Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 3 (Problem Base Learning)

Situasi 1.

Ali pulang dari pejabat pada pukul 6.30 petang dengan memandu kereta. Perjalanan yang
pada kebiasaannya hanya mengambil masa selama 1jam sahaja. Dalam perjalanan, dia
terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk akibat tanah runtuh. Waktu maghrib
sudah hampir tamat. Bagaimanakah Ali hendak menunaikan solat maghrib.

Jawapan:

Seseorang yang sedang bermusafir atau di dalam perjalanan dibolehkan


menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati
sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang
dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh
menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati
waktu dan WAJIB di qada’ kemudiannya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak
atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

Oleh yang demikian Ali boleh melakukan solat dalam kenderaan sebagai solat
yang dinamakan solat menghormati waktu.

 PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN.

1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan

2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai
walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya
pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
  
 3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
  
 4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
 
 5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala
serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
  
 6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari
isyarat rukuk.
  
 7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa
dengan duduk di kerusi kenderaan.
  
 8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika
kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

Bab Harus Sembahyang Sunat Di Atas Kenderaan Semasa Musafir Dengan Menghadap
Mengikut Haluannya.

‫و حدثني محمد بن حاتم حدثنا عفان بن مسلم حدثنا همام حدثنا أنس بن سيرين قال تلقينا أنس‬
‫بن مالك حين قدم الشام فتلقيناه بعين التمر فرأيته يصلي على حمار ووجهه ذلك الجانب وأومأ‬
‫ القبلة فقلت له رأيتك تصلي لغير القبلة‬n‫همام عن يسار‬

‫قال لوال أني رأيت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يفعله لم أفعله‬

.Hadis Anas bin Malik r.a:


Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin r.a katanya: Aku bertemu dengan Anas bin Malik
ketika beliau pulang dari Syam. Aku bertemu dengannya di Ain At-Tamr dan aku melihat
beliau sembahyang di atas keldai sedangkan mukanya menghadap ke arah ini, iaitu
sebelah kiri kiblat. Aku berkata kepadanya: Aku melihat kamu sembahyang dengan tidak
menghadap ke arah kiblat? Dia menjawab: Seandainya aku tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w melakukan perkara ini, pasti akupun tidak akan melakukannya 

APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas
(kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat
yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air
atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada’ solat
hormat waktu ini secara jama’ ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam
musafir.

Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di
qada’ secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih
belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada’
solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada’ solat hormat waktu ini setelah
adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

Anda mungkin juga menyukai