Anda di halaman 1dari 5

BULI

Apa itu membuli?

Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain


Kelakuan membuli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya
Di zaman siber ini, membuli ada dilaporkan secara langsung dalam "chart room",
sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui E-mail
Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala mangsa buli pula
memilih untuk berdiam diri kerana takut pembalasan dan dimalukan
Mengapa ada pembuli?

Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli,


mereka termasuklah :

Faktor keluarga:
Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa
Cara disiplin yang tegas
Kurang perhatian ibu bapa
Sikap ibu bapa yang mendera
Faktor remaja:
Sikap yang mendesak
Sikap panas baran
Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah
Menjadi mangsa penderaan fizikal - didera atau dibuli
Faktor sekolah:

Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli


Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
Moral yang rendah di kalangan guru-guru

Mengapa dibuli?

Kebanyakan remaja dibuli jika mereka:

Keadaan fizikal yang kecil dan lemah


Merasa tidak selamat
Malu
Kurang keyakinan diri
Tiada sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru

Bagaimana kita mengenalinya sebagai buli?

Buli berlaku apabila seseorang itu:


Mencederakan secara fizikal
Contoh: Memukul, menumbuk atau menendang
Mencederakan secara emosi
Contoh: Memanggil nama tidak elok, menyebarkan khabar angin atau mencaci

Sengaja memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan


Merosakkan harta benda
Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya
Bagaimana anda mengenali seseorang yang dibuli?

Seseorang yang dibuli sering kali:

Merasa takut untuk pergi ke sekolah


Hilang barang-barang kepunyaannya
Merasa sangat bimbang
Hanya ada sedikit kawan
Menunjukkan kemerosotan di sekolah
Balik ke rumah dengan pakaian koyak atau cedera
Bolehkah pembuli ditolong?

Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang.
Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:

Mengakui itu adalah masalah


Menyedari akibat daripada tindakannya
Menukar tingkah laku yang tidak elok
Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doktor
Bolehkah membuli dielak?

YA, boleh!!

Cuba beberapa petua di bawah:

Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli


Sentiasa keluar secara berkumpulan
Bersikap berani, jika anda takut:
Berdiri tegak dan lurus
Lihat pembuli dengan mata
Jika berhadapan dengan kumpulan buli:
LARI!!! - perbuatan ini tidak memalukan
Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai
Apa yang akan berlaku jika anda tidak mendapatkan pertolongan?

Pembuli akan berakhir dengan:

Dibuang sekolah
Susah mendapat kawan
Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosial
Mangsa akan menderita akibat:

Mengelak untuk hadir ke sekolah


Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
Membuatkan mereka bertingkah laku sebagai seorang pengecut
Perasaan tidak menentu

Harga diri yang rendah


Kemurungan
Membawa kepada perasaan ingin membunuh diri
Di mana boleh mendapatkan pertolongan?

Sama ada pembuli atau pemangsa, bantuan boleh diperoleh dari:

Bercerita kepada orang yang anda percaya, contoh:


Ibu bapa
Penjaga
Kaunselor sekolah
Guru agama
Cari seseorang yang boleh:
Mendengar
Menghiburkan hati
Mampu memberi nasihat
ATAU
Minta nasihat daripada:

Doktor
Pakar Psikologi
Pakar Psikiatri