam merancang sebarang aktiviti bagi tujuan menguji perkembangan
kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu
bapa dan masyarakat sekelilingnya.
6.5 Definisi Taska

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau


dikenali sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan
empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih
daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
77

Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar Bandar,


bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan
Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),
Kementerian

Pembangunan

Luar

Bandar.

Tujuannya

adalah

untuk

memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi


meningkatkan taraf hidup keluarga.

6.6 Latar Belakang Kurikulum Permata

Kurikulum Permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan


Awal Kanak-Kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah
mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh
dunia. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan
persidangan, dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang
berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum
ini. Program pendidikan awal kanak-kanak yang didapati paling sesuai
dirujuk ialah Program Surestart dari Pen Green Centre, Corby, United
Kingdom. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart
di Pen Green ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan
kanak-kanak

di

tengah-tengah

sebagai

keutamaan

yang

menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery) dengan rumah.


Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif.
Kitaran ini dipanggil Pen Green Loop atau singkatannya PG Loop.

Rekabentuk kurikulum dalam Model Pen Green ini menggalakkan


penglibatan ibu bapa selaras dengan hasil kajian yang secara terang
menunjukkan bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling
78

efektif untuk kanak-kanak. Kajian Brofenbrenner (1998) yang telah


menghasilkan

Ecological Systems

Theory

mendapati pembelajaran

seseorang kanak-kanak boleh dimaksimumkan sekiranya ada kolaborasi


dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat didikan dan
asuhan kanak-kanak tersebut. Rekabentuk Kurikulum Permata telah
mengambil kira peranan ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa
untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka.
Pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan mengganti cara
berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh
diganti dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui
perbincangan-perbincangan ringkas semasa mengambil dan menghantar
anak berkenaan. Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran
ibu bapa selama sejam setiap minggu. Model asas kurikulum Pen Green
tidak mempunyai tema atau topik tertentu, manakala Kurikulum Permata
telah diperkayakan dengan tema-tema berciri kebudayaan Malaysia.
Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu seperti
jadual di bawah ini
Jadual : Bidang Pembelajaran Kurikulum Permata (KP)
Bidang Pembelajaran Kurikulum Permata (KP)
i. perkembangan emosi, rohani dan sosial.
ii.

Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal

iii.

Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik

iv.

Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia


persekitaran

v.

Perkembangan

fizikal,

koordinasi

motor

dan

pengurusan diri
vi.

Perkembangan daya kreativiti dan estetika

Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang


pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan
79

menilai keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi


atau pembelajaran lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.
Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai
perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and
understanding of the world), bukan sebagai penguasaan kemahiran
akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan semua
aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap
individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah
unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanakkanak lain. Ini bermaksud, tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami)
yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan
Kurikulum Permata adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green
iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain
seperti:
i.

Konsep Involvement oleh Leavars (1997)

ii.

Konsep Well-Being oleh Laevars (1997)

iii.

Konsep Attachment oleh Bowlby (1969)

iv.

Konsep Holding and containment oleh Winnicot (1965) and


Bion (1962).

Berasaskan model Pen Green ini, Kurikulum Permata digubal dan diuji
rintis di lima buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa I dan di enam
buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa II. Dapatan dari penilaian
yang telah dibuat selepas satu tahun pelaksanaannya menunjukkan
Kurikulum Permata berjaya dan sangat berkesan dalam meningkatkan

80

kebolehan dan potensi kanak-kanak yang maksimum. Oleh kerana


rangka teori Kurikulum Permata ini berasaskan prinsip perkembangan
kognitif, sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik
daripada semua kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh
digunapakai oleh semua kaedah atau program pendidikan awal kanakkanak yang sudah sedia ada di Malaysia mahupun yang dibawa masuk
dari luar negara. Ini adalah kerana semua kanak-kanak akan melalui
proses perkembangan yang serupa disebabkan proses perkembangan
manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama.

Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam


mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu
faktor kompromi untuk pengamal-pengamal kaedah lain seperti Kaedah
Montessori dan Reggio Emilia yang telah lama diperakui kualiti program
tersebut di peringkat antarabangsa. Secara ringkasnya, Kurikulum
Permata menggunakan hasil penyelidikan yang terkini dan terbukti boleh
diaplikasikan

dalam

suasana

sebenar.

Ianya

berasaskan

proses

perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama


ianya

boleh

digunapakai

oleh

mana-mana

kaedah

atau

program

pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum ini disyorkan untuk digunakan


sepenuhnya atau dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan
tujuan untuk memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
walau apa jenis program yang beroperasi di negara ini.

6.7 Struktur Kurikulum Permata

Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanakkanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif,

81

sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam


kurikulum ini ialah:
i.

Kasih sayang dan belaian

ii.

Interaksi dan komunikasi

iii.

Pemikiran dan bacaan

iv.

Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui


pembelajaran secara bebas

v.

Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak

vi.

Belajar melalui bermain

vii.

Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan


lakonan

Kurikulum

ini

digubal

dengan

berpaksikan

falsafah

pendidikan

kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran


seperti motor kasar dan halus, estetika dan kreativiti, sensori dan
pemahaman dunia persekitaran, Sosio-emosi dan kerohanian, bahasa
dan literasi awal, pra-matematik dan logik. Bagi menyesuaikan kurikulum
dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka
ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 6 Bulan, Modul 2 : 6
12 Bulan, Modul 3 : 1 2 Tahun, Modul 4 : 2 3 Tahun dan Modul 5 : 3 5
Tahun. Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda
kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami
melalui

aktiviti

permainan.

Kaedah

ini

mewujudkan

persekitaran

pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak.


Kurikulum permata menerapkan sikap suka berkawan dan bersosial
kanak-kanak

kecil,

kanak-kanak

suka

meneroka,

mengeksperimen,

bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan


berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran matematik dan
pemikiran secara logik.

82

6.8 Keistimewaan Program Permata

Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated)


dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui
pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan
kaunseling. Malah, program PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak
yang holistik dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia,
berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan sihat jasmani; dan Suci rohani. Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam Program PERMATA.

Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat
Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri
ialah berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak, memberi
makan, memandikan, membaca, bercerita dan memasak dengan kanakkanak,

menyertai

menyertai

program

lawatan

sambil

kesihatan

dan

belajar

bersama

kaunseling

dan

kanak-kanak,
memastikan

kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah.

Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang


mempunyai

sosio-emosi

yang

kukuh,

self-esteem

yang

tinggi,

berkeyakinan diri, dan budi pekerti yang mulia. Seterusnya, ia dapat


menggalakkan

kanak-kanak

berkomunikasi

dan

seterusnya

memahirkannya, memudahkan mereka berinteraksi dan menguasai


kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak yang
mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dalam
masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk
83

ingin tahu, suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan


menyelesaikan masalah, serta menumpukan perhatian dalam menerokai
sesuatu pembelajaran.

Kanak-kanak dapat mengenali potensi serta

kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan


potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat

dari segi

fizikal dan mental serta berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya,


menghayati pentingnya kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri
dengan baik.

Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga,


PERMATA Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATA Kepala Batas dan PERMATA
Subang Jaya. Selain dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara
telah beroperasi di Pasir Mas di Kelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit
Peringgit di Melaka, Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu,
Tuaran di Sabah dan Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA
Negara di Chembong, Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir
bulan Februari 2008. Batu Pahat, Johor, Bukit Peringgit, Melaka, Dungun,
Terengganu Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang,

Chembong, Negeri

Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan, Sarawak Kuala Ketil, Kedah,


Bercham, Perak Bangunan baru akan dibinaoleh Kerajaan Negeri.
Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak dan Kuala
Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum April 2008.

Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan


program yang efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
pelbagai adalah kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan
dapat

diwujudkan

jika

semua

pihak

yang

terlibat

mengamalkan

pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu


memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak84

kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula,


pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa
diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini adalah supaya

hak untuk mendapat peluang

pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya


dalam persekitaran semula jadi. Kanak-kanak PERMATA mencapai
perkembangan emosi yang baik, boleh menggunakan ayat penuh dan
betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita serta
bersifat mesra, mudah bergaul, berkawan, berkongsi mainan, mengikut
arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.
Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai
mengurus diri sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

6.9 Perluasan Program Permata Negara

Program PERMATA Negara mula dilaksanakan secara berperingkat mulai


akhir tahun 2006, dengan siling peruntukan di bawah Rancangan
Malaysia Ke-9 sebanyak RM20 juta. Pada tahun 2007 sebanyak 4 buah
Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) telah dapat ditubuhkan di Subang
Jaya, Kepala Batas, Mempaga dan Putrajaya sebagai projek perintis bagi
melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara. Penubuhan 4 buah pusat ini
melibatkan kerja menaiktaraf premis sedia ada untuk dijadikan PAPN. Di
samping itu, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak
Kebangsaan (NCDRC) juga telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) untuk membangunkan kurikulum PERMATA Negara di
samping menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan asuhan awal
kanak-kanak serta memberi latihan kepada guru.

85

Pada tahun 2008, sebanyak 10 buah PAPN lagi telah di bina iaitu 1 pusat
di setiap negeri menjadikan jumlahnya sebanyak 14 buah pusat. Sebagai
sebuah kerajaan yang amat menitikberatkan kepentingan program
asuhan dan didikan awal kanak-kanak, pada tahun 2009 peruntukan
sebanyak RM130 juta telah disediakan bagi membolehkan Program
PERMATA Negara ini diperluaskan ke seluruh negara. Hasil kerjasama
agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Jabatan

Perpaduan

Negara

dan

Integrasi

(JPNIN)

dan

Yayasan

Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Program PERMATA Negara


telahpun dilaksanakan di semua TASKA PERMATA KEMAS yang berjumlah
311 buah pusat, TASKA PERMATA Perpaduan 35 buah dan TASKA
PERMATA YPKT yang berjumlah 32 buah pusat. Pelaksanaannya juga
telah dipanjangkan ke Taska Tempat Kerja dan TASKA Komuniti iaitu
sebanyak 186 buah pusat bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak di
bawah umur 4 tahun dapat menikmati peluang mengikuti Program
PERMATA.

Pada tahun 2010, Program PERMATA Negara telah diperluaskan ke 3


kawasan Parlimen di setiap negeri dengan penubuhan sebanyak 38 buah
PAPN baru. Manakala di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Program
PERMATA

telah

menerima

peruntukan

sebanyak

RM24

juta

bagi

pembinaan 30 buah PAPN baru. Adalah dijangka menjelang akhir tahun


2011, sebanyak 91 buah PAPN akan dapat ditubuhkan di seluruh negara.
Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 600 buah pusat di
seluruh negara telah melaksanakan Program PERMATA Negara di mana
sebahagian besar adalah TASKA PERMATA KEMAS, TASKA PERMATA YPKT,
TASKA PERMATA Komuniti, dan TASKA PERMATA Tempat Kerja. Perluasan
ini melibatkan pemakaian Kurikulum PERMATA, menaiktaraf kemudahan
fizikal bagi sesetengah pusat dan membekalkan peralatan pembelajaran

86

bagi memastikan pusat-pusat tersebut boleh melaksanakan Program


PERMATA dengan baik. Dengan perluasan ini adalah dianggarkan seramai
lebih

25,000

kanak-kanak

mendapat

peluang

untuk

mendapat

pendidikan awal yang berkualiti.

6.10 Rumusan Kurikulum Permata

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil


daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka
(Rozumah & Salma. 1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal
kanak-kanak harus melihat kepada tahap perkembangan mereka.
Perkembangan

kurikulum

awal

kanak-kanak

di

Malaysia

telah

berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi,


institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak
supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri
Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan Negara yang
hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.
Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan
tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa
pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).

Projek perintis Setiap anak PERMATA Negara telah dilaksanakan setelah


dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat
peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang
dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh

87

hal demikian, Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan


menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanakkanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu
bapa

yang

berpendapatan

kurang

daripada

RM1,500

sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu


bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu
untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada
waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat
antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan


didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan
kepada

pembangunan

kanak-kanak

secara

holistik

dalam

aspek

kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Sehingga kini


17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara
mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran,
teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik
disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Kajian

UPSI

dan

Pusat

Penyelidikan

Perkembangan

Kanak-kanak

Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata


Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk
personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu
juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanakkanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai
kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul,
pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut
arahan.

Yang

Amat

Berbahagia,

Datin

Paduka

Seri

Hajjah Rosmah binti Mansor, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif


88

Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga


terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding
kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek
kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.

Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal


kanak-kanak dan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras
kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman
asuhan kanak-kanak iaitu Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang
pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan
oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Permata
Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran
yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University
of Johns Hopkins, Amerika Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih
pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang
berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia
bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun, Perkasa Remaja, yang
dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur
18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial
serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada
masyarakat dan negara (Bernama. 2009).
Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang
secara umum untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka . Pada
tahun 1969, satu revolusi telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah
menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker
Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang
mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama
projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin

89

daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. (Bernard Van
Lee 2009).
Pada

tahun

berfokuskan

1970,

pelancaran

kepada

program

Dasar

Ekonomi

"Pembasmian

Baru

Buta

(DEB)

Huruf",

yang

Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan


Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian
Wilayah

Persekutuan

dan

Kementerian

Kerajaan

Tempatan

serta

Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan


Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan KanakKanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di
antara umur empat hingga enam tahun.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus
bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961
P.U

(A),

Kaedah-kaedah

(Pendaftaran)

pada

Pelajaran

1972.

(Kindergarten/

Pendidikan

awal

Sekolah

Asuhan)

kanak-kanak

semakin

berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer.


Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah
terutamanya

dalam

menggubal

menganjurkan

seminar-seminar

dan

program

pukal

menerbitkan

Prasekolah,

buku

panduan

pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van


Leer Foundation, 2009).

Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang


lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maktab Perguruan
Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1972 sehingga
1976. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui
projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
90

Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid


(MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai
oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanakkanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984.
Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa
pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan
tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak
(TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan.
Tujuannya

untuk

meningkatkan

kemahiran

dan

kreativiti

guru

prasekolah. Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia


mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini,
Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum
PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun)
dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak. Usaha
ini turut disokong oleh Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran.
Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan
mencapai matlamatnya dalam mendidik dan membentuk
sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta mempunyai
kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi
cabaran dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak
yang mempunyai nilai-nilai seperti ini akan membangun
sebagai modal insan berminda kelas pertama.

Malah, mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Permata


bermaksud program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

91

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,


nilai,

unsur

kebudayaan

dan

kepercayaan

untuk

membantu

memperkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi


jasmani,

rohani,

mental

dan

emosi

serta

untuk

menanam

dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan


pengetahuan (Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9, Kurikulum
Kebangsaan Pendidikan 1997).
Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara,
setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara.
Malah, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan
intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka. Malah, fokus permata
adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang
memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun,
menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga
berpendapatan rendah serta berbilang kaum dan agama. Rasional
permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah membuktikan
neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting
dalam

perkembangan

otak

kanak-kanak.

Oleh

itu,

kita

perlu

menyediakan pengalaman pembelajaran yang positif supaya otak kanakkanak akan berkembang dengan baik.

Malah, hubungan emosi dan

sosial yang dibina penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang


tenang, aman dan penyayang. Oleh itu, Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran
dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada
pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (Mazlah. 2009).

6.11 Kajian-Kajian Yang Terdapat Di Dalam Dan Luar Negara

92

a) Program Permata
Zailani Zakaria
Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku
paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima
dalam kehidupan mereka. Atas dasar ini, keistimewaan Program
Asuhan

dan

merupakan

Didikan
satu

Awal

Kanak-kanak

program

yang

PERMATA

ialah,

menekankan

ia

program

pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran


sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is fun through play
dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA
ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan
pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum

Pusat

Anak

mengikut

acuan

dan

PERMATA
keperluan

Negara

(PAPN)

kanak-kanak

di

disesuaikan
negara

ini

walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di


luar

negara;

dengan

memberi

penekanan

kepada

modul

pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak


Malaysia. PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang
bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan
ibu bapa dan komuniti Ini adalah bersesuaian untuk membentuk
personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini
juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang
cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke
dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

Buat masa ini, belum ada satu kurikulum kebangsaan yang digubal
untuk mengintegrasikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak
dibawah umur 4 tahun di Malaysia. Walaupun kursus Asas Asuhan
93

Kanak-kanak

(KAAK)

diwajibkan

kepada

semua

pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta asuhan KanakKanak, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan
kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak. Pembangunan
kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanakkanak

secara

menyeluruh

amat

penting

dan

ianya

akan

meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan


pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir
sehingga selesai persekolahan.

Program Permata telah pun menggubal kurikulumnya tersendiri


serta dinilai melalui ujian kajian pemakaiannya dikalangan kanakkanak

di

pusat-pusat

memberangsangkan

dalam

permata.

Hasilnya

pembangunan

awal

adalah

kanak-kanak

secara holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan


kesihatan. Oleh itu, kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan
sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal kanakkanak kebangsaan (PERMATA Negara, 2009). Sehingga kini 17,565
kanak-kanak dipusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara
mendapat

manfaat

daripada

program

ini

di

mana

modul

Pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanakkanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan pusat penyelidikan perkembangan kanak-kanak


kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di
permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan
membentuk

personaliti

yang

tenang,

stabil,

ceria

dan

berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka


lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan
94

lebih 80 % daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh


menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri
sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan. Dapatan
ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI
adalah seperti berikut:
i)

Perkembangan

emosi

:-

84%

kanak-kanak

PERMATA

mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42%


kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati
berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang
dan

terkawal,

stabil,

ceria,

mesra,

penyayang

dan

berkeyakinan diri;
ii)

Perkembangan bahasa dan Komunikasi :- 80% kanak-kanak


PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul
berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;

iii)

Kemahiran berkomunikasi :- 72% kanak-kanak PERMATA


boleh

menggunakan

bahasa

ekspresi

dan

bercerita

mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;


iv)

Perkembangan sosial :- 80% kanak-kanak PERMATA bersifat


mesra,

mudah

bergaul/berkawan,

berkongsi

mainan,

mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanakv)

kanak Bukan PERMATA;


Pengurusan Diri : - 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai
mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan
PERMATA;

vi)

Perkembangan

intelek

:-

85%

kanak-kanak

PERMATA

mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanakkanak Bukan PERMATA; dan

95

vii)

Perkembangan

rohani

:-

kanak-kanak

PERMATA

lebih

berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak


Bukan PERMATA.

6.12 Pandangan Tokoh Tentang Konsep Taska Di Malaysia Dan


Luar Negara

i.

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis


Hakikat

yang

perlu

kita

tahu

dari

fakta

yang

dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi


kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama,
inilah merupakan peringkat paling utama dan baik
menerusi perkembangan kanak-kanak untuk menerima
perkembangan kognitif berbanding dengan peringkatperingat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam
kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan
psikologi

kanak-kanak

berpendapat

bahawa

lebih

separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak


berlaku dari usia 0 hingga 4 tahun

manakala satu

pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika


kanak-kanak berusia 8 tahun .
Kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati
bahawa 80-85% perkembangan otak manusia berlaku
dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanakkanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat
ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh
enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini
bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan

96

awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada


keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

ii.

Dr. Mahani Razali


Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang
definisi sebenar kanak-kanak yang dikategorikan dalam

Pendidikan

Awal

Kanak-Kanak

atau

Early

Childhood Education . Beliau cuba menjawab persoalan


ini dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan
perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan
yang dapat kita kongsi bersama:
There is some variation across countries in the
ages

of

childhood

children

considered

education.

to

According

be
to

in

early

Swiniarski,

Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of


early childhood care and education differ around
the world. The more industrialized nations consider
early childhood to be the period from birth through
to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000), while
developing nations focus on birth through to age 6
(Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves
et

al

(1996)

stress

that

regardless

of

such

determinations the increased interest in early


childhood education around the world reflects
respective nations'

and/or societies'

particular

philosophical beliefs about children. In the United


States and Canada, children start school at age 6.
Nursery schools generally cater for children aged
35 years old, and kindergartens cater for children

97

aged 45 years old. In England, Scotland, and


Wales, children in nursery schools are normally
aged between 3 and 5 years, and in Northern
Ireland, between 2 and 4 years. In England and
Wales,

some

schools

have

classes

called

reception classes for children who have not yet


reached the compulsory school age (5 years old).
Sweden has pre-schools for children aged 05
(frskola) and another pre-school for 6-year-olds
(freskoleklass) (Mahani, 2006).

iii.

Jean Piaget
Piaget

menyatakan

setiap

kanak-kanak

mempunyai

corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh


sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu
bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka
tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan
kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkatdan
peringkat

yang

lebih

awal

adalah

mustahak

bagi

perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya


kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

iv.

Eric Erikson
Seorang

tokoh

lagi

yang

bernama

Eric

Erikson

berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui


lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke
tahap

seterusnya

berlawanan

di

dengan

tahap-tahap
98

mempunyai
tertentu.

Pada

ciri-ciri
setiap

peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah,


remaja , awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial
yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya.
Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu
merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan
dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di
tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan.

Erikson

berpendapat

darjah

kepercayaan

bayi

bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu


bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendakkehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan,
minum,

perhatian

dan

kasih

sayang,

dia

akan

memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika


tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai
orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta
akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak
memberangsangkannya.
dengan

pendapat

berpendapat

Pendapat

Jean

kanak-kanak

Piaget
pada

ini
di

bercanggah
mana

setiap

beliau
tahap

mempunyai perkembangan tertentu.

6.13 Rumusan
Secara keseluruhannya pandangan dan pendapat tokoh atau pakar di
Malaysia dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak- kanak
adalah berbeza-beza. Konsep TASKA di Malaysia, menurut Prof Madya Dr.
Mastura badzis menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita
tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan
99

psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah


merupakan peringkat paling utama dan aktif. Perkembangan kognitif
kanak-kanak pada tahap ini sedang berkembang pesat berbanding
dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam
kehidupan seorang insan.

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa


lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada
usia kanak-kanak 0 hingga 4 tahun, manakala satu pertiga yang lain
sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian
yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 8085%
perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun
pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang
paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam
tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti
pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan
asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
BAB 7
TADIKA DAN KEMAS

7.1 Pengenalan KEMAS

KEMAS merupakan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Di mana Kemas bukan


sahaja

menyediakan

kursus-kursus

asas

menjahit,

memasak

dan

pelbagai kreativiti yang lain, tetapi kemas turut berganding bahu


menyediakan pusat pendidikan awal kanak-kanak iaitu Tabika KEMAS.
Tabika KEMAS menerima kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun di mana

100

pada permulaannya hanya memfokuskan kepada kemahiran 3M iaitu


membaca, menulis dan mengira. perkembangan pendidikan awal kanakkanak di Malaysia semakin pesat, akhirnya kemahiran difokuskan kepada
4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tabika KEMAS
menggunakan kurikulum yang telah dirangka dan disusun oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tabika Kemas
menggunakan silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
di mana ianya digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea
rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis

dari

segi

intelek,

rohani,

emosi

dan

jasmani,

berdasarkan kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha


ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang
kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk
mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan
rohani seperti berikut:Membina kecergasan badan.

101

i.

Mempunyai tubuh badan yang sihat.

ii.

Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

iii.

Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

iv.

Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

v.

Mempunyai kematangan emosi.

vi.

Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

vii.

Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

viii.

Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

ix.

Boleh bekerja secara bersendirian dan bekerja secara


berkumpulan.

x.

Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya


membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa
dan rakan sebaya.

xi.

Mengamalkan nilai-nilai murni.

xii.

Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian


untuk murid yang beragama islam.

xiii.

Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa


Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan
harian.

xiv.

Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses


sains asas.

xv.

Menggunakan kemahiran matematik asas dalam


menjalankan tugas harian dan menyelesaikan masalah.

xvi.

Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif


dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

xvii.

Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

xviii.

Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

102

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan


kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada
bahasa merentas semua tunjang kerana penguasaan bahasa amat
penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa
diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Kecekapan

berbahasa

akan

membantu

murid

berfikir,

memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi


dan berkomunikasi secara berkesan. Pelaksanaan kurikulum secara
bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan yang Bersesuaian
dengan Perkembangan Murid (ABP). Amalan yang Bersesuaian dengan
Perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan kepada
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
Pendekatan

kurikulum

yang

berfokus

kepada

hasil

pembelajaran

(outcome-based learning) memberi penekanan kepada apa yang murid


perlu tahu, faham dan buat serta amalkan hasil daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran
memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh
murid.
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada
tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun
kemudiannya

dicermin

berdasarkan

dokumen-dokumen

dasar

dan

berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar


Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar
pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluankeperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagai
medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa
103

masyarakat dan hasrat Negara melalui kurikulum yang dibentuk. FPK


menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak
membangun.
Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Falsafah
menggambarkan

tujuan

prasekolah,

nilai

dan

kepercayaan

guru

berkenaan bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang oleh


para guru prasekolah sangat mempengaruhi keputusan yang dibuat
untuk kanak-kanak. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu
untuk mengembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi
interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik. FPK bermatlamat ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan

kepada

Tuhan.

Gabungan

kesemua

item

tersebut

berkemampuan menghasilkan modal insan yang dihasratkan oleh negara


Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah.... Perkataan berterusan menunjukkan bahawa sistem pendidikan
tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan
dapat membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan
individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.
FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, ...bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, .... Ia menjadi asas penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan citra
guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada,
direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat
pendidikan negara dengan merujuk FPK tersebut. FPK menjadi medium
104

merealisasikan

misi

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM);

iaitu

membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia


dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para
penggubal kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

7.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sub-NKRA adalah untuk peningkatan kadar
penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012
dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Kronologi Penyemakan Kurikulum telah
dilakukan. Di mana pada tahun 1970an pihak KEMAS dan Jabatan
Perpaduan memulakan kelas prasekolah awam. Seterusnya pada tahun
1986, Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM. Pada
tahun 1992 pihak KPM telah memulakan Prasekolah. Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 2003 Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (KPK) di bentuk dan kemudian sekitar tahun
2008 hingga 2009 KPK telah disemak semula. Kemudian pada tahun
2010 Pelaksanan Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan telah
diguna pakai sepenuhnya di seluruh negara.
Penyemakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) adalah penting
bagi

memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan

tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada


kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Di mana
sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
i.

Pembangunan modal insan

ii.

Penghasilan pelajar celik minda

105

iii.

Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan


maklumat

iv.

Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan


yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

Perubahan yang dilakukan adalah terhadap Kurikulum yang relevan


dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. Di mana, ianya
memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti
dan keusahawanan. Selain, memastikan murid mempunyai nilai tambah
seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya
kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama.
Memastikan

kanak-kanak

Malaysia

mendapat

early

start

dalam

pendidikan melalui program prasekolah iaitu menjadikan pengalaman


pembelajaran
Memastikan

di prasekolah
kesinambungan

lebih
antara

bermakna

dan menyeronokkan.

prasekolah

dengan

Tahun

1.

Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.


Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan

digubal

bersandarkan

kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia.

7.3 Kurikulum KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) digubal dengan


memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanakkanak berumur empat hingga enam tahun. Standard Kandungan dan
standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard Kandungan
dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas
serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut iaitu Tunjang
Komunikasi, Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai, Tunjang Kemanusiaan,
106

Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangaan Fizikal dan Estetika


serta Tunjang Perkembangan

Ketrampilan

Diri.

Untuk

tujuan

kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan


tunjang yang difokuskan dalam pendidikan Sekolah Rendah.
i.

Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak
prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh
kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan
bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam
seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa
Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa
pegantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa
dan seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat perkembangaan kanak-kanak. Seni Bahasa
merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan
bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa
seperti drama dan sajak.

107

Jadual 1: Standart Kandungan komunikasi - Bahasa Malaysia


Fokus
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran
bertutur

Kemahiran
Membaca

Kemahiran
Menulis

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar dan mengecam bunyi perkataan.
Berinteraksi dengan mesra.
Merangsang pertuturan melaui soal jawab.
Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.
Menceritakan semula apa yang didengar.
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Mengenal bentuk huruf A-Z.
Mengenal huruf vokal.
Mengenal huruf konsonan.
Membina dan mambaca sukukata.
Membaca perkataan.
Membaca frasa.
Membaca ayat tunggal yang mudah.
Mambaca ayat dalam konteks.
Memahami bahan-bahan bacaan yang
dibaca.
Membaca buku dengan cara yang betul
(prabaca)
Mengamalkan tabiat membaca.
Menguasai kemahiran pratulis.
Menguasai kemahiran menulis.

Jadual 2: Standart Kandungan komunikasi - Bahasa Inggeris


Focus
Listening And
Speaking Skill

At the end preschool student are able


to:
Listen to and discriminate sounds.
Listen to and understand meaning of simple
words.
Acquire and use simple phrases and
statements.
Listen to and enjoy nursery rhymes and
poems.
Tell simple stories.
Dramatize familiar situations and stories.
Perform a variety of language forms and
functions in a social context.

108

Pre Reading Skills

Reading Skill

Writing Skills

Ask simple questions.


Understand that printed materials contain
meaning.
Acquire knowledge of print and ethics in
reading.
Identify letters of the alphabet.
Read simple words with understanding.
Read phrases with understanding.
Read simple sentences with understanding.
Develop interest in reading.
Acquire pre-writing skills.
Acquire writing skills.

Jadual 3: Standart Kandungan komunikasi - Bahasa Cina


Fokus
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran
Bertutur

Kemahiran
Membaca

Kemahiran
Menulis

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mendengar dengan penuh perhatian.
Berinteraksi dengan sopan.
Berinteraksi secara soal jawab.
Melakonkan watak-watak dalam cerita yang
didengar.
Menceritakan apa yang didengar semula
menggunakan ayat yang mudah.
Mengenal kaitan antara gambar dan
perkataan.
Membuat persediaan membaca.
Mengenal frasa.
Membaca frasa.
Membaca ayat.
Memahami bahan-bahan bacaan yang
dibaca.
Membina tabiat membawa.
Menguasai kemahiran pratulis.
Menulis perkataan

Jadual 4: Standart Kandungan komunikasi - Bahasa Tamil


Fokus
Kemahiran

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mendengar dengan penuh perhatian.

109

Mendengar Dan
Bertutur

Kemahiran
Membaca

Kemahiran
Menulis

ii.

Mendengar dan mengecam bunyi perkataan.


Menyebut apa yang didengar.
Memberi jawapan kepada soalan yang
dikemukakan.
Bertanyakan soalan.
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Membaca perketaan.
Memabaca dengan sebutan yang betul.
Membaca dengan pelbagai bahan bacaan.
Menggabungkan huruf supaya menjadi
perkataan dan membaca.
Memahami bahan-bahan bacaan yang
dibaca.
Menguasai kemahiran pratulis.
Menguasai kemahiran menulis.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh
murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan
Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
a) Pendidikan Islam
Pendidikan Islam member i pengetahuan dan kemahiran
asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah
dan kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar
bersuci,

berwuduk,

melakukan

pergerakan

solat,

mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan


amalan seharaian mengikut adab. Pada masa yang sama
kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran,
huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah
pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran
pendidikan

Islam

dijalankan

melalui

aktiviti

seperti

bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on,


meneroka dan bermain.

110

b) Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah
perlakuan

moral

yang

member

dipupuk

focus

secara

kepada

berterusan

sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan


Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi
diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam
prasekolah.

Nilai-nilai

murni

Prasekolah Kebangsaan

adalah

Kurikulum
seperti

Standard
berikut

kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,


keberanian,

kejujuran,

kerajinan,

kerjasama,

kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisplin.


Jadual 5:

Standart Kandungan Tunjang Kerohanian,Sikap dan

Nilai Pendidikan Islam


Fokus
Aqidah
Ibadah

Sirah
Akhlak

Asas Bahasa Al
Quran Dan
Tulisan Jawi

iii.

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mengetahui Rukun Iman.
Mengetahui Rukun Islam.
Melafazkan Kalimah Syahadah.
Melakukan wuduk.
Mendirikan solat.
Bersuci dari najis.
Mengetahui Sirah Rasullullah S.A.W
Mencontohi akhlak Rasullulah S.A.W iaitu
sabar, bercakap benar, rajin, bijaksana dan
amanah.
Melakukan amalan seharian mengikut adab
seperti melafazkan doa.
Mengenal bahasa Al-Quran
Mengenal huruf jawi
Menghafaz beberapa surah dari juzu Amma.

Tunjang Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi


Pendidikan

prasekolah

memnberi

penekanan

kepada

perkembangaan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan


menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah
111

rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan kurang


mantap.

Perkembangaan

sosioemosi

merangkumi

aspek

mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi


yang

positif,

pembinaan

konsep

kendiri

positif

serta

pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.


Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanakkanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti
spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti
rutin,

semasa

rehat,

semasa

makan

dan

juga

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Jadual 6: Standart Kandungan Tunjang Kerohanian, Sikap dan


Nilai- Pendidikan Islam
Fokus
Mengenali Dan
Mengurus Emosi
Sendiri
Mencapai emosi
yang positif

Membina
kemahiran sosial

Jadual 7:

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mengenali emosi sendiri.
Mengurus emosi sendiri.
Mengenali emosi orang lain.
Membina konsep kendiri.
Membina semangat dan sikap yang positif.
Membina keyakinan untuk berkomunikasi.
Membina kebolehan mengawal diri.
Memahami keperluan, perasaan dan
pandangan orang lain.
Menggunakan kemahiran social dalam
interaksi.
Menyelesaikan konflik yang berlaku semasa
aktiviti kelas.

Standard Kandungan Kerohanian, Sikal dan Nilai

Pendidikan Moral
Fokus
Kepercayaan
kepada tuhan
Baik hati

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mengetahui dan menghormati kepercayaan
dan pentang larang pelbagai kaum.
Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan

112

Bertanggungjawa
b
Berterima kasih
Hemah tinggi
Hormatmenghormati
Kasih Sayang
Keadilan
Keberanian
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Tolenrasi

Berdikari
Berdisiplin

iv.

orang lain.
Bertanggungjawab terhadap diri dan
persekitaran kelas.
Mengamalkan sikap berterima kasih.
Beradab sopan dalam pergaulan seharian.
Menghormati anggota keluarga.
Menghormati orang dewasa, rakan dan
masyarakat setempat.
Menyayangi diri, keluarga dan orang di
sekeliling.
Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan
seharian.
Berinteraksi dengan yakin di sekolah.
Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan
pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan
guru.
Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan
harian
Mengamalkan sikap kerjasama dengan
rakan, jiran dan masyarakat setempat.
Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam
penggunaan barang keperluan.
Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan
seharian.
Mengamalkan sikap toalak ansur dengan
rakan sebaya.
Mengamalkan sikap berdikari dalam
pengurusan diri.
Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Tunjang Perkembangaan Fizikal dan Estetika merangkumi
Perkembangaan

Fizikal

dan

Penjagaan

Kesihatan

serta

Perkembangan Kreativiti.
a) Perkembangan Fizikal dan penjagaan kesihatan
Kanak-kanak

pada

peringkat

prasekolah

memerlukan

aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek


perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah
kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-

113

kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti


seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan
melukis,

penglibatan

dalam

aktiviti

sukan,

aktiviti

memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan.


Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran
untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran
motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan
kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik
yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling
objek serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan
amalan

penjagaan

kesihatan

fizikal

diri,

kebersihan

persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang


dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia
mereka. Secara

lazimnya

kanak-kanak yang

mempunyai badan yang sihat dapat member tumpuan


yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai
konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan
bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga
kehormatan diri.

Jadual 8: Standard Kandungan Tunjang Perkembangan Fizikal dan


Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Fokus
Perkembangan
Motor Halus
Perkembangan
Motor Kasar

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Melakukan kemahiran motor halus.
Melakukan kemahiran koordinasi mata
tangan dalam perkembangan motor halus.
Melakukan kemahiran motor kasar
lokomotor.

114

Melakukan kemahiran motor kasar bukan


lokomotor.
Melakukan kemahiran koordinasi mata dan
tangan dalam perkembangan motor kasar.
Menjaga kebersihan diri.
Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.
Menjaga kebersihan diri.
Mengamalkan langkah-langkah pencegahan
jangkitan penyakit.
Mengenali sumber yang menyebabkan
kemalangan dan bahaya.
Menagamalkan langkah keselamatan diri.
Menjaga kehormatan diri.

Kesihatan fizikal
Kesihatan
Persekitaran
Keselamatan

b) Perkembangaan Kreativiti
Perkembangaan

kreativiti

merangkumi

seni

visual,

pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang


ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanakkanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka
secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus Seni Visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif
dan

apresiasi.

Aplikasi

seni

merujuk kepada

proses

mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk


menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses
penghasilan

karya.

proses menceritakan
menunjukkan

Apresiasi
hasil

kerja

penghargaan

seni
sendiri

terhadap

melibatkan
dan

juga

keindahan

persekitaran serta hasil kerja orang lain.


Pendidikan

Muzik

merangkumi

aktiviti

menyanyi,

pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan


muzik

menerusi

bahan

atau

objek

improvisasi,

dan

apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi


aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi
peluang

untuk

main

peranan,

115

berlakon,

menari

dan

membuat gerakan secara kreatif. Aktiviti tunjang ini bukan


sahaja digunakan
tetapi

untuk

juga

meningkatkan

digunakan

daya

untuk

kreativiti
mencapai

objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan


pergerakan

kreatif

sentiasa

digunakan

semasa

pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.


Jadual 9: Standard Kandungan Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika Perkembangan kreativiti
Fokus
Seni Visual

Muzik

Drama &
Gerakan Kreatif

v.

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mengetahui dan menggunakan pengetahuan
tentang bahan dan teknik dalam
menghasilkan karya seni.
Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
karya.
Menunjukan apresiasi seni.
Mengambil bahagian dalam aktiviti
menyanyi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti
memainkan perkusi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti
penerokaan bunyi.
Menunjukan apresiasi Muzik.
Mengambil bahagian dalam drama dan
gerakan kreatif.

Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal


Matematik
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal
matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti
blok dan penggunaan ICT.
a) Awal Sains
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ
deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini,
116

sikap

saintifik

yang

positif

seperti

sifat

ingin

tahu,

sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses


penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti
kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan
piawai,

membanding

dan

mengelas

juga

akan

dikembangkan.
Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan (contoh :
tumbuhan, haiwan) alam bahan (contoh: objek yang
tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fzikal (contoh
:

pelangi,

cuaca).

Tunjang

ini

lebih

mementingkan

pengusaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan.


Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan
dapatan daripada hasil penerokaan murid. Awal Sains
menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga
enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan
objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja
member peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari
konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik
tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan
kemahiran motor halus.
Jadual 10: Standard Kandungan Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains
Fokus
Sikap Saintifik
Kemahiran
Saintifik

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mempamerkan sikap saintifik iaitu
sistematik, sifat ingin tahu dan
bertanggungjawab.
Membuat pemerhatian ke atas objek dan
fenomena alam di peserkitaran.
Membuat pengukuran menggunakan unit
bukan piawai.
Membandingkan dan mengelaskan objek.
Membuat ramalan berdasarkan pengalaman
lepas.
Menyelesaikan masalah kehidupan harian
secara hands-on.

117

Menyiasat Alam
Hidupan

Memperoleh pengetahuan asas tentang


bahagian badan.
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan
iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan
biji benih.
Menjalankan penerokaan ke atas ciri,
habitat, cara pergerakan, jenis makanan
haiwan jinak yang biasa di jumpai.
Meneroka sifat bahan seperti timbul dan
tenggelam. Pemelarutan serta tarikan boleh
magnet.

Menyiasat Alam
Bahan

b) Awal Matematik
Awal

Matematik

membekalkan

pengalaman

awal

matematik kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuk


konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah,
nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep
matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga
disepadukan
bertema

ke

dalam

menggunakan

semua
keadah

aktiviti
yang

pembelajaran

menyeronokkan.

Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang


kepada

kanak-kanak

menggunakan

komputer

untuk

melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah


di tahap kemahiran asas sahaja.
Jadual 11: Standard Kandungan Sains dan Teknologi Awal
Matematik
Fokus
Menyiasat
Alam Fizikal
Pengalaman
Pranombor

Konsep
Nombor

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Meneroka fenomena alam yang biasa yang
dijumpai iaitu awan, cuaca, pelangi dan
baying-bayang.
Memadankan objek 1:1.
Membandingkan kuantiti objek.
Membuat seriasi mengikut satu ciri.
Mengecam corak berulang dan membina
pola.
Memahami nombor 1-10 (menyebut,
membilang, menulis)

118

Operasi
Nombor
Nilai Wang
Konsep Waktu

Bentuk dan
ruang

Pembinaan
(contruction)

Penggunaan
ICT

vi.

Mengetahui sifar.
Memahami nombor 10-20 (menyebut,
membilang, menulis)
Memahami siri 20, 30, 40 dan 50.
Memahami operasi tambah dalam
lingkungan 10.
Mengecam duit yang berlainan nilai.
Memahami waktu dalam konteks kehidupan
seharian.
Mengetahui kedudukan objek dalam ruang
(depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam,
kiri, kanan).
Mengetahui bentuk yang biasa dijumpai di
persekitaran (segitiga, bulat, segi empat,
kon, sfera, selinder, kiub).
Membina penghubung antara dua objek.
Membina lingkungan.
Membuat pelbagai binaan mengikut
kreativiti sendiri.
Menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi secara accountable dan beretika.
Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT
yang sesuai.
Menggunakan ICT untuk meningkatkan
pembelajaran.

Tunjang Kemanusiaan
Tunjang kemanusiaan member peluang kepada kanak-kanak
supaya

lebih

memahami

diri

sendiri,

lebih

memahami

pehubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan


alam

sekitar.

Kanak-kanak

juga

akan

lebih

memahami

tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini.


Tunjang ini juga member penekanan kepada pemahaman
budaya

dan

tradisi

pelbagai

kaum

di

Malaysia

serta

menggalakkan penglibatandalam perayaan pelbagai kaum ini.


Tunjang

kemanusiaan

menggariskan

skop

dan

konteks

pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini


boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

119

Jadual 12: Standard Kandungan Tunjang Kemanusiaan


Fokus
Diri saya

Saya dan
keluarga
Saya dan rakan
Saya dan sekolah
Saya dan
komuniti

Saya dan alam


sekitar

Saya dan
Warisan Budaya

Saya dan Negara


Malaysia

Pada akhir prasekolah murid boleh:


Mengetahui tentang latar belakang/ sejarah
diri saya.
Mengetahui kebolehan diri.
Mengetahui hak diri sendiri.
Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek,
ibu, bapa, adik-beradik).
Mengetahui kediaman keluarga.
Mengetahui tentang rakan.
Mengetahui sekolah saya.
Mengamalkan semangat bermasyarakat.
Mengenali ahli komuniti.
Menyambut perayaan mengikut kaum di
masyarakat Malaysia.
Menghayati keindahan alam sekitar.
Memahami perhubungan antara manusia
dan alam sekitar
Manjaga alam sekitar.
Mengenal pakaian tradisional pelbagai kaum
di Malaysia.
Menghayati lagu dan muzik pelbagai kaum
di Malaysia.
Mengenal permainan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Mengenal seni dan kraf tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Mengenal peralatan tradisional pelbagai
kauim di Malaysia.
Mengenal makanan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Mendengar cerita rakyat pelbagai kaum di
Malaysia.
Menghormati lambing kebangsaan dan
negeri.
Menghormati pemimpin.
Mangetahui simbol awam.
Menyambut Hari Kemerdekaan.
Mengetahui keistimewaan Negara.

120

vii.

Modul Asas dan Modul Bertema


Pendidikan prasekolah dilaksanaknan melalui modul asas dan

modul bertema.
a) Modul Asas
Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina)
Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil).
Pendidikan

Islam,

Pendidikan

Moral,

Matematik

dan

Permainan Luar. Secara umumnya modul asas bertujuan


untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis,
mengira,

menaakul).

Modul

teras

juga

merangkumi

Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang


bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa kanak-kanak
beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu
dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada
umur ini perlu diberi waktu khas untuk fizikal di luar, maka
Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.
Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu
prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa
lebih kurang 35 % daripada waktu prasekolah, tetapi pada
akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika
murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.
b) Modul Bertema
Pengajaraan

dan

pembelajaran

prasekolah

sesuai

dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada


kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua
tunjang dalam Kurikulum Prasekolah kebangsaan termasuk
juga bahasa, pendidikan Moral dan matematik. Pada awal
tahun, modul asas tema mengambil masa lebih kurang 35
% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa
121

perlu

dinaikkan.

pembelajaran

Guru

mengikut

boleh

menentukan tema

keperluan

murid,

keperluan

setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun,


adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan
kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam Kehidupan,
Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh
dibina untuk Diri saya adalah Sekolah Saya, Kawan Saya,
Keluarga

saya.

untuk Negara

Contoh
saya

tema

yang

adalah Perayaan

boleh

dibina

Hari

Raya,

Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik tradisional. Contoh


tema yang boleh dibina untuk Alam kehidupan adalah
Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina
untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema
yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah cuaca.
c) Aktiviti Rutin
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah.
Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri,
perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan
makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil alih kurang
30 % daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti
rutin

merangkumi

kesemua

tunjang

dalam

Kurikulum

standard Prasekolah Kebangsaan.


Rajah 13: Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KOMUNIKASI
Kemahiran berbahasa, bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
(KSPK)

SAINS & TEKNOLOGI

Pendekatan Inkuiri, pengetahuan sains, kemahiran Saintifik dan sikap saintifik.


Pengetahuan dan kemahiran matematik, penyelesaian
masalah
ICT.
Pemikiran
Kreatif

KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI


Amalam agama dan nilai kepercayaan, sikap
dan Inovatif

INSAN
SEIMBANG

PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA


KEMANUSIAAN
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Ilmu dan amalan kemasyarakatan & alam sekitar setemp
Pemikiran Kritis

Pemupukan daya imaginasi kreativiti, bakat dan apresiasi.


Penghayatan semangat patriotism & perpa
KETRAMPILAN DIRI
122
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

7.4 Ciri-ciri KSPK


Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum
berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.
i.

Kurikulum Berasaskan Standard


Kurikulum Prasekolah kebangsaan dibangunkan berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu
dicapai

oleh

murid.

Tujuan

utama

penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti


membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan
yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid
perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat
kurikulum berasaskan standard adalah member pendidikan
berkualiti yang sama kepada semua murid.
Standard kandungan merupakan penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan bolehn lakukan dalam
suatu

tempoh

persekolahan.

Ia

merangkumi

aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran


merupakan satu penetapan criteria atau indicator pencapaian
dalam

bentuk

objektif

tingkahlaku

(behavioural)

memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

123

untuk

ii.

Kurikulum Berbentuk Modular


Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum
yang

kandungannya

diorganisasikan

dan

seterusnya

disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit, bahagian atau


unit ini dinamakan modul. Dua jenis modul diwujudkan, iaitu
Modul Asas dan Modul Bertema.
a) Modul Asas
Modul Asas terdiri daripada Kompenan Bahasa (Bahasa
Malaysia,

Bahasa

Inggeris,

Bahasa

Cina,

Bahasa

Tamil),Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar


dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk

PERKEM

pengajaran setiap kompenan ini.


b) Modul Bertema
Modul

Bertema

merupakan

modul

PERKEMBANGAN SECARA M

bersepadu
yang
PEMBELAJARAN YANG MEN

PENGALAMAN
merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang
danPEMBELAJAR

PENDIDIKAN SEPANJANG H

juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina


menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.
7.5 Model Konseptual Kurikulum

KECEKAPAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKASI


KEMAHIRAN BERFIKIR
BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA
BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN
SIHAT DAN CERGAS
KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA KE SEKOLAH

124
ABP: Amalan Bersesuaian

7.6 Penerangan

Modul

Kebangsaan

Konseptual

Kurikulum

Prasekolah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini digubal berasaskan empat prinsip
utama iaitu :

i.

Perkembangan diri secara menyeluruh dan


Bersepadu

memberi

fokus

kepada

penyuburan

potensi

individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,


rohani,

emosi

dikembangkan

dan
secara

jasmani.

Potensi

bersepadu

murid

kerana

hendaklah

setiap

aspek

perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain.


Individu yang seimbang dan harmonis memiliki :
a.
b.
c.
d.
e.

Kepercayaan kepada Tuhan


Ilmu pengetahuan
Kemahiran asas
Akhlak mulia
Emosi yang stabil

125

f. Kesihatan dan kecergasan

ii.

Pembelajaran yang menggembirakan


Memberi penekanan kepada minat dan bersemangat untuk
belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana
dan

persekitaran

pembelajaran

yang

menarik,

selesa,

mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif


untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cintakan
ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu
berfikiran luas dan terbuka.

iii.

Pengalaman pembelajaran yang bermakna


Memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif
dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Usaha
ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna.

iv.

Pendidikan sepanjang hayat


Adalah suatu usaha yang berterusan untuk pemerolehan dan
pemindahan

pengetahuan,

nilai

murni

dan

kemahiran.

Pengalaman pendidikan prasekolah yang menggembirakan


dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus
belajar dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Perkembangan

murid

akan

dicapai

melalui

enam

komponen

pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut


adalah seperti berikut :

126

a.
b.
c.
d.
e.
f.

Bahasa dan Komunikasi;


Perkembangan Kognitif;
Kerohanian dan Moral;
Perkembangan Sosioemosi;
Perkembangan Fizikal; dan
Kreativiti dan Estetika.

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen


kerana

penguasaan

bahasa

penting

dalam

proses

pembelajaran.

Penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar,


bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu
murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan
idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Pelaksanaan
kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui amalan yang
bersesuaian

dengan

perkembangan(ABP)

murid.

Amalan

yang

bersesuaian dengan Perkembangan Murid adalah satu pendekatan yang


menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat
serta minat murid.
Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcomebased learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu
tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran
dan

pembelajaran.

Ini

bermakna

aktiviti

pembelajaran

memberi

penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid itu.
Melalui

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

fleksibel

dan

bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri berikut:


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi;


Kemahiran berfikir;
Berakhlak mulia dan beretika;
Berkeyakinan dan berdisiplin;
Sihat dan cergas; dan Imaginatif, kreatif dan ekspresif.
Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid
sudah
127

g. bersedia untuk ke sekolah rendah


7.7 Peruntukan Masa Modul Asas dan Modul Bertema

Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah diagih


berdasarkan modul asas dan modul bertema seperti di Jadual

dan .

Walau bagaimanapun peruntukan waktu ini seharusnya fleksibel dan


guru boleh mengubahsuai jadual waktu mengikut kesesuaian setempat
dan keperluan murid.

Jadual 14: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan Modul
Bertema
di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

128

Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan Modul
Bertema
di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina,

129

Bahasa Tamil atau Bahasa Pengantar Lain

Jadual 16: Peratus Pecahan Masa Mengajar Pengantar Bahasa Malaysia

130

Jadual 17: Peratus Pecahan Masa Mengajar Pengantar Bukan Bahasa


Malaysia

Jadual 18: Peruntukan Masa Minimum Seminggu Prasekolah Pengantar


Bahasa Malaysia & Bahasa Pengantar Lain

131

Jadual 19: Peruntukan Masa Bidang Pembelajaran Prasekolah

Jadual 20: Peruntukan Masa Seminggu Bidang Pembelajaran Prasekolah

132

7.8 Rumusan
Secara

kesimpulannya dapat

dikatakan

bahawa

perkembangan

pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia merupakan satu perubahan


yang holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan
seperti

pedagogi,

struktur

kandungan

pembelajaran

dan

lain-lain

seterusnya dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan


Malaysia. Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara,
kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi
atau perubahan bagi mempertingkatkan modal insan atau generasi
muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak turut mengalami perubahan
besar dengan wujudnya Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum
Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

133

BAB 8
TUGAS PENGASUH DAN KAKITANGAN TASKA

8.1 Pengenalan
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Norsheila
Abdullah, berkata tugas pengasuh lebih mencabar apabila kanak-kanak
terbabit bukan saja dijaga makan minumnya malah perlu diberi asuhan,
kasih

sayang

dan

perhatian

daripada

134

semua

aspek

termasuk

keselamatan dan kesihatan supaya pertumbuhan serta perkembangan


menyeluruh

berlaku

di

peringkat

usia

mereka.

Bidang

ini

tidak

memerlukan pendidikan tinggi tetapi apa yang penting dan paling


diperlukan ialah sahsiah diri yang tinggi serta mempunyai kebolehan
dalam mengendalikan dan berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Bidang ini membantu ramai wanita yang tidak berpendidikan tinggi
termasuk ibu tunggal untuk mencari pendapatan melalui perkhidmatan
asuhan. Kriteria profesional amat penting sekiranya ingin menjadi
pengasuh memandangkan mereka mempunyai peranan kritikal dalam
membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini. Selain
suka

berdampingan

dengan

kanak-kanak,

tugas

dalam

bidang

pengasuhan mempunyai cabarannya tersendiri bagi memastikan kanakkanak yang dijaga itu menerima asuhan berkualiti. Terdapat sesetengah
pengasuh yang menceburi bidang ini disebabkan tiada pilihan dan ada
juga yang berjaya kerana dapat memahami bagaimana ingin melakukan
tugas itu secara berkesan menerusi kursus dan bengkel yang dijalankan
PPBM.
Syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak)
1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurangkurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu,
pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan
awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanakkanan (KAAK) yang ditetapkan dalam akta berkenaan. Menerusi PPBM,
profesionalisme seseorang pengasuh itu diukur berdasarkan minat
masing-masing untuk mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah
yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak
terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan
pembelajaran kanak-kanak dengan baik. Pengasuh harus mempunyai
komitmen dalam melakukan tugas sebagai pengasuh dan mampu
135

memahami keperluan kanak-kanak ini mengikut tahap umur dan


kebolehan mereka.
Individu

yang

mengusahakan

berani
taska

bergiat

dalam

melakukannya

bidang

hanya

asuhan

kerana

dengan

minat

yang

mendalam terhadap kanak-kanak serta ingin menyediakan perkhidmatan


kepada golongan ibu bapa yang sibuk bekerja. Jika diikutkan pendapatan
yang diterima tidaklah terlalu lumayan kerana kebanyakan pengusaha
yang

menubuhkan

taska

disebabkan

minat

kepada

kanak-kanak.

Menurut pihak PPBM, taska adalah salah satu perkhidmatan dan


bukannya perniagaan yang membawa keuntungan besar terutama
apabila kos bulanan diambil kira.
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin
menubuhkan taska iaitu sekiranya minat mengendalikan kanak-kanak,
bidang asuhan adalah kerjaya yang sesuai dilakukan. Sebagai pengasuh,
apa yang paling diutamakan ialah sahsiah diri yang tinggi dan mampu
memberi asuhan berkualiti. Walaupun di Malaysia, pengasuh tidak perlu
memiliki taraf akademik yang tinggi namun sekurang-kurangnya seorang
pengasuh mesti berkelulusan SPM. Pengasuh juga mesti mempunyai
pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib
menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanan (kaak) yang ditetapkan
dalam akta berkenaan. Selain itu, pengasuh mestilah berkebolehan
untuk berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih
dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan pembelajaran
kanak-kanak dengan baik.

8.2 Peranan Pengasuh dan Kakitangan Taska

136

Pengasuh atau tenaga kerja merupakan salah satu faktor yang penting
bagi pihak pengurusan Taska. oleh yang demikian, pekerja yang diambil
bertugas haruslah komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan. Pengasuh ini juga dianggap sebagai
pegawai perhubungan pelanggan atau front liners. Pengaruh pengasuh
amat kuat sama ada untuk memajukan atau menjatuhkan nama baik
sesebuah Taska. Oleh itu, pengasuh yang diambil bekerja haruslah
seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. selain itu
juga, mereka

harus

memiliki kesihatan mental yang baik untuk

mengendalikan kanak-kanak.

Pengasuh dianggap sebagai pengganti ibu dan bapa kanak-kanak di


Taska. Hal ini demikian kerana jumlah masa kanak-kanak berada di taska
lebih lama berbanding di rumah. Oleh yang demikian kanak-kanak
lazimnya akan lebih rapat dan mesra dengan pengasuh mereka. Bagi
kanak-kanak pengasuh adalah teman setia yang dijadikan role model
atau dicontohi. Oleh itu pengasuh haruslah individu yang berakhlak
mulia dan baik pegangan agamanya bagi memastikan kanak-kanak
dididik dan diasuh dengan sempurna. Pengasuh juga seharusnya seorang
yang berilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak. Profesion sebagai pengasuh juga tidak harus disamakan
dengan pembantu rumah. Profesion ini harus dianggap sesuatu yang
bersifat professional.

Tugas-tugas pengasuh secara amnya adalah menjaga keperluan asas


kanak-kanak seperti memberi makan dan minum, menyediakan tempat
tidur, melayam kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak, memandikan
dan

menukarkan

lampin

kanak-kanak,

memakaikan

pakaian,

mententeramkan kanak-kanak dan sebagainya. Selain itu juga, tugas


137

pengasuh adalah menggalakkan perhubungan yang sihat di taska seperti


melayan mereka bercakap, merangsang minda dengan aktiviti kreatif
dan

menarik,

merangsang

menyediakan
imaginasi

persekitaran

kanak-kanak

luar

dan

yang

selamat

sebagainya.

Oleh

dan
yang

demikian, ibu bapa seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan


pengasuh agar memudahkan komunikasi dan pertukaran maklumat
tentang perkembangan kanak-kanak tersebut.
i.

Pengasuh kanak-kanak berdaftar yang berkerja di


tempat kerja, komuniti dan institusi mempunyai
tanggungjawab seperti berikut:
a.

Menjaga

b.

diberikan
Memastikan keadah memberi makanan dilakukan
mengikut

kanak-kanak

cara

yang

mengikut

tugasan

dicadangkan

oleh

yang

jabatan

kesihatan
c. Melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat kanak-kanak
yang disyaki telah didera atau teraniaya
d. Memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit
pada kanak-kanak
e. Menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia
f. Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak setiap tiga bulan dan
membuat salinan untuk ibu bapa dan penjaga

ii.

Pekerja yang bekerja di taska tempat kerja, komuniti


dan institusi bertanggungjawab seperti berikut:
a. Menjalankan

semua

penyelia

138

arahan

yang

diarahkan

oleh

b. Menjalankan

tugas

yang

diberi

dengan

betul

dan

sempurna
c. Memastikan keselamatan dan kebersihan premis taska
d. Mempamerkan perlakuan yang baik sama ada dalam
berkomunikasi, penampilan diri dan lain-lain di taska
e. Merangka dan melaksanakan aktiviti yang dapat
meningkatkan

perkembangan

kanak-kanak

secara

holistic merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan


sosial
Tugas rutin sebagai pengasuh memang tidak dinafikan amat meletihkan.
Terutamanya pengasuh yang langsung tidak mempunyai minat yang
mendalam terhadap kanak-kanak. Mereka akan mudah tertekan dan
cepat marah sekiranya kanak-kanak di pusat jagaan, terutama kategori
kanak-kanak yang sukar (difficult child), di mana karenahnya pelbagai
dan merunsingkan. Hal ini, akan mendorong pengasuh untuk melakukan
tindakan yang salah seperti memukul dan sebagainya bagi melepaskan
tekanan mereka. Sekaligus, hal ini boleh memberi impak yang serius
sekiranya psikologikal pengasuh tersebut tidak seimbang dan menjadi
kurang rasional sehinggakan boleh berlakunya kes penderaan.
Pengusaha taska khususnya, harus selektif dalam memilih pengasuh di
pusat jagaan mereka. Hal ini kerana, apabila tersalah memilih pengasuh,
ianya akan memberikan impak yang negatif bukan sahaja terhadap anakanak di bawah jagaan tetapi turut menjejaskan reputasi dan imej pusat
jagaan. Pengasuh yang dilantik haruslah mempunyai ciri-ciri peribadi
yang positif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kanakkanak. Ini kerana, kanak-kanak adalah individu yang tidak mampu untuk
mempertahankan dirinya. Seharusnya pengasuh berperanan untuk
melindungi dan mententeramkan anak-anak dibawah jagaannya agar
boleh berkembang secara holistik.

139

Pengusaha pusat jagaan pula sering berhadapan dengan kerenah


pengasuh yang pelbagai. Di mana ada pengasuh lepasan Ijazah Sarjana
Muda yang diambil berkerj,a biasanya mempunyai permintaan yang
tinggi di mana mereka hanya mahu melaksanakan tugas yang mudah
dan berkeinginan untuk menerima gaji yang tinggi. Mereka enggan
melakukan tugas rutin seperti mengemas, mencuci, memandikan bayi,
melipat dan sebagainya. Hal ini, amat merumitkan pengusaha untuk
memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap pelanggan. Seharusnya
pengasuh

harus

berpegang

kepada

prinsip

untuk

melaksanakan

tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti.

Pengasuh pusat jagaan telah diwajibkan harus menjalani Kursus Asas


Asuhan

Kanak-kanak

(KAAK),

ini

penting

agar

pengetahuan

dan

kemahiran dapat ditingkatkan sekaligus dapat melaksanakan tugas


mengasuh dengan cekap dan berkesan. Pengusaha taska yang tidak
menghantar pengasuh menjalani kursus KAAK boleh didenda olej Jabatan
Kemajuan Masyarakat (JKM). hal ini telah termaktup dalam akta
penubuhan taska. Lesen pernigaan boleh ditarik sekiranya pengusaha
masih enggan melengkapkan ke semua pengasuh menjalani kursus
KAAK. Tuntasnya, profesion pengasuh ini harus dimartabatkan, kerana
mereka melaksanakan tugas yang mulia iaitu mendidik dan mengasuh
bakal pemimpin generasi akan datang. Seharusnya peranan mereka
diiktiraf dan diberikan penghargaan yang setimpal, sesuai dengan
tanggungjawab yang dilaksanakan. Seharusnya pengusaha juga dapat
memberikan gaji yang mencukupi dan setimpal dengan tugas yang
dilaksanakan.
8.3 Tugas Asas Pengasuh
Fokus utama pengasuh adalah memastikan keselamatan dan kesihatan
anak di bawah jagaannya. Perkara rutin tugas pengasuh adalah :
140

8.3.1

Penyaringan kanak-kanak

Saringan dilaksanakan di bilik saringan atau di ruang khas


yang disediakan. Adalah lebih baik jika saringan dapat dibuat
sebelum kanak-kanak masuk ke premis bagi memudahkan
langkah kawalan seterusnya dilakukan. Premis digalakkan
untuk menwujudkan satu bilik isolasi atau pengasingan, iaitu
bilik bagi menempatkan kanak-kanak dengan gejala penyakit
berjangkit

sementara

menunggu

ibubapa

atau

penjaga

mengambil mereka. Ia bertujuan untuk menghalang kanakkanak berpenyakit dari bercampur dengan kanak-kanak lain
dan

berkemungkinan akan menyebarkan penyakit.

Cara

saringan boleh dilakukan dengan mengajukan soalan kepada


ibubapa atau penjaga semasa mereka menghantar kanakkanak. Bagi sesetengah gejala, pemeriksaan boleh dilakukan
jika pengendali mampu melakukannya, seperti mengambil
suhu badan kanak-kanak menggunakan thermometer bagi
kanak-kanak yang demam pemeriksaan suhu pada dahi atau
telinga. Penggunaan jangka suhu digital dan melihat tandatanda penyakit-penyakit berjangkit. Gejala yang perlu disaring
adalah seperti berikut:
Ditanya
Demam

Diperiksa (jika boleh)

selsema

Suhu lebih daripada 37.5 darjah


celsiu
Hidung berhingus

Batuk

Batuk

Cirit-birit
Ruam/lepuh/kudis

Ruam/lepuh/kudis

Sakit mata

Mata merah atau mata bertahi

Jika penyakit kanak-kanak telah dipastikan oleh doktor sebagai


penyakit penyakit berjangkit, kanak-kanak tersebut tidak boleh

141

dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis sehingga habis


tempoh

jangkitan.

Dapatkan

nasihat

dari

pejabat

kesihatan

terdekat jika perlu. Jika pengendali mengesyakki kanak-kanak


dijangkiti penyakit berjangkit semasa berada di dalam premis,
pengendali perlu menghubungi ibubapa kanak-kanak tersebut.

8.3.2
i.

Memandikan

Persiapan sebelum mandi adalah dengan


menyediakan:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

ii.

Tempat yang beralas dan selesa untuk meletak bayi


Tuala kecil yang lembut
Tuala besar
Sabun dan syampu
Kapas
Bedak, lampin, baju, seluar dan pin penyemat
besen besar (sediakan air suam)
besen kecil

Cara memandikan bayi


a. Bawa bayi ke tempat mandi. Letakkan di atas tempat
yang beralas yang disediakan. Tanggalkan pakaian.
Balut tubuh bayi dengan tuala besar.
b. Lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah hidung
ke hujung mata kiri dan kanan. Gunakan kapas untuk
sekali guna sahaja.
c. Bersihkan telinga dan hidung dengan kapas lembap
yang baru.
d. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap.
Kemudian, lap dengan tuala kering.
e. Ampu kepala bayi dengan tangan kiri mengarah ke
besen. Basahkan rambut bayi.

142

f. Syampu rambutnya perlahan-lahan. Gunakan tuala kecil


untuk membersihkan lebihan syampu. Jangan guna kuku
untuk mencuci kepala bayi.
g. Bilas rambut dengan air hingga kesan syampu hilang.
h. Lap rambut hingga kering dengan sebahagian dari tuala
yang membalut tubuhnya.
i. Tanggalkan tuala dari tubuh bayi.
j. Sokong kepala bayi dengan tangan kiri, pegang kuat di
bawah ketiak kirinya terlebih dahulu.
k. Masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen dengan
memasukkan kakinya terlebih dahulu. Elakkan air masuk
ke dalam telinga dengan menutup lubang telinga
menggunakan ibu jari dan jari manis.
l. Basuhkan badan, sabun dan bersihkan di pelipat dan
ketiak serta seluruh badan. Bilas dengan air sehingga
bersih.
m.Untuk memandikan

bahagian belakang

badan

dan

punggung, sokong bahagian depan dengan tangan


kanan anda dan pegang kuat di bawah ketiak kirinya.
n. Bila selesai, angkat perlahan-lahan dari besen dan
letakkan bayi ke atas tuala kering.
o. Lap badan terutama di pelipat peha dan ketiak. Sapukan
losyen atau minyak bayi ke seluruh badannya. Urutan
dapat meransang bayi.
p. Pakaikan lampin, baju, dan seluar.
Nota:
Bercakap dan bermesralah dengan bayi semasa dia dimandikan.
Biarkan bayi menepuk air di dalam besen seketika. Berikan alat
permainan jenis plastik kepada bayi semasa mandi.

8.3.3

Menukar lampin bayi

Lampin perlulah ditukar dengan segera apabila basah. Ini adalah


untuk mengelakkan dari mendapat ruam lampin atau lain-lain

143

penyakit kulit. Jika menggunakan lampin pakai buang, lampin


mesti sesuai dengan saiz bayi. Pastikan lampin pakai buang yang
telah digunakan dibuang di tong sampah yang bertutup dan
diuruskan dengan betul. Jangan pakai lampin terlalu ketat.
Lampin kain adalah lebih baik dari lampin pakai buang.
i.

Persediaan menukar lampin


a. Sediakan tempat sesuai untuk menukar lampin. Tutup
kipas

angina

sementara

menukar

lampin

untuk

mengelakkan bayi atau kanak-kanak dari kesejukan.


b. Pilih

tempat

yang

mempunyai

pengudaraan

dan

pencahayaan yang elok.


c. Aturkan semua keperluan supaya mudah diambil atau
digunakan.
d. Elakkan peralatan dari mudah dicapai dari bayi.
e. Keperluan adalah alas pelapik yang mudah dicuci,
lampin bersih yang siap dilipat, tuala kecil, kapas,
sebesen air, losyen/minyak bayi, seluar, baju, pin
penyemat, bekas menyimpan lampin kotor dan bekas
membuang kotoran.

ii.

Cara menukar lampin


a. Letakkan bayi di atas alas/pelapik. Jangan tinggalkan
bayi sendirian. Tanggalkan lampin kotor dan masukkan
ke dalam bekas yang telah disediakan.
b. Bersihkan semua bahagian yang terkena najis dengan
kapas lembap. Lap dari bahagian pinggang mengarah ke
bawah punggung dan bukan sebaliknya. Untuk bayi
yang lebih besar, basuh dengan air bersih. Lap hingga
kering.

144

c. Jika perlu sapukan losyen bayi ke bahagian yang telah


dibersihkan.
d. Pakaikan

lampin

dan

sematkan

pin

dengan

menggunakan jari sebagai pengadang tubuh bayi bagi


mengelakkan bayi dari tercucuk pin.
e. Pakaikan seluar dan baju. Bawa bayi ke tempat tidur
atau tempat bermain.
Nota:
a. Bercakap kepada bayi semasa lampin ditukar. Elakkan dari
memarahi bayi. Jika bayi mengeliat semasa lampin ditukar,
berikan barang permainan seperti kelentong untuk menarik
perhatiannya.
b. Patikan anda

membasuh

tangan

setiap

kali

selepas

menukarkan lampin bayi sebelum mengendalikan bayi atau


kanak-kanak

lain;

atau

sebelum

membuat

sebarang

pekerjaan lain.
c. Pastikan lampin pakai buang dibuang ke dalam tong sampah
yang bertutup.

8.3.4
i.

Menjaga kebersihan kanak-kanak

Kanak-kanak boleh digalakkan mengamalkan kebersihan,


khasnya

semasa

melakukan

aktiviti

lazim.

Kanak-kanak

berumur 1 hingga 3 tahun memahami dan mengikut arahan


mudah. Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun perlu dibantu oleh
pengasuh tetapi kanak-kanak 3 hingga 4 tahun boleh
melakukan dengan sendiri:
a. mencuci muka, berus gigi selepas bangun dari tidur dan
selepas makan.
b. mencuci tangan dan kaki selepas bermain di luar.
c. mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
145

d. mencuci tangan dan kaki selepas menjalankan aktiviti


khasnya aktiviti main pasir/air/play doh dan sebagainya.
ii.

Semasa memandikan kanak-kanak, elakkan dari menjirus air

iii.

terus ke atas kepala


Adalah penting pakaian dan kasut kanak-kanak sentiasa
dalam

keadaan

bersih

dan

kemas.Pengasuh

harus

menggalakkan kanakkanak memberi kepentingan kepada


amalan kebersihan diri dan pakaian. Melalui pelbagai aktiviti
di TASKA dan kelakuan para pengasuh sendiri, pengasuh
dapat mengujudkan kesedaran dan minat di kalangan kanakkanak untuk sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Kanakkanak mendapat peluang untuk bercerita dan memberitahu
iv.

kepentingan menjaga kebersihan diri.


Pengasuh perlu melatih kanak-kanak

v.

mengosok gigi yang betul.


Toilet Training atau latihan menggunakan tandas perlu

vi.

dimulakan seawal usia.


Pengasuh perlu melatih

kanak-kanak

cara

mandi

memakai

dan

pakaian,

menggunakan sikat rambut dan memotong kuku dengan


vii.

betul.
Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi sebarang peralatan
peribadi seperti sikat, berus gigi dan tuala.

8.3.5
i.

Menjaga kebersihan taska

Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari


serangga, makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta

ii.

bersih dari sampah sarap.


Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari
lalang, tumbuhan berduri atau beracun.

146

iii.

Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung.


Longkang hendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang

iv.

kemalangan.
Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di

v.

dalam dan di luar bangunan.


Jika ada kolam atau sebarang takungan air, tempat itu
hendaklah dipagar. Jika menggunakan kolam mandi plastik,
buangkan air selepas setiap kali digunakan.

8.3.6

Amalan kebersihan taska

i.

Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas

ii.

makan, dan selepas menggunakan tandas.


Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini adalah

iii.
iv.

untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak.


Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular.
Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau

v.

lantai basah.
Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk

vi.

kanak-kanak menjalankan aktiviti.


Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan

vii.

longkang bertutup.
Bersihkan semua

alat

kelengkapan

termasuk

barang

viii.

permainan kanak-kanak selepas setiap kali digunakan.


Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya

ix.

seminggu sekali.
Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala

x.

selepas setiap kali digunakan.


Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut.

Nota:
a. Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing
dibenarkan berada di sekitar kawasan TASKA.

147

adalah tidak

b. Jangan gunakan lingkaran ubat nyamuk bagi mencegah dari


sebarang kejadian kebakaran.

Kanak-kanak datang
Carta Alir Saringan kanak-kanak
Disaring
Gejala

Tiada

Ada
Masuk kelas

Diasingkan

Hubungi ibubapa

Bawa jumpa Doktor


Penyakit berjangkit
Tiada

Ya

Pengasingan dirumahDaftar
atau hospital
dan maklumkan ke Pejabat kesihatan terdekat

148

BAB 9
CABARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

9.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan


paradigma

sesebuah

ketamadunan

bangsa.

Secara

umumnya,

pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran


sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.
Pendidikan

seharusnya

dapat

melahirkan

149

insan

yang

mampu

mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang


dimiliki demi kelangsungan hidupnya. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan

perlu

dilihat

sebagai

satu

proses

yang

berterusan,

berkembang serentak dengan perkembangan fizikal, emosi, sosial,


intelektual dan kematangan kognitif hasil interaksi dengan persekitaran
(Department of education and Science, 1990).

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua


peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama
ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang
bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya
untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal
kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.

Pendidikan

prasekolah

adalah

satu

program

yang

menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun


dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal. Walaubagaimanapun, di malaysia terdapat prasekolah jenis
kerajaan iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan. Contohnya
Tadika Premier Montessori Bruang Heights di Melaka yang mengunakan
sepenuhnya pendekatan model montessori dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran.

9.2 Halatuju Pendidikan Awal Kanak-kanak

150

Pembangunan

perindustrian

berkembang

secara

pesat dalam

era

globalisasi kini, sekaligus ianya menjadi cabaran dalam pembinaan


generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim.
Kecanggihan teknologi hari ini, tidak dapat dinafikan memberi impak
dalam pembangunan insan dan pembinaan generasi. Hal ini kerana,
kanak-kanak merupakan aset penting negara bagi pembinaan sesuatu
bangsa dan ketinggian maruah bangsa. Hasil kajian yang dilakukan di
timur dan barat malah saentorio dunia, membuktikan bahawa pendidikan
awal kanak-kanak adalah asas kepada keutuhan sesuatu bangsa dan
pemangkin

kepada

wawasan

negara.

Kajian

di

Amerika

Syarikat

misalnya, menunjukkan bahawa setiap pelaburan dolar yang disalurkan


untuk pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi dapat memberi
pulangan yang besar dari segi perkembangan ekonomi mahupun
perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut

Manakala Jepun, sebuah negara yang terlibat dengan Perang Dunia ke


Dua yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom
yang memusnahkan Haroshima dan Nagasaki. Dalam jangka masa yang
tak sampai setengah abad Jepun mampu bangun menjadi tunggak
ekonomi dunia. Hasil kajian seorang penyelidik Barat mendapati bahawa
pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh
laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar
semangat,

atau

tumpuan

terhadap

pencapaian

akademik

bagi

mematangkan pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya, berpunca dari


keprihatinan dan kepekaan pemimpin negara terhadap pembentukan
generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka
dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan
mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian
membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap
kanak-kanak bermula dari peringkat awal perkembangan.
151

9.3 Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di


sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di
dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu,
tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian.
Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di
peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada
sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah
tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya
samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit
kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu,
United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanak-kanak di
peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak
adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
i.

Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan


untuk kanak-kanak

ii.

Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau


tidak , samada digalakkan atau ditegah.

iii.

Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak


disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa
atau kanak-kanak itu sendiri.
Bruce dan Meggit (2005) menyifatkan Kurikulum kanak-kanak ialah

sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang


mana

akan

menyediakan
merangsang

menjadi

satu

pengalaman
dan

tanggungjawab
pembelajaran

membantu

menggarap

kepada
yang

pendidik

dapat

potensi

yang

untuk

menyokong,
ada

pada

seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan


152

keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department


for Education and Science, 1990).

9.4 Binaan Kurikulum Integratif


Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. integratif di sini
boleh memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan
yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada
tuhan. Kurikulum integratif juga boleh membawa maksud kesepaduan
pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga
kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek
yang diajar.

Pengkaji membuat kajian terhadap binaan kurikulum yang integratif


dengan menghuraikannya kepada tiga aspek iaitu yang pertama adalah
dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan oleh kanak-kanak.
Dalam erti kata yang lain pengetahuan dan pengalaman pembelajaran
perlu didedahkan kepada kanak-kanak diperingkat awal usianya perlulah
sesuatu yang komprehensif dan tidak terpecah-pecah mengikut subjek
supaya kanak-kanak tidak keliru. Kedua, integratif dari segi kesepaduan
aspek-aspek perkembangan dan potensi akan digarap diperingkat awal.
Sememangnya

pengalaman

pembelajaran

seorang

kanak-kanak

diperingkat awal kanak-kanak mampu memberikan kesan positif atau


negatif kepada perkembangannya dimasa hadapan dari segi kognitif,
emosi,

sosial

sebaliknya

jika

dan

aspek-aspek

pendedahan

perkembangan

awal

yang

hanya

yang

lain.

menumpu

Tetapi
kepada

perkembangan akademik atau satu aspek semata-mata maka pincanglah


aspek perkembangan diri kanak-kanak yang lain .

153

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan


barat dengan pendekatan islam dalam mendidik anak-anak. Mengambil
yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang
amalan-amalan dan pendekatan mereka mendidik anak-anak dan
menyepadukan dengan pendekatan islam yang kaya dengan teori dan
khazanah. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak
dibentuk

berdasarkan

pandangan

dan

pendekatan

ini perlu

integratif

dan

bersepadu gabungan islam, barat dan timur.

Di barat misalnya, modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori


dalam pelbagai bentuk kurikulum seperti montesorri, `Reggio Emilio,
Early Learning Goals, High Scope, dan sebagainya. Manakala di Timur
Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek Hygiene, kesihatan
dan pemakanan sihat manakala di New Zealand sebagai contoh, Te
Wariki, menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan
dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.

Kesimpulannya, perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut


sebagai al-tifl () yang berasal dari perkataan tafula ( )yang
membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di
sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang
kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan
sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah
kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang
akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga
amat perlu diberikan perhatian.

154

9.5 Kritikan Terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak

Mengikut sejarah, pendidikan prasekolah secara berinstitusi bermula di


Malaysia pada tahun 1950an. Sebelum itu, permintaan bagi mewujudkan
institusi

pendidikan

prasekolah

diwujudkan

bersamaan

dengan

pembukaan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa


pemerintahan kolonial British. Sesetengah pendapat telah mengatakan
bahawa pembukaan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada waktu
itu adalah untuk menyediakan kanak-kanak itu dengan pengetahuan
asas seperti membaca, mengira, dan menulis supaya dapat bekerja
dikawasan ladang dan perlombongan dibawah pemerintahan British.
(Wan Mohd Nor Wan Daud, 1997).

Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 apabila Yayasan Asia telah
menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja
Malaysia bagi membiayai penubuhan model institusi prasekolah yang
mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy,
Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan
sasarannya pada kanak-kanak dari golongan yang kurang berada
daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian yang dijalankan di
Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek
Headstart telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik
untuk jangka masa yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang
tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian dilaporkan terdapat korelasi
positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi kanakkanak apabila masuk ke tahap sekolah rendah.

155

Akta

Pendidikan

1996,

program

pendidikan

prasekolah

telah

dimartabatkan sebagai satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan


pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa program pendidikan
prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh
semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan
prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting
secara umumnya. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi halangan
yang harus ditempuhi untuk menuju ke tahap kesempurnaannya. Masih
wujud lagi segelintir ibubapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang
belum mampu untuk memahami secara tuntas kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak yang berkualiti harus diberikan kepada mereka.
Contoh

yang

terdekat

adalah

permasalahan

yang

timbul

akibat

kurangnya persefahaman antara guru di sekolah elementari dan guru di


prasekolah.

Memang tidak dinafikan bahawa guru besar dan penolong kanan tidaklah
diharapkan untuk memberi perhatian atau sokongan yang lebih kepada
kelas-kelas prasekolah berbanding kelas di gred yang lain. Namun apa
yang diperlukan dan diharapkan kepada guru besar dan juga penolong
kanan di sekolah sepatutnya mereka harus mempunyai pengetahuan
yang

mendalam

mengenai

program

prasekolah

sama

seperti

pengetahuan yang mereka ada tentang kelas elementari. Akibat


kurangnya pengetahuan dan juga perhatian yang diberikan, pendidikan
yang diberikan di prasekolah amat jarang mendapat kesinambungan
yang

memberangsangkan

apabila

kanak-kanak

memasuki

ke

persekolahan di tahun satu. Hal ini ternyata merupakan satu kerugian


besar buat pendidikan di negara kita.

156

Apabila di alam persekolahan telah timbulnya tidak kesefahaman antara


para guru elementari dan juga prasekolah, efeknya nya juga turut dirasa
oleh para ibubapa. Telah terdapat ibubapa di negara kita yang
berpendapat bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan
melalui institusi seperti tadika adalah membazir semata-mata. Pendapat
ibubapa seperti ini bukanlah salah dan juga bukanlah benar kesemuanya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah suatu fakta dapat
ditunjukkan biarpun terdapat ibubapa tidak menghantar anak-anak ke
sekolah tadika namun ia tidak merencatkan perkembangan anak-anak
mereka ke tahap yang baik sebanding dengan para ibubapa yang
menghantar anak-anak ke sekolah tadika.Namun begitu, kita juga tak
dapat menafikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke tadika,
perkembangan

kanak-kanak

dapat

dilakukan

dengan

sistematik

berlandaskan sistem pendidikan yang teratur yang digunakan di dalam


silibus pendidikan di sekolah. Hal ini hakikatnya bergantung kepada
kualiti pendidikan yang diberikan oleh guru mahupun ibubapa yang
memilih samaada untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ataupun
dengan memilih pendekatan homeschooling iaitu di rumah.

Begitu juga terhadap sesetengah agensi kerajaan yang lebih memikirkan


untuk memberikan pendidikan demi melegitimasikan lagi idealogi negara
berbanding untuk menyerapkan kanak-kanak dengan pengetahuan
murni supaya dapat menjadi manusia yang bermandiri di dewasa kelak.
Pendidikan yang sepatutnya diberikan untuk memproduksikan struktur
sosial yang baru telah dinafikan sebaliknya hanya difokuskan untuk
mere-produksikan struktur sosial yang ada. Menurut Ivan Illich di dalam
karyanya yang terkenal iaitu Deschooling Society menyatakan bahawa
Anak yang bersekolah tidak semestinya anak yang berpendidikan.
Sekolah pada hari ini hanyalah perpanjangan daripada sistem negara
atau idealogi negara yang dipaksakan. (Shaharom TM Sulaiman, 2004).
157

Anak-anak diajar atau dididik demi memenuhi acuan idealogi yang


ditetapkan. Untuk anak-anak yang berjaya akan ditempatkan di sektor
pekerjaan yang mendapat ganjaran yang sedikit menguntungkan,
manakala buat anak-anak yang gagal, akan menerima nasib yang
buruk iaitu dilahirkan untuk bekerja keras mengikut sistem yang diterima
secara umum oleh masyarakat. Kedua-duanya pada hakikatnya adalah
sama iaitu dilahirkan sebagai buruh demi menguntungkan perut kaum
kapitalis iaitu kaum elit di atas. Perkara ini bertentangan dengan
pendapat bahawa pendidikan adalah dilakukan seumur hidup yang
disarankan oleh Jean Jacques Rosseau.

158

BAB 10
HAK ASASI KANAK-KANAK
10.1 Pengenalan

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan


khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan
tanggungjawab
mengesahkan

perlindungan
keperluan

oleh

bagi

keluarga.

perlindungan

Ia

juga

sekali

lagi

undang-undang

dan

perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum


dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan
komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi
kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai
oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara
perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanakkanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28
dan Perkara 29. Pernyataan perkara tersebut adalah seperti jadual 1, 2,
3, 4 dan 5 di bawah:
Jadual 1
Perkara 6
i.

Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak

159

mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

ii.

Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang


sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanakkanak. Kewujudan dan perkembangan. Tiap-tiap kanak-kanak
mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai
obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanakkanak itu.

Jadual 2
Perkara 18
i.

Pihak Negara-Negara hendaklah menggunakan usaha terbaik


mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua
ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan
perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana
yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanakkanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian
asas. Tanggungjawab ibu bapa Ibu bapa mempunyai tanggungjawab
utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah
menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran
anak.

ii.

Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan


dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran
anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi,
kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

iii.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa
yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan
kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

Jadual 3
160

Perkara 27
i.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada


taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

ii.

Taraf hidup, Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf


hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa
kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan
Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh
dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan
material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

iii.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang


bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab
utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan
kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan
kanak-kanak itu.

iv.

Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut


kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak
ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan
material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan
pemakanan, pakaian dan perumahan.

v.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah
untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu,
baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya,
jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap
kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada
negara
kanak-kanak
itu,
Negara-Negara
Pihak
hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau
pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain
yang sewajarnya.

Jadual 4
161

Perkara 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan,
dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkatperingkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah,
secara khususnya:
a. Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara
percuma kepada semua;
b. Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional,
mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanakkanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan
bantuan kewangan jika diperlukan;
c. Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua
keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

atas

dasar

d. Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan


diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;
e. Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran
secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
2. Pendidikan :
a. Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan
Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma
dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai
bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan
untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua
atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras
dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah
melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.
b. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah
yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah
ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan
kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
c. Negara-Negara
Pihak
hendaklah
mempromosikan
dan
menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang

162

berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan


untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta
huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada
pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang
moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah
diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

Jadual 5
Perkara 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak
hendaklah dihalatujukan kepada:
i.

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan


fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

ii.

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan


kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

iii.

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti


kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan
negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang
daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza
daripada tamadunnya sendiri;

2. Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam


masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman,
keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di
kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama
dan orang yang asal usulnya penduduk asli;

163

10.2 AKTA 308 DAN AKTA 550


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal
bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang
berkaitan

dengannya.

Pendidikan

Prasekolah

ertinya

program

pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Akta

Pendidikan

1996,

telah

mempengaruhi

penubuhan

dan

perlaksanaan prasekolah di Malaysia melalui beberapa fasa iaitu :


i.

Fasa 15: sistem pendidikan kebangsaan. Ianya tidak termasuk


system sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa di mana
Sistem pendidikan kebangsaan adalah terdiri daripada:
a. Pendidikan prasekolah
b. Pendidikan rendah
c. Pendidikan menengah
d. Pendidikan lepas menengah
e. Pendidikan tinggi

ii.

Fasa

20:

larangan

terhadap

penubuhan,

pengendalian

atau

pengurusan tadika
a. Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan
melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
b. Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan
suatu kesalahan.

iii.

Fasa 21: kuasa menteri untuk menubuhkan tadika.


164

a. Menteri

boleh,

tertakluk

kepada

peruntukan

akta

ini,

menubuhkan dan menyenggarakan tadika.


iv.

Fasa 22: kurikulum prasekolah kebangsaan hendaklah digunakan


oleh semua tadika
a. Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah
digunakan

oleh

semua

tadika

dalam

Sistem

Pendidikan

Kebangsaan.
b. Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
Pendidikan

Prasekolah

masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan


apa-apa

kurikulum

Prasekolah

sebagai

Kebangsaan

tambahan

hendaklah,

kepada

sebelum

Kurikulum

melaksanakan

kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar


tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
c. Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

v.

Fasa 23: bahasa pengantar di tadika


a. Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain
daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa
pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan
bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

165

vi.

Fasa 24: kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan


pendidikan prasekolah Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

BAB 11
HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI NEGERI MELAKA

11.1 Pendahuluan

Sistem pendidikan awal kanak-kanak (prasekolah) merupakan salah satu


bahagian yang signifikan dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai
persediaan sebelum ke sistem persekolahan formal atau sekolah rendah.
Mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, pendidikan prasekolah ialah
program pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak yang berumur
4+ hingga 5+ tahun bertujuan untuk memperkembangkan potensi
secara menyeluruh, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Tambahan lagi,
pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak
dengan asas sosialisasi yang kukuh, menanam keyakinan diri, dan
membentuk konsep kendiri yang positif. Pelaksanaannya menjurus
kepada pembangunan modal insan melalui kaedah pengajaran dan
pembelajaran

yang

memberi

keutamaan

kepada

pengalaman,

penglibatan aktif, selamat, dan menyeronokkan. Beberapa pemerhatian


dan kajian telah dilakukan terhadap beberapa jenis tadika, khususnya di
166

negeri Melaka bagi mengkaji hala tuju pendidikan awal kanak-kanak


sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

11.2 Maklumat Tadika di Negeri Melaka

Menurut Jabatan Pendidikan Melaka (2014), terdapat 7 jenis tadika yang


beroperasi di seluruh negeri Melaka, iaitu tadika JAIM, tadika swasta, pra
sekolah yang beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), tadika KEMAS, tabika perpaduan, tadika PASTI, dan Pusat Anak
Permata Permata Negara (JPM).
Sehubungan itu, menurut Jabatan Pendidikan Melaka, terdapat 64 buah
tadika JAIM yang terdiri daripada 13 buah di Alor Gajah dan 12 buah di
Jasin, diikuti dengan 39 buah di Masjid Tanah. Manakala tadika swasta
adalah berjumlah 296 buah, merangkumi 34 buah di Alor Gajah, 27 buah
di Jasin, dan 235 buah di Masjid Tanah. Selain itu, Jabatan Pendidikan
Melaka mencatatkan bahawa daripada 230 buah kelas dan 164 buah pra
sekolah yang beroperasi di bawah KPM, terdapat 60 buah di Alor Gajah,
60 buah di Masjid Tanah, dan 45 buah di Jasin.

Bagi tadika KEMAS pula, terdapat 163 buah di Masjid Tanah, 104 buah di
Alor Gajah, dan 59 buah di Jasin yang membawa jumlah sebanyak 326
buah. Tabika perpaduan dicatatkan berjumlah sebanyak 64 buah dengan
pecahan 13 buah di Alor Gajah, 19 buah di Jasin, dan 32 buah di Masjid
Tanah. Selain itu, tadika PASTI direkodkan berjumlah sebanyak 67 buah
meliputi 35 buah di Masjid Tanah, 20 buah di Alor Gajah, dan 12 buah di
Jasin. Bagi Pusat Anak Permata Permata Negara (JPM), terdapat 10 buah
secara keseluruhannya merangkumi 3 buah di Alor Gajah, 3 buah di
Jasin, dan 4 buah di Masjid Tanah.
167

11.3 Masalah Pendidikan Awal Kanak-kanak di Negeri Melaka


dan Cadangan

Menurut Imran [et al.]. (2010), pendidikan prasekolah di Malaysia


berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem
persekolahan formal atau di peringkat sekolah rendah. Mengikut Akta
Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah. Namun begitu, wujudnya cabang-cabang
masalah yang menyebabkan pincangnya sistem pendidikan awal kanakkanak pada masa kini.

Menurut Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) (2014), terdapat 63 buah


tadika JAIM dengan 4,109 orang pelajar dan 325 orang tenaga pendidik.
Kajian mendapati bahawa tadika JAIM mengalami beberapa kekangan
dalam pelaksanaan sistem pendidikan prasekolah, di mana sebilangan
tenaga pendidik memiliki kelayakan akademik bertaraf Sijil Pelajaran
Malaysia

(SPM).

Selain

itu,

penyediaan

kemudahan

fasiliti

dan

infrastrutur yang khusus untuk kanak-kanak juga agak kurang baik dan
kurang mencukupi untuk menampung keperluan kanak-kanak yang
belajar di tadika JAIM. Bagi mengatasi kekangan tersebut, beberapa
langkah perlu diambil supaya dapat dijadikan alternatif bagi menaiktaraf
sistem pendidikan awal kanak-kanak sedia ada di tadika JAIM.

168

Semua pendidik yang berkelayakan SPM perlu menghadiri kursus atau


menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam kursus yang
berkaitan

dengan

pendidikan

awal

kanak-kanak.

Sehubungan

itu,

institusi pengajian tinggi swasta seperti Kolej Universiti Islam Melaka


menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak bertujuan
untuk mendedahkan bakal graduan kepada penguasaan kemahiran dan
ilmu asas perguruan terhadap aspek perkembangan dan amalan
pendidikan awal kanak-kanak, dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran dalam teknologi pengajaran dan pengurusan untuk pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Program sedemikian dapat membantu
tenaga pendidik sedia ada untuk melanjutkan pelajaran dalam program
yang bersesuaian dengan bidang kerja, justeru memantapkan lagi ilmu
pengetahuan terhadap sistem pendidikan awal kanak-kanak.

Guru yang berkualiti adalah guru yang komited terhadap proses


pengajaran dan pembelajaran serta mampu menghasilkan pelajar yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang. Sehubungan itu, tadika JAIM
memerlukan kenaikan yuran bagi menampung kos gaji guru tadika yang
berkualti dan kos penambahbaikan kemudahan fasiliti dan infrastruktur
sedia

ada.

Kenaikan

yuran

tadika

perlu

berpatutan

dan

tidak

membebankan ibu bapa-ibu bapa serta kompetitif dengan tadika-tadika


yang lain. Dari sudut pandangan positif, kenaikan yuran tadika ini secara
tidak langsung akan dapat membantu tadika JAIM untuk menaiktaraf
fasiliti dan kemudahan tadika, justeru dapat memantapkan hala tuju
pendidikan awal kanak-kanak yang lebih jelas.

169

Selain itu, terdapat sebilangan masyarakat di negeri Melaka yang


melihat bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai suatu peluang
perniagaan berbanding menyumbang kepada pembangunan pendidikan
awal kanak-kanak. Hal ini perlu dititikberatkan kerana bimbang jika
tadika dan TASKA mengabaikan nilai-nilai murni dalam sistem pengajaran
dan

pembelajaran

awal

kanak-kanak

kerana

ingin

memperoleh

keuntungan semata-mata. Isu ini agak membimbangkan kerana sistem


pendidikan awal kanak-kanak amat mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan minda kanak-kanak. Implikasinya, golongan kanak-kanak
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang kurangnya titipan
nilai-nilai murni yang akan melahirkan generasi kanak-kanak yang
kekurangan nilai-nilai murni.

Tambahan lagi, jenis tadika juga menjadi faktor yang mempengaruhi hala
tuju pendidikan awal kanak-kanak di negeri Melaka. Menurut Azizi dan
Jamaludin (2001), terdapat jurang yang amat luas dalam pendidikan pra
sekolah

antara

KEMAS

dan

swasta.

Perbezaan

ini

amat

ketara

terutamanya dari segi kurikulum, guru, kemudahan dan kelengkapan


serta sumber kewangan.

Di negeri Melaka, kebanyakan tadika swasta menyediakan kemudahan


fasiliti dan infrastruktur yang amat baik berbanding dengan tadika-tadika
KEMAS. Begitu juga dengan bangunan atau premis yang begitu selesa
serta peralatan beriadah yang amat baik jika dibandingkan dengan
tadika-tadika

KEMAS.

Hal

ini

perlu

diberi

perhatian

menyeluruh

memandangkan kebanyakan ibu bapa pada masa kini lebih gemar


menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta berbanding tadika
KEMAS. Struktur pengurusan tadika swasta dan tadika KEMAS masingmasing adalah tidak sama dan telah mewujudkan sistem pendidikan
170

kanak-kanak yang turut berbeza. Oleh itu, hala tuju pendidikan awal
kanak-kanak bagi tadika swasta dan tadika KEMAS turut berbeza kerana
jurang sistem pendidikan masing-masing yang tidak sama.

11.4 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Pada tahun 1996, prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem


pendidikan kebangsaan dan pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun
pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan
akhirnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah
dihasilkan dan dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan
dan bukan kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

Menurut Sandra, Abu Bakar, dan Norlidah (2013), Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan (KSPK) digubal dan diguna pakai mulai Januari
2010. Sehubungan itu, KSPK digubal dengan memberikan penekanan
kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah
berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam
tunjang pembelajaran, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
dan ketrampilan diri.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) digubal bersandarkan


kepada Falsafah Pendidikan Kebangsan di Malaysia, justeru itu, adalah

171

amat penting bagi semua tadika dalam mengikut dan mengamalkan


KPSK yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar
hala tuju pendidikan awal kanak-kanak menjadi lebih jelas dan boleh
dicapai.

11.5 Kesimpulan
Adalah perlu difahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan
suatu proses persediaan bagi kanak-kanak sebelum melangkah ke Tahun
Satu di peringkat pendidikan formal atau sekolah rendah. Menurut Garis
Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA, (2012) tadika dan TASKA
hendaklah dilihat sebagai entiti sosial dan bukannya perniagaan kerana
ia menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan ke
alam persekolahan sebenar. Kerajaan, para pendidik, ibu bapa, dan juga
golongan masyarakat tempatan perlu bekerjasama dalam pelaksanaan
sistem pendidikan awal kanak-kanak secara sistematik dan efisyen bagi
memastikan

bahawa

hala

tuju

pendidikan

awal

kanak-kanak,

terutamanya di negeri Melaka tidak tersasar daripada Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah termaktub dalam
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

172

Rujukan
Aminah Ayob et.al 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan
Amali. Kuala Lumpur:Universiti Malaya
Berk, L.E. (2002). Child Development (6th Ed.). MA: Allyn & Bacon.
Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder
& Stoughton.
Buku Panduan Taska,atas talian,
http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU
%20PANDUAN%20%20TASKA%20PRASEKOLAH
%202007.pdf(2July2014)
Bruzan, Tony. 2001. The power of creative Intelligence. London: Thorsons
Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6 th ed.) NY:
Thomson Delmar Learning.
Chesla, R., (2004). Understanding Child Development (6 th ed.). NY:
Thomson Delmar
Learning.
Cropley. J.A. 2001. Creativity in Education & Learning. London: Kogan
Page
Definisi
Taman
Asuhan
Kanak-Kanak
(TASKA).
http://www.jkm.gov.my (7 september 2010)
David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years.
Routledge-Falmer-Taylor & Francis Group Pub.
173

Dokumen Standard Prasekolah. (2010).


Malaysia. Huraian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Kementerian

Pendidikan

Essa. L. E (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4 th ed. NY:


Thomson Delmar
Learning
Gordon, A.M.,& Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond: Foundations in
Early Childhood Education. (6th ed). N.Y: Thomson Delmar Learning
Garis Panduan Pengedalian Kanak-kanak di Taska dan Tadika, (2012),
Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
George S. Morrison (2012). Early Chilhood Education Today. USA: Pearson
Education, Inc.
Kamarudin Hj. Hussin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak,
K.L: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003) Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur
Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4
Tahun. Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Daud Hamzah (1996).
Pembelajaran, K.L : Utusan
Publication & Distributions.

Perkembangan

Kanak-kanak

dan

Mohd. Salleh Bin Lebar (1995). Asas Psikologi Pendidikan. K.L: Utusan
Publication &
Distributions
Norhasimah Hashim dan Yahya Che Lah, (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin
( 2012), Siri
Pendidikan Guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
174

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003),


Malaysia, Huraian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Kementerian

Panduan Perniagaan Perkhidmatan Tadika, Terbitan


Keusahawanan Negara,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Pendidikan

Institut

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak. Serdang: Universiti


Putra Malaysia
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2007). Panduan
Kurikulum
Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Batu Caves,
Selangor.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007). Psikologi
Pendidikan. PTS
Publication.
Taman asuhan kanak-kanak mengikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan
Kanak
Kanak 1984) http://www.kemas.gov.my/20# , (10 Ogos 2014, 4.18
p.m)
Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan
peraturan.
MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

dan

Peraturan-

Azizi Hj. Yahaya, Prof. Madya Dr., Jamaludin Ramli (2001). Keberkesanan
pendidikan prasekolah KEMAS dan swasta : perbandingan mengikut
persepsi ibu bapa. Retrieved October 29, 2014, from
http://eprints.utm.my/2348/1/AziziYahaya_
Keberkesanan_Pendidikan_Prasekolah_KEMAS.pdf
Imran Ariff Ariffin [et al.]. (2010). Kajian-kajian lepas berkaitan
pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau pra sekolah.
Retrieved October 29, 2014, from http://www.academia.edu

175

Jamil Ahmad, Dr., Norlia Goolamally (2007). Pentadbiran dan pengurusan


sistem pendidikan Malaysia ke arah pendidikan berkualiti.
Retrieved October 29, 2014, from
http://eprints.oum.edu.my/160/1/pentadbiran.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Dokumen standard kurikulum
prasekolah. Retrieved October 29, 2014, from
https://docs.google.com/a/kuim.edu.my/file/d/ 0Bz5GqhlMLIhYk5OR1JoOWZBZ2c/edit?pli=1
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2012). Garis panduan
penubuhan tadika dan TASKA. Retrieved October 29, 2014, from
http://eccecouncil.org/wp-content/ uploads/2014/08/GP-PenubuhanTadika-dan-TASKA-pril2012_PRINT_Latest-4.pdf

Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin, Norlidah Alias (2013). Penggunaan


ICT merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) :
tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved
October 29, 2014, from http://e-journal.
um.edu.my/filebank/published_article/5813/Artikel_2_Bil_1_Isu_4.pdf

176