Anda di halaman 1dari 1

MONDAY, MAY 9, 2011 JEJAK GURU BERINTEGRITI Refleksi pengalaman tokoh

terkemuka guru berintegriti berdasarkan sorotan pengalaman tokoh guru JUSA C


yang telah melakarkan kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan. Menyorot
pengalaman tokoh guru berkenaan antaranya Datuk Hj Saari B Hassan, Pn. Hjh
Khuzaimah Sulaiman dan Datuk Mary Yap Kain Chaing dapat dirumuskan tiga ( 3 )
kunci utama seorang pendidik cemerlang ialah : 1. TULUS dan IKHLAS dalam
melaksanakan tanggungjawab kepada semua pihak PELAJAR, GURU dan
MASYARAKAT kerana KETULUSAN dan KEIKHLASAN akan menjadi magnet dalam
pengurusan dan haruman yang menyegarkan dunia pendidikan. 2. GIGIH dan
BERANI dalam melaksanakan PERUBAHAN yang ingin dicapai dengan HASRAT yang
DIKONGSI BERSAMA akan menjadi segenap lapisan akan menyumbang ke arah
kejayaan yang diimpikan. Setiap PERUBAHAN pasti akan mengundang CABARAN
dan kemampuan menyerap cabaran adalah tanda KEGIGIHAN yang sejati. 3. GURU
SURI TELADAN. Ungkapan GURU akan menjadi contoh teladan dalam semua aspek
amat memberikan kesan yang mendalam kerana ia adalah satu AMANAH yang
berat. Dalam menyerap dan melengkap diri menjadi seorang GURU SURI
TELADAN memerlukan ketulusan jiwa yang sepenuhnya menghayati PRINSIP dan
ROH SEORANG PENDIDIK TULEN. Mungkinkah dari refleksi tersebut kita dapat
memenuhi atau memiliki ketiga-tiga kunci tersebut dalam melahirkan pendidik yang
bertranformasi. Cuma satu yang terlintas dan belum dapat ditemui, mampukah
mana-mana sekolah yang merangkul status cemerlang dan terbilang dengan tanpa
ada seorang pun anak murid yang disingkirkan dari sekolah tersebut, iaitu
keseluruhan pelajar di sekolah tersebut dididik dan diasuh sehingga menjadi insan
yang menyumbang dengan kebolehannya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai