Anda di halaman 1dari 31

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 3

DRAF
DSP KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3
Julai 2013

Cetakan 2013

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

10

PEMETAAN EVIDENS

26

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal
serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang
perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin.

OM5

Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

OM6

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7

Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

OM8

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM9

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal, (2005). Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.

Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh buat dengan beradab


Mithali

Boleh buat dengan beradab


Terpuji

Boleh buat dengan beradab

Boleh buat

Faham

PENYATAAN STANDARD
BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,


kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,


kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,


kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,


kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan

2
(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta
perniagaan dan keusahawanan

1
(Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan
keusahawanan

STANDARD PRESTASI
KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 3

BAND 1

BAND

1
Tahu

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengetahui tentang reka
bentuk dan teknologi,
kemahiran teknikal serta
perniagaan dan
keusahawanan.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B1D1
Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D1E1
Menyatakan dua jenis motor.
B1D1E2
Menyatakan arah pusingan motor DC.

B1D2
Mengetahui tentang tempat kediaman.

B1D2E1
Menyatakan tiga jenis ruang tempat
kediaman.
B1D2E2
Menyatakan dua pembersihan tempat
kediaman.
B1D2E3
Menyatakan empat faktor yang perlu diambil
kira semasa menyusun atur kelengkapan
tempat kediaman.

B1D3
Mengetahui tentang elektronik.

B1D3E1
Menyatakan susunan nombor pin
IC pemasa 555.

10

B1D3E2
Menyatakan tiga bahagian utama binaan
geganti.

B1D4
Mengetahui tentang enjin.

B1D4E1
Menyatakan dua nama pengikat.
B1D4E2
Menyatakan enam bahagian utama luar
enjin.
B1D4E3
Menyatakan lima bahagian dalam enjin.
B1D4E4
Menyatakan nama dua lejang enjin.
B1D4E5
Menyatakan nama tiga sistem enjin.

B1D5
Mengetahui tentang konsumerisme.

B1D5E1
Menyatakan lima hak pengguna.
B1D5E2
Menyatakan tiga tanggungjawab pengeluar
kepada pengguna.

Menyatakan

: Secara lisan atau bertulis.

11

BAND 2
12

BAND

2
Tahu dan Faham

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengetahui dan memahami
tentang reka bentuk dan
teknologi, kemahiran
teknikal serta perniagaan
dan keusahawanan.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B2D1
Mengetahui dan memahami tentang
asas elektrik.

B2D1E1
Menerangkan mekanisme penghantaran
kuasa motor DC.

B2D2
Mengetahui dan memahami tentang
tempat kediaman.

B2D2E1
Menerangkan dua ruang tempat kediaman
dari segi fungsinya.
B2D2E2
Menerangkan dua faktor keselesaan tempat
kediaman.
B2D2E3
Menerangkan dua faktor yang perlu diambil
kira semasa menyusun atur kelengkapan
tempat kediaman.

B2D3
Mengetahui dan memahami tentang
elektronik.

B2D3E1
Menerangkan geganti dari segi fungsinya.

13

B2D4
Mengetahui dan memahami tentang
enjin.

B2D4E1
Menerangkan pengikat dari segi fungsinya.
B2D4E2
Menerangkan enam bahagian utama luar
enjin dari segi fungsinya.
B2D4E3
Menerangkan lima bahagian utama dalam
enjin dari segi fungsinya.
B2D4E4
Menerangkan dua sistem enjin dari segi
fungsinya.

B2D5
Mengetahui dan memahami tentang
konsumerisme.

Menerangkan

B2D5E1
Menerangkan tiga hak pengguna.

: Secara lisan dan bertulis.

14

BAND 3
15

BAND

3
Tahu, Faham dan
Boleh Buat

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
kemahiran teknikal serta
perniagaan dan
keusahawanan.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B3D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang reka cipta.

B3D1E1
Menghasilkan projek reka cipta1.

B3D2
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektrik.

B3D2E1
Membaca meter kWj.
B3D2E2
Mengira kos penggunaan tenaga elektrik.

B3D3
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektronik.

B3D3E1
Membentuk kaki komponen elektronik.
B3D3E2
Memasang komponen elektronik
berpandukan lukisan bergambar.
B3D3E3
Memateri kaki komponen.

16

B3D4
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang elektronik.

reka cipta1

B3D4E1
Menghasilkan projek elektronik yang
mengandungi komponen geganti dan IC
555.

: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada.

17

BAND 4
18

BAND

4
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
kemahiran teknikal serta
perniagaan dan
keusahawanan secara
sistematik.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B4D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang reka cipta secara
sistematik.

B4D1E1
Menghasilkan projek reka cipta mengikut
prosedur1.

B4D2
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektrik
secara sistematik.

B4D2E1
Mengira kos penggunaan tenaga elektrik
mengikut prosedur2.

B4D3
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektronik
secara sistematik.

B4D3E1
Memateri semua kaki dan tamatan
komponen elektronik mengikut prosedur3.

19

B4D4
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang elektronik secara
sistematik.
prosedur1
prosedur2
prosedur3
prosedur4

:
:
:
:

B4D4E1
Menghasilkan projek elektronik mengikut
prosedur4.

Membuat projek berdasarkan lakaran.


Mengira mengikut kaedah yang betul.
Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban.
Betul;
i. Alatan.
ii. Komponen dipasang mengikut kekutuban.

20

BAND 5
21

BAND

5
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab
Terpuji

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
kemahiran teknikal serta
perniagaan dan
keusahawanan secara
berinisiatif.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B5D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang reka cipta secara
berinisiatif.

B5D1E1
Menghasilkan projek reka cipta dengan daya
usaha.

B5D2
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektrik
secara berinisiatif.

B5D2E1
Mengira kos penggunaan tenaga elektrik
dengan daya usaha2.

B5D3
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang asas elektronik
secara berinisiatif.

B5D3E1
Memateri semua kaki dan tamatan
komponen elektronik dengan daya usaha3.

22

B5D4
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang elektronik secara
berinisiatif.

daya usaha
daya usaha
daya usaha3

daya usaha4

B5D4E1
Menghasilkan projek elektronik yang
berfungsi dengan daya usaha4.

: Menyelesaikan masalah.
: Pengiraan yang tepat.
: Sempurna;
i. Pematerian kemas.
ii. Pematerian kukuh.
: Sempurna;
i. Susun atur dan kedudukan komponen.
ii. Pemotongan kaki komponen.
iii. Tiada limpahan pateri.

23

BAND 6
24

BAND

6
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab
Mithali

nilai tambah1

STANDARD
Penerangan generic tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
kemahiran teknikal serta
perniagaan dan
keusahawanan secara
kreatif dan inovatif.

DESKRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B6D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang reka cipta secara
kreatif dan inovatif.

B6D1E1
Menghasilkan projek reka cipta dengan
nilai tambah1.

: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

25

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS


BERDASARKAN BAND TERAS
BAND
B1
B2

B3

B4

B5
B6

DESK.

EVIDENS

BERDASARKAN TAJUK TERAS

BIL.
EVIDENS

TAJUK

EVIDENS

BIL.
EVIDENS

BAND

DESK.

B3

D1

E1

B4

D1

E1

B5

D1

E1

D1

E1, E2

D2

E1, E2, E3

D1

E1

D2

E1, E2, E3

B6

D1

E1

D1

E1

B1

D1

E1, E2

D2

E1, E2

B2

D1

E1

D3

E1, E2, E3

B3

D2

E1, E2

D1

E1

B4

D2

E1

D2

E1

B5

D2

E1

D3

E1

B3

D3

E1, E2, E3

D1

E1

B4

D3

E1

D2

E1

B5

D3

E1

D3

E1

B1

D2

E1, E2, E3

D1

E1

B2

D2

E1, E2, E3

JUMLAH

22

REKA CIPTA

ELEKTRIK

ELEKTRONIK

TEMPAT KEDIAMAN

JUMLAH

22

26

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (KT)

BERDASARKAN BAND ELEKTIF


BAND

B1

B2

DESK.

EVIDENS

BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF

BIL.
EVIDENS

TAJUK

BAND

DESK.

EVIDENS

BIL.
EVIDENS

D3

E1, E2,

B1

D3

E1, E2

D4

E1, E2, E3, E4, E5

B2

D3

E1

D5

E1, E2

B3

D4

E1

D3

E1

B4

D4

E1

D4

E1, E2, E3, E4

B5

D4

E1

D5

E1

B1

D4

E1, E2, E3, E4, E5

B2

D4

E1, E2, E3, E4

B1

D5

E1, E2

B2

D5

E1

ELEKTRONIK

ENJIN
B3

D4

E1,

B4

D4

E1

B5

D4

E1

JUMLAH

18

PERNIAGAAN DAN
KEUSAHAWANAN

JUMLAH

18

27

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web : http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

28

Anda mungkin juga menyukai